Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 254
February 13, 2022
Permohonan Bantuan Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat 2022
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini menawarkan Skim Bantuan Kebajikan kepada Kanak-Kanak (BKK) bertujuan untuk membantu keluarga yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Permohonan ini dibuka untuk kanak-kanak yang layak bergantung pada beberapa kriteria dan boleh memperoleh bantuan sebanyak RM150 sebulan (minimum) sehingga RM1000 sebulan (maksimum).
Peningkatan kepada amaun RM1000 ini dibuat melalui pembentangan dalam Bajet Belanjawan di Dewan Rakyat, selari dengan peningkatan kos sara hidup masa kini.
Baca juga:
Semakkan Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM 2022BANTUAN KEWANGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT TERKINI – JKM2022Kategori Bantuan:Berikut adalah kategori bantuan JKM:
RM200 – Kanak-kanak berumur 6 tahun & ke bawah.RM150 – Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.RM1000 – Kadar bantuan satu keluarga untuk sebulan.Syarat Kelayakan BKK JKM:Berikut merupakan syarat kelayakan BKK JKM:
Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah menetap di Malaysia.Pemohon mestilah dari keluarga atau penjaga yang memberi penjagaan kepada kanak-kanka tersebut mempunyai pendapatan isi rumah melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.Pemohon mestilah berumur 18 tahun kebawah.Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon dan permohonan akan dipertimbangkan jika bersekolah sehingga ke peringkat menengah atas.Setiap permohonan akan dipertimbangkan mengikut kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).Cara permohonan BKK JKM:Berikut merupakan cara-cara untuk memohon bantuan bagi kanak-kanak yang diberikan oleh pihak JKM:
Dalam talian:
Langkah 1: Sila layari laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Langkah 2: Lengkapkan butiran yang diminta.
Langkah 3: Lampirkan dokumen lampiran yang diperlukan.
Langkah 4: Hantar.
Manual di pejabat JKM:
Langkah 1: Muat turun borang dibawah:
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan JKM 20 Borang Kaji Semula BantuanLangkah 2: Lengkapkan butiran yang diminta.
Langkah 3: Lampirkan dokumen lampiran yang diperlukan.
Langkah 4: Hantar ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat berhampiran anda.
Senarai Lampiran:Berikut merupakan lampiran yang perlu disediakan bersama borang permohonan:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.Salinan penyata gaji (jika ada).Lain-lain dokumen yang berkaitan.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang Bantuan Keluarga Malaysia atau hubungi di talian 1800-88-2747.
The post Permohonan Bantuan Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat 2022 appeared first on Portal Malaysia.
Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 – Isi Rumah & Bujang
Ramai rakyat Malaysia menanti-nanti mengenai pengumuman tarikh bayaran BKM untuk Fasa 1.
Berikut dikongsikan sedikit sebanyak maklumat yang diterima mengenai tarikh dan jadual pembayaran.
Cara Semak BKM Fasa 1Bagi mereka yang telah membuat permohonan dan kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia pada Januari 2022 yang lalu, anda kini boleh semak status permohonan anda sama ada diterima atau perlu rujuk ke LHDN.
Berikut adalah cara semak :
Sila layari website rasmi : https://bkm.hasil.gov.myIsi Nombor Kad Pengenalan anda.Masukkan kod captcha.Klik semak.Status permohonan anda akan dipapar.Anda boleh rujuk semakan status permohonan BKM anda sama ada lulus atau tidak di sini.
Tarikh Bayaran BKM Fasa 1Untuk pengetahuan anda, penerima yang layak akan dapat bayaran BKM sebanyak 4 kali untuk tahun 2022.
Tarikh rasmi pembayaran pula akan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dari semasa ke semasa.
Berikut adalah jadual pembayaran:
Bulan Mac (Fasa 1)Bulan Jun (Fasa 2)Bulan September (Fasa 3)Bulan Disember (Fasa 4)Anda boleh rujuk dalam jadual di bawah untuk pemahaman lanjut :
Bagi golongan Bujang BKM, penerima hanya akan dapat pada Fasa 1 (Mac) dan Fasa 3 (September) sahaja.
Harap maklum.
Info LanjutAda pertanyaan yang anda ingin tanya mengenai bantuan ini?
Sila hubungi talian hotline BKM di
1-800-88-2747
atau rujuk FAQ BKM di sini.
The post Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 – Isi Rumah & Bujang appeared first on Portal Malaysia.
Kerap Buang Air Kecil , Normal Atau Sakit? Kenali Simptom Ini
Kesihatan dalaman tubuh adalah aspek yang paling wajib dititikberatkan dalam kehidupan kerana apabila tubuh sihat jadi badan akan lebih berkerja keras dan boleh melakukan banyak aktiviti yang digemari dan juga keperluan.
Ketahui berapa kali diri membuang air kecil dan pengambilan air pada waktu tersebut. Jika proses membuang air kecil melebihi 10 kali sehari dan ada merasa sakit pada abdomen tertentu malah tidak selesa pada pundi kencing kerana merasa tidak puas semasa membuang air kencing.
Kekerapan membuang air kecil biasanya tidak memerlukan rawatan sekiranya tidak mempengaruhi keihatan dan juga kehidupan seharian.
Kerana wanita hamil juga mempunyai simptom kerap kecing dan tidak memerluakn rawatan kerana perkara tersebut akan hilang setelah beberapa minggu selepas bersalin.
Namun sekiranya perkara itu berlanjutan dan berkaitan dengan penyakit seperti diabetes atau UTI, rawatan perubatan diperlukan untuk membantu mengatasi gejala ini.
Kekerapan membuang air kecil bergantung kepada beberapa faktor seperti :
UsiaSaiz pundi kencingJumlah pegambilan airTahap KesihatanWarna air kencing dan juga kekerapan atau susah untuk membuang air kecil atau sangat mempengaruhi kesihatan seseorang apabila disertai dengan beberapa gejala seperti kencing berdarah , air kencing berwarna keruh atau berubah warna serta sakit ketika membuang air kecil.
Terdapat beberapa kaedah bagi membantu mengurangkan kekerapan membuang air kecil dalam sehari :
Kurangkan pengambilan kafien dan juga alkohol.Ambil air minuman tanpa gula dan pewarna 8 gelas sehari.Ambil makanan tambahan atau makanan tinggi kandungan probiotik seperti yogurt, kefir dan kimchi.Tidak menggunakan produk dengan bahan pewangi pada sekitar alat kemaluan.Gunakan pakaian dalam daripada material kapas yang longgar bagi mengelakkan jangkitan dan bau pada kemaluan.Amalkan senaman Kagel untuk menguatkan otot lantai pelvis yang lemah.Amalkan cara hidup sihat.
Kerap buang air kecil atau tidak cukup bergantung kepada tahap kesihatan dan juga seorang mengambil air terlalu banyak pada 1 hari makan dirinya akan kerap membuang air kecil seharian.
Namun jika semasa membuang air kecil terdapat kesakitan dan ianya berlanjutan haruslah segera mendapatkan rawatan doktor kerana bimbang terdapat jangkitan pada pundi kencing atau saluran pencernaan.
The post Kerap Buang Air Kecil , Normal Atau Sakit? Kenali Simptom Ini appeared first on Portal Malaysia.
February 12, 2022
YouTuber Korea ,Daud Kim Viral Mabuk Di Kelab Malam ,DiTuduh Gunakan Islam Untuk Buat “Content” Di Youtube
YouTuber Korea yang terkenal kerana dia seorang mualaf Korea yang sering berkongsi kandungan Youtube berkenaan Islam malah sering berkongsi makanan Halal yang dimakan oleh orang Islam di Korea.
Daud yang sebelum ini pernah Viral kerana terdapat satu kes gangguan seksual namun tidak didakwa malah selepas kejadian tersebut dia tiba – tiba mengaku mempunyai isteri dan juga seorang anak lelaki .
Tidak sampai disitu sahaja baru – baru ini tular satu video di twitter yang memaparkan dia minum arak serta mabuk dan menari di kelab malam bersama wanita lain.
Video tular dikatakan telah diambil oleh pengguna media sosial lain menerusi Instastory rakan Daud Kim sendiri dan menyebarkannya di media sosaial secara meluas.
https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/02/download.mp4
Daud yang mempunyai banyak subcriber dari kalangan orang Islam yang meminati dirinya dan menyokong dirinya kerana memeluk agama Islam serta mencuba mengikuti ajaran Islam dengan baik.
Berkaitan video yang tular tersebut , ramai yang mendakwa bahawa Daud Kim hanya mempergunakan agama Islam demi kandungan dan hanya untuk mendapatkan pengikut yang ramai di Youtube dan juga Instagram.
Para netizen terus menerus mengecam dan mengkeji perbuatan Daud yang tidak mencerminkan ajaran Islam apabila dilihat berpesta dan mabuk di sebuah kelab malam di Turki namun penyataan iini belum mendapat maklumbalas daripada Daud Kim yang dilihat sudah lama tidak memuat naik status di Ig miliknya.
Namun terdapat juga ramai pengikut yang merasakan bahawa video itu disebarkan hanya untuk memfitnah dan menjatuhkannya kerana Daud sekrang sudah popular dengan subsriber 3.13 juta dan juga pengikut Intsgram melebihi 650 ribu orang.
Disebabkan perkara ini rata – rata netizen cuba mencari Ig milik isterinya dan timbul pula cerita bahawa mereka sudah bercerai kerana Daud tidak mahu lagi bertanggungjawab ke atas isterinya dan anak- anaknya.
Malah timbul kenyataan yang Daud mendera isterinya itu walaupun sudah diberi peluang kedua untuk bersama kembali demi membina keluarga bahagia dan sempurna.
Terdapat satu video yang dimuat naik isterinya yang juga tular dimana dia menunjukkan anggota badannya cedera dipercayai dipukul oleh Daud Kim namun isterinya dikecam oleh pengikut Daud Kim dan isterinya merasa kecewa dan tertekan dengan perkara tersebut.
https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/02/download-1.mp4Mereka difahamkan bersama kembali setelah isterinya ditinggalkan malah mengajak isterinya untuk memeluk Islam dan isterinya itu telah mengandungkan anaknya yang kedua.
Pasangan ini dilihat mesra dan bahagia pada mulanya dan sering membuat konten Youtube bersama – sama tetapi baru kini dijelaskan kepada media bahwa mereka sudah bercerai dan isterinya menegaskan bahawa ini ada perceraian pertama mereka.
The post YouTuber Korea ,Daud Kim Viral Mabuk Di Kelab Malam ,DiTuduh Gunakan Islam Untuk Buat “Content” Di Youtube appeared first on Portal Malaysia.
February 11, 2022
Bantuan Khairat Kematian KWSP – Boleh Tuntut RM2,500.00!
Tahukah anda, terdapat bantuan khairat kematian yang disediakan oleh KWSP sebanyak RM2500 dan boleh dituntut oleh waris.
Berikut dikongsikan lagi untuk makluman bersama.
Lebih 10 juta rakyat Malaysia
dan dapat BANTUAN KERAJAAN di sini!
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Bantuan Khairat Kematian ini diwujudkan adalah tanda simpati KWSP terhadap waris ahli (mengikut budi bicara KWSP).
Bantuan sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada “tanggungan ahli” yang layak (balu/duda, anak atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).
Untuk makluman, KWSP berhak mempertimbangkan keputusan muktamad berkenaan pembayaran Manfaat Kematian.
Baca Juga : Semak Penyata KWSP Melalui IC
Waris ahli yang memohon Pengeluaran Kematian akan menerima Bantuan Kematian sekiranya memenuhi kriteria berikut:
Ahli yang meninggal dunia adalah Warganegara Malaysia / PR / Bukan Warganegara yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998.Ahli itu meninggal dunia sebelum umur 60 tahun,Ahli masih mempunyai simpanan KWSP,Pemohon adalah anggota keluarga tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa),Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian.Cara PermohonanUntuk memohon, sila layari i-Akaun atau membuat tuntutan dengan mengisi borang berikut:
Muat Turun Borang Khairat Kematian KWSP :
Dokumen Permohonan & Dokumen SokonganBorang KWSP 9KM (AHL) & Senarai Semak DokumenMaklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan/ Akaun Semasa/ Surat Pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/ Akaun Harta Simati- Nama Simati)Dokumen Bukti Perhubungan (Sijil Pendaftaran Perkahwinan/ Sijil Sumpah Nikah bagi Ahli Bukan Islam dan berkahwin sebelum 1 Mac 1982)Surat Kuasa Wakil (Surat Pentadbiran Mahkamah/ Institusi Undang-undang/ Amanah Raya Berhad (ARB)Salinan Dokumen Pengenalan diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahanSalinan Dokumen Sijil Kelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)Sijil Kematian Ahli ATAU Sijil Kematian penama (jika penama telah meninggal dunia)Sijil kelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) ATAU Sijil Nikah (jika ahli sudah berkahwin) ATAU Surat Cerai Ahli/ Bukti Hubungan dengan pemohon (jika ahli bercerai)Borang Perakuan TanggungjawabKaedah Pembayaran Manfaat Kematian KWSPI) DALAM NEGARA
Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikreditkan ke dalam akaun pemohon.
Jika pemohon mempunyai akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan adalah sama dengan rekod bank.
Pemohon akan diberikan Cek Jurubank, sekiranya pembayaran ke akaun pemohon gagal.
II) LUAR NEGARA
Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing dalam mata wang pilihan pemohon.
Jika mata wang pilihan pemohon berada dalam senarai mata wang yang disahkan.
Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing dalam Dolar AS
Jika mata wang pilihan pemohon tiada dalam senarai yang disahkan.
Untuk pertanyaan lanjut dan maklumat terperinci, anda boleh layari portal rasmi di sini.
The post Bantuan Khairat Kematian KWSP – Boleh Tuntut RM2,500.00! appeared first on Portal Malaysia.
Permohonan Masuk Warga Asing Ke Malaysia Secara Dalam Talian
Permohonan kebenaran masuk ke Malaysia bagi warga asing boleh dibuat menggunakan sistem MyTravelPass (MTP) melalui laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem MyTravelPass serta panduan membuat permohonan secara online.

Sistem ini dilancarkan secara online bagi memudahkan rakyat tempatan dan warga asing untuk membuat permohonan keluar atau masuk ke negara ini.
Kategori Yang Perlu Memohon MyTravelPassSelaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Bilangan 60 Tahun 2021 (Siri 22) yang telah diadakan pada 22 Oktober 2021, kategori warganegara asing pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang di Malaysia adalah dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui sistem MyTravelPass (MTP) / MyEntry dengan syarat mempunyai pas yang masih sah laku.
Berikut merupakan senarai Pas Lawatan Jangka Panjang yang dibenarkan masuk ke Malaysia TANPA perlu memohon melalui MyTravelPass / MyEntry:
Diplomat (Exemption Order) / Tanggungan / Pembantu Rumah AsingPas Penggajian (Kategori I,II,III) / Tanggungan / Pembantu Rumah AsingResident Pass-Talent (RP-T) / Tanggungan / Pembantu Rumah AsingPas Lawatan Ikhtisas – PakarPas Lawatan IkhtisasPemastautin Tetap (PR) / Pasangan kepada PR / Anak kepada PRPas Jangka Panjang (Suami / Isteri / Anak) kepada WarganegaraPas Warga EmasPas Balu / Janda kepada WarganegaraPas Pelajar / Tanggungan / PengiringPas Malaysia My Second Home (MM2H) / Tanggungan / Pembantu Rumah AsingPas ResidenPas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)Pembantu Rumah Asing (PRA)Warganegara asing seperti berikut yang bukan di bawah kategori yang dinyatakan masih perlu memohon melalui sistem MTP / MYEntry untuk kebenaran masuk ke Malaysia:
Lawatan Sosial;Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang yang telah tamat tempoh;Permohonan Pas Penggajian (Kategori I,II,III) / Resident Pass-Talent (RP-T) / Tanggungan / Pembantu Rumah Asing dan Pas Lawatan Ikhtisas – Pakar yang baru diluluskan; danShort Term Business Traveller.Arahan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 November 2021.
Prosedur kemasukan semasa ketibaan di Malaysia masih tertakluk kepada peraturan imigresen sedia ada yang masih berkuat kuasa serta prosedur saringan kesihatan dan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Baca juga: STO Imigresen : Permohonan Temujanji Online (sto.imi.gov.my)
Cara Permohonan MyTravelPass (MTP)Untuk memohon kemasukan ke Malaysia melalui MTP, sila ikuti langkah berikut:
Layari https://www.imi.gov.my atau https://mtp.imi.gov.myPilih Kategori PermohonanBaca dan Fahami Syarat-Syarat Permohonan.Klik Butang “Agree And Proceed”Isikan semua maklumat diri dan butiran permohonan.Klik butang “Submit”Semak status penerimaan di emel/

The post Permohonan Masuk Warga Asing Ke Malaysia Secara Dalam Talian appeared first on Portal Malaysia.
Semakan Profil Kerjaya SePKM Untuk Lepasan SPM
SePKM dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seiringin dengan kemajuan teknologi dan merupakan salah satu rancangan kerajaan dalam “Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia”.
Dengan kewujudan portal SePKM ini, segala data mengenai murid di Malaysia dapat dikumpul dan diakses oleh kesemua pihak yang memerlukannya untuk membuat penilaian terhadap mereka.
Kewujudan sistem e-profil berkangkalan ini juga selaras dengan kemajuan teknologi dimana segalanya boleh dilakukan secara dalam talian atau online sahaha walau dimana-mana sahaja.
Apa itu SePKM?SePKM merupakan akronim atau singkatan bagai Sistem e-Profil kerjaya Murid yang berperanan untuk memantau perkembangan pelajar lepasan SPM secara dalam talian.
Melalui portal atau sistem ini, kerajaan boleh mengumpulkan data rasmi mengenai keperibadian personaliti dan minat kerjaya pelajar.
Sistem ini awalnya bermula daripada sistem e Perkhidmatan Kaunseling Murid yang merupakan inisiatif daripada pihak sekolah, sebelum ianya diperluaskan kepada lebih ramai pihak agar mendapat manfaatnya.
Objektif dan tujuan
Terdapat beberapa objektif mengapa pihak KPM mewujudkan portal e-Profil pelajar ini antaranya:
Memudahkan guru pembimbing atau kaunselor mengakses maklumat pelajar, seterusnya menjimatkan masa mereka membuat penilaianMenyimpan rekod perundingan secara dalam talian, seterusnya memudahkan ianya diaksesMemudahkan proses menganalisis data dengan cepat dan tepatRekod yang disimpan dapat digunakan untuk tindakan susulan yang lebih sistematik dan berkesanMerancangan operasi berdasarkan data dalam sistemKategori pengguna SePKMSecara umumnya terdapat tiga kategori pengguna bagi portal ini, seperti yang berikut:
KPM/JPN/PPDGuru KaunselingMuridCara loginSekiranya anda merupakan salah satu pihak daripada kategori yang dinyatakan di atas, maka anda boleh terus log masuk ke akaun anda dengan cara yang berikut:
Layari portal ini di alamat https://epkm.moe.gov.my/Bagi murid atau pelajar, klik pada pilihan “Pelajar” dan masukkan No. Kad PengenalanThe post Semakan Profil Kerjaya SePKM Untuk Lepasan SPM appeared first on Portal Malaysia.
Jadual Lokasi Dan Tarikh Bayaran BKM Untuk Pedalaman Sabah Sarawak
Anda ingin tahu tentang PEMBAYARAN SECARA TUNAI BKM PEDALAMAN SABAH & SARAWAK bagi penerima bantuan yang tidak mempunyai akaun ? Kami akan berkongsi tentang tarikh bayaran dan senarai tempat pembayaran.
APAKAH BANTUAN KELUARGA MALAYSIA(BKM)?
Bantuan Keluarga Malaysia adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal
PERMOHONAN BKM 2022
Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my; atau dengan menghantar borang permohonan BKM secara persendirian ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM.
KADAR BAYARAN BKM (PEDALAMAN)
Berikut adalah jumlah Kadar bayaran BKM yang diterima bergantung kepada pendapatan :
Kategori BantuanPendapatan
Bilangan Anak / Nilai Bantuan01-2≥3Isi Rumah
RM2,500 dan ke bawahRM1,000RM1,500RM2,000
RM2,501 – RM5,000RM400RM600RM800
Warga Emas Bujang / Tiada PasanganRM5,000 dan ke bawah
RM600BujangRM2,500 dan ke bawahRM350
SEMAKAN PEMBAYARAN BKM FASA
Berikut adalah membuat semakan status bayaran BKM anda:
Layari laman web rasmi BKM di sini: http://bkm.hasil.gov.my/ Masukkan no kad pengenalan andaMasukkan kod catcha yang terteraTekan semakStatus pembayaran BKM anda akan terpapar.Nota: Untuk pengetahuan, selain semakan, para pemohon juga akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas. SMS yang dihantar akan memberitahu sama ada anda layak ataupun tidak.
TARIKH BAYARAN BKM 2022
Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa:
Fasa 1 : Bulan Mac 2022Fasa 2 : Bulan Jun 2022Fasa 3 : Bulan September 2022Fasa 4 : Bulan Disember 2022TARIKH PEMBAYARAN SECARA TUNAI (PEDALAMAN SABAH & SARAWAK)
Setakat ini, belum keluar lagi tarikh dan jadual pembayaran untuk negeri Sabah dan Sarawak.
*akan dikemaskini
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Jadual pembukaan kaunter BKM dan juga lokasi, anda boleh layari pautan rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/
ARTIKEL LAIN
CHECK STATUS BKM 2022(Permohonan Diterima /Tidak Wujud)
The post Jadual Lokasi Dan Tarikh Bayaran BKM Untuk Pedalaman Sabah Sarawak appeared first on Portal Malaysia.
Permohonan Geran MyICE Untuk Pertubuhan Berdaftar
Hebahan Geran MyICE
Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) menawarkan Geran RM10,000 kepada Pertubuhan Berdaftar bagi Kategori :
KEBAJIKANSOSIALKESELAMATANHAK ASASIBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang geran ini.
Apakah Geran MyICE?Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) adalah satu inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada Pertubuhan bagi kategori Kebajikan, Sosial, Keselamatan dan Hak Asasi yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang mana ia bertujuan untuk pembiayaan program dan pembangunan kapasiti bagi meningkatkan kecekapan dalam mengurus tadbir pertubuhan, memupuk nilai kesukarelawan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti serta mempertingkatkan lagi kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan.

Pertubuhan yang layak menerima MyICE adalah seperti berikut:
Pertubuhan yang berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966 sehingga 31 Disember 2021. Keutamaan akan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar sebelum 31 Disember 2020.Pertubuhan yang berdaftar di bawah kategori:Kategori Kebajikan:Ibu TunggalKebajikan MasyarakatKebajikan AhliOrang Kurang Upaya (OKU)Warga EmasKanak-KanakKategori Keselamatan:Pencegahan JenayahBomba SukarelaKategori Hak AsasiAlam SekitarPenggunaManusiaPendidikanKategori SosialAlumniPendidikanPendudukKeturunanPekerjaanPertubuhan yang menghantar Penyata Tahunan yang lengkap, teratur dan terkini sekurang-kurangnya Penyata Tahunan bagi tahun 2020.Pertubuhan yang mempunyai rekod pengurusan yang baik.Cara PermohonanPertubuhan berdaftar bagi 4 kategori yang dinyatakan boleh memohon MyICE dengan mengisi dan melengkapkan borang permohonan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES di alamat www.eroses.gov.my.
Permohonan perlu dikemukakan atas nama pertubuhan melalui Setiausaha Pertubuhan dan bukan secara individu.
Pertubuhan hendaklah mengemukakan kertas kerja yang perlu dilengkapkan dalam Bahasa Melayu secara atas talian mengikut format yang ditetapkan di dalam sistem permohonan MyICE.Pemohon juga perlu mengemukakan salinan penyata bank yang mempunyai nama dan nombor akaun pertubuhan yang telah disahkan oleh bank dengan memuat naik ke dalam sistem permohonan.
Permohonan MyICE boleh dibuat mulai 1 Februari 2022 sehingga 31 Mei 2022.
Jumlah PeruntukanJumlah peruntukan yang boleh dipertimbangkan bagi kelulusan permohonan adalah sehingga RM10,000 sahaja bagi setiap Pertubuhan.
Surat pemakluman mengenai penyaluran peruntukan akan dikeluarkan oleh JPPM melalui emel dan Pertubuhan hendaklah mengesahkan penerimaan bayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pemakluman.
Tarikh SemakanKeputusan permohonan akan dimaklumkan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES dalam tempoh 14 hari selepas Jawatankuasa Penilaian MyICE bersidang.
Keputusan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Penilaian MyICE dan ia adalah MUKTAMAD.
Muat Turun Manual PanduanPanduan Pengguna untuk mendaftar CawanganPanduan Pengguna untuk mendaftar Persatuan IndukBILDOKUMENAKTIVITI1.GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERANMUAT TURUN2.CONTOH KERTAS KERJA PROGRAMMUAT TURUN3.CONTOH LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAMMUAT TURUNMaklumat LanjutUntuk info lanjut berkaitan permohonan geran ini, sila rujuk Soalan Lazim di pautan https://www.eroses.gov.my/
Maklumat lanjut di https://www.eroses.gov.my/utama_p.php
The post Permohonan Geran MyICE Untuk Pertubuhan Berdaftar appeared first on Portal Malaysia.
February 10, 2022
Pemansuhan Imbasan Suhu Badan Mulai 11 Februari 2022
Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan prosedur operasi standard (SOP) imbasan suhu badan dan buku rekod ‘check in’ di premis bermula 11 Februari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dengan pemansuhan ini, pihak pemilik permis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu-pintu masuk premis.
Bagaimanapun katanya, daftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.
“Sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pemeriksaan suhu badan dan buku rekod ‘check in’ kerajaan amat mengalu-alukan dan mengalakan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 pada 8 Februari yang lalu.
Baca juga:
Kemaskini Tetapan Fungsi Trace Terkini Di Aplikasi MySejahteraCara Padamkan MySejahtera Di Nombor Lama & Gantikan Ke Nombor Baru.Terkini, KPM turut mengumumkan bahawa imbasan suhu badan juga tidak diwajibkan bermula 11 Februari 2022 di Premis Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Walaubagaimanapun, semua guru, kakitangan sekolah, pekerja dan pelawat tetap diwajibkan untuk mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki premis insititusi pendidikan di bawah KPM.
Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa dimohon memastikan anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum dihantar ke sekolah.
Murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif adalah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.
Kenyataan Media:
Berikut merupakan kenyataan media dari kerajaan Malaysia:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang …. atau hubungi di talian ….
The post Pemansuhan Imbasan Suhu Badan Mulai 11 Februari 2022 appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
