Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 103
August 30, 2022
‘Mak Mentua Tak Bagi Masak, Kemas Rumah Pembantu Buat’ – Ayda Jebat
Selepas mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Ahmad, penyanyi Ayda Jebat memilih untuk tinggal bersama dengan mentua. Ayda berkongsi pengalaman sebumbung dengan mentua kepada Harian Metro, Ayda, 30, menyatakan dia diberi layanan baik selain tidak dibenarkan untuk melakukan kerja rumah seperti memasak dan juga mengemas.
Kata pemilik nama lengkap Nur Suhada Jebat, dia juga tidak pernah berdepan momen buruk memandangkan hubungannya dengan mentua sangat rapat.
“Tinggal dengan mentua, bagi saya tak ada pro dan kontra. Tak tahu pula orang lain. Tapi saya sangat suka. Mungkin sebab Nabil dia memang dulu kata ‘tolonglah jangan dapat isteri macam ibunya’, sekali dapat saya. Saya memang sekepala dengan mak dia, “perangai kami sama, tak masak. Mak mentua jenis tak kisah, kalau saya di dapur dia akan cakap, ‘buat apa di dapur ni’. Kalau nak kemas-kemas, dia cakap tak perlu, sebab pembantu pun ada. Mungkin orang lain pengalaman berbeza.
Pelantun lagu Pencuri Hati sangat dan turut bersyukur apabila dikurniakan Nabil juga yang merupakan seorang ‘family man.’ Lagi pula, sebelum kahwin pun, Nabil cakap dia jenis ‘family person’. Saya suka dan okay saja. Saya punya keluarga bukan begitu, sebab habis belajar kan saya sudah duduk sendiri.
Bila-bila masa tambah anak
Terdahulu, pelakon drama Cindai juga telah akui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua memandangkan anak sulungnya itu bakal menginjak usia setahun pada 21 September ini.
“Saya bersedia saja bila-bila masa nak tambah anak. Kalau boleh nak sekarang. Bukan apa, saya dah lama tidak ‘shoot’. Dengan Ana Nayla pun dah hampir dua tahun berehat kerana mahu melihat dia membesar dulu.
“Jadi, kalau nak tunggu anak kedua selepas kembali bekerja akan susah sikit sebab saya memang takkan ‘shoot’ kalau sedang hamil. Namun, disebabkan saya bersalin secara pembedahan, jadi kena ambil masa sikit kalau nak mengandung lagi.
Sekadar info sahaja, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada tarikh 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Ana Nayla pada 21 September tahun lalu.
Baca juga : BTS babak Hayfa diceraikan Adam, “Hebat giIa dohh Ummi Nazeera”
Ika Mustafa buka tudung, susah nak istiqomah
Kuala Lumpur: “Bukan mudah nak istiqomah. Saya tidak mahu lagi terus berpura-pura.” Demikian kata penyanyi Ika Mustafa, 24, yang mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan hijab sejak Februari lalu.
Malah, Ika juga pramugari sebuah syarikat penerbangan swasta telah berkata, keputusan dibuat agar orang ramai tidak keliru dengan penampilan dirinya yang mana tidak berhijab ketika bertugas di awan biru.
“Asalnya saya memang tak pakai tudung pun. Sebab saya bekerja sebagai pramugari yang mana memang tak bertudung, jadi ia sesuatu yang saya tak nak buat lagi depan orang ramai. Saya mula pakai tudung dalam tempoh pandemik dan buka semula tahun ini dalam Februari.
“Doa kan baik baik je, netizen”“Sewaktu pandemik saya fokus kepada kerjaya nyanyian. Kalau kena terbang pun sekali atau dua kali dalam sebulan. Jadi, ketika itu depan kamera saya bertudung, jika di awan biru tak. Dah macam dua alam pula.
“Bagi saya ia salah untuk dibuat iaitu ada dua imej. Saya takut juga kalau orang jumpa di atas kapal tak pakai tudung, dah macam dua orang berbeza pula. Saya nak orang melihat saya sebagai orang sama. Apatah lagi sekarang saya dah kembali bekerja sebagai anak kapal,” katanya kepada Harian Metro.
Menerusi Ika seorang penyanyi lagu Puja, dia juga bertudung bukan satu percubaan, sebaliknya ia perkara yang memang ingin dibuat.
“Biasalah semua orang melalui fasa nak berubah. Cuma hati berbolak balik. Kita melalui fasa nak menjadi lebih baik, tapi bukan mudah nak kekal istiqomah. Saya pakai tudung bukan percubaan, tapi ia sesuatu yang saya nak buat.
“Penerimaan orang sekeliling, semua okay sebab mereka tahu saya di luar memang tak pakai tudung. Ia bukan sesuatu yang baru. Tapi untuk orang lain ia baru, ini yang agak susah,” katanya.
Pada perkembangan lain, Ika baru sahaja melancarkan single Tak Punya Hati yang mana menjadi lagu tema drama Ku Punya Hati yang ditayangkan di Slot Akasia, TV3.
Baca juga : Teknologi Pengesan Buat Pemandu Mabuk Akan Siap Terbina Pada Tahun 2026
Teknologi Pengesan Buat Pemandu Mabuk Akan Siap Terbina Pada Tahun 2026
Sering kita dengar Insiden kemalangan melibatkan pemandu mabuk telah menjadi satu trend di Malaysia malah seluruh dunia. Ia lebih malang sekali apabila melibatkan dari segi isu kematian, ia telah banyak melibatkan orang di luar kenderaan seperti pengguna jalan raya lain berbanding pemandu mabuk itu sendiri. Pelbagai cadangan solusi telah diutarakan dan dilaksanakan, namun ia seperti tiada tanda nokhtah untuk menamatkan isu terbabit dan kes kemalangan melibat pemandu mabuk semakin meningkat.
Sumber: google image
Pada November 2021 yang lalu, Presiden US, Joe Biden telah menandatangani undang-undang persekutuan yang memerlukan kereta baharu dilengkapi dengan teknologi mengesan pemandu mabuk pada masa akan datang, sekaligus boleh menyelamatkan beribu-ribu nyawa setiap tahun dan berpotensi untuk berkembang ke luar negara.
Memetik laporan Action News Today, kenderaan yang dibuat pada 2026 dan tahun seterusnya akan kelihatan sedikit berbeza daripada sekarang. Semua kenderaan bakal dilengkapi dengan teknologi baharu yang boleh mengesan seseorang memandu dalam keadaan mabuk. Sebagai sebahagian daripada Sistem Pengesanan Alkohol Pemandu untuk Keselamatan (DADSS), para penyelidik telah membangunkan sensor penafasan untuk menguji hembusan nafas si pemandu.
Sumber: google image
Pada masa yang sama, pemandu juga boleh menekan butang menghidupkan kereta untuk mengukur paras alkohol dalam darah di bawah permukaan kulit dengan memancarkan cahaya infra merah melalui hujung jari pemandu tersebut. Fungsi sebagai anti-penipuan dibina ke dalam sistem yang boleh juga menghalang kereta daripada dihidupkan atau menghalangnya daripada bergerak sekiranya pemandu melebihi had kandungan alkohol 0.08% di dalam darah.
Sumber: google image
Andaikata jika teknologi ini menjadi realiti, ia sedikit sebanyak akan dapat membantu untuk mengurangkan jumlah pemandu mabuk di atas jalan raya, sekaligus mengurangkan kes kemalangan melibatkan pemandu seperti itu pada masa akan datang.
Digelar Betina Sundal, Ini Respon Padu Daripada Puteri Balqis
Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan tentang selebriti yang sering menayangkan tubuh di media sosial termasuklah pelakon berbakat besar, Puteri Balqis yang dikatakan semakin seksi dan sering berpakaian menjolok mata .
Malah, Balqis juga itu juga dilihat semakin kerap dan berani memuat naik gambarnya berpakaian seksi dengan memakai skirt pendek serta bertindik sehingga dilihat keterlaluan.
Perkara ini telah menyebabkan dirinya dikecam oleh segelintir peminat yang menggelar dirinya sebagai ‘betina sundal’ hingga sanggup melemparkan kata-kata negatif terhadap pelakon yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Dikritik Netizen“Memang macam betina sundal pon puteri balqis tu. Rupa takde, jual body je la yang mampu,” komen netizen tersebut.
Namun Balqis tidak bertindak melulu atau memaki hamun netizen yang mengkritik dirinya tetapi memberikan komen balas yang mampu membuatkan netizen tersebut semakin marah .
BACA : “Ada sebab mengapa saya tidak mahu lagi terlibat dalam program Sepahtu Reunion”- Shuib
“Mana ade sundal. Biashe biashe je. Selain takde rupa dan menjual bodu, saya juga terkenal dengan menjual buku dan bijak menulis puisi. Side income bro, nak hidup. Kang masuk Bersamamu lagi sekali, kau gak yang bising,” tulis Puteri Balqis.
Komen netizen itu telah dimuatnaik oleh Puteri Balqis menerusi Insta Story miliknya dengan balasan yang sinis namun tidak mengeluarkan kata – kata kesat kerana Balqis terkenal dengan sikapnya yang lembut dan manja .
Puteri Balqis turut berkongsi komen negatif demi menjawab tuduhan netizen yang mengatakan dia pernah berjoget di khalayak ramai tanpa segan silu dan tidak dikritik kerana pilih kasih.
Namun Balqis menjawab dengan bersahaja bahawa dirinya belum pernah menari di khalayak ramai sebelum ini tetapi jika diberikan peluang dia akan berusaha menari dengan baik dengan berkolaborasi dengan Baby Shima.
“Saya tidak pernah lagi berjoget di khalayak ramai. Ya, belum pernah. Tetapi jika diberi peluang, saya akan cuba sedaya upaya untuk berkolaborasi dengan Baby Shima. Siapa tahu geleken saya lebih padu. Mantap pak leman,” tulisnya.
Balqis nampaknya tidak mengendahkan kata -kata netizen kerana dia sememangnya begitu sejak dahulu dan tidak mahu bergaduh dengan netizen setiap kali berkongsi gambar di media sosial sehingga dia sering menutup ruangan komen pada setiap hantaran di Ig miliknya.
Malah dia juga tidak peduli dengan tohmohan tentang dirinya kerana dia sedang sebuk mencari nafkah dan bekerja untuk dirinya dan ibunya yang tercinta.
Balqis kini sedang berjinak – jinak dalam dunia peragaan dan pernah menyatakan hasrat untuk menjadi model pada masa akan datang jika diberikan peluang .
Harimau Malaya Bakal Mengganas!
Semalam keputusan undian untuk saingan Piala AFF 2022 telah pun dikeluarkan dengan Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama empat lagi pasukan lain yang dilihat memiliki kekuatan tersendiri.
Undian yang berlangsung semalam di Bangkok, Thailand juga menyaksikan Timor Leste dan Brunei Darussalam bakal beraksi dalam pusingan ‘play-off’ untuk menentukan siapa layak berada dalam Kumpulan A.
Malaysia yang berada di Kumpulan B boleh dikatakan mempunyai cabaran agak sengit apabila bakal menentang Vietnam yang dilihat sebagai salah satu pasukan pencabar dalam saingan Piala AFF ini.
Sila Baca Disini : JDT Hantar Bergson ‘Belasah’ Melaka!
Harimau Malaya Bakal Mengganas!Perkara tersebut diakui sendiri oleh pengendali Harimau Malaya iaitu Kim Pan-gon, apabila beliau bersetuju Vietnam sebagai salah satu pasukan yang kuat.
“Suatu keputusan yang baik buat kami. Bagi saya semua pasukan sangat kuat, tetapi kami sudah bersedia untuk segalanya bagi aksi tersebut.
“Dalam Kumpulan B, bagi saya Vietnam merupakan salah satu pasukan yang sangat kuat. Selain itu Singapura dan Myanmar juga berada dalam prestasi tersendiri, serta Laos sendiri agak bagus,” jelas pengendali tersebut.
Namun Pan-gon menjelaskan beliau enggan memikirkan mengenai kekuatan atau kelemahan lawan ketika ini, sambil menjelaskan mereka akan memberikan segalanya terbaik untuk membawa nama Malaysia.
Pan-gon juga menyatakan aksi perlawanan di Thailand selepas ini bakal digunakan sebaik mungkin untuk beliau membuat persiapan lebih rapi buat skuad kebangsaan.
“Kami tak peduli mengenai kekuatan atau kelemahan pasukan. Kami akan berikan segalanya yang terbaik serta keputusan positif menerusi saingan tersebut.
“Saya rasa kami bakal menggunakan aksi perlawanan di Thailand tidak lama lagi sebagai medan untuk menguji kekuatan sebenar skuad kebangsaan,” tambah beliau lagi.
Pada masa sama, pengendali berpengalaman itu juga memberi bayangan kemungkinan besar bakal menggunakan muka-muka baharu untuk menghiasi skuad kebangsaan.
“Mungkin kali ini kami juga akan mencuba muka-muka baharu dalam skuad kebangsaan untuk uji kekuatan mereka dan kami akan berikan terbaik untuk persiapan kali ini,” terang Pan-gon.
Antara muka-muka baharu mungkin bakal diketengahkan pengendali tersebut seperti Zhafri Yahya, Fayadh Zulkifli, serta Alif Zakaria yang dilihat menyerlah bersama pasukan masing-masing ketika ini.
Musim lalu, Malaysia gagal untuk melepasi peringkat lebih jauh dalam saingan tersebut setelah terkandas di peringkat kumpulan dengan aksi yang agak kurang menyakinkan.
Kemasukan Pan-gon dilihat berjaya memberi nafas baharu buat bola sepak negara setelah pengendali tersebut berjaya membawa Malaysia untuk beraksi dalam saingan Piala Asia pada tahun hadapan.
Anda Perlu Lihat Bagaimana Perodua Alza Baharu Diuji Dan Layak Terima 5 Bintang ASEAN NCAP
Selain dengan pelancaran rasmi dibuat pada 20 Julai yang lalu, ASEAN NCAP turut juga mengumumkan keputusan penilaian yang telah dibuat terhadap model serba baharu iaitu Perodua Alza 2022.Model MPV itu telah mencatatkan pencapaian luar biasa dalam penilaian di mana ia memperoleh penarafan ‘5 Bintang ASEAN NCAP’ dengan skor keseluruhan sebanyak 81.64 mata.
Alza baharu juga merupakan model keempat yang dinilai di bawahprotokol 2021-2025 semasa yang terdiri daripada empat kategori penilaian; Perlindungan Penghuni Dewasa (Adult Occupant Protection/AOP) di mana ia mencapai 36.20 mata, Perlindungan Penghuni Kanak-kanak (Children Occupant Protection/COP) dengan 16.88 mata.
Sumber:youtube
Untuk kategori Bantuan Keselamatan (Safety Assist/SA) pula, model Alza telah mendapat 18.57 mata dan 10.00 mata bagi kategori Keselamatan Penunggang Motosikal (Motorcycle Safety/MS). Keputusan itu telah mendapat pujian daripada Ketua Pengarah MIROS, Yang Berhormat Dato’ Dr. Khairil Anwar Abu Kassim.
Sumber: google image
Selain itu beliau yang juga Setiausaha Agung ASEAN NCAP cukup berbangga kini jenama tempatan sangat mengambil berat dalam menjaga keselamatan kepada para penggunanya serta pengguna jalan raya lain. Dengan pelancaran Alza baharu, Perodua telah menunjukkan semangat dan semangat berterusan mereka untuk keselamatan pengguna jalan raya bukan sahaja untuk keselamatan pelanggan dan keluarga mereka tetapi juga pengguna jalan raya lain. Oleh itu, ia menggalakkan lebih banyak pengeluar kenderaan untuk menunjukkan minat yang sama juga dengan membangunkan kereta yang mempunyai teknologi keselamatan yang diperlukan sambil kita bekerjasama memenuhi sasaran mengurangkan separuh kematian jalan raya di rantau ini.
Sumber: google image
Disamping itu, Perodua Alza 2022 dilengkapi dengan kelengkapan standard 6 beg udara, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang hadapan dan belakang. Selain itu, model itu turut dipasang dengan sistem Autonomous Emergency Braking (AEB), teknologi Auto High Beam dan Pedestrian Protection sebagai standard di semua variannya.
Walaubagaimanapun, Ia juga telah menawarkan teknologi bantuan keselamatan terkini lain sama ada sebagai kelengkapan standard atau pilihan iaitu Pengesan Titik Buta (BSD) yang dipasang pada kedua-dua belah kenderaan, Lane Departure Warning (LDW), Amaran Perlanggaran Hadapan (FWC) dan Lane Keep Assist (LKA).
Perodua Alza Baharu Secara Rasmi Telah Dilengkapi Dengan Fungsi Apple CarPlay
Perodua Alza baharu telah menjadi salah satu ‘fenomena’ model MPV di pasaran Malaysia apabila kereta tujuh-tempat duduk itu telah menerima lebih 30,000 tempahan awal sejak ia dibuka pada 23 Jun (termasuklah hampir 4,000 tempahan daripada pemilik Alza sebelum ini). MPV itu dilengkapi pelbagai ciri-ciri terkini yang canggih setanding dengan model-model dari luar negara.
Namun, yang terbaharu, menuturut portal automotif iaitu Paultan.org melaporkan bahawa pihak Perodua mengesahkan pembuat kereta dari Rawang itu telah memperoleh pensijilan dan kelulusan yang diperlukan daripada Apple untuk melancarkan fungsi Apple CarPlay ia merupakan standard Apple yang membolehkan head unit menjadi paparan dan pengawal untuk peranti iOS terpilih.
Sumber: google image
Pensijilan itu telah melibatkan tiga peringkat pembangunan, dengan pelbagai ujian kualiti dan prestasi dalam setiap satu untuk memastikan unit infotainmen berfungsi dengan baik semasa Apple CarPlay dijalankan. Menurut proses pensijilan, Apple menganggarkan bahawa proses pensijilan Program MFi (Made For iPhone/iPod/iPad) akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan.
Untuk pelanggan-pelanggan yang sudah menerima Perodua Alza baharu mereka, fungsi Apple CarPlay akan diaktifkan semasa anda membawa kereta apabila untuk diservis atau diperiksa. Untuk makluman semua fungsi Apple CarPlay dan Android Auto hanya boleh digunakan pada model Alza 2022 varian AV sahaja.
Comel, Tengok Hidung Tu. Gmbar Terkini Anak Pelakon Intan Ladyana Curl Perhatian Netizen
Kuala Lumpur – Pasangan selebriti popular, Harris Alif dan Intan Ladyana sangat disukai oleh peminat sejak awal diumumkan kepada ramai tentang hubungan pasangan mereka yang lalu disatukan sebagai pasangan suami dan isteri.
Malah begitu, pasangan sama cantik sama padan ini semakin bahagia apabila dikurniakan seorang cahaya mata pertama pada 31 Januari lalu dan selepas beberapa bulan setelah itu, Harris Alif dan Intan Ladyana juga ada berkongsikan gambar mereka bersama.
Artikel ini sekadar info, beliau memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan pada usia 23 tahun dengan menyertai Pusingan Kedua Dewi Remaja 2005,2006 dan terpilih menjadi penghias muka depan majalah Remaja edisi keluaran 15 Jun 2005.
Intan telah membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Tipah Tertipu The Movie 2006 lakonan kumpulan Ruffedge arahan pelakon dan pengarah Ahmad Idham. Beliau membintangi filem ini tanpa dirancang apabila agensi peragaan yang disertainya memintanya menghadiri uji bakat.
Anak Korea Mana NiPhoto wajah terbaru anak pelakon cantik, Intan Ladyana, Evie Khadeeja yang dikongsikan oleh ibu dan ayahnya di Instagram mencuri tumpuan orang ramai.
Mana tidaknya, Evie yang kini berusia hampir lapan bulan memiliki raut wajah yang cukup comel ala bayi Korea. Ditambah pula dengan hidung m.ancung terletak, kulit putih melepak serta mata s.epet seperti ibu dan ayahnya.
Menurut Instagram, Intan telah memuat naik sebuah video Evie yang sedang melakukan aktiviti tummytime.
Si comel Evie Khadeeja yang dilahirkan pada 31 Januari lalu kini sudah pun hampir berusia lapan bulan.
Menerusi perkongsian gambar dan video Evie, wargamaya menyatakan Evie semakin iras dengan wajah ayahnya, Harris Alif. Namun ramai juga yang menyatakan Evie meniru wajah daddy.
Baca juga : Kutipan Dah Cecah RM8 Juta Dalam 4 Hari Tayang, ‘Selagi Bernyawa’ Bakal Tembus Korea, Jepun Dan Taiwan
August 29, 2022
Kutipan Dah Cecah RM8 Juta Dalam 4 Hari Tayang, ‘Selagi Bernyawa’ Bakal Tembus Korea, Jepun Dan Taiwan
Filem aksi ketenteraan yang terbaru, Air Force The Movie: Masih Bernyawa nampaknya mencipta fenomena selepas Mat Kilau (tonton sini) apabila ianya berjaya mengutip RM8 juta dalam masa 4 hari tayangan. Filem aksi yang turut menampilkan pelakon Adi Putra yang sebelum ini memegang watak Mat Kilau berjaya membawa filem ini ke arah keuntungan.
Menurut laman Instagram GSC, filem itu kini diumumkan sudah mencapai kutipan RM8 juta dalam masa 4 hari tayangan.
View this post on Instagram
A post shared by GSC 🍿 (@gscinemas)
Namun, filem ini juga diumumkan akan ditayangkan di pawagam Korea, Jepun dan Taiwan. Buat waktu ini, msaih tidak ada tarikh untuk tayangan luar negara ini.
TRAILER DARI YOUTUBEMestinya kegemilangan filem Malaysia sudah mula kembali dengan dua filem untuk tahun ini yang sudah mencapai kutipan memberansangkan dalam lebih masa kurang daripada dua minggu!
Baca juga : Mat Kilau Ditayangkan Di Netflix Sempena Hari Malaysia!
Mamat Exist Masih Dipantau AADK
Penyanyi yang pernah popular sebagai vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat baru – baru ini berkongsi bahawa dirinya kini menjalani proses pemantauan dan mengikuti program anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan dirinya bersih sepenuhnya daripada najis dadah.
Malah Mamat menjelaskan bahawa pemantauan daripada AADK tidaklah terlalu ketat namun mengakui drinya tidak boleh bergerak bebas seperti biasa kerana masih dalam pemantauan.
Dia yang sebelum ini telah ditahan pada 8 September 2019 lalu ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakan kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.
Mamat kini sudah mengalami perubahan positif sejak menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia sejak 2019 dan merasa bersyukur kerana mendapat sokongan orang terdekat yang masih menyayanginya.
BACA : Elizabeth Tan Akui Adegan Bercium Dalam Abang Long Fadil 3 Bukan Teknik Kamera Tapi Real
“Saya masih lagi dalam pemantauan dan mengikuti program yang dianjurkan oleh AADK. Pihak agensi berhubung jadual kerja kerana saya tidak boleh bergerak bebas seperti biasa.”“Saya pun sebenarnya kalau hendak lari memang tak boleh kerana sebagai selebriti yang dikenali mereka tentu akan tahu keberadaan saya,” katanya.
Mamat juga turut meluahkan perasaannya serta mengakui kesal dengan apa yang berlaku dan dia kini fokus dengan proses pemulihan bagi menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang apatah lagi usianya kini sudah melebihi 40 tahun.
“Saya sudah berumur 40 tahun lebih. Apa yang saya mahukan adalah menjalani kehidupan dengan lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya.
Beerkongsi tentang kerjayanya sebagai penyanyi , Mamat berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada Konsert Resolusi Exists yang akan berlangsung pada 18 November 2022 agar dapat mengubati kerinduan peminat kepadanya.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
