Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 259

February 2, 2022

Pembelajaran Dalam Talian Secara Percuma dengan Portal Delima – Kementerian Pendidikan Malaysia

Delima KPM atau dikenali sebagai Portal DELIMA (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) merupakan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran secara online.

Kini, para guru dan murid boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian menggunakan Portal DELIMA.

Terdapat banyak aplikasi dalam portal DELIMA KPM yang boleh digunakan para guru dan murid antaranya adalah: Microsoft Office 365,  Padlet, Canva, Digital Textbook, WolframAlpha, Plickers, Edpuzzle, Blendspace dan pelbagai aplikasi di bawah Google yang lain.

Baca juga:

Bantuan Awal Persekolahan BAP 2022 – Duit Tunai RM150 SeorangSenarai Cuti Sekolah Dan Cuti Umum Sepanjang Tahun 2022

 

Cara Log Masuk Portal DELIMA:

Guru dan pelajar akan dibekalkan e-mel ID dan Password MOE Digital Learning (DL) untuk mengakses platform DELIMA.

Langkah 1: Layari Portal DELIMA.

Langkah 2: Klik butang ‘Log Masuk.’

Langkah 3: Masukkan ID dan kata laluan yang diberikan oleh pihak sekolah.

Langkah 4: Klik butang ‘Login.’

Langkah 5: Kemudian, pilih menu Pelajar, Guru atau Sekolah.

Langkah 6: Guru dan pelajar boleh memilih aplikasi dan fungsi yang boleh digunakan oleh pengajaran dan pembelajaran.

Nota: Sila rujuk admin/ penyelaras ICT di sekolah untuk reset ID/Kata laluan/Password DELIMA KPM.

Cara Mohon Buku Teks Digital:

Berikut merupakan cara untuk memohon buku teks digital:

Jika anda telah berjaya login DELIMA KPM,

Langkah 1: Klik ikon BUKU TEKS DIGITAL.

Langkah 2: Pilih TAHUN/TINGKATAN.

Langkah 3: Kemudian pilih JENIS SEKOLAH(SK/SJKCSJKTKSSR).

Langkah 4: Pilih JUDUL BUKU TEKS yang ingin dimuat turun.

Langkah 5: Berjaya akses.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak sekolah atau guru penyelaras yang menguruskan portal LOGIN DELIMA KPM ini.

The post Pembelajaran Dalam Talian Secara Percuma dengan Portal Delima – Kementerian Pendidikan Malaysia appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 02, 2022 10:43

Permohonan Dana Pemfailan Harta Intelek IP 2.0

Kerajaan menyediakan program Dana IP2.0 bagi menggalakkan inovasi dan menggalakkan pemfailan harta Intelek dalam kalangan rakyat Malaysia. Program Dana IP 2.0 juga merupakan geran pembiayaan pemfailan harta intelek.

Tujuan ianya diwujudkan adalah untuk meningkatkan daya saing usahawan tempatan dengan memberikan perlindungan harta intelek seterusnya merangsangkan ekonomi negara.

Baca juga:

Panduan Dari Perunding Hartanah Untuk Beli Rumah Idaman.Waktu Operasi Kaunter Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)Tarikh Permohonan:

Permohonan dibuka mulai dari Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Jenis Harta Intelek:

Berikut merupakan jenis-jenis harta intelek:

 

Harta Intelek Cap Dagangan.Harta Intelek Paten/Perbaharuan Utiliti (UI).Harta Intelek Reka Bentuk Perindustrian.Harta Intelek Hak Cipta.Harta Intelek Petunjuk Geografi.Kreteria Pemohon:

Permohonan terbuka kepada:

Permohonan Individu.Permohonan Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)/Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian.Permohonan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Agensi/Kementerian.Permohonan Pelajar Kolej/Institusi Kemahiran/Politeknik/Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan setaraf.Permohonan Pelajar Sekolah Rendah / Menengah (Permohonan adalah di bawah nama pihak sekolah).Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon:

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur 18 dan ke atas.Pemohon hanya layak memohon 1 dana sahaja.Cara Permohonan:

Berikut merupakan kaedah dan cara memohon:

1) Secara Online

Langkah 1: Layari pautan BORANG PERMOHONAN DANA IP 2.0

Langkah 2: Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.

Langkah 3: Muat naik dokumen yang diperlukan.

Langkah 4: Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

2) Secara Manual

Langkah 1: Muat turun borang permohonan mengikut harta intelek yang ditetapkan:

a) Borang Cap Dagangan:

Permohonan Dana IP 2.0Borang permohonan dan carian awal

b) Borang  Paten/Perbaharuan Utiliti (UI):

Permohonan Dana IP 2.0Contoh pengisian Borang Permohonan Dana IP 2.0 (paten/UI)

c) Borang Hak Cipta:

Permohonan Dana IP 2.0CR 1 (Pemberitahuan Karya) atau CR 2 (Pemberitahuan Karya Terbitan) dan CR 5.

d) Borang  Reka Bentuk Perindustrian:

Permohonan Dana IP 2.0ID 1 – Borang permohonan reka bentuk perindustrianPandangan perspektif/hadapan/belakang/pandangan sisi/atas/bawah.

Langkah 2: Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.

Langkah 3: Hantar borang permohonan yang lengkap diisi kepada alamat berikut:

Urus Setia Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0)
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Aras 12, Tower B, Menara UOA Bangsar
No. 5, Jalan Bangsar Utama 1
59000 Kuala Lumpur

Langkah 4:  Pemohon boleh menghantar borang permohonan ke Pejabat Cawangan MyIPO yang berdekatan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2299 8560 /8589 /8526 atau email ke dana@myipo.gov.my

The post Permohonan Dana Pemfailan Harta Intelek IP 2.0 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 02, 2022 02:37

Permohonan Pingat Jasa Pahlawan Negara

Perhatian kepada pesara polis, bekas anggota polis dan anggota polis era darurat, bagi mengenang jasa Pesara dan Bekas Polis Diraja Malaysia yang layak dan masih belum menerima penganugerahan pingat ini dijemput mendaftar dan membuat permohonan.

Pingat Jasa Pahlawan Negara ini dianugerahkan kepada petugas-petugas Polis dan Polis Diraja Malaysia bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian kepada negara.Jasa pengorbanan seorang Pahlawan Negara itu sukar untuk dibalas walaupun dengan segunung intan. Tanpa mereka siapalah kita untuk mengecapi kemerdekaan dan keharmonian negara.

Baca juga:

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Kini DibukaCara Mohon Skim Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam ( UA ) / Politeknik Bagi Dari Veteren Tentera

Tarikh Permohonan:

Permohonan dibuka sehingga 30 Januari 2022.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah permohonan Pingat Jasa Pahlawan Negara bagi kategori Pesara dan Bekas Polis:

Langkah 1: Daftar sebagai pengguna Sistem ePesara PDRM.

Langkah 2: Layari Sistem ePesara PDRM.

Langkah 3: Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

Langkah 4: Muat naik dokumen yang diperlukan.

Langkah 5: Semak status permohonan melalui inbox status Sistem ePesara PDRM.

Langkah 6: Semak jemputan penerimaan Pingat Jasa Pahlawan Negara melalui inbox status Sistem ePesara PDRM.

Langkah 7: Pengesahan jemputan menghadiri istiadat Pingat Jasa Pahlawan Negara melalui inbox status Sistem ePesara PDRM.

Syarat Permohonan:

Berikut merupakan syarat layak menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN):

Pesara adalah bekas PDRM yang bertugas Semasa Era Darurat dalam perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu.Pesara adalah bekas PDRM yang bertugas bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960.Pesara adalah bekas PDRM yang bertugas semasa Era Insurgensi Komunis pada 17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989 di Malaysia.Pesara adalah bekas PDRM yang bertugas semasa Sabah dan Sarawak pada 1962 hingga 17 Oktober 1990 yang dikenali sebagai Perkhidmatan Semasa Darurat.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis Bukit Aman di talian hotline 03-22668387 atau hubungi balai polis berhampiran anda.

The post Permohonan Pingat Jasa Pahlawan Negara appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 02, 2022 01:26

Kursus E-Pembelajaran Sektor Awam EPSA Untuk Penjawat Awam 2022

Kursus E-Pembelajaran Sektor Awam dibuka kepada penjawat awam yang ingin mendaftar kursus secara online bagi mengumpul mata kredit SPLKPM. Tambahan pula, dapat meningkatkan pengetahuan dan latihan secara berterusan,bila-bila masa dan dimana sahaja.

Kursus E-Pembelajaran Sektor Awam ini adalah merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dan INTAN bertujuan untuk menggalakkan penggunaan ICT kepada kakitangan awam untuk tujuan pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat.

Baca juga:

Semakan BKM 2022 – Permohonan & KemaskiniPermohonan Rumah Mampu Milik TerengganuSyarat Kelayakan:

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memon e-Pembelajaran Sektor Awam:

Pemohon mestilah seorang Pegawai dan kakitangan kerajaan Malaysia.Pemohon hendaklah memohon menggunakan sistem E-Pembelajaran Sektor Awam.Cara Mendaftar EPSA:

Berikut adalah cara pendaftaran keahlian EPSA:

Pendaftaran Keahlian EPSA hanya dibenarkan satu kali sahaja di sepanjang perkhidmatan.

Terdapat 2 jenis pendaftaran keahlian EPSA, iaitu pengguna yang mempunyai e-mel rasmi jabatan dan tidak mempunyai e-emel jabatan.

1)Pengguna yang mempunyai e-mel rasmi jabatan:

Langkah 1: Isi maklumat no. IC, nama dan e-mel.

Langkah 2: Klik butang ‘Daftar’.

Langkah 3: Tunggu kelulusan melalui emel.

Terima e-mel 1: Pengguna perlu klik pautan untuk mengesahkan pendaftaran dalam tempoh masa 48 jam sebelum ia luput.Terima e-mel 2: Pengguna boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut untuk mengakses sistem EPSA.

2) Pengguna yang tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan:

Langkah 1: Klik Surat Pengesahan Majikan dan isi maklumat yang diperlukan (perlu disahkan oleh penyelia).

Langkah 2: Isi maklumat no. IC, nama dan e-mel.

Langkah 3: Muat naik imbasan surat pengesahan (yag telah disahkan).

Langkah 4: Klik butang ‘Daftar’

Langkah 5: Tunggu kelulusan pendaftaran keahlian akan diproses  untuk kata laluan dalam tempoh tiga hingga lima (3-5) hari waktu bekerja.

Cara Daftar Kursus:

Berikut merupakan cara daftar kursus EPSA:

Langkah 1: Klik ‘Log Masuk’ ke Portal EPSA.

Langkah 2: Klik Menu ‘Katalog Kursus’.

Langkah 3: Pilih Kaedah Pembelajaran.

Langkah 4: Daftar.

Cara Cetak Surat Tamat Kursus:

Berikut merupakan cara mencetak surat tamat kursus:

Langkah 1: Klik pada menu ‘Sijil’.

Langkah 2: Klik ‘Jana Sijil’ pada kursus yang dikehendaki.

Langkah 3: Pastikan Tiang Bar setiap topik dan sub-topik tamat/selesai.

Langkah 4: Pastikan memenuhi ‘Tempoh Minimum Pembelajaran’.

Langkah 5: Sijil boleh dicetak.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-20847777 /7689/7701/7702 atau layari laman sesawang E-Pembelajaran Sektor Awam.

The post Kursus E-Pembelajaran Sektor Awam EPSA Untuk Penjawat Awam 2022 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 02, 2022 01:10

Ujian GENIUS@Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia

Program GENIUS@Pintar dibuat adalah bagi membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini.

Oleh itu, pelajar perlu mengikuti KSSM iaitu kurikulum yang ditawarkan oleh KPM secara sepenuhnya.

Kurikulum ini diperkayakan dengan silibus yang diikitiraf oleh Amerian College Board yang menawarkan kursus Advance Placement (AP), dan kursus Tahun Satu Universiti seperti Aljabar Linear dan Kalkulus, serta pembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).

Baca juga:

Yayasan RISDA Tawar Skim Bantuan Pendidikan Dan KesihatanMurid Sekolah Rendah Jalani Ujian Saringan Covid Pada Hari Isnin IniTarikh Ujian UKM 1:

Ujian Saringan Pertama dibuka pada tarikh 1 Februari – 31 Mei 2022.

Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon:

Pemohon mestilah seorang murid.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur 8tahun – 15 tahun.Pemohon mestilah melepasi syarat kelayakan mengambil ujian UKM1.Kreteria Pemohon:Murid yang beragama Islam : Berumur 8 tahun (Murid Tahun 2).Murid dari pelbagai agama dan bangsa : Berumur  9 – 15 tahun (Murid  Tahun 3 – Tingkatan 3).Cara Permohonan:

Langkah 1: Layari laman sesawang Ujian.

Langkah 2: Jawab semua soalan yang wajib dijawab. Soalan merangkumi pelbagai aspek termasuklah berita, pengetahuan am, dan subjek-subjek advanced seperti tahap SPM.

Lagkah 3: Hantar jawapan.

Semakan Keputusan:

Berikut merupakan semakan bagi kemasukan ke Program Kolej GENIUS@Pintar Negara:

Semakan boleh dibuat di Semakan Permata Pintar.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Unit Pencarian & Pengurusan Bakat atau hubungi talian+603-8921 7556 / 7533 / 7521

The post Ujian GENIUS@Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 02, 2022 01:07

Pemberian Awal Award Gantian Cuti Rehat (GCR)

Menurut pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 150 hari kepada 160 hari. Kerajaan juga membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022.GCR yang lebih terkumpul

Jika sekiranya ada pegawai yang telah mengumpul GCR melebihi 160 hari, maka lebihan GCR yang terkumpul berkenaan boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Baca juga:

Semak Penyata Pencen dan Persaraan Menurusi Aplikasi MyPESARAPenjawat Awam Dapat RM600, Pesara & Veteran Tidak Berpencen Dapat RM300

Syarat Penebusan GCR:

Berikut merupakan syarat penebusan GCR awal:

Pengkhidmatan pegawai hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun.Pegawai mestilah berumur 45 tahun ke atas.Pegawai mestilah bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib.Pegawai telah mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.Kreteria Penebusan:

Jumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 160 hari.

Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai.

Cara Penebusan Gantian Cuti Rehat:

Berikut merupakan cara penebusan GCR Gantian:

Langkah 1: Ketua Jabatan hendaklah membuat pengiraan GCR.

Langkah 2: Ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR di portal JPAPencen.

Langkah 3: Ketua Jabatan perlu memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur.

Langkah 4: Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR perlu diperakukan.

Langkah 5: Semua dokumen permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.

Muat Turun:

Berikut merupakan Surat Edaran Pindaan Dasar dan Peraturan Ganjaran Cuti Rehat (GCR):

Surat Edaran : JPA/PEN/228/15/2(26)

Ceraian PP.1.3.1: Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)

Ceraian PP.1.3.3: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 160 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan

Ceraian PP.1.3.4: Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat

Soalan Lazim

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau layari laman sesawang Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam.

The post Pemberian Awal Award Gantian Cuti Rehat (GCR) appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 02, 2022 00:52

February 1, 2022

SPLKPM Login – Daftar & Kemaskini Modul Individu

SPLKPM Login 2022 adalah Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terkini. Terdapat pelbagai fungsi yang ada dalam sistem SPLKPM ini.

Antaranya anda boleh semak senarai kursus, senarai webinar, dan pelbagai applikasi yang disediakan dalam SPLKPM 2022 ini.

Selain daripada sistem Saps Ibu Bapa, Sistem Pengurusan Latihan ini juga merupakan sistem yang selalu digunakan oleh guru-guru di Malaysia.

Berikut kami kongsikan secara ringkas bagaimana untuk anda masuk ke laman portal rasmi sistem ini.

Cara Login SPLKPM Modul Individu

Jika anda sebagai guru dah ambil kursus, anda perlu login ke dalam sistem untuk register dan update terkini.

Di bawah adalah cara untuk anda login penyelaras dalam SPLKPM modul individu :

1. Sila login SPLKPM SU : Klik Sini

2. Klik pada “Modul Individu SPLKPM‘ seperti yang anda lihat.

3. Login ke dalam SPLKPM individu akan ditunjukkan.

4. Isikan ID Pengguna iaitu No Kad Pengenalan serta Kata Laluan.

5. Seterusnya, tekan “HANTAR” untuk akses ke dalam sistem.

6. Jika tidak dapat diakses, rujuk di website tersebut & pilij sub-menu spl kpm Aplikasi & tekan pada Modul Individu.

Panduan Semak Senarai Kursus LDP Terkini

Jika nak buat semakan Senarai Kursus LDP Terkini, berikut ialah langkah dan cara semakan tersebut :

1. Sila masuk ke sistem rasmi  di sini.

2. Dekat bahagian atas site ada “Senarai Kursus“, klik di situ.

3. Kemudian, senarai kursus LDP terkini yang ditawarkan dalam talian akan anda lihat.

4. Terdapat 2 modul dalam manual pengguna  yang boleh anda jadikan panduan iaitu modul individu dan juga modul SULDP.

Senarai Kursus Online & SPLKPM Webinar 2022

Selain daripada kursus EPSA, ada banyak lagi kursus yang anda boleh hadir. Berikut adalah senarai lengkap LDP webinar & kursus 2022 yang ditawarkan dalam talian :

1. SPLKPM AKPKKursus AKPK – Hemah Bicara Hemah BerbelanjaSasaran : Warga KPM SahajaAnjuran : Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit & KPMLayak Terima : 6 jam latihan (1 hari berkursus) & 6 mata kredit (PPP)Maklumat Lanjut : Panduan2. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)PLC SPLKPM ialah perkongsian guru melalui proses kerjasama antara guru & banyak pihak untuk selesaikan isu-isu pembelajaranSasaran : Pegawai Perkhidmatan PendidikanAnjuran : BPG (Bahagian Profesionalisme Guru)3. STEM Pendekatan Mudah Untuk GuruKursus khas bagi guru yang guna pendekatan Stem (Science, Technology, Engineering, Math)Daftar (Sign Up) : Pendaftaran Kali PertamaLogin : Daftar Masuk4. SPLKPM Daftar Hadir Webinar Anjuran KPMKlik di pautan berikut untuk lihat semua senarai webinar yang terkini :
Webinar KPM

Untuk senarai kursus terbaru yang lain, anda boleh rujuk Senarai Sini.

Maklumat Lanjut Berkenaan Splkpm.moe.gov.my

Sebarang pertanyaan atau rujukan anda boleh hubungi Penyelaras SPL KPM Negeri seperti di bawah :

ADMIN JPN JOHOR07-2311402ADMIN JPN KEDAH04-7404209ADMIN JPN KELANTAN09-7418377ADMIN JPN MELAKA06-2327179ADMIN JPNNEGERI SEMBILAN06-7653201ADMIN JPN PAHANG09-5715700ADMIN JPN PERAK05-5015026ADMIN JPN PERLIS04-9737663ADMIN JPN PULAU PINANG04-5757640ADMIN JPN SABAH08-8537010ADMIN JPN SARAWAK08-2473410ADMIN JPN SELANGOR03-55121958ADMIN JPN TERENGGANU09-6213329ADMIN JPN WP KUALA LUMPUR03-62036287ADMIN JPN WP LABUAN087-583351ADMIN JPN WP PUTRAJAYA03-88903070

 

 

The post SPLKPM Login – Daftar & Kemaskini Modul Individu appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 01, 2022 21:09

Shuib Peluk Talita , Tangisan Talita Di Pusara Ibunya Buat Netizen Sebak

Setelah hampir lima bulan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pergi meninggalkan dunia, yang mana kehilangannya masih dirasai terutama bagi Shuib sekeluarga dan ini dikatakan sebagai rindu yang tiada penghujungnya.

Shuib yang sememangnya kerap menziarahi pusara isterinya apabila ada masa terluang dan sentisa membawa keluarga anak-anak untuk menziarahi sekali bagi melepaskan rindu yang mendalam.

Kini Shuib dilihat semakin ok dan sedang giat melakukan aktiviti harian malah telah menambah beberapa cawangan air boba miliknya malah meneruskan perniagaan tudung milik arwah isterinya itu dengan kerjasama Anzalna sebagai model tudung tersebut.

Dalam satu perkogsian Tik Tok milik Shuib ,dia berkongsi saat berada di pusara isterinya dan memeluk anak perempuannya Talita yang nampaknya tidak mampu menahan sebak semasa menziarahi pusara ibunya itu.

Malah video itu mendapat banyak tontonan hingga rata – rata meninggalkan komen membina dan juga mendoakan Talita lebih kuat dan bersabar atas kehilangan orang yang tersayang.

Talita kelihatan mengesat air mata dan dipeluk oleh Shuib bagi menenangkan anak kesayangannya itu malah Matin juga kelihatan di pusara berkenaan tetapi tidak terlalu sebak seperti Talita.

“Sebaknya tengok dia, moga terus kuat ya sayang. Dekta (panggilan untuk Talita) anak solehah, anak baik… Dekta kuat.

“Rindu yang tiada penghujung. Moga adik tabah ya… sentiasa doakan untuk ibu di sana.

“Sakitnya rindu pada insan yang telah pergi. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian anak-anak,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu dalam satu Instastory milik Shuib , dia turut berkongsi rakaman perbualan dengan anak ketiganya, Ariq Matin yang berusia tujuh tahun dan sangat petah berkata- kata .

“Nanti kalau daddy dah mati, Matin pergi kubur daddy hari-hari ke?” tanya Shuib.

Dan pertanyaan spontan itu dijawab Matin dengan spontan yang dia akan sentiasa mengingati bapanya itu jika sudah tiada nanti.

“Matin akan teringat, akan rindu daddy,” jawab Matin.

Sekadar info , Siti Sarah meninggal dunia pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid 19 dan menjalani

pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos 2021 lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Pasangan ini memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9 dan Ariq Matin, 7.

The post Shuib Peluk Talita , Tangisan Talita Di Pusara Ibunya Buat Netizen Sebak appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 01, 2022 20:48

APDM : Login KPM & Kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid 2021

APDM adalah sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid bagi mengisi maklumat kehadiran murid APDM online login sepanjang tahun persekolah 2021 dan seterusnya. APDM Login KPM ini disediakan oleh KPM NKRA bagi memudahkan guru-guru di setiap sekolah untuk merekod dengan mudah.

Portal Malaysia akan kongsikan kepada anda ringkasan dan info-info berkaitan dengan Aplikasi Guru ini.

APDM KPM 2021 Login

Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) adalah aspek penting yang dititik beratkan dalam pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah seluruh negara tidak kira sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Guru akan merekod kehadiran setiap murid setiap hari persekolahan mengikut takwim persekolahan setiap tahun.

Dengan kata lain, kaedah rekod ini dapat bantu pihak pengurusan sekolah dalam membuat sebarang keputusan tepat berkaitan perancangan serta apa jua strategi dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun di sekolah masing-masing.

Baca Juga : SAPS Ibu Bapa

Cara Login APDM

Bagaimana cara untuk anda sebagai guru untuk log masuk APDM yang disediakan oleh kpm ini?. Anda boleh ikuti langakah dibawah jika hendak kemaskini maklumat

1. Masuk aplikasi APDM guna ID GURU melalui laman rasmi di https://apdm.moe.gov.my/ , paparan seperti dibawah akan muncul dan logmasuk seperti biasa.

2. Jika lupa katalaluan boleh klik pada “Lupa Katalaluan” default password apdm untuk reset semula.

3. Make it simple, dan selesai step kaedah apdm login.

apdm loginContoh paparan login

Ada part-part tertentu yang guru kelas tidak boleh akses, hanya admin sahaja boleh akses antara part padam data murid, tukar pengenalan diri murid bukan warga perlu maklumkan kepada admin.

Kemaskini APDM

Jika terdapat murid yang telah berpindah keluar atau rekodnya bertindih, guru kelas boleh memadam atau buang rekod murid tersebut melalui ‘Data Murid’ seperti lampiran berikut :

Cara Kemaskini Maklumat APDM

Bagi kemaskini kini seperti senarai dibawah berikut boleh rujuk Infografik di sini.

➟ Kemaskini no KP Murid Bukan Warga

➟ Kemaskini Maklumat Adik Beradik

➟ Ralat Maklumat Murid

➟ Kemaskini Maklumat Murid

➟ Kemaskini Maklumat Bapa

➟ Kemaskini Maklumat Ibu

➟ Kemaskini Maklumat Penjaga Utama

➟ Kemaskini Maklumat Penjaga Kedua

➟ Kemaskini Maklumat Bukan Warganegara

➟ Kemaskini Maklumat Warga Tanpa Dokumen

Cara Kemaskini Maklumat Bantuan Murid

Jika berlaku penukaran kelas murid yang disebabkan oleh penyusunan semula kelas, guru kelas boleh membuat kemaskini/pertukaran kelas murid melalui ‘Data Murid’ seperti lampiran berikut :

KPM-NKRA

Sistem yang cekap ini dibina oleh kementerian pendidikan malaysia (KPM) menerusi sub pembangunan negara NKRA bagi memastikan kecekapan sistem pendidikan Malaysia berada pada tahap prestasi tinggi dalam dunia teknologi masa kini.

eKehadiran

Bagi memudahkan lagi guru-guru untuk membuat keyin data kehadiran murid, Portal Rasmi ADPM KPM telah membuat satu applikasi android eKehadiran Murid boleh muat turun di play store masing-masing atau di eKehadiran Murid (Klik Sini)

FAQ Pengkalan Data Murid

Jika admin ataupun guru kelas berkaitan pengkalan data murid ini ada sebarang persoalan berkaitan sistem edaftar menengah APDM ini, anda boleh semak bahagian FAQ Pengkalan Data Murid. Segala persoalan dan jawapan telah dijawab oleh KPM.

Bagaimana Admin nak login ke sistem APDM?

Masukkan ID dan kata laluan. Kemudian login di dalam sistem yang telah disediakan.

Bagaimana nak daftar guru kelas yang baru atau tukar guru kelas sedia ada?

Admin sekolah perlu daftar dan gunakan menu 'Pendaftaran Kelas'. Tekan 'Tambah Kelas' dan Kemaskini.

Bagaimana cara untuk daftar kelas baru?

Admin sekolah perlu daftar dan gunakan menu 'Pendaftaran Kelas'. Tekan 'Tambah Kelas' dan Kemaskini.

Terlupa kata laluan APDM?

Sial hubungi Admin ADPM sekolah dan minta beliau reset semula kata laluan guru tersebut.

{ "@context": "https://schema.org", "@type": "FAQPage", "mainEntity": [ { "@type": "Question", "name": "Bagaimana Admin nak login ke sistem APDM?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Masukkan ID dan kata laluan. Kemudian login di dalam sistem yang telah disediakan." } } , { "@type": "Question", "name": "Bagaimana nak daftar guru kelas yang baru atau tukar guru kelas sedia ada?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Admin sekolah perlu daftar dan gunakan menu 'Pendaftaran Kelas'. Tekan 'Tambah Kelas' dan Kemaskini." } } , { "@type": "Question", "name": "Bagaimana cara untuk daftar kelas baru?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Admin sekolah perlu daftar dan gunakan menu 'Pendaftaran Kelas'. Tekan 'Tambah Kelas' dan Kemaskini." } } , { "@type": "Question", "name": "Terlupa kata laluan APDM?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Sial hubungi Admin ADPM sekolah dan minta beliau reset semula kata laluan guru tersebut." } } ] }

Jika terdapat sebarang masalah mohon berhubung dengan Pegawai Meja APDM di negeri masing-masing atau emel kepada apdm.team@moe.gov.my

Untuk maklumat anda, disebabkan pandemik ini, ibu bapa kini boleh kemaskini maklumat anak-anak di APDM ibu bapa atau penjaga. Selain itu juga, kerajaan telah seragamkan sistem ADPM PAJSK untuk kegunaan para guru.

The post APDM : Login KPM & Kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid 2021 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 01, 2022 08:10

January 31, 2022

Yana Samsudin Sakit Kepala & Muntah-Muntah Semasa Live Dan Dikejarkan Ke Hospital

Pengarah dan pelakon popular, Yana Samsudin kelamarin telah dibawa ke sebuah pusat perubatan pada jam 1 pagi kerana dikatakan mengalami sakit kepala yang teruk dan muntah-muntah selepas sesi live di Facebook miliknya.

Dalam perkongsian tersebut tiada penjelasan mengapa perkara itu berlaku dan dikhabarkan Yana cuma mengambil suntikan bagi mengahentikan muntah yang beterusan itu.

Suaminya juga berkongsi bahawa Yana mula sakit kepala sejak hari sebelumnya namun mereka tidak mengambil pusing keadaan tersebut kerana menyangka bahawa itu adalah perkara biasa yang sering terjadi kepada Yana kerana terlalu sibuk dengan kerja.

Namun sangkaan mereka meleset apabila malam tiba dan Yana masih live di Fb seperti biasa dan kelihatan biasa saja tetapi seringkali pergi ke tandas kerana rasa loya dan muntah beberapa kali semasa live sedang berlangsung.

Suaminya yang sememangnya sangat suka bergurau mengucapkan tahniah kerana mengandung namun mengakui dia hanya bergurau .Selepas beberapa kali ke tandas , Yana kelihatan tidak bermaya dan penat malah ketiduran selepas live berlangsung namun pada 1 pagi suaminya membawa Yana ke hospital untuk pemeriksaan lanjut tetapi doktor tidak dapat mengesan sakit yang dihadapi Yana.Untuk mengurangkan rasa meloya dan muntah- muntah Yana telah diberikan suntikan untuk mengurangkan rasa mual dan dinasihatkan berehat secukupnya.Fadzil sempat memberi pendapat bahawa isteri tercintanya itu mungkin kemasukkan angin namun menidakkan keracuanan makanan kerana mereka mengambil makanan yang sama pada hari tersebut tetapi dia tidak mengalami sebarang simptom yang sama dengan Yana.

Dalam pada itu Yana sempat memuat naik status di Ig miliknya yang dia sudah sihat namun mengurangkan aktiviti agar dapat berehat dengan lebih lama.

Bagaimanapun , pasangan ini masih belum mengesahkan kehamilan Yana dan mengatakan masih belum melakukan pemeriksaan tentang kehamilan kerana terlalu sibuk dengan urusan harian namun bersyukur jika dikurniakan anak lagi .

Terdahulu , Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Aisy Mateen, 5 dan Aura Aisy Sofea kini berusia dua tahun.

The post Yana Samsudin Sakit Kepala & Muntah-Muntah Semasa Live Dan Dikejarkan Ke Hospital appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 31, 2022 21:50

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.