Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 94

September 11, 2022

Skuad Muda Negara Jadi Taruhan!

Tugas E Elavarasan sebagai pengendali baharu skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara mungkin tampak mudah kerana sekadar ‘bekerja’ dan mengendalikan pemain muda.

Namun pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim melihat tanggungjawab bekas pengendali Sarawak United itu sebenarnya amat berat kerana dia memegang ‘kunci’ kepada masa depan bola sepak negara dan skuad kebangsaan.

Apapun, Zulakbal yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tetap menganggap pelantikan Elavarasan sebagai jurulatih skuad B-23 adalah ideal berbekalkan pengalamannya dalam kancah bola sepak tempatan selain menjadi orang kanan Kim Pan Gon.

Sila Baca Disini : JDT Mudah Atasi Terengganu!

Skuad Muda Negara Jadi Taruhan!

“Elavarasan akan memainkan peranan yang sangat besar kerana beliau akan menjadi penerus kesinambungan antara skuad B-23 dengan skuad senior. Seperti sedia maklum, skuad B-23 sememangnya menjadi pelapis untuk skuad Harimau Malaya bagi masa depan.

“Sudah tentu Elavarasan dilantik untuk memenuhi kehendak bagi perancangan kedua dua pasukan. Dengan pengalaman bersama Pan Gon sebelum ini, beliau mampu menyiapkan pasukan muda untuk bermain sama seperti skuad senior.

“Sebab itulah saya katakan tanggungjawab Elavarasan ini sangat penting kerana pembentukan pemain bagi masa depan akan berada di tangannya. Skuad ini akan dibentuk oleh beliau untuk dibekalkan kepada skuad senior,” katanya.

Dalam masa sama, Zulakbal juga berbesar hati dengan perancangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang melantik Elavarasan sekali gus memberi isyarat betapa badan induk itu tetap percaya kepada kemampuan anak tempatan.

“Ini satu pelantikan yang baik sekali gus memberi peluang kepada Elavarasan menghimpun lebih banyak pengalaman di arena antarabangsa. Siapa tahu mungkin giliran Elavarasan mengendalikan skuad kebangsaan pula selepas ini.

“Dengan rekodnya yang agak memberangsangkan dalam kancah tempatan, saya percaya beliau layak (pengendali skuad B-23) dan sudah pasti skuad B-23 akan mendapat manfaat daripada sentuhannya,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2022 10:29

Cara Mohon e-Pengeluaran KWSP ~ Pengeluaran Pada Bila-Bila Masa, Di Mana Jua!

Tahukah ada, terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.

Tujuan Pengeluaran KWSPBagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP bagi urusan-urusan berikut;Pengeluaran untuk membeli rumahPengeluaran untuk membina rumahPengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumahRawatan perubatanPengeluaran untuk menyelesaikan PTPTNPengeluran untuk pendidikanSyarat Kelayakan

Syarat membuat permohonan e-Pengeluran adalah seperti berikut:

Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetapSyarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasaPermohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimumBayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSPCara Membuat Pengeluaran Online

Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran.

Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran:

1. Log masuk ke i-Akaun KWSP2. Klik menu ‘Pengeluaran23. Kemudian klik ‘Permohonan Baru‘4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran
7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.8. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.Siap! Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila dah disahkan wang pengeluaran yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda. Mudah kan?

Sebenarnya nak buat pengeluaran untuk tujuan penting seperti membeli rumah dah sebagainya tidak akan merugikan anda pun. Sekurang-kurangnya nanti bila dah bersara anda tidak lagi berhutang dan sudah memiliki rumah sendiri.Semoga bermanfaat! Mohon Juga Bantuan 1k Kanak kanak : Bantuan RM1,000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2022 03:15

Bantuan RM1,000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020

Tahukah anda Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kebajikan Masyarakat telah menubuhkan tabung khas untuk anak kelahiran Sarawak iaitu Dana Wakaf Sarawak (EFS).

EFS ialah tabung simpanan untuk anak kelahiran Sarawak yang bertujuan membantu anak Sarawak sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, memulakan kerjaya atau sebagai modal perniagaan kecil.

Jumlah Bantuan EFS

Jumlah bantuan yang diberikan berjumlah RM1,000 dalam bentuk simpanan.

Syarat Kelayakan Bantuan EFSBerikut merupakan syarat kelayakan untuk bantuan EFS:Warganegara MalaysiaLahir di Sarawak atau di luar SarawakKedua-dua atau salah seorang ibu bapa pemegang MyKAD adalah berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.

Kategori anak angkat:

Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sahCara Membuat Permohonan Bantuan EFS

Permohonan boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri Sarawak dengan membawa:

Borang permohonan EFS –  Muat Turun Borang Salinan sijil lahir bayiSalinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa yang berstatus “K”

**Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh layari laman web isarawakcare atau hubungi talian KPWKK di 082-442050

Semak jugak BKM FASA 3 : Jumlah Bayaran Untuk BKM Fasa 3 TERKINI

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2022 01:20

September 10, 2022

JDT Mudah Atasi Terengganu!

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan kejaguhan apabila muncul juara Piala FA 2022 Malaysia selepas berjaya menundukkan Terengganu 3-1 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kejayaan manis yang dicapai itu telah mengulangi pencapaian pada edisi 2016 dimana JDT muncul juara selepas menundukkan PKNS FC.

Beraksi di atas permukaan padang yang baik, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan pantas tetapi JDT dilihat lebih banyak mengancam kubu Terengganu.

Sila Baca Disini : Pemilik Kedah Berjersi Terengganu?

JDT Mudah Atasi Terengganu!

Peluang pertama buat skuad kendalian Hector Pablo Bidoglio itu hadir pada minit ke-11 apabila Arif Aiman Mohd Hanapi dalam kawasan penalti. Bagaimanapun, rembatan pemain lincah itu hanya singgah di tiang gol.

Memasuki minit ke-25, giliran Tchetche Kipre pula menguji gawang JDT menerusi satu serangan balas pantas yang menyaksikan beliau hanya berhadapan dengan Farizal Marlias.

Namun, penjaga gol berpengalaman yang merupakan ketua pasukan skuad Harimau Selatan itu tenang untuk menafikan percubaan terbaik itu bagi menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi.

Arif Aiman membuatkan suasana stadium gegak gempita pada minit ke-34 apabila beliau yang melepasi kawalan pemain pertahanan, Muhammad Alif Zakaria meledakkan rembatan kaki kiri untuk meletakkan JDT dihadapan.

Jaringan itu nyata menyemarakkan lagi api perjuangan barisan pemain JDT yang terus memberikan tekanan dan hampir menambah kedudukan berselang empat minit kemudian.

Ia berpunca daripada sepakan penjuru yang diambil Leandro Velasquez terus mencari Shane Lowry dalam kawasan penalti, namun tandukan pemain pertahanan kelahiran Australia itu sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol.

Bergson melebarkan kedudukan buat JDT ketika permainan memasuki minit ke-63 apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas beliau dikasari dalam kawasan penalti oleh penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim.

Terengganu yang cuba untuk memberikan saingan berjaya merapatkan defisit jaringan pada minit ke-75 menerusi Kipre selepas percubaannya dalam kawasan penalti terkena muka Farizal Marlias lalu bola masuk ke dalam gawang gol.

Kegembiraan penyokong Terengganu itu bagaimanapun hanya mampu bertahan selama tiga minit apabila Bergson menambah satu lagi jaringan ketika situasi kelam-kabut berikutan tindakan Rahadiazli keluar daripada posisinya.

Kedudukan 3-1 itu kekal hingga wisel penamat ditiupkan pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin untuk mengesahkan ‘pesta bunga api’ bakal sekali lagi diadakan di Johor Bahru.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2022 23:36

Jawatan Kosong Di KPJ Healthcare Berhad – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kosong di KPJ Healthcare Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Senior Security Engineer
2. Senior IT Governance Executive
3. Head of IT Service Delivery

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/Kontrak
Cara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di KPJ Healthcare Berhad.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2022 23:12

Jawatan Kosong Di Universiti Selangor (UNISEL) – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Negeri Selangor di Universiti Selangor (UNISEL) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PENSYARAH
2. PENGATURCARA

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 15/30 September 2022
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Selangor (UNISEL).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2022 23:03

Renault ZOE Pencapaian Diluar Jangkaan

Sejak ia telah dilancarkan pada tahun 2012 sehingga Mei lalu, Renault Zoe sudah terjual lebih kurang 380,000 unit di seluruh dunia. Ia adalah kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) dan kini ditawarkan dengan ciri penambahan kuasa dan jarak berbanding model terdahulu. Renault Zoe Serba Baharu kini sudah dipasarkan oleh TC Euro Cars (TCEC) yang juga pengedar tunggal kenderaan Renault di negara ini.

Terdapat dua varian yang telah ditawarkan iaitu R110 dan R135 dengan konfigurasi motor yang berbeza serta pengalaman pemanduan yang lancar serta responsif. Zoe R110 dengan kuasa maksimum 80kW dan tork 225Nm dan R135 dengan 100kW dan tork 245Nm yang kedua-duanya dijana dengan bateri 52kWh Z.E. 50 baharu.

Sumber: youtube

Namun, Bateri ini mampu menjangkau perjalanan sehingga 395 kilometer (km) berbanding generasi sebelumnya. Ia peningkatan 25 peratus (standard WLTP) tanpa penambahan dimensi. Zoe juga menawarkan pengecasan pantas (arus terus -DC) dengan penambahan ‘plug’ combo CCS2 ke dalam pilihan pengecasan Type 2 arus ulang-alik (AC) sedia ada.

Sumber: google image

Namun, dengan menerusi pengecas DC selama 30 minit, ia mampu menjangkau jarak sehingga 145km dan untuk AC Type 2, daripada sifar ke 100 peratus, dalam tempoh tiga jam (22kW) dan 9 jam 30 minit (7.4kW). Ciri lain kenderaan ini dengan kluster meter bersaiz 10 inci TFT boleh laras antaramuka, mod-B satu pedal, rim aloi bersaiz 16 inci, lampu utama LED dan lampu membelok dinamik.

Disamping itu, Sistem infotainmen bersaiz tujuh inci dengan Easy Link dan keterhubungan Android Auto dan Apple CarPlay serta enam pembesar suara. Untuk pasaran Malaysia, Renault Zoe R110 dijual pada harga RM163,000 dan Zoe R135 pula pada cadangan harga RM175,000.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2022 20:37

Jawatan Kosong Di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) – Pelbagai Jawatan!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Pegawai Penerangan Gred S41
2. Jurutera Gred J41
3. Setiausaha Pejabat Gred N29
4. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
5. Pembantu Kemahiran Gred H19
6. Pembantu Laut Gred A19
7. Pengawal Keselamatan Gred KP11

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 14 September 2022 (Rabu)
Lokasi : Langkawi
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,205.00 – RM9,544.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : TetapCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2022 13:26

Cara Semak BKM Fasa 3: Bantuan Keluarga Malaysia

Berita gembira untuk rakyat Malaysia, LHDN telah mengeluarkan tarikh tuntutan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa 3 untuk bulan September 2022.

Tuntutan bayaran secara tunai boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 8 September 2022.

Menurut jadual, pembayaran BKM fasa 3 berkemungkin diterima oleh para penerima BKM pada 5 hingga 8 September 2022.

Baca juga:

KKM Laksana Pemberian Dos Penggalak Kepada Kanak-Kanak

Pemulihan Ekonomi Kukuh, GST Belum Perlu Diperkenalkan Semula

Cara Semak Status BKM:

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak status BKM:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal BKM.

Langkah 2: Klik “LOG MASUK BKM”.

Langkah 3: Masukkan No Mykad anda. Selesai masukkan klik “Semak”.

Langkah 4: Masukkan “kata laluan” anda.

Langkah 5: Klik “semakan status”.

Langkah 6: Keputusan BKM tertera.

Langkah 7: Klik Maklumat Bayaran.

Langkah 8: Maklumat Bayaran.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Bantuan Keluarga Malaysia atau hubungi di talian Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747 / Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2022 11:45

Stok Simpanan Pelitup Muka Dianggarkan Hampir 20,000 Keping

Peniaga dan pemborong pelitup muka mulai bimbang bakal berdepan kerugian selepas kerajaan mengumumkan status pemakaian pelitup muka di negara ini.

Menurut salah seorang peniaga, Anwar Arif, dia mungkin terpaksa menjual baki pelitup muka pada harga separuh jika kerajaan memansuhkan pemakaiannya.

Baca juga:

Pemulihan Ekonomi Kukuh, GST Belum Perlu Diperkenalkan SemulaKKM Laksana Pemberian Dos Penggalak Kepada Kanak-Kanak

Selain itu, para meniaga mempunyai stok pelitup muka yang masih dalam simpanan dianggarkan 20,000 keping setakat ini.

Menurut Anwar Arif juga, sejak kelonggaran diberikan kerajaan, jualan pelitup muka juga merosot sehingga 50 peratus.

Katanya lagi, kini dia sedang memikirkan perniagaan lain bagi menjana pendapatan selepas penjualan pelitup muka merosot.

Menurut Anwar Arif lagi, dia mula berniaga sejak Jun 2020 dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana ia menjadi keperluan wajib rakyat.

Namun kini perniagaan sudah semakin merosot dan demi survival saya perlu cepat mencari produk lain untuk dijual.

Terdahulu, keputusan pemakaian pelitup muka oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan sudah mengambil kira pandangan pakar kesihatan awam dan masyarakat.

 

Sumber: HARIAN METRO

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2022 11:13

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.