Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 265

January 23, 2022

Kereta Dihempap Lori Simen , Seorang Wanita Maut Di Tempat Kejadian

Seorang wanita telah maut selepas kenderaannya dihempap sebuah lori simen yang dipercayai mengalami kerosakan brek di persimpangan lampu isyarat Jalan Sri Cemerlang, Kelantan hari ini.

Dalam kejadian jam 4.10 petang itu, dikatakan mangsa yang terlibat iaitu Roslina Anat Lat berusia 47 tahun telah maut di lokasi kejadian.

Dalam pada itu , Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, lori jenis Nissan yang membawa muatan simen dipandu dari arah Pengkalan Chepa menghala ke Jalan Sri Cemerlang.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandunya menyedari brek lori gagal berfungsi dan untuk mengelak terlanggar kenderaan di hadapan, lelaki itu mengambil keputusan membelok ke kiri.

Kemalangan ini terjadi semasa lori tersebut membelok lalu kenderaan berat itu tiba-tiba terbalik lalu menghempap Perodua Kelisa yang berhenti di lampu isyarat laluan bertentangan.

Disebabkan kemalangan itu, mangsa yang tersepit di dalam keretanya meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital.

Mangsa yang terlibat mengalami kecederaan di bahagian dada dan kaki kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.

Kejadian tersebut turut membabitkan sebuah lagi kereta jenis Honda Civic tetapi pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan disyaki berpunca daripada kecuaian pemandu lori dalam memastikan kenderaannya selamat dikendalikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Manakala melalui penjelasan daripada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.12 petang sebelum 15 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dapati sebuah lori menghempap sebuah kereta dan muatan simen yang dibawa kenderaan berat itu tumpah dan memenuhi kereta yang dipandu oleh seorang wanita.

Operasi sedikit sukar kerana keadaan bumbung kereta yang kemek teruk dengan mangsa yang tersepit ditambah dengan muatan simen yang turut tumpah ke atas mangsa.

Pihak Bomba dan Penyelamat menggunakan peralatan jenis pemotong hidraulik serta beg udara untuk mengeluarkan mangsa dan masa yang diambil untuk operasi itu adalah selama setengah jam dengan bantuan kren bagi memudahkan urusan menyelamat.

Proses mengeluarkan mangsa dapat dilakukan namun tidak dapat meyelamatkan mangsa yang terlibat . Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi segala ujian .

The post Kereta Dihempap Lori Simen , Seorang Wanita Maut Di Tempat Kejadian appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 23, 2022 07:04

Aeril Dan Wawa Tukar Nama Anak Bongsu Kerana Bimbang

Wawa Zainal dan Aeril Zafrel merupakan pasangan yang sangat serasi dan juga terkenal kini khabarnya telah menukarkan nama anak bongsu mereka daripada Jibril Ibtisam kepada Muhammad Fahri kerana terpaksa.

Perkara ini dilakukan kerana anak lelaki mereka itu sering menangis hampir setiap hari sejak dilahirkan dan itu telah membuatkan pasangan ini runsing tentang kejadian itu dan membuatkan mereka berfikir nama Jibrail tidak sesuai dengan si kecil.

Menurut penjelasan daripada Wawa, anak ke-4 mereka telah dinamakan oleh Aeril dan semenjak anak kecil itu dilahirkan ke dunia dan sehingga kini ,bayi itu asyik menangis saja sehingga berjam-jam dan itu sangat merisaukan.

Wawa juga menyatakan bahawa nama anak ke – 4 ini telah diberikan oleh suaminya Ariel dan anaknya itu banyak meragam dan sering menangis terkadang sehingga berjam-jam. Keaadan ini dipanggil bayi kolik kerana terlalu kerap menangis tanpa sebab.

“Saya cakap, kenapa sayang (Aeril) bagi nama ja mesti jadi macam ini. Terus dia merajuk tak nak cakap dengan saya, ada la sehari,” kata Wawa .

Kolik bukanlah suatu penyakit dan tidak menyebabkan si Kecil mengalami penyakit jangka panjang. Umumnya kolik akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa bulan, namun Ibu juga bisa meredakan kolik pada si Kecil dengan beberapa cara namun lain orang lain caranya.

Tanda-Tanda Kolik Pada BayiMenangis dengan kuat selama 2-3 jam, biasanya si Kecil mulai menangis 15 menit setelah disusui. Tangisan akan semakin parah pada tengah hari dan malam hari. Tangisan ini akan diikuti dengan beberapa ciri yang tampak pada tubuh si Kecil antaranya:Wajah si Kecil kemerahanTangannya mengepalKaki ditekuk ke dadaPerutnya mengeras

Jelas pelakon dan usahawan kosmetik tersebut, dia mengetahui nama anaknya itu telah ditukar setelah mendapat panggilan daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri dah selamat diakikahkan.

“Kiranya dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius, dia terus tukar nama.” cerita Wawa lagi.

Info , Wawa telah selamat melahirkan anak ke-4  mereka seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu dan diberikan nama Jibrail.

Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,6, dan Ayya Soffya yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini baru-baru ini mengeluarkan produk terbaru daripada jenama mereka dan mendapat sambutan yang hangat di pasaran.

The post Aeril Dan Wawa Tukar Nama Anak Bongsu Kerana Bimbang appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 23, 2022 06:02

January 22, 2022

Pengeluaran RM10,000 Secara One-Off Boleh Dilakukan – Ini Kata Pakar

Rakyat Malaysia nampaknya masih rancak dengan perdebatan dengan isu kelulusan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Online) sebanyak RM10,000 secara one-off yang perlu dilakukan dengan segera.

Pendapat Pakar

Menurut pakar Perunding Kewangan, Ieza Yusuf, kurangnya kesedaran dan ilmu dari segi pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini merupakan antara faktor utama mengapa sesetengah pihak gagal bangkit dari kemiskinan.

Ieza juga bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan Malaysia) bahawa ramai ahli KWSP akan bersara pada paras kemiskinan jika pengeluaran KWSP tambahan ini dilaksanakan.

Namun, tidak bermakna pengeluaran KWSP secara one-off ini tidak boleh dilaksanakan.

Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.
Jom Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan!
Klik Sini

ieza yusof

KWSP One-Off Boleh Dilaksanakan

“Saya sebagai perancang kewangan berpendapat bahawa, dalam keadaan sekarang di mana terdapatnya wabak penyakit dan bencana banjir ini, rakyat berada dalam fasa gangguan emosi dan kegawatan ekonomi.

Sebab itu, penyelesaiannya yang ada hanya (pengeluaran) KWSP.

“Saya bersetuju untuk ahli KWSP yang ada jumlah wang RM10,000 itu, untuk mengeluarkan wang tersebut disebabkan bagi memperbaiki keadaan em0si itu dahulu. Tetapi dengan syarat bahawa, kita mesti tahu ilmu cara mengurus,” jelasnya.

Perlu Ada Ilmu Pengurusan

Beliau juga berkata, adalah lebih baik sekiranya ahli wang simpanan tersebut diberi pendedahan dengan ilmu pengurusan kewangan yang betul sebelum mereka menerima wang mereka agar wang tersebut dapat diurus dengan baik dan teratur.

Terkini, Tengku Zafrul menerusi hantaran dilaman Facebook miliknya, tampil menjelaskan mengenai isu Pengeluaran Khas i-Citra KWSP dan kesannya terhadap ekonomi negara.

Tandatangan Petisyen

Adakah anda setuju dengan pengeluaran KWSP RM10k One-off patut dilaksanakan segera? Jika setuju ayuh kita bersama-sama tandatangan petisyen di sini.

The post Pengeluaran RM10,000 Secara One-Off Boleh Dilakukan – Ini Kata Pakar appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 22, 2022 20:01

DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT By DR MAZA (mohd asri zainul abidin’s website)

Artikel ini dipetik daripada website https://drmaza.com dan ditulis oleh DR MAZA atau nama penuh beliau Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin. Usaha mengembalikan penulisan DR MAZA ini adalah daripada usaha ikhlas PortalMalaysia.Com.

1. Ramai yang agak terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang berbeza dari apa yang dikenali sebelum ini khususnya terhadap golongan yang dilihat melanggar ajaran Islam. Dahulu, ramai golongan agama di 1Malaysia ini yang memakai pendekatan ‘konfrantasi’ secara terbuka dengan golongan yang dilihat tidak mesra agama. Kita uslub perundingan, perbincangan dan cuba memahami realiti semasa diketengahkan.

2. Dahulu, pendekatan konfrantasi itu disebabkan pengaruh aliran jalur keras yang menguasai arena dakwah di tanahair. Dari pendekatan memaki-hamun, memutuskan hubungan, melebel serta memberikan gelaran buruk, seterusnya sehingga kafir-mengkafir dan menuduh pihak berbeza sebagai musuh Islam tanpa alasan yang kukuh. Malangnya, pendekatan itu semua dibuat atas nama dakwah padahal sebahagiannya bercampur dengan kepentingan tertentu.

Lebih malang lagi maki-hamun, mencarut dan kelucahan itu dilakukan di dalam masjid. Paling baru, tersebar seorang penceramah di Utara yang merupakan anak bekas seorang Mufti yang membuat isyarat lucah dalam masjid. Demikian akhlak yang buruk diberikan jenama agama. Sepatutnya, pendekatan sebeginilah yang patut dikritik dan dibantah.

3. Walaupun pendekatan konfrantasi itu kadang-kala diperlukan, namun bukanlah dalam semua keadaan kita disuruh untuk berkonfrantasi. Apa yang penting, dakwah menuntut hikmah seperti yang al-Quran dalam Surah al-Nahl ayat 125:
Firman Allah:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

(maksudnya): “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Hikmah bererti mencari pendekatan yang paling sesuai dan paling berkesan. Hal ini pun satu ijtihad yang setiap kita mungkin mempunyai andaian atau jangkaan yang berbeza berkaitan kesan setiap pendekatan dakwah yang diambil.

Kata al-Sa’di (meninggal 1376H) ketika menafsirkan ayat di atas: “Hikmah maksudnya setiap individu diseru berdasarkan keadaan, kefahaman, penerima dan perlaksanaannya..adapun mauizah hasanah (nasihat yang baik) bermaksud dengan ungkapan yang baik yang dapat mengingatkan mereka. Antaranya dengan cara memberi amaran kepada mereka mengenai balasan Allah di akhirat dengan pendekatan yang dapat menginsafkan mereka. Sementara: berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik bermaksud cara yang paling memungkin mereka menerimanya secara akal dan nas ( Al-Sa’di, Taisir al-Karim al-Rahman, 452, Beirut: Muassasah al-Risalah).

4. Kita faham, oleh kerana sekian lama kita dimomokkan dengan aliran pelampau yang membiasakan umat Islam di negara ini dengan maki hamun, mencarut, mencerca bahkan mengkafirkan, mereka sudah merasa tidak berdosa dengan perbuatan itu. Lebih jelek lagi, mereka merasakan itu sebahagian dari ajaran Islam dalam berdakwah. Bagi mereka itulah tanda ketegasan membela Islam.

Lebih dahsyat lagi mereka merasakan pendekatan yang santun dan berkomunikasi dengan baik itu satu kesalahan dan tidak tegas membela Islam. Mereka terlupa bahawa Islam melarang akhlak yang buruk dalam dakwah. Bukanlah akhlak Nabi Muhammad s.a.w memaki hamun orang lain. Kata Anas bin Malik r.a:

لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم سَبَّابًا وَلاَ فَحَّاشًا وَلاَ لَعَّانً

“Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain”. (Riwayat al-Bukhari).

5. Kita boleh bertegas dan berkonfrantasi jika keadaan menuntut hal itu. Namun kesemua itu dilakukan dengan kesantunan cara dan peradaban yang tinggi. Kita membantah, mengkritik dan bertegas, tetapi tidak mencarut dan melucah. Kita mematah hujah, berdebat, tajam sindiran dan sinis, tetapi tidak memaki dan mengeluarkan kata-kata yang tidak layak untuk insan muslim yang diajar agar berakhlak dalam bergaulan dan perkataan. Debat untuk menzahirkan kebenaran bukanlah dilarang, bahkan disuruh jika perlu -seperti dalam ayat al-Quran tadi-. Namun, caranya hendaklah mewakili sifat Islam yang bertamadun.

6. Engagement ataupun berunding dan berbincang merupakan salah satu pendekatan yang diajar dalam Islam. Engagement walaupun zahirnya macam lebih mudah dari berkonfrantasi, namun untuk mengurusnya tidaklah mudah. Ia akan membabit perasaan, kemahiran dan terdedah kepada manipulasi.

Engagement memerlukan kebijaksanaan agar tercapai tujuan dakwah itu, bukan akhirnya dimangsakan oleh ketangkasan pihak lain. Bukan mudah, kerana engagement itu bukan sahaja perlu menjaga perasaan pihak yang kita berurusan dengannya tetapi juga para pengikut ataupun Umat Islam dan mukmin itu sendiri. Kebimbangan engagement akan membawa kepada kerugian dan manipulasi pihak lain pasti ada.

7. Dalam Sirah Nabi Muhammad s.a.w sendiri, pendekatan ‘engagement’ ataupun berurusan secara perundingan pernah menyebabkan lahir tidak puas hati dalam kalangan sahabat Nabi s.a.w. Dalam Perjanjian Hudaibiyyah, para sahabat Nabi s.a.w yang mempunyai pengalaman lama ditindas, diperangi, dibunuh, diseksa dan dihalau dari tanahair oleh Quraish Mekah berhadapan dengan pendekatan Nabi s.a.w yang mahu berunding. Majoriti sahabat Nabi s.a.w melihat perjanjian itu tidak selaras dengan semangat juang mereka. Mereka pula terpaksa membatalkan hasrat mereka yang datang untuk menunai umrah ke Mekah dan menerima isi perjanjian yang sepintas lalu tidak selaras dengan jiwa mereka yang bersedia untuk mati membela kebenaran.

Paling tegas membantah ialah ‘Umar bin al-Khattab sendiri. Umar berkata: Wahai Rasulullah! Tidakkah kita di atas kebenaran dan mereka atas kebatilan?! Jawab Nabi s.a.w: ‘Ya’. Kata ‘Umar: “Tidakkah orang yang mati dalam kalangan kita di syurga, sedangkan yang mati dalam kalangan mereka dalam neraka?! Jawab Nabi s.a.w: ‘Ya’. Kata ‘Umar: “Maka atas alasan apa kita mengurangkan agama kita dan pulang (ke Madinah) sedangkan Allah belum lagi menurunkan hukumanNYA antara kita (siapa yang menang ataupun kalah).

يَا ابْنَ الخَطَّابِ، إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ، وَلَنْ يُضَيِّعَنِي اللَّهُ أَبَدًا

Jawab Nabi s.a.w: “Wahai anak al-Khattab! Aku ini Rasulullah, Allah tidak akan mensia-siakan aku sama sekali”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ternyata akhirnya, engagement yang dilakukan oleh Nabi s.a.w itu membawa kepada kejayaan demi kejayaan dalam dakwah sehingga Islam tersebar lebih luas dan menguasai Kota Mekah.

8. Hari ini Islam telah diberikan gambaran yang buruk di media antarabangsa. Usaha bersepadu musuh dan kelemahan sikap mereka yang ada dalam kalangan Umat Islam itu sendiri menjadikan rancangan memburuk Islam telah berjaya di beberapa peringkat. Islamophobia tersebar di pelbagai negara.

Dunia kini pula bagaikan satu kampung yang kecil. Apa sahaja yang berlaku di mana sahaja, tersebar ke seluruh dunia dengan pantasnya. Realiti kini jauh berbeza dengan masa yang lepas. Kini, Islam sering disalahertikan oleh banyak pihak. Manipulasi berita dan kesempatan atas kelemahan dunia muslim menjadikan Islam seakan-akan Islam bagai individu yang memiliki rekod jenayah yang sentiasa dipersalahkan.

9. Dalam menghadapi realiti ini, satu pendekatan yang lebih berkesan dan ijtihad baru dalam perlaksanaan sesetengah hukum-hakam dan pendekatan dakwah perlulah dilakukan. Ini selaras dengan apa yang disebutkan oleh para sarjana, seperti al-Imam Abu ‘Abbas al-Qarafi (meninggal 684H) dalam al-Furuq: “Jangan sepanjang hidupmu jumud dengan baris-baris ayat dalam kitab. Apabila datang seseorang dari negeri yang iklim (budaya) berbeza denganmu meminta fatwa, jangan engkau hukum berdasarkan keadaan negerimu. Hendaklah kamu tanya keadaan negerinya dan nilai serta fatwalah berdasarkan keadaan itu. Bukan keadaan negerimu dan apa yang tertulis dalam kitab-kitab. Inilah kebenaran yang nyata. Jumud dengan petikan-petikan (kitab) pasti satu kesesatan dalam agama, kejahilan terhadap maksud para ulama Islam dan golongan salaf yang lampau”. (Al-Qarafi, al-Furuq, 1/176. Beirut: ‘Alam al-Kitab)

10. Demikian yang disebut oleh al-Imam Ibn ‘Abidin al-Hanafi (meninggal 1252H): “Kebanyakan hukum yang diterangkan oleh mujtahid adalah berdasarkan uruf zamannya, di mana jika dia di zaman uruf yang berbeza nescaya dia akan beri pendapat berbeza dengan apa yang dia telah nyatakan dahulu. Maka dengan ini, mereka menyebut bahawa antara syarat ijtihad hendaklah mujtahid itu mengetahui adat kebiasaan manusia. Ini kerana kebanyakan hukum berbeza disebabkan perbezaan zaman, perubahan keadaan orang zaman tersebut, berlakunya keadaan darurat ataupun kerosakan (nilai) orang zaman tersebut yang mana jika hukum itu kekal seperti sebelumnya akan menyebabkan kesusahan dan mudarat kepada manusia. Juga akan menyanggahi syariah yang dibina atas meringankan, memudahkan, menghalang mudarat dan kerosakan serta mengekalkan alam ini atas sebaik-baik sistem dan seelok-elok peraturan. (Risalah Ibn ‘Abidin, dinukil dari Ahmad bin Mahmud al-Shanqiti, Al-Wasf al-Munasib li Shar’ al-Hukm)

11. Dalam menghadapi realiti baru ini, tokoh-tokoh ilmuwan dan pendakwah yang mempunyai kefahaman yang luas telah mengorak langkah mencari pendekatan yang lebih realistik dalam menghadapi cabaran baru. Antara contoh yang boleh kita lihat ialah Syeikh Hamza Yusuf.

Pendekatan beliau ternyata berubah dari zaman awalnya dibandingkan masa kini. Dari zaman konfrantasi kepada engagment dengan realiti dan persekitaran baru yang ada. Demikian tokoh-tokoh ulama seperti al-Syeikh Abdullah bin Baiyah, Salman ‘Audah dan seumpamanya.

12. Saya tertarik apabila membaca kenyataan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) yang meminta supaya seorang muslim tidak perlu berbeza penampilan zahirnya jika dia berada dalam lindungan penguasaan bukan muslim. Padahal Ibn Taimiyyah itu terkenal sebagai tokoh dalam aliran salafi. Namun beliau tidak sempit seperti sesetengah aliran salafi hari ini. Kata Ibn Taimiyyah: “Sekiranya muslim berada di negara musuh, ataupun negara kufur yang bukan musuh maka dia tidak disuruh untuk berbeza dengan mereka dari segi penampilan zahir kerana itu akan memudaratkan. Bahkan digalakkan ataupun diwajibkan menyertai mereka di sudut penampilan zahir jika itu terdapat kemaslahatan agama seperti untuk dakwah mereka kepada Islam dan memerhati keadaan dalaman mereka untuk dimaklumkan kepada kaum muslimin mengenainya ataupun menghalang bahaya mereka terhadap kaum muslimin ataupun selainnya yang merupakan tujuan-tujuan yang baik”(Ibn Taimiyyah, Iqtida al-Sirat al-Mustaqim, 154. Kaherah: Dar Ibn Jauzi)

13. Dalam dunia globalisasi hari ini, segala isu yang berlaku di tempat lain akan tempias ke tempat kita. Penguasaan pemerintah sesebuah negara juga sering dibatasi oleh tuntutan-tuntutan di peringkat global yang sukar dihalang. Campur tangan asing terhadap sesebuah negara boleh berlaku dalam pelbagai bentuk.

Perang persepsi terhadap agama boleh merosakkan akidah dan kesatuan umat melebihi dari perang bersenjata. Dalam keadaan ini, kita semua wajib berijtihad mencari pendekatan yang terbaik dalam membela dan menampil wajah Islam yang rahmah, ramah, responsif dan progresif.

14 Era ini memerlukan pemurnian kepada ajaran Islam yang sebenar. Era ini juga menuntut pendekatan yang bersesuaian agar penguasaan akidah Islam ke atas manusia dengan rela dan redha berakar dan berkembang.

Perang persepsi yang dilancarkan ke atas Islam perlu ditangkis dengan memberikan persepsi Islam yang sebenar iaitu rahmat, berkhidmat untuk kemanusiaan sejagat, progresif dan berperadaban tinggi. Kita memerlukan lebih engagement yang berkesan.

The post DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT By DR MAZA (mohd asri zainul abidin’s website) appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 22, 2022 18:02

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Artikel ini dipetik daripada website https://drmaza.com dan ditulis oleh DR MAZA atau nama penuh beliau Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin. Usaha mengembalikan penulisan DR MAZA ini adalah daripada usaha ikhlas PortalMalaysia.Com.

Disiarkan pada January 2, 2010

** Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin enggan mengulas mengenai isu nama Allah yang telah diputuskan di mahkamah, sebaliknya berikut merupakan artikel lama yang telah ditulis beliau dan dicadangkan untuk pembacaan.

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.

Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.

Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,

Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).

Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,

Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.

Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.

Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).

Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.

Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.

Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.

Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).

Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.

Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.

Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?

Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.

Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.

Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.

Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

The post Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 22, 2022 17:58

Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

Disiarkan pada November 5, 2010

Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?

Munif, Putrajaya.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Munif, Alhamdulillah saudara prihatin dengan keadaan akidah saudara di kala ramai yang tidak mempedulikan lagi kebersihan akidah mereka. Akidah adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan akidah dan kesuciannya. Mengenai soalan saudara, ada beberapa perkara yang wajar difahami;

1. Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah: (maksudnya)

“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).

2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Firman Allah (maksudnya):

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).

Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn ‘Abbas r.a menyebut:

“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).

Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.

4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun “congratulating” sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.

5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.

6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti menyerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Fokus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.

7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.

8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).

Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.

9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau ‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.

10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.

11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.

The post Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 22, 2022 17:55

Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Yang Haram

Disiarkan pada October 1, 2010

Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?

Mazlan, Pulau Pinang.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;

1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.

Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.

2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.

Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.

3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):

“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)

4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.

Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.

5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:

“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.

6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:

“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).

Dalam riwayat al-Baihaqi,

seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:

“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”  (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:

“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).

9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:

“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.

10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.

11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.

The post Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Yang Haram appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 22, 2022 17:52

Isu Nama Allah: Garis Panduan Penggunaan Nama Allah

Oleh : Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Di sini saya mencadangkan beberapa perkara untuk diteliti dalam isu penggunaan nama Allah oleh mereka yang bukan Islam.

Seperti mana yang saya sebutkan dalam artikel saya pada tahun 2007 yang bertajuk “Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah” bahawa isu ini lebih bersifat tempatan atau keselamatan setempat, bukan membabitkan larangan secara khusus dari nas-nas Islam. Harap kenyataan ini dibaca bersama dengan artikel tersebut.

Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut. Namun dalam konteks Malaysia, perkara ini agak baru. Ia menimbulkan kegusaran terutama disebabkan berbagai persoalan yang timbul, antaranya apakah maksud yang terselindung di sebalik tuntutan ini?!

Juga di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah. Inilah sebabnya ramai orang melayu sekalipun bersolat, ada yang mudah terpengaruh dengan khurafat, bomoh, tahyul dan seumpamanya.

Jika kita jelas dalam persoalan akidah, tentu unsur-unsur seperti itu, pengaruh kristianisasi, unsur-unsur agama lain tidak dapat mengelirukan akidah dan pemikiran umat. Isu nama Allah ini sepatutnya menyedarkan kita keperluan menegaskan soal akidah dan batas-batas iman dan kufur.

Untuk mengelakkan ketegangan yang tidak baik untuk negara dan kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan kaum, maka saya sekadar mencadangkan beberapa pekara berikut sebagai garis panduan yang patut diambil perhatian oleh pihak kerajaan;

Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.

Ini adalah beberapa cadangan saya mengenai hal ini untuk dijadikan garis panduan kepada rakyat Malaysia agar kita tidak merusuh disebabkan isu ini. Sebaliknya, hendaklah setiap pihak menghormati sensitiviti pihak yang lain.

The post Isu Nama Allah: Garis Panduan Penggunaan Nama Allah appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 22, 2022 17:49

“Saya Memilih Untuk Memaafkan”. – Bella Astillah

Beberapa tahun lepas Bella Astillah dan suaminya Alif pernah menjadi perbualan hangat di media sosial dan juga dalam industri tentang isu rumhatangga akibat daripada sikap Alif yang dikatakan pernah curang dan meninggalkan isterinya bersama anak pertamanya.Malah perkara itu berlanjutan sehingga mereka pernah juga bercerai dan berpisah .

Perkara tersebut telah menaikkan nama Bella dan juga menjadikan dia seorang pelakon dan juga selegram yang diminati malah banyak mendapat job dan juga review produk melalui instagram kerana dia mempunyai ramai pengikut.

Bella yang sangat lembut dan juga cantik dikhabarkan sudah berkali-kali dicurangi tetapi tetap memaafkan Alif kerana masih memikirkan anaknya dan juga sangat mencintai suaminya itu walaupun terluka dengan perbuatan suaminya itu.

Kerana sikapnya yang terlalu mudah memaafkan itu menjadikan dia seorang yang dikagumi kerana mempunyai kesabaran dan juga hati yang begitu lembut.

Berkenaan perkara tersebut, Bella sempat berkongsi tips kebersamaan dia dan suami dan juga bagi menjaga hubungan dia dan suami yang mana dia lebih selesa memaafkan berbanding menghukum dan terus membenci.

Mempraktikkan penyelesaian masalah melalui perbincangan dia lebih suka duduk berbincang berbanding saling menunding jari dan menyalahkan antara satu sama lain.

Jelas Bella lagi, dia percaya tiada manusia yang sempurna dan memaafkan pasangan adalah penting bagi meneruskan kelangsungan hidup dan alam rumah tangga yang lebih bahagia dan tenteram tanpa ada rasa benci kerana pernah merasa bahagia dan sudah mempunyai zuriat bersama.

Mengakui yang dirinya tidaklah sempurna dan terdapat banyak kekurangan jadi dia tidak terlalu mengikut perasaan untuk terus membenci dan menghukum Alif malah memaafkan dan membina hubungan dan hiudo yang baru dengan saling membantu antara satu sama lain untuk menjadi pasangan yang bahagia.

Bella juga meluahkan rasa, bahawa tidak ada yang lebih membahagiakan apabila dia dengan ikhlas dari hati memaafkan Aliff walaupun pernah merasa kecewa dan kini dia merasa tenang dan lebih bahagia.

Pasangan ini pernah bercerai pada 16 Mei 2020 tetapi  kembali rujuk dalam tempoh edah dan sudah mempunyai 2 zuriat hasil daripda perkongsian hidup mereka berdua.

Aliff sekarang sedang sibuk dengan konsert Gegar Vaganza dan sudah sampai ke final malah menjadi peserta kegemaran para juri dan juga peminat.

 

The post “Saya Memilih Untuk Memaafkan”. – Bella Astillah appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 22, 2022 05:40

Tip Mudah Hilangkan Kesan Hitam Dan Hangus Pada Permukaan Seterika

Kebiasaannya rumah yang ada anak bersekolah atau suami isteri bekerja pejabat sering terjadi seterika hangus dipagi hari kerana digunakan pada waktu yang terlalu tergesa-gesa.

Produk baru seterika zaman sekarang terlalu cepat panas kerana terlalu nipis dan ringan.

Kebanyakkan seterika yang hitam kerana pakaian hangus semasa menggosok menyebabkan kerja menggosok jadi tergendala dan akan meninggalkan kesan hitam halus pada baju yang digosok.

Keadaan ini menyebabkan orang ramai membuat keputusan untuk tidak akan menggunakan seterika itu lagi malah ada yang dibuang kerana kesan hitam menyebabkan pakaian putih kotor dan meninggalkan kesan yang sukar untuk dihilangkan.

Malah kesan hangus ini juga sukar dihilangkan walaupun dikikis atau dilap dan dibasuh menggunakan pencuci.

Ini tips yang dikongsikan oleh Achai Wong untuk membersihkan seterika yang terkena kesan hangus / hitam.

Tanpa perlu beli bahan pencuci khas, caranya hanya menggunakan Panadol Soluble dan hasilnya memang berkesan.

Cuma gosok  sebiji Panadol Soluble pada permukaan seterikaPanaskan seterika dan basahkan Panadol.

2. Kemudian gosokkan  Panadol yang dibasahkan tadi pada permukaan seterika yang ada kesan hitam. Gunakan alat yang sesuai supaya tangan tidak terkena pada seterika yang terlalu panas.

3. Semasa menggosok Panadol ini, akan berlaku tindak balas untuk menghilangkan kesan hitam jadi jangan panik , godok sehingga panadol cair sepenuhnya.

4. Kemudian lapkan permukaan seterika dengan kain tebal supaya tidak terkena tangan.

5 .Hasilnya, Bersih dan berkilat seperti baru dibeli. Ok bole cuba kepada sesiapa yang mempunyai seterika dengan kesan terbakar.

Selamat mencuba!!!

 

Sumber: Achai Wong

The post Tip Mudah Hilangkan Kesan Hitam Dan Hangus Pada Permukaan Seterika appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 22, 2022 04:32

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.