Daging Penguin Halal Dimakan – Dr Zulkifli Al Bakri

Baru-baru ini tular dengan kenyataan makan daging penguin adalah Halal. Ramai yang berulasan sendiri. Usahlah kita berteka-teki lagi. Mari kita tengok apa ulasan dari pakar.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri iaitu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berpendapat bahawa daging penguin halal untuk dimakan kerana penguin adalah dikategorikan sebagai burung air.

Baca juga:

Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama LainDr. Zulkifli Perjelas Hukum Memasak Haiwan Laut Hidup-hidup .

Selain itu, penguin tidak termasuk dalam kategori burung yang mempunyai kuku yang kuat seperti haiwan pemangsa atau pemakan daging hingga boleh melukakan sebagaimana yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW.

Menurut ulama mazhab Syafie berpendapat bahawa semua jenis burung air adalah halal untuk dimakan kecuali burung bangau kerana terdapat perbezaan pendapat mengenainya seperti yang ditegaskan oleh Imam al-Rafi‘i.

Dalam kitab Raudhatut Thalibin juga disebutkan sebagai berikut;

فَرْعٌ أَطْلَقَ مُطْلِقُونَ الْقَوْلَ بِحِلِّ طَيْرِ الْمَاءِ، فَكُلُّهَا حَلَالٌ، إِلَّا اللَّقْلَقَ، فَفِيهِ خِلَافٌ سَبَقَ. وَحُكِيَ عَنِ الصَّيْمَرِيِّ: أَنَّهُ لَا يُؤْكَلُ لَحْمُ طَيْرِ الْمَاءِ الْأَبْيَضِ، لِخُبْثِ لَحْمِهَا.

Maksudnya: Para ulama memutlakkan kehalalan burung air bahkan semua jenis burung air hukumnya halal kecuali burung bangau. Para ulama berbeda pendapat mengenai burung bangau, sebagaimana penjelasan di depan. Imam Al-Shamairi berkata; Jenis burung air yang berwarna putih tidak boleh dimakan karena dagingnya menjijikkan.

Haiwan air atau burung air hukumnya harus dimakan dan begitu juga seluruh haiwan air yang lain kecuali haiwan yang ada bandingannya dengan haiwan di darat yang haram (dimakan) kerana dalam hal ini terdapat dua pendapat mengenainya, iaitu sama ada halal atau haram.

Sumber dari: Info Rakyat.

The post Daging Penguin Halal Dimakan – Dr Zulkifli Al Bakri appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 28, 2022 19:30
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.