Tidakan Segera Untuk Dapatkan Semula Duit Bank Yang Hilang
Anda pernah kehilangan duit dalam bank?
Sekiranya anda pernah mempunyai pengalaman wang simpanan anda dalam akaun bank tiba-tiba hilang, mesti anda panik kan?
Jika anda ingin mengetahui bagaimana caranya untuk mendapatkan kembali duit simpanan anda.
Anda boleh rujuk langkah-langkah yang perlu diambil dengan segera bagi mengelakkan perkara lebih buruk terjadi.
Baca juga:
Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah Bank Rakyat 2022Bank Tawar Pinjaman Peribadi Wang Segera 2022Tindakan Segera Untuk Mendapatkan Kembali Duit Yang Hilang:Berikut antara langkah pantas yang perlu diambil:
Langkah 1: Maklumkan kepada pihak bank:
Laporkan segera kepada pihak bank, sebaik sahaja anda menyedari kehilangan wang anda dalam akaun bank anda.
Butiran maklumat yang perlu anda sediakan untuk memudahkan pihak bank untuk menyemaknya:
Berapa jumlah wang yang hilang.Bila anggaran masa transaksi wang.Apa nombor akaun atau nama penerima wang.Nota: Lampirkan bukti gambar atau screenshot.
Langkah 2: Laporkan kepada pihak polis:
Sila buat laporan mengenai kehilangan wang melalui transaksi tidak sah ini di balai polis berhampiran.Sediakan bukti-bukti seperti yang anda berikan kepada pihak bank.Dapatkan salinan laporan polis untuk diberikan kepada pihak bank.Dapatkan nombor telefon pegawai penyiasat anda bagi memudahkan anda mendapatkan sebarang perkembangan terkini mengenai kes anda (sekiranya ada).Langkah 3: Hantar laporan polis kepada pihak bank dan tunggu hasil siasatan:
Hantarkan salinan laporan polis mengenai duit hilang dalam akaun anda kepada pihak bank.Pastikan anda menyimpan satu salinan laporan untuk simpanan peribadi sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, contohnya laporan polis hilang/tercicir dalam tangan pihak bank.Pihak bank akan menyiasat laporan anda dan ianya mungkin mengambli masa 2 minggu.Sentiasa follow-up kes anda kepada pihak bank dengan menghubungi mereka untuk mendapatkan apa-apa perkembangan terbaru daripada pihak bank.Langkah 4. Laporkan kepada Bank Negara Malaysia:
Anda juga digalakkan memanjangkan laporan kehilangan duit dalam akaun anda kepada pihak BNM melalui salah satu cara yang berikut:
Borang telelink BNMTalian BNM:Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888Luar Negara: +603-21741717Cawangan BNM negeri anda.Maklumat Lanjut:Maklumat lanjut akan dikongsikan di dalam artikel yang berikutnya.
The post Tidakan Segera Untuk Dapatkan Semula Duit Bank Yang Hilang appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
