Permohonan Dana Pemfailan Harta Intelek IP 2.0

Kerajaan menyediakan program Dana IP2.0 bagi menggalakkan inovasi dan menggalakkan pemfailan harta Intelek dalam kalangan rakyat Malaysia. Program Dana IP 2.0 juga merupakan geran pembiayaan pemfailan harta intelek.

Tujuan ianya diwujudkan adalah untuk meningkatkan daya saing usahawan tempatan dengan memberikan perlindungan harta intelek seterusnya merangsangkan ekonomi negara.

Baca juga:

Panduan Dari Perunding Hartanah Untuk Beli Rumah Idaman.Waktu Operasi Kaunter Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)Tarikh Permohonan:

Permohonan dibuka mulai dari Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Jenis Harta Intelek:

Berikut merupakan jenis-jenis harta intelek:

 

Harta Intelek Cap Dagangan.Harta Intelek Paten/Perbaharuan Utiliti (UI).Harta Intelek Reka Bentuk Perindustrian.Harta Intelek Hak Cipta.Harta Intelek Petunjuk Geografi.Kreteria Pemohon:

Permohonan terbuka kepada:

Permohonan Individu.Permohonan Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)/Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian.Permohonan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Agensi/Kementerian.Permohonan Pelajar Kolej/Institusi Kemahiran/Politeknik/Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan setaraf.Permohonan Pelajar Sekolah Rendah / Menengah (Permohonan adalah di bawah nama pihak sekolah).Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon:

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur 18 dan ke atas.Pemohon hanya layak memohon 1 dana sahaja.Cara Permohonan:

Berikut merupakan kaedah dan cara memohon:

1) Secara Online

Langkah 1: Layari pautan BORANG PERMOHONAN DANA IP 2.0

Langkah 2: Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.

Langkah 3: Muat naik dokumen yang diperlukan.

Langkah 4: Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

2) Secara Manual

Langkah 1: Muat turun borang permohonan mengikut harta intelek yang ditetapkan:

a) Borang Cap Dagangan:

Permohonan Dana IP 2.0Borang permohonan dan carian awal

b) Borang  Paten/Perbaharuan Utiliti (UI):

Permohonan Dana IP 2.0Contoh pengisian Borang Permohonan Dana IP 2.0 (paten/UI)

c) Borang Hak Cipta:

Permohonan Dana IP 2.0CR 1 (Pemberitahuan Karya) atau CR 2 (Pemberitahuan Karya Terbitan) dan CR 5.

d) Borang  Reka Bentuk Perindustrian:

Permohonan Dana IP 2.0ID 1 – Borang permohonan reka bentuk perindustrianPandangan perspektif/hadapan/belakang/pandangan sisi/atas/bawah.

Langkah 2: Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.

Langkah 3: Hantar borang permohonan yang lengkap diisi kepada alamat berikut:

Urus Setia Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0)
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Aras 12, Tower B, Menara UOA Bangsar
No. 5, Jalan Bangsar Utama 1
59000 Kuala Lumpur

Langkah 4:  Pemohon boleh menghantar borang permohonan ke Pejabat Cawangan MyIPO yang berdekatan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2299 8560 /8589 /8526 atau email ke dana@myipo.gov.my

The post Permohonan Dana Pemfailan Harta Intelek IP 2.0 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 02, 2022 02:37
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.