Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 125
August 3, 2022
Mengaku Bosan Dengan Hidup Akibat Terlalu Kaya – Raffi Ahmad
Tahu ke korang dekat Indonesia, gelaran sultan mempunyai maksud yang berbeza dan tersendiri dimana ia merujuk kepada seorang seniman yang diiktiraf kejayaan serta kewujudannya di kaca TV dan media sosial.
Salah seorang daripada artis terkenal yang diberi gelaran itu termasuklah Raffi Ahmad. Namun, Raffi Ahmad baru-baru ini berkongsi di media sosial bahawa dia mengaku sudah bosan bergelar Sultan.
Raffi Ahmad mempunyai kekayaan sebanyak $21 juta dollar Amerika menurut Forbes, iaitu sebanyak RM 93,600,000 ringgit Malaysia sahaja. Banyak kan?
Beliau berkata demikian selepas Nagita Slavina, memberitahu bahawa sudah bosan menjadi seorang Ketua Pegawai Eksekutif. Nagita adalah isteri kepada Raffi Ahmad. Nampak kan dua2 laki bini dah bosan jadi kaya? Hahaha
Kenyataan pasangan itu kemudian mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Agak tidak patut cara mereka flex.
Menerusi perkongsian foto di Instagram yang memaparkan dirinya mengerutkan kening di sisi kereta sport merah miliknya, tulis Raffi, “Saya sudah bosan menjadi sultan, rasanya biasa saja.”
Bagaimanapun, rata-ratanya ramai yang teringin bertukar posisi dengan Raffi kerana kekayaannya yang dikatakan melimpah ruah.
Elizabeth Tan Ingin Cuba Untuk Hamil Hujung Tahun Ini
Menurut Elizabeth, percubaan untuk hamil pada awalnya telah dirancang pada bulan Julai ini. Malah, disebabkan kesibukan bekerja, dia telah memutuskan untuk menganjak tempoh percubaan untuk hamil sehingga bulan Oktober.
“Sebenarnya, saya rancang untuk cuba hamil pada Julai. Tetapi, secara tiba-tiba banyak pula job yang masuk. Jadi saya anjak ke bulan seterusnya iaitu Ogos.
“Namun disebabkan jadual kerja makin padat, rancangan untuk cuba mendapatkan cahaya mata dianjak sehingga ke bulan Oktober,” katanya kepada Gempak ketika
Sebuah Filem Abang Long Fadil 3 yang diadakan di ibu kota semalam. Pada waltu itu juga, Elizabeth menambah, sukar bagi dirinya untuk memutuskan sama ada ingin menimang cahaya mata atau tidak.
“Susah sebenarnya untuk decide ingin dapat anak atau tidak. Saya tahu yang saya perlu mengorbankan sebahagian besar karier saya jika saya ingin bergelar ibu.
“Lepas jadi mak, watak-watak yang ditawarkan mungkin lain… beza sedikit atau mungkin akan kurang. Saya ambil masa setahun ini untuk bersedia secara mental.
“Tambahan pula, sebagai seorang wanita, kita ada biological clock dan tahun depan saya sudah berusia 30 tahun. Doktor pun nasihat supaya hamil sebelum usia 35 tahun bagi mengelakkan bayi mengalami autism.
“Justeru, kita akan cuba ke arah itu (hamil) pada penghujung tahun ini,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Elizabeth bakal muncul sebagai watak utama menerusi filem Abang Long Fadil 3.
Seorang Penerbit Syafiq Yusof, filem Abang Long Fadil turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Zizan, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj.
Elizabeth juga diberi sebagai tanggungjawabnya untuk membawakan lagu runut bunyi bagi filem berkenaan berjudul Payung, yang turut menampilkan
pelakon terutamanya, Zizan Razak.
Baca juga : Uji Rashid Kongsi Keadaan Terkini Anaknya , Cico
August 2, 2022
Jawatan Kosong Terbuka di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Seluruh Malaysia ~ Pengambilan Tahun 2022

Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan di PERKESO. Sila rujuk maklumat kekosongan ini di laman yang tertera. Untuk membuat permohonan sila ikuti langkah-langkah yang diberikan.
Iklan kekosongan ini adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia. Sebelum memohon, sila baca dengan teliti tentang langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum membuat sebarang permohonan.
MAKLUMAT JAWATANNama Majikan : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Tarikh Tutup Permohonan : 04 Ogos 2022
Join telegram: https://t.me/jawatan
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMOHON1. Sekiranya anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda hendaklah menghantar maklumat yang lengkap dengan mengisi resume rasmi anda dan disertakan pengalaman bekerja yang lepas sekiranya diminta.
2. Anda hendaklah memilih jawatan dan lokasi yang bersesuaian mengikut kelulusan anda pada senarai kekosongan jawatan yang telah ditetapkan.
3. Langkah yang seterusnya, Anda hendaklah mengisi resume yang lengkap pada alamat “PERMOHONAN KERJAYA” di bawah.
Perantisan PERKESO*Sila lihat pautan di bawah sebelum memohon
Sebelum memohon, anda hendaklah mengikuti langkah permohonan kerja kosong terkini yang telah ditetapkan.
Rujuk Pautan: PERMOHONAN KERJAYA
Anda mungkin berminat dengan Jawatan Kosong RISDA ~ Minima PMR/PT3 Layak MohonAnda dah mohon MySalam , layari laman web rasmi untuk mengetahui syarat kelayakan untuk mendapatkan perlindungan MySalamKEPERLUAN & KELAYAKAN UNTUK MEMOHONKepada calon yang mempunyai kelayakan seperti Ijazah, Diploma,(SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon jawatan ini
[Sila baca iklan dan syarat kelayakan permohonan sebelum memohon jawatan ini]Ciri-ciri calon yang memiliki kelebihan dengan jawatan kosong ini adalah seperti berikutKemasBerpengetahuan amMempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam diri dan lain-lain(Sila rujuk kelayakan permohonan jawatan ini di bawah)KelebihanGaji dengan pelbagai imbuhan menarikCuti TahunanCuti Sakit dan lain-lainBAGAIMANA UNTUK MEMOHONPermohonan ini boleh dilakukan secara online. Sila ikuti arahan seperti di bawah.
Sila Klik di pautan “PERMOHONAN” yang berada di atas dan rujuk pada maklumat permohonan, syarat kelayakan dan tarikh tutup permohonan jawatan.
Kepada permohon yang membuat permohonan buat kali pertama, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan pengisian maklumat yang diperlukan di dalam sistem.Semua pemohon disarankan untuk mengemaskini mana-mana maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem. Hanya calon yang disenarai pendekkan akan dipanggil temuduga.
Mohon Bantuan Am RM350 Sebulan | Semak Sekarang!
Mohon Bantuan Am RM350 sebulan khas untuk yang berkelayakan sahaja.
Kementerian kewangan telah memperkenalkan Pakej Bantuan Am untuk mereka yang layak.
Usaha murni ini dilakukan untuk membantu golongan rakyat terutamanya golongan miskin dan mereka yang tidak berkemampuan.
Apply juga bantuan MySalam 2022.
Apakah Itu Bantuan Am?Kadar bayaran Bantuan Am ditetapkan kerajaan adalah sebanyak RM100 sebulan setiap orang; maksimum RM350 sebulan setiap keluarga.
Bantuan Am ini bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan harian individu atau keluarga.
Syarat KelayakanBerikut adalah kriteria kelayakan bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan ini :
Warganegara yang menetap di Malaysia;Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata isi rumah miskin semasa; atau Purata PGK per kapita miskin semasaGolongan miskin yang tidak dilindungi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAUSebarang kes yang layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKMNak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Pemohon yang berminat perlu isi borang permohonan.
Download Borang Permohonan Bantuan (JKM 18) di sini.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
Salinan Kad Pengenalan pemohonSalinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersamaSalinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersamaSalinan penyata gaji (jika ada), dan dokumen lain yang berkaitan.Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Daerah / Jajahan / Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian di seluruh negara.
Info Lanjut1. Setiap permohonan yang telah didaftar akan disiasat untuk sesi penilaian secara terperinci bagi mengesahkan kelayakan pemohon untuk mendapatkan bantuan
2. Perkara ini adalah mengikut prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukannya hak.
Maklumat lanjut klik sini.
Apa Nak Buat Kalau Kereta Terkena Banjir?
Sekarang ini musim banjir akan melanda di negara kita. Baru-baru ini lebih 500 kenderaan di tengelami air dalam kejadian banjir kilat di Johor Bahru.Kalau kereta sudah dimasuki air sampai ke dalam ruang kabin, apa boleh buat. Terpaksalah pasrah dan berdoa. Namun, ada beberapa ikhtiar yang boleh dilakukan dengan harapan kereta kita masih dapat dipulihkan dan beroperasi seperti sedia kala.
Sumber: google image
Ini adalah tips yang perlu anda tahu bila kenderaan anda di tengelami banjir:
HUBUNGI SYARIKAT INSURANS ANDA
Perkara pertama harus dibuat, hubungi syarikat insurans. Ada insurans menawarkan perlindungan banjir dalam pakej komprehensif, tetapi ada yang mengenakan caj tambahan berasingan. Apapun, sila tanya pegawai khidmat pelanggan insurans anda.
JANGAN HIDUPKAN ENJIN KENDERAAN
Antara kesilapan besar dilakukan pemandu adalah cuba menghidupkan enjin dengan memulas kunci kereta sebaik saja selepas abnjir reda. Cubaan ini sebenarnya berisiko menyebabkan kerosakan lebih teruk yang menelan kos baik pulih lebih mahal. Ikut langkah-langkah betul di bawah.
Selepas banjir surut, lumpur dan selut akan mula meninggalkan garis air pada bahagian luaran dan dalaman kereta. Syarikat insurans akan menilai setiap tahap kerosakan yang berdasarkan paras air yang menenggelamkan kereta anda. Kos baik pulih akan lebih tinggi jika kereta anda ditenggelami air hingga melepasi aras papan pemuka. Jika air cuma naik terlalu tinggi melepas pintu, kereta anda biasanya masih selamat untuk dibaik pulih.
Jika ternampak titis air pada dipstik (atau tolok minyak) atau pun paras minyak enjin tinggi, atau terdapat air dalam penapis udara, jangan sesekali anda cuba untuk menghidupkan enjin. Terus sahaja tunda kereta ke bengkel untuk menyingkirkan air dan menukar minyak enjin, termasuk bendalir lain. Jika mahir, boleh cuba tukar minyak enjin dan penapis udara sendiri tetapi pastikan semua komponen enjin kering.
Pada sistem bahan api iaitu model kereta baharu biasanya ditutup rapi, akan tetapi komponen itu pada model lama mungkin perlu dikeringkan. Brek, klac, stereng kuasa, dan tangki pendingin (coolant) perlu diperiksa supaya tiada pencemaran. Namun sekali lagi, tugas memeriksa ini sepatutnya akan dilakukan mekanik bertauliah. Lebih elok lagi jika kereta ditunda ke pusat servis rasmi untuk dilakukan diagnosis menyeluruh.
SILA PERIKSA SEMUA SISTEM ELEKTRIKKemudian pula, sila periksa semua sistem elektrikal. Pulas pada kunci pencucuh atau cara lain untuk menghidupkan kereta anda. Periksa kepada setiap komponen elektrik satu persatu daripada lampu depan, signal belok, penyaman udara, stereo, kunci kuasa, tingkap dan kerusi, dan lampu kabin. Jika anda perasan sebarang kekurangan seperti kelancaran enjin dan anjakan gear, itu mungkin menandakan berlaku masalah elektrikal. Segera hantar ke mekanik, dan ingat, kereta anda mungkin dilindungi insurans.
Sebelum anda memandu, cari kesan lumpur dan selut yang mungkin terkumpul pada sekitar roda, brek, dan bawah kereta. Malah, kesan lumpur yang sudah mengeras, atau ranting kecil boleh menyebabkan kereta bergegar ketika memecut. Jika perlu, ambil penyembur bertekanan tinggi dan cucilah sekitar rim dengan berhati-hati.
Kereta yang ditenggelami banjir boleh mengalami masalah berbulan ataupun bertahun lama selepas kejadian. Jika yakin bengkel tidak dapat membaik pulih sebaiknya, mungkin boleh meminta syarikat insurans menimbang untuk mengisytiharkan kereta anda sebagai rugi penuh (total loss). Selain memerlukan kos baik pulih tersembunyi yang tinggi, pengisytiharan total loss mungkin dapat menyelamatkan anda daripada sakit kepala.
Semoga info dan tips ini memberi manfaat pada anda jika berlakunya masalah banjir di negara kita.
Piala Pertama PSG Musim Ini!
Paris Saint-Germain F.C. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
PSG Merampas Semula Trophee des ChampionsChristophe Galtier memuji kemahuan tinggi Paris Saint-Germain (PSG) selepas mereka memenangi Trophee des Champions dengan kemenangan 4-0 ke atas Nantes, semalam.
Lionel Messi yang diumumkan Pemain Terbaik Perlawanan ketika itu telah membuka tirai jaringan di Stadium Bloomfield di Tel Aviv sebelum Neymar menggandakan kelebihan mereka dengan sepakan percuma yang menarik.
Sergio Ramos kemudian menokok gol ketiga sebelum Neymar mencetak gol kedua peribadinya menerusi sepakan penalti lewat permainan selepas insiden yang menyaksikan Jean-Charles Castelletto dibuang padang.
PSG merampas semula Trophee des Champions selepas rentetan lapan kejuaraan musim mereka berkecai di tangan Lille musim lalu, lantas Galtier gembira dengan rentak pasukannya dalam perlawanan kompetitif pertamanya itu.
“Kami menyajikan satu perlawanan yang sangat serius dan saya gemar dengan hakikat bahawa kami mendekati perlawanan ini dengan kemahuan dan keazaman yang tinggi,” katanya kepada Amazon Prime Video.
“Kami mencipta beberapa peluang menarik pada awal permainan dan pihak lawan cuma mempunyai satu atau dua peluang.
“Kami tekad dan saya melihat pemain berusaha keras dan itu penting bagi saya. Ini adalah satu kemenangan yang hebat. Adalah bagus untuk membawa trofi ini kembali ke Paris.”
The Kelapa Cafe | Tropical Kafe Popular Di Langkawi – Perfect Untuk Trip 2022 Anda!
The Kelapa Cafe menawarkan tempat makan yang santai dan juga meyediakan juadah enak untuk anda selepas anda letih seharian meneroka Pulau Langkawi. Percutian di Langkawi selalunya akan lebih fokus kepada aktiviti pantai, menginap di vila kolam renang peribadi dan meneroka keseluruhan pulau.
Jadi untuk melengkapkan itinerary yang telah anda rancang, untuk part breakfast/lunch/early dinner anda, jangan lupa untuk berkunjung ke The Kelapa Cafe!
Baca juga: 6 Shopping Mall Popular di JB
Dekorasi
Sebagai sebahagian daripada Tanjung Rhu Village Villas & Co, kafe ini pada mulanya dibuka hanya kepada tetamu yang menginap di vila tersebut. Kini, orang luar juga dibenarkan untuk menjamu selera dan menikmati dekorasi yang menawan serta suasana santai!
Dengan konsep dalaman yang seperti outdoor, nikmati hidangan anda sambil berendam dalam cahaya matahari yang hangat dan angin laut yang sepoi-sepoi.
Selain itu, mereka mempunyai sudut buku yang comel di mana anda boleh mengambil gambar yang sempurna untuk IG anda.
Menu The Kelapa Cafe
Nikmati pelbagai masakan gabungan Barat di kafe ini – daripada hidangan sarapan seperti telur Benedict dan Mangkuk Smoothie Buah-buahan Tropika Ocean Wave yang istimewa,
Kepada hidangan lazat seperti fillet dory dory herba pan-seared dengan sos Hollandaise dan spageti carbonara ayam telur masin.
Terdapat banyak untuk dicuba di sini, yang memberikan anda seisi keluarga peluang yang baik untuk mendapatkan juadah mengikut citarasa masing-masing.
Sebaik sahaja anda selesai makan, jangan lupa untuk mencuba dessert! Manjakan diri anda dengan Pancake Matcha Hijau khas mereka atau hilangkan dahaga anda dengan Teh Bunga Buah-buahan Campuran Ais.
Untuk pencuci mulut terbaik, pesan Tropical Twist French Toast dan tambahkan ais krim Gula Melaka dua sudu istimewa mereka! Ia adalah hidangan yang amat berbaloi untuk dicuba!
Apabila anda berada di Langkawi seterusnya, pastikan anda singgah di The Kelapa Cafe untuk menikmati hidangan yang lazat dan berseronok, ya =)
Waktu Operasi: Isnin-Selasa; 9AM-6PM, Sabtu-Ahad; 9AM-8PM (Ditutup setiap Rabu)Alamat: 61, Jalan Tanjung Rhu, Kampung Padang Lalang, 07000 Langkawi, KedahUFUTURE 2022 : Login UiTM Student Portal
UFuture UiTM panduan untuk login dan isi kandungan Exit Survey SuFo 2022.
Penilaian SuFo telah dibuka, pelajar diminta melengkapkan penilaian bagi setiap mata pelajaran yang didaftarkan di Student Portal di bahagian i-Learn.
Baca Juga : PTPTN Tawar Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman
Di dalam artikel ini, dikongsikan lebih lanjut mengenai SuFo dan cara membuat penilaian dalam talian (secara online) di laman web uFuture.
Apa Itu uFuture?UFuture adalah platform untuk menyampaikan kandungan pembelajaran dalam talian (secara online) kepada mana-mana individu yang ingin menyertai kursus tanpa had kehadiran.
Apa Itu Penilaian SuFo?Student Feedback Online atau SuFO bertujuan untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran, demi kepentingan pelajar dan UiTM agar kualiti program dan akreditasi pelajar terjaga.
Nak lebih banyak update JAWATAN KOSONG MENARIK?
Join Telegram Rasmi Jawatan Kerajaan & Swasta :
Klik Sini
Berikut adalah cara-caranya :
Log masuk ke laman Ufuture : https://ufuture.uitm.edu.my/loginTekan simbol “triple bar” di bahagian atas skrin.Skrol pilihan di sebelah kiri skrin dan pilih “Penilaian”.Tekan Exit Survey.
Jika anda terlupa kata laluan untuk log masuk ke laman web uFuture, sila tekan pada pautan berikut: https://ufuture.uitm.edu.my/forgot dan tekan butang RESET KATA LALUAN.
Jika anda menghadapi masalah, hubungi saluran berikut:
Hotline: Jabatan IT, iCEPS : 03 – 5544 8369 / 03 – 5544 8174
Isi Maklumat SuFoPelajar diingatkan supaya melengkapkan SuFo mengikut tarikh yang ditetapkan bagi mengelak keputusan penilaian akhir disekat.
Sila lengkapkan SuFo di laman web UFUTURE UiTM di pautan berikut https://ufuture.uitm.edu.my/home/
Maklumat lanjutUntuk maklumat lanjut tentang kursus yang ditawarkan, sila layari laman web https://ufuture.uitm.edu.my/home/
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam
Malaysia
03 – 5544 8369
iceps@uitm.edu.my
Uji Rashid Kongsi Keadaan Terkini Anaknya , Cico
Penyanyi dan pelakon popular era 70-an, Uji Rashid melahirkan rasa terharu dan sangat bersyukur apabila keadaan kesihatan anak lelakinya , Cico bertambah baik dan semakin sihat .
Namun masih tidak mampu bercakap seperti biasa dan belum lancar serta tidak jelas seperti orang dewasa tetapi kesihatannya bertambah baik sejak PKP berlalu dan
“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun, keadaannya makin okey. Cuma percakapan dan pertuturan tak lancar”.
“Kadangkala dia masih ingat-ingat lupa apa yang berlaku. Namun semakin hari keadaannya semakin baik. Syukurlah…,” katanya
Sebelum ini , Uji Rashid pernah melahirkan rasa kesal dengan penularan berita berkenaan keadaan anaknya Cico yang dikatakan bisu dan buta huruf.
Uji juga sempat bercerita tentang kisah anaknya itu yang telah dianiayi oleh teman – temannya sehingga menyebabkan keadaanya menjadi seperti sekarang dan sukar untuk dipulihkan.
BACA : Sultan Kelantan Isytiharkan Che Puan Nur Diana Petra Abdullah Sebagai Sultanah Kelantan
Beliau juga mengakui anaknya mengalami kesukaran untuk bertutur kerana racun yang diberikan memberikan kesan kepada otak , organ serta kotak suaranya .
“Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif”.
“Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya. Racun itu beri kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya,” jelasnya lagi.
Terdahulu , Cico Harahap, 44, didakwa telah berdepan masalah kesihatan selepas keluar bertemu dengan rakannya pada malam 25 Disember 2016.
Cico dikatakan telah diracun dengan cara meletakkan sesuatu ke dalam minumannya dan telah menyebabkan dia mengalami sakit yang berpanjangan hingga memerlukan masa yang lama untuk pulih.
Selain menerima rawatan hospital , Puan Uji juga turut membawa Cico menjalani rawatan perubatan Islam dan berusaha dengan sepenuh hati untuk merawat anak kesayangannya itu.
Sedih Dan TerkilanBeliau juga turut menyatakan rasa terkilan apabila terdapat beberapa portal masih menyiarkan berita yang dianggapnya basi dan sengaja menyebarkan perkara yang tidak benar tentang anaknya itu.
“Bodoh…bodoh. Orang macam itu bodoh. Dia tengok yang lama kemudian ulang balik dan tulis benda itu”.
“Saya memang marah. Yang lama diulang semula. Kenapa? Bukan menolong namanya tapi menjahanamkan orang”.
“Bukan apa, kita nak doakan orang sihat. Ini tak ada, mereka sengaja tambah lagi. Sumpahan mulut mereka amat menyakitkan,” kata Uji .
“Carilah pahala. Tidak bagus. Kalau kena kepada batang hidung mereka, tahulah”.
“Saya memang dah lama sabar. Cico kembali pulih apabila berzikir, solat dan ingat Tuhan. Itu saja yang paling afdal, paling bagus”.
“Saya tak halang dia baca artikel begini kalau ada. Suka hati dia kerana dia ada akal fikiran”.
“Cuma dia lambat bertindak balas kerana dah terkena dengan orang-orang yang tiada otak dan nak menjahanamkan dia,” katanya .
Setelah mengatakan segala yang terpendam dihatinya itu , Uji sempat mendoakan agar mereka yang menganiaya Cico segera bertaubat atas kesalahan yang mereka lakukan.
“Kita doakan juga yang baik-baik untuk mereka. Suatu hari mereka terbuka hati dan taubat iaitu taubat nasuha bukan sekadar di mulut”.
“Mak mana yang tak marah jika anaknya diperlakukan begini,” jelasnya lagi yang terlihat begitu sedih setelah bercerita tentang pengalaman hidupnya itu.
Uji berharap anaknya itu cepat sembuh seperti sediakala dan mahu anaknya bahagia dan ceria seperti dahulu dan dapat menjalani kehidupan normal seperti orang dewasa yang lainnya.Walaupun mengakui dirinya rela hati dan ikhlas menjaga anaknya itu tetapi nalurinya sebagai ibu lebih mahukan anaknya sihat seperti sediakala dan mahukan anaknya itu berada disisinya serta menjaganya hingga ke akhir nyawa.Noor Nabila Padam Semua Gambar Suami Dan Ini Pula Yang Ditemui Di IG Engku Emran
Baru – baru ini hangat diperkatakan tentang kisah keretakan rumahtangga kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Nabila yang dilihat sudah memadam semua gambar bersama suaminya termasuk foto perkahwinan mereka di Instagram.
Malah Noor Nabila turut menukar gambar profil Instagram miliknya dan itu menyebabkan orang ramai semakin yakin tentang masalah yang dihadapi oleh pasangan ini.
Namun, lain pula ditemui di Instagram milik Engku Emran yang mana dia tidak memadam gambar bersama Nabila dan kali terakhir dia memuat naik gambar berdua ketika ulang tahun perkahwinan mereka pada Mac lalu.
Melalui foto tersebut, pasangan tersebut dilihat baru sahaja selesai menunaikan solat jemaah bersama dan terliaht cukup bahagia menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.
Nabila turut memuat naik beberapa perkongsian gambar petikan kenyataan tentang hubungan yang seakan-akan memberi gambaran tentang perasaannya sebagai seorang isteri.
Malah terdapat juga petikan tentang kehadiran yang tidak dihargai selain tentang usaha dalam sesebuah hubungan namun tidak mendapat perhatian daripada pasangan.



Sekadar info , Nabila dan Engku Emran telah berkahwin pada Mac tahun lalu dan masih belum dikurniakan cahaya mata sepanjang perkhawinan mereka .
Sebelum ini Engku Emran pernah berkahwin dengan pelakon, Erra Fazira 2007 dan bercerai pada tahun 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.
Engku Emran kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella 2017 namun ikatan itu juga berakhir dengan perceraian pada tahun 2020.
Sementara Noor Nabila pernah berkahwin dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 202 dan hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
