Peguam Beritahu Najib Tidak Terlihat Seperti Biasa
Menurut beliau, Najib yang masih lagi menerima rawatan dilihat tidak ceria seperti sebelum ini.
Baca juga:
Kemunculan Pertama Sultanah Kelantan Di Istana Negeri Kubang KerianPemberian Moratorium PKS Tertakluk Pada Pertimbangan BankMenurut Muhammad Shafee juga, setakat hari ini tiada sebarang petunjuk Najib akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Beliau turut memaklumkan status terkini anak guamnya kepada Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan penyelewengan dana 1MDB, yang kini masih lagi menerima rawatan dan menjalani beberapa ujian kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Tekanan darah Najib sudah turun tetapi belum berada pada tahap memuaskan, walaupun selepas diberikan ubat bagi penyakit darah tinggi yang asal.
Terdahulu, Najib dilaporkan mengalami masalah tekanan darah tidak menentu dan sedang mendapatkan rawatan di HKL dan diberikan sijil cuti sakit selama dua hari.
Sekadar info, beliau dapat menemui anak guamnya semalam yang ditempatkan di Wad 21 HKL dan mereka berbincang mengenai masalah kesihatan bekas perdana menteri itu, mengenai perjalanan kes dan langkah seterusnya yang akan diambil.
Mahkamah menetapkan perbicaraan bersambung pada 26 September ini.
Sumber: MALAYSIA DATELINE
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
