Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 257

February 7, 2022

Iklan Jawatan Kosong Di Instititut Pendidikan Guru (IPG) 2022

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) membuka iklan jawatan kosong bagi Permohonan Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum dan Pegawai Pengurusan pada tahun 2022.

Permohonan dibuka kepada semua di IPGK yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun.

Baca juga:

Kemaskini Maklumat Guru Secara Online Dengan eOperasi KPMSPLKPM Login – Daftar & Kemaskini Modul IndividuTarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan akan dibuka pada 8 Februari – 25 Februari 2022.

Syarat Permohonan:

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan:

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah telah disahkan dalam perkhidmatan.Pemohon mestilah mempunyai tahap kesihatan yang baik.Pemohon mestilah tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik yang diperlukan.Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.Calon yang berjaya ditempatkan di IPGK perlu berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebelum boleh memohon ke mana-mana Bahagian atau agensi awam atau swasta.Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Kedoktoran (Ph.D).Lain-lain.Cara Permohonan:

Berikut merupakan cara permohonan jawatan ini:

Langkah 1: Layari portal Kementerian Pendidikan Malaysia.

Langkah 2: Isi maklumat dengan lengkap.

Langkah 3: Cetak borang permohonan daripada sistem.

Langkah 4: Lampirkan dokumen sokongan.

Langkah 5: Dapatkan pengesahan dan sokongan daripada Pengetua/ Guru Besar dan Pengarah JPN.

Dokumen Sokongan:

Berikut merupaan senarai dokumen sokongan yang perlu disahkan dan dilampirkan bersama borang permohonan.

1 Salinan Resume terkini.1 Salinan Kad Pengenalan.1 Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini.1 Salinan Sijil-sijil Akademik (SPM/ STPM/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD).1 Salinan Sijil-sijil Kokurikulum/ Penglibatan NGO.1 Salinan Sijil Kelayakan Profesional (sekiranya ada).1 Salinan Testimonial/ Pengesahan Kerja daripada majikan.

Borang yang lengkap perlu dihantar selewat-lewatnya pada tarikh tersebut ke alamat berikut:

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan
63000 Cyberjaya, SELANGOR

Tarikh Tutup Permohonan:

Tarikh akhir untuk memohon adalah sebelum 25 Februari 2022 (Jumaat) jam 5.00 PETANG.

Semakan Permohonan:

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan:

Semakan boleh disemak menerusi Portal SGMy. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga.Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam bulan dari tarikh iklan.Permohonan yang tidak lengkap tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan pengarah JPN akan ditolak oleh Bahagian ini dan tidak akan diproses.Tarikh Semakan Status Temuduga:

Tarikh semakan status calon yang berjaya dipanggil temuduga adalah mulai 28 Mac 2022 (Isnin).

Tarikh Semakan Status Berjaya:

Tarikh semakan status calon yang berjaya adalah pada 25 Mei 2022.

Muat Turun Dokumen:

Berikut merupakan dokumen-dokumen yang berkaitan:

IKLAN JAWATAN 2022

LAMPIRAN A

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia atau hubungi talian 03-8312 6666/ 6644/ 6613.

The post Iklan Jawatan Kosong Di Instititut Pendidikan Guru (IPG) 2022 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 07, 2022 00:21

February 6, 2022

Semak Penyata KWSP Melalui IC – Mudah Je!

Ramai yang ingin tahu cara untuk semak penyata KWSP melalui IC secara online tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat atau kiosk KWSP.

Berikut dikongsikan info dan maklumat ringkas berkaitan KWSP online.

Lebih 10 juta rakyat Malaysia
dan dapat BANTUAN KERAJAAN di sini!
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Semak Penyata KWSP Melalui IC 2022

Jika anda ingin semak penyata KWSP anda menggunakan IC, anda perlulah daftar terlebih dahulu dalam sistem i-Akaun KWSP.

Dapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara anda serta aktifkan akaun tersebut  dengan menghubungi KWSP di talian 03-89226000

Atau anda juga boleh buat perkara tersebut di kaunter/ kiosk KWSP berdekatan anda.

Selepas daftar, anda kini boleh akses akaun KWSP anda dengan hanya masukkan nombor ID sahaja.

Semak i-Akaun-KWSP

Semak KWSP Melalui Telefon

Untuk semak nombor ahli KWSP anda, sila hubungi KWSP di talian

03 – 8922 6000

Waktu beroperasi adalah Isnin hingga Jumaat, dibuka pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Kemudahan I-Akaun

Terdapat pelbagai manfaat lain yang disediakan dalam sistem i-Akaun ini, antaranya :

Boleh buat permohonan pengeluaranSemakan status permohonan pengeluaranBoleh semak informasi berkaitan dengan nominationdan banyak lagi

Semoga bermanfaat.

The post Semak Penyata KWSP Melalui IC – Mudah Je! appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 06, 2022 23:38

Semakan Daftar Pemilih SPR 2022

Tahukah anda, semakan pendaftaran pemilih bagi Pilihan Raya telah dibuka. Setiap pengundi yang mendaftar untuk mengundi di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bolehlah melakukan semakan di portal semakan SPR.

Melalui semakan ini, anda dapat mengetahui lokasi tempat mengundi anda.

Baca juga:

Kemaskini Alamat Pengundi MySPR Anda & Semakan Secara OnlineJawatan Kosong SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)Cara Semak Daftar Pemilih SPR 2022:

Berikut merupakan cara untuk menyemak Daftar Pemilih:

1.Semakan Secara Online:

Langkah 1: Layari laman web rasmi SPR.

Langkah 2: Masukkan Nombor Kad Pengenalan.

Langkah 3: Masukkan Aksara Captcha.

Langkah 4: Tekan SEMAK.

Langkah 5: Semakan Daftar Pemilih akan di paparkan.

2. Semakan Secara SMS:

Langkah 1: Buka SMS pada telefon anda.

Langkah 2: Taip SPR SEMAK No.I.C ( Contoh 85011126609).

Langkah 3: Tekan hantar ke 15888.

Langkah 4: Semakan Daftar Pemilih akan di paparkan.

Syarat Kelayakan Mendaftar:

Berikut merupakan syarat minimum untuk layak menjadi pemilih:

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.Pemohon mestilah bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan.Pemohon mestilah tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Daftar Dan Tukar Alamat Mengundi MySPR Online

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

The post Semakan Daftar Pemilih SPR 2022 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 06, 2022 22:35

Kehadiran Iqbal Dalam Program Big Stage Timbulkan Kontroversi

Kehadiran Iqbal Dalam Program Big Stage telah menimbulkan kontroversi yang hangat malah mendapat kritikan yang cukup banyak daropda para nerizem Malaysia.

Pada mulanya rata – rata penonton merasa teruja demngan peserta yang bakal bertanding namun merasa kecewa apabila melihat kemunculan Iqbal malah terdapat juga kemunculan DSV yang juga bekas kekasih Iqbal muncul dalam program tersebut.

Juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai juga dikatakan terkejut dengan kemunculan usahawan viral itu malah Ajai tidak keberatan memerikan markah yang corot kepada Iqbal namun masih mendapat simpati para juri lain dengan memberikan markah kepadanya.

Iqbal yang muncul di atas pentas sebagai peserta ke-12 dengan menyanyikan lagu ‘Biar Bulan Bicara’ dari Broery Marantika kelihatan bersemangat untuk menjayakan program tersebut dan merasa kecewa dengan markah yang diberikan kerana para juri merasakan suaranya tidak sedap.

Bagaimanapun,para penonton dan juga netizen meluahkan rasa kurang senang dan mengkritik kehadiran Iqbal dalam Bid Stage kerana tidak setanding dengan peserta lain .

Tetapi tidak kurang juga ada peminat yang menyokong usahanya untuk mengembangkan bakat dan minatnya dalam industri muzik dan berharap agar Iqbal lebih berusaha dan sabar sebelum berajaya.

Ini telah menaikkan semangatnya untuk menjayakan program tersebut dengan mengambil kelas vokal dan beljar dari orang yang berpengalaman.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Iqbal ada menyampaikan bahawa pada awalnya dia sudah menolak tawaran untuk terlibat dalam Big Stage itu.

Namun, selepas merasakan ia adalah peluang sekali seumur hidup, dia memohon untuk kembali dan diberikan keizinan untuk sertai rancangan itu dan nampaknya tidak berjaya menarik minat penonton.

Pihak Astro juga dikecam kerana merosakkan industri musik tanah air dan juga kredibiliti program Big Stage yang sepatutnya disertai oleh peserta yang berbakat dan boleh bertanding secara sihat dengan peserta yang lainnya.

Astro dikatakan sengaja menarik perhatian penonton demi marketing bagi menaikkan rating siarannya. Kebanyakkan penonton mengkritik astro atas kehadiran Iqbal walhal ramai lagi peserta yang layak menyertai program tersebut.

Dalam pada itu Iqbal sempat mengatakan bahawa dirinya akan menarik diri jika membuat penonton benci dan kecewa namun masih mempunyai masa 1 minggu untuk membuktikan bahawa dirinya mampu menjadi seorang penyanyi.

The post Kehadiran Iqbal Dalam Program Big Stage Timbulkan Kontroversi appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 06, 2022 21:38

Nubhan Hadiahkan Klinik Gigi Untuk Isteri Tercinta Selepas Melahirkan Anak Ketiga

Baru – baru ini Nubhan berkongsi berita gembira atas kelahiran anak ketiganya yang mana dilahirkan sihat dan isterinya kini dalam proses berpantang,

Nubhan yang kini menjadi usahawan dengan produk makanan ibunya Mak Jenny dikhabarkan sangat maju dan berjaya hingga mempunyai banyak agen di seluruh Malaysia .

Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, Nubhan berkata kejutan itu adalah sempena isterinya melahirkan cahaya mata mereka yang ketiga dan ia merupakan rezeki anak ketiganya itu.

Nubhan sangat berbesar hati dan gembira apabila dapat menunaikan hasrat isterinya itu untuk memilik klinik gigi sendiri dan bekerja sendiri.

Isterinya merupakan seorang pegawai pergigian namun meninggalkan kerjaya tersebut sekitar tahun 2020 demi menguruskan rumah tangga dan perniagaan bersama suami.

Pengorbanan isterinya itu dibalas dengan klinik yang akan diusahakan oleh isterinya itu tidak lama lagi yang mana dikhabarkan klinik tersebut akan dirasmikan pada bulan depan yang mana Klinik  itu diberi nama Klinik Pergigian Lantara dan terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

“Alhamdulillah… impian isteri saya @drfietawfek dah tercapai! Dia nak sangat klinik gigi sendiri… mungkin rezeki baby baru ni.

“Sebagai suami, saya akan sentiasa menjadi tulang blakang depan kiri dan kanan wife saya. Dan merealisasikan impian org tersayang adalah satu kebahagiaan buat saya,” tulisnya.

Nubhan juga berkongsi yang isterinya itu sudah tidak sabar untuk merasmikan klinik tersebut tetapi masih dalam tempoh berpantang .

Iterinya itu sudah lama berhasrrat namun belum mempunyai kesempatan serta belum bersedia sepenuhnya memikul tanggungjawab tersebut malah terlalu sibuk menguruskan keluarga .

Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nuhban Ahmad, 36, berkata dia mengambil masa tujuh bulan untuk membuat persiapan membuka klinik gigi tersebut dan kini sedang sibuk dengan urusan perniagaan malah mengakui dirinya sekarang terpaksa memperlahankan kerjaya seni demi memperluaskan peniagaan yang sedang diusahakan.

Mengakui dirinya terpaksa menolak twaran lakonan dan juga nyanyian kerana bimbang tidak mampu memberikan komitmen masa kepada team dan menyusahkan team kerja.

Berkongsi bahawa dirinya juga berhasrat untuk mengeluarkan single baharu namun terpaksa ditangguhkan juga kerana kekangan masa.

Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Afifah pada 20 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata Aafiya Kamilia, 5, Ahmad Aafan,4 dan Afzan kini berusia 21 hari.

The post Nubhan Hadiahkan Klinik Gigi Untuk Isteri Tercinta Selepas Melahirkan Anak Ketiga appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 06, 2022 06:09

TERBAIK! Ini Cara Mohon Bantuan Subsidi Carseat Untuk Ibu Bapa B40

Permohonan untuk bantuan subsidi carseat 2022 telah dibentangkan kerajaan dalam Bajet 2022 melibatkan lebih 188,000 penerima yang layak.

Lebih 10 juta rakyat Malaysia
dan dapat BANTUAN KERAJAAN di sini!
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Bantuan Car Seat 2022

Menteri kewangan telah mengumumkan subsidi sebanyak 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian car seat/ kerusi keselamatan bayi khas untuk golongan B40.

Tujuan rebat ini diwujudkan adalah untuk meringankan beban rakyat untuk beli CRS (Child Restraint Systems) ini disamping menjamin keselamatan kanak-kanak.

Syarat Kelayakan Bantuan Baby Car Seat

Berikut adalah syarat kelayakan bagi penerima subsidi Carseat CRS 2022 :

Warganegara Malaysia.Merupakan golongan isi rumah B40.Pemohon berumur 21 tahun dan ke atas.Mempunyai anak/ anak jagaan/ anak angkat berumur 12 tahun dan ke bawah.Rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yang telah diterima daripada LHDN.Data tambahan bagi kategori miskin diperoleh daripada pihak ICU berpandukan pada rujukan garis kemiskinan tahun 2019.Satu keluarga hanya layak mohon satu sahaja.Cara Mohon Bantuan Carseat

Untuk permohonan dan cara tebus subsidi pembelian child carseat ini, sila ikuti langkah berikut :

Semak kelayakan anda (rujuk syarat kelayakan).Anda boleh mohon di www.mycrs.gov.my (website akan dibuka pada tarikh rasmi) bermula pada 1 Mac 2022.Sila semak keputusan permohonan anda pada 1 April 2022.Pemohon yang layak boleh claim subsidi dengan membuat pembelian melalui penjual bertauliah yang disenaraikan dengan harga rebat.Tarikh Rasmi Permohonan

Permohonan boleh dibuat pada 1 Mac 2022.

Semakan status permohonan bermula pada 1 April 2022.

Pembelian dan proses tuntutan bermula 15 April hingga 15 November 2022.

Untuk makluman, anda hanya boleh tebus carseat yang diiktiraf dan mempunyai piawaian berikut :

Ada piawaian standard United Nation Regulation No 44 tau No 129Ada kelulusan Jenis Komponen (CTA) oleh JPJAda pelekat label Kod QR MIROS

Sila lihat gambar rajah di bawah untuk maklumat lanjut :

Semakan senarai carseat akan dikemaskini di laman web MIROS dari semasa ke semasa.

The post TERBAIK! Ini Cara Mohon Bantuan Subsidi Carseat Untuk Ibu Bapa B40 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 06, 2022 00:51

February 5, 2022

Kanak-Kanak 5 tahun Terjatuh Ke Dalam Perigi Buta Tempoh Hari Disahkan Meninggal Dunia

Perkhabaran dari Istana Diraja Maghribi telah mengesahkan kanak-kanak yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter, Rayan Awram, telah meninggal dunia selepas diselamatkan kerana sudah lemah dan tidak bermaya.

Dikhabarkan bahawa Raja Maghribi iaitu Raja Mohammed VI membuat panggilan telefon kepada ibu bapa Rayan, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh, untuk mengucapkan takziah kepada keluarga atas kematian tragis kanak-kanak tersebut.

Malah wakil daripada pihak Istana iaitu Raja Mohammed juga menzahirkan penghargaannya atas usaha gigih yang dilakukan oleh pasukan penyelamat sejak Selasa lalu sehingga kanak – kanak itu dapat dibawa keluar.

Berdasarkan laporan daripada pihak media , kanak-kanak lelaki tersebut dibalut dalam selimut kuning dan dibawa keluar dari terowong yang digali khusus untuk operasi menyelamat.

Malah telah dikejarkan segera dengan ambulans ke helikopter untuk diterbangkan ke hospital terdekat namun tidak lama selepas itu pihak istana mengeluarkan kenyataan mengesahkan kematiannya.

Adik Rayan dilaporkan telah meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya membawanya keluar dari lubang perigi tersebut.

Sebelum itu, terdapat seorang doktor yang menyertai pasukan penyelamat juga turut serta memasuki terowong untuk memeriksa keadaannya, sebelum dia dibawa keluar dari perigi.

Malah daripada hasil pemeriksaan awal telah mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada paru-paru dan tulang belakang.

Terdahulu , Rayan dikhabarkan telah terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.

Perigi yang sedalam 30 meter itu membuatkan pasukan penyelamat terpaksa membawa masuk jentolak untuk menggali tanah yang membolehkan mereka memasuki ke dalam untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu.

Rakyat Maghribi dan seluruh penduduk di serata dunia tidak ketinggalan menyaksikan perkembangan operasi menyelamat Rayan dari masa ke semasa malah rata – rata megucapkan takziah kepada ibu bapa dan kelurga Rayan atas kepergiannya.. Semoga Syurga Tempatnya..Amin…

The post Kanak-Kanak 5 tahun Terjatuh Ke Dalam Perigi Buta Tempoh Hari Disahkan Meninggal Dunia appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 05, 2022 21:27

Kanak-Kanak 5 tahun Jatuh Perigi Tempoh Hari Disahkan Meninggal Dunia

Perkhabaran dari Istana Diraja Maghribi telah mengesahkan kanak-kanak yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter, Rayan Awram, telah meninggal dunia selepas diselamatkan kerana sudah lemah dan tidak bermaya.

Dikhabarkan bahawa Raja Maghribi iaitu Raja Mohammed VI membuat panggilan telefon kepada ibu bapa Rayan, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh, untuk mengucapkan takziah kepada keluarga atas kematian tragis kanak-kanak tersebut.

Malah wakil daripada pihak Istana iaitu Raja Mohammed juga menzahirkan penghargaannya atas usaha gigih yang dilakukan oleh pasukan penyelamat sejak Selasa lalu sehingga kanak – kanak itu dapat dibawa keluar.

Berdasarkan laporan daripada pihak media , kanak-kanak lelaki tersebut dibalut dalam selimut kuning dan dibawa keluar dari terowong yang digali khusus untuk operasi menyelamat.

Malah telah dikejarkan segera dengan ambulans ke helikopter untuk diterbangkan ke hospital terdekat namun tidak lama selepas itu pihak istana mengeluarkan kenyataan mengesahkan kematiannya.

Adik Rayan dilaporkan telah meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya membawanya keluar dari lubang perigi tersebut.

Sebelum itu, terdapat seorang doktor yang menyertai pasukan penyelamat juga turut serta memasuki terowong untuk memeriksa keadaannya, sebelum dia dibawa keluar dari perigi.

Malah daripada hasil pemeriksaan awal telah mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada paru-paru dan tulang belakang.

Terdahulu , Rayan dikhabarkan telah terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.

Perigi yang sedalam 30 meter itu membuatkan pasukan penyelamat terpaksa membawa masuk jentolak untuk menggali tanah yang membolehkan mereka memasuki ke dalam untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu.

Malah rakyat Maghribi dan seluruh penduduk di serata dunia tidak ketinggalan menyaksikan perkembangan operasi menyelamat Rayan dari masa ke semasa.

The post Kanak-Kanak 5 tahun Jatuh Perigi Tempoh Hari Disahkan Meninggal Dunia appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 05, 2022 21:23

Sharifah Sakinah Akui Sudah Berkahwin Dengan Kekasih Hati

Setelah lama mendiamkan diri , akhirnya, pelakon Sharifah Sakinah mengumumkan yang dia sudah bergelar isteri kepada kekasih hatinya yang berasal daripada Sweden bernama Michael Hansen.Baru – ini satu terdapat satu perkongsian dari Ig miliknya ,Sakinah ada berkongsi tentang pencapaian dirinya yang  telah berjaya mendirikan pusat kecergasan untuk wanita yang mana ia dibangunkan oleh dia dan suaminya sejak setahun lalu.Dalam perkongsian tersebut dia sempat mengakui bahawa dirinya sudah lama berkahwin dengan kekasihnya itu dan sudah sah menjadi isteri kepada jejaka Sweden tersebut .Malah menegaskan bahawa dia tidak ingin berkongsi tentang khabar gembira tersebut disebabkan oleh adalah beberapa faktor peribadi.“Ya, kami sudah berkahwin pada yang bertanya. Bagi mereka yang tertanya-tanya kenapa kami tak kongsikan tentang perkahwinan adalah kerana faktor isu peribadi dan juga hal berkaitan agama.“Kami pilih untuk keep it low sebelum ini. Sekarang sudah rasmi, tak payah tanya lagi okay. Terima kasih dan sayang semuanya,” tulisnya.Walaubagaimanapun dalam entri berkenaan Sakinah tidak ada berkongsi tentang tarikh perkahwinan mereka dan tidak mahu dipertanyakan lagi tentang soalan itu pada masa akan datang.Dalam ruangan komen juga terdapat rakan artis yang mengucapkan tahniah atas pencapaian pusat kecerdagasan miliknya itu yang mendapat sambutan hangat dan mengucapkan tahniah diatas perkahwinannya bersama lelaki pilihan hatinya.Terdahulu, pernah dikhabarkan  yang Sakinah sudah mengikat tali pertunangan pada Disember 2020 dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu.

Sekadari info , Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020.

Daripada perkahwinan tersebut , mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

The post Sharifah Sakinah Akui Sudah Berkahwin Dengan Kekasih Hati appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 05, 2022 04:55

Published on February 05, 2022 04:53

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.