Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 92
September 13, 2022
Gelaran Dato’ Seri Milik Bekas Perdana Menteri Malaysia Ditarik
Baru-baru ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menarik balik Darjah Kebesaran Negeri Selangor daripada Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah dikurniakan sebelum ini.
Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira beberapa pendekatan berhubung kes salah guna-kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana SRC International.
Baca juga:
Melaka Bakal Bangunkan Laluan Baharu Hubungkan Malaysia-IndonesiaBantuan Untuk Rakyat Malaysia Sepanjang Bulan September 2022Makluman penarikan kurniaan darjah itu telah terbatal berkuat kuasa mulai 12 September 2022.
Penarikan tersebut merangkumi Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada tahun 2004, diikuti penarikan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1992.
Selain itu, kurniaan Keahlian Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama yang membawa gelaran kepada Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pada tahun 2005 juga turut ditarik balik pada tempoh yang sama.
Sekadar info, menurut kenyataan rasmi penarikan status tersebut adalah selaras dengan prerogatif Baginda di bawah PErkara XXXVIII dan Perkara XXXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sertaStatut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Selangor.
Sumber: ASTRO AWANI
KTMB Atasi Isu Kekurangan Koc, Penuhi Permintaan Pengguna
Baru-baru ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ketika ini sedang dalam tindakan meningkatkan infrastruktur perkhidmatannya.
Secara terperinci ianya meliputi kerja-kerja membaik-pulih kereta api lama dan menambah kereta api baharu untuk kepentingan pengguna.
Baca juga:
Kemaskini Maklumat BKM 2022 Bermula 12 September 2022KKM Saran Pekerja Laksana Saringan KesihatanPihak KTMB menyedari isu kekurangan koc tempat duduk serta kehabisan pembelian tiket perkhidmatan telah menyukarkan para pengguna.
Justeru itu, KTMB bersama pihak terlibat memaklumkan akan mempercepatkan projek naik-taraf kemudahan di Lembah Klang.
Tindakan naik-taraf kualiti perkhidmatan ini, walau bagaimanapun akan memberi kesan kepada ketetapan masa dan waktu perjalanan untuk sesetengah laluan antara stesen Rawang ke Kuala Lumpur.
Sekadar info, KTMB dikhabarkan bakal menambah jumlah tempat duduk dengan penambahan jumlah koc dari 6 koc kepada 12 koc kelak.
Sumber: RNGGT.COM
Kadar Pengangguran Kini Menurun Sehingga 3.7 Peratus
Sejak April lalu, pasaran buruh Malaysia bertambah kukuh pada bulan Julai dengan kadar pengangguran mencatat 3.7 peratus, iaitu menghampiri paras prapandemik berdasarkan penerbitan Statistik Tenaga Buruh.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, pencapaian itu adalah jauh lebih baik berbanding 4.5 peratus yang dicatatkan pada tahun 2021 dan 4.2 peratus pada Januari 2022.
Baca juga:
CIMB Turut Naikkan Kadar Asas, Kadar Pinjaman Asas Bermula 13 SeptemberMelaka Bakal Bangunkan Laluan Baharu Hubungkan Malaysia-IndonesiaSetakat Julai 2022, bilangan penganggur terus menurun kepada 620,700 orang berbanding 630,600 orang pada bulan sebelumnya, manakala bilangan penduduk bekerja pada Julai 2022 terus mencatatkan pertumbuhan positif 0.3 peratus kepada 15.98 juta orang.
Menurut tinjauan tenaga Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini menunjukkan prestasi itu didorong pada pertumbuhan positif penduduk bekerja yang telah meningkat 0.3% bersamaan 42,100 pekerja.
Oleh itu, lonjakan itu menjadikan jumlah penduduk bekerja di negara kini 15.98 juta individu.
Selain itu, ekonomi negara berkembang sebanyak 6.9 peratus pada separuh pertama tahun 2022.
Menurut Mustapa, kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan mempertingkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Beliau juga menjangkakan pasaran buruh akan terus kukuh pada suku tahun ketiga dengan jangkaan prestasi perniagaan lebih baik.
Petunjuk keyakinan mencatat 4.7 peratus bagi suku ketiga tahun 2022 berbanding 3.5 peratus pada suku kedua.
Terdahulu, peningkatan aktiviti ekonomi dan sosial yang kembali normal, terutamanya susulan pembukaan sempadan negara sejak 1 April 2022 telah memberi impak positif terhadap pasaran buruh negara yang telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.
Sekadar info, momentum pemulihan pasaran buruh ini juga selaras dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, seperti program JaminKerja – Insentif Penggajian (JKIP) dan pewujudan Portal Pekerjaan Negara, MyFutureJobs.
Sumber: BERNAMA
September 12, 2022
Malaysia Jumpa Thailand Dulu!
Skuad Harimau Malaya bakal berdepan Thailand dalam aksi pertama bagi edisi ke-48 Piala Raja Thailand (48th King’s Cup) 2022 di Stadium Chiang Mai, Thailand pada 22 September ini.
Satu lagi perlawanan menyaksikan skuad Trinidad & Tobago berdepan Tajikistan di venue dan tarikh yang sama.
Jika berjaya menewaskan Thailand, skuad negara kendalian Kim Pan-gon, bakal mara ke pentas final dan sekiranya tewas, skuad negara bakal beraksi bagi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Sila Baca Disini : United Kena Kekal Realistik!
Malaysia Jumpa Thailand Dulu!Kejohanan yang mula diadakan pada tahun 1968 itu menyaksikan Thailand muncul selaku pemenang terbanyak piala berkenaan apabila merangkul kejuaraan sebanyak 15 kali.
Skuad negara pula muncul juara sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972 apabila menewaskan tuan rumah, Thailand dengan defisit jaringan 1-0.
Dalam edisi 1976 skuad negara berkongsi kejuaraan dengan Thailand setelah terikat 1-1 dengan skuad negara pada aksi final sebelum sekali lagi berkongsi kejuaraan dengan Korea Selatan pada edisi 1977 setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Skuad negara akhirnya kembali muncul juara apabila menewaskan Singapura 1-0 pada edisi 1978 dan sekali gus menjadikan ia kali terakhir Malaysia memenangi piala berkenaan.
Untuk rekod pada edisi 2019 lalu, skuad Curacao muncul juara dengan menewaskan Vietnam 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan manakala India muncul pemenang tempat ketiga apabila menewaskan Thailand 1-0.
Erra Fazira Sudah Bersedia Berumah Tangga
Setelah hampir 8 tahun bergelar ibu tunggal kepada seorang cahaya mata perempuan , Erra Fazira mengakui dirinya masih mempunyai keinginan untuk berumah tangga dan bersedia untuk hidup berpasangan lagi.
Namun tidak akan mengambil keputusan terburu- buru demi memenuhi keinginannya itu walaupun sudah berumur dan tetap menyerahkan soal jodohnya pada ketentuan Allah dan menerima dengan hati yang terbuka tentang apa yang berlaku pada masa akan datang.
“Saya tak nak single. Kenapa nak ‘single’ bila boleh berdua? Namun, jika Allah dah kata macam itu terima sajalah. Kalau ada peluang berdua kenapa tidak?” kata Erra.
Erra Fazira , 48 , masih dalam proses mencari pasangan yang serasi dengannya dan berharap akan bertemu lelaki yang akan menerima dirinya dan anak perempuan tunggalnya itu.
Ditanya tentang pendapat anak tunggalnya itu tentang perkara tersebut , Alessya dikatakan tidak bersetuju jika ibunya itu mencari ayah baru untuknya dan lebih selesa berdua seperti sekarang.
Erra yang dilihat begitu rapat dan sentiasa berkongsi moment indah bersama anaknya itu , kelihatan sentiasa menemani anaknya itu apabila ada masa terluang .
Primadona itu juga mengakui tidak senang dengan gosip yang berlegar – legar di meida sosial tentang dirinya dan artis atau orang ternama sehingga memburukkan namanya.
Isu HangatErra yang tidak pernah terpalit isu panas atau kontroversi sentiasa menjadi imejnya dan berharap perkara buruk atau fitnah tidak berlalu kepadanya kerana sudah mempunyai anak yang perlu dijaga emosinya dan perasaannya.
Isu yang terbaru daripada media apabila Erra dikatakan kecewa sehingga tidak menghadiri majlis perkahwinan Shahir baru – baru ini dan telah menimbulkan gosip hangat.
Namun Erra sempat menjawab segala persoalan bahawa dirinya dijemput tetapi tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.
Malah menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut agar dapat melayari bahtera rumahtangga yang bahagia selepas berkahwin.
BACA INI : Zahiril Adzim Tolak Adegan Ranjang
“Alhamdulillah, dia dah selamat diijabkabulkan dan menjadi suami orang. Semoga berkekalan hingga ke jannah. Minta maaf saya tak dapat hadir. Ada jemputan, tapi saya tak dapat hadir sebab ada urusan kerja,” katanya.
Permohonan Bantuan RM300 Untuk Bayi Yang Baru Lahir Tahun 2022
Program ini merupakan program di bawah Bajet 2022 kerajaan negeri, untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang baru lahir. Ini adalah insentif kerajaan negeri dengan bantuan berjumlah RM300.
Program Bantuan RM300 untuk bayi yang baru lahir ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang memerlukan duit untuk pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu bersalin semasa berpantang.
Baca Juga : Semakan BKM untuk bulan Jun 2022
Jumlah BantuanKerajaan Pahang telah melancarkan program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) dan terbuka kepada semua orang untuk memohon bantuan RM300 ini. Menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tujuan kenaikan kadar bantuan ini kepada RM300 adalah untuk menggalakkan kadar kelahiran di negeri itu yang masih lagi rendah.
Pemberian Saguhati Untuk Setiap KelahiranSetiap bayi yang dilahirkan di Pahang mulai 2022 layak menerima saguhati tersebut di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang. Tambahnya, tujuan pemberian bantuan adalah untuk meringankan beban keluarga membuat simpanan dan barangan penjagaan bayi serta ibu semasa berpantang. “Justeru, jumlah peruntukan program ini ialah RM5 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2022 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang pada 6 Disember 2021.
Land Rover (1958) Ratu Elizabeth II Akan Menjadi Model Lagenda Dan Paling Berharga

Namun, jom kita lihat kenderaan yang pernah digunakan Ratu Elizabeth. Baginda begitu menyukai jenama Land Rover dan dilihat bersama Defender selama beberapa dekad serta memandu jentera berkenaan hampir 50 tahun. Dilaporkan, Land Rover kegemarannya ialah Defender 110 TD5 (2002). Selain itu, kemangkatan baginda juga akan menjadikan Land Rover Ceremonial (1958) ini model rare dengan nilai tinggi di dunia.
Trak pikap itu pertama kali digunakan Ratu Elizabeth dalam jelajah Australia 1963 dan merupakan satu daripada enam kenderaan yang dipasang tempatan (CKD) di Sydney khas buat tugas diraja. Kenderaan istiadat tersebut merupakan sebahagian daripada Koleksi Sejarah Nasional (Bahagian Pengangkutan dan Simpanan) di Muzium Australia.
Sumber: google image
Ia telah dibina oleh Pressed Metal Corporation (PMC) yang berpangkalan di Sydney, model itu sama dengan kenderaan yang digunakan baginda dalam jelajah Komanwelnya pada 1954. Menurut laporan terbitan REMLR (The Registry of Ex-Military Land Rovers), terdapat lapan kereta yang pada asalnya dibina oleh Land Rover untuk jelajah itu. Seunit ditinggalkan untuk kegunaan di United Kingdom, seunit dihantar ke New Zealand dan enam unit lagi dibawa jelajah global di antara Bermuda (November 1953) dan Gibraltar (Mei 1954).
telah dibangunkan di atas casis 2,184mm, trak pikap itu menggunakan enjin 2.0 liter 4-silinder dan semburan cat badan merah tua yang dinamakan Royal Claret. Bagi model CKD di Sydney, Land Rover membekalkan komponen kepada PMC di kemudahan pemasangan di tanah seluas 22 ekar di Enfield, sebelah barat bandar Sydney. Ketika itu, PMC turut membina bas Leyland, van Morris, kereta Austin A40, kereta sport MG, dan Land Rover di bangunan yang dahulunya hangar pesawat Perang Dunia II.
Disamping itu, ia difahamkan Land Rover Ceremonial dipasang sekali lagi dengan warna badan Royal Claret, tetapi kali ini menggunakan casis 2,235mm bagi model 1956. Apa yang lebih menarik perhatian ialah 1958 merupakan tahun terakhir pengeluaran Land Rover Siri I. Kereta binaan Australia berbeza daripada model Land Rover Diraja (1954), selain daripada jarak roda lebih panjang, ia juga tidak mempunyai panel sil di bawah pintu serta menampilkan bampar rata dan bukannya bersudut.
Sumber: google image
Untuk lawatan Ratu Elizabeth ke Australia pada 1963, Land Rover Ceremonial digunakan untuk perarakan dan sekali lagi berkhidmat apabila baginda dan Puteri Anne melawat Sydney pada 1970. Apabila kenderaan itu bersara daripada perkhidmatan rasmi, beberapa kereta diserahkan kepada Tentera Australia dicat semula dengan warna hijau dan digunakan untuk perkhidmatan istiadat bukan diraja. Dua daripada kereta tersebut dipamerkan di Muzium Tentera Bandiana di Woodonga. Bagaimanapun, pada tahun 2006, dua lagi kereta Royal Claret asal dilelong untuk jualan persendirian melalui Shannons Auctions di Melbourne.
Walaubagaimanapun, dengan keghairahan ratu terhadap kenderaan bermula ketika menyertai Auxiliary Territorial Service (ATS) yang mana baginda memperoleh lesen memandunya. Selama bertahun, Ratu Elizabeth II memiliki kira-kira 30 Land Rover bermula daripada model lama seperti Land Rover Siri kepada Defender moden. Land Rover Siri 1 ialah kereta pertama baginda pada 1953.Land Rover Ratu Elizabeth II yang paling popular ialah Defender 2002 yang direka khas. Syarikat itu berhenti mengeluarkan model ini pada 2016 dan melancarkan model yang lebih maju di bawah nama yang sama. Walaupun tidak diketahui adakah baginda masih memandu, pada 2015 pemimpin paling lama itu menukar Range Rover lamanya untuk model baharu dan direka bentuk semula.
Bantuan RM500 Zakat Khas MAIWP Insani Untuk Golongan Asnaf
Berita baik untuk asnaf, Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani akan diberikan kepada setiap asnaf yang menerima Skim Bantuan Kewangan Bulanan di Wilayah Persekutuan.
Setiap penerima akan menerima bantuan khas ini berjumlah RM500.00.
Ogos RM250.00Disember RM250.00Dikreditkan secara berperingkat bermula 19 Ogos 2022.
Jumlah BantuanKadar bantuan MAIWP Insani yang ditawarkan adalah sebanyak RM 500. Di berikan secara berperingkat
Penerima yang berkelayakan akan menerima bantuan khas secara berperingkat seperti berikut :
Fasa 1 : Mulai 19 Ogos 2022 (RM 250)
Fasa 2 : Mulai Disember 2022 (RM 250)
Baca juga: Senarai Bantuan Kerajaan Bulan September 2022
Syarat KelayakanPemohon perlulah menepati syarat kelayakan seperti berikut :
Beragama IslamWarganegara MalaysiaBermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.Tertakluk kepada pengiraan Had al-KifayahPemohon merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.Permohonan Bantuan Zakat Khas MAIWP InsaniUntuk makluman, tiada sebarang permohonan diperlukan, bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun asnaf yang menerima bantuan bulanan MAIWP.
Maklumat LanjutBagi maklumat lanjutUntuk lanjut tentang Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani, bakal diberitahu kemudian sekiranya terdapat perkembangan terbaru daripada MAIWP.
KKM Saran Pekerja Laksana Saringan Kesihatan
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan agar majikan memberikan cuti tambahan sehari kepada pekerja untuk menjalani saringan kesihatan.
Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, kerjasama majikan awam dan swasta adalah penting dalam memastikan pekerja dapat melakukan pemeriksaan kesihatan dan meminta Kementerian Kewangan melihat peraturan yang boleh dibuat supaya majikan di negara ini memberikan cuti itu.
Baca juga:
Bantuan Untuk Rakyat Malaysia Sepanjang Bulan September 2022Kemaskini Maklumat BKM 2022 Bermula 12 September 2022
Oleh itu, langkah pemberian cuti tambahan sehari wajar dipertimbangkan majikan negara.
Selain itu, usul tersebut tidak sekadar menitikberatkan tahap kesihatan pekerja tetapi turut memberi kemudahan kepada mereka menjalani saringan kesihatan tanpa perlu menggunakan sebarang cuti kecemasan.
Menurut Khairy Jamaluddin, kekangan masa telah memberi kesan kepada para pekerja negara dan situasi itu turut memberi impak kelak kepada produktiviti mereka dalam pasaran ekonomi.
Terdahulu, usul ini pada masa yang telah dikemukakan pada perhatian Bajet 2023 yang akan dibentangkan bulan hadapan (Oktober) bagi menjamin kebajikan para pekerja terus diutamakan majikan.
Sekadar info, media pada Julai melaporkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan perkara itu masih lagi rendah yang menyaksikan 53 peratus rakyat Malaysia tidak menjalani saringan kesihatan sejak setahun lepas.Pada program hari ini, Khairy dalam ucapannya berkata kebersamaan rakyat adalah penting bagi memastikan negara dapat mengharungi cabaran COVID-19 dalam negara.Beliau berkata kerjasama dan sokongan rakyat telah mendorong Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik COVID-19 hasil pematuhan terhadap keselamatan kesihatan awam keseluruhannya.Sumber: BERNAMAPerubahan Wang Kertas, Syiling UK Akan Dibuat Selepas 70 Tahun
Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada awal September.
Oleh itu, tamatnya era pimpinan Ratu Elizabeth II ini membawa erti, bukan sekadar mengubah arus pentadbiran United Kingdom (UK) tetapi kelak turut mengubah tradisi 70 tahun mereka pada aliran kewangan yang menghiasi wang kertas di 33 buah negara yang berasingan.
Baca juga:
Bantuan Untuk Rakyat Malaysia Sepanjang Bulan September 2022Perbicaraan Terpaksa Ditangguhkan, Keadaan Najib Agak Teruk
Justeru itu, perubahan pada cetakan syiling dan wang kertas Britain dijangka bakal berlaku.
Untuk makluman, setakat ini terdapat 29 bilion syiling dan 4.7 bilion wang kertas pada edaran UK yang menampilkan potret Ratu Elizabeth II.
Meskipun perubahan cetakan tersebut masih lagi belum disahkan oleh Royal Mint namun langkah penggantian tersebut hanya dapat dilaksanakan setelah stok edaran cetakan potret Ratu Elizabeth tamat.
Terdahulu, potret Ratu Elizabeth hanya dicetak pada tahun 1960 meskipun beliau telah menaiki takhta pada tahun 1952.
Proses perubahan yang sama akan berlaku ke atas pencetakan wang kertas dan syiling yang menampilkan potret Raja Charles III ini.
Sekadar info, perubahan ini untuk makluman, tidak hanya melibatkan cetakan mata wang tetapi melibatkan edaran setem baharu, perkhidmatan penguatkuasa, terma perundangan melibatkan peguam diraja dan perubahan pada lirik lagu kebangsaan mereka daripada Queen kepada King.
Sumber: RNGGT.COM
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
