Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 122

August 5, 2022

Berang Rambut Digunting, Pelajar Didakwa Ugut Bunuh & Nekad Pukul Guru Dengan Penyapu

Berang Rambut Digunting, Pelajar Didakwa Ugut Bunuh

Berang rambutnya di gunting, seorang pelajar berumur 15 tahun didakwa mencuba untuk ugut seorang guru, pelajar itu cuba untuk membunuh dan pukul seorang guru wanita dengan menggunakan batang penyapu di sebuah sekolah di Jalan Anggerik 4, Bukit Sentosa pada Rabu.

Pengawai Polis dan ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, laporan mengenai kejadian tersebut diterima pada jam 3.14 petang oleh guru tersebut pada hari kejadian.

“Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah hari semasa guru wanita berusia 52 tahun itu sedang membuat rondaan di sekolah berkenaan.

Pelajar cuba ugut guru, kerana guru tersebut memotong rambutnya

“Guru disiplin berkenaan telah menerima laporan bahawa terdapat seorang pelajar berambut panjang dan telah menggunting rambut pelajar berusia 15 tahun tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam, lapor Kosmo!

Turut laporan, pelajar tersebut bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan guru tersebut lalu memarahi serta ugut mahu membunuh guru wanita itu.

“Pelajar terbabit juga telah memukul guru itu menggunakan batang penyapu sehingga menyebabkan kecederaan pada mata di sebelah kiri.

“Bertindak atas maklumat, polis telah menahan pelajar terbabit dan melakukan ujian saringan air kencing di mana keputusannya adalah negatif,” jelasnya.

Difahamkan, berdasarkan semakan yang dibuat oleh Arsad, pelajar yang berusia 15 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah yang telah dilaporkan setakat ini.

Susulan tindakan itu, pelajar terbabit telah ditahan reman di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana ugutan jenayah bermula semalam.

BACA: Cara Lembutkan Hati Anak Agar Lebih Mendengar Kata

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2022 23:04

Cara Lembutkan Hati Anak Agar Lebih Mendengar Kata

Kanak – kanak mempunyai banyak personaliti sama seperti orang dewasa tetapi mereka memerlukan lebih kesabaran kerana masih tidak mengerti tentang baik atau buruknya perbuatan mereka.

Terkadang sikap kanak- kanak membuatkan ibu bapa tidak dapat menahan sabar kerana tidak mampu mengawal keadaan dala keadaan anak-anak yang sedang membesar.

Pendidikan awal adalah sangat penting agar anak tidak terus bersikap yang tidak benar sehingga tidak dapat dikawal . Selain daripada pendidikan secara psikologi ,  terdapat beberapa cara dalam mendidik anak – anak agar lebih dekat dengan ibu bapa dan membentuk akhlak anak-anak.

Perkongsian ini dikatakan paling mudah untuk dipraktikkan dan boleh diamalkan secara langsung dalam kehidupan harian agar keluarga lebih bahagia dan tenang . Ini perkongsian daripada Nadia Bakar di facebook miliknya.

 

 

“Rasa nak kongsi sikit pengalaman sebagai emak yang baru “5 tahun jagung” hari ni. Biasa dengar baca selawat, tiup pada ubun-ubun anak dan bagi anak makan masakan dari air tangan ibu dapat lembutkan hati anak, serta patuh pada ibu ayah kan?”

“Kisah ni dah lama nak cerita, tapi asyik lupa. Maafkanlah mak yang sibuk ini. Saya belajar daripada perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang amalkan sikat rambut anak-anaknya.”

 

Sikat Rambut Anak

“Dengan izin Tuhan anak akan patuh dan attach dengan kita. Saya buat dengan sedikit penambahan sebenarnya.”

“Waktu sikat rambut anak, sambil baca doa lihat kedalam cermin. Saya ubahsuai sikit perkataan baik kepada cantik. Nak guna “baik” pun boleh.”

“Ya Allah, cantikkanlah akhlak (nama anak) yang baik ini sebagaimana Kau cantikkan kejadiannya. Amiiiin”. Anak-anak pun aminkan.”

Selepas sikat , cium pipi dan dahi anak – anak sambil meluahkan rasa syukur dan gembira tentang kehadiran mereka.  Malah jangan segan untuk suarakan yang anda bangga dan teruja atas apa-apa kejayaan mereka hari tersebut , puji dan katakan yang anda suka bile anak berkelakuan baik seperti itu.

Panggil anak dengan nama manja dan lembutkan serta perlahanya semasa berbicara dan memuji agar anak lebih senang dengan perkataan yang dilontarkan kepadanya.

BACA INI JUGA  : 5 Tempat Makan Popular Di Janda Baik

Usap kepala dan peluk anak untuk rasa yang lebih tenang dan jangan lupe berikan senyuman paling manis apabila memuji anak – anak biar mereka percaya yang kita sememangnya merasa bahagia kerana sikapnya yang menyenangkan hati.

“Ibu syukur ada anak yang baik, rajin tolong ibu macam (nama anak) ni.”

“Bagus ( nama anak )  rajin kemas mainan lepas main. Barulah cantik rumah kita kan?”

Malah suami juga perlu turut memainkan peranan dan sama-sama melakukan perkara tersebut apabila menyikat rambut anak-anak.

Maka akan nampaklah kesannya apabila selalu diamalkan. Anak akan lebih rapat dan manja dengan ibu bapa.  Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada ibu ayah sekalian.

Marilah  bersama-sama mengamalkan perkara ini kepada anak-anak kita. Semoga dengan cara dan doa yang mudah ini, walaupun hanya dengan aktiviti menyikat rambut sahaja , anak-anak akan menjadi anak yang lebih terdidik dan berakhlak mulia.

Usaha dan tawakal adalah lebih penting daripada tidak langsung mencuba apa-apa.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2022 22:34

Permintaan Untuk Kenderaan Perodua Sentiasa Kekal Dengan Kukuh

Pemintaan untuk kenderaan keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) adalah masih kukuh pada bulan Julai meskipun tempahan untuk menikmati insentif cukai jualan dan perkhidmatan (SST) telah berakhir 30 Jun lalu, namun, dengan tempahan sebanyak 24,265 unit pada Julai. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, jualan Januari hingga Julai juga meningkat sebanyak 48.7 peratus kepada 145,689 unit berbanding 97,945 unit pada tempoh sama tahun lalu.

Mempunyai dua faktor utama iaitu menyumbang kepada peningkatan jualan ini iaitu pembeli ingin mendapatkan harga pelepasan cukai dan kesan penutupan hampir kesemua sektor pada bulan Jun dan Ogos 2021 ketika pandemik Covid-19. Beliau juga berkata, bilangan tempahan kenderaan yang baharu, walaupun tidak setinggi prestasi pada bulan Januari hingga Jun tahun ini, adalah lebih baik daripada apa yang dijangkakan telah pun membuktikan bahawa industri automotif masih ada potensi yang cerah.

Sumber: google image

Disamping itu, model serba baharu Perodua Alza juga menerima tempahan yang tinggi sejak dibuka dengan 39,000 unit dan untuk Julai lalu menerima sebanyak 9,000 unit meskipun pada sasaran awalnya ialah 3,000 unit sebulan. Tempoh menunggu untuk mendapatkan model Alza Serba Baharu dalam tempoh lapan hingga 12 bulan namun Perodua cuba menyelaraskan barisan pemasangan di kilangya di Rawang dengan meningkatkan pengeluaran bagi mengurangkan tempoh menunggu kepada enam bulan.

Walaupun angka jualan Perodua semakin kukuh namun ada beberapa isu yang perlu diselesaikan seperti kekurangan tenaga kerja dan bekalan cip semikonduktor yang belum stabil. Akibat isu ini, jualan bulanan kami merosot 13.3 peratus kepada 18,346 unit pada Julai berbanding 21,164 pada Jun. Perodua juga bekerja rapat dengan kerajaan bagi menangani masalah berkenaan bermula bulan ini untuk memperolehi bekalan cip secukupnya bagi sasaran pengeluaran lebih 247,800 yang diumumkan pada awal tahun ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2022 21:46

Tempoh Untuk Menunggu Perodua Alza Yang Baharu Hingga 10 Bulan

Tempoh untuk menunggu Perodua Alza serba baharu yang telah mula dilancarkan pada 20 Julai lalu adalah antara lapan hingga 10 bulan, dengan 39,000 tempahan diterima setakat ini termasuk 9,000 tempahan pada sepanjang bulan lalu. MIDF Research dalam nota penyelidikannya telah berkata, tempahan pasca pengecualian cukai untuk syarikat kereta nasional kedua itu masih memberangsangkan apabila berjaya memperoleh sekitar 24,265 tempahan baharu pada Julai, bersamaan dengan kira-kira sebulan jumlah keseluruhan industri (TIV) PERODUA.

Mereka mendapati bahawa jumlah ini adalah tambahan daripada 243,000 tempahan tertunggak, bersamaan dengan nilai setahun TIV PERODUA yang diumumkan bulan lalu. Tempahan pada bulan Julai yang kukuh menandakan momentum jualan masih mantap, yang mereka fikir sebahagiannya didorong dengan pelancaran Alza baharu pada baru-baru ini dan secara umunya, didorong permintaan terpendam di tengah-tengah pasaran buruh yang bertambah baik secara beransur-ansur sejajar dengan pemulihan makro.

Firma penyelidikan itu berkata dengan secara positifnya, Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad turut menyatakan bahawa kumpulan itu telah memperolehi bekalan cip untuk baki tahun ini untuk mencapai rekod sasaran TIV tahunannya sebanyak 247,800 unit bagi tahun ini. PERODUA juga sedang melihat untuk berkongsi sumber dengan vendor, contohnya adalah penempatan tenaga kerja, perkongsian gudang dan pengaturan alat ganti untuk menangani isu kekurangan buruh asing di vendor dan memastikan rantaian bekalan yang lancar di dalam negara. Mereka juga telah menjangkakan usaha ini akan menghasilkan penjimatan kos yang akan membantu mengurangkan kesan kos bahan dan logistik yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, MIDF Research telah menambah, walaupun TIV PERODUA pada Julai dijangka lemah sedikit berbanding Jun memandangkan isu bekalan cip, pengeluar kereta itu difahamkan cuba meningkatkan pengeluaran kepada sekitar 26,000 sebulan pada separuh kedua 2022, berbanding purata 21,700 sebulan pada separuh pertama 2022 untuk memendekkan senarai menunggu.

Namun, sekiranya ini menjadi kenyataan, mereka melihat kemungkinan TIV Perodua bagi 2022 mampu mengatasi bukan sahaja prestasi malahan sasaran jualan 247,800 yang disasarkan oleh pengurusan. Seperti yang sedia maklum, unjuran mereka bagi TIV PERODUA tahun ini ialah 243,500 unit, naik 28 peratus tahun ke tahun, lebih konservatif sedikit berbanding sasaran pengurusan syarikat itu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2022 20:16

“Siapa Sadio Mane?” – Eintracht Frankfurt Tidak Gentar!

Bundesliga. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Berdepan Jaguh Jerman, Bayern Munich

Sadio Mane masih belum pun menendang bola dalam Bundesliga tetapi bekas penyerang Liverpool itu sudah berdepan kecaman daripada seteru Bayern Munich menjelang hari pembukaan.

Presiden Eintracht Frankfurt, Peter Fischer, berasa teruja apabila juara Liga Europa itu akan membuka tirai kempen berdepan jaguh Jerman, Bayern Munich awal pagi Sabtu ini.

Eintracht yang masih lagi segar ditabalkan juara Mei lalu itu kemudian bakal mengharungi satu lagi perlawanan getir bertemu Real Madrid dalam perebutan Piala Super UEFA, Khamis depan.

Justeru, keyakinan mereka semakin meningkat malah prospek berdepan Bayern sama sekali tidak menggerunkan pasukan yang menamatkan kancah domestik itu di tempat ke-11 musim lalu.

Bayern kehilangan Robert Lewandowski yang menyumbang 50 gol musim lalu dan tidak ramai yang menjangkakan muka baru iaitu Sadio Mane akan menghampiri angka jaringan itu.

Biarpun ramai yang menganggap ia satu tindakan yang kurang bijak, Fischer sebaliknya tidak gentar mempersoalkan kemampuan pemain Terbaik Afrika kelahiran Senegal itu.

Fischer, dalam temu bual dengan penyiar RTL dan n-tv, berkata: “Siapa Mane? Sebelum ini ada Robert Lewandowski pun kami sentiasa beraksi dengan baik.”

Lewandowski menjaringkan 15 gol sepanjang 18 perlawanan menentang Eintracht sebelum berpindah ke Barcelona, bulan lalu.

Bahkan, Fischer meramalkan akan ada suasana menarik di stadium apabila Eintracht menjadi tuan rumah kepada juara 10 kali berturut-turut itu.

“Dan sudah tentu kami mempunyai peluang. Jika ia berakhir dengan keputusan seri, saya juga tidak akan menangis.”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2022 12:00

JDT Ke Final Piala FA, Menang Bergaya Atasi Penang 6-1!

Piala FA. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Malam Yang Penuh Gemilang Buat JDT

Hasrat untuk melihat Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke final Piala FA bersama jurulatih baru, Hector Bidoglio, jadi realiti apabila Penang FC tumbang di Stadium Sultan Ismail, malam tadi.

Permainan pada awalnya terlihat seimbang namun sebaik gol pembukaan berjaya direkodkan pada minit ke-19, segalanya seakan berada didalam kawalan tuan rumah.

Menariknya, percubaan Fernando Forestieri yang terkena tiang gol bukan halangan kerana Bergson Da Silva sudah bersedia melunaskan peluang kedua untuk JDT 1-0.

Kelewatan anak buah Datuk Zainal Abidin Hasan untuk bangkit memberikan bantuan di antara satu sama lain sekali lagi membawa padah apabila hantaran Arif Aiman Hanafi ke dalam kotak penalti membuka ruang untuk Forestieri pula meledak gol pada minit ke-24, juga yang keenam peribadi musim ini.

Penang berusaha menghadirkan tentangan namun kelicikan JDT terus mengawal padang, menyaksikan gol ketiga pantas dijelmakan sebaik babak kedua bersambung namun kali ini giliran Forestieri yang melakukan hantaran kepada Arif Aiman.

Tiga minit kemudian, Arif Aiman sekali lagi menyempurnakan peluang terhidang untuk JDT selesa dengan jaringan 4-0 masuk minit ke-51.

Dalam gempita penyokong tuan rumah, entah dari mana Lucas Da Silva tampil memecah kebuntuan Penang FC dengan jaringan sulung yang menewaskan Farizal Marlias.

Namun ternyata malam yang penuh gemilang buat Arif Aiman apabila dalam sudut sukar, peluang yang diperoleh dari Bergson berjaya dilunaskan untuk hatriknya yang menjadikan kedudukan 5-1 pada minit 62.

Dan menuju penamat, Stadium Sultan Ismail sekali lagi bergemuruh apabila JDT berjaya menjaringkan gol keenam perlawanan melalui penyudah Syahmi Safari.

JDT bakal ke final dan akan menanti di antara Terengganu FC atau Selangor FC yang bakal membuat perhitungan esok di Kuala Terengganu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2022 11:46

“Bila Dia Bercakap Bersih Je Ikhlas Dari Hati”- Ryan Bakery Dipuji Netiizen

Ryan Bakery from zero to Artis

Sebut sahaja nama Ryan Bakery, kini di media sosial content creat0r dan pers0naliti media s0sial tersebut tidak asing lagi bagi ramai dengan kejayaannya telah menghiburkan pengguna media sosial dan platform TikTok dengan menggamit memori ramai ketika zaman kanak-kanak dan persekolahan.

Walau bagaimanapun, nampaknya selepas muncul di rancangan popular Meletop, Ryan Bakery mengundang peminat teruja lagi dengan jemputan pihak radio Sinar yang dalam pada masa sama dapat menjawab beberapa persoalan yang sering menjadi tanya buat peminat tentang influencer terkenal ini.

Video lawak Ryan Bakery di Tiktok mencecah 20juta viewers

 

Perkongsian di Tiktok pemilik, Netizen juga dapat membuatkan peminat lagi sekali mengetahui tentang nama ayahnya apabila dia menggunakan panggilan Ryan Bakery di akaun media sosial miliknya. Sebutan tersebut bagaimanapun menjadi tanya tanya peminat sebelum ini kerana mengira dia juga terlibat dalam bidang kedai roti atau kek.

Selain ditanyakan soalan berkenaan oleh penyampai Sinar iaitu Siti Elizad, Angah dan Rahim, dia turut bercerita mengenai kawan-kawan rapatnya.

Pada waktu itu, hantaran video-video tersebut di Aplikasi TikTok juga telah menarik perhatian ramai peminat Ryan Bakery dengan ribuan tanda suka ditinggalkan. Tidak sekadar itu, ruangan komen di perkongsian tersebut juga dihujuni pelbagai reaksi yang turut memuji sikap si Ryan Bakery ini.

Baca juga :  Shuib Sedekah Senyap-Senyap Dekat Kanak-Kanak Jual Kerepek Raih Pujian Netizen

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2022 05:03

Bakal Pengantin Ajak Rakan Jadi ‘Bridesmaid’ Tapi Siap Minta RM500 Seorang

Bakal Pengantin Ajak Rakan Jadi ‘Bridesmaid’

Bakal pengantin selalunya memang akan bersiap sedia membuat persiapan majlis perkahwinan beberapa bulan lebih awal kerana ada banyak hal yang perlu diselesaikan. Bagi pengantin perempuan pula, bridesmaid antara isu penting yang perlu dimaklumkan awal untuk memberikan masa kepada mereka melakukan persiapan seperti soal baju dan sebagainya.

Baru-baru ini juga, perkongsian dari seorang wanita ini menjadi tumpuan ramai apabila dia berkongsikan mesej perbualan di antara dia dan rakannya ini. Menurut perbualan itu, rakannya memberitahu akan berkahwin pada bulan Januari tahun hadapan dan juga telah memaklumkan berita gembira itu kepada wanita tersebut.

Pada seawalnya wanita itu turut sama gembira mendapat berita gembira itu dan pastinya tumpang bahagia dengan perkhabaran itu. Bukan itu sahaja, rakannya kemudian meminta wanita itu untuk menjadi bridesmaid semasa majlis perkahwinannya berlangsung itu.


@aqilajohan I dont know la… #majliskahwinkaukan @zalinajenner ♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

Malah apa yang membuatkan netizen terkejut ialah bakal pengantin itu meminta bayaran sebanyak lima ratus ringgit seorang untuk setiap rakan yang akan menjadi bridesmaid pada majlisnya nanti.

Menurut, bayaran itu juga adalah sebagai sumbangan dan ‘contribution’ untuk majlis perkahwinannya itu. Lebih memeningkan kepala lagi, bayaran itu tidak termasuk dengan baju yang perlu dipakai oleh para bridesmaid yang dilantiknya.

Turut,  dikongsikan itu menerima pelbagai reaksi dari netizen yang turut sama terkedu melihat permintaan bakal pengantin ini. Malah ada yang menganggap agak keterlaluan untuk bakal pengantin itu meminta wang daripada bridesmaid untuk majlis perkahwinannya sendiri.

Baca juga: Aril Pilus Pernah Alami Tekanan Dan Berkongsi Keadaaan Terkini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2022 04:30

Aguero Persoal Penjualan Sterling!

Manchester City. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Pengurusan Membuat Keputusan Yang Pelik

Bekas penyerang, Sergio Aguero tidak faham akan tindakan Manchester City yang menjual Sterling kepada Chelsea serta memberi pendapat bahawa Erling Haaland perlukan masa untuk menyesuaikan diri di EPL.


City menjual pemain kebangsaan England, Sterling dengan harga 45 juta pound bulan lepas serta Gabriel Jesus yang ke Arsenal bersama dengan Oleksandr Zinchenko.

Sterling menjaringkan 17 gol dalam kesemua pertandingan untuk pasukan Pep Guardiola musim lepas dan hanya dibelakang Riyad Mahrez (24 gol) serta De Bruyne (19 gol) yang berjaya mempertahankan piala liga. Namun, Sterling hanya mahu minit permainan yang City tidak dapat berikan.

Hal itu telah disebabkan oleh City telah menandatangani Haaland dari Borrusia Dortmund ketika Julian Alvarez juga tiba untuk memperkuatkan lagi bahagian serangan bersama Jack Grealish, Phil Foden dan Mahrez.

Namun, bekas rakan sepasukan dan pemegang rekod kelab iaitu Aguero keliru dengan keputusan menjual Sterling yang berumur 27 tahun kepada rival dalam Liga Perdana Inggeris sendiri.

“Saya tidak faham mengapa Sterling dijual. Ada beberapa waktu pengurusan membuat keputusan yang pelik.” Kata Aguero didalam siaran Twitch beliau.

Haaland kelihatan bergelut dalam debut pertama kompetitif beliau dan mempamerkan aksi yang mengecewakan dalam aksi pasukan kendalian Pep Guardiola yang tunduk kepada Liverpool 3-1 pada aksi Perisai Komuniti Sabtu lepas.

Pemain kebangsaan Norway tersebut hanya melakukan 3 sentuhan dalam 30 minit pertama dimana sentuhan itu datang dari kawasan sendiri.

Beliau juga terlepas peluang terbaik menjaringkan gol dari permainan terbuka dimana beliau hanya menendang bola ke arah palang dalam jarak 6 ela pada masa tambahan menurut Opta.

“Beliau terlalu selesa di Jerman. Haaland berasa beliau sendirian namun Van Dijk datang dan berkata ‘selamat datang ke Liga Perdana.’” Ujar Aguero terhadap pemain berusia 22 tahun itu.

Walaubagaimana pun, Alvarez tampil memberi aksi terbaik walaupun dari bangku simpanan dan memberi dimensi berbeza dalam serangan City.

Apabila Aguero ditanya apakah bentuk nasihat diberikan kepada rakan senegaranya itu, beliau menjawab “Julian menghantar pesanan ringkas kepada saya dengan bertanya bagaimana kehidupan di Manchester. Saya beritahu beliau akan sentiasa dalam kedinginan.”

Manchester City akan memulakan kempen liga menentang West Ham digelanggang lawan Ahad ini manakala Sterling pula akan bermula awal sehari bersama Chelsea menentang Everton Sabtu nanti.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2022 03:10

5 Tempat Makan Popular Di Janda Baik

Terletak di lokasi yang strategik tepat di bawah Genting Highlands, terdapat beberapa tempat makan popular di Janda Baik. Kampung yang diberi nama unik ini bukan sahaja mempunyai tempat perkahwinan dan chalet tetapi juga beberapa kedai makan yang berbaloi untuk dikunjungi.

Jadi kami telah mengumpulkan senarai tempat makan popular di Janda Baik yang akan berguna apabila anda merancang percutian hujung minggu anda di sini!

Baca juga: 7 Produk Halal Popular Di JONETZ By Don Don Donki Malaysia

Tempat Makan Popular Di Janda BaikPinto Coffee+

Pinto Coffee, Tempat Makan Popular Di Janda Baik

Pinto Coffee+ ialah sebuah tempat makan popular di Janda Baik yang tersembunyi jauh di dalam hutan tropika. Jangan biarkan bahagian luar yang separuh siap itu membuatkan anda berfikir bahawa bangunan itu terbengkalai. Malah, ia sengaja direka sedemikian!

Seni bina dinamik kafe ini yang menggunakan konsep ruang terbuka menjadikan Pinto benar-benar unik! Sebaik sahaja anda melangkah masuk, anda akan disambut dengan aroma manis kopi buatan tempatan mereka dan meja dan bangku kayu.

Tidak syak lagi bahawa tempat makan popular di Janda Baik ini akan memberikan pengalaman kembali ke kampung!

Jika anda ingin menjamu selera, nasi goreng telur dan lamb shoulder wajib anda pilih! Segala-galanya adalah home-made, jadi anda akan berasa selesa apabila anda menjamah kambing yang juicy dan nasi goreng yang  cukup rasa!

Perkara terbaik tentang Pinto ialah ia bukan sahaja menarik minat penggemar makanan dan kopi, tetapi ia juga mengalu-alukan ulat buku. Oleh itu, jika anda tidak bersedia untuk makanan dan minuman, anda sentiasa boleh mendapatkan buku!

Waktu Operasi: Rabu-Khamis & Ahad; 10AM-6PM, Jumaat & Sabtu; 10AM-8PMAlamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Website | Facebook | Instagram

Nero Bianco Deli

Semasa anda memandu di sepanjang jalan di Janda Baik, anda akan melihat sebuah kafe betul-betul di sebelah kawasan perumahan komuniti yang kecil. Ia adalah tempat makan popular di Janda Baik; Nero Bianco Deli.

Dekorasi hitam-putih di sekitar Nero Bianco Deli memancarkan keghairahan dan suasana artistik yang akan membuatkan anda ingin singgah dan melihat apa yang ada.

Tidak seperti kafe lain, minuman di sini adalah layan diri supaya anda boleh memilih mana-mana minuman yang anda suka dari stesen Kopi & Teh mereka dan terus ke kaunter.

Jika anda menggemari makanan Barat, inilah tempatnya! Pastikan anda mencuba sosej bakar yang dihidangkan bersama mashed potatao dan coleslaw.  Iannya sangat sedap sehingga perut anda akan meminta lebih banyak lagi!

Waktu Operasi: Selasa-Ahad; 11AM-11PM (Ditutup setiap Isnin)Alamat: Nero Bianco Deli Lot 5474 Kpg Cheringin Tengah Jalan Utama Janda Baik Pahang, Bentong, Malaysia

Facebook

Figgy’s Cafe

Jika anda mahukan tempat di mana anda boleh mendapatkan pilihan untuk memilih pelbagai jenis makanan, maka anda mungkin ingin singgah di tempat makan popular di Janda Baik; Figgy’s Cafe.

Di sini, anda akan dapat mencari makanan yang lazat daripada piza keju buatan sendiri dan burger daging lembu yang juicy, sehingga menu kegemaran tempatan seperti ikan bakar dan nasi goreng.

Dengan meja panjang lebar yang terletak dalam susun atur terbuka, berkumpul di sini bersama keluarga dan rakan-rakan sambil anda menikmati hidangan yang lazat adalah percutian hujung minggu yang sempurna!

Waktu Operasi: Selasa-Jumaat; 2.30PM-10.30PM, Sabtu&Ahad; 8AM-11.30PMAlamat: PT 20266 Sg. Panjang Kg. Cheringin, Kampung Janda Baik, Malaysia

Facebook | Instagram 

Lemang To’ki

Siapa kata lemang hanya boleh dinikmati pada musim perayaan? Bagi mereka yang tidak berpuas hati atau tidak sabar menunggu sehingga Raya akan datang, maka tempat makan popular di Janda Baik; Lemang To’ki adalah tempat yang anda cari.

Manjakan diri anda dengan lemang yang menyelerakan bersama dengan rendang, ayam bakar, patin tempoyak dan kari itik salai.

Tempat itu mungkin kelihatan sederhana pada pandangan anda, tetapi percayalah kepada kami apabila kami mengatakan penduduk tempatan yang tinggal di kawasan itu kerap mengunjungi tempat ini untuk mendapatkan makanan mereka.

Malah Youtuber makanan terkenal, Mark Weins telah singgah di kedai popular ini!

Waktu Operasi: Selasa-Ahad; 8AM-11.30PM (Ditutup setiap Isnin)Alamat: Lemang To’ki, Batu 2 Jalan Tras, Bentong, Malaysia

Facebook | Instagram

Istana Lemuni

Istana Lemuni adalah tempat persembahan dan acara yang terletak di tengah-tengah Janda Baik yang mempunyai replika persis istana lama Terengganu.

Selain merupakan tempat makan popular di Janda Baik, tempat ini menawarkan pemandangan indah Hutan Simpan Lentang dan landskap yang menakjubkan yang akan membuatkan anda berasa seperti telah diangkut kembali ke zaman tradisional lama.

Anda boleh menemui mana-mana hidangan tradisional tempatan di sini seperti nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang, ayam goreng rangup dan roti canai yang lazat dengan sisi kari yang berperisa, pencuci mulut tradisional dan sudah tentu, minuman terbanyak pada hari itu, kopi!

Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia untuk makan nasi lemak anda dengan secawan teh tarik manis untuk melengkapkan hidangan. Pemandangan hutan simpanan yang menghijau membuatkan makanan lazat yang disediakan oleh chef akan rasa 10 kali lebih enak!

Website | Facebook | Instagram

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2022 00:28

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.