Majlis Kahwin Mas Idayu Dan Sufian Bakal Dapat Tajaan Hampir RM7 Juta
Penyanyi dangdut yang kini sering menjadi juri bagi program terkenal di Malaysia , Mas Idayu baru – baru ini telah mengumumkan bahwa dirinya bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan hati yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Sufian Isa pada 16 September 2022.
Majlis pernikahan Mas Idayu dan Sufian yang bakal berlangsung itu turut mendapat tajaan mencecah RM7 juta dan bakal mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records kerana nilainya yang tinggi .
Menurut Mas Idayu, dia tidak menyangka perkahwinan mereka bakal menjadi femomena seperti itu kerana mengakui dirinya bukanlah selebriti yang popular sehingga ditaja sebegitu sekali.
Namun apa yang penting baginya adalah kebahagiaan dalam perkahwinan yang bakal diharunginya dan berharap agar perkahwinan kali in bahagia sehingga ke akhir hayat.
“Saya memang tak sangka, ia ‘tular’ begini. Hingga saya dan bakal suami ada terfikir juga, siapa Mas Idayu dan Sufian Isa ini yang berita hubungan kami mampu jadi tular dan banyak pihak berminat nak beri tajaan.”
“Apapun, saya sebenarnya tak fikirkan sangat nilai tajaan perkahwinan yang mencecah RM7 juta ini. Apa yang saya fikirkan adalah macam mana nak melalui kehidupan bersama dengan pasangan selepas sekian lama saya tidak melaluinya. ”
“Saya lebih fikirkan semoga dapat jalani kebahagiaan dalam perkahwinan kedua ini sampai akhir hayat,” katanya.
Pilih TarikhBerkongsi tentang tarikh yang dipilih , Mas Idayu berkata bakal suaminya yang memilih tarikh 16 September untuk diijabkabulkan kerana mudah untuk mereka mengingati hari anniversary nanti.
“Jadi, tarikh 16 September nanti, semua orang cuti kerana Hari Malaysia dan mudah juga saya nak ingat. Sebabnya, saya ini susah nak ingat tarikh. Tapi, saya setuju bila Sufian bagi tarikh ini, sebab senang nak ingat saja,” katanya.
Mas Idayu turut memaklumkan majlis pernikahannya bakal diadakan di Magica Quill City, Kuala Lumpur, jam 9 pagi diikuti dengan majlis resepsi yang akan diadakan pada sebelah malam pada hari yang sama.
BACA : Karl Shafek Tak Akan Benarkan Usahawan Terkenal Rosakkan Pertunjukkan Fesyennya
Sekadar info , Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon veteran Aman Graseka pada 1997 namun telah bercerai pada tahun 2006 . Sepanjang perkahwinan mereka , pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqa dan kini berusia 25 tahun.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
