Pemansuhan Imbasan Suhu Badan Mulai 11 Februari 2022

Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan prosedur operasi standard (SOP) imbasan suhu badan dan buku rekod ‘check in’ di premis bermula 11 Februari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dengan pemansuhan ini, pihak pemilik permis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu-pintu masuk premis.

Bagaimanapun katanya, daftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.

“Sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pemeriksaan suhu badan dan buku rekod ‘check in’ kerajaan amat mengalu-alukan dan mengalakan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 pada 8 Februari yang lalu.

Baca juga:

Kemaskini Tetapan Fungsi Trace Terkini Di Aplikasi MySejahteraCara Padamkan MySejahtera Di Nombor Lama & Gantikan Ke Nombor Baru.

Terkini, KPM turut mengumumkan bahawa imbasan suhu badan juga tidak diwajibkan bermula 11 Februari 2022 di Premis Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Walaubagaimanapun, semua guru, kakitangan sekolah, pekerja dan pelawat tetap diwajibkan untuk mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki premis insititusi pendidikan di bawah KPM.

Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa dimohon memastikan anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum dihantar ke sekolah.

Murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif adalah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.

Kenyataan Media:

Berikut merupakan kenyataan media dari kerajaan Malaysia:

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang …. atau hubungi di talian  ….

The post Pemansuhan Imbasan Suhu Badan Mulai 11 Februari 2022 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 10, 2022 21:20
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.