Gaji Pengutip Sampah Singapura Cecah RM10,000 sebulan Menjelang 2028
Pengutip sampah di Singapura bakal nikmati gaji cecah RM10,000 sebulan. Ini adalah cadangan yang bakal merangkumi keseluruhan sektor pembersihan sisa dan pemulihan material, termasuk mandatori bonus tahunan serta pembangunan kemahiran dan kerjaya.
Menjelang tahun 2028 di bawah model gaji progresif bagi sektor itu, gaji bulanan asas pekerja baru sebagai pekerja pembersihan am sedia dinaikkan kepada S$3,260 (RM10,160).
Agensi berita Channel NewsAsia melaporkan, tangga gaji tersebut adalah hanya untuk warga Singapura atau pemastautin tetap di republik itu.
Baca juga:
Permohonan Biasiswa Pengajian Kerajaan TurkiProfesor Jepun Cipta Prototaip Skrin Televisyen Yang Boleh Keluarkan Rasa Makanan.Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) berucap pada Isnin (24 Januari) lalu. Perkara itu diumumkan selepas pemerintah menerima cadangan daripada Kluster Triparti bagi Pengurusan Sisa (TCWM) berkenaan model gaji baharu bagi sektor berkenaan.
Cadangan itu merangkumi keseluruhan sektor pembersihan sisa dan pemulihan material, termasuk mandatori bonus tahunan serta pembangunan kemahiran dan kerjaya.
Warga Singapura dan pekerja yang bermastautin tetap di Singapura anggaran 3,000 orang bakal menerima manfaat daripada model gaji baharu itu.
Di bawah unjuran itu, pekerja bakal menerima kenaikan gaji asas bagi kumpulan tersebut dinaikkan dari S$2,210 (RM6,887) pada Julai 2023. Jumlah kenaikan sebanyak S$210 (RM654) setiap tahun sehingga 2028 apabila ia mencecah S$3,260 (RM10,160). Ini bermakna peratusan kenaikan gaji adalah sebanyak 48 % dalam tempoh 6 tahun.
Selain itu, gaji asas bagi pemandu kanan dalam bidang pembersihan sampah juga dijangka meningkat dari S$2,910 (RM9,069) pada 2023, kepada S$3,960 (RM12,341) menjelang 2028.
Berkuat kuasa Januari 2024, pekerja juga sepatutnya menerima sekurang-kurangnya satu bonus tahunan sebulan gaji sekiranya mereka sudah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun dengan majikan masing-masing. Bonus itu tidak terikat dengan prestasi kerja.
The post Gaji Pengutip Sampah Singapura Cecah RM10,000 sebulan Menjelang 2028 appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
