Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 100

September 5, 2022

Hodak Harapkan Aksi Yang Terbaik!

Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak yakin pasukannya dapat mempamerkan aksi terbaik menjelang perlawanan separuh akhir antara zon, Piala FC 2022 menentang ATK Mohun Bagan di Kolkata, Rabu ini.

Ia berdasarkan beberapa aksi terakhir yang dilalui skuad Warga Kota itu dalam perlawanan sebelum ini, di mana mereka mengikat pasukan di tangga kedua Liga Super, Sabah FC 2-2 di Kota Kinabalu, membelasah kelab Indonesia, PSM Makassar 5-2 dalam final Zon Asean dan menewaskan Negeri Sembilan FC 1-0 dalam aksi liga.

Bagaimanapun, cabaran utama yang perlu dilalui KL City adalah penerbangan panjang disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.

Sila Baca Disini : Manchester United Benam Arsenal!

Hodak Harapkan Aksi Yang Terbaik!

Hodak berkata kepada Nadi Arena: “Saya fikir pasukan kami sedang berada dalam keadaan terbaik.

“Tiga perlawanan terakhir kami merupakan perlawanan yang amat sukar, di mana kami menentang pasukan di tangga kedua dan ketiga dalam liga.

“Dalam Piala AFC pula kami melalui perlawanan akhir (Zon ASEAN) dan kami menang dua dan seri satu daripada tiga perlawanan terakhir itu.

“Perkara yang positif adalah tiada pemain kami yang cedera dan hampir semua pemain kami cergas.

“Cuma masalahnya adalah perlawanan ini disahkan terlalu lambat, jadi kami tidak dapat penerbangan yang sepatutnya.

“Daripada penerbangan langsung selama empat jam, kami kini perlu melalui penerbangan yang mungkin memakan masa 15 hingga 16 jam,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 05, 2022 11:47

Jawatan Kosong Di FGV Palm Industries Sdn Bhd – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kosong di FGV Palm Industries Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Assistant Executive, Finance

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 23 SEPTEMBER 2022 (Jumaat)
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di FGV Palm Industries Sdn Bhd.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 05, 2022 11:28

KWSP : Pengeluaran Khas Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi Tahun 2022

Tidak dinafikan ramai yang merungut kerana susah dan lama wang disimpan dalam poket dengan sumbangan dibuat melalui akaun I-KWSP dalam talian.

Tetapi tahukah anda bahawa terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan asalkan mengikut syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Malah, anda dibenarkan membuat pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan untuk tujuan membina atau mengubah suai rumah, untuk tujuan peribadi, pendidikan dan lain-lain.

Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi

Di sini anda boleh menyemak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon wang pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk peribadi 2022

1) Pembayaran Ibadah Haji Bagi mengurangkan bebanan anda mengerjakan haji, wang dari akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran i-Akaun KWSP bagi perbelanjaan haji dan tujuan pendaftaran haji dengan Tabung Haji Lembaga. Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji 2) Pembayaran Rawatan PerubatanJika anda menghadapi masalah yang melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat pengeluaran pada akaun 2 untuk menampung kos perubatan dan pembelian peralatan kesihatan. Dokumen Pengeluaran Untuk Perubatan 3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

 

KWSP menyediakan kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sama ada melalui membina rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau membeli melalui Aplikasi Rumah Mesra Rakyat 2022. Dokumen & Syarat Pengeluaran Pembelian Rumah 4) Pengeluaran Untuk PendidikanBagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, mereka perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.KWSP menyediakan pilihan dan kemudahan pengeluaran KWSP untuk anda menampung pengajian anak sekiranya kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi. Dokumen dan Syarat Pengeluaran Untuk Pendidikan

 

Semak juga BKM : Semak BKM Fasa 3 & Tarikh Bayaran Bulan September 2022

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 05, 2022 00:20

September 4, 2022

Jawatan Kosong Di Hospital Pengajar UPM (HPUPM) – Minima SPM!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Hospital Pengajar UPM (HPUPM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi N19 (kontrak)
2. Penolong Pegawai Perubatan U29 (kontrak)

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 06/12 September 2022
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Hospital Pengajar UPM (HPUPM).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2022 23:46

Tawaran Perlindungan Insurans Hayat Percuma Untuk Rakyat Selangor

Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) adalah skim perlindungan insurans negeri pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan keselamatan kepada penduduknya tanpa mengira latar belakang.

Perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri ini bakal melindungi enam juta individu merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya.

Menerusi Skim INSAN ini, setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

Baca juga:

KJ Bakal Umumkan Kelonggaran SOP Pelitup Muka Di Tempat AwamHarga Maksimum Minyak Sawit Botol Akan Diturunkan LagiSyarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat utama untuk memohon:

Pemohon mestilah berusia 30 hari ke 80 tahun.Pemohon mestilah lahir di Selangor.Pemohon mestilah menjadi pengundi di Selangor.Tarikh Pendaftaran Dibuka:

Skim insurans hayat ini dibuka untuk pendaftaran bermula 1 Oktober ini.

Kepentingan Insurans Hayat:

Berikut merupakan antara kepentingan insuran hayat:

Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai dan obligasi-obligasi lain.Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius atau kemalangan.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook terkini Menteri Besar Selangor, Aminudin Shari atau laman web beliau.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2022 23:22

Harga Maksimum Minyak Sawit Botol Akan Diturunkan Lagi

Pada 1 Julai 2022 yang lalu, seperti yang kita sedia maklum, subsidi minyak masak sawit dalam kemasan botol 2kg, 3kg, 5kg telah dimansuhkan.

Susulan pemansuhan tersebut, orang ramai mengeluh akibat kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi, manakala minyak masak bersubsidi pula sukar didapati di kedai-kedai.

Baca juga:

PERKESO Lancar Manfaat Baharu Caruman Mulai SeptemberKJ Bakal Umumkan Kelonggaran SOP Pelitup Muka Di Tempat Awam

Tindakan pemansuhan tersebut dibuat adalah untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dan dalam jangka masa yang panjang akan dapat menstabilkan harga.

Walau bagaimanapun, sebagai usaha menangani kenaikan harga ini, Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan menetapkan harga maksimum secara bulanan.

Di media sosial, rata-rata orang ramai mengeluh dengan harga terkini yang menjangkau harga RM40-RM50 berbanding RM30 sebelum ini.

Susulan daripada itu, harga minyak masak tidak bersubsidi dalam botol akan ditetapkan secara bulanan mulai Ogos 2022.

Menurut Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, harga minyak masak lima kilogram bermula 8 September hingga 7 Oktober ditetapkan RM33.50 sen berbanding RM34.70 sen sebelum ini.

Sekadar info, harga siling minyak sawit tulen bagi pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50.

Jika ada premis yang menjual minyak masak paket bersubsidipolibeg 1 Kg yang dijual selain harga kawalan iaitu RM2.50, boleh dilaporkan kepada KPDNHEP melalui:

Talian bebas tol (1-800-886-800)Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnhep.gov.myWhatsapp
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2022 23:02

Tak Dibayar , Erma Fatima Dedah Stesen TV Bermasalah

Pengarah dan pelakon popular , Erma Fatima baru – baru ini mendakwa bahawa sebuah stesen televisyen telah gagal membuat bayaran bagi sebuah program daripada syarikat produksinya.

Malah Erma, 54 juga mengakui dirinya sudah memberi waktu sehingga 2 tahun untuk memberikan peluang kepada stesen Tv tersebut  membuat bayaran secara baik namun stesen Tv berkenaan nampaknya mengambil kesempatan terhadapat budi bicaranya itu.

Erma juga menjelaskan bahawa program terbitan syarikatnya itu sudah dua kali ditayangkan di stesen berkenaan namun masih belum menerima sebarang bayaran.

 

“Orang buka stesen TV, kita pun nak buka tapi kalau kita tak hargai produser pun susah juga.”

“Kita perlukan antara satu sama lain. Jangan buat produser macam anjing minta makan dekat tuan!,” tulisnya.

“Saya dah jalankan tanggungjawab saya, takkan ini budaya stesen televisyen itu? Tangguhkan selagi boleh bayaran produser. Kami bukan jutawan.”

“Kami perlu duit untuk teruskan perjuangan seni kami. Takut tak termampu menanggung hukum Allah nanti,” tulisnya lagi.

Jelas Erma lagi , dia terpaksa menggunakan media sosial untuk menarik perhatian pihak berkenaan kerana sudah penat bersabar dengan kerenah menyakitkan hari daripada stesen berkenaan.

Terpaksa 

Pihak stesen Tv berkenaan sering memberikan alasan tidak masuk akal termasuklah menyemak status sejak dua tahun lalu namun masih belum mendapatkan bayaran yang sepatutnya .

Malah Erma merasakan syarikat berkenaan sengaja menangguhkan bayaran tersebut dan itu membuatkan dirinya tekad untuk membuat hantaran seperti di media sosial miliknya.

Dia masih bersabar dan tidak mahu membawa perkara tersebut ke makhamah kerana ianya membuang masa dan banyak perkara yang perlu dilakukan bagui menguruskan perkara tersebut.

BACA :Nad Zainal Dan Suami Sah Bercerai , Ini Penjelasan Daripada Nad

Namun jika perkara ini masih berterusan berkemungkinan Erma akan mengambil tindakan lanjut dan mendedahkan perkara tersebut kepada media dan orang ramai .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2022 22:59

KJ Bakal Umumkan Kelonggaran SOP Pelitup Muka Di Tempat Awam

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, akan membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian pelitup muka selewat-lewatnya Rabu ini, 7 September 2022.

Menurut Khairy Jamaluddin, Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikannya sudah menerima syor daripada pakar mengenai pemakaian pelitup muka pada minggu lalu.

Baca juga:

PERKESO Lancar Manfaat Baharu Caruman Mulai SeptemberPM Ismail Bakal Bentang Sendiri Bajet 2023

Menurut beliau lagi, ianya masih dalam proses mengumpul pandangan orang ramai berhubung perkara itu, sebelum mengumumkan keputusan baharu mengenai pemakaian pelitup muka.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga telah memaklumkan bahawa mereka berada pada peringkat akhir perbincangan dan kajian berhubung keperluan melonggarkan pemakaian pelitup muka di negara ini.

Terdahulu, SOP Pemakaian Pelitup Muka sebelum ini telah berkuatkuasa pada 1 Mei 2022, bagaimanapun telah memudahkan rakyat dengan memberi kelonggaran pemakaian pelitup muka di sesetengah kawasan.

Kerajaan sebelum ini menetapkan pemakaian pelitup muka adalah WAJIB ketika berada di dalam bangunan, termasuk pengangutan awam dan kenderaan e-hailing dan pilihan (optional) apabila berada di luar bangunan dan kawasan terbuka,

Namun masih digalakkan pemakaian pelitup muka di kawasan yang sesak.

 

Sumber: AWANI

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2022 22:31

“Dah Lain Bila Kurus, Macam Barbie” – Zizie Izette Jadi Hot Topik, Makin Lama Makin Cantik

Penampilan terbaru pelakon Datin Seri Zizie Izzete yang semakin jelita mendapat perhatian netizen.
Menerusi catatan terbaru di akaun Instagramnya, Zizie kelihatan begitu berseri-seri dan berat badannya juga turut turun.

Malah, Zizie juga kelihatan begitu cantik dengan senyuman manis terukir di bibir ketika fotonya diambil.

Selain itu, perubahan gaya pemakaian Zizie turut menjadi bualan hangat netizen.

Ada netizen yang memuji Zizie kini kelihatan secantik anak patung Barbie yang popular. Ada juga yang mengatakan Zizie nampak lebih muda seperti anak dara.

NETIZEN TURUT BANGGABaru-baru ini, Zizie sebelum ini telah mengurangkan jumlah foto di Instagram dan kini hanya mempunyai sebanyak lapan posting sahaja.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2022 22:26

Lahir bayi merdeka, Pekin Ibrahim kesian tengok isteri sakit bersalin

Aktor, Pekin Ibrahim tidak sangka isterinya yang juga aktres, Mona Allen telah pun melahirkan cahaya mata sulung mereka lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.

Memetik laporan Getaran, dia bagaimanapun gembira dapat menimbang bayi lelaki itu yang kebetulan jatuh pada Hari Kemerdekaan ke-65.


 

View this post on Instagram

 


A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words)



“Paling tidak disangka bila bayi kami dilahirkan pada Hari Merdeka. Rasa macam tidak percaya pula ia baby merdeka. 


“Kalau hendak diikutkan tempoh bersalin Mona lambat lagi. Tapi sekitar jam 9.00 (30 Ogos), saya terpaksa hantar dia ke hospital. 


“Kemudiaan doktor kata dah sampai masanya padahal sebelum tu, tak nampak pun sebarang tanda-tanda dia akan bersalin.


“Mungkin tu tak sabar nak keluar kot, sebab nak laungkan merdeka,” kata pelakon berusia 41 tahun itu.



 

View this post on Instagram

 


A post shared by Mona Allen🌙 (@mona.allen)


Dalam masa sama, dia turut meluahkan rasa kasihan terhadap isterinya.

 

View this post on Instagram

 


A post shared by Mona Allen🌙 (@mona.allen)



Saya berada bersama sepanjang proses itu, dari awal keluar. Doktor juga bagi kebenaran untuk saya memotong tali pusat bayi, cucikan bayi serta azankan dia di telinga. “Bila melihat keadaan Mona melahirkan anak, saya rasa macam tidak apalah. Kalau anak seorang pun syukurlah. Sebab saya kasihan melihat keadaan dirinya itu,” ujarnya.

Satu rekod, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim dan Mona mendirikan rumah tangga pada bulan 7 Disember 2018.


 

View this post on Instagram

 


A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words)


Baca juga : Ifa Raziah Salahkan Baju Nyanyian Dikritik, “Tolonglah Jangan Rosakkan Lagu..”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2022 22:08

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.