Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 262
January 27, 2022
Pendaftaran Perkahwinan Islam Malaysia Secara Online
Kini, pasangan yang ingin berkahwin boleh membuat permohonan secara online melalui Sistem Pendaftaran Pernikahandi laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Sistem ini adalah lebih efisien dan teratur.
Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara.
Baca Juga:
Set Temujanji Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan Hanya Di MySejahteraUcapan Perkahwinan Paling Romantik (Anniversary)Perkhidmatan Yang Ditawarkan Secara Online:Berikut adalah perkhidmatan yang boleh dilakukan di laman web SPPIM:
1) Permohonan Berkahwin Online
Permohonan dan kebenaran berkahwin perlu melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.Permohonan Kebenaran Berkahwin Online boleh dimohon di negeri berikut:Negeri SembilanMelakaPerlisKedahPerakWilayah PersekutuanJohorWalaubagaimanapun, kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.
2) Pendaftaran Pra-Perkahwinan Online
Satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri.Bertujuan memberikan kemudahan kepada pasangan untuk mendaftar kursus PraPerkahwinan secara online.Pemohon boleh melakukan semakan jadual kursus bagi maklumat tarikh, masa dan tempat serta maklumat kekosongan kursus untuk pendaftaran.Pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online boleh dimohon di negeri berikut:Negeri SembilanMelakaPerlis3) Permohonan Nikah, Cerai, Rujuk (NCR) Luar Negara
Memberi kemudahan kepada pasangan rakyat Malaysia beragama Islam untuk menguruskan perihal perkahwinan, perceraian dan rujuk yang berlaku di luar negara melalui Pejabat Perwakilan Malaysia.
Pengesahan Kebenaran Dan Status.Pengesahan Dokumen Nikah.Keterangan NCR.4) RundingCara Online
Satu inisiatif JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri.Bertujuan memberikan kemudahan kepada individu atau pasangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan secara online.Pemohon juga boleh mendapatkan temujanji sesi rundingcara secara bersemuka dengan pegawai rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri, Pejabat Agama Islam Daerah.Permohonan Rundingcara boleh dimohon di negeri berikut:Negeri SembilanMelakaPerlisKedahPerakWilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).Cara Pendaftaran:Berikut adalah cara daftar Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia atau hubungi JAKIM di talian 03-8870 7527 / 7528.
The post Pendaftaran Perkahwinan Islam Malaysia Secara Online appeared first on Portal Malaysia.
eWallet Touch N Go Patuh Syariah
Baru-baru ini TNG Group dengan kerjasama dengan Principal Asset Management telah mengumumkan bahhawa GO+ yang terkini adalah produk eWallet patuh syariah pertama di Malaysia.
GO+ baharu direka untuk kegunaan umum yang memerlukan nilai pelaburan serendah RM10 sahaja. Ianya juga berpotensi mendapat pulangan balik bagi semua transaksi dalam eWallet. Platform ini dijangka dapat memanfaatkan lebih 1.2 juta pengguna Malaysia.
Baca juga:
Tawaran Percuma Pemasangan Semula Pelekat RFID RosakeStart – Bantuan E-Dompet RM150 Kepada Belia
Berikut merupakan kelebihan utama GO + Touch n Go:
Akaun GO+ senang dibuka dan pantas.Jumlah pelaburan awal yang berpatutan.Kelancaran tambah nilai baki Touch ‘n Go eWallet melalui fungsi Quick Reload Payment.Pulangan kredit setiap hariPengeluaran wang yang efektif.Go+ Patuh Syariah:Berikut adalah ciri-ciri Go+ adalah patuh Syariah:
Touch n Go telah membuat penambahbaikan dan kini berstatus patuh Syariah.Semua Nilai Aset Bersih (NAB) Dana akan dilaburkan ke dalam kombinasi tunai (di bank).Penempatan deposit Islam.Pasaran wang Islam.Cara Daftar Tambah Nilai:Berikut merupakan langkah untuk mendaftar dan tambah nilai kali pertama:
Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Berumur 18 tahun ke atas.Pemohon hendaklah membuat pengesahan akaun Touch ‘n Go eWallet.Kemudian sahkan akaun Touch ‘n Go eWallet dengan ID.Kemas kini maklumat peribadi anda di Touch ‘n Go eWallet.Pastikan pengesahan akaun dan kenaikkan taraf ke GO+ telahpun berjaya.Barulah anda boleh memasukkan wang ke akaun GO+.Jumlah Minimum & Maksimum Baki Akaun GO+:Jumlah minimum yang perlu dimasukkan untuk setiap transaksi adalah RM10.
Jumlah maksimum akaun individu bagi akaun GO+ adalah RM9,500.
Nota: Sekiranya anda telah mencapai had maksimum ini, anda tidak boleh masukkan wang ke dalam akaun GO+ lagi. Namun, anda masih boleh mendapat pulangan pelaburan harian anda.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go eWallet di talian +(603) 5022 3888 atau layari laman sesawang Touch n Go.
The post eWallet Touch N Go Patuh Syariah appeared first on Portal Malaysia.
Yayasan RISDA Tawar Skim Bantuan Pendidikan Dan Kesihatan
Tujuan utama yayasan ini ditubuhkan adalah untuk menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan aspek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selain mengurus dan mentadbir dana untuk faedah dan kebajikan Pekebun Kecil, warga RISDA, warga Syarikat Milikan RISDA (SMR) dan pesara-pesara RISDA.
Oleh itu, ahli komuniti RISDA yang berminat untuk memohon skim bantuan ini boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan.
Baca juga:
Bantuan Kewangan Untuk Pelajar IPT Negeri SembilanPermohonan Bantuan Awal IPT MAIDAM 2022Kreteria Skim Bantuan:Berikut merupakan skim bantuan Yayasan RISDA:
1) Pendidikan:
RM500 (one-off) : Skim Insentif Pelajar berjumlah RM500 dan dibayar secara one-off.RM6,800 sehingga RM13,800 : Biasiswa Pelajar / tahun mengikut jenis kursus.Laptop : Bantuan Laptop Pelajar.RM15 Sehari/RM450 sebulan : Bantuan Sara Hidup Pelajar.RM2,000 (one-off) : Anugerah Yayasan RISDA.RM500 sehingga RM750 (one-off) : Insentif Pendidikan Staf.2) Kesihatan:
RM1,000 (one-off) : Skim Bantuan Pesakit Kronik.Syarat Kelayakan:Berikut merupakan syarat kelayakan bagi memohon bantuan ini:
Pemohon mestilah anak-anak komuniti RISDA.Pendapatan isi rumah pemohon tidak melebihi RM4,849.Pemohon melanjutkan pelajaran di University College Agroscience Malaysia (UCAM).Cara Memohon:Berikut adalah langkah untuk memohon:
Sila layari laman portal Kementerian Pembangunan Luar Bandar.Kemudian klik butang ‘Muat Turun’ di bahagian Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (Pindaan 2022).Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap.Sertakan dokumen sokongan.Hantar ke pejabat RISDA yang berdekatan.Dokumen Sokongan:Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan:
1 lampiran Kad Pengenalan Pekebun Kecil/Warga RISDA/SMR/Pesara RISDA.1 lampiran kad pengenalan/sijil lahir pasangan/ibu bapa/penjaga dan anak.1 lampiran kad pekerja/kad pesara/rekod kelulusan tanam semula.1 lampiran penyata gaji/pengesahan pendapatan pemohon terkini1 lampiran penyata gaji/pengesahan pendapatan pasangan (jika berkenaan).1 lampiran penyata bank pemohon.1 lampiran Surat Tawaran Pengajian UCAM.1 lampiran resit pembayaran kemasukan UCAM.1 lampiran surat pengesahan pegawai perubatan terkini (bagi permohonan SBPK.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila email ke yayasanrisda@gmail.com atau hubungi di talian 010-659 0062.
The post Yayasan RISDA Tawar Skim Bantuan Pendidikan Dan Kesihatan appeared first on Portal Malaysia.
Permohonan Skim Bantuan Deposit Perumahan Negeri Sarawak
Beruntungnya rakyat negeri Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak telah menawarkan skim bantuan deposit untuk membantu rakyat kategori B40 dan M40 negeri tersebut dalam pembelian rumah. Bantuan ini juga memberi peluang yang lebih besar kepada golongan muda di negeri tersebut untuk memiliki rumah.
Bantuan deposit rumah sehingga RM10,000 diberikan menerusi Skim Bantuan Deposit Rumah Rakyat atau Housing Deposit Assistance Scheme (HDAS).
HDAS ini akan diuruskan Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd dengan Kerajaan Negeri Sarawak akan membayar deposit rumah tersebut kepada pembeli yang layak.
Baca juga:
Permohonan Rumah Mesra Rakyat Tahun 2022Bantuan Rumah Kasih Keluarga Malaysia 2022Kreteria Rumah Kediaman:Berikut merupakan julat harga rumah kediaman mengikut jenis rumah:
Rumah Kos Rendah : RM50,400 – RM59,220.Rumah Kos Sederhana : RM80,000 – RM100,000Rumah Spektra Lite : RM100,000 – RM120,000Rumah Spektra Medium : RM135,000 – RM168,000Rumah Spektra Plus : RM150,000 – RM198,000Rumah Spektra Permata : RM90,000 -160,000Rumah Sri Pertiwi : RM270,000 – RM295,000Rumah mampu milik : Maksima RM300,000Syarat Kelayakan:Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
Pemilikan rumah pertama bagi golongan B40 dan M40.Rakyat Sarawak yang berstatus penduduk tetap Sarawak.Membina rumah di atas tanah sendiri melalui Program Skim Pembesaran Kampung (SPK)/Skim Penempatan Semula (SPS); atauMembeli rumah berdasarkan pemaju yang berdaftar dengan MUTIARA.Cara Memohon:Permohonan boleh diperolehi di Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd.Permohonan boleh dibuat kepada pemaju perumahan yang telah berdaftar dan diluluskan oleh MUTIARA.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web HDC Sarawak.
The post Permohonan Skim Bantuan Deposit Perumahan Negeri Sarawak appeared first on Portal Malaysia.
Hina Sangatkah Jadi Artis
Zizan Razak yang kini sedang menceburi bidang keusahawanan apabila dia mengusahakan sebuah restoran bbq miliknya iaitu ktown bbq dan khabarnya mendapat sambutan yang hangat di kalangan artis dan juga peminat.
Malah dia menyatakan bakal menjalani penggambaran sebuah telefilem pada Februari itu turut dibintangi oleh Daiyan Trisha, MK K-Clique dan Chubb E.
Para pelakon berkenaan ditemui ketika majlis pelancaran telefilem Rompak di The Finch @ KL, The Westin Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Zizan yang sebelum ini sering gagal dalam percintaan dan juga perhubungan pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 25 tahun namun pelakon dan pelawak terkenal ini menganggap belum diberikan rezeki untuk berumah tangga buat masa ini.
Dia tidak terlalu memikirkan perkara tersebut kerana jodoh adalah ketentuan daripada Allah malah bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki yang lain dari segi kerjaya dan juga perniagaan yang diusahakan.
Pengacara yang bersahaja ini juga mengakui pernah berhubungan sehingga hampir mendirikan rumah tangga namun bukan rezekinya dan dia redha dengan ketentuannya.
“Bagi saya, itu kerja Allah. Kalau Allah tidak izinkan, saya terima saja. Takkan saya nak salahkan takdir.
“Saya fikir kalau Allah tak beri rezeki jodoh, Allah beri rezeki lain. Tak ada sebab untuk saya rasa tidak bersyukur,” katanya
Mengenai jodoh juga dia lebih memilih untuk menyerahkan soal jodoh kepada ibu tercinta dan tidak terlalu terburu – buru dalam mencari menantu buat ibunya itu.
Namun Zizan juga sempat meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir peminat yang menasihatinya agar tidak memilih wanita dalam kalangan selebriti dan memilih orang biasa sebagai isteri.
“Saya betul-betul serahkan soal jodoh kepada ibu. Kalau ibu kata wanita itu okay dan saya tengok dan rasa okay, kita kahwin.
“Saya tak kisah apa kerjaya wanita itu. Saya tahu, ada yang kata jangan cari artis… kenapa artis hina ke? Sampai saya tak boleh kahwin dengan artis.
Mengakui terkilan dengan kenyataan tersebut Zizan juga berpesan agar netizen sekarang lebih menjaga tutur kata dan perkataan agar tidak menguris hati orang lain .
Bimbang perkataann yang dihembur akan berbalik pada diri sendiri kerana tiada siapa tahu pengakhiran setiap manusia di dunia ini. Jangan terlalu sibuk menghukum orang lain seolah – olah tiada pintu kemaafan buat mereka.
Artis atau bukan , tiada hubungannya dengan netizen kerana yang mahu berkahwin adalah Zizan sendiri bukan netizen. Hak masingn – masing dan juga keselesaan masing – masing untuk memilih pasangan hidup malah ramai sahaja artis yang berkahwin dengan artis juga dan mereka hidup bahagia malah menjadi pasangan yang begitu memahami kerana lebih tahu tentang kehidupan yang penuh glamor dan gosip.
The post Hina Sangatkah Jadi Artis appeared first on Portal Malaysia.
Cara Mohon Bantuan Elaun RM1000 Daripada PERKESO
Cara mohon Bantuan Elaun RM1000 daripada PERKESO. PERKESO ada menyediaka bantuan kewangan yang akan diberikan kepada pekerja yang berdaftar di bawah SIP Prihatin 2.0.
Program ini telah diperuntukan oleh Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017, bagi membantu mereka yang telah kehilangan pekerjaan akibat wabak pandemik yang berterusan.
Bantuan SIPMelalui Program SIP Prihatin ini, permohonan yang lulus akan dapat Bantuan Kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh dua (2) bulan sahaja.
Manakala, elaun sebanyak RM400 secara one-off yang dinamakan sebagai Elaun Persediaan Pekerjaan (EPB) pula akan diberikan kepada pemohon sekiranya pemohon berjaya dapat pekerjaan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan SIP Prihatin 2.0.
Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.
Jom Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan!
Klik Sini
Rujuk maklumat bergambar di bawah untuk fahaman lanjut :
Permohonan bagi elaun ini perlu mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah kriteria dan syarat kelayakan untuk pemohon :
Rakyat Malaysia yang menggangurHilang pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah SIP (Sistem Insurans Pekerjaan)Berdaftar dalam portal MyFutureJobs & aktif cari kerjaHadir sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam 2 bulanCara Permohonan Bantuan Elaun Cari KerjaPermohonan dibuat secara atas talian/ online dengan menggunakan aplikasi Prihatin PERKESO.
Muat turun (Download) aplikasi PERKESO di :
Google PlaystoreApple App StoreKemudian, daftar profil anda di Portal MyFutureJobs di https://www.myfuturejobs.gov.my .
Buat pencarian kerja, hadir temu duga & kemaskini Log Aktiviti anda di portal tersebut.
Sekiranya anda dapat pekerjaan, sila kemaskini tarikh kembali bekerja dalam Aplikasi Prihatin yang anda telah muat turun.
Selepas dapat kelulusan, bayaran elaun anda akan dapat secara automatik.
The post Cara Mohon Bantuan Elaun RM1000 Daripada PERKESO appeared first on Portal Malaysia.
January 26, 2022
Semakan BKM 2022 – Permohonan & Kemaskini
Kerajaan Malaysia tahun ini telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) khas bagi rakyat Malaysia yang layak.
Anda kini boleh buat permohonan dan kemaskini maklumat peribadi anda bermula pada 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.
Lebih 10 juta rakyat Malaysia
dan dapat BANTUAN KERAJAAN di sini!
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Tiga golongan yang akan menerima BKM ini ialah golongan isi rumah, warga emas bujang dan golongan BKM bujang.
Kriteria & SyaratGolongan berikut ini layak untuk terima bantuan sekiranya memenuhi syarat Bantuan Keluarga Malaysia seperti berikut:
Jumlah bantuan pembayaran BKM 2022 ini adalah seperti berikut :
Semakan dan kemaskini maklumat peribadi BKM kini boleh dibuat dengan pergi ke laman web rasmi BKM di :https://bkm.hasil.gov.my
BKM Log MasukUntuk log masuk ke dalam sistem, masukkan nombor MyKad pemohon dan tekan semak. Masukkan juga kata laluan yang telah anda tetapkan.
Paparan dalam sistem BKM adalah seperti berikut :
Anda boleh lakukan kemaskini maklumat permohonan, semakan status dan cetak permohonan anda.
FAQ Soalan Lazim Perlu ke saya buat permohonan yang baru?Jika maklumat peribadi anda tiada dalam data lepas anda buat semakan status, sila buat permohonan yang baru.
Bilakah tamat tempoh permohonan?Permohonan akan ditutup pada 31 Januari 2022. Tertakluk kepada terma dan syarat.
{ "@context": "https://schema.org", "@type": "FAQPage", "mainEntity": [ { "@type": "Question", "name": "Perlu ke saya buat permohonan yang baru?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Jika maklumat peribadi anda tiada dalam data lepas anda buat semakan status, sila buat permohonan yang baru." } } , { "@type": "Question", "name": "Bilakah tamat tempoh permohonan?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Permohonan akan ditutup pada 31 Januari 2022. Tertakluk kepada terma dan syarat." } } ] }The post Semakan BKM 2022 – Permohonan & Kemaskini appeared first on Portal Malaysia.
Pian Cecupak Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung.
Kumpulan pelawak Cecupak yang pernah mewarnai industri tanah air dan berjaya menghiburkan masyarakat Malaysia suatu ketika dahulu.
Baru -baru ini, salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu Arwah Pian telah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8 malam tadi di kediamannya dipercayai akibat mengalami serangan jantung.
Allahyarham Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring di bilik air oleh ibunya yang juga tinggal bersamanya di kediaman tersebut.
Malah perkhabaran itu juga telah dimaklumkan oleh adik arwah iaitu Hasenah yang mana dikhabarkan bahawa arwah telah dikejarkan ke hospital selpas jatuh di dalam bilik air namun doktor mengesahkan bahawa Pian telah tiada.
Dalam pada itu ahli keluarganya mengakui bahawa arwah memang mempunyai penyakit jantung dan kemungkinan ia adalah punca kepada asbab kematiannya. Allahyarham Pian mengalami masalah jantung sejak tahun 2018 tetapi tidak pernah buat rawatan susulan.
“Arwah cuma makan ubat sahaja. Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah juga memang agak merosot dan selalu mengadu sakit dada”.
Daripada perkongsaian yang dipercayai , Allahyarham Pian pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur seawal 3 pagi pada 17 Oktober 2018 akibat sesak nafas.
Dan Susulan daripada kejadian itu, pelawak berusia 52 tahun itu juga difahamkan perlu membuat rawatan angiogram yang mana kos perubatannya mencecah RM5,000.
Diberitahu bahawa Jenazah Pian kini diuruskan oleh pihak surau berdekatan kediaman mereka di Taman Dato’ Senu, di ibu kota dan akan dikebumikan pada pagi ini.
Sekadar info, Allahyarham Pian mula menempa nama dalam industri hiburan menerusi rancangan TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 90-an sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak dan pernah menjadi penghibur yang digemari kerana telatahnya yang mencuit hati.
The post Pian Cecupak Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung. appeared first on Portal Malaysia.
Lupa Kata Laluan BKM 2022 – Set Semula Sekarang!
Adakah anda terlupa kata laluan BKM anda ketika mahu buat semakan BKM? Sila baca artikel ini sampai habis untuk dapatkan semula password anda dan reset semula kata laluan.
Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.
Jom Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan!
Klik Sini
Berikut adalah langkah untuk reset semula ID pemohon :
Tekan “Log Masuk BKM”.Klik “Terlupa kata laluan”.Masukkan nombor Kad Pengenalan anda & tekan “Semak”.Kemudian, masukkan e-mel anda yang telah didaftarkan & klik “Seterusnya”.Check kata kunci keselamatan anda adalah betul & klik “Ya”.Sila jawab soalan keselamatan yang anda dah tetapkan.Seterusnya, masukkan kata laluan baru & pengesahan kata laluan, klik “Tukar Kata Laluan”.Siap! Penukaran kata laluan ID anda yang baru telah berjaya.
P/s: Dapatkan info mengenai jadual pembayaran BKM 2022 di sini.
Terlupa Soalan KeselamatanSaya terlupa jawapan kepada soalan keselamatan yang telah saya tetapkan, apa perlu saya buat?
Sekiranya anda terlupa dan gagal menjawab soalan keselamatan anda, anda diminta untuk hubungi BKM di talian
1-800-88-2747
atau sila hadir ke mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan untuk reset semula ID pengguna anda.
FAQ Soalan Lazim Saya tersilap jawab soalan keselamatan & ID pemohon saya telah disekat. Apa perlu saya buat?Jika anda dapat paparan untuk cuba semula selepas 24 jam, sila log masuk selepas 24 jam. Ini kerana ID anda akan disekat sekiranya anda gagal jawab setelah 3 kali percubaan. Jika anda tak ingat jawapan, sila hubungi talian hotline BKM.
Saya terlupa kata laluan BKM saya, apa perlu saya lakukan?Sila reset semula kata laluan anda. Sila ikuti panduan mudah di dalam artikel ini.
{ "@context": "https://schema.org", "@type": "FAQPage", "mainEntity": [ { "@type": "Question", "name": "Saya tersilap jawab soalan keselamatan & ID pemohon saya telah disekat. Apa perlu saya buat?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Jika anda dapat paparan untuk cuba semula selepas 24 jam, sila log masuk selepas 24 jam. Ini kerana ID anda akan disekat sekiranya anda gagal jawab setelah 3 kali percubaan. Jika anda tak ingat jawapan, sila hubungi talian hotline BKM." } } , { "@type": "Question", "name": "Saya terlupa kata laluan BKM saya, apa perlu saya lakukan?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Sila reset semula kata laluan anda. Sila ikuti panduan mudah di dalam artikel ini. " } } ] }The post Lupa Kata Laluan BKM 2022 – Set Semula Sekarang! appeared first on Portal Malaysia.
Semakan Awal Kesihatan Anda Melalui Warna Air Kencing

Berikut merupakan warna dan punca air kencing:
Jernih (seperti air):
Normal jika sekali sekala, maka kurangkan pengambilan air anda ke 8 gelas sehari.Ini bermakna anda terlampau minum banyak air.Pengambilan air yang terlalu banyak boleh menyebabkan elektrolit dalam badan kurang.Boleh menyebabkan penyakit “water intoxication syndrome” jika berlarutan.Merah atau merah jambu:
Air kencing warna merah jambu atau merah boleh berlaku selepas anda mengambil makanan yang berwarna seperti ubi bit merah dan blueberry.Warna merah juga boleh menandakan darah dalam air kencing anda.Masalah kesihatan yang dikaitkan dengan warna air kencing berdarah pula ialah:Penyakit kelenjar prostat yang membengkak.Penyakit batu karang.Jangkitan saluran kencing.Ketumbuhan.Masalah pembekuan darah.Jingga:
Air kencing berwarna jingga adalah disebabkan dehidrasi atau masalah dengan hempedu anda.Jika najis berwarna kuning cair diikut kencing berwarna jingga, anda mungkin mengalami masalah hempedu.Pengambilan ubat Rifampin dan Phenazopyridine juga boleh menyebabkan air kencing warna jingga.Biru atau hijau:
Air kencing anda berwarna biru, ungu atau indigo boleh menyebabkan jangkitan Pseudomonas Aeruginosa.Kesan penggunaan ubat bius propofol dalam kuantiti yang tinggi.Perang gelap:
Air kencing berwarna perang menandakan dehidrasi.Kesan sampingan ubat-ubatan seperti metronidazole dan chloroquine.Tanda anda mempunyai masalah hati.Masalah kesihatan yang digelar prophyria (menyebabkan pengumpulan bahan kimia semula jadi dalam darah).Kekapuran:
Air kencing berwarna seperti berkapur dan tidak jernih menandakan jangkitan saluran kencing.Boleh juga menandakan penyakit kronik dan masalah buah pinggang.Cuma menandakan dehidrasi.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut berkaitan kesihatan, sila rujuk pakar kesihatan anda di klinik atau hospital dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
The post Semakan Awal Kesihatan Anda Melalui Warna Air Kencing appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
