Ezad Lazim Ulas Punca Tidak Sertai Konsert Resolusi Exist
Selebriti serba boleh dan juga vokalis kepad kumpulan Exist , Ezad Lazim mengakui dirinya tidak merasa terpinggir atau cemburu kerana tidak dapat turut hadir memeriahkan Konsert Resolusi Exists yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Walaupun ianya konsert yang bersar namun dia sudah membuat keputusan yang wajar agar semuanya berjalan dengan lancar dengan keputusan yang dipilihnya itu.
Malah Ezad atau Rohaizad Mohd Lazim, 43, berharap agar konsert itu memberikan kenangan indah kepada penonton kerana iqanya dinyanyikan vokalis asalnya Mamat yang sudah lama tidak muncul di khalayak ramai.
“Kenapa pula saya perlu rasa cemburu? Saya tahu peminat Exists kuat dan berbaloi untuk datang kerana Mamat ada sebagai vokalis.”
“Anggota lain sudah minta saya terlibat sama tetapi saya terlebih dahulu sudah bersetuju dengan persembahan mini yang kebetulan pada bulan sama.”
“Ikutkan rasa memang nak terlibat tetapi penganjur sudah menetapkan tarikh. Saya anggap tiada rezeki bersama Exists dan ini rezeki Mamat sebenarnya,” jelasnya lagi.
Konsert mini bersamanya itu akan diadakan di Pulau Langkawi, Kedah pada 25 dan 26 November depan manakala Konsert Resolusi Exists menemui penonton pada 18 November 2022 di Zepp Kuala Lumpur.
Bercerita tentang mini showcase itu, Ezad mengakui bahawa ianya adalah persembahan solot pertama daripadanya sepanjang 27 tahun berada dalam industri muzik .
Dia juga berharap agar peminat hadir unutk memberikan sokongan untuk konsert solonya dan komsert Exist nanti dan berharap agar semuanya berjalan dengan lancar sesuai dengan perjanjian.
BACA : Zahiril Adzim Tolak Adegan Ranjang
Tida isu yang harus diulas , Ezad mengakui dirinya hanya memikirkan yang terbaik buat dirinya dan rakan Exist kerana masing – masing mencar rezeki yang halal untuk keluarga .
“Sebelum ini tidak pernah ada mungkin sebab lagu saya secara solo tak banyak yang hit macam bersama Exists, mungkin itu faktor utama. Saya lebih banyak diingati bersama Exists,” jelasnya.
“Fasal konsert Exists itu tiada isu pun. Paling penting sokongan daripada semua peminat sama ada konsert Exists mahupun persembahan solo saya.”
“Insya Allah Exists akan mengadakan satu lagu konsert reunion pada Januari namun masih belum ada tarikh dan dalam perbincangan,” ceritanya lagi .
Dalam itu nanti, Ezad bakal diiringi oleh band AANTU dibawah pimpinan penyanyi dan komposer Adzrin Adzrain malah penonton yang hadir ke persembahan itu turut berpeluang memenangi hadiah selain menghadiri Meet & Greet bersamanya.
Mini showcase bersama Ezad ini adalah anjuran New Dimension Sdn Bhd dan bakal berlangsung di Ballroom Aseania Resort & Spa, Langkawi selama dua malam iaitu 25 dan 26 November ini.
Tempahan bagi tiket juga sudah dibuka sejak 1 September lalu dengan harga bermula RM278 (Gold), RM229 (Silver), RM199 (Bronze) dan RM179 (Standard).
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
