Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 107

August 25, 2022

Jawatan Kosong Di Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kosong di Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Executive/Senior Executive, Services
2. Head, Financial Markets Technology
3. Executive/Sr Executive, IT (Enterprise Application)
4. Manager, Core Banking Application Systems, IT
5. IT Audit Manager

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 25, 2022 23:40

Jawatan Kosong Di Plexus Manufacturing Sdn Bhd – Pelbagai Jawatan!

Permohonan Jawatan Swasta di Plexus Manufacturing Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Senior Material Manager (Supply Chain/ Purchasing)
2. Supply Chain System Staff Engineer (Kinaxis /RapidResponse Software)
3. Material Team Manager (Purchasing Manager)
4. Security Guard
5. Production Planner (Fresh Graduate)
6. Senior Buyer (Purchasing)
7. Buyer/ Demand Analyst (Fresh Graduate)
8. Manufacturing Technician (Assembly)

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Swasta
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Plexus Manufacturing Sdn Bhd.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 25, 2022 23:35

Separuh Pencarum KWSP Di Malaysia Dalam Bahaya!

Petaling Jaya: Segelintir pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang simpanan mereka berada pada tahap kritikal bimbang dengan nasib mereka apabila bersara tidak lama lagi.

Kami menemu bual beberapa pekerja yang akan bersara dalam tempoh lima hingga 10 tahun, yang bekerja dengan syarat tersebut dan mungkin perlu kembali bekerja atau berdagang untuk menampung kehidupan.

Pemandu lori, Saffri Kamaruddin, 50, mengakui wang simpanannya dalam KWSP tidak mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara berikutan kos sara hidup semakin meningkat.

Justeru, Saffri bercadang untuk menggunakan wang simpanan dalam caruman pekerja itu sebagai modal untuk menjalankan perniagaan.

“Mungkin dengan modal perniagaan, saya mampu menambah wang untuk menyara anak-anak yang masih belajar,” katanya.

Bagi pekerja kilang dikenali sebagai Krishnan, 55, dia mengambil langkah menambah caruman KWSP bagi memastikan simpanannya mencukupi sebelum bersara dalam tempoh lima tahun lagi.

“Jika tidak (cukup) saya terpaksa bekerja selepas bersara, mungkin sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga,” katanya.

Seorang perunding di sebuah sekolah penerbangan, Zulfadli Halim, 50, berkata, kos sara hidup yang meningkat secara mendadak pada masa kini menyukarkan dia untuk menambah sumbangan untuk hari tua.

“Bagaimanapun, saya membayangkan menguruskan simpanan KWSP lebih mudah kerana setakat ini saya tidak pernah mengeluarkan wang tersebut,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Shahar Abdullah pada sidang Dewan Negara 9 Ogos lalu mendedahkan seramai 3.2 juta ahli KWSP berumur bawah 55 tahun mempunyai simpanan pada tahap sangat kritikal iaitu kurang daripada RM1,000.

Sebanyak 6.62 juta, atau 52% daripada jumlah keseluruhan 12.78 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.

Perkembangan itu susulan kebenaran pengeluaran simpanan KWSP berjumlah RM155 bilion semasa penularan wabak Covid-19.

Kerajaan sebelum ini menggunakan pengeluaran caruman KWSP tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan akhirnya, pengeluaran khas RM10,000 Mac lalu.

 

Semak Pengeluaran : Ini Cara Pengeluaran Kwsp Yang Dibenarkan

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 25, 2022 23:33

“Hormat Penyanyi Senior” – Iqbal Tak Setuju Aliff Syukri Penyanyi Nombor Satu Negara

Usahawan selebriti, Iqbal Zulkifli tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Aliff Syukri yang mengatakan dirinya merupakan penyanyi lelaki nombor 1 di negara.

Menerusi, gelaran tersebut tidak dimiliki mana-mana penyanyi lelaki saat ini.

Saya akui kami bukan penyanyi terlatih!

“Kalau wanita, kita tahu siapa. Tetapi, kalau lelaki, siapa penyanyi nombor satu?” katanya.

Selain itu, Iqbal pun telah menyeru kepada pengasas kosmetik yang menceburkan diri dalam bidang nyanyian supaya berpijak di bumi nyata serta menghormati pandangan penyanyi senior memandangkan mereka lebih arif dan berpengalaman.

“Saya hormat penyanyi lama kerana mereka bekerja keras untuk berada pada kedudukan hari ini. Saya akui, kami bukan penyanyi terlatih dan tidak mungkin dapat menyaingi kehebatan mereka.

“Namun, saya berharap orang industri bersikap lebih terbuka untuk bekerjasama dengan kami. Jika tidak merakamkan lagu duet, mungkin mereka boleh membuat penampilan khas dalam video muzik,” katanya.

Baca juga : Mat Kilau Ditayangkan Di Netflix Sempena Hari Malaysia!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 25, 2022 23:23

Adakah Anda Sudah Tahu Cara Betul Hidupkan Enjin Kereta ‘Push Start Button’?

Kenderaan yang Seiring dengan kecanggihan teknologi, sebagai mana kebanyakannya model kereta ketika ini sama ada kereta tempatan mahupun import sudah dilengkapi dengan push start button. Ini bermakna tiada lagi lubang mencucuk batang kunci untuk menghidupkan enjin kenderaan, sebaliknya pemilik hanya perlu membawa kunci bersama-sama mereka. Teknologi terbaharu ini sememangnya amat memudahkan pemandu selain memperlihatkan ciri-ciri kecanggihan dan kemewahan kenderaan.

Namun, harus pemilik kenderaan jangan hanya tahu menggunakannya sesuka hati tetapi sebaliknya perlu mengetahui kaedah penjagaan yang betul untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. Boleh dikatakan, kebanyakan pemilik akan memijak pedal brek dan menekan push start button untuk menghidupkan enjin sebaik memasuki kenderaan.

Sumber: google image

Sementara itu, tahukah anda yang sebenarnya cara sedemikian boleh memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang: Memetik perkongsian seorang penasihat jualan kereta di Facebook, terdapat tiga langkah untuk menghidupkan enjin bagi kenderaan yang dilengkapi push start button.

Langkah yang pertama

*Hanya tekan sekali butang start/stop tanpa memijak pedal brek. Ia akan bagi untuk membolehkan panel elektronik yang menyala dahulu.

Sumber: google image

Langkah yang kedua

*Tekan butang start/stop kali kedua bagi menghidupkan panel instrumen pada meter kereta. Kotak meter akan menyala dan bersedia untuk dihidupkan secara keseluruhan kereta.

Langkah yang ketiga

*Biarkan sekitar lima hingga tujuh saat, lalu kemudian barulah tekan pedal brek dan tekan butang start/stop sekali lagi untuk  anda menghidupkan enjin pula. Turutan ketiga-tiga langkah ini bertujuan membuatkan kotak komputer yang mengawal semua sistem dalam kereta akan sempat menghantar semua signal ke bahagian komponen dan sensor yang penting pada seluruh kereta tanpa dalam keadaan terkejut.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 25, 2022 22:51

Penyakit Kulit Merebak Hingga Ke Muka , Ustaz Kazim Terpaksa Pakai Penutup Muka

Setelah tular tentang gambar pendakwah bebas , Ustaz Kazim Elias  yang memperlihatkan wajahnya ditutup dengan topi dan hanya menampakkan bahagian mata saja ketika hadir memberi penceramah dalam satu majlis ilmu baru – baru ini.

Ustaz Kazim yang pernah mendedahkan penyakit kulit yang dihadapinya akibat penyakit misteri itu kini mengatakan bahawa penyakitny itu telah merebak ke bahagian muka dan tubuh yang lain.

Mengakui dirinya malu dan bimbang jika orang yang melihatnya jijik dan geli kerana keadaaanya itu sehingga membuatkan orang ramai tidak mahu mendekatinya.

Kerana mukanya yang teruk akibat daripada sakit kulit tersebut , dia memutuskan untuk memakai penutup muka agar dapat mengelakkan daripada orang ramai merasa tidak senang melihatnya.

“Saya malu nak jumpa orang. Saya takut orang geli dan jijik. Apabila pakai macam itu, tak adalah malu sangat,” katanya.

Malah Ustaz Kazim juga mengakui bahawa wajahnya menjadi gelap dan mempunyai luka yang akan berdarah secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kesan parut yang teruk.

Penyakit kulit yang sebelum ini menyerang Ustaz dikatakan hanya terjadi pada bahagian kaki dan badannya namun ianya sudah beransur pulih sejak tiga bulan lalu.

Dia yang sudah menemui doktor bagi mengenalpasti penyakit yang dihadinya dan mendapati bahawa dia mengalamai sakit kulit yang kronik sehingga perlu mendapatkan rawatan susulan dan perlu menjaga kulitnya agar tidak terlalu terdedah kepada matahari.

BACA : Artis Berstatus Janda Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang

“Saya menyedari perubahan itu dalam tiga ke empat minggu yang lalu apabila muka jadi semakin gelap seolah-olah terbakar. Melihat keadaan yang tidak terkawal itu membuatkan saya nekad bertemu pakar kulit untuk mendapatkan kepastian.”

“Hasil pertemuan itu, doktor mendapati saya ada penyakit kulit yang kronik jadi menasihatkan untuk memakai krim pelindung tabir suria dan mengelak daripada terdedah dengan matahari,” katanya.

Malah Ustaz Kazim juga menyatakan bahawa dia sudah berhabis ribuan ringgit sejak menjalani rawatan bagi mengubati kulitnya itu dan kini terpaksa bergantung kepada ubat dan krim yang dibekalkan oleh hospital sebagai ikhtiar agar pulih seperti sedia kala.

Pelbagai Rawatan

Beliau yang sememangnya tidak pernah berkira- kira soal wang yang diperlukan untuk rawatan namun memerlukan sokongan dan bantuan orang ramai agar penyakitnya berjaya diubati kerana dia terlalu sakit untuk menganggungnya sehingga kini .

“Bukan tidak usaha malah berapa pun dicaj, saya sanggup bayar janji muka elok dan terbaru, saya belanjakan RM5,000 untuk rawatan pigmentasi.”

Tidak hanya menerima rawatan daripada seluruh Malayisa malah beliau telah mencuba pembagai rawatan dan yang terbaru beliau bakal mendapatkan rawatan ke negara lain untuk rawatan kulitnya itu.

“Kos rawatan itu agak mahal kerana gunakan krim yang terbaik dan dalam dua tiga hari lagi, saya akan ke sebuah negara di Timur Tengah pula bagi menjalani rawatan dengan pakar ke-15.’

“Kekuatan saya adalah kerana ada tanggungjawab menguruskan sekolah pondok (pusat pendidikan) kerana kalau terbaring, macam mana nak tanggung mak cik dan pak cik di situ yang sakit,” katanya. 

Beliau berusaha keras agar dapat dipulihkan dengan segera kerana mempunyai banyak tanggungan untuk diuruskan malah pusat pendidikan yang diuruskannya masih memerlukan dana berteruskan untuk menanggung penghuni disitu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 25, 2022 22:39

Bekalan Ubat Asas Berkurangan Sehingga 30 Peratus

Kebelakangan ini, isu kekurangan ubat biasa di klinik swasta dan farmasi komuniti di negara ini semakin meningkat.

Kementerian Kesihatan (KKM) digesa supaya memberi perhatian teliti terhadap isu ini.

Sekiranya bekalan ubat-ubatan asas terus berkurangan dan berlarutan tanpa penyelesaian, kemungkinan 11,000 klinik dan farmasi yang berisiko menutup operasi mereka.

Baca juga:

Bantuan Yuran Tadika Anak Selangor TUNAS 2022Berita Baik Buat Pencarum KWSP Dalam Masa Terdekat

Menurut Timbalan Presiden Parti Gerakan Oh Tong Keong, terdapat ubat-ubatan yang mengalami kekurangan dalam satu tempoh masa malah jika bekalan kadang-kadang dipulihkan, kuantitinya sangat sedikit dan bekalannya akan terputus tidak lama selepas itu.

Penyebab utama kepada masalah dipercayai berpunca daripada kekurangan bahan mentah bagi farmaseutikal.

Menurut Oh Tong Keong, masalah berkenaan adalah serius dan banyak klinik swasta serta farmasi tidak tahu cara mengatasinya sehingga memilih bagi henti operasi.

Oh Tong Keong juga berharap KKM dan Majlis Perubatan Malaysia dapat bekerjasama bagi menyelesaikan masalah semasa serta memulihkan bekalan ubat-ubatan di pasaran secepat mungkin bagi melindungi kesihatan rakyat.

Terdahulu, menurut Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Premier Malaysia (MPCAM) Dr Raj Kumar Maharajah pada Julai lalu, kekurangan itu diramal sehingga hujung tahun ini dan boleh menyebabkan operasi tergendala jika tidak diberi perhatian.

Sekadar info, ubat seperti paracetamol, ubat batuk dan selesema berkurangan sehingga 30 peratus sehingga merencatkan operasi.

 

Sumber: HARIAN METRO

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 25, 2022 21:48

Bantuan Yuran Tadika Anak Selangor TUNAS 2022

Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) adalah bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Tujuan ianya dilancarkan adalah untuk membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran tadika anak-anak mereka.

Baca juga:

Berita Baik Buat Pencarum KWSP Dalam Masa TerdekatUyaina Arshad Seru Orang Ramai Buat Pemeriksaan KesihatanKadar Bantuan:

Bantuan sebanyak RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak.

Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah ibu atau bapa yang lahir di Selangor atau anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor atau ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun.Pendapatan isi rumah pemohon mestilah RM3,000 ke bawah.Pemohon adalah suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.Permohonan adalah untuk anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.Permohonan adalah untuk anak yang belajar di Tadika Berdaftar sahaja (senarai Tadika DI SINI).Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang Tunas untuk permohonan.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan.

Langkah 4: Hantar permohonan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran dalam talian dilakukan ke e-mel: pendaftarantunas@gmail.com atau ke alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:

1 Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak.1 Salinan MyKad Ibu.1 Salinan MyKad Bapa.1 Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu).1 Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat.1 Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat.Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar.Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan:1 Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah Ibu.Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja).Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Portal Rasmi TUNAS.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 25, 2022 21:05

Permohonan Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah B40

Tahukah anda? Golongan suri rumah kini sudah boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. Ini bertujuan bagi untuk  memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Terdapat banyak faedah dalam i-suri KWSP.

Berikut yang telah dikongsikan syarat kelayakan, faedah dan cara untuk memohon i-Suri KWSP.

CARA DAFTAR I-SURI KWSPPendaftaran yang boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:MyKadBorang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSPBerikut yang telah dikongsikan ialah syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP:Warganegara MalaysiaGolongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSPIsteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)Belum mencapai umur 60 tahun.SIAPA YANG BOLEH MENCARUM?Diri sendiri (isteri)Suami kepada pasangan yang layakTambahan: Kepada suri rumah, anda juga dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-suri.FAEDAH I-SURI KWSPBerikut dikongsikan faedah i-Suri KWSP:Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.Menerima dividen tahunan KWSPBantuan Kematian: RM2500Insentif kerajaan hanya pasti akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAUKIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.Belum mencapai umur 60 tahunTerdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.CARA BAYARANBerikut dikongsikan cara untuk membuat pembayaran:Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB

Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2.

Semak juga: Ini Cara Pengeluaran Kwsp Yang Dibenarkan
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 25, 2022 20:55

August 24, 2022

“Vibe Macam Dua Puteri Sepanyol” – Anak Dara Que Haidar Dipuji Netizen

Siapa tidak kenal dengan bintang filem popular ‘Rock Oo!’ yang dibintangi aktor Que Haidar lebih kurang sedekad yang lalu. Terbaru pelakon ini memuatnaik gambar kedua-dua anak daranya di akaun Instagram-nya mencuri perhatian warganet.

Persis Puteri Diraja

Menjengah ke media sosial, pelakon ini memuatnaik gambar penampilan anak perempuannya Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra semasa menghadiri rancangan popular Meletop semalam sambil menulis nama kedua-dua puteri kesayangannya di bahagian kapsyen.

“CANTIKNYA ANAK QUE HAIDAR NETIZEN”

Gambar yang dikongsikan itu terus dihujani dengan pelbagai komen dan pujian buat kedua-dua puteri kesayangan pelakon berbakat ini. Selain memuji kecantkan anak dara Que, ada juga warganet yang turut memuji aktor berbakat ini pandai mendidik anak. Apatah lagi semasa rancangan Meletop bersiaran, Que mendedahkan anak-anaknya tidak memiliki akaun media sosial kerana merasakan mereka masih belum bersedia. Tabik cara Que Haidar mendidik anak-anaknya.

Baca juga : Jamal Abdillah Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri Tapi Ada Syaratnya
Mohon Juga Skim Bantuan Kanak-Kanak : Permohonan Skim Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 Sebulan Tahun 2022

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 24, 2022 23:39

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.