Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 253

February 15, 2022

Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah Bank Rakyat 2022

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi untuk menerima pendidikan sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Bank Rakyat ini adalah terbuka untuk semua peringkat pengajian. Pelajar dikehendaki membuka Akaun Simpanan Bank Rakyat sebelum memohon Tajaan PPBU dengan jumlah minimum RM 100.00.

Baca juga:

Bank Tawar Pinjaman Peribadi Wang Segera 2022Bantuan Khairat Kematian KWSP – Boleh Tuntut RM2,500.00!Tarikh Permohonan:

Permohonan boleh dibuat mulai 15 Februari 2022 sehingga 15 Mac 2022.

Kelebihan PPBU Bank Rakyat:

Berikut merupakan kelebihan PPBU Bank rakyat:

Jika peminjam tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas, peminjam tidak perlu buat sebarang bayaran balik pinjaman.Jika peminjam tamat pengajian dengan CGPA 3.00 – 3.49, peminjam hanya perlu bayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.

Sila rujuk jadual pembayaran balik PPBU Bank Rakyat di bawah:

CGPADISKAUNPEMBAYARAN BALIK3.50-4.00100%0%3.33-3.4990%10%3.00-3.3280%20%2.75-2.9950%50%2.50-2.7430%70%<2.500%100%Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan:

Berikut merupakan jumlah pembiayaan pendidikan yang ditawarkan:

Ijazah Kedoktoran : RM18,600 setahun.Ijazah Sarjana : RM12,000 setahunIjazah Kedoktoran : RM18,600 setahunIjazah Sarjana : RM12,000 setahunIjazah Sarjana Muda : RM9,500 setahun (RM6,500 untuk UiTM)Diploma : RM7,500 setahun (RM5,000 untuk UiTM dan Politeknik)Diploma Kemahiran : RM30,000 (Sehingga 3 tahun).Sijil Kemahiran : RM4,920 setiap peringkat (peruntukan termasuk yuran dan kos sara hidup).Kursus Yang Ditawarkan:

Berikut merupakan kursus-kursus yang ditawarkan:

Kursus Perakaunan.Kursus Perbankan.Kursus Pengurusan perniagaan.Kursus Sumber Manusia.Kursus Ekonomi.Kursus Komunikasi Media.Kursus Undang-undang.Kursus Sains Aktuari.Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk PPBU Bank Rakyat 2022:

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah seorang yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran.Pemohon mestilah berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa memohon Pembiayaan PPBU, dan tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Profesional).Jika pemohon sedang dalam pengajian Sarjana dan PhD, calon dikehendaki menamatkan pengajian sebelum umur 45 tahun.Pemohon mestilah pelajar sepenuh masa.Cara Permohonan:

Berikut merupakan cara untuk memohon PPBU:

Langkah 1: Layari laman sesawang Yayasan Bank Rakyat.

Langkah 2: Pilih ” PPBU APPLICATION“.

Langkah 3: Isi maklumat anda.

Langkah 4: Hantar.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Yayasan Bank Rakyat atau hubungi  di talian +603 2612 9600.

The post Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah Bank Rakyat 2022 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 15, 2022 23:37

Ada Hutang Yang perlu Dilunaskan , Shuk Sahar Terpaksa Jual Banglo Beharga RM 1.2 Juta Untuk Meneruskan Hidup

Setelah berkali – kali dikecam dan juga viral baru-baru ini malah Shuk mengambil keputusan untuk mendiamkan diri bagi meredakan kontroversi berkenaan dirinya.

Kini Shuk Sahar kembali dengan membuat live di Tik Tok miliknya mengakui dirinya menyesal kerana sudah berulang kali berlaku curang terhadap isterinya.

Dia juga dengan sedih menyatakan dirinya tidak bahagia kerana tindakkannya menduakan isterinya malah memberikan pesan dan nasihat kepada lekaki diluar sana supaya menghentikan niat tersebut serta jangan jadi sepertinya.

Kini terdapat pulak satu kenyataan daripada Shuk yang mengesahkan bahawa dia sudah menjual rumah banglo  miliknya dengan nilai RM1.2 juta demi meneruskan kehidupan dan melangsaikan semua hutang yang tertunggak.

Shuk juga memberitahu bahawaa rumahnya terletak di Denai Alam, Shah Alam itu sudah ada pembeli dan sudah dibayar dengan wang pendahuluan.

“Alhamdulillah, rumah saya sudah ada pembeli dan bayar wang pendahuluan. Kalau boleh saya malas nak komen panjang. Macam saya cakap pada sesi siaran langsung di TikTok, saya perlukan wang dan ingin buat sesuatu yang baharu.

Walaupun dia mengakui sayang untuk menjual rumah berkenaan namun tekad meneruskan keputusan itu kerana bimbang tidak mampu untuk menanggung komitmen pada masa akan datang.

Dia yang sudah di banned oleh beberpa stesen tv kini sudah kurang mendapat tawaran seperti dahulu dan masih berharap dirinya diterima semula dalam industri hiburan tanah air.

https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/02/download-4.mp4

 

Penyataan tentang perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan mungkin itu kifarah kerana berlaku curang terhadap isterinya yang begitu setia malah berkali -kali memaafkan Shuk .

Namun ada juga merasa kashan terdapat perkara yang menimpa Shuk dan mengatakan bahawa semua itu adalah  adalah ujian daripada Allah untuk Shuk berubah serta mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

 

 

 

Shuk nampaknya sudah kembali berbaik dengan isterinya dan berharap kontroversi yang berlaku dapat diselesaiakn dan tidak berlanjutan kerana ianya berkenaan dengan kerjaya seninya yang semakin merundum gara-gara perkara tersebut.

The post Ada Hutang Yang perlu Dilunaskan , Shuk Sahar Terpaksa Jual Banglo Beharga RM 1.2 Juta Untuk Meneruskan Hidup appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 15, 2022 07:24

February 14, 2022

Bapa Belum Dikebumikan , 3 Beradik Sempat Buat TikTok “Trend” Di Sebelah Jenazah Bapanya

Kehilangan adalah sesuatu perkara yang tidak digambarkan dengan sekadar bersabar malah kehilangan orang tersayang sangat memberi kesan kepada jiwa dan raga.

Kebanyakkan Individu lebih memilih untuk mendiamkan diri dan juga meluahkan isi hati kepada orang terdekat bagi berkongsi kesedihan dan kekosongan hati.

Namun pada zaman yang serba moden kini, seseorang individu lebih gemar berkongsi rasa bahagia dan juga dan derita di media sosial seperti FAcebokk dan juga Instagram.

Namun kali ini , platform Tik Tok telah menggembarkan Malaysia apabila menyiarkan satu video yang menghadirkan 3 bersaudara membuat video di sebelah jenazah bapa mereka yang baru sahaja meninggal dunia.

Dalam video berdurasi 18 saat itu, mereka merakamkan trend ‘sebelum dan selepas’ yang telah menjadi ikutan di media sosial malah mendapat banyak tontonan.

Rakaman ‘sebelum’ pada Oktober 2021 menunjukkan ketiga-tiga mereka sedang menari ketika duduk, dan seorang lelaki dipercayai bapa mereka berdiri di belakang.

Dan disusuli dengan rakaman ‘selepas’ iaitu pada Februari 2022 di mana ketiga-tiganya memakai tudung dan berjubah dengan kedudukan sama, namun kali ini berdiri bersebelahan dengan jenazah bapa mereka dengan beberapa kata yang ditulis “Rasa sekejap sangat bersama papa. Perginya papa pada hari Jumaat setelah bertarung 33 hari di ICU (unit rawatan rapi).

https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/02/274090148_124297620116263_7875786161006352841_n.mp4

 

Semoga syurga tempatmu papa bersama para hambaNya yang soleh. Amin,” tulisnya menerusi keterangan video, tanpa mendedahkan lokasi rakaman.

“Hargailah mereka selagi ada. S4kit dan sedih yang terdalam. Terima kasih Allah berikan kami ayah terhebat! Kami akan menyusulmu. Al-Fatihah untuk papa,” tambahnya.

Dalam pada itu melalui sumber yang boleh dipercayai , arwah bapa mereka menghidapi kanser tahap empat dan sebelum ini telah menjalani kem0terapi namun tidak dapat bertahan dan meninggal dunia.

Susulan daripada siaran TikT0k pada awal pagi Isnin lalu menimbulkan pelbagai reaksi dengan rata-rata netizen menyifatkan rakaman bersama jenazah seperti itu adalah tidak menghormati jenazah dan bukan ikutan yang baik  untuk menjadi trending.

.

 

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Januari 2021 pernah tampil memberikan penjelasan bahawa merakam , membuat video dan mengambil gambar orang yang telah meninggal dunia lalu menyebarkan adalah tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang muslim kerana perkara itu adalah tidak beretika.

Kerana bimbang perkara tersebut boleh mengundangkan fitnah dan perasaan tidak selesa terhadap keluarga dan juga orang yang terdekat.

Namun jika perkara tesebut memberi manfaat dan pengajaran malah mendapat keizinan kesemua ahli keluarga tanpa meyebarkan aib si mati ,maka ianya dibolehkan.

Berikutan daripada kecaman daripada pebgguna Tik Tok , video tersebut disahkan telah dipadamkan daripada akaun TikT0k yang mempunyai lebih 91,000 pengikut.

The post Bapa Belum Dikebumikan , 3 Beradik Sempat Buat TikTok “Trend” Di Sebelah Jenazah Bapanya appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 14, 2022 22:27

Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2022

Berita baik bagi anda yang belum memiliki rumah,Kerajaan telah mengeluarkan satu inisiatif yang digelar sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap tetapi masih boleh memiliki rumah.

Jaminan yang ditawarkan sehingga RM2 bilion melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan tiada pendapatan tetap dan jaminan kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap.

Baca juga:

Semakan BKM 2022 – Permohonan & KemaskiniJadual Pembayaran BKM (March Hingga Disember 2022)Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi Skim Jaminan Kredit Perumahan:

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan lebih.Pemohon mestilah berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM700.0 juta yang pertama sahaja).Pemohon mestilah membuat pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.Pemohon mestilah membuat pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.Pemohon mestilah berpendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.Kreteria Pembayaran Pembiayaan:

Berikut merupakan kreteria pembayaran pembiayaan:

Jumlah Pembiayaan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT).Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka sahaja.Tempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.Kadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman.MRTA / MRTT : Wajib.Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan.Cara Permohonan:

Berikut merupakan cara-cara untuk memohon:

Langkah 1: Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli.

Langkah 2: Dapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.

Langkah 3: Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli

Langkah 4: Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih).

Langkah 5: Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Institusi Kewangan Yang Terlibat:

Affin Bank – 03 2055 9000

Affin Bank Islamic – 03 2055 9000

Agro Bank – 03 2731 1600

Alliance Bank – 03 694 8800

Alliance Islamic Bank – 03 694 8800

AmBank Berhad – 03 2167 3000

AmIslamic Bank Berhad – 03 2167 3000

Bank Islam – 03 2690 0900

Bank Muamalat – 03 2698 8787

Bank Simpanan Nasional – 03 2162 3222

Bank Rakyat – 03 2612 9600

Hong Leong Bank Berhad – 03 2164 3939

Hong Leong Islamic Bank Berhad – 03 2164 3939

Maybank – 03 2070 8833

Maybank Islamic- 03 2297 2001

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Skim Jaminan Kredit Perumahan atau hubungi di talian 03-2096 5000.

The post Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2022 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 14, 2022 22:18

Permohonan Elaun Mencari Pekerjaan SIP PERKESO 2022

Berita baik bagi graduan baru atau penganggur, PERKESO ada menawarkan satu program Sistem Insuran Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+). Pemohon berpeluang menerima Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)  dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB).

Tujuannya adalah untuk menyokong mereka melalui pencarian pekerjaan baru dengan membantu mereka menampung perbelanjaan asas. Tempoh aktiviti pencarian pekerjaan adalah selama 3 bulan yang bermula sebaik sahaja permohonan SIP dikemukakan.

Bantuan kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh 2 bulan sahaja. Bayaran RM400 one-off lElaun Persediaan Bekerja (EPB) akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan SIP.

Baca juga:

Bantuan Kewangan Program KerjayaGig PERKESOCara Mohon Bantuan Elaun RM1000 Daripada PERKESOSyarat Kelayakan SIP EMP+:

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk permohonan ini:

Pemohon mestilah belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021.Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun.

Nota: Permohonan bantuan SIP EMP+ bagi golongan bukan pencarum dibuka bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2022.

Kadar Bayaran SIP EMP+:

Berikut merupakan kadar bayaran Program SIP EMP+:

Setiap permohonan yang diluluskan layak menerima EMP berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh tiga bulan sahaja.Setiap bayaran EPB akan diberikan sekiranya pemohon berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh empat bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.Pembayaran akan dilakukan dalam tempoh 14 sehingga 30 hari selepas tuntutan diluluskan dan dikreditkan terus ke dalam akaun pemohon secara (EFT).

Contoh penjelasan kadar bayaran:

Sekiranya calon mendapat pekerjaan baharu semasa menerima EMP yang pertama, kedua atau ketiga, maka bayaran tambahan RM400 dibayar terus pada bulan yang sama.

Cara Mohon SIP EMP+:

Berikut merupakan cara-cara untuk memohon:

Langkah 1: Layari website rasmi Perkeso.

Langkah 2: Klik pada Log masuk.

Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 4: Muatnaik dokumen yang berkaitan.

Langkah 5: Klik Hantar.

Dokumen Sokongan:

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan:

1 Salinan kad pengenalan.1 Salinan penyata akaun bank.Bukti kehadiran 3x temu duga dalam tempoh EMP.Kemaskini aktiviti temu duga di Portal MyfutureJobs.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang PERKESO atau hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

The post Permohonan Elaun Mencari Pekerjaan SIP PERKESO 2022 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 14, 2022 22:13

Permohonan Masuk Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UM 2020

Kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Fakulti Pendidikanada menawarkan kemasukan ke program pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) ambilan 2021/2022 (kemasukan September 2022).

Jumlah Yuran bermula RM11,000 mengikut makluman terkini di laman web UM.

Baca juga:

Iklan Jawatan Kosong Di Instititut Pendidikan Guru (IPG) 2022Pembelajaran Dalam Talian Secara Percuma dengan Portal Delima – Kementerian Pendidikan MalaysiaKreteria Diploma:

Berikut merupakan perincian diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UM 2022:

Nama Program: Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP)Tahap Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF): Diploma Pascasiswazah: Tahap 7Mod Penawaran: Kerja KursusKredit Bergraduat: 36 jam kreditKaedah Pengajian: Sepenuh MasaTempoh Minimum: 1 tahun (2 semester)Tempoh Maksimum: 3 tahun (6 semester)Syarat Permohonan:

Berikut merupakan syarat untuk memohon:

Pemohon mestilah pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0).Pemohon mestilah pelajar Ijazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7).Pemohon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan.Pemohon mestilah lulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti Pendidikan.Pemohon mestilah mendapat kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa.Pemohon mestilah mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya.Pemohon mestilah lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) atau ujian psikometrik lain yang diperakukan oleh Fakulti Pendidikan dan temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan.Bagi pengkhususan Pendidikan Tahfiz, calon yang memiliki kelayakan tahfiz pada peringkat sijil/diploma berserta ijazah pertama yang bersesuaian atau ijazah pertama dalam pengkhususan yang berkaitan, boleh dipertimbangkan.Bagi pengkhususan PBISBK, calon perlu membuktikan tahap kecekapan Bahasa Inggeris melalui MUET dengan skor sekurang-kurangnya Band 4.0; atau IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) dengan skor sekurang-kurangnya Band 6; atau TOEFL (Test of English as a Foreign Language) dengan skor sekurang-kurangnya 550 (PBT), 213 (CBT) dan 80 (IBT) atau kelayakan Bahasa Inggeris lain yang diperakukan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa.Jika pemohon adalah calon antarabangsa, pemohon perlu mempunyai sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) band 5.5 atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor 550 (Paper based)/ TOEFL-CBT (Computer based) 213/TOEFL- IBT (Internet based) 80 jika ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar atau lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Universiti Malaya.Pemohon mestilah memenuhi keperluan syarat Bahasa Malaysia sebelum penganugerahan ijazah.Jika pemohon adalah pelajar OKU, calon yang berkeperluan khas, selain syarat yang dinyatakan, permohonan calon boleh dipertimbangkan tertakluk kepada tahap keperluan khas dan ketidakupayaan, serta kesesuaian dengan keperluan/pengkhususan program.Permohonan Dibuka:

Permohonan boleh dimohon di laman sesawang Universiti Malaya mulai 1 Februari hingga 15 April 2022 bagi kemasukan September 2022.

Bidang Pengkhususan:

Berikut merupakan bidang yang disediakan serti pendidikan:

Rujuk Bidang pengkhususan yang ditawarkan

SejarahBahasa CinaBahasa MelayuJasmani & KesihatanMatematikTahfizKejuruteraanIslamSains KomputerFizik*Biologi*Kimia*TESL

*Jadual waktu fleksibel KECUALI bagi bidang pengkhususan ini.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Fakulti Pendidikan Universiti Malaya atau hubungi di talian 03 – 7967 5103 (Puan Eita).

The post Permohonan Masuk Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UM 2020 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 14, 2022 21:57

Kak KM Dikecam Berpakaian Seksi Semasa Majlis Akikah

Usahawan kosmetik Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM yang sudah habis berpantang selepas melahirkan anak keempatnya baru-baru ini mengadakan majlis akikah anaknya  selepas dua bulan kelahirannya.

Majlis yang meriah dihadiri keluarga terdekat dan juga sahabat handai namun diadakan secara kecil – kecilan dan tertutup.

Namun yang menjadi persoalan adalah pakaian yang dikenakan oleh Kak Km sangat mengundang kecaman kerana terlalu seksi dan tidak sesuai dengan majlis yang berlangsung.

Dia yang sememangnya terkenal dengan imej seksi dan terdedah nampaknya kurang peka apabila berpakaian seperti itu dalam majlis yang berkah itu.

Malah kehadiran anak perempuannya juga kelihatan tidak bertudung namun tidak memakai pakaian seksi.

Dia yang telah video majlis tersebut di aplikasi TikTok miliknya telah mendapat kecaman para netizen kerana tidak menghormati majlis dan hadirin yang hadir di majlis tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan, Kak KM dilihat menggayakan busana putih dengan bukaan luas pada bahagian lengan dan juga memakai shawl hanya sekadar menutup sebahagian kepala sahaja.

 

https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/02/download-3.mp4

 

Rata- rata memberikan nasihat dan memerli pasangan Kak Km dan juga dirinya yang sememangnya seksi tetapi salah memilih tempat untuk kelihatan seksi sebegitu.

Namun tidak kurang juga yang memuji tubuh badan Kak Km yang kelihatan semakin cantik dan langsing selepas melahirkan anak kerana dia sangat menjaga pantang dalam tempoh dua bulan selepas bersalin.

Ada yang berseloroh mengatakan mungkin busana itu tidak sempat siap atau lebih sesuai untuk dipakai ketika mengambil vaksin.

 

Kak Km dan suaminya Razman Ramli dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nabila, 19, Fariz, 15, Rania, 12, dan Cinta Carissa yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.

The post Kak KM Dikecam Berpakaian Seksi Semasa Majlis Akikah appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 14, 2022 06:40

February 13, 2022

Shukri Yahya Jadi Juru Solek , Solekkan Wan Sharmila Sebelum Penggambaran

Drama popular, 7 Hari Mencintaimu yang cukup popular dikalangan peminat dan penonton Tv3 kini sudah kembali memasuki set pengambaran bagi menjayakan musim ke-3 drama tersebut dan dikhabarkan bakal disiarkan pada bulan Ramadhan tahun ini.

Drama ini diterajui oleh nama-nama hebat dalam industri seni seperti pelakon  Siti Saleha, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkefli, Wan Sharmilla dan Liza Abdullah yang manan mereka adalah peneraju utama drama tersebut dan telah menjadi fenomena hingga kini.

Drama ini sentiasa menampilkan konflik baru dalam rumahtangga dan juga perhubungan setiap kali musim terbaru ditayangkan dan kali ini nampaknya semakin hebat konflik yang bakal muncul dan menguji kesabaran pada penonton.

Dalam satu perkongsian di Tik Tok baru – baru ini Shukri Yahya terlihat sedang sebuk menjadi juru solek bagi menyempurnakan makeup buat artis Wan Sharmila manakala terlihat Syazwan ada disamping mereka sedang berusaha memperbetulkan butang baju di bahagian tangan Wan sharmila.

 

https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/02/download-2.mp4

 

Shukri Yahaya telah ‘mengambil alih’ tugas jurusolek apabila memegang berus dan bedak untuk menyolek pelakon wanita, Wan Sharmilla yang mana Shukri kelihatan begitu bersungguh-sungguh dan profesional semasa melakukan solekan.

Wan Sharmila pulak hanya mampu menadah muka demi melayan kerenah pelakon utama drama tersebut dan tidak menolak untuk disolek malah memberikan arahan supaya solekan lebih sempurna.

Sebelumnya , Wan Sharmilla juga pernah mengambil tempat jurusolek dan cuba memperkemaskan solekan Shukri di set pengambaran dan meraka begitu terhibur dengan gurauan tersebut walaupun masing-masing terpaksa menadah muka untuk disolek.

 

https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/02/download-1-1.mp4

 

Nampaknya mereka begitu serasi dan enjoy semasa berada di set penggambaran kerana sudah sampai ke musim ketiga dan masih mengekalkan watak utama dalam drama tersebut dan membuatkan mereka serasi berkerja bersama tanpa sebarang tekanan di set penggambaran.

Rata – rata peminat drama dan juga pelakon drama ini berkongsi komen yang meyifatkan bahawa kesemua pelakon ini sangat santai semasa penggambaran dan tidak sabar untuk menantikan musim ke 3 yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadahan nanti.

 

Semoga penggambaran diteruskan dengan SOP yang telah ditetapkan agar penggambaran dapat disempurnakan dengan jayanya kerana para peminat sudah tidak sabar menanti drama best ini muncul lagi dan menduga emosi para penonton dengan kerenah dan juga konflik yang bakal muncul.

The post Shukri Yahya Jadi Juru Solek , Solekkan Wan Sharmila Sebelum Penggambaran appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2022 21:49

Saguhati Susulan Penangguhan Bagi Jemaah Umrah

Kerajaan Malaysia akan menyalurkan pembayaran saguhati sebagai tanda keprihatinannya kepada jemaah umrah yang terpaksa membatalkan ibadah umrah di Tanah Suci akibat penularan jangkitan virus Omicron bermula 8 Januari yang lalu.

MOTAC telah menyerahkan senarai nama sebanyak 8,027 jemaah umrah yang terkesan dan layak menerima saguhati kepada TH. Daripada jumlah tersebut, pihak TH mendapati seramai hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH.

Oleh kerana kaedah bayaran adalah melalui akaun simpanan TH, maka semua jemaah umrah yang masih belum mempunyai akaun simpanan TH diminta untuk membuka akaun TH sebelum tarikh pengkreditan saguhati dibuat.

Pengkreditan terus saguhati sebanyak RM1,671 seorang ke dalam akaun simpanan TH pada 18 Februari 2022, Jumaat ini.

Baca juga:

Bonus Hibah Tabung Haji 2022Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Secara Online, 1 Minit Selesai!Tarikh Bayaran:

Bayaran saguhati akan dibuat melalui akaun simpanan Tabung Haji pada 18 Februari ini.

Cara Permohonan:

Berikut merupakan cara untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang Tabung Haji.

Langkah 2: Masukkan ID pengguna.

Langkah 3: Tekan Daftar.

Langkah 4: Masukkan no kad pengenalan dan no akaun TH.

Langkah 5: Tekan berikutnya.

Nota: Anda juga boleh terus ke cawangan TH terdekat untuk tujuan pendaftaran dan akan dibantu sebaiknya oleh semua kakitangan di cawangan-cawangan TH.

Semakan Bayaran Saguhati:

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan:

Langkah 1: Layari laman sesawang Tabung Haji.

Langkah 2: Masukkan ID pengguna.

Langkah 3: Tekan Log Masuk.

Langkah 4: Butiran anda akan dipaparkan.

Kenyataan Media:

Berikut merupakan kenyataan media untuk rujukan:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Tabung Haji atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 603 – 6207 1919.

The post Saguhati Susulan Penangguhan Bagi Jemaah Umrah appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2022 21:21

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Tahun 2022

Berita baik bagi para mahasiswa, permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2022) kini telah dibuka. Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar yang berpotensi tinggi dan layak supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di institusi tempatan, sama ada awam ataupun swasta.

Biasiswa ini ini terbuka kepada semua. BTAR juga menekankan kecemerlangan yang holistik, penerima-penerima biasiswa yang dipanggil Tunku Scholars ini akan melalui program kepimpinan yang berlangsung selama 2 tahun.

Program ini akan melengkapkan Tunku Scholars dengan kemahiran, cara pemikiran dan nilai-nilai yang dapat menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang adil dan bersatu padu.

Baca juga:

Bantuan Khairat Kematian KWSP – Boleh Tuntut RM2,500.00!Skim Air Percuma Darul Ehsan 2022 (SADE)Tarikh Tutup Permohonan:

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman boleh dibuat sebelum 31 Mac 2022.

Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan kreteria syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini:

Pemohon mestilah mempunyai PNGK 3.0 atau setaraf untuk STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma.Pemohon mestilah memperolehi BBB untuk A-level.Pemohon mestilah aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum.Pemohon mestilah dari keluarga yang berpendapatan isi rumah bernilai RM4,850 ke bawah.Pemohon mestilah anak pertama di kalangan adik-beradik yang menyambung pengajian.Cara Permohonan:

Berikut merupakan cara untuk memohon biasiswa ini:

Langkah 1: Layari laman portal Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Langkah 2: Tekan “mohon sekarang” untuk mendapat borang permohonan.

Langkah 3: Lengkapkan borang permohonan.

Langkah 4: Tulis esei permohonan.

Langkah 5: Tunggu panggilan temuduga.

Langkah 6: Semak keputusan penawaran biasiswa.

Soalan Lazim:

Berikut merupakan soalan dan jawapan lazim berkenaan biasiswa:

Soalan Lazim

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi admin melalui emel kepada admin@yayasantar.org.my berserta lampiran masalah yang berkenaan.

The post Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Tahun 2022 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2022 21:13

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.