Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 250

February 22, 2022

Rumah Sewa RM500 Sebulan | 3 Bilik 2 Bilik Air

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ada menawarkan 30 unit rumah sewa RM500 sebulan di Seksyen 3 Shah Alam untuk kakitangan kerajaan dan swasta.

Rumah Sewa MAIS

Agensi itu memaklumkan kediaman tiga bilik dan dua bilik air di Wisma Mais itu ditawarkan kepada mereka yang berkeluarga sahaja dan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000.

Sewa RM500 ditawarkan bagi mereka yang berkhidmat di sektor kerajaan manakala bagi swasta nilai sewa RM600.

Anda juga boleh mohon Rumah PPR murah untuk tahun 2022.

Antara kemudahan yang terdapat di bangunan itu ialah kawalan keselamatan 24 jam, sistem kamera litar tertutup, 220 kawasan parkir terbuka, surau dan perpustakaan wakaf serta ATM Bank Islam.

Untuk pengetahuan anda, ianya juga berdekatan dengan pelbagai restoran makanan dan kedai-kedai.

Rumah Sewa Mais RM500 RM600

Lebih 10 juta rakyat Malaysia
dan dapat BANTUAN KERAJAAN di sini!
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Syarat Permohonan

Berikut adalah kriteria kelayakan bagi mereka yang ingin mohon Rumah Sewa MAIS 2022 :

Mempunyai keluargaPendapatan Isi Rumah Bawah RM5,000.00Berkhidmat di Negeri SelangorKadar Sewa Bulanan

Pemohon yang memenuhi syarat di atas layak menyewa kediaman MAIS dengan kadar sewa serendah RM500.00 bagi Sektor Awam manakala RM600.00 bagi Sektor Swasta.

Tahukah anda, anda kini boleh keluarkan duit KWSP untuk bayar bulanan rumah. Baca artikel berikut untuk maklumat lanjut.

Cara Permohonan

Mereka yang berminat dengan rumah seluas 600 kaki persegi ini boleh mendapatkan borang permohonan sewa di portal web berikut :

www.mais.gov.my/sewaan/

Maklumat lanjut

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saluran berikut:

Telefon: 019-2640631 (En. Arzlan)Facebook Majlis Agama Islam SelangorHubungi Pegawai MAIS melalui Whatsapp di www.wasap.my/60192640631 atau www.wasap.my/60192302040.

Semoga berjaya dalam permohonan anda.

The post Rumah Sewa RM500 Sebulan | 3 Bilik 2 Bilik Air appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2022 02:53

Terkini! Amaran Hujan Lebat Dijangka Berterusan Februari Ini

Pada 22 Februari 2022, Jabatan Metrologi Malaysia, MET Malaysia menjangkakan hujan lebat dan angin kencang.

Met Malaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan dan di arahkan untuk berwaspada.

Orang ramai diarahkan berhati-hati sepanjang tempoh ramalan dijangkakan.

Gambar diatas merujuk imej setelit Malaysia pada 22 Februari 2022.

Baca juga:

BANTUAN KEWANGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT TERKINI – JKM2022Tempoh Kuarantin Bagi Kontak Rapat Dan Kes Positif Covid-19 TerkiniRamalan cuaca Terkini:

Berikut merupakan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia:

23 – 26 Februari 2022 – Hujan dijangka berterusan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

24 – 25 Februari 2022 – Amaran hujan berterusan (Waspada) di negeri Pahang dan Johor.

28 Februari 2022 – Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama dan kedua) di perairan Laut China Selatan.

Petang sehingga malam – Cuaca lembab dengan hujan dan ribut petir dijangka di negeri-negeri pantai barat semenanjung.

Kreteria Peringkat Amaran:

Berikut merupakan kreteria peringkat amaran hujan:

WASPADA – Hujan berterusan dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari ATAU Hujan berterusan/ribut petir sedang berlaku tetapi belum mencapai Peringkat Amaran BURUK.BURUK – Hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.BAHAYA – Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.Kenyataan Bertulis:

Berikut merupakan kenyataan bertulis dari MET Malaysia:

22 Februari 2022 – Amaran Hujan Berterusan (Waspada) 1.30pm

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal MET Malaysia atau hubungi di talian 03 – 7967 8000 / 8200.

The post Terkini! Amaran Hujan Lebat Dijangka Berterusan Februari Ini appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2022 02:03

February 21, 2022

Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Februari 2022 – Jom Mohon Sekarang!

Mulai tahun 2022, kerajaan telah menyenaraikan bantuan kerajaan yang boleh anda mohon mulai Februari 2022. Anda diminta menyemak dan melihat syarat kelayakan bagi setiap bantuan kerajaan yang ada.

Sila baca artikel seterusnya untuk mengetahui bantuan kerajaan yang boleh anda mohon.

Lihat senarai di bawah.

Ingin menjadi orang pertama yang memohon BANTUAN KERAJAAN?
Sertai Bantuan Rasmi Kerajaan WhatsApp:
Tekan di sini

Bantuan Kerajaan 2022

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang boleh anda mohon pada tahun 2022 ini:

a) Bantuan Keluarga Malaysia

Bantuan BKM ini merupakan bantuan yang menggantikan BKC, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) & Bantuan Sara Hidup.

Untuk jumlah bantuan yang anda akan dapat, sila rujuk kategori anda di bawah:

Isi rumah = RM400 hingga RM2,000Ibu Tunggal ( Isi Rumah ) = RM500Warga Emas ( Isi Rumah ) = RM300Warga Emas (Bujang) = RM600Bujang = RM350

Tarikh Pembayaran BKM

Terdapat 4 fasa pembayaran iaitu pada bulan Mac, Jun, September & Disember 2022.

Tarikh tutup untuk permohonan baru dan kemaskini telah pun ditutup.

Anda kini boleh semak untuk lihat status permohonan BKM anda sama ada lulus atau tidak.

Jumlah Bantuan: RM350 – RM2000

bkm 2022

b) Bantuan Kredit e-Dompet RM150

Bantuan e-Dompet ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Di mana bantuan ini akan diberikan kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun yang merupakan pelajar sepenuh masa di IPT.

Bantuan ini akan dibayar melalui BigPay, Boost, ShopeePay & TnG Wallet.

Download Boost di GooglePlay/ AppStore dan masukkan code referal moh86i2 untuk dapatkan RM5 percuma!

Tarikh pembayaran akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jumlah Bantuan: RM150

c) Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE)

Pemberian Geran Sehingga RM10,000 kepada pertubuhan berdaftar.

Untuk permohonan, sila mohon dan isi borang permohonan di dalam sistem MyICE di laman web www.eroses.gov.mywww.eroses.gov.my

Geran MyICE

d) Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal Anggun Niaga

Bantuan khas untuk ibu tunggal ini dianjurkan oleh Pertubuhan Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) dan bekerjasama dengan Kerajaan Pahang.

Terhad untuk 280 orang sahaja. Berikut adalah syarat permohonan :

Warganegara MalaysiaBerumur 20-55 tahunStatus ibu tunggalMempunyai perniagaanMempunyai minat mendalam dalam perniagaan yang diceburi

Bantuan ibu tunggal anggun niaga

Mereka yang berminat boleh isi borang permohonan di pautan link berikut :

https://forms.gle/LoWkaMS5KsyN6jgh8

Permohonan akan ditutup pada 28 Februari 2022. Calon-calon yang terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

e) Bantuan Bulanan JKM

Bagi mereka yang telah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tarikh rasmi pembayaran adalah dari 9 -10 Februari 2022.

Download borang permohonan JKM di sini.

Info Lanjut

Semoga dengan perkongsian artikel ini, pembaca dapat mengatur perbelanjaan dengan cermat dan bijak.

Sila KONGSI senarai bantuan ini ke Group Bantuan Facebook anda, Whatsapp rakan & keluarga anda, untuk manfaat bersama.

The post Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Februari 2022 – Jom Mohon Sekarang! appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2022 20:58

Tidakan Segera Untuk Dapatkan Semula Duit Bank Yang Hilang

Anda pernah kehilangan duit dalam bank?

Sekiranya anda pernah mempunyai pengalaman wang simpanan anda dalam akaun bank tiba-tiba hilang, mesti anda panik kan?

Jika anda ingin mengetahui bagaimana caranya untuk mendapatkan kembali duit simpanan anda.

Anda boleh rujuk langkah-langkah yang perlu diambil dengan segera bagi mengelakkan perkara lebih buruk terjadi.

Baca juga:

Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah Bank Rakyat 2022Bank Tawar Pinjaman Peribadi Wang Segera 2022Tindakan Segera Untuk Mendapatkan Kembali Duit Yang Hilang:

Berikut antara langkah pantas yang perlu diambil:

Langkah 1: Maklumkan kepada pihak bank:

Laporkan segera kepada pihak bank, sebaik sahaja anda menyedari kehilangan wang anda dalam akaun bank anda.

Butiran maklumat yang perlu anda sediakan untuk memudahkan pihak bank untuk menyemaknya:

Berapa jumlah wang yang hilang.Bila anggaran masa transaksi wang.Apa nombor akaun atau nama penerima wang.

Nota: Lampirkan bukti gambar atau screenshot.

Langkah 2: Laporkan kepada pihak polis:

Sila buat laporan mengenai kehilangan wang melalui transaksi tidak sah ini di balai polis berhampiran.Sediakan bukti-bukti seperti yang anda berikan kepada pihak bank.Dapatkan salinan laporan polis untuk diberikan kepada pihak bank.Dapatkan nombor telefon pegawai penyiasat anda bagi memudahkan anda mendapatkan sebarang perkembangan terkini mengenai kes anda (sekiranya ada).

Langkah 3: Hantar laporan polis kepada pihak bank dan tunggu hasil siasatan:

Hantarkan salinan laporan polis mengenai duit hilang dalam akaun anda kepada pihak bank.Pastikan anda menyimpan satu salinan laporan untuk simpanan peribadi sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, contohnya laporan polis hilang/tercicir dalam tangan pihak bank.Pihak bank akan menyiasat laporan anda dan ianya mungkin mengambli masa 2 minggu.Sentiasa follow-up kes anda kepada pihak bank dengan menghubungi mereka untuk mendapatkan apa-apa perkembangan terbaru daripada pihak bank.

Langkah 4. Laporkan kepada Bank Negara Malaysia:

Anda juga digalakkan memanjangkan laporan kehilangan duit dalam akaun anda kepada pihak BNM melalui salah satu cara yang berikut:

Borang telelink BNMTalian BNM:Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888Luar Negara: +603-21741717Cawangan BNM negeri anda.Maklumat Lanjut:

Maklumat lanjut akan dikongsikan di dalam artikel yang berikutnya.

The post Tidakan Segera Untuk Dapatkan Semula Duit Bank Yang Hilang appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2022 19:30

Kiosk Bantuan MySejahtera 2022 Kini Dibuka

Kiosk Bantuan MySejahtera adalah inisiatif daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dengan mewujudkan ‘helpdesk’ atau kiosk bantuan secara fizikal bagi menyelesaikan masalah berkaitan maklumat dalam aplikasi MySejahtera mendapat sambutan menggalakkan.

Tujuan Kiosk Bantuan MySejahtera adalah untuk menawarkan bantuan penyelesaian terhadap isu-isu di aplikasi MySejahtera KECUALI daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri.

Baca juga:

Cara Kemaskini MySejahtera Jika Positif COVID-19Kemaskini Tetapan Fungsi Trace Terkini Di Aplikasi MySejahteraKiosk Bantuan MySejahtera:

Berikut merupakan serba sedikit berkaitan Kiosk Bantuan MySejahtera

Kes Kontak Rapat Atau Positif Covid Tidak Dibenarkan Hadir ke Kiosk Bantuan MySejahtera.Maklumat lanjut sila rujuk aplikasi MySejahtera anda.Lokasi Kiosk Bantuan MySejahtera:

Berikut merupaka lokasi kiosk bantuan MySejahtera:

Lokasi 1: World Trade Centre (WTC), KL.

Lokasi 2: Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Waktu Dan Tarikh: 

Berikut merupakan waktu dan tarikh Pembukaan Kiosk Bantuan MySejahtera:

Kiosk Bantuan MySejahtera dibuka pada setiap hari sehingga 15 Mac 2022 bermula jam 9 pagi.

Dokumen Sokongan:

Berikut merupakan dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama ke Kiosk Bantuan MySejahtera:

Kad vaksinasi fizikal.Kad pengenalan.Dokumen vaksinasi daripada luar negara.Passport (jika berkaitan).Surat Pengesahan tamat HSO.Dokumen pelancongan / perjalanan ke luar atau dari luar negara.Memo berkaitan saringan kesihatan daripada luar negara.Dokumen VTL (Udara & air).Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia atau hubungi di talian  03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700.

The post Kiosk Bantuan MySejahtera 2022 Kini Dibuka appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2022 19:29

Semakan Bantuan Persekolahan Baitulmal MAIWP 2022

MAIWP Kasih Asnaf Back To School adalah bantuan persekolahan yang diperkenalkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada mereka yang layak untuk mereka membeli barangan keperluan persekolahan kepada anak-anak mereka.

Semakan dan penebusan kelengkapan sekolah anak anda kini boleh dibuat di aplikasi Boost.

Jangan ketinggalan untuk membuat semakan bagi melayakkan anda membuat penebusan kelengkapan peralatan persekolahan anak anda dengan aplikasi Boost.

Baca juga:

Pendaftaran ePrasekolah Sesi 2023Bantuan Awal Persekolahan BAP 2022 – Duit Tunai RM150 SeorangCara Permohonan:

Berikut merupakan cara untuk menebus kelengkapan sekolah Kasih Asnaf Back To School 2022:

Langkah 1: Sila layari laman web dengan mengimbas kod QR dalam poster di atas atau terus ke laman sesawang MAIWP.

Langkah 2: Klik pada Semakan Status Bantuan.

Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan murid.

Langkah 4: Sila pastikan Nama, Kategori dan Nombor Telefon E-Wallet adalah betul dan terkini.

Langkah 5: Status e-Wallet Boost anda akan dipaparkan.

Langkah 6: Pastikan Nombor Telefon yang didaftarkan di BOOST adalah sama dalam semakan bantuan.

Muat Turun:

Muat turun Aplikasi Boost menerusi Apple AppStore, Google Playstore dan Huawei App Gallery.

Video Panduan Pendaftaran:

Manual dan video pendaftaran boleh dilihat di SINI.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang MAIWP atau hubungi di talian Pembelian, produk & penghantaran :  +6011 3422 4488 (Whatsapp/Telefon).

The post Semakan Bantuan Persekolahan Baitulmal MAIWP 2022 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2022 19:28

Semak Nombor Telefon Scammer Dengan CCID PDRM

Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial atau dikenali dengan panggilan Commercial Crime Investigation Department (CCID) telah membuat satu laman portal untuk memudahkan rakyat untuk menyemak nombor telefon atau nombor akaun bank peniou online (scammer).

Pihak PDRM mempunyai pangkalan data nombor telefon dan nombor akaun yang diwujudkan berdasarkan maklumat daripada laporan yang diterima oleh mangsa-mangsa penipuan secara online ini dalam portal CCID mereka.

Baca juga:

Taktik Terbaru Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDNBank Tawar Pinjaman Peribadi Wang Segera 2022Tujuan Semakan:

Berikut merupakan tujuan semakan dilakukan:

Menyemak nombor telefon scammer.Menyemak nombor akaun bank scammer.Cara semak nombor telefon:

Berikut merupakan cara untuk menyemak no telefon scammer:

Langkah 1: Layari portal CCID.

Langkah 2: Pilih kategori Nombor Telefon.

Langkah 3: Masukkan nombor telefon yang ingin disemak.

Langkah 4: Masukkan Captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahan.

Langkah 5: Klik “Semak Maklumat”.

Keputusan Semakan:

Berikut merupakan maklumat yang akan dipaparkan:

Tiada Laporan Diperolehi – Sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data PDRM.

Laporan Diperolehi – Sekiranya pernah dilaporkan, laporan akan dipaparkan.

Nota: Walaupun berkemungkinan nombor yang dimasukkan tidak terdapat dalam sistem CCID, anda tetap perlu berwaspada kerana scammer berkemungkinan besar menggunakan nombor telefon baru.

Muat Turun Aplikasi CCID:

Berikut merupakan aplikasi CCID secara percuma melalui pautan di bawah:

Google Play – Untuk AndroidMaklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari  laman sesawang CCID atau hubungi di talian 03-26101222.

The post Semak Nombor Telefon Scammer Dengan CCID PDRM appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2022 19:26

February 20, 2022

Permohonan Caruman Potongan Gaji Pekerja ThiJARI Biz

THiJARI Biz ialah perkhidmatan dalam talian Tabung Haji yang membolehkan Majikan melaksanakan deposit bulanan ke dalam akaun Tabung Haji Pekerja melalui potongan gaji.

Semua urusan berkaitan potongan gaji boleh diuruskan sendiri oleh majikan melalui portal online, dan pengkreditan potongan gaji hanya akan mengambil masa satu hari bekerja dengan syarat semua maklumat yang diberikan adalah lengkap dan akaun aktif.

Ianya bagi memudahkan para pekerja untuk mengasingkan terus simpanan bulanan yang ditentukan terus ke dalam akaun Tabung Haji mereka dan juga dapat menggalakkan lebih ramai pekerja daripada sektor swasta dan awam membuka akaun dengan TH dan merealisasikan impian mereka untuk menunaikan haji.

Baca juga:

Bonus Hibah Tabung Haji 2022Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Secara Online, 1 Minit Selesai!Langkah Mendaftar (Caruman Potongan Gaji):

Berikut merupakan langkah untuk mendaftar Caruman Potongan Gaji:

Langkah 1: Majikan mesti mendaftarkan syarikat mereka dengan Tabung Haji dengan menghubungi THCC.

Langkah 2: Lengkapkan “Borang Maklumat Majikan” untuk melantik Pentadbir dan mendaftar nombor telefon bimbit untuk TAC.

Langkah 3: Tabung Haji akan memberikan Kod Majikan melalui e-mel dan Majikan/Pentadbir akan menerima Kod Pengaktifan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Langkah 4: Setelah menerima kod pengaktifan, pengaktifan mesti dilakukan dalam masa 7 hari.

Langkah 5: Bagi Majikan sedia ada yang telah berdaftar dengan Tabung Haji, Majikan boleh menghubungi THCC untuk menerima Kod Pengaktifan.

Langkah 6: Majikan juga boleh membuat semakan transaksi dalam talian manakala pekerja boleh menyemak rekod kredit mereka melalui aplikasi THiJARI mereka.

Cara Menggunakan THiJARI Biz:

Berikut merupakan langkah-langkah untuk menggunakan THiJARI Biz ini:

Langkah 1: Log masuk melalui laman sesawang Tabung Haji.

Langkah 2: Pentadbir perlu memasukkan Kod Majikan dan Kod Pengaktifan diikuti dengan penciptaan kata laluan

Lnagkah 3: Pentadbir perlu memasukkan Kod Majikan dan kata laluan setiap kali untuk log masuk ke portal.

Langkah 4: Kemudian, pentadbir boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan mudah.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Tabung Haji atau hubungi di talian 03 6207 1919.

The post Permohonan Caruman Potongan Gaji Pekerja ThiJARI Biz appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 20, 2022 23:11

Cara Hentikan Langganan Astro Untuk Jimat – Mudah!

Semakin lama, bil Astro makin mahal dan melambung. Belum lagi caj untuk saluran sukan. Sekarang, rasa nak tamatkan perkhidmatan Astro. Ada yang kata jika anda tidak menamatkan perkhidmatan Astro dengan cara yang betul, bil masih akan dihantar walaupun anda telah berhenti melanggan akaun Astro Malaysia. Ha macam mana tu?

Berikut adalah cara-cara untuk tamatkan perkhidmatan Astro dengan mudah. Baca sampai bawah.

Baca Juga : Cara Tukar Astro Kepada NJOI (Percuma)

Cara Henti Langganan Astro

Terdapat 2 Cara untuk Menamatkan Perkhidmatan Astro:

Kaedah Pertama: Tamatkan Melalui Panggilan ke Pusat Khidmat Pelanggan

Cara terpantas dan termudah ialah membuat panggilan anda sendiri ke Pusat Khidmat Pelanggan dan bercakap dengan pengendali yang bertugas.

1. Dail nombor ini 03-9543-3838

2. Selepas berjaya bercakap dengan pengendali, sila ikuti langkah berikut:

Klik di pautan berikut untuk tahu cara semak nombor akaun Astro anda.

Semak baki kontrak akaun ASTRO andaSemak baki pembayaran bil ASTRO andaDapatkan tarikh pengebilan ASTRO seterusnyaSemak status kontrak sama ada masih dalam kontrak atau tidakBayar baki bil anda (jika ada)

3. Maklumkan pengendali niat anda untuk menamatkan langganan akaun

4. Selepas itu tunggu sehingga 24 jam sebelum akaun ASTRO anda ditamatkan

5. Jika selepas 24 jam akaun anda tidak ditamatkan, sila hubungi ASTRO sekali lagi untuk menyemak status

Kaedah Kedua: Tamatkan ASTRO Melalui E-mel

Penamatan langganan Astro juga boleh dibuat melalui e-mel. Anda tidak perlu risau kerana ianya sangat mudah tetapi mestilah kemas dan profesional. Sebelum menghantar e-mel, pastikan semua butiran penting seperti berikut ada dalam kandungan e-mel:

1. Alamat e-mel: wecare@astro.com.my

2. Subjek e-mel: Penamatan Perkhidmatan ASTRO

3. Nyatakan tujuan e-mel itu dihantar:

“Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memaklumkan akaun ASTRO di bawah bahawa saya berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan langganan ASTRO ”

4. Sertakan butiran akaun ASTRO anda :

Nama pemegang akaunNombor kad pengenalanNombor akaun ASTROAlamatNo telefon

5. Tamatkan e-mel dengan menyatakan bahawa ASTRO boleh menamatkan kontrak ini serta-merta

Maklumat lanjut

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai penamatan ASTRO, sila lawati halaman FAQ ASTRO.

The post Cara Hentikan Langganan Astro Untuk Jimat – Mudah! appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 20, 2022 22:33

February 19, 2022

Waktu Operasi Dan SOP Bazar Ramadhan Dan Aidilfitri 2022

Umat islam di jangka akan mula menyambut bulan Ramadhan pada 3 April 2022 (ahad) bersamaan 1 Ramadhan 1443 (Hijrah).

Disini kami akan kongsikan waktu operasi bazar ramadan dan SOP Bazar Ramadhan dan Aidilfitri, etika pemakaian dan kebenaran solat tarawikh.

Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

Baca juga:

Niat Puasa Ramadhan Harian & Sebulan (Panduan Lengkap)Persediaan Diri 100 Hari Menjelang RamadanSOP Bazar Ramadhan dan Aidilfitri:

Berikut merupakan SOP yang perlu dipatuhi:

Bazar hendaklah berada di lokasi kawasan terbuka.Bazar hendaklah menyediakan laluan sehala (pintu masuk dan keluar berbeza)Bazar hendaklah membuat pendaftaran MySejahtera di pintu masuk dan Hand Sanitizer.Bazar hendaklah membuat kawalan jumlah pengunjung:Kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakkan 1 meter.Tempat beratur dengan jarak 1 meter di tanda.Peniaga dan pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul.Bazar hendaklah membuat kawalan keselamatan, lalulintas dan pembersihan:Kawalan oleh PBT/Majlis Daerah, rela dan PenganjurTumpuan kepada laluan masuk / keluar /parameter.Pembersihan dan nyah kuman perlu dilakukan setiap hari.Waktu Operasi Bazar Ramadhan dan Aidilfitri:

Berikut adalah waktu operasi bazar:

Bazar Ramadhan: 4.00 petang hingga 8.00 malam.Bazar Aidilfitri: 10.00 pagi hingga 12.00 pagi.Etika Pemakaian:

Berikut merupakan etika pemakaian ketika berada di bazar Ramadhan:

Pakai pas khas yang dibekalkan oleh penganjur.Memakai pelitup muka.Memakai face shield.Memakai sarung tangan pakai buang plastik.Memakai apron pakai buang plastik (bazar ramadhan).Kebenaran Solat Tarawikh:

Berikut adalah berkaitan kebenaran mengadakan solat tarawikh di masid atau surau.

Tertakluk kepada SOP.Keputusan pihak berkuasa agama negeri.Jumlah kehadiran jemaah adalah tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut mengenai SOP dan waktu operasi bazar ramadhan dan aidilfitri, sila layari laman FB rasmi Malaysia Government Call Centre.

The post Waktu Operasi Dan SOP Bazar Ramadhan Dan Aidilfitri 2022 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 19, 2022 00:24

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.