Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 97
September 8, 2022
Ringgit Ditutup Pada Paras Terendah Berbanding Dolar AS
Semalam, ringgit ditutup pada paras terendah dalam 24 tahun berbanding dolar AS (Amerika Syarikat).
Hal ini kerana ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat dan peningkatan hasil Perbendaharaan AS yang mendorong para pelabur beralih kepada dolar AS, menjatuhkan mata wang dunia lain, termasuk ringgit.
Baca juga:
PBT Pahang Wajibkan Pemasangan Jalur Gemilang dari 16 Ogos hingga 16 SeptemberKKM Laksana Pemberian Dos Penggalak Kepada Kanak-KanakPada 6.01 petang semalam, mata wang tempatan susut kepada 4.5020/5040 berbanding dolar AS 4.4970/4500 ketika ditutup pada Selasa.
Menurut penganalisis ekonomi Putra Business School Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff, antara sebab yang mungkin membebankan ringgit ialah krisis tenaga di Eropah akibat perang Ukraine.
Oleh itu, ringgit dibuka pada paras terendah berbanding dolar AS sejak krisis kewangan Asia pada 1998, berikutan lebih ramai pelabur beralih ke aset selamat disebabkan prospek ekonomi global yang tidak menentu.
Setakat pagi semalam, ringgit dibuka pada 4.5010/5035.
Selain itu, menurut Ahmed Razman yang mengulas mengenai mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM), BNM akan menaikkan lagi 25 mata asas kepada 2.5 peratus.
Justeru itu, kadar dasar semalaman (OPR) akan menjadi 2.50 peratus untuk mengatasi kenaikan kadar inflasi iaitu 4.4 peratus pada bulan Julai.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Sekadar info, unit tempatan itu menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1990/2009 daripada 3.2021/2044 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.1723/1746 daripada 5.2156/2191, naik berbanding euro kepada 4.4615/4635 daripada 4.4759/4788 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1238/1254 daripada 3.1741/1762 semalam.
Sumber: BERNAMA
Temui Pakar Psikiatri , Puteri Balqis & Ibu Disahkan Hidap PTSD
Baru – baru ini industri hiburan Malaysia telah dikejutkan dengan pendedahan mengaibkan daripada pelakon Puteri Balqis yang mendakwa menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental dalam keluarganya sejak kecil.
Selepas pendedahan itu dilakukan oleh Balqis dan ibunya Norashikin Mohd Aziz , mereka telah disarankan dan dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur semalam bagi memeriksa keadaan metal anak beranak berkenaan.
Mereka dibawa ke hospital bersama pihak polis bagi melakukan pemeriksaan bagi membuktikan dakwaan Balqis terhadap ayahnya yang disabitkan bersalah.
Mereka juga dikhabarkan telah menginap di wad hospital berkenaan selepas pemeriksaan kerana telah disahkan menghadapi gangguan dan tekanan selepas trauma atau lebih dikenali sebagai (PTSD) .
“Selepas laporan polis dibuat atas nasihat peguam Aqish (Puteri Balqis) dan ibunya dibawa ke hospital untuk berjumpa pakar psikiatri.”
“Tujuannya adalah untuk membuktikan apa yang dikatakan oleh Aqish itu benar dan penderaan mental yang dialaminya juga benar-benar berlaku.”
Raih Simpati“Kita pun tidak mahu orang menuduh dia meraih simpati atau mereka-reka cerita. Jadi, dia ke hospital bersama dengan polis,” jelas sumber yang terlibat.
Pihak polis berharap orang ramai tidak memberikan spekulasi sendiri berkenaan kes tersebut dan pihak mereka akan membuat siasatan lanjut berkenaan kes tersebut.
BACA : Lama Menyepi , Ini Perkembangan Terbaru Daripada Faizal AF4
Rata – rata peminat juga meluahkan rasa simpati terhadap apa yang terjadi kepada Puteri Balqis dan berharapa agar perkara itu dapat diselesaikan dengan segera dan mendapatkan keadilan yang sepatutnya.
Jumlah Bayaran Untuk BKM Fasa 3 TERKINI
Ramai yang tertanya-tanya apakah kadar bayaran BKM Fasa 3 bagi setiap kategori Bujang, Keluarga dan Warga Emas.
Di bawah dikongsikan cara menyemak kelayakan bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori serta jadual pembayaran BKM.
Fasa 1
Pembayaran bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN
Fasa 2
Pembayaran bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan secara tunai di cawangan BSN
Fasa 3
Pembayaran mugnkin akan bermula pada hujung bulan Ogos atau awal bulan September 2022
Fasa 4
Pembayaran akan bermula pada Disember 2022Info Terkini Pembayaran BKM Fasa 3
Berdasarkan jadual yang dikeluarkan secara rasmi oleh LHDN, tuntutan pembayaran untuk kemas kini akaun yang dibuka pada Ogos 2022 boleh dibuat mulai 8 September 2022.
Daripada jadual di atas, pembayaran BKM Fasa 3 berkemungkinan akan bermula pada 5 – 9 September 2022. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Sama-sama kita nantikan dan kami akan beri info kemaskini terkini.
Jumlah Bayaran BKM Bagi Setiap KategoriBerikut adalah jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori:
Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:
Log masuk ke bkm.hasil.gov.myKlik Semakan StatusPaparan kelayakan akan ditunjukkanKlik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
Semak bantuan : TERKINI : Bantuan Satu Keluarga RM900 Dikreditkan Bermula Esok ~ Semak Sekarang!
Maklumat LanjutSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my
Harga Sayur Naik, Bekalan Terjejas Kesan Cuaca Hujan
Justeru itu pengurangan hasil tanaman sebanyak 20 hingga 30 peratus ini sekaligus berpotensi meningkatkan harga jualan sayur di pasaran.
Sesetengah petani berpendapat situasi ini berupaya menjejaskan bekalan sayur negara dan akan menaikkan harga bagi sayur-sayur seperti bayam, bendi, kacang panjang dan cili.
Baca juga:
Pemakaian Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan Berkuat Kuasa Serta-MertaTaiwan Gantung Kemasukan Tanpa Visa 12 Negara Termasuk MalaysiaMenurut Presiden persatuan pemborong sayur Malaysia, Steven Lee, hujan yang berterusan menjejas kawasan tanaman seperti Melaka dan Cameron Highlands serta pasaran sayur seperti yang di Kuala Lumpur.
Cuaca tahun ini tidak dapat diramal kerana hujan lebih kerap serta lebat hampir setiap hari sejak beberapa minggu lalu.
Menurut Steven Lee lagi, pada suku ketiga setiap tahun, antara Julai dengan Oktober, cuaca akan menjadi baik dan bekalan akan lebih seimbang.
Oleh itu, petani akan mendapat hasil tanaman yang lumayan dan harga akan turun.
Menurut Encik Cheng Tai Hoe, pengerusi persatuan petani sayur Yong Peng bersetuju dengan sentimen Encik Lee dan menyatakan bahawa hasil tanaman petani di sebelah utara Johor merosot sebanyak 20 peratus pada bulan Ogos.
Sekadar info, melihat pada aliran bekalan tersebut, ini tidak hanya memberi kesan kepada permintaan pasaran domestik Malaysia tetapi turut memberi kesan kepada aliran eksport sayur ke negara luar.
Sumber: RNGGT.COM
September 7, 2022
Chelsea Pecat Thomas Tuchel!
Chelsea semalam mengumumkan bahawa Thomas Tuchel bukan lagi pengurus kelab itu berkuat kuasa serta-merta.
Pengendali berusia 49 tahun itu dipecat oleh pemilik baru Chelsea hanya tiga bulan selepas kelab itu diambil alih.
Ia dilihat sebagai kesan daripada permulaan hambar Chelsea sepanjang musim ini, dengan yang terbaru tewas 0-1 kepada Dinamo Zagreb dalam aski pembukaan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.
Sila Baca Disini : Manchester City Perlu Satu Pasukan!
Chelsea Pecat Thomas Tuchel!Chelsea, dalam laman web rasmi mereka hari ini, berkata: “Bagi semua pihak yang berada di Chelsea, kelab ini mahu merakamkan penghargaan buat Thomas dan stafnya atas segala usaha sepanjang bersama kelab ini.
“Thomas selayaknya berada dalam lipatan sejarah Chelsea selepas memenangi UCL, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab sepanjang tempohnya di sini.
“Dengan pemilikan baru telah mencapai 100 hari sejak mengambil alih kelab ini dan seperti mana mereka sedang berusaha keras untuk membawa kelab ini ke depan, pemilik baru percaya ini adalah masanya untuk melakukan peralihan ini.
“Barisan kejurulatihan Chelsea akan menguruskan sesi latihan pasukan dan bersiap sedia bagi perlawanan yang akan datang sementara kelab ini melantik seorang ketua jurulatih baru.
“Namun, tiada sebarang komen lanjut sehingga seorang ketua jurulatih baru dilantik dan akan diumumkan kelak.”
Rekod Thomas Tuchel sangat cemerlang ketika bersama Chelsea dengan 100 perlawanan 60 kemenangan, 24 seri dan 16 sahaja kekalahan.
Beliau juga memenangi 3 trofi utama termasuk Piala Liga Juara-Juara Eropah sepanjang tempoh bersama Chelsea.
Senarai Bantuan Kerajaan Bulan September 2022 | Mohon Sini
Kini kita berada di bulan September di mana terdapat beberapa bantuan kerajaan bulan September 2022 yang akan diagihkan pada bulan ini.
Semoga dengan bantuan-bantuan kerajaan yang ada ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Bagi mereka yang ingin mohon lebih banyak bantuan kerajaan yang lain, sila join telegram rasmi kerajaan di sini.
Senarai Bantuan Kerajaan Bulan September 2022Berikut adalah senarai bantuan yang anda boleh mohon untuk bulan ini :
a) BKM – Bantuan Keluarga MalaysiaSemakan BKM dijadualkan akan dibayar kepada penerima yang layak pada minggu akhir September 2022.
Untuk melihat jumlah yang akan diterima, klik di sini – BKM Fasa 3
b) Bantuan Peranti Siswa– Tablet A8Bagi pelajar yang lulus untuk program peranti pelajar, akan mendapat tablet jenama Samsung Samsung Tab A8 LTE.
Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa tablet ini akan diberikan terus tanpa perlu dipulangkan.
Jika ada yang belum membuat permohonan, permohonan masih lagi dibuka sehingga 30 September 2022.
Maklumat lanjut Klik Sini.
c) MySalam 2022Penerima yang lulus permohonan Mysalam akan dapat bayaran tuntutan claim terus ke dalam akaun bank berdaftar mereka.
Untuk yang masih belum buat tuntutan, sila buat demikian di laman rasmi.
d) Bantuan Warga Emas (BWE) JKMBagi warga emas, bantuan pembayaran akan diteruskan pada September 2022.
Untuk melihat cara memohon bantuan ini, klik di sini : Bantuan Warga Emas
e) Pelanjutan Pelepasan Cukai IndividuIni bukan bantuan kewangan, tetapi ia adalah satu bentuk pelepasan cukai yang anda boleh tuntut.
Jika anda yang mempunyai atau akan membeli telefon pintar, komputer, atau tablet pada bulan ini, sila simpan resit untuk mendapatkan pelepasan cukai individu. Ini kerana pelepasan cukai ini akan tamat tempoh pada 31 Disember 2022.
f) Elaun Pekerja Kurang Upaya (EPOKU) – JKMBagi kategori OKU bekerja, mereka yang layak masih akan mendapat elaun bulanan berjumlah RM150 – RM450 sebulan.
Semoga dengan bantuan-bantuan yang ada ini akan membantu anda untuk meneruskan kehidupan anda dengan lebih kuat di masa hadapan.
Jawatan Kosong Di Adabi Consumer Industries Sdn Bhd – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kosong di Adabi Consumer Industries Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PRODUCTION MANAGER
2. BOILERMAN
3. SALES DEVELOPMENT EXECUTIVE
4. MARKETING MANAGER
5. LINE TECHNICIAN /TECHNICIAN
Lokasi : Selangor
Sektor : Swasta
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Adabi Consumer Industries Sdn Bhd.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di CIMB Bank Berhad – Pelbagai Jawatan!
Permohonan Jawatan Kosong di CIMB Bank Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. AVP/VP – Group Brand & Sponsorhip
2. AVP – Risk, Business Management Office
3. VP – Risk IT Resilience & Service Management
4. Assistant Manager – Risk Analytics & Infrastructure
5. AVP – Group Risk, GCLS & CRS
6. Manager – VP, Group CX (Business Process Re-Engineering)
7. Manager / AM – Data Management, Group Risk
8. VP – Operational Risk, Advisory & Assurance
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di CIMB Bank Berhad.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. ASSISTANT ADMINISTRATIVE OFFICER (INTERNAL AUDITOR) GRADE N29
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 12 SEPTEMBER 2022 (Isnin)Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
