Peguam Beritahu Najib Tidak Terlihat Seperti Biasa

Peguam Datuk Seri Najib Razak iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, baru-baru ini memaklumkan bahawa anak guamnya tidak terlihat seperti biasa.

Menurut beliau, Najib yang masih lagi menerima rawatan dilihat tidak ceria seperti sebelum ini.

Baca juga:

Kemunculan Pertama Sultanah Kelantan Di Istana Negeri Kubang KerianPemberian Moratorium PKS Tertakluk Pada Pertimbangan Bank

Menurut Muhammad Shafee juga, setakat hari ini tiada sebarang petunjuk Najib akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau turut memaklumkan status terkini anak guamnya kepada Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan penyelewengan dana 1MDB, yang kini masih lagi menerima rawatan dan menjalani beberapa ujian kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tekanan darah Najib sudah turun tetapi belum berada pada tahap memuaskan, walaupun selepas diberikan ubat bagi penyakit darah tinggi yang asal.

Terdahulu, Najib dilaporkan mengalami masalah tekanan darah tidak menentu dan sedang mendapatkan rawatan di HKL dan diberikan sijil cuti sakit selama dua hari.

Sekadar info, beliau dapat menemui anak guamnya semalam yang ditempatkan di Wad 21 HKL dan mereka berbincang mengenai masalah kesihatan bekas perdana menteri itu, mengenai perjalanan kes dan langkah seterusnya yang akan diambil.

Mahkamah menetapkan perbicaraan bersambung pada 26 September ini.

 

Sumber: MALAYSIA DATELINE

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2022 08:44
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.