Hilal Asyraf's Blog, page 99

August 2, 2013

Motivasi: Mengejar Lailatul Qadar

264972_478989525445249_1625215063_n


Hari ini ialah hari ke-25 Ramadhan. Pejam celik, pejam celik, kita sudah berada di minggu terakhir Ramadhan. Ada antara kita yang sedih kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita, dan hanya Allah sahaja yang tahu sama ada ia akan kembali melawat kita lagi tahun depan ataupun tidak. Dalam kesedihan itu, ada yang masih bersemangat dan ada juga yang sudah keletihan.


Letih atau tidak, saya harap kita semua tidak akan berhenti. Selagi Ramadhan masih ada dan kita masih hidup, selagi itulah peluang keemasan ini masih ditawarkan oleh Allah kepada kita. Jadi, jangan kita rasa selesa sekarang, duduk goyang kaki, dan menunggu kuih raya.


Kuih raya boleh tunggu kita. Kita tidak mahu menunggunya.


Ada hikmahnya mengapa Allah jadikan 10 hari terakhir Ramadhan sebagai hari-hari paling istimewa dalam bulan istimewa ini. Bayangkan, 30 hari Ramadhan ialah hari-hari penuh berkat dan 10 hari yang terakhir ialah yang paling berkat antara yang berkat.


Berkat-ception.


Dalam 10 hari ini, ada satu malam yang dinanti-nantikan – Lailatul Qadar. Jangan kita hanya sibuk pada malam ke-27 sahaja dan sibuk dengan petanda-petanda Lailatul Qadar. Ada hikmahnya mengapa Allah tidak beritahu sahaja kepada kita dengan jelas bilakah Lailatul Qadar, kerana dengan itu, kita tidak akan malas-malas dan rembat semua 10 hari yang terakhir. Jika kita rembat semua 10 hari, sudah terjamin bahawa kita akan menikmati Lailatul Qadar.


Rasulullah sendiri pun merembat semua 10 hari yang terakhir. Baginda tidak hanya sibuk pada satu-satu malam sahaja.


Lailatul Qadar begitu istimewa. Surah al-Qadr didedikasikan khas kepadanya.


Ia merupakan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan – lebih kurang 83 tahun! Bayangkan pahala 83 tahun hanya dalam satu malam. Rombongan-rombongan malaikat (termasuklah penghulunya, Jibrail) turun untuk mengucapkan salam kepada mereka yang berdiri pada malam tersebut dalam ibadat. Setelah satu rombongan sudah memberikan salam, mereka akan naik dan rombongan lain pula akan datang untuk memberikan salam mereka. Sepanjang malam tersebut, sehinggalah waktu subuh, malaikat-malaikat mengisi bumi ini dan memberikan salam kepada hamba-hamba Allah. Dosa kita bergunung-gunung, tetapi Rahmat Allah menjulang lebih tinggi.


Malam penuh berkat dan salam.


Subhanallah. Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha Pengampun. Allah bagi dan bagi. Persoalannya ialah, apakah kita menerima pemberian-Nya dengan syukur?


Kita masih lagi mempunyai beberapa hari sebelum Ramadhan pergi. Lailatul Qadar belum tentu lagi sudah berlalu ataupun tidak. Tiada siapa yang boleh jamin 100% bahawa Lailatul Qadar sudah berlalu. Maka, ambillah peluang berbaki ini.


Lakukan yang terbaik.


Aiman Azlan

2 Ogos 2013

Mississauga, Canada

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 02, 2013 13:57

English Column: You and your older self

Strawberry Farm


“A moment to remember, a moment to ponder” at Strawberry Farm, Scotland, 1993

From left: Fatimah, me, Muttaqee and Ahmad Azhar (in the baby stroller)


Through the cold night of the 25th of Ramadan, I suddenly remembered an activity my lecturer did last year in my class, American Literature 1.


My lecturer, we all call her Kak Mei decided not to carry on with the syllabus but made a little exercise together. It was an inspiring-motivating-aspiring activity indeed.


“In 20 years’ time, if there is ever a time capsule, what would the current you say to the 40 year old you?” She said.


She asked us to write all the advices (or anything) in a piece of paper and the paper will be collected. It is optional to write your name on the paper or not. She will read it, put it in a bottle and burry it somewhere in IIUM. Maybe if someone discovers it later, it would be a meaningful memory.


20 years from now I will be 44! If I’m still alive that is.


Everybody started writing. Everyone was diligent to write their piece of advice to their old selves. But I, I didn’t know what to write. I leaned back on the uncomfortable chair. Sometimes I gazed outside the window or just went gawking emotionless on the floor.


I peeked to my friend who was sitting beside of me, I couldn’t read what he wrote but I know it is in prose form. Looked like an informal letter.

“In a form of a letter?” I said to myself. It struck me an idea.


“What about I write a letter to the old me?”


I started scribbling. That is what I wrote.


“Dear old Ameen, you should have trained harder improving your Arabic language. Now that you are old, the wires of your brain are crisscrossed.


“Dear Ameen, your belly! Look at it now! Like a pregnant lady! You should have observed your health more! Now your wife hates your fat stomach!”


“Dear Ameen, you have no excuses not to be an awesome dad to your 6 children you have now better than your dad once was!”


“Dear Ameen, you are an embarrassment. At your age now you should have produced at least 25 books. But what have you accomplished, less than 10 books? You call yourself a prolific writer?”


“Dear Ameen, despite the fact you didn’t manage to accomplish most of the objectives you put when you were my age, one thing I’m proud of you. You only married a woman. Your mum should be extremely proud of you. Polygamy isn’t for you I guess?”


When I was I little kid, I wanted to be a writer.

I want to inspire people with words.

Now at least, I’m a blogger/columnist.

Will be a writer soon.


I also wanted to be a teacher.

Now, I’m a student-cum-teacher.


I will gradually improve from time to time.

I will never let myself down.

I will make my old self proud of me!


What about you? Have you thought about what will your old self would be?


“If you knew that tomorrow is your last day, what would you do?”


“I’ll make the best out of today.”


“If you knew that this is your last Ramadan, what would you do?”


“I’ll make the best of this year’s Ramadan.”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 02, 2013 09:11

Himmah : Lailatul Qadr – Manifestasi Kepada Kekerdilan Insan

malam2akhir_web


 


Sepuluh malam akhir Ramadhan adalah antara masa-masa yang tercatat dalam sebahagian hadis Rasul s.a.w. sebagai malam-malam yang sangat berpotensi untuk kita bertemu dengan Lailatul Qadr, malam yang ganjarannya melebihi 1000 bulan.


Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Qadr :


“Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.” [Al-Qadr : 2]


Seribu bulan itu lebih kurang 83 tahun. Untuk umur ummat ini sampai ke 83 tahun, ia bukanlah satu yang mudah. Ada tetapi tidak ramai. Dalam kalangan yang ada itupun, pada umur 83 tahun adalah satu yang mustahil untuk bergerak ke sana ke mari lagi dalam keadaan benar-benar aktif.


Umur sudah senja. Mungkin badan pun sudah tidak sekuat dulu, mungkin juga tidak mampu bergerak lagi.


Maka, dengan had umur kita yang sangat terbatas ini, apakah kita akan membiarkan hadiah Lailatul Qadr Allah kepada kita ini?


 


Umur Tidak Sepanjang Umat Terdahulu Tanda Kita Ini Kerdil


Umur ummat ini mungkin tidak sepanjang umur ummat-ummat terdahulu.


Tidak sampai ribuan tahun barangkali seperti umur Nabi Nuh. Tidak sampai ratusan tahun.


Hanya puluhan tahun sahaja.


Kalau ummat terdahulu dengan umur mereka yang panjang dapat melakukan amal ibadah dan kebaikan yang banyak selama ratusan tahun, maka apakah kita yang hanya jangka hidup selama puluhan tahun ini bisa mencapai sepertimana yang dicapai oleh mereka itu?


Sedangkan umur kita sangat pendek, maka bagaimana mungkin kita dapat beramal ibadah sehingga dapat menyamai atau menyaingi ummat terdahulu?


Maka, Lailatul Qadr adalah jawapan Allah kepada kita.


Kerana kita ini adalah ummat yang pendek umurnya, kita adalah hamba-Nya yang kerdil, maka Allah memberikan hadiah malam yang dipenuhi kemuliaan di dalamnya sehingga bilamana kita berusaha mengisinya dengan kebaikan, kita akan beroleh ganjaran yang melampaui usia kita.


Kita sendiri tidak tahu, apakah kita masih akan sempat hidup walaupun sehingga umur 60 tahun, hatta esok sekalipun. Kita tidak tahu. Namun, dengan sisa nafas yang masih Allah berikan untuk kita ini di malam-malam akhir Ramadhan ini, maka kenapa kita tidak benar-benar berusaha merebut ganjaran besar ini?


Kita sudah tahu yang kita ini mungkin tidak akan hidup begitu lama, maka kala Allah menghulurkan ganjaran kebaikan yang semisal dengan umur ummat terdahulu, apakah kita membiarkannya berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan amal yang bermanfaat di sisi Allah?


 


Allah Maha Bijaksana Dalam Menyebut Malam Al-Qadr


Inilah peluang besar yang Allah kurniakan kepada kita pada 10 malam akhir Ramadhan ini. Tidak ditentukan secara tepat malam yang ke berapakah merupakan malam Al-Qadr. Inilah sebahagian dari kesempurnaan Allah yang Maha Bijaksana.


Tidak mengkhabarkan pada kita secara langsung malam yang ke berapa agar ummat ini tidak hanya berhenti beribadat dan menjadi baik hanya pada satu malam itu sahaja dan kemudian kembali bersikap tidak baik dan malas beribadat pada hari-hari yang lain.


Di dalam hadis Nabi s.a.w. sendiri, tidak disebutkan secara khusus pada malam ke berapa. Hanya diberi klu pada 10 malam akhir. Ada juga riwayat menyatakan pada malam ganjil. Maka dengan perkhabaran sebegini, kita sendirilah yang perlu berusaha mengisi bukan hanya satu malam tertentu sahaja, tetapi juga pada malam-malam yang lain.


Latihan kebaikan jika dilakukan secara berterusan setiap hari akan membentuk malakah (darah daging) dalam diri kita. Maka, Lailatul Qadr ini jika dilihat dengan lebih meluas, bukan sekadar untuk mendapatkan ganjaran satu malam, tetapi ia sekaligus melatih perubahan diri seseorang ke arah kebaikan.


 


Apa Perlu Diisi?


1)      Iktikaf


 


Hadis dari Aisyah r.anha : Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan bersabda : “Carilah Lailatul Qadr pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadhan.” [HR Bukhari, no.1880]


 


2)      Qiamullail


 


“Barangsiapa yang mendirikan Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan ihtisaban (mengharap redha Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lepas.” [HR Bukhari]


 


3)      Membaca Al-Quran


 


Melazimkan diri dengan bacaan, tadabbur dan mengambil kefahaman daripada ayat-ayat Al-Quran.


 


Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Qadr :


 


“Sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam Al-Qadr.” [Al-Qadr : 1]


 


4)      Berdoa


 


Berdoalah sebanyak-banyaknya dan jangan pernah letih berdoa. Allah menghubungkan ayat berkaitan doa dengan ayat berkaitan puasa Ramadhan.


 


“Sekiranya hamba-Ku bertanya padamu tentang-Ku maka sesungguhnya Aku dekat. Aku akan menjawab permintaan orang yang meminta sekiranya mereka berdoa.” [Al-Baqarah :186]


 


5)      Istighfar


Ada pelbagai lagi amalan kebaikan yang kita lakukan. Hanya sanya jangan duduk saja menunggu pokok rukuk dan sujud, atau menunggu tanda di siang hari semata-mata. Beribadahlah, lakukanlah kebaikan, ambillah peluang baik ini di malam-malam penuh kemuliaan ini.


 


Penutup : Menjadi Hamba Allah, Bukan Hamba Lailatul Qadr


Kita akan kerugian sekiranya kita memperbanyakkan ibadah pada malam-malam tertentu sahaja dan kemudian kita pun mengabaikan kesungguhan kita itu setelah berlalunya Ramadhan.


Kita bersungguh-sungguh mencari malam Al-Qadr dengan harapan Allah mengampunkan kita, membersihkan jiwa kita, mengurniakan ganjaran besar kepada kita, tetapi sekiranya selepas Ramadhan, kita kembali kepada sifat buruk yang pernah ada pada kita suatu ketika dulu, maka apakah ertinya Lailatul Qadr yang kita begitu ghairah mengejarnya itu?


Kita berusaha untuk mengejar keampunan dan rahmat Allah pada malam penuh kemuliaan ini, malam yang diturunkan Al-Quran padanya. Maka, bukan malam ini yang kita cari sebenarnya, tetapi Allahlah yang kita cari.


Ya, kita mencari Allah sebenarnya untuk membersihkan jiwa kita, untuk merawat segala penyakit dalam hati kita, untuk membantu meleraikan segala masalah dan kesusahan kita, untuk mencurahkan rezeki-Nya kepada kita. Kita perlu kepada-Nya, sebab itulah kita berebut-rebut mencari malam Al-Qadr ini dan berusaha mengisinya dengan amal kebaikan.


Maka, apakah setelah itu, kita akan berhenti daripada usaha menjadi hamba yang baik kepada-Nya?


Sudah tentulah tidak. Tidak sepatutnya berlaku begitu.


Kerana kita bukanlah hamba kepada Ramadhan, mahupun kepada Lailatul Qadr itu, tetapi kita adalah hamba kepada Allah azza wajalla.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 02, 2013 03:12

July 30, 2013

English Column: Disabled or Special?



ameen poyo tu


“Are we disabled or special?”

Me and Afsyakirin


As I was buying some stuffs at Giant Batu Caves, I bumped into a ‘special’ friend of mine. He was entertaining the random people there with his balloon modeling skills.


His name is Afsyakirin, 26, a disabled person like me. We met at Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Gombak Setia last year. Both of us are disabled people. In Malay it’s called ‘OKU’ (Orang Kurang Upaya).

I am legally blind on my left eye. He, on the other hand, suffers a more tragic disability that makes him impaired on his right side (stroke I guess, not sure).


But still, he is happy even when he has to hop his way with his left foot in order to walk.


The reason why I’m posting this, not to brag or show the world that I care for the disabled, but I want to clear the perception of the public towards disabled people.


I approached him today when he was handing over a gift of a balloon shaped as a flower to a sister at a Prudential booth. The sister refused at first. I’m not sure whether what was the reason but after seeing me chatting with Afsyakirin, she accepted the flower balloon.


Maybe because of Afsyakirin’s ‘not normal style’; he hopped his way and the way he stutters whenever he talks. The point is, Afsyakirin’s style is ‘not normal’ compared to a normal-non-disabled person.


I had a chat with him. He still remembered me. He called me ‘Abang’ even though he is older than me by two years. People around me were weird seeing me, the only one talking to him. People around me were weird that I’m the only one brave enough to talk to someone who’s ‘not normal’?


A man in the crowd asked me “Do you know him?” while making a surprised facial expression.


“Yeah. Both of us are disabled” I replied.


Maybe the woman refused to accept the flower at first because of Afsyakirin looks a bit weird or frightening to some, hopping on one foot all the time, and I came there neutralizing the weirdness in her.


I may look more ‘normal’ than him but both of us are still disabled.


Thank God, no women screamed out of fear of Afsyakirin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 30, 2013 11:16

July 29, 2013

Fotografi: Mihrab Cinta



| Mihrab | The Mosque of Granada | Granada, Spain |

( Sony Alpha Nex-5N | f4 | 1/60 | ISO400 )



Ini merupakan masjid pertama dibina di Granada selepas 511 tahun tiada muazzin melaungkan azan di kota itu sejak zaman kejatuhan Islam Andalus. 10 Julai 2003 menjadi detik sejarah kembalinya sinar Islam di bumi Sepanyol.


_________________________________________________________________________________________________________


Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!


( Al Qadr 97: 1-5 )



Tidak akan kami tinggalkan

Mihrab cinta itu

tanpa rasa rindu

bertamu lagi di situ.


Tidak akan kami tinggalkan

Malam-malam akhir ini

Sebelum puas kami

merebut ganjaran Ilahi.


Wahai Tuhan,

Qiyamkan kami bersama sejahtera malam penuh barakah itu!


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 29, 2013 08:03

Umum: DVD TeenACE 2013

Promosi awal DVD TeenACE


 


 


TeenACE(Teenager’s Awards, Convention & Exhibition) 2013 telah berjalan dengan jayanya pada 29-30hb Jun 2013 yang lalu. Dengan peserta sekitar 1000 orang, hadir dari seluruh pelusuk negara, harapannya agar TeenACE 2013 menjadi titik tolak kepada pembangunan jati diri dan minda anak-anak muda di negara kita.


Namun ramai lagi yang tidak dapat menghadiri TeenACE 2013 yang lalu dek kerana kekangan masa, jauh dan sebagainya.


Maka kami di LangitIlahi Store memberikan peluang untuk anda ‘menghadiri’ TeenACE 2013 dengan membeli DVDnya!


InsyaAllah DVD TeenACE 2013 ini akan menyediakan buat anda TeenACE 2013 dari awal hingga ke akhirnya. Anda akan mendapat semua slot penyampaian, forum-forum, dan persembahan.


BONUS! – Anda akan dapat juga menonton Fatih Seferagic bernasyid dan memberikan sharing pengalaman hidupnya sebagai huffaz. :-)


Jangan lepaskan peluang ini.


Harga asal RM80.00


Harga pre-Order(tempahan awal) ialah RM65.00 sahaja!


 


Kami akan mengwar-warkan tarikh pre-Order tidak lama lagi.


Bersedia untuk menempah!


 


3511_605637546125199_1063237402_n

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 29, 2013 01:11

July 28, 2013

July 27, 2013

Kehidupan: Carpe Diem

Photo by Jonhy BlazePhoto by Jonhy Blaze


Carpe diem = seize the day.


Selepas solat Jumaat, para Jemaah melakukan solat jenazah buat seorang Muslimah yang baru sahaja memeluk Islam. Beliau memeluk Islam di katil hospital, sebelum Allah menjemputnya pulang.


Aku tersentap.


Ya Allah, betapa bertuahnya roh itu! Baru sahaja memeluk Islam dan terus Engkau mengambil nyawanya. Beliau kembali kepada-Mu dalam keadaan putih bersih. Tambahan pula, solat jenazah diadakan pada hari Jumaat, di bulan Ramadan – hari terbaik, dalam bulan terbaik.


Ya Allah, betapa singkatnya hidup aku ini.


Aku baru sahaja menonton video Youtube tentang seorang jejaka muda berumur 21 tahun yang menghidap penyakit terminal Osteosarcoma dan doktornya menjangkakan bahawa beliau akan hidup selama 6 bulan lagi. Of course, hanya Allah yang tahu bila kita akan mati tetapi jangkaan itu memberikan gambaran betapa serius keadaannya sekarang. Tetapi, perspektifnya terhadap kehidupan singkatnya amatlah hebat. Beliau positif dan beliau tidak membuang masa.


Satu common denominator yang aku lihat kerap muncul dalam kalangan mereka yang sedar bahawa mereka akan mati tidak lama lagi kerana penyakit serius, ialah mereka melihat hidup ini sebagai peluang keemasan. Setiap hari ialah satu rahmat. Membuang masa itu satu jenayah bagi mereka. Apabila maut sentiasa di minda, maka hidup ini dilihat menerusi kaca mata yang amat berbeza. Hakikatnya ialah kita tidak perlu menunggu penyakit serius untuk fikirkan tentang maut. Maut tidak mengenal usia. Siapa tahu, mungkin kita akan meninggalkan dunia ini lebih awal daripada jejaka berumur 21 tahun tersebut.


Possible kan?


Selepas solat Jumaat, seorang ahli masjid membuat pengumuman bahawa sabtu hadapan merupakan malam ke-27 Ramadan.


Aku tersentap lagi.


Ya Allah, minggu hadapan sudah hari ke-27 Ramadhan? Terasa seolah-olah baru semalam aku mengangkat takbir untuk solat terawih pertamaku. Ramadhan berlalu seperti angin. Mereka yang sibuk dengan perkara lain tidak akan dapat menikmati kesejukannya. Aku membilang hari-hari yang berbaki, sambil menoleh ke belakang kepada hari-hari yang sudah pergi. Aku juga membilang hari ini, hari yang pasti.


Ya Allah, betapa singkatnya Ramadhan ini.


Malam itu, selepas tamat solat terawih 8 rakaat, imam masjid memberikan tazkirah yang ringkas. Beliau menyatakan tentang kehidupan hari ini yang sibuk dan masa yang sentiasa suntuk.


Beliau berkata, “You know what our biggest issue is? Time. Nobody has time now. We are all busy. But the question is, what are we busy doing?”


Aku tersentap lagi.


Masa ini kadang-kadang terasa begitu laju, sampaikan aku tak dapat nak catch up. Semua orang sibuk dan rushing.


But how many of us slow down or stop for a moment to appreciate the little things? Like the food on your plate, the verses you read in the Quran, the fact that you have the chance to fast today, or the fact that you still have a chance.


How many of us seize the day?


Apakah masa yang mengawal aku ataupun aku yang mengawal masa? Sibuk tidak bererti aku produktif. Sibuk tidak bererti aku berjaya. Sibuk tidak bererti hidupku bermakna. Sibuk itu hanya bermakna aku mengisi masa aku dengan sesuatu.


Tetapi, apakah “sesuatu” itu?


Aiman Azlan

27 Julai 2013

Toronto, Canada


———-


Assalamu’alaikum.

Ramadhan Kareem!


Bagi anda yang ingin menambah bahan bacaan sepanjang Ramadhan, dengan cara mudah, menggunakan smartphone, iPad, Samsung Tab dan sebagainya, maka bolehlah segera mendapatkan eBook Semarak Ramadhan di http://langitilahi.com/store.


Di dalamnya terdapat puluhan artikel berkisar berkenaan Ramadhan, merangkumi perkongsian, muhasabah, tazkirah, perkara berkait dengan kaifiyat dan fadhilat, seterusnya disertai juga dengan komik dan poster berkenaan Ramadhan.


Hanya RM10 sahaja!


Dapatkan segera di http://langitilahi.com/store.


Warnakan Ramadhan anda dengan kefahaman.

Mari Menjadi Hamba!


*eBook ini berformart ePub.


Boleh dibuka dengan aplikasi Aldiko (boleh dapatkan secara percuma Apps ini di PlayStore untuk adroids)


1040060_598196276869326_341675401_o

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 27, 2013 04:53

Agama: Ibrah Badar Membangun Jiwa yang Sedar

perang


google.com


17 Ramadhan. Di Malaysia kebanyakan negara diberikan cuti umum kerana menyambut kemuliaan Al-Quran yang disebutkan oleh sebahagian ulama’ yang mana ia telah turun pada tarikh ini. Namun suatu perkara yang mungkin ramai dalam kalangan kita terlupa bagi yang pernah mengetahui dan mungkin juga tidak diketahui langsung oleh sebilangan masyarakat mengenai tarikh tersebut.


Badar. Itulah nama peperangan besar yang pertama yang berlaku dalam coretan sejarah Islam. Namanya diambil sempena tempat lakaran sejarah tersebut terjadi. Adapun telah terdapat peperangan kecil antara orang Islam dan Kafir yang telah terukir sorotannya di dalam kitab sirah seperti perang Waddan atau Abwa.


Peperangan Badar atau hari yang disebutkan sebagai hari Furqan (pembeza yang haq dan batil) berlaku dek turunnya wahyu kepada baginda s.a.w melalui mimpi yang benar supaya umat islam bersedia untuk melakukan satu dari dua perkara iaitu merampas harta kafilah Quraisy dipimpin oleh Abu Sufyan yang pulang dari Syam melalui Madinah sebagai ganti rampasan harta yang dilakukan oleh mereka sebelum orang islam berhijrah ataupun berperang dengan kaum Quraisy.


Adapun bagi orang mukmin ketika itu mereka lebih memilih untuk menyekat kafilah tersebut berbanding berperang mengangkat senjata. Namun kehendak Allah melebihi segalanya. Mereka akhirnya perlu memerangi kaum Quraisy dek rasa ketidakpuashatian mereka terhadap orang Islam yang semakin berkembang. Bagi mereka inilah masa untuk menghancur Islam dengan tentera mereka yang ramai.[i]


 


Kepentingan Musyawarah(bermesyuarat)[ii]


Niat asal hanya ingin menyekat perjalanan kafilah bertukar menjadi sebuah pertempuran. Sudah tentu timbul keresahan bagi orang mukmin dek kerana ia merupakan peperangan besar mereka dalam sejarah kehidupan. Tambahan pula, mereka tidak mempunyai kelengkapan senjata dan kenderaan yang baik untuk menempuh peperangan tersebut sedangkan lawan mereka merupakan gerombolan yang besar dan serba lengkap dari sudut persiapan.


Dalam peristiwa ini baginda s.a.w sendiri menimbang keperluan mereka terus mengejar kafilah atau berhenti berbuat demikian agar dapat menghindari risiko bertembung dengan Quraisy dalam keadaan tersebut. Baginda tidak bersendirian. Baginda meminta pendapat Abu Bakr r.a, Umar r.a tentang hal tersebut. Kesemua mereka yang turut berbincang bersetuju untuk meneruskan perjalanan termasuklah seorang muhajirin iaitu al-Miqdad Ibn Amr yang menyatakan ketegasan pendiriannya dan Saad Ibn Muadz sebagai wakil dari kaum ansar.


Hal ini memberi ketenteraman kepada baginda s.a.w kerana mendapat sokongan dari kesemua pihak disebabkan kaum ansar asalnya tidak terlibat dengan pertembungan dengan Quraisy bahkan mereka hanya mematrai janji taat setia untuk mempertahankan madinah bukan diluar kota tersebut. Namun, sikap yang ditunjukkan oleh mereka menggambarkan keimanan mereka yang kuat untuk berusaha membantu agama Allah dan sikap tidak cintakan dunia bahkan mengejar ganjaran akhirat.


Di sini, kita melihat kepentingan perbincangan itu sendiri. Bukan sekadar membawa satu kata putus yang mewakili semua orang yang terlibat dengannya tetapi memberi rasa ketenteraman dan tanggungjawab untuk melakukan perkara yang telah ditetapkan. Oleh itu, perbincangan merupakan salah satu elemen penting dalam sebuah organisasi bagi membentuk perjalanan konkrit.


Selain itu, nabi Muhammad s.a.w tidak menggunakan autoriti baginda sebagai ketua lebih lagi seorang nabi dalam perkara yang tidak melibatkan nas agama seperti kaedah peperangan dalam peristiwa ini. Buktinya baginda menerima pandangan Hubab ibn Munzir untuk bertapak pada kawasan punca air yang kedua kerana menurutnya ia merupakan sumber air yang paling besar dan boleh menyekat kemaraan Quraisy kerana kekurangan sumber air sedangkan nabi memerintah untuk berkhemah pada punca air yang pertama.


Betapa bijaksana Rasulullah dalam mengendali urusan dunia dengan memberi peluang untuk mereka yang mempunyai lebih pengetahuan dalam sesuatu perkara menyuarakan pandangan yang kritis. Justeru, hari ini elemen ini tidak boleh diabaikan. Pemimpin yang baik tidak boleh bersifat autokratik dengan tidak mahu menerima pandangan dan kritikan tetapi mestilah cuba menyalurkan setiap buah fikiran dari orang bawahan dalam menguruskan sesuatu perkara mengikut kesesuaian.


Bukan menafikan kewibawaan pemimpin. Hatta para sahabat tidak hilang rasa hormat pada baginda. Tetapi ia menunjukkan penghormatan baginda s.a.w terhadap kecerdasan manusia di samping mengikat hati mereka untuk terus berani memberi pendapat yang bernas dan berkorban untuk Islam.


 


Bantuan Allah


Setiap perkara yang menjadikan ketetapan-Nya kepada hamba semestinya datang dengan pertolongan. Antara yang dekat dengan kita adalah Ramadhan. Mereka yang bijak tidak melihat ia sebagai bulan biasa. Ia merupakan bulan pertolongan Allah untuk manusia dekat pada-Nya dengan kurniaan pelbagai kelebihan seperti rahmat yang luas, pengampunan dan juga mendekat kepada syurga serta dijauhkan oleh api neraka.


Dalam peristiwa Badar pertolongan Allah datang dengan pelbagai cara. Biasa yang didengari adalah bantuan malaikat yang turut sama membantu umat Islam ketika peperangan tercetus. Namun tentera Allah terdiri dari pelbagai jenis dan sudut. Apakah ia?



Rasa mengantuk serta hujan yang mendamaikan perasaan

Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan). [al-Anfal:11]


Pada malam sebelum peperangan berlaku baginda s.a.w tidak putus-putus berdoa memohon bantuan daripada Allah s.w.t untuk memenangkan umat Islam kerana ia merupakan satu factor penting untuk memperlihatkan kehebatan islam sebagai penerimaan untuk umat manusia sejagat. Lalu, sebagai rahmat Allah kepada hamba-Nya, Dia menghantar pertolongan berupa rasa mengantuk supaya umat islam dapat berehat secukupnya di samping hujan untuk memenuhi keperluan.


 


2.Rasa gerun walaupun pada golongan yang sedikit


Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun. [al-Anfal:12]


Tidak semestinya bilangan yang besar mesti menang ke atas bilangan yang lebih kecil. Tetapi yang pasti mereka yang membantu agama Allah dengan ikhlas tidak kira bagaimana keadaan mereka nescaya bantuan Allah datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.


Hari ini kita melihat Mesir berdarah semula. Tetapi bukan lagi yang haq ke atas yang batil bahkan sebaliknya. Dengan kekuasaan yang mereka punya, dengan kelengkapan yang ada mereka menceroboh bumi kinanah itu dengan rakus. Tetapi mereka lupa pada yang lebih berkuasa. Yang tidak terkesan pada bilangan dan kelengkapan untuk memberi pertolongan. Moga-moga Allah selamatkan bumi yang pernah didiami oleh nabi Yusuf a.s. itu.


 


Rampasan Perang


Dalam ayat yang pertama surah al- Anfal yang mana surah ini adalah antara surah yang menerangkan tentang peristiwa  Badar ini, Allah merakamkan pertanyaan kaum muslimin tentang pembahagian harta rampasan perang. Menariknya dalam ayat ini Allah tidaklah menerangkan secara terus tentang pembahagian harta tersebut secara details tetapi menyebutkannya pada ayat ke-41.


Hal ini disebabkan ketika itu berlaku sedikit perbalahan kecil antara kaum muda yang berada di barisan hadapan dan kaum tua yang berada di barisan belakang dari sudut keutamaan memperoleh harta. Allah memberi ransangan terlebih dahulu dengan menyeru agar kaum muslimin supaya dengar dan taat perintah Allah dan rasul (dalam urusan pembahagian ini dan secara umum dalam setiap perkara) juga persaudaraan sesama islam.


Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: “Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman”.[al-Anfal:1]


Lihat betapa indah tarbiyah daripada Allah dengan tidak meletakkan urusan pembahagian sebagai yang dominan tetapi perkara membabitkan hubungan dengan Allah, rasul dan sesama islam adalah lebih utama. Bahkan lebih menarik lagi Allah menerangkan pula ciri-ciri orang yang beriman sesuai dengan tuntutan-Nya.


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. [al-Anfal:2]


Begitulah hendaknya kita, dalam melakukan sesuatu perkara, suatu elemen penting yang perlu kita tekankan adalah berkait dengan hubungan dengan Allah s.w.t. Adakah perkara yang ingin dilakukan itu mendapat keredhaan Allah? Adakah ia menepati saranan Rasulullah? Adakah ia menyebabkan sesama Islam regang ukhuwah?


Dengan izin Allah, jika perkara-perkara ini menjadi pertimbangan dalam setiap perbuatan kita, Allah akan kurniakan bersamanya keberkatan dan kejayaan.


 


 Kesimpulan: Hubungan Badar, ilmu dan taqwa


Ketika tamat perang Badar tawanan quraisy oleh umat Islam diberikan pembebasan dengan jaminan berbentuk harta. Bagi mereka yang miskin tetapi mempunyai kelebihan membaca, menulis maka jaminan perlepasan adalah berbentuk tunjuk ajar kerana quraisy memang terkenal dengan kebolehan penyair-penyair yang hebat.


Apa yang menarik adalah Rasulullah s.a.w  amat menekan pendidikan yang baik dalam membina sebuah generasi. Al-Quran juga turun pada baginda dengan menggesa untuk membaca.


Membaca adalah tunjang kekuatan akal fikiran bahkan menjadi paksi kepada sebuah kejayaan. Lebih menarik membaca atau umumnya belajar punya kaitan dengan taqwa yang menjadikan pertolongan Allah itu lebih mudah dinikmati.


Dan peliharalah diri(taqwa) kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. [al-Baqarah:281]


Ayat al-Quran yang terakhir turun di atas menekankan tentang taqwa. Ia seolah menggambarkan kejayaan baginda menguasai dunia adalah bermula dengan ilmu, seterusnya menjadikan ia usaha mencapai taqwa untuk peroleh kemenangan hakiki setelah tamat perjalanan dakwah baginda juga sebagai ganjaran di akhirat sana.


Justeru itu, bulan ramadhan yang disebutkan juga bulan taqwa dan bulan kelahiran al-Quran yang mana hanya berbaki beberapa hari lagi buat kita perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya kerana sungguh kehidupan seorang yang mempunyai taqwa itu sangat sinonim dengan al-Quran yang menjadi panduan sempurna dalam kehidupan.


Wallahualam~


 





[i]  Tafsir Fi Zilal Al-Quran (terjemahan) karya Sayyid Qutb jilid 6




[ii]  Jejak-jejak Rasulullah, karya Prof Dr Tariq Ramadhan

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 27, 2013 03:32

July 26, 2013

Komik: Sudahkah kita bersedia?

m4 ramadhan


Perlahan-lahan, fasa ke 3 Ramadhan datang menjengah.

Bagaimana agaknya persiapan kita untuk berjumpa LailatulQadr?

Sudahkah kita bersedia menemuinya melalui latihan-latihan di fasa 1 dan fasa 2 Ramadhan?


Kenapakah LailatulQadr ini penting buat kita?

selain ganjaran yg berupa satu malam = 1000 bulan amalan,

Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani didalam buku Risalah Qiyam Ramadhan ada berkata:

“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’


Maka, isilah malam-malam terakhir kita di bulan Ramadhan dengan berdoa;

seperti yg diriwayatkan daripada Aishah r.a.:


“Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut”


Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.


Tepuk dada, tanya iman, angkat tangan.

Mari kita sama-sama berdoa agar Allah menghadiahkan LailatulQadr kepada kita.


———-


Assalamu’alaikum.

Ramadhan Kareem!


Bagi anda yang ingin menambah bahan bacaan sepanjang Ramadhan, dengan cara mudah, menggunakan smartphone, iPad, Samsung Tab dan sebagainya, maka bolehlah segera mendapatkan eBook Semarak Ramadhan di http://langitilahi.com/store


Di dalamnya terdapat puluhan artikel berkisar berkenaan Ramadhan, merangkumi perkongsian, muhasabah, tazkirah, perkara berkait dengan kaifiyat dan fadhilat, seterusnya disertai juga dengan komik dan poster berkenaan Ramadhan.


Hanya RM10 sahaja!


Dapatkan segera di http://langitilahi.com/store


Warnakan Ramadhan anda dengan kefahaman.

Mari Menjadi Hamba!


*eBook ini berformart ePub.

Boleh dibuka dengan aplikasi Aldiko(boleh dapatkan secara percuma Apps ini di PlayStore untuk adroids)


1040060_598196276869326_341675401_o

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 26, 2013 20:37