Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 90

September 15, 2022

Bendera Negeri Selangor Dikibar Separuh Tiang Selama Tiga Hari

Baru-baru ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan supaya bendera negeri dikibar separuh tiang sebagai menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 9 September lalu.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim, dalam satu kenyataan memaklumkan, bendera Selangor akan dikibarkan separuh tiang tiga hari bermula Sabtu ini.

Baca juga:

Kemunculan Pertama Sultanah Kelantan Di Istana Negeri Kubang KerianPemberian Moratorium PKS Tertakluk Pada Pertimbangan Bank

Sultan Selangor telah berkenan agar bendera Negeri Selangor dikibarkan separuh tiang bermula Sabtu sehingga Isnin bagi menzahirkan hubungan baik baginda dengan Ratu Elizabeth II.

Titah baginda itu adalah sebagai tanda menghormati kemangkatan baginda Ratu di Istana Balmoral selepas 70 tahun menaiki takhta dan adalah monarki paling lama bertakhta dalam sejarah United Kingdom.

Sekadar info, selaras titah berkenaan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bermesyuarat semalam menjunjung titah dan mengarahkan semua Jabatan dan agensi di Selangor mengibarkan bendera Negeri separuh tiang atas perkenan baginda Sultan Sharafuddin.

Terdahulu, Istana Buckingham memaklumkan kemangkatan Ratu Elizabeth pada 9 September lalu dan tempoh berkabung ditetapkan selama 10 hari.

 

Sumber: BERITA HARIAN

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2022 09:27

Punca Sebenar Masalah BKM Gagal Kredit 2022

Anda ada masalah BKM tidak masuk ke dalam akaun anda?

Mungkin ada tergolong daripada mereka yang mempunyai masalah BKM Gagal Kredit 2022.

Baca juga:

Pemberian Moratorium PKS Tertakluk Pada Pertimbangan BankBantuan Untuk Rakyat Malaysia Sepanjang Bulan September 2022

Puncanya adalah kerana berkemungkinan akaun bank anda sudah tidak aktif.

Oleh itu, tindakan yang perlu anda lakukan adalah:

Anda akan menerima Surat Makluman Bayaran Gagal Kredit BKM 2022, yang akan dihantar kepada anda sebagai penerima ke alamat yang telah anda daftar sebelum ini untuk penunaian di kaunter BSN di mana-mana cawangan terdekat dengan anda.

Namun, jika anda masih tidak menerima surat makluman tersebut, anda boleh terus ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang terdekat dengan anda untuk proses penunaian.

Anda perlu memaklumkan Maklumat Nombor Baucar yang telah terpapar pada bahagian Maklumat Pembayaran BPR semasa anda melakukan semakan melalui akaun anda.

Selain itu, jika status BKM adalah Dalam Proses Pengkreditan dan belum dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

Ini bermakna anda baru sahaja menghantar permohonan baru ataupun anda baru membuat kemaskini yang terbaru.

Anda tidak perlu risau, bantuan anda akan diberikan pada fasa kedua kelak.

Sekadar info, status permohonan diterima adalah kerana anda adalah penerima BSH / BPN sebelum ini akan dapat secara automatik bagi BPR fasa 1 ini, yang mana family dapat RM300, bujang RM15.

Terdahulu, pihak LHDN mengambil data sedia ada BSH / BPN dari tahun lepas dan tahun 2020.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2022 09:07

Peguam Beritahu Najib Tidak Terlihat Seperti Biasa

Peguam Datuk Seri Najib Razak iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, baru-baru ini memaklumkan bahawa anak guamnya tidak terlihat seperti biasa.

Menurut beliau, Najib yang masih lagi menerima rawatan dilihat tidak ceria seperti sebelum ini.

Baca juga:

Kemunculan Pertama Sultanah Kelantan Di Istana Negeri Kubang KerianPemberian Moratorium PKS Tertakluk Pada Pertimbangan Bank

Menurut Muhammad Shafee juga, setakat hari ini tiada sebarang petunjuk Najib akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau turut memaklumkan status terkini anak guamnya kepada Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan penyelewengan dana 1MDB, yang kini masih lagi menerima rawatan dan menjalani beberapa ujian kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tekanan darah Najib sudah turun tetapi belum berada pada tahap memuaskan, walaupun selepas diberikan ubat bagi penyakit darah tinggi yang asal.

Terdahulu, Najib dilaporkan mengalami masalah tekanan darah tidak menentu dan sedang mendapatkan rawatan di HKL dan diberikan sijil cuti sakit selama dua hari.

Sekadar info, beliau dapat menemui anak guamnya semalam yang ditempatkan di Wad 21 HKL dan mereka berbincang mengenai masalah kesihatan bekas perdana menteri itu, mengenai perjalanan kes dan langkah seterusnya yang akan diambil.

Mahkamah menetapkan perbicaraan bersambung pada 26 September ini.

 

Sumber: MALAYSIA DATELINE

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2022 08:44

Isteri DDNK Mengamuk Kerana Dituduh Sebagai Perampas

Setelah majlis perkahwinan pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) bersama pasangannya, Datin Nor Ernie Rossmerie berlangsung tempoh hari , bermacam kecaman hebat siterima pasangan tersebut sehingga ianya tersebar meluas ke media sosial,

Selain daripada isteri terbarunya yang sering berkongsi kata sediah di media sosial , bekas isterinya juga ada berkongsi tentang kepahitan tentang perpisahan mereka .

BAru – baru ini pula , Caprice telah memuat naik sebuah video yang mana terlihat dia bertemu dengan pengantin baru itu dan telah menjadi tempat untuk pasangan itu meluahkan rasa terkilan malah meminta Cap untuk memberikan nasihat kepada mereka.

Namun Caprice buntu untuk memberi nasihat kepada pakar saham dan isterinya itu susulan kontroversi yang melanda mereka berdua kerana dirinya juga sering dikecam dan dikritik netizen di media sosial.

Melalui video tersebut , wanita yang bergelar isteri baru DDNK itu dilihat menghempaskan bantal kecil di sisinya disaat meluahkan rasa kecewanya apabila dituduh perampas selepas berkahwin dengan DDNK.

“You tau tak Caprice, dorang cakap I perampas. I tak boleh terima itu semua. Kenapa nak persoalkan tentang jodoh. Macam mana I nak tolak? Pastu dorang cakap I ‘tak cantik takpe, janji manja’. Jadi Caprice.. macam mana you handle semua ni?,” katanya.

Kecewa

Dalam video tersebut, Caprice dilihat cuba berkongsikan tips berdepan tohmahan orang ramai kepada DNNK dan isterinya, namun video itu hanya dikongsi separuh sahaja dan kini hantaran tersebut menjadi topik hangat di media sosial.

Menjengan ke ruangan komen hantaran berkenann , rata – rata netizen tidak memberikan simpati kepada wanita tersebut malah mengutuk dan mengecam tindakan wanita kerana sengaja meraih simpati seperti itu.

BACA INI :  OctaFX Masuk Senarai Amaran BNM, Fizo Omar & Wak Doyok Masih Diam Membisu

Malah netizen mengakui tuduhan tersebut dan tetapi menuduh dia sebagai perampas dan perosak rumahtangga orang sehingga membuatkan seorang wanita baik menjadi janda .

 

Tidak hanya itu mereka juga mendakwa bahawa wanita tersebut sengaja memancing netizen untuk membulinya kerana mahukan perhatian sehingga memalukan diri sendiri.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2022 00:17

September 14, 2022

Aston Martin DBX707 SUV Paling Mewah Dan Berkuasa Tinggi

Kenderaan Aston Martin yang Versi DBX707 ini sebenarnya adalah sebuah SUV mewah yang paling berkuasa dalam segmennya. DBX 707 menghasilkan output sehingga 707PS dengan tork setinggi 900Nm dengan peningkatan 157PS serta 200Nm berbanding DBX. Rangkaian kuasa 4.0 liter V8 turbo berkembar dari AMG itu ditala semula pada pemetaan enjinnya, selain menukar ball bearing pada sistem turbo bagi meningkatkan kuasanya.

Disamping itu, transmisi automatik sembilan kelajuan asal torque converter digantikan dengan transmisi klac basah untuk peningkatan tork itu. Kuasa itu disalurkan ke sistem AWD yang disemak semula, selain menggunakan LSD yang dinaik taraf. Kuasa itu juga boleh disalurkan 100 peratus ke roda belakang. menjadikan SUV mewah yang paling berkuasa berbanding Lamborghini Urus (650 PS) dan Bentley Bentayga Speed (635 PS).

Sumber: youtube

Namun, apa yang menariknya adalah jentera itu boleh memecut sehingga pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.33 saat dan kelajuan tertinggi mencapai 310 km/j, berbanding DBX hanya mencatatkan 4.5 saat (0-100km/j) dengan kelajuan tertinggi 291km/j.

Fakta Menarik Mengenai Prestasi Aston Martin DBX707

0-100km/j – 3.3 saat0-160km/j – 7.4 saat

Ini disebabkan enjin yang sangat berkuasa, sistem brek juga dinaik taraf dengan cakera seramik karbon 420 mm di hadapan dengan angkup brek enam omboh, manakala 390 mm serta angkup brek empat omboh di belakang. Biarpun bentuknya hampir sama dengan DBX, DBX707 tampil sedikit berbeza  terutama pada gril hadapan yang lebih besar sebagai sistem penyejukan terhadap enjin, kotak gear dan brek. Ia juga hadir dengan splitter baru untuk meningkatkan tahap aerodinamik.

Sumber: google image

Walaubagaimanapun, bahagian belakang hadir dengan diffuser yang terkeluar sedikit dari bampar serta menggunakan empat tip ekzos yang lebih besar serta spoiler belakang yang lebih dramatik. Rim pula adalah standard saiz 22 inci dan boleh dinaik taraf kepada saiz 23 inci. Menjengah ruang kabin, DBX707 didatangkan tempat duduk sports dengan 16 larasan dan sistem pemanas. Ia kini lebih banyak menggunakan material gentian karbon terutama pada konsul tengah.

Namun, sebenarnya kosmetik dalaman itu boleh kustom mengikut kemahuan pemiliknya kerana ia telah ditawarkan dengan pilihan material gentian karbon dan kemasan berwarna gangsa.Infomasi pemandu pula boleh dilihat pada skrin 12.3 inci TFT, selain infotaimen adalah 10.25 infi TFT.

Sumber: google image

Dan memandangkan ia adalah sebuah SUV paling mewah, ruang but belakang mempunyai kapasiti 632 liter yang boleh banyak mengisi barang. Harganya pula, ia dijual dengan bermula RM1,098,000 berbanding RM818,000. Harga itu sebelum barangan tambahan kustom, cukai dan sebagainya.

Akhir sekali, walaupun kenderaan yang anda lihat ini, harganya bermula RM1.5 juta kerana ia sudah dikustom dengan beberapa aksesori dan harga itu tidak termasuk cukai dan duti.

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2022 22:31

OctaFX Masuk Senarai Amaran BNM, Fizo Omar & Wak Doyok Masih Diam Membisu

Setelah satu pengumuman tentang platform pelaburan, OctaFX yang dikatakan sebagai pelabura tidak sah yang mana ianya sudah masuk ke dalam senarai amaran Bank Negara Malaysia (BNM).

Dua duta pelaburan tersebut yang juga selebriti terkenal Malaysia iaitu pelakon Fizo Omar dan Wak Doyok masih lagi mendiamkan diri dan tidak pernah membuat sebarang kenyataan tentang kesahihan pelaburan tersebut.

Mereka juga nampaknya mengelakkan diri daripada dihubungi oleh pihak media sehingga tidak dapat dihubungi untuk mengulas dengan lebih lanjut berkenaan pelaburan tersebut .

Senarai Hitam

Malah tinjauan daripada pihak netizen dan media juga mengesahkan bahwa mereka masih lagi menjadi duta bagi pelaburan berkenaan dan masih menggunakan nama mereka untuk tujuan promosi.

Mereka yang telah dilantik menjadi Duta OctaFX sejak Febuari 2022 pernah mengakui bahawa sistem pelaburan tersebut sah dan mampu memberikan pulangan besar kepada pelabur.

Selain BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut menyenaraikan OctaFX dalam senarai Amaran Pelabur atas alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.

BACA INI : Sakinah Buat Keputusan Mengejutkan Selepas Hampir Setahun Berkahwin Dengan Lelaki Sweden

OctaFX adalah broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011 dan ia sering dipromosikan di lawan Youtube dan Facebook .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2022 20:42

Lamborghini Urus Performante Super SUV Kini Berada Di Malaysia

Bila kita dah mula bercakap tentang super SUV, hanya sedikit yang dapat menandingi prestasi Lamborghini Urus. Walaubagaimanapun, Urus telah mula dilancarkan agak lama dahulu dan hari ini saingannya, seperti Aston Martin DBX 707, telah memadankan atau melebihi aspek tertentu Urus. Itulah sebabnya penting bagi syarikat itu untuk kembali dengan Urus Performante baharu, yang meningkatkan tahap kesukanan.

Namun, Super SUV baharu ini telah diperkenalkan di Malaysia minggu lepas hanya sebulan selepas pendedahan globalnya. Pada pelancaran perdananya, 150 pelanggan dan tetamu mendekati dan memperibadikan Urus Performante baharu. Mereka juga perlu meneroka pelbagai pilihan penyesuaian yang tersedia melalui program Ad Personam. Urus Performante baharu ini mencipta rekod baharu di Pikes Peak International Hill Climb Road sebelum pelancaran rasminya.

 

Sumber: yourube

Estetika Urus Performante

Bermula dengan Reka bentuk yang telah dibuat untuk kelihatan lebih dinamik dari semua sudut. Skim livery dwi-warna baharu telah dilaksanakan untuk menyerlahkan kedinamikan kenderaan itu. Ia berbeza dengan warna badan Performante dan bahagian luar yang dicat hitam.

Bonet lebih menonjol dan mempunyai potongan dalam, saluran keluar udara dan diperbuat sepenuhnya daripada gentian karbon. Malah, Urus Performante disebut-sebut sebagai kereta dengan bilangan bahagian gentian karbon tertinggi dalam kelasnya. By default, hud selesai dalam warna badan. Secara pilihan ia boleh disiapkan dalam gentian karbon. Bumbung gentian karbon pilihan juga tersedia.

Sumber:google image

Disamping itu, Bampar hadapan dan splitter dalam gentian karbon telah direka bentuk semula dan kini menampilkan penyejukan enjin yang lebih tinggi. Terdapat tirai udara baharu yang menarik aliran udara ke atas roda hadapan. Di bahagian belakang, spoiler baharu menampilkan sirip gentian karbon dan meningkatkan daya tekan pada Urus Performante sebanyak 38%. Spoiler belakang dan sayap hadapan yang menonjol meningkatkan panjang keseluruhan Urus Performante sebanyak 25mm. Bampar belakang bawah dan penyebar diperbuat daripada gentian karbon. Urus Performante juga menampilkan spring keluli baharu yang menurunkan keseluruhan kenderaan sebanyak 20mm. Trek roda juga telah diluaskan sebanyak 16mm. Roda ringan 23″ atau 22″ pilihan baharu dengan bolt titanium yang dibalut dengan tayar Pirelli yang dibangunkan khas.

Sumber: google image

Namun, bahagain di dalam pula Alcantara dalam Neo Cosmus hitam ditampilkan sebagai standard. Tempat duduknya menampilkan jahitan heksagon baharu. Kulit boleh didapati secara pilihan. Kemasan performante dipaparkan pada pintu, pelapik bumbung, sandaran tempat duduk, dinding belakang dan banyak lagi. Penyesuaian pilihan tersedia melalui program Ad Personam. Stereng dibalut dengan Alcantara dan kulit berwarna hitam matt. Kemasan dalaman aluminium siap hitam banyak diketengahkan. “Pakej Gelap” pilihan menambah jumlah bahagian trim hitam yang digunakan dalam kabin.

Prestasi Lamborghini Urus Performante

Dengan Enjin V8 turbo berkembar 4.0L telah ditala untuk tambahan 16PS, menjadikan ia 666PS. Tork kekal pada 850Nm. Pam kecil berkuasa ini dilengkapi dengan pengurangan berat 47kg untuk nisbah berat kepada kuasa terbaik dalam kelasnya sebanyak 3.2kg setiap PS. Kecekapan aerodinamik juga meningkat, begitu juga daya turun secara keseluruhan. Dengan pengagihan tork juga telah dipertingkatkan berkat pembezaan baharu. 0-100km/j hanya 3.3 saat manakala brek dari 100km/j hingga 0km/j dilakukan dalam hanya 32.9m. Lamborghini Urus Performante mempunyai kelajuan tertinggi 306km/j. Ekzos sukan titanium Akrapovic ringan adalah standard.

 

Akhir sekali,Tayar Pirelli P Zero Trofeo R semi-slick baharu telah dibangunkan untuk SUV itu. Stereng roda hadapan telah di recalibrate semula manakala stereng roda belakang kini menampilkan intervensi yang lebih pantas. Mod pacuan telah direkayasa semula. Terdapat mod RALLY baharu untuk dirt tracks yang menguatkan watak oversteer.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2022 20:32

Permohonan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM)

Jom Mohon Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) secara atas talian yang telah dibuka.

Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia 2022

Kumpulan sasar PRKM adalah ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan pendapatan garis kemiskinan berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa.

Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Syarat Kelayakan / Kritetria Kumpulan Sasar

Antara syarat dan kriteria kumpulan sasar yang layak untuk memohon ialah seperti berikut;

Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan NasionalDiperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atauDiperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atauDiperaku oleh jawatankuasa di peringkat KementerianCara Permohonan

Permohonan online melalui pautan >> https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online?utm_source=rss&utm_medium=rss

Kadar Bantuan PRKM

Kadar bantuan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia terbahagi kepada dua iaitu ;

BINA BAHARU

Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.Semenanjung : RM66,000 seunitSabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM79,000 seunit

BAIK PULIH

Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:

Penyelenggaraan;Penambahbaikan; dan Requisition;Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.Semenanjung : RM15,000 seunitSabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM17,000 seunit

Baca juga : Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Bagi Mereka Yang Tiada Rumah

Maklumat Lanjut

Sila layari website https://www.rurallink.gov.my/?utm_source=rss&utm_medium=rss atau hubungi nombor 03 8000 8000

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2022 18:42

Perak FC Sambar LTK!

Kelab Liga Perdana, Perak mengumumkan pelantikan Lim Teong Kim sebagai pengendali baharu The Bos Gaurus bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.

Bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu menandatangani kontrak selama dua tahun dengan pilihan memperbaharui kontrak untuk setahun lagi.

Sementara itu, pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, sudah tiba masanya untuk skuad The Bos Gaurus menyusun semula pasukan selepas kekalahan berterusan dalam tiga perlawanan terakhir Liga Premier.

Sila Baca Disini : Rasmi EPL Kembali Minggu Ini!

Perak FC Sambar LTK!

Perak FC terpaksa menjalani tempoh peralihan dan kami kini sudah menyelesaikan semua masalah yang timbul. Tiada lagi alasan untuk musim depan kerana kami mempunyai masa yang cukup dan jurulatih terkemuka yang ditambah dalam senarai kami.

“Matlamat utama kami ialah menstabilkan kelab, untuk mengekalkan status kompetitif kami dengan pengambilan skuad baharu.

“Pandangan Teong Kim dalam pengurusan akar umbi dan pengendalian pemain muda sangat penting kepada Perak dalam proses membina semula pasukan mampan yang boleh bersaing untuk merebut kejuaraan,” katanya menerusi satu kenyataan pada akaun Facebook milik Kelab Bola Sepak Perak pada Selasa lepas.

Teong Kim sebelum ini memiliki pengalaman melatih selama 12 tahun dengan skuad Bawah 19 tahun (B-19) Bayern Munich dan melatih para pemain seperti Thomas Muller, David Alaba, Toni Kroos dan Emre Can.

Selain itu beliau juga mempunyai pengalaman berkhidmat dengan kelab Serie A Itali, Bologna FC dan mengendalikan bakat seperti Nicola Sansone dan Roberto Soriano.

Teong Kim juga pernah memegang jawatan Pengarah Projek NFDP pada 2013 dan dilantik sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada 2016 di pentas tempatan.

Perak FC turut mengesahkan pengendali ketika ini, Yusri Che Lah akan dipertanggungjawabkan untuk membangunkan skuad B-23 bagi musim depan.

“Lembaga pengarah kelab berterima kasih kepada ketua jurulatih semasa Yusri Che Lah atas segala usaha dan kerja keras beliau sepanjang berkhidmat dengan pasukan.

“Yusri akan diberi peranan baharu untuk membangunkan skuad B-23 musim depan apabila Teong Kim mengambil alih peranannya sejurus selepas perlawanan menentang Kuching City FC di Stadium Perak pada 17 September ini, dengan proses penyerahan dimuktamadkan sebelum pramusim 2023,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Perak FC komited untuk membalas sokongan peminat yang telah menyokong kelab sepanjang masa sukar pada 2022.

“Perak FC akan memberikan 10,000 tiket percuma untuk perlawanan terakhir liganya,” kata kenyataan itu lagi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2022 16:51

Rasmi EPL Kembali Minggu Ini!

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan bersambung hujung minggu ini selepas ditunda sebagai tanda penghormatan berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Tujuh daripada 10 perlawanan Liga Perdana hujung minggu ini akan dimainkan dengan tiga perlawanan ditangguhkan kerana acara pengebumian Ratu Elizabeth tersebut.

Selain itu, masa sepak mula akan berubah untuk dua perlawanan Liga Perdana.

Perlawanan yang ditangguhkan pada Ahad 18 September ialah perlawanan antara Chelsea menentang Liverpool di Stamford Bridge dan perlawanan Manchester United di tempat sendiri menentang Leeds United.

Sila Baca Disini : Luqman Hakim Dapat ‘Full Minutes’!

Rasmi EPL Kembali Minggu Ini!

Perlawanan Brighton & Hove Albion menentang Crystal Palace yang sepatutnya dimainkan pada hari Sabtu 17 September juga akan ditangguhkan.

Jadual perlawanan hujung minggu ini seperti dibawah:

Jumaat 16 September

20:00 Aston Villa lwn Southampton
20:00 Nott’ham Forest lwn Fulham

Sabtu 17 September

12:30 Wolves lwn Man City
15:00 Newcastle lwn AFC Bournemouth
17:30 Spurs lwn Leicester City
*Brighton lwn Crystal Palace ditangguhkan

Ahad 18 September

12:00 Brentford lwn Arsenal
14:15 Everton lwn West Ham
*Chelsea lwn Liverpool ditangguhkan
*Man Utd lwn Leeds ditangguhkan

*Masa dan tarikh mengikut waktu Britain

Berikutan perundingan meluas dengan kelab, polis, Kumpulan Penasihat Keselamatan tempatan dan pihak berkuasa lain yang berkaitan, tiada pilihan lain selain menangguhkan ketiga-tiga perlawanan tersebut.

Liga Perdana ingin mengucapkan terima kasih kepada Unit Kepolisan Bola Sepak UK dan pasukan polis lain di seluruh negara serta rakan penyiaran kami diatas sokongan mereka semasa proses ini dan akan terus berhubung dengan mereka menjelang hujung minggu.

Bagi perlawanan yang dimainkan semasa tempoh Perkabungan Negara, penghormatan akan diberikan kepada Ratu di stadium Liga Perdana.

Tarikh baharu untuk perlawanan yang ditangguhkan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber laman rasmi Liga Perdana Inggeris.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2022 16:36

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.