Renault ZOE Pencapaian Diluar Jangkaan
Sejak ia telah dilancarkan pada tahun 2012 sehingga Mei lalu, Renault Zoe sudah terjual lebih kurang 380,000 unit di seluruh dunia. Ia adalah kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) dan kini ditawarkan dengan ciri penambahan kuasa dan jarak berbanding model terdahulu. Renault Zoe Serba Baharu kini sudah dipasarkan oleh TC Euro Cars (TCEC) yang juga pengedar tunggal kenderaan Renault di negara ini.
Terdapat dua varian yang telah ditawarkan iaitu R110 dan R135 dengan konfigurasi motor yang berbeza serta pengalaman pemanduan yang lancar serta responsif. Zoe R110 dengan kuasa maksimum 80kW dan tork 225Nm dan R135 dengan 100kW dan tork 245Nm yang kedua-duanya dijana dengan bateri 52kWh Z.E. 50 baharu.
Sumber: youtube
Namun, Bateri ini mampu menjangkau perjalanan sehingga 395 kilometer (km) berbanding generasi sebelumnya. Ia peningkatan 25 peratus (standard WLTP) tanpa penambahan dimensi. Zoe juga menawarkan pengecasan pantas (arus terus -DC) dengan penambahan ‘plug’ combo CCS2 ke dalam pilihan pengecasan Type 2 arus ulang-alik (AC) sedia ada.
Sumber: google image
Namun, dengan menerusi pengecas DC selama 30 minit, ia mampu menjangkau jarak sehingga 145km dan untuk AC Type 2, daripada sifar ke 100 peratus, dalam tempoh tiga jam (22kW) dan 9 jam 30 minit (7.4kW). Ciri lain kenderaan ini dengan kluster meter bersaiz 10 inci TFT boleh laras antaramuka, mod-B satu pedal, rim aloi bersaiz 16 inci, lampu utama LED dan lampu membelok dinamik.
Disamping itu, Sistem infotainmen bersaiz tujuh inci dengan Easy Link dan keterhubungan Android Auto dan Apple CarPlay serta enam pembesar suara. Untuk pasaran Malaysia, Renault Zoe R110 dijual pada harga RM163,000 dan Zoe R135 pula pada cadangan harga RM175,000.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
