Kehadiran Iqbal Dalam Program Big Stage Timbulkan Kontroversi
Kehadiran Iqbal Dalam Program Big Stage telah menimbulkan kontroversi yang hangat malah mendapat kritikan yang cukup banyak daropda para nerizem Malaysia.
Pada mulanya rata – rata penonton merasa teruja demngan peserta yang bakal bertanding namun merasa kecewa apabila melihat kemunculan Iqbal malah terdapat juga kemunculan DSV yang juga bekas kekasih Iqbal muncul dalam program tersebut.
Juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai juga dikatakan terkejut dengan kemunculan usahawan viral itu malah Ajai tidak keberatan memerikan markah yang corot kepada Iqbal namun masih mendapat simpati para juri lain dengan memberikan markah kepadanya.
Iqbal yang muncul di atas pentas sebagai peserta ke-12 dengan menyanyikan lagu ‘Biar Bulan Bicara’ dari Broery Marantika kelihatan bersemangat untuk menjayakan program tersebut dan merasa kecewa dengan markah yang diberikan kerana para juri merasakan suaranya tidak sedap.
Bagaimanapun,para penonton dan juga netizen meluahkan rasa kurang senang dan mengkritik kehadiran Iqbal dalam Bid Stage kerana tidak setanding dengan peserta lain .
Tetapi tidak kurang juga ada peminat yang menyokong usahanya untuk mengembangkan bakat dan minatnya dalam industri muzik dan berharap agar Iqbal lebih berusaha dan sabar sebelum berajaya.
Ini telah menaikkan semangatnya untuk menjayakan program tersebut dengan mengambil kelas vokal dan beljar dari orang yang berpengalaman.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Iqbal ada menyampaikan bahawa pada awalnya dia sudah menolak tawaran untuk terlibat dalam Big Stage itu.
Namun, selepas merasakan ia adalah peluang sekali seumur hidup, dia memohon untuk kembali dan diberikan keizinan untuk sertai rancangan itu dan nampaknya tidak berjaya menarik minat penonton.
Pihak Astro juga dikecam kerana merosakkan industri musik tanah air dan juga kredibiliti program Big Stage yang sepatutnya disertai oleh peserta yang berbakat dan boleh bertanding secara sihat dengan peserta yang lainnya.
Astro dikatakan sengaja menarik perhatian penonton demi marketing bagi menaikkan rating siarannya. Kebanyakkan penonton mengkritik astro atas kehadiran Iqbal walhal ramai lagi peserta yang layak menyertai program tersebut.
Dalam pada itu Iqbal sempat mengatakan bahawa dirinya akan menarik diri jika membuat penonton benci dan kecewa namun masih mempunyai masa 1 minggu untuk membuktikan bahawa dirinya mampu menjadi seorang penyanyi.
The post Kehadiran Iqbal Dalam Program Big Stage Timbulkan Kontroversi appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
