Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 261

January 29, 2022

Usop Dikecam Teruk Gara- Gara Mata Tunang Lebam

Sebelum ini Usop pernah mengakui dirinya kini panas baran dan cepat naik angin apabila ada perkara yang tidak kena dan merasakan dirinya sedikit tertekan dengan majlis pernikahan yang bakal menjelma.

Baru- baru ibni dalam satu perkongsian milik tunangnya Fatihah atau lebih mesra disapa Teha menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa tidak selesa menjelang hari pernikahan mereka apabila bawah matanya terdapat kesan lebam yang jelas kelihatan.

Malah dia turut berkongsi satu video di TikTok miliknya tentang gambar ketika pre-wedding serta wajah terkininya yang jelas kelihatan kesan cedera dan lebam teruk di bawah mata.

Melihat video yang telah dikongsikan tersebut, ramai netizen telah salah faham malah terburu-buru menyalahkan dan menuduh Usop yang memukul tunangnya itu.

Tnapa bukti dan kaji selidik ramai yan g menyangka kesan lebam itu berpunca faripda Usop namun Teha telah tampil menjelaskan kesan lebam tersebut adalah disebabkan terhantuk pada bucu meja.

Turut membela dirinya Usop sempat meninggalkan komen menjelaskan bahawa dia tidak memukul tunangnya dan menyangkal dakwaan tersebut kerana dia begitu sayangkan tunangnya itu.

Lalu tanpa membuang masa, Usop turut memuat naik video di TikTok miliknya bagi menafikan dakwaan netizen itu. Katanya lagi, lelaki yang memukul perempuan seorang yang dayus dan tidak mungkin dia tiada akal untuk bertindak sedemikian.“Oi netizen, tak kan saya pergi pukul tunang saya. Orang lelaki kalau pukul perempuan ni dayus. Ingat saya tak ada akal ke?” katanya.Kini persoalan terjawab dan tiada perselisihan faham berlaku dan hubungan mereka baik -baik sahaja. Mohon para netizen lebih berhati – hati dalam menuduh sesuatu perkara kerana fitnah itu boleh merosakkan hubungan orang lain.

Terdahulu ,Usop dan Fatihah telah mengikat tali pertunangan secara tertutup pada 4 November lalu Butterworth, Pulau Pinang. Pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga pada Februari depan dan sudah membuat persiapan yang lengkap malah sempat photoshoot untuk pra – wedding dengan tema warna merah.

The post Usop Dikecam Teruk Gara- Gara Mata Tunang Lebam appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 29, 2022 06:15

January 28, 2022

Zulin Aziz Selamat Bertunang Dengan Pasangan Pilihan , Umumkan Tarikh Nikah

Zulin  Aziz yang cukup terkenal sebagai seorang selebriti multitalent dalam industri Malaysia kini sudah bergelar tunangan orang apabila malam semalam dia selamat bertunang dengan psangan pilihannnya iaitu rakan kongsi bisnes, Farhan Rozaini.

Mereka yang sudah lama mengenal hati budi masing-masing dan pernah mengaku mempunya hubungan istimewa dan kini semua peminat menjadi saksi kisah percintaan mereka yang bakal diikat dengan pernikahan pada tanggal 20 Febuari 2022 .

Majlis pertunangan malam tadi diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga Zulin dan Farhan di kediaman abang Zulin di Segambut  kira-kira jam 9 malam tadi. Dia yang berkongsi saat- saat bahagia bersama rakan artis danjuga perminat dengan membuat hantaran di Instagram miliknya.

Rata – rata yang hadir memberi komen pada hantaran tersebut mengucap rasa syukur dan mendoakan kebahagian Zulin dan pasangan .

Zulin juga tidak keberatan berkongsi pengalaman yang mana , tunangannya yang berusia 35 tahun itu melamarnya di Madinah ketika mengerjakan Umrah baru-baru ini serta meluahkan rasa syukur Allah memperkenankan doanya.

“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika di Madinah. Sebenarnya, sudah lama kami merancang, akhirnya, Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.

“Majlis pada malam ini diadakan serba ringkas. Malah, atas permintaan famili, kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat demi menjaga prosedur operasi standard ( SOP),” katanya.

Sebelum ini Zulin sempat memperkenalkan tunangannnya itu kepada umum dan mangakui bahawa tunangnya itu seorang yang bertanggungjawab dan penyayang malah percaya Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai.

“Dia bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersamanya dan boleh meluahkan apa sahaja,” katanya.

Majlis pertunangan tersebut berlangsung meriah walaupun hanya kecil-kecilan dan dikhabarkan Zulin menerima dua bentuk cincin iaitu cincin merisik serta bertunang dan pasangan itu merancang untuk melangsungkan pernikahan pada 20 Februari depan.

The post Zulin Aziz Selamat Bertunang Dengan Pasangan Pilihan , Umumkan Tarikh Nikah appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 28, 2022 23:01

Daging Penguin Halal Dimakan – Dr Zulkifli Al Bakri

Baru-baru ini tular dengan kenyataan makan daging penguin adalah Halal. Ramai yang berulasan sendiri. Usahlah kita berteka-teki lagi. Mari kita tengok apa ulasan dari pakar.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri iaitu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berpendapat bahawa daging penguin halal untuk dimakan kerana penguin adalah dikategorikan sebagai burung air.

Baca juga:

Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama LainDr. Zulkifli Perjelas Hukum Memasak Haiwan Laut Hidup-hidup .

Selain itu, penguin tidak termasuk dalam kategori burung yang mempunyai kuku yang kuat seperti haiwan pemangsa atau pemakan daging hingga boleh melukakan sebagaimana yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW.

Menurut ulama mazhab Syafie berpendapat bahawa semua jenis burung air adalah halal untuk dimakan kecuali burung bangau kerana terdapat perbezaan pendapat mengenainya seperti yang ditegaskan oleh Imam al-Rafi‘i.

Dalam kitab Raudhatut Thalibin juga disebutkan sebagai berikut;

فَرْعٌ أَطْلَقَ مُطْلِقُونَ الْقَوْلَ بِحِلِّ طَيْرِ الْمَاءِ، فَكُلُّهَا حَلَالٌ، إِلَّا اللَّقْلَقَ، فَفِيهِ خِلَافٌ سَبَقَ. وَحُكِيَ عَنِ الصَّيْمَرِيِّ: أَنَّهُ لَا يُؤْكَلُ لَحْمُ طَيْرِ الْمَاءِ الْأَبْيَضِ، لِخُبْثِ لَحْمِهَا.

Maksudnya: Para ulama memutlakkan kehalalan burung air bahkan semua jenis burung air hukumnya halal kecuali burung bangau. Para ulama berbeda pendapat mengenai burung bangau, sebagaimana penjelasan di depan. Imam Al-Shamairi berkata; Jenis burung air yang berwarna putih tidak boleh dimakan karena dagingnya menjijikkan.

Haiwan air atau burung air hukumnya harus dimakan dan begitu juga seluruh haiwan air yang lain kecuali haiwan yang ada bandingannya dengan haiwan di darat yang haram (dimakan) kerana dalam hal ini terdapat dua pendapat mengenainya, iaitu sama ada halal atau haram.

Sumber dari: Info Rakyat.

The post Daging Penguin Halal Dimakan – Dr Zulkifli Al Bakri appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 28, 2022 19:30

Gaji Pengutip Sampah Singapura Cecah RM10,000 sebulan Menjelang 2028

Pengutip sampah di Singapura bakal nikmati gaji cecah RM10,000 sebulan. Ini adalah cadangan yang bakal merangkumi keseluruhan sektor pembersihan sisa dan pemulihan material, termasuk mandatori bonus tahunan serta pembangunan kemahiran dan kerjaya.

Menjelang tahun 2028 di bawah model gaji progresif bagi sektor itu, gaji bulanan asas pekerja baru sebagai pekerja pembersihan am sedia dinaikkan kepada S$3,260 (RM10,160).

Agensi berita Channel NewsAsia melaporkan, tangga gaji tersebut adalah hanya untuk warga Singapura atau pemastautin tetap di republik itu.

Baca juga:

Permohonan Biasiswa Pengajian Kerajaan TurkiProfesor Jepun Cipta Prototaip Skrin Televisyen Yang Boleh Keluarkan Rasa Makanan.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) berucap pada Isnin (24 Januari) lalu. Perkara itu diumumkan selepas pemerintah menerima cadangan daripada Kluster Triparti bagi Pengurusan Sisa (TCWM) berkenaan model gaji baharu bagi sektor berkenaan.

Cadangan itu merangkumi keseluruhan sektor pembersihan sisa dan pemulihan material, termasuk mandatori bonus tahunan serta pembangunan kemahiran dan kerjaya.

Warga Singapura dan pekerja yang bermastautin tetap di Singapura anggaran 3,000 orang bakal menerima manfaat daripada model gaji baharu itu.

Di bawah unjuran itu, pekerja bakal menerima kenaikan gaji asas bagi kumpulan tersebut dinaikkan dari S$2,210 (RM6,887) pada Julai 2023. Jumlah kenaikan sebanyak S$210 (RM654) setiap tahun sehingga 2028 apabila ia mencecah S$3,260 (RM10,160). Ini bermakna peratusan kenaikan gaji adalah sebanyak 48 % dalam tempoh 6 tahun.

Selain itu, gaji asas bagi pemandu kanan dalam bidang pembersihan sampah juga dijangka meningkat dari S$2,910 (RM9,069) pada 2023, kepada S$3,960 (RM12,341) menjelang 2028.

Berkuat kuasa Januari 2024, pekerja juga sepatutnya menerima sekurang-kurangnya satu bonus tahunan sebulan gaji sekiranya mereka sudah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun dengan majikan masing-masing. Bonus itu tidak terikat dengan prestasi kerja.

The post Gaji Pengutip Sampah Singapura Cecah RM10,000 sebulan Menjelang 2028 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 28, 2022 19:15

Semakan BKC Fasa 3 – Semak Sekarang!

Semakan untuk BKC Fasa 3 untuk tahun lepas bagi mereka yang masih belum dapat, sila semak semula status permohonan dan kelayakan anda.

Jika anda tidak pernah dapat mana-mana bantuan kerajaan sebelum ini, jangan risau kerana anda masih boleh mohon BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) untuk tahun 2022.

Lebih 10 juta rakyat Malaysia
dan dapat BANTUAN KERAJAAN di sini!
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Tarikh & Jadual Pembayaran BKC Fasa 3

Seperti yang telah dijadualkan, pembayaran Fasa 3 BKC telah pun dibuat pada 20 Disember 2021 (Isnin) yang lalu.

Tarikh pembayaran bkc fasa 3

Jumlah Bayaran

Melalui jadual jumlah bayaran di bawah, pembayaran untuk fasa ketiga ini hanya untuk mereka yang tergolong dalam kategori Miskin Tegar & B40.

Isi Rumah Miskin = Bantuan RM300Isi Rumah B40 = Bantuan RM300

Jumlah pembayaran bkc

Kerajaan telah memperuntukkan beberapa juta kepada seramai 3.8 juta penerima.

Semakan Status BKC

Semakan status permohonan anda boleh dibuat di portal rasmi :

https://bkc.hasil.gov.my

Jika anda layak untuk dapat BKC fasa 3 tetapi pembayaran masih belum dikreditkan ke dalam akaun bank anda, sila hubungi talian hotline LHDNM di :

1-800-88-2747

atau datang ke mana-mana cawangan LHDN yang berdekatan dengan kawasan anda.

 

 

The post Semakan BKC Fasa 3 – Semak Sekarang! appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 28, 2022 18:22

Bapa Kepada Allahyarhamah Vanessa Bertegas Untuk Pindahkan Kubur Anaknya

Sehingga kini masih hangat diperkatakan soal anak dan juga harta milik Allahyarhamah Vanessa Angel yang telah 100 hari meninggal dunia akibat kemalangan bersama suaminya .

Dalam kejadian tersebut anak lelakinya terselamat namun Allahyarhamah Vanessa Angel dan suaminya meninggal dunia di tempat kejadian.

Terdapat perebutan harta dan juga hak penjagaan anakanya lelakinya yang masih berlum diselesaikan malah masih menjadi pendebantan dari pelbagai pihak.

Namun anaknya Gala kini berada dibawah jagaan keluarga mertua dan dikhabarkan sihat sejahtera walaupun sangat merindukan kedua ibu bapanya.

Sebelum ini sudah beberapa kali ayahnya Vanessa bertegas ingin memindahkan kubur Allahyarhamah Vanessa Angel, yang mana Vanessa telah dikuburkan dengan suaminya Bibi dalam satu liang lahad.

Tetapi ayah kepada arwah iaitu Doddy Sudrajat ingin membongkarkan dan juga mengasingkan kubur anaknya itu daripada suaminya dengan sebab yang tidak dinyatakan pada mulanya.

Doddy juga menyatakan akan melaksanakan hasratnya itu pada awal Februari depan yang mana dia akan memindahan kubur tersebut selepas 100 hari pemergian Vanessa.

Dia merancang untuk memindahkan kubur dari Tempat Pemakaman Umum (TPU) Malaka di Ulijami ke TPU Karet Bivak, Tanah Abang dan  bercadang mahu memakamkan anaknya itu dalam satu liang lahad bersama arwah ibunya Vanessa.

Penyataan itu juga telah dimaklumkan oleh wakil peguam daripada Doddy Sudrajat dengan menyatakan dua alasan iaitu permintaan daripada arwah sendiri dan memastikan keadaan kubur yang selamat.

Disebabkan hasratnya itu, Doddy telah mendapat pelbagai kecaman dan tentangan daripada pelbagai pihak kerana merasakan tindakannya itu keterlaluan dan tidak berasas.

Namun Doddy yang sebelum ini mengakui bahawa pemindahaan kubur itu bukanlah atas keinginannya sendiri tetapi keranan  permintaan Vanessa Angel yang mendatanginya di dalam mimpi.

Terdahulu , Doddy mengatakan bahawa cucunya iaitu Gala bukanlah darah daging suaminya Bibi dan tanpa rasa bersalah mengakui bahawa anak perempuannya mengandung anak tidak sah taraf gara- gara ingin mengambil hak penjagaan Gala dan juga ingin mengambil kesemua harta milik Vanessa termasuklah rumah yang diduduki Gala kini.

Sekadar info , setelah kematian berlaku , Pak Doddy tidak habis-habis mengungkit tentang harta peninggalan anaknya malah pakaian , beg dan kasut serta telefon bimbit anaknya juga dia tuntut untuk simpanannya.

Malahan banyak perkara berbangkit soal harta peninggalan dan juga hak penjagaan Gala kerana Gala dikatakan “lombong emas ” untuk menghasilkan wang.

The post Bapa Kepada Allahyarhamah Vanessa Bertegas Untuk Pindahkan Kubur Anaknya appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 28, 2022 06:28

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu

Jika anda merupakan rakyat Negeri Terengganu, anda layak untuk memohon Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu. Rumah Mampu Milik (RMM) ini ditawarkan dalam 2 jenis, meliputi RMM Jenis A (Awam dan Penswastaan), serta RMM jenis B.

Manakala 2 jenis Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (i-Rahman) ditawarkan iaitu Bina Rumah Atas Tanah Sendiri (RMR Rahman) dan Beli Rumah Penswastaan (RMM Jenis A Penswastaan).

 

Baca juga:

Bantuan i-Fitri Untuk B40 Dan M40 Terengganu sehingga RM400Permohonan Bantuan Awal IPT MAIDAM 2022Tarikh Permohonan Dibuka:

Pemohon yang layak boleh membuat permohonan mulai sekarang sehingga 28 Februari 2022.

Syarat Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu:

Berikut adalah syarat-syarat permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu:

Pemohon merupakan rakyat Terengganu.Pemohon mestilah menetap di negeri Terengganu.Pemohon mestilah berumur 21 tahun ke atas.Syarat Kelayakan:

Semak kelayakan anda berdasarkan kreteria dibawah:

1) Jenis A

Rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.Berumur 21 tahun sehingga umur 50 tahun.Berkahwin(10% kelayakan bagi ketegori bujang berumur 35 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500).Belum pernah memiliki rumah.Tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.Penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon.Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.Pendapatan kasar bulanan isi rumah sebagaimana berikut:Perumahan awam : Pendapatan RM 1,500 hingga RM 4,000.Perumahan swasta : Pendapatan RM 2,000 hingga RM 4,500.

2) Jenis B

Merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.Berumur 21 tahun keatas.Berkahwin (10% kelayakan bagi ketegori bujang berumur 35 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500)Belum pernah memiliki rumah.Tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.Pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM 7,000 sebulan.Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

3) i-Rahman

Berumur 21 tahun sehingga umur 50 tahun.Berkahwin (10% kelayakan bagi ketegori bujang berumur 35 tahun ke atas).Belum memiliki rumah sendiri.Pendapatan isi rumah pemohon adalah antara RM2,000.00 sehingga RM4,500.00.Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada 2 pihak bank(perlu sertakan surat penolakan daripada bank tersebut).Merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu.Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps;.Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.Kadar Harga:

Berikut merupakan kadar pembiayaan dan subsidi rumah:

1) Pembinaan Rumah:

Subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang akan dibina.Kos pembinaan rumah berjumlah RM55,000 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun.

2) Pembelian Rumah:

Rumah dengan harga maksima sebanyak RM80,000 sahaja.Tempoh pembiayaan selama 25 tahun dan ansuran bulan sebanyak RM266.70.Cara Permohonan i-Rahman:

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Portal ePerumahan Terengganu.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang e-perumahan atau hubungi talian + 09-626 7999.

The post Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 28, 2022 04:30

Petua Halau Semut Menggunakan Bahan Di Rumah Sahaja

Semut adalah haiwan yang dilarang untuk dibunuh. Menurut islam, membunuh semut hukumnya haram. Jika ada sekumpulan semut yang mendatangkan gangguan maka hendaklah dihalau bukanlah dibunuh.

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas radhiallahu anhuma, beliau berkata : “Sesungguhnya Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang membunuh empat jenis haiwan yang melata, iaitu semut, lebah, burung Hudhud, dan burung Surad”.(Abu Daud, No. 5262)

Dibawah ada perkongsian dan petua untuk menghalau semut menggunakan bahan yang ada dirumah sahaja.

Baca juga:

3 Petua Hilangkan Bau Durian Dalam KeretaWanita Ini Kongsi 10 Petua Nak Kekal Cergas Awal Pagi Dengan Sarapan Ini Sahaja1) Kulit Telur.

Langkah 1 : Hancurkan kulit telur.

Langkah 2 : Bakar hingga jadi abu.

Langkah 3 : Tabur pada tempat laluan semut / sarang semut.

2) Dauh Sirih

Semut memang tak suka dengan bau daun sirih.

 Langkah 1 : Ambil beberapa helai daun sirih.Langkah 2 : Potong kepada beberapa bahagian kecil.Langkah 3 : Tabur di tempat pengumpulan semut.3) Cuka

Bau cuka putih ni dapat menghalau semut kerana baunya yang kuat,

 Langkah 1 : Sediakan cuka.Langkah 2 : Campurkan cuka dengan air.Langkah 3 : Masukkan dalam botol spray.Langkah 4 : Spray pada tempat semut berkumpul.4) Soda Bikarbonat

Bau soda bikarbonat mengganggu deria bau semut, menyebabkan semut beredar ke kawasan lain.

 Langkah 1 : Ambil serbuk soda bikarbonat.Langkah 2 : Tabur di kawasan semut berkumpul.5) Serbuk Kopi

Bau serbuk kopi mampu menghalau semut.

 Langkah 1 : Ambil sedikit biji atau serbuk kopi.Langkah 2 : Letakkan di tempat pengumpulan semut.6) Air Limau NipisAir perah limau nipis dapat mengganggu sistem komunikasi semut.Langkah 1 : Ambil sebiji limau nipis.Langkah 2 : Potong kepada 2 bahagian.Langkah 3 : Perah air perahan limau nipis pada laluan semut.7) Bunga Cengkih

Bau bunga cengkih dapat menghalau semut.

 Langkah 1 : Ambil beberapa kelopak bunga cengkih.Langkah 2 : Letak berhampiran sarang semut.

8) Semburan serai wangi.

Serai wangi  mampu menghalau serangga seperti semut, lalat, nyamuk dan lipas.

 Langkah 1 : Sediakan 1 penutup cairan serai wangi.Langkah 2 : Bancuh bersama air.Langkah 3 : Isi ke dalam bekas spray.Langkah 4 : Spray pada tempat semut berkumpul.

9) Bawang  Putih dan chili padi

Ramuan air bawang putih dan cili padi berkesan menghalau serangga termasuk semut.

 Langkah 1 : Ambil beberapa ulas bawang putih dan beberapa biji cili padi.Langkah 2 : Potong bawang putih dan cili.Langkah 3 : Campurkan dengan air.Langkah 4 : Isi ke dalam bekas spray.Langkah 5 : Spray pada tempat semut berkumpul.

The post Petua Halau Semut Menggunakan Bahan Di Rumah Sahaja appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 28, 2022 01:11

January 27, 2022

Uqasha Sensrose Dedah “Tabiat” Kamal Ketika Tidur

Setelah hampir tiga bulan pelakon Kamal Adli melayari bahtera rumah tangga dengan pelakon jelita Uqasha Senrose , mereka kelihatan bahagia bersama malah tidak segan silu berkongsi pengalaman dan kisah lucu dalam perhubungan mereka.

Dalam satu temubual baru- baru ini , Uqasah sempat berkongsi tentang sikap dan juga tabiat Kamal selepas berumah tangga.

Melalui kenyataan tersebut , Uqasha berkongsi bahawa dirinya tidak menyangka bahawa kamal seorang yang berdengkur ketika tidur dan menyedari keadaan itu selepas tidur bersama.

Dia mengakui terkejut dan sempat melakonkan semula cara tidur dan juga bunyi dengkuran Kamal ketika tidur.

Namun Uqasha kelihatan comel semasa cuba mengajuk suaminya itu kerana begitu bersahaja melakonkan babak tersebut dengan bunyinya sekali.

“Kalau tidur, dia dengkur (sambil menghasilkan bunyi). Pastu saya macam..(mampu tengok sahaja),” katanya.

Kenyataan ini mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan juga netizen  yang terhibur dengan telatah Uqasha yang kelakar dan bersahaja malah Kamal juga yang ikut sama menyokong kenyataan isterinya itu.

Namun tidak kurang juga ada netizen yang merasakan bahawa Uqasha sengaja membuka aib suaminya itu dan berkongsi di media sosial .

Tetapi Kamal dengan pantas membela isteri  tercinta dengan membalas komen di hantaran tersebut dan mengakui bahawa dirinya sememangnya berdengkur dan tidak merasakan perkara tersebut adalah aib dirinya malah merasa lucu dengan kenyataan tersebut.

Semoga pasangan ini menjadi contoh pasangan yang bahagia dan juga kekal hingga ke jannah kerana Kamal kelihatan serasi dengan Uqasha yang sangat manja dan juga Kamal yang begitu prihatin terhadap pasangannya.

Beberapa bulan Kamal dan Uqasha telah mengumumkan mereka sudah sah bergelar suami isteri pada 5 November lalu dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang dan dikhabarkan berbulan madu ke Mekah sambil menunaikan umrah dan baru kembali dari umrah baru- baru ini.

The post Uqasha Sensrose Dedah “Tabiat” Kamal Ketika Tidur appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 27, 2022 20:58

Set Temujanji Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan Hanya Di MySejahtera

Untuk pasangan yang ingin berkahwin, perlu menjalani Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan. Ini merupakan salah satu syarat dan prosedur pendaftaran perkahwian di Malaysia.

Tujuan ujian ini dibuat adalah untuk mengetahui status HIV pasangan yang akan berkahwin untuk mencegah penularan jangkitan HIV kepada pasangan. Bagi individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

Baca juga:

Kadar Harga Mas Kahwin Malaysia 2022Pendaftaran Perkahwinan Islam Malaysia Secara OnlineProsedur Ujian:

Berikut merupakan prosedur ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan kerajaan:

Langkah 1: Mengisi borang permohonan ujian saringan HIV pra-perkahwinan (di kaunter klinik kesihatan).

Langkah 2: Tunggu sehingga nama anda dipanggil.

Langkah 3: Pegawai kesihatan akan melakukan ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test).

Langkah 4: Tunggu keputusan dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan).

Langkah 5: Dapat keputusan ujian.

Keputusan Ujian:

Keputusan ujian HIV: TIDAK REAKTIF:

Tidak perlu melalui kaunseling.

Keputusan ujian HIV: REAKTIF:

Diberikan kaunseling.Perlu menjalani ujian  pengesahan (confirmatory test) dengan mengambil 5 ml darah.Keputusan ujian pengesahan HIV akan mengambil masa selama 2 minggu.Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.Keputusan ujian samada disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.Cara Buat Temujanji:

Berikut merupakan cara untuk buat temujanji online melalui aplikasi MySejahtera:

Buka aplikasi MySejahtera.Kemudian tekan “ more ”.Klik “ Digital Healthcare ”.Kemudian klik “ Clinic Appointment Booking ”.Pilih untuk guna Qmed, Encoremed.BookDoc atau Sistem Temu Janji Klinik KKM.

Nota:

Berikut merupakan sistem booking untuk set temujanji yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera:

BookDoc – Perlis, Perak, Penang, Melaka, Kelantan, Sarawak & W. Persekutuan.Qmed – Selangor, Johor, Sabah, N9, Kelantan , Terengganu , Kedah & W. Persekutuan.EncoreMed – Untuk di Kawasan KL sahaja iaitu ; KK Batu Muda, KK Jinjang,KK Petaling Bahagia, KK Sentul & KK Tanglin.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang MySejahtera.

The post Set Temujanji Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan Hanya Di MySejahtera appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 27, 2022 08:08

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.