Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 263
January 26, 2022
Bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Kepada Keluarga Malaysia B40
Tahun lalu Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media bahawa kerajaan akan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi tujuan pemberian Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia kategori B40 dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19 sebagai persediaan di era endemik COVID-19.
Inisiatif ini adalah untuk memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. Secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR. Kesemua perincian berhubung pelaksanaan Pakej Penjagaan COVID-19 akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan.
Baca juga:
Cara Mohon Pampasan Dan Lapor Aduan Kesan Sampingan Vaksin COVID-19Bantuan Tunai Covid-19 RM500 Untuk Anak YatimTujuan Pakej Penjagaan Covid:Berikut merupakan tujuan pakej ini dibuat adalah:
Untuk memastikan diri dan keluarga bebas daripada jangkitan Covid-19.Untuk meringankan beban kewangan perbelanjaan iis rumah.Untuk melatih diri membudayakan norma baharu.Pakej Penjagaan Covid (PPC):Berikut merupakan senarai barang yang ada di dalam pakej PPC ini:
Berikut adalah syarat-syarat untuk layak menerima pakej ini:
Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).Isi rumah B40.Sudah berkahwin.Ibu tunggal / Bapa tunggal.Kenyataan Media:Berikut merupakan kenyataan media oleh Kerajaan Malaysia berkenaan Pakej Penjagaan Covid-19, sila rujuk dokumen dibawah:
KENYATAAN-MEDIA-PAKEJ-PENJAGAAN-COVID-19
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut akan dikongsikan dalam artikel seterusnya.
The post Bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Kepada Keluarga Malaysia B40 appeared first on Portal Malaysia.
Permohonan Bantuan Awal IPT MAIDAM 2022
Yayasan Pendidikan MAIDAM adalah Syarikat Berkaitan Kerajaan dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Ia juga mengambil Aktiviti zakat pendidikan di bawah MAIDAM juga sebahagiannya diambil alih oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Bantuan IPT MAIDAM adalah untuk untuk membantu pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di IPT Dalam dan Luar Negara . Selain itu, membantu meringankan beban ibu bapa untuk menampung kos pengajian anak-anak.
Baca juga:
Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2022 – Mohon Sekarang!Bantuan Awal Persekolahan BAP 2022 – Duit Tunai RM150 Seorang[image error]
Kategori Pemohon:Berikut merupakan kategori pemohon yang layak memohon bantuan untuk belajar di peringkat:
Sijil.Matrikulasi.Asasi.Diploma.Ijazah.Ijazah Sarjana Muda.Sarjana (Master).Doktor Falsafah (PhD).Tarikh Permohonan Dibuka:Permohonan boleh dimohon mulai 12 Januari 2022.
Syarat Permohonan:Berikut merupakan antara syarat-syarat untuk permohonan:
Golongan asnaf dan miskin.Rakyat negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu.Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu (1) tahap pengajian.Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.Permohonan perlu dihantar dalam tempoh enam (6) bulan.Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.Cara Permohonan:Berikut adalah cara permohonan dibuat:
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal Yayasan Pendidikan Maidam.Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja.Butiran perlu diisi dengan lengkap.Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.Permohonan perlu dihantar dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh pendaftaran pengajian.Senarai Semak Dokumen:Berikut merupakan senarai semak untuk dokumen sokongan yang diperlukan:
Satu surat tawaran rasmi belajar.Satu salinan kad pengenalan pemohon dan keluarga.Satu salinan sijil SPM / STPM / Sijil Tamat Persekolahan.Satu salinan slip gaji / akuan pendapatan / penyata pencen terkini ibu bapa/penjaga (perlu disahkan).Satu surat pengesahan bermastautin terkini di Terengganu (perlu disahkan).Satu salinan sijil kematian / sijil penceraian (jika berkaitan).Satu salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara.Slip permohonan (perlu disahkan).Nota: Dokumen (perlu disahkan) boleh diambil di laman web dan perlu disahkan oleh Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB) bagi kawasan berkenaan.
Garis Panduan:GARIS PANDUAN PENGISIAN BORANG BANTUAN IPT
BANTUAN AWAL PENGAJIAN IPT DALAM DAN LUAR NEGARA
GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PORTAL IPT ONLINE
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Yayasan Pendidikan MAIDAM, Kuala Terengganu.
The post Permohonan Bantuan Awal IPT MAIDAM 2022 appeared first on Portal Malaysia.
Borang Permohonan BKM 2022 – Download Sekarang
Anda kini boleh mohon Bantuan Keluarga Malaysia secara manual dengan memuat turun Borang Permohonan BKM.
Permohonan dan kemaskini perlu dibuat sebelum 31 Januari 2022 ini.
Jangan lupa untuk bookmark website ini untuk ketahui jadual pembayaran BKM 2022 yang lengkap.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Jika anda memilih untuk membuat permohonan secara manual, sila download Borang (BK-01) di sini :
Cara Permohonan BKM Secara Manual1. Download dan cetak borang permohonan.
2. Isi dengan lengkap setiap maklumat yang diperlukan.
3. Anda boleh hantar borang tersebut bersama dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan ke kaunter-kaunter berikut :
Cawangan LHDNM/ Pusat Satelit (PS)/ Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH); atauPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atauPejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atauPejabat Daerah/ Pejabat Residen4. Atau anda boleh hantar secara Pos ke alamat :
Peti Surat BKM
GPO Shah Alam
40800 Selangor
P/s : Penghantaran melalui e-mel dan faks tidak akan diterima.
5. Dokumen yang diperlukan sila rujuk gambar di bawah :
Saya dah hantar borang permohonan secara manual ke cawangan LHDN, adakah saya boleh kemas kini semula permohonan secara online?
Tidak. Permohonan baru anda telahpun diproses. Sebarag kemas kini secara oline tidak dibenarkan. Sila kemas kini ke cawangan tersebut dengan mengisi borang Permohonan yang baru.
Untuk lebih mudah, anda digalakkan untuk buat permohonan & semakan BKM kerajaan ini secara atas talian/ online.
The post Borang Permohonan BKM 2022 – Download Sekarang appeared first on Portal Malaysia.
January 25, 2022
Tanah Runtuh Di Seri Kembangan , Pihak Bomba Masih Di Lokasi Kejadian
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih mengesan pergerakan tanah di Lestari Perdana, Seri Kembangan di sini, susulan kejadian tanah mendap yang menyebabkan lima kenderaan rosak, semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, anggotanya bersama polis ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan dan keselamatan penduduk.
Namun situasi di kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh tersebut kini berada dalam keadaan yang terkawal menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Terdapat sedikit pergerakan tanah tetapi sekarang kerja pemasangan besi penahan sedang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan bagi megelakkan keaadaan semakin teruk di kawasan berkenaan.
Keadaan adalah terkawal yang mana, Pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Pejabat Tanah Petaling sudah mengambil tindakan lanjut mengenai perkara tersebut.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, lima kenderaan rosak akibat kejadian tanah mendap di kawasan berhampiran longkang di Lestari Perdana yang mana beberapa saksi sempat merakamkan kejadian tersebut dan telah tersebar di media sosial.
Kejadian itu menjadi trauma kepada saksi yang melihat dengan mata sendiri kejadian tersebut pada hari tersebut malah semasa kejadian itu terdapat juga penduduk yang berada berdekatan dengan tempat kejadian namun tidak mengalami sebarang kecelakaan .
Saksi yang berada di tempat kejadian mengakui sempat melihat dan merasa pergerakan tanah semasa kejadian berlaku dan sempat mengalihkan beberapa buah kenderaan.
Serbelum tanah runtuh berlaku dikatakan bahawa hujan turun dengan lebatnnya dan secara tiadak langsung mengakibatkan keadaan tanah semakin mendap sekali gus mengakibatkan runtuhan.
Ketika kejadian terdapat 13 buah kenderaan diletakkan di tepi jalan berkenaan namun hanya 8 kenderaan sahaja yang sempat diselamatkan kerana bimbang dengan keadaan tanah yang semakin bergerak dan cuaca yang masih hujan tambahan dengan arus yang agak deras di parit berhampiran lokasi runtuhan tersebut.
Menurut laporan tiada kemalangan jiwa semasa kejadian tersebut , hanya beberapa kenderaan yang kelihatan berada diatas kawasan runtuhan dan jatuh bersama tanah berkenaan.
Susulan itu, pekerja di 17 premis komersial kawasan tersebut telah dipindahkan selepas penilaian MBSJ di kawasan itu dilakukan.
The post Tanah Runtuh Di Seri Kembangan , Pihak Bomba Masih Di Lokasi Kejadian appeared first on Portal Malaysia.
I-Sayang KWSP – Tarikh Rasmi Pengeluaran
TERKINI KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) akan memperkenalkan sistem baru iaitu i-Sayang KWSP. Ianya akan dilancarkan pada suku pertama 2022 dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
i-Sayang yang telah dilancarkan oleh KWSP ini merupakan pemindahan sukarela sebanyak 2% caruman KWSP daripada kaun suami kepada akaun isteri.
Inisiatif LainSelain itu juga, terdapat 1 lagi kemudahan yang akan dilancarkan oleh KWSP iaitu i-Lindung, di mana bakal pesara boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk buat pembelian insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform tersebut.
Cara Permohonan i Sayang OnlinePermohonan akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat. Untuk info lebih awal, anda boleh join warga komuniti Facebook khas untuk bantuan kerajaan di Facebook Group Bantuan Sara Hidup.
Info LanjutJika anda masih mengharapkan dengan pengeluaran KWSP RM10k, anda boleh tandatangan petisyen di sini.
The post I-Sayang KWSP – Tarikh Rasmi Pengeluaran appeared first on Portal Malaysia.
Bantuan i-Fitri Untuk B40 Dan M40 Terengganu sehingga RM400
Berita baik bagi rakyat Negeri Terengganu, Bantuan i-Fitri bakal diberikan oleh kerajaan Terengganu sebagai ‘Duit Raya’ kepada rakyat Terengganu khususnya.
Peruntukan sebanyak RM33.4 juta akan disediakan. Menerusi bantuan i-Fitri ini, seramai 31,500 isi rumah miskin manakala 83,500 lagi bagi isi rumah berpendapatan antara RM2500 hingga RM5000 bakal menerima manfaatnya.
Baca juga:
Kerajaan Umum Bantuan RM200 Sebulan Bermula Januari 2022Permohonan Bantuan Kebajikan Pulau Pinang iSejahtera 2022Tujuan Bantuan:Berikut merupakan tujuan bantuan untuk rakyat Terengganu:
Membantu isi rumah B40 dan M40.Memanfaatkan isi rumah.Memberi kegembiraan untuk meraikan Aidilfitri dengan meriah.Memberi manfaat kepada golongan belia, mahasiswa dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).Kadar Bantuan:Berikut adalah kadar bantuan i-fitri untuk rakyat Terengganu:
Golongan B40 – RM400.Golongan M40 – RM250.Bantuan Lain:Isteri Ketua Rumah Berdaftar (e-Kasih):– Bantuan one-off RM150.Ibu Tunggal Berpendapatan < RM2500:
– Bantuan one-off RM150.Bujang 18 – 39 Tahun:
– Bantuan one-off RM150.Mahasiswa Isi Rumah Berpendapatan RM4000 Kebawah:
– Bantuan one-off RM150.Orang Kurang Upaya (OKU):
– Bantuan one-off RM150.Tarikh Agihan Bantuan:
Bantuan i-Fitri akan dilaksanakan menjelang Aidilfitri 2022.
Cara Permohonan:Cara permohonan bantuan i-Fitri ini belum diumumkan dan akan dimaklumkan tidak lama lagi.
Buat masa sekarang masih belum ada makluman rasmi mengenainya.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan i-Fitri ini, sila rujuk Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu 2022.
The post Bantuan i-Fitri Untuk B40 Dan M40 Terengganu sehingga RM400 appeared first on Portal Malaysia.
KWSP Bakal Lancar i-Sayang Dan i-Lindung
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang dan i-Lindung dalam tahun 2022 adalah sebahagian daripada usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan khususnya ahli KWSP.
Untuk mengetahui cara mohon dua kemudahan baru khas untuk ahli KWSP iaitu Skim i-Sayang dan i-Lindung pada tahun 2022 ini. Sila baca artikel ini dengan lebih lanjut.
Baca Lanjut:
Insentif KWSP i-Saraan Sebanyak RM250 Bagi Berkerja SendiriCARA UNTUK MELUNASKAN PINJAMAN RUMAH DENGAN KWSPCara Mohon Daftar Haji Tanpa Deposit Melalui KWSPSkim KWSP:i-Sayang dan i-Lindung merupakan satu skim KWSP yang dilancarkan bertujuan untuk membantu rakyat untuk meningkatkan kualiti kehidupan khususnya buat ahli KWSP.
Kemudahan Skim KWSP:i-Sayang – membuat pemindahan sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akaun isteri.
i-Lindung – membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk pembelian insurans hayat melalui platform KWSP untuk penyakit kritikal.
Tarikh Permohonan Dibuka:Tarikh pelaksanaan i-Sayang akan dilancarkan pada Suku Pertama 2022 (Mac).
Tarikh pelaksanaan i-Lindung masih belum dimaklumkan ketika ini.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut akan dikongsikan dalam artikel berikutnya.The post KWSP Bakal Lancar i-Sayang Dan i-Lindung appeared first on Portal Malaysia.
Bantuan Kewangan Untuk Pelajar IPT Negeri Sembilan
Berita baik buat anak Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan dana hampir RM1,000 kepada pelajar kelahiran Negeri Sembilan bagi membantu pelajar IPT yang mendaftar tahun pertama sebagai pelajar pengajian tinggi.
Bantuan ini akan diberikan secara One-Off kepada pelajar atau keluarga pelajar yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Baca juga:
JPA Tawar Biasiswa Yang Dipertuan Agong Kepada Pelajar Cemerlang 2022Bantuan Awal Persekolahan BAP 2022 – Duit Tunai RM150 Seorang
Kadar Bantuan IPT:
Berikut adalah kadar bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar:
Sijil/Matrikulasi: RM 500Diploma: RM 750Ijazah/Sarjana/PHD: RM 1,000Syarat Kelayakan:Pemohon mestilah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tahun pertama pengajian.Jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000.Pemohon hendaklah mengisi borang PK-PSUKNS-31.Semua maklumat yang diperlukan wajib diisi.Pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.Borang permohonan hendaklah disahkan oleh:YB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN.Penghulu.Pengerusi MPKK / KRT / Taman.Cara Permohonan:Permohonan harus diisi oleh pelajar sendiri. Antara dokumen yang diperlukan:
Satu salinan kad pengenalan pemohon, ibu bapa/penjaga.Satu salinan Sijil Kematian / perceraian jika berkenaan.Satu salinan penyata gaji / pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga.Satu salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan & pengesahan pendaftaran/bayaran yuran pendaftaran/surat pengesahan pengajian.Satu salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah/Menengah.Satu salinan Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.Borang Permohonan:Berikut merupakan borang permohonan bantuan:
Borang Permohonan Bantuan IPT PK-PSUKNS-31Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDABorang Pengesahan PendapatanBorang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap.Dapatkan pengesahan daripada pihak yang berkenaan.Hantar ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pos ke:Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan,
Tingkat 5B, Wisma Negeri,
70503 Seremban.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Sembilan atau hubungi talian 06-7659936 /31 @ 06-7659784 /85.
The post Bantuan Kewangan Untuk Pelajar IPT Negeri Sembilan appeared first on Portal Malaysia.
Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2022 Kini Dibuka
Berita baik bagi anda yang sedang mencari pekerjaan di sektor awam / swasta. Iklan jawatan kosong di Jabatan Perdana Menteri kini dibuka untuk permohonan. Jika anda seorang yang berkeyakinan, kreatif, komited dan berintegriti, anda dialu-alukan untuk memohon jawatan tersebut.
Kepada calon yang ingin memohon jawatan ini, sila semak syarat kelayakan dibawah.
Baca juga:Senarai Jawatan Kosong Kerajaan 2022 – Ribuan Kekosongan!Jawatan Kosong SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)Maklumat Kekosongan :Berikut adalah maklumat mengenai kekosongan jawatan yang di tawarkan :
PEMBANTU AWAM GRED H11
Penempatan :Jabatan Perdana Menteri.Lokasi Kekosongan :Seluruh Negara.Tarikh Tutup : 23 Januari 2022.Semak Syarat Kelayakan:Rujuk iklan Jawatan Kosong disini:
IKLAN-SPA9_PK-JPM-PembantuAwamGredH11_(Semenanjung)
Ciri-Ciri Pemohon:Selain itu, para calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut :Menepati syarat-syarat akademik yang ditetapkan.Berminat bina kerjaya bersama majikan.Berilmu pengetahuan.Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan berkarisma.Kelebihan Penjawatan:Berikut merupakan antara kelebihan yang ditawarkan untuk jawatan tersebut:
Tawaran Gaji dengan Pelbagai Imbuhan MenarikTawaran EPF, SOCSO & SIP.Tawaran Cuti Tahunan.Tawaran Cuti Sakit dan lain-lain.Cara Memohon:Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu bagi pemohon pertama kali.Mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini.Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut akan dikongsikan alam artikel yang berikutnya.
The post Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2022 Kini Dibuka appeared first on Portal Malaysia.
Jaafar Onn Tidak Mahu Hidup Dalam Kepura – Puraan
Selebriti senior iaitu Jaafar Onn adalah seorang pelakon , penyanyi , pelawak malah pernah menjadi chef selebriti yang terkenal kerana celotehnya yang menghiburkan dan mencuit hati .
Jaafar juga sering muncul dalam drama sitkom komedi dan juga banyak mengacara dalam majlis yang memerlukan pengacara kelakar dan juga sporting.
Dia yang memang terkenal dengan watak dalam industri sebagai seorang yang lemah-lembut malah sememangnya dirinya seperti dalam dunia realiti namun dia mengakui wataknya itu menjadi faktor utama apabila dirinya masih kekal dalam industri seni sehingga kini.
Namun sifatnya yang lemah lembut itu bukanlah satu kesalahan kerana masih tidak mengubah keadaan fizikal tubuhnya hanya dirinya yang bersikap begitu.
Setelah hampir 50 tahun menceburi bidang seni dengan bakat lakonan dan juga pengacaraan, Jaafar Onn atau nama sebenarnya Jaafar Onn Awang berkata dia tidak mempunyai sebab untuk berubah dirinya kerana lebih selesa dengan dirinya dari dahulu sehingga kini.
JElasnya lagi, dia tidak perlu untuk berpura-pura dalam sepanjang hidupnya semata-mata hanya untuk memuaskan kehendak dan keperluan masyarakat dan orang sekeliling.
“Ada orang cakap termasuk keluarga terdekat, ‘dah usia 70 tahun tak reti nak taubat atau berubah ke’. Nak saya buat macam mana, dah memang saya begini takkan saya nak hidup berpura-pura jadi keras demi puaskan hati orang”.
Jaafar Onn yang juga sinonim dengan panggilan Chef Jaafar juga mengakui dirinya tidak pernah menyusahkan orang meskipun berperwatakan lembut dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan rezeki serta kesihatan yang baik sepanjang hidupnya dan kini masih sihat tubuh badan walaupun sudah berusia.
Dia mengakui sering dikutuk dan dikeji kerana cara berjalan dan juga percakapan yang terlalu lembut seperti seorang wanita namun dia tidak menghiraukan perkara tersebut kerana lebih mementingkan dirinya daripada sibuk memikirkan pandangan orang lain yang tidak kenal dan tahu tentang dirinya .
Katanya lagi , segala kritikan yang dilemparkan tidak pernah menjadi kudis dalam hati dan menganggap setiap orang mempunyai pendapat mereka yang tersendiri dan dia sedia meneriam segalanya seaadanya kerana tidak mampu memuaskan hati setiap orang.
Malah dunia sekarang lebih lancang berkata – kata dalam menyuarakan pendapat serta tidak segan silu mengutuk dan berkata buruk tentang orang lain di media sosial tanpa rasa bersalah.
Dalam perkembangan terkini, Jaafar bakal muncul dalam sebuah sitkom terbitan RTM berjudul Apartmen Putra yang akan ditayangkan tidak lama lagi dan bakal menggeletek para penonton .
The post Jaafar Onn Tidak Mahu Hidup Dalam Kepura – Puraan appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
