Sering Berkongsi Motivasi , Mizz Nina Terharu Dengan Doa Dan Sokongan Orang Ramai
Setelah Mizz Nina dan Noh mengumumkan tentang perpisahan mereka di akaun media sosial mereka , kini setiap hantaran Mizz Nina dipenuhi dengan kata-kata semangat dan- sokongan buatnya.
Baru – baru ini , pasangan tersebut juga telah mengesahkan mereka telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Selangor.
Mizz Nina atau nama sebenarnya , Shazrina Azman tampak tenang berdepan dengan dugaan yang berlaku malah sering berkongsi surah dan memohon doa menerusi Instagram Story miliknya.
Dia juga tidak pernah terlepas berkongsi kata -kata motivasi dan positif dan sentiasa mendapat maklumbalas daripada peminat yang sentiasa senang dengan perkongsian bermafaat seperti itu.
Sejak mengumumkan perpisahan mereka, bekas penyanyi tersebut sering dihujani komen-komen positif sebagai sokongan daripada pengikut dan juga rakan artis yang begitu ,mengambil berat tentangnya.
Terdahulu , Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh berkata, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik.
“Selepas berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik,” katanya.
Terima Doa Dan SokonganMalah Noh juga menitipkan kata- kata yang mengatakan bahawa perkahwinan mereka adalah sebuah perjalanan yang dipenuhi detik indah, jatuh dan bangun bersama sehingga ianya menjadi 11 tahun yang indah mereka berdua berumah tangga.
Mizz Nina juga sempat membuat hantaran dengan mengucapkan terima kasih atas cinta , doa dan sokongan terhadap mereka sekeluarga dan berharap orang ramai agar memahami situasi dirinya.
“Terima kasih atas cinta, doa dan sokongan terhadap Noh, Baby Musa dan saya. Oh Allah, jadikan saya lebih baik daripada apa yang mereka fikir mengenai saya, ampunkan saya mengenai apa yang mereka tidak tahu mengenai saya, dan jangan menilai saya disebabkan apa mereka cakap mengenai saya,” tulis Nina.
Pasangan ini juga menjadi perbualan hangat kerana tidak pernah membuka aib dan menceritakan hal rumahtangga mereka kepada umum malah dikatakan berpisah secara baik dan masih berkawan baik.
BACA INI : Elyana Akui Mata Sudah Tidak Berapa Jelas, Pendengaran Rosak, Memori Hilang Serta Sakit Saraf
Malah pasangan ini sentiasa mendoakan kesejahteraan antara mereka dan masih menyokong antara satu sama lain hingga tidak pernah mencuba menceritakan perkara buruk antara mereka di media sosoial.
Dalam pada itu, ribuan netizen turut bersedih dengan perpisahan mereka kerana mereka adalah salah satu pasangan idola yang sudah berubah ke arah yang lebih baik dan sentiasa berkongsi kisah teladan yang baik sehingga menjadi motivasi kepada orang lain.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
