Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 124
August 4, 2022
“Saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada,” – Adira
Penyanyi jelita , Adira Suhaimi kini yang sudah sarat hamil tujuh bulan mengakui bahawa dirinya sudah tidak mahu mengandung lagi selepas melahirkan cahaya mata keempatnya selepas ini .
Melalui penjelasan daripada Adira , dia dijangka bakal melahirkan bayinya itu pada hujung September atau awal bulan Oktober depan dan sudah merasakan jika dikurniakan dua pasang cahaya mata.
Adira menjelaskan bahawa dia dan suami sudah bersepakat degan keputusan yang dibuatnya kerana memikirkan tanggungjawab yang bakal digalas dengan anak -anak yang semakin membesar.
“Saya tak mahu hamil lagi, cukuplah empat anak. Suami tak kisah dengan keputusan saya.Paling utama, tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak sebaik mungkin”.
“Bila sudah ada empat anak bermakna makin bertambah tanggungjawab. Apapun, saya berharap semoga urusan melahirkan anak keempat akan dipermudahkan”.
“Sebelum ini, saya bukannya nak mengelak mahu mengaku hamil lagi. Bagi yang tahu, tahulah..Tetapi, sekarang barulah saya bersedia nak berkongsi. Doakan saya,” selorahnya lagi.
Berkongsi tentang pengalaman kehamilan bagi anak bongsunya itu, dia mengakui dirinya sudah terbiasa dan tidak mengalami alahan atau kepenatan yang teruk sejak dari awal kehamilan berlaku.
“Saya tidak alami alahan. Berilah makan apa sahaja, semuanya saya telan. Walaupun berehat dalam arena seni, namun, saya tetap aktif memuat naik pelbagai hantaran dalam Instagram (IG). Kali ini, saya aktif dan agak lasak,” katanya yang sedang sibuk dengan perniagaan yang diusahakannya.
Nak Anak LelakiMalah Adira juga berkongsi rasa teruja jika anak yang dilahirkan itu lelaki agar anak lelakinya berpasangan dan ada kawan untuk bemain dan berkongsi aktiviti yang sama.
Namun Adira tetapi menerima dengan hati yang terbuka tentang jantina anaknya asalkan anaknya itu dilahirkan sempurna dan sihat sejahtera seperti anak- anaknya yang lain.
“Sekarang, saya sudah memiliki dua heroin dan seorang hero. Jika diizinkan, saya inginkan anak lelaki lagi, jadi adalah dua pasang cahaya mata. Namun, apapun pemberian Allah, saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada,” ceritanya.
Adira dan pasangannya ,Datuk Seri Adnan Abu telah menikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. dan pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.
BACA : Ajak Dedah Sikap Sebenar Shahrol , Geli Dipanggil Sahabat
Top 5 Restoran Ikan Patin Temerloh | Fresh . Delicious . Affordable
Jika anda sedang bercuti ke Pahang, apakata anda ke restoran ikan patin Temerloh. Hidangan lazat yang dibuat dengan ikan patin (ikan air tawar yang kaya dan berlemak), ia dihidangkan dengan kuah tempoyak (durian yang diperam) pekat untuk rasa lemak dan pedas yang memuaskan.
Salah satu tempat makan ikan patin tempoyak terbaik di Malaysia ialah di pekan Temerloh di Pahang. Temerloh terkenal dengan ikan patin yang membiak subur di Sungai Pahang selalunya dihidangkan dalam juadah patin tempoyak! Scroll ke bawah untuk melihat senarai restoran ikan patin Temerloh.
Baca juga: SilaLima, Kuantan | Bermalam Di Guesthouse Modern & Awesome – Dari RM177/malam !
Top 5 Restoran Ikan Patin TemerlohGobang Maju Patin Tempoyak
Memulakan senarai kita kali ini ialah Gobang Maju Patin Tempoyak yang menjadi kegemaran ramai sejak beberapa tahun lalu.
Terletak bersebelahan dengan Petron Temerloh, restoran ikan patin Temerloh ini sering dipenuhi pengunjung hujung minggu yang menunggu untuk menikmati tempoyaknya yang pekat dan berlemak.
Selain menikmati hidangan istimewa ikan patin tempoyak, mereka juga menyajikan hidangan ala kampung yang lain jika anda mencari makan tengah hari Melayu asli.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari; 10.30AM-10.30PMAlamat: Jalan Triang, 28000 Temerloh, Pahang,Kancil Raja Patin
Satu lagi restoran ikan patin Temerloh yang terkenal di daerah ini ialah Kancil Raja Patin!
Sama seperti kedai makan sebelumnya, kedai ini popular di kalangan orang ramai hujung minggu – dan sesetengah pelanggan telah menunggu 30 minit untuk meja.
Tetapi anda jangan bimbang. Staff rstoran amat ramah perkhidmatannya juga pantas. Selain ikan patin tempoyak, kedai makan ini turut menghidangkan ikan patin goreng yang paling sesuai dinikmati bersama sepinggan nasi kukus.
Waktu Operasi: Rabu-Isnin, 11AM-5PM (Ditutup setiap Selasa)Alamat: No. 65, Jalan BDS 1, Bukit Desa Semantan, 28000 Temerloh, PahangWebsite | Facebook | Instagram
Teratak Patin Bangau
Terletak bersebelahan dengan Sungai Pahang, ikan patin yang dihidangkan di restoran ikan patin Temerloh seterusnya; Teratak Patin Bangau ini sungguh segar. Ada pelanggan yang mengatakan bahawa ikan patin tempoyak di sini agak pedas.
Walau bagaimanapun, jika anda seorang penggemar makanan pedas, anda akan menikmati setiap hirupan kuah tempoyak ini. Kami juga mengesyorkan datang awal kerana kedai makan ini mempunyai tempat letak kereta yang terhad.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari; 10AM-5PMAlamat: Kampung Bangau, 28000 Temerloh, PahangPatin Pak Usop
Disediakan mengikut resipi turun temurun, restoran ikan patin Temerloh; Patin Pak Usop menghidangkan gulai tempoyak ikan patin yang lazat.
Setelah anda tiba di restoran, pilih tempat duduk anda, dan pesan ikan patin tempoyak bersama nasi dan herba segar. Pastikan anda mendapatkan sambal tempoyak, pes cili tempatan yang digabungkan dengan ketulan durian ! =)
Waktu Operasi: Isnin-Sabtu; 12PM-6PM (Ditutup setiap Ahad)Alamat: Lurah Semantan 28000 Temerloh, PahangRestoran Claypot Patin Tempoyak
Mengakhiri senarai restoran ikan patin Temerloh kali ini ialah Restoran Claypot Patin Tempoyak.
Terdapat hanya beberapa restoran di Temerloh yang menyajikan hidangan lazat ini dalam periuk claypot, dan kaedah sajian ini adalah untuk memastikan ia hangat sepanjang hidangan anda.
Ikan patin tempoyak di sini juga lebih pedas daripada restoran lain dalam senarai ini, dan ia akan menjadi hidangan untuk sesiapa sahaja yang menggemari makanan pedas.
Waktu Operasi: Sabtu-Khamis; 11AM-11PM (Ditutup setiap Jumaat)Alamat: No. 62, Persiaran 1, Damai Court, 28000 Temerloh, PahangAugust 3, 2022
Jawatan Kosong Press Metal Sdn Bhd ~ Pelbagai Jawatan Ditawarkan Untuk Rakyat Malaysia

Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan di Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia. Sila rujuk maklumat kekosongan ini di laman yang tertera. Untuk membuat permohonan sila ikuti langkah-langkah yang diberikan.
Iklan kekosongan ini adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia. Sebelum memohon, sila baca dengan teliti tentang langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum membuat sebarang permohonan.
Maklumat JawatanNama Majikan : Press Metal Sdn Bhd
Tarikh Tutup Permohonan : Tertakluk Kepada Setiap Jawatan
Join telegram: https://t.me/jawatan
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMOHON1. Sekiranya anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda hendaklah menghantar maklumat yang lengkap dengan mengisi resume rasmi anda dan disertakan pengalaman bekerja yang lepas sekiranya diminta.
2. Anda hendaklah memilih jawatan dan lokasi yang bersesuaian mengikut kelulusan anda pada senarai kekosongan jawatan yang telah ditetapkan.
3. Langkah yang seterusnya, Anda hendaklah mengisi resume yang lengkap pada alamat “PERMOHONAN” di bawah.
Production ManagerHR ManagerHSE ManagerMaintenance ManagerHSE Senior ManagerHUMAN RESOURCE EXECUTIVEHead of AdminAssociate EngineerSenior ExecutiveTechnicianAssociate EngineerTechnician – Oxy Lance CutterAssociate ExecutiveTraining EngineerTechnician – HydraulicProduction SupervisorMedical AssistantDan Banyak Lagi…*Sila lihat pautan di bawah sebelum memohon
Sebelum memohon, anda hendaklah mengikuti langkah permohonan kerja kosong terkini yang telah ditetapkan.
Rujuk Pautan: PERMOHONAN KERJAYAKEPERLUAN & KELAYAKAN UNTUK MEMOHONKepada calon yang mempunyai kelayakan seperti Ijazah, Diploma,(SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon jawatan ini
[Sila baca iklan dan syarat kelayakan permohonan sebelum memohon jawatan ini]Ciri-ciri calon yang memiliki kelebihan dengan jawatan kosong ini adalah seperti berikutKemasBerpengetahuan amMempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam diri dan lain-lain(Sila rujuk kelayakan permohonan jawatan ini di bawah)KelebihanGaji dengan pelbagai imbuhan menarik
Cuti Tahunan
Cuti Sakit dan lain-lain
BAGAIMANA UNTUK MEMOHONPermohonan ini boleh dilakukan secara online. Sila ikuti arahan seperti di bawah.
Sila Klik di pautan “PERMOHONAN” yang berada di atas dan rujuk pada maklumat permohonan, syarat kelayakan dan tarikh tutup permohonan jawatan.
Kepada permohon yang membuat permohonan buat kali pertama, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan pengisian maklumat yang diperlukan di dalam sistem.
Semua pemohon disarankan untuk mengemaskini mana-mana maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem. Hanya calon yang disenarai pendekkan akan dipanggil temuduga.
mana maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem. Hanya calon yang disenarai pendekkan akan dipanggil temuduga.
Semakan & Permohonan MySalam B40 M40: Tuntutan Sehingga RM8,000
Kerajaan telah bersetuju bahawa skim perlindungan MySalam akan diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak mulai 2022.
Ini termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.
Maksud MySalamMySalam merupakan inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan PERCUMA yang menyediakan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Dana Amanah MySalam.
Dalam Bajet 2022, faedah tuntutan kos peranti perubatan juga akan diperluaskan kepada anak tanggungan penerima MySalam yang layak.
Tuntutan untuk faedah kemasukan ke hospital masih diteruskan bagi mereka yang positif CVD-19 dan dimasukkan ke hospital untuk tahun 2022.
Untuk makluman, jika anda menerima pesanan ringkas (SMS) mengenai kelayakan MySalam untuk tahun 2022 seperti di bawah, bermaksud anda adalah penerima manfaat MySalam ini.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Sila rujuk langkah di bawah untuk menyemak status anda.
Anda boleh semak syarat kelayakan Skim, butiran manfaat, faedah kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my
Sila log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses pembayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Anda boleh merujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:
I. Tuntutan penyakit kritikalLog masuk ke website MySalam menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan)Klik ‘Muat Turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikalDapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penyerahan Tuntutan’. Tatal ke bawah halaman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat Naik’ untuk memuat naik yang berikut dalam format *.pdf atau *.jpegTekan butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.II. Tuntutan kemasukan ke hospitalLog masuk ke website MySalam menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan)Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penyerahan Tuntutan’. Tatal ke bawah halaman dan klik ikon ‘Tuntutan Penghospitalan’.Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat Naik’ untuk memuat naik yang berikut dalam format *.pdf atau *.jpegTekan butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.Senarai Penyakit KritikalPenyakit Alzheimer / Demensia TerukAngioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronariMeningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan HarianTumor Otak Benign – Keterukan TertentuButa – Kekal dan Tidak Boleh PulihSkleroderma ProgresifPekak – Kekal dan Tidak Boleh PulihPembedahan AortaPembedahan Injap JantungPembedahan OtakKanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap AwalKardiomiopati – Keterukan TertentuAnemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum TulangKoma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang BerterusanPembedahan Pintasan Arteri KoronariPenyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan HarianPenyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal BerterusanVirus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui PekerjaanEnsefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan HarianKegagalan Hati Tahap AkhirPenyakit Paru-Paru Tahap AkhirAIDS Dengan Gejala PenuhHepatitis Viral FulminanSerangan Jantung – Keterukan TertentuJangkitan HIV Melalui Transfusi DarahKegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah PinggangKehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)Hilang Keupayaan BertuturTrauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan HarianTransplan Organ Utama/Sumsum TulangPenyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal BerterusanSklerosis MultipelDistrofi OtotKelumpuhan AnggotaHipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan TertentuPenyakit Arteri Koronari SeriusSindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang TerukKelecuran Tahap Ketiga – Keterukan TertentuPenyakit Terminal (Membawa Maut)Penyakit Sistik MedularPoliomielitisKeradangan Pankreas Berulang dan KronikElefantiasis (Penyakit Untut)FAQ Soalan Lazim[sc_fs_multi_faq headline-0=”h4″ question-0=”Berapa lama proses tuntutan?” answer-0=”Jika semua dokumen lengkap, anggaran masa untuk proses tuntutan penyakit kritikal dan hospitalisasi ialah 10 hari bekerja. Keputusan tuntutan akan diberitahu melalui SMS.” image-0=”” headline-1=”h4″ question-1=”Kenapa tak boleh log in MySalam?” answer-1=”Kemungkinan anda salah letak nombor IC atau kata laluan anda. Jika anda terlupa kata laluan, sila reset dan buat semula password yang baru.” image-1=”” headline-2=”h2″ question-2=”Macam mana cara mohon MySalam?” answer-2=”Anda tidak perlu memohon kerana bantuan ini anda akan dapat secara automatik jika anda penerima BPR/ BKM. Anda hanya perlu semak kelayakan anda dengan memasukkan nombor IC di portal tersebut.” image-2=”” count=”3″ html=”true” css_class=””]Shuib Sedekah Senyap-Senyap Dekat Kanak-Kanak Jual Kerepek Raih Pujian Netizen
Bersedekah kepada orang-orang yang sangat memerlukan antara amalan terpuji yang sepatutnya menjadi contoh kepada orang ramai. Sedekah yang diberikan ini juga bukan sahaja membantu golongan yang kurang bernasib baik malah pemberi sedekah juga akan menerima manfaat daripadanya juga.
Baru-baru ini viral satu video, pelawak terkenal Shuib mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat memberikan wang kepada seorang kanak-kanak yang sedang menjual kerepek. Lebih menarik perhatian lagi, pelawak itu cuba menghulurkan wang tersebut secara diam-diam tanpa dilihat oleh orang lain.
Menurut video yang telah dikongsikan oleh netizen, kelihatan Shuib yang sedang menjamu selera di sebuah restoran sebelum dia didatangi oleh kanak-kanak yang menjual kerepek itu. Shuib kemudiannya sedang mengeluarkan duit daripada dompetnya dan mengulurkan kepada kanak-kanak itu secara bersembunyi.
Viral video Shuib Sepahtu sedekah senyap-senyap
Malah pelawak itu juga dilihat cuba menyembunyikan jumlah wang yang telah di sedekahkan kepada kanak-kanak itu kerana bimbang diketahui mereka yang berada di situ. Dalam masa yang sama, Shuib juga sempat berbual seketika dengan kanak-kanak itu selepas menghulurkan wang tersebut.
Lihat di ruangan komen, kebanyakan netizen turut memuji tindakan Shuib yang melakukan kebaikan tanpa perlu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Ada juga netizen yang memberitahu pelawak tersebut sememangnya sangat terkenal dengan sikap pemurahnya yang rajin memberikan sedekah.
Baca juga : Masih Belum ‘Move On’ Shuib Tak Kisah Dikritik Netizen
Ajak Dedah Sikap Sebenar Shahrol , Geli Dipanggil Sahabat
Nama Shahrol semakin menjadi perbualan apabila sering tampil membahaskan isu tentang pelawak dan penyampai radio dalam industri yang terlibat baru – baru ini.
Pada mulanya ia hanya menjadi isu antara dia dan netizen sahaja yang mana dia gemar berkongsi di media sosial dan membiarkan netizen membahaskan perkara tersebut dengan memberikan pendapat masaing- masing.
Namun nampaknya perkongsian terbaru daripadanya kurang disenangi oleh rakannya yang pernah bersama – sama mencipta nama di persada seni sehingga nama mereka dikenali ramai dan popular.
Ajak Shiro telah mempersoalkan tindakan Shahrol apabila dia mengeluarkan kenyataan sedemikian yang membabitkan dirinya dan keluarga sehingga menjadi perbualan ramai.
Yang mana , Shahrol telah menyentuh mengenai pengunduran dirinya yang telah membuka rezeki kepada Ajak agar dapat menyertai Suria. FM hingga kini .
Disebabkan kenyataan itu , Ajak menyifatkan Shahrol sebagai seorang yang sombong apabila bercakap tentang rezeki orang lain yang telah diberikan olehnya seolah- olah dirinya begitu hebat.
Ajak dalam kenyataanya mengakui dia sudah bertahun-tahun tidak dihubungi atau berkomunikasi secara langsung dengan individu yang dikenalinya sebagai sahabat paling dekat itu .
“Tapi bila dia komen kemunduran dia menjadi asbab rezeki kepada saya dan keluarga , saya rasa ayat dia tu seperti anggap diri dia Tuhan. Ini adalah ciri-ciri orang yang sombong bila rasa diri dia terlalu berguna,” katanya.
“Hakikatnya, pada hari pertama saya keluar Hot FM saya dapat offer untuk sertai Suria. Saya cakap dengan diorang minta maaf saya tak mampu nak join Suria sebab kalau keluar gambar Shahrol, letak gambar saya dia tak cantik,” katanya.
Jelas Ajak lagi, dia pada mulanya tidak menerima tawaran daripada Suria FM selepas habis kontrak bersama Hot Fm namun memilih untuk menganggur demi menjaga muka sahabatnya itu namun ianya tidak pernah dihargai.
“Sedangkan saya tak perlu fikir pun masalah dia. Tapi fikir pasal dasar sahabat, saya pilih menganggur Shahrol daripada ambil tempat awak”.
“Awak jangan rasa ini tempat awak, awak tak sedar ke tempat ini dah diduduk oleh Fara Fauzana dan ada lagi nama orang lain, selepas itu baru saya masuk”.
“Saya juga merayu pihak Suria tidak teruskan saman atas masalah lama awak. Hakikatnya selepas setahun awak tinggalkan barulah saya sertai Suria”.
Di kesempatan itu juga Ajak telah bercerita tentang kisah lama yang telah membuatkan dirinya kecewa malah terkilan pada suatu ketika dahulu yang menyebabkan perhubungan mereka semakin jauh.
Ajak Minta MaafAjak juga sempat memohon maaf kerana terpaksa membuka cerita lama kerana tidak mahu lagi dipandang remah dan seperti dirinya tidak mempunyai perasaan dan tidak bertanggungjawab.
“Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat. Awak kata kita jangan terima. Saya percaya cakap awak dan saya tolak pelawaan radio nombor satu. Rupanya awak terima pelawaan itu dengan orang lain,” cerita Ajak.
“Minta maafla saya terpaksa buka semua ni, tapi rasanya tak perlulah saya hormat orang yang dah pijak kepala saya. Yang tak pandang pun isteri saya tu saudara dia, anak-anak saya tu anak saudara dia. saya cakap cukuplah sampai disini sahaja.
Tidak mahu perkara ini berlanjutan sehingga mempersoalkan tentang rezekinya dan keluarga , Ajak terpaksa membuka mulut dan menjelasakan perkara tersebut agar orang lain tidak memandang rendah terhadap kredibilitinya sebagai seorang penyampai radio.
“Shahrol, cukuplah bagi jawapan pusing-pusing ni. Saya bukan budak kecil. Dulu mungkin 25 26 saya diam. Sekarang saya dah 37 tahun saya perlukan ketenangan tu semua. Jadi saya nak nasihat awak semua janganlah sanjung kaduk dah naik junjung ni. Fikir-fikirkanlah,” katanya.
BACA INI JUGA : Uji Rashid Kongsi Keadaan Terkini Anaknya , Cico
Nampaknya hubungan mereka sudah bermasalah sebelum ini dan Ajak tidak pernah bersuara demi menjaga aib namun ianya sudah tidak mampu disorokkan kerana semakin didiamkan semakin dipijak orang yang mengalah .
Semoga segalanya dapat diselesaikan dengan baik.
Tiket Online Habis Dijual!
Piala FA. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Separuh Akhir Piala FA, Terengganu vs SelangorLebih 40,000 penyokong Terengganu bakal membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada hari Sabtu ini untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Selangor apabila jualan tiket dalam talian (Online) dilaporkan sudah habis dijual.
Penjualan tiket tersebut telah dibuka sejak 29 Julai 2022 melalui laman web tickethotline.com dan pembelian melalui aplikasi Terengganu FC. Walaupun harga tiket dewasa mencecah RM20 namun ia tetap mendapat sambutan yang hangat daripada penyokong setia skuad penyu.
Situasi itu memaksa pihak pengurusan Terengganu FC (TFC) menjual 12,000 lagi tiket secara fizikal di kaunter stadium pada hari perlawanan (6 Ogos). Menurut kenyataan rasmi, penjualan tiket ini adalah merangkumi 10,000 tiket dewasa dan 2,000 tiket kanak-kanak.
“Bagi memastikan kapasiti tempat duduk stadium dapat memuatkan kesemua penyokong yang membeli tiket, kanak-kanak berusia atas dari 2 tahun diwajibkan masuk bertiket. Untuk maklumat, kesemua tiket atas talian (online) telah habis terjual pada hari kedua penjualan,” tulis kenyataan rasmi TFC.
Pertembungan separuh akhir kedua Piala FA ini dijangka berlangsung sengit apatah lagi kedua-dua pasukan turut memburu tiket beraksi di Piala AFC musim depan jika berjaya muncul sebagai juara.
Susulan kejayaan Terengganu dan Selangor melangkah ke separuh akhir Piala FA, perlawanan Liga Super 2022 melibatkan dua pasukan berkenaan pada 4 Ogos 2022 terpaksa dipinda.
Berdasarkan tarikh baharu yang ditetapkan, Terengganu bakal bertemu Sri Pahang di Stadium Darul Makmur pada 21 Ogos 2022 manakala Selangor akan menjadi tuan rumah kepada PJ City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga pada tarikh yang sama.
Mini Zoo Kuala Krai Dibuka Semula Dengan Wajah Baharu
Baca juga:
Gaya Tido Bilal Jadi Trend, Ramai Kreatif Kongsi ParodiSiapa Yang Layak Untuk Pengeluaran Khas KWSP 2.0?Idea Buka Semula Mini Zoo:Menurut, Datuk Ahmad Yakob, idea bagi pembukaan semula Mini Zoo Kuala Krai ini tercetus setelah kerajaan menyedari kekurangan tempat-tempat pelancong yang boleh dikujungi terutamanya di kawasan Kuala Krai.
Pembukaan semula Mini Zoo Kuala Krai mengambil kos pembinaan sebanyak RM2.5 juta oleh pihak Majlis Daerah Kuala Krai pada tahun 2020.
Terdapat lebih 50 spesis haiwan dapat dilihat di Mini Zoo Kuala Krai ini.
Mereka juga menyasarkan lebih kurang 5,000 pelawat yang akan berkunjung ke lokasi ini pada setiap bulan.
Konsep Petting Zoo:Menurut Ahmad Yakob juga, pembinaan Mini Zoo Kuala Krai ini membawa konsep ‘symbiotic pith’ yang bermaksud ‘Manusia dan Alam’ serta berkonsepkan petting zoo.
Pengunjung dapat berinteraksi dan memberi makan sendiri kepada haiwan yang ada di sini.
Terdapat juga Mini Aquaria yang menempatkan pelbagai spesis ikan.
Waktu Operasi Dan Harga Tiket:Waktu Operasi Mini Zoo Kuala Krai adalah bermula 9.30 pagi sehingga 6 petang.
Harga tiket RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk warga emas dan kanak-kanak, manakala orang kurang upaya (OKU) adalah percuma.
Berita baik, bulan ini kerajaan turut menawarkan harga promosi tiket masuk sehingga 20% di mana sejumlah RM8 bagi dewasa manakala RM4 untuk kanak-kanak sempena dengan pembukaan semula.
Maklumat tambahan, Mini Zoo Kuala Krai sebelum ini dibuka pada tahun 1964 serta beroperasi pada 24 Disember 1964 dengan keluasan tanah 0.4 hektar.
Namun, pada tahun 1989 ia dipindahkan ke Bukit Bandang dengan kawasan yang lebih besar iaitu seluas 2.2 hektar.
Zoo ini bagaimanapun ditukarkan statusnya kepada Taman Burung Kuala Krai pada tahun 2005 sebelum operasinya ditamatkan pada tahun 2011.
Jawatan Kosong BERNAMA Kini Dibuka Untuk Permohonan
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah membuka peluang pekerjaan dengan mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas untuk memohon.
Jawatan ini adalah bertujuan untuk mencari peneraju dalam perkhidmatan berita.
Baca juga:
Kalau Nak Rezeki Berkat, Elakkan Dari Lakukan Perkara IniKontena Sardin Terbalik Di Kilometer 265.9 Lebuhraya Utara Selatan IpohKekosongan Jawatan:Berikut adalah senarai kekosongan penjawatan BERNAMA:
Pembantu Akauntan Gred W19.Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19.Tarikh Permohonan Dibuka:Permohonan dibuka untuk memohon sehingga Ahad, 14 Ogos 2022.
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang portal Kerjaya BERNAMA.
Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 3: Klik Daftar.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut. sila layari laman Facebook BERNAMA .Siapa Yang Layak Untuk Pengeluaran Khas KWSP 2.0?
Rata-rata rakyat Malaysia yang khususnya pencarum Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih mengharapkan agar pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dilaksanakan.
Baru-baru ini, sebuah petisyen telah dibuat untuk menyokong Pengeluaran Khas KWSP 2.0 ini.
Petisyen tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dimana setakat ini “sign” petisyen itu kini telah mencecah angka 100 ribu.
Baca juga:
Status Rumah Tangga Noor Nabila Dan Engku Emran Jadi Tanda Tanya‘Drinkable Sunblock’ Tinggi Kandungan GulaSkim Pengeluaran KWSP Akaun 2:Buat masa ini, Pengeluaran Khas masih belum mendapat sambutan dan maklum balas selanjutnya dari pihak kerajaan.
Namun, akaun 2 Simpanan KWSP masih boleh dikeluarkan untuk tujuan tertentu melalui Skim Pengeluaran KWSP.
Kategori Pengeluaran Simpanan KWSP Akaun 2:Pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP mungkin akan diluluskan untuk tujuan pembayaran tertentu seperti:
Ibadah Haji.Rawatan Perubatan.Pembelian Rumah.Pendidikan.Disamping itu, marilah kita berdoa agar pengeluaran Khas KWSP ini bakal diluluskan dan dapat membantu rakyat Malaysia untuk teruskan kehidupan.
Sumber: INFO MALAYSIA
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
