Hilal Asyraf's Blog, page 101

July 18, 2013

Kehidupan: Layanan Terhadap Ramadhan – Aidilfitri Yang Didahulukan

1044424_594307357258218_920248289_n


 


Seawal Ramadhan lagi, hatta sebelumnya, semangat Aidilfitri sudah dirasakan. Begitu juga di televisyen, radio dan sebagainya. Jika dahulu-dahulu, pertengahan Ramadhan baru kedengaran, dan kemudiannya di awal Ramadhan baru bergema, kini sebelum Ramadhan lagi sudah menggegarkan telinga. Lagu-lagu raya.


‘AidilFitri itu didahulukan, sebelum Ramadhan.


Dan kala Ramadhan, di manakah semangat seorang hamba yang memasukinya?



Perayaan Fitrah, dan Fitrah Yang Tidak Diperolehi.


Kembali kepada makna ‘AidilFitri, ia bermaksud perayaan fitrah. Meraikan manusia-manusia yang berjaya mencuci dosa mereka, yang berjaya mempertingkatkan diri mereka, sepanjang Ramadhan. Yang berjaya menyedari bahawa kehidupan yang sebenar adalah kehidupan Islam, yang berjaya memahami bahawa kehidupan yang terbaik adalah kehidupan Islam, hasil tarbiyah yang dilaluinya di dalam Ramadhan.


Akhirnya diri kembali kepada fitrahnya. Islam, kebaikan, dan merasa dekat dengan Allah SWT. Sebagaimana Allah SWT sendiri gambarkan di dalam firmanNya, kala manusia masih di alam Ruh lagi:


“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.” Surah Al-A’raf ayat 172.


Begitulah fitrahnya manusia. Mengakui bahawa Allah itu Rabb, sekaligus menjadikan Islam itu agamanya.


Namun sekiranya Ramadhan diisi dengan hiburan, drama yang melalaikan, semangat ‘AidilFitri yang lebih kepada ‘balik kampung’, ‘perayaan setahun sekali’, ‘hiburan gembira’ dan sebagainya, maka apa sebenarnya yang hendak dirayakan oleh kita?


Kerana Aidilfitri adalah perayaan fitrah. Mereka yang tidak kembali kepada fitrah, apa yang mahu dirayakan oleh mereka?


 


Meningkatkan Syu’ur Ramadhan.


Syu’ur, atau perasaan untuk memperhebatkan amalan di dalam Ramadhan hakikatnya boleh kita bakar, nyalakan, perhebatkan dengan pelbagai cara.


1 – Iklan-iklan akan fadhilat puasa di bulan Ramadhan, amalan-amalan dalam bulan Ramadhan.


2 – Filem atau drama berkenaan Ramadhan, maksud sebenar Ramadhan, ertinya kepada kehidupan manusia.


3 – Kelas-kelas agama, dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Masjid diperhebatkan.


4 – Pidato awam berkenaan Ramadhan diwujudkan di ruang legar shopping complex terutama pada waktu puncak.


5 – Solat Tarawih di padang-padang terbuka diperkenalkan.


6 – Tanglung Ramadhan diperkenalkan untuk digantung di rumah-rumah, meraikan Ramadhan.


7 – Radio, Televisyen, Akhbar, memperhebatkan persoalan Ramadhan, promosi makna Ramadhan, dan amalan-amalan kebaikan.


Ini kita boleh laksanakan sebenarnya. Mana yang kita mampu. Bahkan, kita boleh sebarkan penplet di pasar malam, menulis artikel-artikel di blog, update berkenaan Ramadhan di Facebook dan sebagainya. Pelbagai perkara kita boleh lakukan, bagi meningkatkan syu’ur Ramadhan.


Mengapa hendak mendahulukan ‘AidilFitri?


Kembali kepada fitrah terlebih dahulu sebelum sibuk hendak merayakan fitrah!


 


Ramadhan Yang Rosak, Membuahkan Kehidupan Yang Rosak.


Ramadhan adalah bulan pembinaan. Ramadhan yang rosak akan merosakkan pembinaan peribadi manusia. Sekiranya Ramadhan dilalui ibarat hari-hari biasa seperti bulan-bulan yang lainnya, maka binasalah keadaan manusia. Tiada masa dia mengeraskan dirinya dalam beramal, tiada masa dia mendisiplinkan dirinya ke tahap tertinggi dalam kehidupan. Maka bagaimana pada bulan-bulan lain? Pastinya lebih hancur.


Juteru sepatutnya kita mempertingkatkan syu’ur Ramadhan, dan memperhebatkan lagi projek peningkatan diri di dalamnya.


Usaha untuk kembalikan diri kepada fitrah, usaha agar diri diampunkan oleh Allah Ta’ala.


Ramadhan adalah ibarat kilang, yang merawat luka-luka hamba yang diperolehi sepanjang 11 bulan. Jika rosak kilang ini, maka masakan luka-luka itu akan sembuh untuk menghadapi 11 bulan lagi?


Ramadhan adalah ibarat gym, membina otot-otot keimanan dan taqwa agar menjadi lebih kuat bagi menghadapi sebelas bulan yang mendatang. Jika rosak gym ini, bagaimana kita mahu mendapat kekuatan bagi menumbangkan jahiliyyah?


 


Penutup: Ramadhan Kali ini, Berbezalah. AidilFitri Kali Ini, Menjadilah!


Maka mari kita bersama berusaha menggapai Ramadhan yang bermakna. Ramadhan yang jauh lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Ramadhan yang terbaik dalam sejarah kehidupan kita. Ramadhan yang mampu membina peribadi, akhlak, iman dan taqwa kita.


Biar AidilFitri kita tahun ini adalah yang benar-benar AidulFitri. Perayaan fitrah. Merayakan kita yang berjaya kembali kepada fitrah, menjadi hamba Allah SWT yang baik dan hidup dalam Islam yang sebenar.


Usah sia-siakan lagi Ramadhan, usah silap lagi dalam merayakan AidilFitri.


Mari sama-sama memahami, dan fikirlah jika kedua-duanya ini tidak akan datang kembali.


Ayuh, maknakan Ramadhan, dan rayakan AidilFitri dalam keadaan benar-benar layak merayakan!


 


———-


Assalamu’alaikum.

Ramadhan Kareem!


Bagi anda yang ingin menambah bahan bacaan sepanjang Ramadhan, dengan cara mudah, menggunakan smartphone, iPad, Samsung Tab dan sebagainya, maka bolehlah segera mendapatkan eBook Semarak Ramadhan di http://langitilahi.com/store


Di dalamnya terdapat puluhan artikel berkisar berkenaan Ramadhan, merangkumi perkongsian, muhasabah, tazkirah, perkara berkait dengan kaifiyat dan fadhilat, seterusnya disertai juga dengan komik dan poster berkenaan Ramadhan.


Hanya RM10 sahaja!


Dapatkan segera di http://langitilahi.com/store


Warnakan Ramadhan anda dengan kefahaman.

Mari Menjadi Hamba!


*eBook ini berformart ePub.

Boleh dibuka dengan aplikasi Aldiko(boleh dapatkan secara percuma Apps ini di PlayStore untuk adroids)


1040060_598196276869326_341675401_o

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2013 20:08

Himmah : Aplikasi 5M Dalam Merebut Taqwa

pray-islam-kyrgyzstan_12346_600x450


 


Taqwa dalam kehidupan mukmin adalah sesuatu yang mahal harganya. Di dalam surah Al-Baqarah, Allah s.w.t. telah menyebutkan bahawa sebaik-baik bekalan itu adalah taqwa. Di dalam surah At-Talaq pula, ayat yang selalu orang-orang kita sebutkan sebagai ayat seribu dinar itu, taqwa digambarkan hasilnya itu sebagai penyelesai kepada masalah insan serta penyebab kepada datangnya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.


Besarnya harga taqwa itulah yang menyebabkan Allah meletakkannya sebagai sasaran yang perlu dicapai di dalam Ramadhan ini.


Tetapi bagaimana kita mahu mencapainya? Cukupkah dengan amalan-amalan yang kita sedang lakukan sekarang ini?


Maka, saya kongsikan aplikasi 5M yang diinspirasikan daripada tulisan Al-Ustaz Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Menuju Ketaqwaan.


 


Memberdayakan 5M Ini Dalam Bentuk Yang Praktis


1)      Muahadah (Perjanjian)


Dalam konteks kehidupan yang luas, kita telah berjanji dengan Allah s.w.t. untuk melaksanakan ketaatan kepada-Nya dalam kehidupan kita. Maka, janji ini sekiranya dimungkiri, kita telah bermaksiat dan berdosa kepada-Nya.


Dalam konteks Ramadhan pula, untuk kita memberdayakan konsep muahadah ini, lakukanlah perjanjian kepada diri kita untuk kita mencapai target-target tertentu di dalam Ramadhan ini.


Sebagai contoh, kita mensasarkan dalam Ramadhan ini untuk kita meninggalkan rokok atau couple. Maka, kita tuliskan janji kita itu di atas sekeping kertas dan tampalkan ia pada tempat yang selalu kita lihat setiap hari agar ia menjadi visi dalam minda kita untuk kita capai ketika berakhirnya Ramadhan nanti.


Sebagai contoh lagi, kita mensasarkan dalam Ramadhan ini untuk kita habiskan memahami tafsir salah satu surah di dalam Al-Quran agar kita dapat mengamalkannya, maka kita tuliskan target kita itu agar kita dapat sentiasa melihatnya setiap hari dan berusaha pula mencapainya.


Sebagai contoh lagi, kita mensasarkan dalam Ramadhan ini untuk kita bangun malam melakukan qiamullail di setiap malam, maka kita tuliskannya serta langkah kita untuk mencapai perkara itu agar ia menjadi visi di dalam diri kita bahawa perjanjian kita dengan diri kita di dalam Ramadhan ini adalah untuk merealisasikan bangun malam itu. Sekiranya kita gagal melakukan hal itu, maka kita telah gagallah di dalam Ramadhan ini.


Semua ini kita lakukan dalam rangka untuk terus iltizam dengan janji ketaatan kita kepada Allah. Sebab itu kita letakkan target-target tertentu yang perlu dicapai agar kita tahu secara objektif apa yang perlu kita lakukan untuk diri kita di dalam Ramadhan kali ini.


 


2)      Muraqabah (merasai Allah sedang melihat dan menilai diri)


Muraqabah adalah merasakan kehadiran Allah di setiap waktu, bahawa Allah s.w.t. sentiasa memerhatikan kita dan sentiasa tahu apa yang kita lakukan.


Kita telah berjanji untuk mencapai target-target tertentu di dalam Ramadhan ini, maka rasailah bahawa Allah sedang memerhatikan kesungguhan kita untuk mencapai target-target itu dan Allah s.w.t. pasti akan membantu memudahkan usaha kita sekiranya kita benar-benar berusaha ke arah mencapai target-target kita itu.


Janganlah kita letakkan target-target itu kerana ingin merebut pandangan manusia. Meletakkan target untuk menderma sejuta ringgit supaya dianggap dermawan. Meletakkan target untuk menghabiskan bacaan tafsir salah satu surah supaya dianggap alim. Bila kita meletakkan niat yang sebegini, maka kita telah mengabaikan keikhlasan kepada Allah dan perasaan muraqabah tadi, perasaan yang membuatkan kita rasa Allah sahajalah yang berhak menilai kita, bukannya manusia.


Merasai ihsan dalam usaha mencapai target kita sebagaimana dalam hadis Jibril iaitu : “Bahawasanya engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau.” [HR Muslim]


3)      Muhasabah (refleksi diri)


Perlu ada muhasabah yang berterusan ke atas target-target kita itu.


Apakah target kita itu telah capai sebahagiannya ketika di awal, pertengahan dan akhir-akhir bulan Ramadhan ini?


Sepanjang berusaha mencapainya, apakah jiwa kita benar-benar ikhlas kepada Allah ataupun telah diresapi rasa riya’ dan menunjuk-nunjuk kepada manusia?


Apakah target kita itu semakin mendekatkan kita dengan Allah s.w.t. atau sebaliknya?


Kita berusaha menambah amalan kebaikan di dalam bulan Ramadhan, namun apakah kita juga berusaha meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan yang biasa kita lakukan selama ini?


Sehingga Ramadhan yang telah kita lalui pada hari ini, apakah yang telah kita capai dalam masa beberapa hari ini dalam konteks perhambaan kita kepada Allah?


 


4)      Mua’qabah (Memberikan hukuman)


Disiplin adalah aspek penting dalam kejayaan apa jua perkara. Kalau tidak ada disiplin, maka kita hanya melakukan perancangan yang sia-sia kerana tidak mungkin sebuah perancangan dengan sasaran yang besar akan dapat dicapai dengan usaha yang tidak bersungguh-sungguh.


Sebab itulah, berilah hukuman kepada diri kita sendiri sekiranya kita tidak berjaya mencapai target-target yang kita sasarkan di awal tadi.


Hukuman ini janganlah terlalu berat sehingga memudaratkan diri sendiri. Berilah hukuman yang sesuai dengan kemampuan dan tidak memudaratkan nyawa kita.


Barangkali kita tidak mencapai target yang kita letakkan itu pada hari pertama Ramadhan, maka hukuman yang kita letakkan untuk diri kita adalah menghabiskan 2 Juz Al-Quran sebagai contoh pada malam itu. Ataupun hukuman lain yang boleh kita letakkan adalah dengan memberikan infaq sebanyak RM10 setiap kali kita tidak mencapai target kita itu.


Hukuman ini kalau kita tidak mampu mendisiplinkan diri kita untuk mengikutinya, maka pilihlah kawan-kawan kita yang soleh ataupun orang-orang tua kita atau mana-mana senior sebagai ‘pengawal’ yang akan memberikan penilaian dan memastikan kita melakukan hukuman ini.


Bukan hukuman ini yang penting untuk dilaksanakan. Hukuman ini hanya sebagai peringatan agar kita berhati-hati dan menjaga disiplin kita dalam mencapai target yang kita letakkan untuk diri kita.


 


5)      Mujahadah (Bersungguh-sungguh)


Realisasikan target kita itu dengan memperincikan apa yang kita perlu lakukan setiap hari untuk sampai kepada target besar kita itu.


Dalam erti kata lain, letakkanlah target-target kecil setiap hari selama 30 hari ini untuk kita lakukan. Bersungguh-sungguhlah kita dengan apa yang telah kita janjikan untuk capai di dalam Ramadhan kali ini.


Buang rasa malas, rasa ingin berehat sahaja daripada jiwa kita dan tanamkanlah dalam diri kita bahawa kita punya target besar perlu dicapai, maka kita tidak punya banyak masa untuk dibazirkan.


 


Penutup : Membersihkan Jiwa, Mencapai Taqwa


5M yang telah dinukilkan oleh Al-Ustaz Abdullah Nasih Ulwan ini adalah satu panduan yang baik untuk kita dalam usaha mencapai taqwa.


Secara ringkasnya hasil dari 5M ini adalah :


Muahadah – Istiqamah di atas syariat dan kehendak Allah s.w.t.


Muraqabah – Merasakan kehadiran Allah pada saat terang-terangan atau saat tersembunyi, pada saat keramaian atau keseorangan


Muhasabah – Membebaskan diri dari perangkap nafsu dan berusaha ikhlas kepada Allah s.w.t.


Mua’qabah – Memelihara disiplin di atas jalan ketaatan kepada Allah


Mujahadah – Memisahkan diri kita dari sebarang anasir-anasir yang melemahkan kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah serta bersifat cergas dan proaktif dalam mentaati-Nya


Inilah antara hasil 5M ini yang sepatutnya membersihkan jiwa kita dari sebarang keinginan maksiat kepada Allah dan seterusnya memberi kesan yang benar kepada akhlak kita sesama manusia.


Mari bersihkan jiwa kita dan berusahalah mencapai taqwa !

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2013 00:52

July 17, 2013

Novel VT 2: AvantGarde – Gelombang 1 – Gelombang Baru?

 


 


 


 


h154.1


Assalamu’alaikum.


InsyaAllah, saya dah start nak siapkan Novel VT2: AvantGarde.


Siap hujung bulan Ramadhan ini insyaAllah, dan kemungkinan besar diterbitkan hujung Ogos atau pertengahan September 2013 ini.


Saya takkan update setiap minggu seperti biasa. Bila dah siap cetak, baru saya akan upload separuh novelnya ke LangitIlahi.Com ini.


Yang ini sekadar teaser aja, bagi mereka yang menanti VT2 selama ini.


Mohon doakan agar Novel ini berjaya.


Berjaya disiapkan, dan berjaya memberikan kesan kepada saya serta pembaca semua insyaAllah.


Selamat membaca!



Dia duduk berteleku lama. Sambil itu mulutnya beralun selawat secara perlahan. Berdiam diri tidak bermakna membazir masa. Sambil tangan silang pada dadanya, dia duduk bersila di tengah gelanggang bola tampar, yang berada di dalam dewan milik syarikat tempat dia bekerja – Muslim’Sport.


Hampir 7 tahun telah berlalu semenjak dia menjadi jurulatih pasukan bola tampar di sekolah tempat dia belajar dahulu. Sehingga kini dengarnya sekolah tersebut kekal menjadi juara bertahan di negeri darul sunnah Malaysia itu.


Dia tersenyum. Terkenang beberapa momen bersama remaja-remaja di dalam pasukan tersebut. Pelbagai telatah, penuh dengan ragam masing-masing, namun akhirnya semua bersatu untuk menjadi duta-duta Islam, membawa nama Islam dengan wasilah bola tampar.


Walaupun dia bukan orang yang rapat dengan teknologi maklumat, dia tidak mempunyai Facebook atau Twitter, dia sering mendengar perkembangan pasukan sekolah itu dari masa ke semasa. Sambil itu, dia meneruskan kerja-kerjanya, yang memerlukan dia mengembara ke pelbagai tempat.


Tugasannya sama. Membina pasukan-pasukan bola tampar yang boleh membawa syiar Islam di tempat-tempat tersebut. Tidak semestinya menjadi johan. Cukup sekadar kehadiran mereka dirasai masyarakat, dan keperibadian mereka menjadi contoh tauladan buat semua. Itu kerjanya dia, semenjak bertugas di Muslim’Sport.


Namun kini tugasan tersebut telah diambil alih oleh ramai jurulatih yang lain. Muslim’Sport telah berkembang, dan mempunyai ramai pekerja. Kini dia tidak lagi ditugaskan untuk mengembara. Dia telah dipanggil pulang ke Kuala Lumpur untuk sebuah projek mega Muslim’Sport.


Iaitu mencipta ‘gelombang baru’ di arena sukan pada tahap nasional.


Sukan Bola Tampar tidak terkenal di Malaysia, berbanding bola sepak, hoki dan lain-lain. Tidak pasti mengapa, tetapi publisiti yang diterima tidak semegah sukan yang lainnya. Namun, atas inisiatif Persatuan Bola Tampar Malaysia, taraf sukan Bola Tampar telah dinaikkan ke tahap professional apabila mereka menganjurkan Volleyball National Royal Championship(VNRC).


VNRC ialah kejohanan bola tampar yang terbuka untuk sesiapa memasukinya, dan ahli pasukannya tidak terbatas pada satu-satu negeri sahaja. Tiada juga had umur, namun rata-rata yang menyertainya ialah remaja. VNRC mempunyai jalinan dengan acara bola tampar terbesar dunia – Volleyball International Royal Championship(VIRC), yakni pasukan yang menjuarai VNRC, selain mendapat hadiah yang dianugerahkan sendiri oleh Yang DiPertuan Agong Malaysia, juga akan mewakili negara ke kejohanan VIRC.


Hadiah yang sangat lumayan, bersama dengan publisiti yang meningkat mendadak disebabkan penglibatan Yang DiPertuan Agong di dalam kejohanan VNRC ini, menyebabkan banyak pihak mula membina pasukan masing-masing.


Dan kali pertama VNRC akan diadakan ialah pada 5 bulan yang akan datang.


Justeru dia dipanggil pulang, untuk membina pasukan bagi mewakili Muslim’Sport. Dan dijangka dia akan kekal dengan tugasan ini, untuk tahun-tahun yang mendatang. Tujuan Muslim’Sport jelas, ingin membawa syiar Islam ke platform yang lebih tinggi. Misi yang terletak di pundaknya kini ialah hendak menjadikan pasukannya sebagai pasukan terbaik, agar mereka dapat  menjadi johan untuk VNRC kali pertama ini.


Sekaligus, dengan publisiti yang diberikan terhadap VNRC ini, diharapkan mereka mampu menjadi sebuah gelombang baru, merubah wajah ‘sukan’ di Malaysia ini ke arah yang lebih patuh syariah.


Itulah tugasnya. Besar. Tetapi dia tidak menyendiri.


Tap, tap, tap. Tiba-tiba bunyi derap langkah kasut bertemu lantai gelanggang kedengaran. Dia mengangkat wajah.


“Assalamu’alaikum coach Saiful.” Kelihatan 8 orang pemuda berdiri di hadapannya.


Dia tersenyum, “Waalaikumussalam,” lantas dia menguraikan silang tangannya, bangun dan mendakap mereka satu persatu.


“Rindu dengan kalian.”


Mereka juga membalas dakapannya erat. Usai semuanya, dia melihat mereka satu persatu. Dia baru perasan sesuatu. Bilangan mereka tidak cukup dua belas.


“Em, mana Ridhwan, Zulkarnain, Farhan dan Ihsan?” Dia bertanya kepada salah seorang dari 8 orang pemuda di hadapannya. Tinggi lampai, berkulit cerah, bersambut pendek seperti botak, Malik.


Malik menghela nafas. Kerut wajahnya menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena.


“Mereka kata, mereka tidak mahu menyertai.”


Mata Saiful membesar. Nama Tuhannya Yang Maha Esa melepasi bibir.


“Kenapa?” Dia cuba untuk memahami.


“Coach tak ada facebook, mungkin sebab itu coach tak berapa tahu.” Pemuda berkulit hitam manis, rambut panjang namun kemas tersisir seperti bawang, kurus dan sederhana tinggi, mencelah. Omar namanya.


“Apa yang dah berlaku Omar?” Dia mula rasa bersalah kerana tidak sempat untuk mengambil tahu setiap anak didiknya secara peribadi. Dia hanya mendengar khabar berkenaan pasukan sekolah sahaja. Tidak setiap mereka secara individu.


“Ridhwan, isterinya baru meninggal dunia dan dia seakan tidak boleh menerima kenyataan itu.” Malik menyambung.


“Allahuakbar. Innalillah.” Ibarat batu menghempap, begitulah perasaan Saiful ketika ini.


“Farhan, ada tragedi menimpanya beberapa tahun lepas. Semasa bermain bola tampar, rejamannya membuatkan salah seorang ahli pasukan lawan meninggal dunia.” Omar menambah.


Semua yang ada memandang Omar. Saiful pula hanya mampu menarik nafas yang agak dalam mendengar tragedi itu. Bagaimana sehingga boleh berlaku demikian?


“Ihsan pula sudah ada bisnesnya sendiri. Dia lama dah tak berlatih, dan dia juga rasa bola tampar bukan medannya lagi. Dia tidak mahu bersama kita.” Omar menyambung cerita berkenaan rakan-rakannya yang tiada.


Saiful mula menggeleng. Kita sudah berjanji bukan, Ihsan? Dia mula berbicara di dalam hatinya sendiri. Terbit sedikit rasa kecewa. Ihsan adalah antara ‘setter’ terbaik yang dia ketahui.


“Bagaimana dengan Zulkarnain?” Saiful bertanya berkenaan bekas pemainnya yang tinggi lampai, perejam yang sangat hebat.


Omar dan Malik saling memandang antara satu sama lain. Kemudian mereka berdua memandang Saiful.


“Zulkarnain, dia sekadar kata tidak dapat menyertai. Gaya macam ada masalah. Tetapi entahlah. Facebook dia pun lama dah tak update. Kami telefon tak angkat, SMS dan email pun dia tak balas.” Malik menjawab.


Saiful akhirnya menghela nafas. Terasa berat udara itu hendak melepasi rongganya. Empat yang tiada ibarat anak-anak kunci yang penting untuk membuka kemenangan. Ridhwan, Farhan dan Zulkarnain ialah perejam yang sangat berkaliber. Manakala Ihsan merupakan ‘setter’ yang amat handal. Ketiadaan mereka bermakna pasukan yang hendak dibinanya tidak lengkap, dan kekurangan.


Lebih menyedihkan dirinya, ialah mereka berempat seakan ‘hilang arah’, dan dia baru mengetahuinya. Sekiranya dia tahu lebih awal, pastinya dia akan mengusahakan sesuatu. Namun tiada yang memberitahu dirinya, dan dia juga tidak merapati laman-laman sosial yang boleh menghubungkan mereka.


Dia sibuk dengan kerjanya.


“Ala coach, janganlah sedih. Kami kan ada?” Satu suara mencelah lengang. Saiful mengangkat wajahnya dan memandang.


Fatih, kacukan Bosnia Malaysia, tinggi, berkulit putih, berambut sedikit perang, merupakan bekas ‘setter’ untuk pasukan didikannya di Amerika. Empat tahun lepas, dia membantu pasukan pelajar Malaysia di sana untuk memenangi kejohanan bola tampar peringkat universiti-universiti.


Saiful kemudian memandang rakan-rakan Fatih yang menyahut panggilannya untuk hadir ke mari.


Dzakir, asal Melaka, berkulit cerah, rambut panjang ke belakang mencecah bahu, sederhana tinggi. Perejam.


Leon Xavier. Anak orang Inggeris yang mendapat kerakyatan Malaysia. Namun ibu bapanya bekerja di Amerika, dan Leon tidak pernah lama menetap di Malaysia. Dia seorang yang tinggi lampai, berkulit putih, berambut perang pendek seperti tentera. Perejam.


Akram, orang Kuala Lumpur, tingginya sederhana, rambutnya ikal pendek. Tugasanya di gelangangg sebelum ini ialah sebagai ‘libero’.


Wong Fei Hung, Cina Muslim, asal Singapura tetapi keluarganya mendapat kerakyatan Malaysia, tidak terlalu tinggi, paling rendah dalam pasukan, rambutnya lurus tersisir kemas. Sebelum ini dia merupakan pemain simpanan, menggantikan pemain utama yang keletihan.


Abhiraj Khan, India Muslim, asal Johor. Seorang yang sederhana tinggi, berambut kerinting. Perejam.


Malik dan Omar memandang keenam-enam pemuda tersebut. Mereka bertembung kala hendak memasuki gelanggang tadi. Sekadar berbalas salam sahaja tanpa berkenalan pun.


“Malik, Omar, mereka berenam ini ialah pasukan di bawah didikan ana semasa di Amerika Syarikat. Kenalkan, Fatih, Dzakir, Leon, Akram, Fei Hung dan Abhiraj.” Saiful menunjuk satu persatu. Omar dan Malik terangguk-angguk.


“Fatih, walaupun kamu semua ada bersama pasukan ini, pasukan ini tetap memerlukan empat rakan kita yang tidak hadir hari ini.” Saiful menyambung bicara yang terhenti tadi.


Fatih mencebik. Malik perasan.


“Weh, kau tak puas hati apa hah?” Emosinya tercuit, maju dia berhadapan dengan Fatih.


What? Dah team kau tak datang sampai menyusahkan coach.”


“Mereka ada masalah lah. Kau tak faham ke?” Omar masuk campur.


“Mukmin yang kuat akan menganggap masalahnya kecil. Allah lebih besar dari masalah kita.” Dzakir menyebelahi Fatih.


Fei Hung, Abhiraj, Akram, dan Leon merapati Fatih sebagai tanda sokongan. Malik mengetap bibir manakala Omar mula mengepal penumbuk.


Saiful segera bergerak ke tengah antara mereka dan menolak lembut Fatih dan Malik yang hampir bersentuh muka.


“Berhenti. Sabar. Apa semua ini?” Saiful memandang kepada kedua-dua belah pihak.


Belum bermula lagi apa-apa, sudah terpercik api pepecahan. Dalam keadaan empat dari ahli pasukan yang hendak dibinanya tidak hadir. Hati Saiful sedikit terpukul.


“Fatih, cukup. Dzakir, benar mukmin yang kuat itu akan tabah. Tetapi iman manusia naik dan turun. Dan kala iman seseorang manusia itu turun, jangan kita mencelanya. Kita mungkin tidak diuji sedemikian rupa. Malik…” Saiful kemudian menoleh kepada Malik.


“Bumping 100 kali sebagai denda.”


Malik mendengus kencang. Tetapi tidak menyambung bicara. Terus dia melakukan bumping yang diarahkan. Dia tahu Saiful akan menambah dendanya jika dia melawan. Jiwanya kini diamuk bengang.


Omar menggeleng. Hendak berkumpulan dengan mereka? Apakah mungkin?


“Baik, duduk semua.” Saiful bersila sambil memberikan isyarat. Malik yang sedang melakukan denda yang diberikan turut memasang telinga.


“Ana mengumpulkan antum adalah untuk kita menyertai VNRC yang akan diadakan julung kalinya 5 bulan yang akan datang.”


Kemudian Saiful meneruskan taklimatnya.


Namun jauh di dalam hatinya, dia bersedih sebenarnya.


Sedih dengan ketiadaan dan masalah empat orang bekas pemainnya.


Juga sedih dengan pertengkaran yang berlaku tadi. Menyedarkan dia bahawa pasukan yang hendak dia bina ini, mempunyai jurang yang besar antara dua generasi. Generasi anak didiknya di Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah, dan Generasi anak didiknya di Amerika.


Terselit keinsafan di dalam dirinya, yang menyangka perjalanannya akan menjadi mudah apabila dua pasukan yang hebat digabung menjadi satu. Rupa-rupanya Allah SWT tidak akan meninggalkannya tanpa diuji. Mungkin ini untuk dia bermuhasabah.


Allah, aku khilaf. Bisik hatinya, sambil mulut meneruskan taklimat kepada pasukan barunya.


 


*****


 


Suasana di balkoni banglo tiga tingkat di Damansara itu indah. Bersama angin malam yang bertiup sepoi, seakan mengurut seluruh tubuh menjadi tenang.


Kelihatan dua orang lelaki bersut kemas sedang duduk bersama di tempat rehat balkoni tersebut..Salah seorang dari mereka berdua kelihatan lebih berusia dari seorang yang lain.


“Bagaimana dengan projek terkini kita, Faiz?” Yang lebih berusia berbicara.


“Alhamdulillah pakcik. Kita sedang mengusahakan Team untuk VNRC.”


“Saiful Rahman sudah pulang?” Teh panas yang tersedia di hadapannya, dihirup usai bertanya. Mata memaku kepada pemuda bernama Faiz di hadapannya.


“Sebulan yang lalu. Alhamdulillah. Dia yang akan menjadi jurulatih untuk Team tersebut.”


“Bagus. Saiful telah membuat kerja kita bertambah lancar. Perlis, Thailand, Singapura, Amerika, kita mempunyai proksi kita di tempat-tempat tersebut.”


“Alhamdulillah Pakcik Abdul Majid. Allah mempermudahkan.”


“Terima kasih juga kerana sudi bersama pakcik menguruskan Muslim’Sport ni, walaupun baru nak bergerak.” Lelaki berusia bernama Abdul Majid itu memanjangkan tangan, menepuk bahu Faiz.


Faiz tersenyum. Menggeleng. “Saya yang kena ucapkan terima kasih kerana pakcik memberikan peluang. Pakcik banyak membantu saya, terutama selepas saya diracun 13 tahun lepas.”


Abdul Majid sekadar tersengih. “Semuanya adalah atas rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Kebetulan pakcik juga kronik ketika itu. Ketagihan rokok. Letaknya di sebelah kamu yang soleh. Yang kenalkan pakcik semula kepada Allah, dan mengembalikan pakcik pada jalan dakwah dan tarbiyah ini.”


“Kisah lama.” Faiz cepat-cepat memotong.


“Kisah lama.” Abdul Majid tersenyum.


Sepi mengisi ruang antara mereka. Angin terus bertiup lembut. Mereka berdua menghirup teh yang ada. Mungkin apa yang dibangkitkan oleh Faiz dan Abdul Majid, masing-masing membuatkan mereka mengimbau kenangan lama.


“Ah, kenapa sebenarnya pakcik mahu bertemu dengan saya malam ini? Pastinya bukan semata-mata kerana VNRC bukan?”


Abdul Majid menggeleng.


“Ada kait mengaitnya juga. Pesaing kita yang…” Abdul Majid mengangkat tangan, kedua-dua belah jari telunjuk dan jari hantu disatukan, kemudian dibengkokkan dua kali, “…’tidak sihat’…” kemudian tangan dijatuhkan, “…mereka juga akan menyertai VNRC. Mereka mahu kita tidak menganggu laluan mereka.”


Faiz terpana sebentar. Pesaing mereka yang ‘tidak sihat’ itu memang telah banyak menyukarkan mereka selama ini, dalam pelbagai medan yang diceburi. Hendak meng’islamisasi’kan sukan di negara ini amat sukar. Terlalu banyak sebenarnya ‘taikun-taikun’ yang cuba memonopoli keuntungan yang ada dari medan sukan di negara ini.


Namun apa yang lebih teruk dari pengejar-pengejar wang ialah, pihak yang hendak terus menjadikan sukan sebagai salah satu senjata ‘hedonisme’ yang merosakkan masyarakat. Dan itulah yang sedang dipelopori pesaing mereka yang ‘tidak sihat’ itu.


Memandangkan Muslim’Sport membawa wadah untuk membersihkan sukan dari anasir yang menjauhi syariat Allah SWT, maka pesaing mereka merasakan bahawa Muslim’Sport ialah ancaman buat kerja yang mereka usahakan.


“Hem. Jadi, apakah Pakcik mahu kita berhenti?”


Abdul Majid terus tertawa usai mendengar soalan Faiz itu. Kemudian mata mereka bertaut.


“Faiz, kita sudah kenal dan bekerjasama lebih 10 tahun. Takkan kau tidak mengetahui lagi apa yang pakcik akan lakukan?” Tawanya masih berbaki.


Faiz menggores senyuman yang manis pada bibirnya, kemudian melepaskan pandangan ke luar balkoni.


“Pakcik tidak akan berhenti.”


“Benar. Kita memikul amanah dakwah ini. Memang akan ada cabarannya. Ia menuntut daripada kita pengorbanan. Bermula dengan masa, harta, dan ke peringkat paling tinggi, nyawa. Maka bagi kita yang faham, tiada apa yang akan menghentikan kita. Kerana kita adalah manusia yang sanggup berkorban untuknya.”


Faiz terangguk-angguk. Hebat Pakcik Abdul Majid. Usianya hampir mencecah 50-an, tetapi semangatnya ibarat pemuda baru menginjak 20-an. Ideanya besar, usahanya keras, dedikasinya pada dakwah dan tarbiyah sangat tinggi. Dia pula bukan berseorangan. Bersamanya ada 9 lagi rakan yang mengusahakan pelbagai bidang. Walau kelihatan mereka mengusahakan bidang yang berbeza, masing-masing saling membantu rakan yang lain, semuanya untuk mencapai matlamat yang satu – membina Malaysia yang lebih kondusif untuk syariat Allah tumbuh melata dalam kehidupan rakyatnya.


“Maka kita akan teruskan. Apa sahaja yang saingan ‘tidak sihat’ itu usahakan, kita akan menghadapinya dengan baik insyaAllah.” Faiz membuat konklusi.


“Ya. Cumanya berhati-hati. Islam mahu guna kita lebih lama lagi, insyaAllah.” Abdul Majid menepuk lagi bahu Faiz.


Jelas, mungkin akan ada ancaman nyawa. Faiz bukan tidak kenal dengan pesaing mereka yang ditaja oleh kongsi gelap yang membuat porak peranda di Malaysia ini.


“Sama-samalah kita berusaha, sambil tidak meninggalkan tawakkal kita kepadaNya. Semoga Allah SWT membantu kita.” Abdul Majid menyempurnakan bicara.


“Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali-Imran ayat 159.


 


*****


Pagi. Kala semua orang bergerak pergi ke tempat kerja. Namun tidak untuk dia. Dia pula pergi ke tempat yang penghuninya tidak lagi bekerja apa-apa.


Kubur.


Langkahnya longlai usai keluar dari kenderaan. Entah telah berapa hari dia menghabiskan waktunya di tanah perkuburan ini. Bukan untuk muhasabah. Bukan untuk mengingati mati. Tetapi untuk menangis hiba mengingati si mati.


Sampai dia ke sebuah kubur, jelas tertulis pada nisannya nama Fatimah Yusra, dengan tarikh kematiannya sekitar 3 minggu yang lalu. Dia terjelepuk lagi di situ, dan air matanya mula turun tanpa henti.


Dia menangis hiba sekali.


Sungguh dia amat mencintai Fatimah Yusra ini. Itu ialah isterinya. Yang amat dikasihi dan disayanginya. Mereka berumahtangga pada usia muda dan telah dikurniakan seorang anak lelaki. Namun musibah menimpa, dia dan keluarganya ditimpa kemalangan.


Hanya dia dan anaknya sahaja terselamat.


Kesedihan menjerut jiwanya. Dia seakan tidak boleh hidup lagi tanpa isterinya. Anaknya ditinggalkan di tanah kelahirannya, Pulau Pinang, bersama ibu bapanya.


Dia? Tidak terurus semenjak itu. Kumisnya tidak pernah dipotong dan rambutnya serabut. Dirinya pun sudah mula berbau, akibat tidak pernah mandi. Dia hanya bermandikan air mata dan peluh, duduk di kubur dari pagi hingga tibanya senja.


Seakan mengharapkan isterinya hidup kembali secara tiba-tiba.


Dirinya jadi amat tidak terarah. Segala didikan agama, tarbiyah yang dilaluinya, seakan hilang serta merta dengan ujian yang menimpa.


Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi.  Tersentak, dia segera hendak menggapainya, untuk mematikannya. Namun dia tertekan punat mengangkat panggilan.


“Ridhwan, Ridhwan? Coach ni. Saiful Rahman.”


Dia terhenti sebentar mendengar suara yang telah lama tidak didengarinya. Air matanya bergayut pada dagu, dan kemudian menitik di atas telefon bimbitnya itu.


“Enta apa khabar? Enta ada tak ni?” Suara bekas jurulatihnya seakan berusaha menggapainya.


Perlahan dia menekan punat meletakkan panggilan.


Kemudian dia meneruskan tangisannya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 17, 2013 06:53

Poster: Do No Evil

Do No Evil


Think no evil, see no evil, hear no evil, speak no evil, do no evil!


“Some who fast obtain nothing from it but hunger and thirst. And some may stand for prayer at night and receive nothing from it but sleeplessness.” (HR Ahmad)


“When someone does not refrain from speaking falsely and the action that springs from it and from ignorance, God does not need him to refrain from food and drink.” (HR Bukhari)


“Betapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapatkan dari puasanya melainkan rasa lapar dan dahaga, dan betapa banyak orang yang bangun malam mendirikan solat tetapi dia tidak mendapatkan dari solatnya tersebut melainkan bergadang (bangun malam).” (HR Ahmad)


“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.�” (HR Bukhari)


——————


Assalamu’alaikum.

Ramadhan Kareem!


Bagi anda yang ingin menambah bahan bacaan sepanjang Ramadhan, dengan cara mudah, menggunakan smartphone, iPad, Samsung Tab dan sebagainya, maka bolehlah segera mendapatkan eBook Semarak Ramadhan di http://langitilahi.com/store


Di dalamnya terdapat puluhan artikel berkisar berkenaan Ramadhan, merangkumi perkongsian, muhasabah, tazkirah, perkara berkait dengan kaifiyat dan fadhilat, seterusnya disertai juga dengan komik dan poster berkenaan Ramadhan.


Hanya RM10 sahaja!


Dapatkan segera di http://langitilahi.com/store


Warnakan Ramadhan anda dengan kefahaman.

Mari Menjadi Hamba!


*eBook ini berformart ePub.

Boleh dibuka dengan aplikasi Aldiko(boleh dapatkan secara percuma Apps ini di PlayStore untuk adroids)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 17, 2013 04:06

July 15, 2013

Himmah : Ramadhan – Kilang Penyucian Jiwa Buat Insan

~ Picture by yessytriana.wordpress.com


Ramadhan adalah kilang terbesar dalam setahun kehidupan mukmin yang Allah sediakan sebagai satu tempat penyucian jiwa. Kenapa kilang?


Kerana kilang adalah manifestasi kepada tempat pemprosesan dan begitulah Ramadhan kepada kita.


Ramadhan adalah tempat pemprosesan diri, tempat membersihkan jiwa, mengeluarkan kotoran-kotoran dosa dari hati kita dan membentuk diri kita yang lebih baik.


Allah mewajibkan puasa sebagai ibadah utama di dalamnya kerana itulah sumber utama yang membantu kejayaan proses ini. Jiwa yang bersih adalah jiwa yang dekat dengan Allah. Kebersihan jiwa dan kelurusan hubungan kita dengan Allah adalah sumber kekuatan dalam perjuangan untuk menegakkan Islam dalam kehidupan kita.


Jiwa yang bersih juga akan memberi kesan kepada kemurnian akhlak kita di dalam pergaulan kita dengan masyarakat.


 


Tidak Hanya Sekadar Mengikuti Program Ramadhan, Tetapi Serahkan Juga Hati Kita Untuk Diproses


Ada pelbagai program di dalam Ramadhan ketika ini.


Program yang saya maksudkan adalah program yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. melalui Al-Quran dan hadis.


Program-program seperti puasa, membaca Al-Quran, tadarus dan tadabbur, solat tarawikh, qiamullail, sahur, berbuka puasa, infaq dan sebagainya itu adalah pakej program yang disediakan untuk kita di dalam Ramadhan.


Namun, tidak cukup untuk kita sekadar memenuhi Ramadhan ini dengan hanya mengikuti atau melaksanakan program ini semata-mata. Yang lebih penting dan utama ketika kita melalui program-program sebegini, kita mestilah serahkan hati kita untuk diproses.


Ketika kita berpuasa, dalami makna puasa itu, kenapa kita berpuasa dan apa hasil yang kita harapkan untuk diri kita?


Ada ramai orang yang berpuasa, tetapi mulutnya masih tidak berhenti mengeji dan mengata orang. Ada ramai orang yang membaca dan berusaha menghabiskan Al-Quran di bulan Ramadhan ini, tetapi tidak berusaha menjaga ketepatan masanya datang ke sekolah atau ke tempat kerja.


Sebab itu, tidak cukup untuk kita sekadar mengikuti program-program itu semata-mata, tetapi ketika kita melalui program-program sedemikian, kita perlu serahkan hati kita sepenuhnya untuk diproses melalui program-program sedemikian.


Maka, Allah nyatakan hasil akhir kepada proses Ramadhan ini adalah ‘TAQWA’. Taqwa itu adalah buah yang terhasil daripada jiwa yang bersih dan benar hubungan keimanannya dengan Allah. Ia lahir daripada hati yang mengikuti program-program yang telah Allah galakkan kepada kita dalam Ramadhan ini dengan keadaan yang sedar.


Dia tahu, puasa yang dimaksudkan bukanlah sekadar puasa makan dan minum, tetapi juga puasa mulut daripada bercakap perkara yang tidak disukai Allah, puasa mata daripada melihat perkara-perkara yang haram, puasa telinga daripada mendengar perkara-perkara yang tidak baik, puasa anggota badan daripada melangkah atau melakukan apa yang tidak disukai Allah. Dia sedar bahawa puasa itu tidaklah hanya sekadar di siang hari. Kalau di siang hari ia harus berpuasa keseluruhan fizikal dan jiwanya, maka di waktu malam ia tetap perlu meneruskan puasa jiwanya daripada keinginan-keinginan yang menjatuhkan dirinya ke dalam kemurkaan Allah.


Dia sedar bahawa Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca dan dihabiskan, tetapi perlu berusaha untuk difahami dan didalami maknanya, kemudian berusaha diamalkan pula apa yang diperintahkan. Ketika Al-Quran menyampaikan perintah meninggalkan dosa dan membersihkan jiwa, maka ia berusaha melaksanakan hal itu. Ketika Al-Quran berbicara tentang ketinggian dan kemuliaan syurga, ia pun berusaha melipatgandakan kesungguhan dan keseriusannya dalam merancang kehidupannya demi mencapai kemuliaan itu.


Dia sedar bahawa infaq itu adalah ibadah harta yang sangat besar ganjarannya di dalam Ramadhan dan dengan infaq itu dapat menyucikan hartanya, serta membuatkan jiwanya selalu terbiasa untuk berkongsi kebaikan dengan manusia.


Dengan kesedaran-kesedaran inilah yang membuatkan jiwa kita terproses di samping kita mengikuti program-program yang tersedia di dalam Ramadhan ini. Barulah jiwa kita merasai nilai Rabbani (ketaatan dan kedekatan dengan Allah) yang ada di dalam setiap program ini.


Kelak, amal-amal yang kita lakukan ini mampu memberi bekal kekuatan kepada kita dalam perjuangan kita menyebarkan Islam. Menjadi bekal kekuatan kepada kita untuk istiqamah dalam perjalanan pulang menuju Allah. Menjadi bekal kekuatan kepada kita untuk meneruskan jihad dalam dakwah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran.


 


Pesan-Pesan Berguna Sebagai Sarana Penyucian Jiwa


Allah s.w.t. mengaitkan taqwa dengan penyucian jiwa di dalam Al-Quran :


“Maka Dia telah mengilhamkan jalan fujur dan taqwa. Sesungguhnya,beruntunglah orang yang menyucikannya dan rugilah orang yang mengotorinya.” [As-Syams : 8-10]


Kalau kita ingin mencapai taqwa, yang menjadi sumber perbekalan jiwa, yang menjadi neraca membedakan antara yang benar dan salah, yang menjadi sumber dibukakan pintu kemudahan dan rezeki kepada kita dalam banyak urusan, yang menjadi sumber kepada penyelesaian masalah kita, maka kita perlu berusaha melalui jalan pembersihan jiwa ini.


Ketika kita mengikuti program-program yang tersedia di dalam Ramadhan ini, tundukkan hati kita dan berilah peluang kepada hati kita untuk menangis dan merasai kekerdilannya di hadapan Allah. Inilah saat yang sangat berharga, saat-saat hati dikelilingi oleh suasana ibadah yang menghidupkan, saat-saat hati dijauhkan daripada anasir-anasir yang memudahkan dirinya terjerumus ke dalam perangkap hawa nafsu.


Berilah peluang kepada hati kita. Untuk itu, saya rasakan pesan-pesan Syeikhut Tarbiyah wa Tazkiyah, Syeikh Said Al-Hawwa dalam Mukhtasar Ihya’ Ulumuddin (Ringkasan Ihya’ Ulumuddin) adalah pesan yang sangat berguna untuk kita amalkan dalam proses pembersihan jiwa kita sepanjang melalui tarbiyah Ramadhan ini :


1) Tundukkan pandangan dan menahannya dari berkeliaran memandang perkara yang dicela dan dibenci oleh Allah


2) Menjaga lisan dari perbualan dusta, ghibah, mengeji, bercakap kasar, bertengkar dan berdebat yang tiada manfaatnya. Sibukkan diri dengan zikrullah dan bacaan Al-Quran.


3) Menahan pendengaran dari mendengar hal yang dibenci oleh Allah


4) Menahan anggota badan yang lain daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari hal yang dibenci oleh Allah, menahan perut dari pelbagai syubhat (keraguan) pada waktu berbuka.


5) Tidak memperbanyak makanan yang halal pada saat berbuka sampai penuh perutnya kerana penuhnya perut walaupun dengan makanan halal adalah sumber kepada nafsu syahwat.


6) Setelah ifthar (buka puasa), hendaklah hati kita tergantung antara khauf (takut) dan raja’ (harap), kerana kita sekali-kali tidak mengetahui apakah puasa kita diterima sehingga termasuk golongan muqarrabin (orang yang dekat dengan Allah) atau ditolak sehingga termasuk orang yang dimurkai.


 


Penutup : Perjalanan Kita Pendek, Rebut Bekal Berguna Dengan Segera Menyucikan Jiwa


Hidup kita pendek. Entah sekejap lagi, entah esok kita akan mati. Tidak tahu bila.


Maka, di perjalanan yang pendek ini, kutiplah bekal-bekal berguna di perjalanan pulang untuk kita bertemu dengan Allah s.w.t. nanti. Kita tidak tahu sampai bilakah kita masih diberi kesempatan untuk beramal dan kita tidak tahu amal manakah yang kita lakukan ini diterima oleh Allah s.w.t.


Sebab itu, rebutlah segera bekal-bekal berguna yang ada di dalam Ramadhan ini dengan segera menyucikan jiwa kita. Kita lalui tarbiyah Ramadhan ini dengan meningkatkan amal-amal kita melalui bacaan Al-Quran, qiamullail, Lailatul Qadr, infaq dan sebagainya ini, dalam masa yang sama kita berusaha meningkatkan kualitinya dengan meninggalkan dosa-dosa kita seperti akhlak yang buruk, tidak berdisiplin dalam kerja-kerja syarikat, malas untuk mengulangkaji pelajaran, suka mengeji dan memfitnah orang, bercakap kasar dan suka mencarut-marut, merokok dan sebagainya.


Sucikan jiwa kita daripada dosa agar hati kita bisa menyerap masuk tarbiyah Ramadhan daripada amal-amal yang telah kita tambah ini.


Kalau tidak, amal-amal ini hanya akan hangus begitu saja. Kita menambah amal-amal baik, tetapi tidak mengurangkan amal-amal mungkar dan dosa, maka ia gagal memberi kesan kepada perubahan diri kita.


Manfaatkanlah Ramadhan kali ini sebagai tempat pemprosesan jiwa kita. Jangan biarkan ia datang dan pergi begitu saja sementara kita hanya seronok melayan perut-perut kita yang kosong dengan kepelbagaian juadah di bazaar yang menggamit nafsu kita sewaktu perut kosong.


Kita prihatin kepada perut kosong sehingga sanggup menghabiskan ratusan ringgit hanya untuk sekali berbuka puasa, maka kenapa tidak kita prihatin kepada jiwa kita yang kosong sehingga menyebabkan kita sanggup menghabiskan banyak masa untuk melihat dan merawatnya?


Segeralah rebut bekal di Ramadhan ini !

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2013 22:22

Agama: Al-Quran Mengeluarkan Manusia dari Jerebu Dosa

Al-Quran -Petunjuk Sepanjang Jalan-


devianArt.com


Baru-baru ini bumi Malaysia tercinta ini diuji. Kepekatan jerebu telah mengakibatkan manusia jadi tidak keruan. Tidak bisa bekerja, belajar dan melakukan aktiviti luar dek kerana suasana persekitaran yang membimbangkan. Pelbagai pula ragam manusia yang mendepani ujian ini. Gembira. Sedih. Kecewa. Beraneka perasaan manusia normal yang terzahir dari jiwa.


Namun pernahkah kita terfikir jika jerebu itu berkabus dalam jiwa kita yang lahir akibat kemaksiatan yang dilakukan hingga membawa kita jauh dari rahmat tuhan, maka siapa atau apakah alternative yang boleh diusahakan agar hati itu kembali membawa sinaran?


Al-Quran. Ya, Al-Quran!


Al-Quran ibarat hujan yang turun membasahi bumi tatkala jerebu mengaburkan pandangan mata. Sebagaimana hujan memungkinkan manusia melihat persekitaran seperti sedia kala setelah jerebu menutupi penglihatan, lebih lagi al-Quran menerangi hidup manusia hingga ke akhirat sana dengan memandu mata hati mengenal tuhan.


Allah s.w.t berfirman:


 ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢


Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya) ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. [al-Baqarah: 2]


 


Al-Quran merangkumi kesempurnaan yang mutlak


Berdasarkan ayat yang pendek diatas, ia menjelaskan kepada manusia bahawa setiap sisi keagungan al-Quran. Bagaimana?


1.  Al-Quran datangnya dari Allah bukan dari manusia (Rasulullah)


ذَٰلِكَ الْكِتَابُ


Allah s.w.t menggunakan perkataan di atas yang membawa maksud (itulah kitab). Jika kita baca kebanyakan terjemahan, maka hasilnya seperti terjemahan di atas. Namun dalam bahasa Arab, boleh untuk digunakan isyarat bagi sesuatu perkara yang dekat pada diri manusia dengan menggantikan isyarat yang jauh yang ghaib.


Ia membawa maksud walaupun mushaf al-Quran itu ada dalam genggaman manusia sekarang ini, namun hakikatnya isinya datang dari alam ghaib (Allah). Oleh itu, isyarat kitab ini pada terjemahan adalah benar.


2.  Tiada sebarang keraguan


رَيْبَ


Dalam menggambarkan bahawa al-Quran itu tiada sebarang keraguan padanya, Allah tidak menggunakan perkataan syak (sama maksud dalam arab) untuk menyifatkan kesempurnaan al-Quran. Ulama’ tafsir menyebutkan bahawa perkataan syak itu hanyalah tidak merangkumi suatu yang tidak jelas tetapi raib (seperti di atas) membawa maksud yang lebih luas iaitu tidak boleh ditukar ganti dan tiada upaya manusia untuk menyelewengkannya.[i]


3.  Petunjuk kekal hingga ke akhir zaman


هُدًى


Disini perkataan huda didatangkan dalam bentuk kata nama yang menjelaskan bahawa ia bersifat umum. Bahkan kata nama tidak berkaitan dengan sebarang masa berlainan dengan kata kerja. Ia menggambarkan bahawa al-Quran sebenarnya sangat bersesuaian menjadi panduan bagi manusia sepanjang masa tidak terhad pada waktu yang tertentu.


Adapun perkataan tersebut (huda) juga didefinisikan dalam pelbagai takrifan iaitu petunjuk, ilham, peringatan dan sebagainya. Hakikatnya, jelas pada kita, sememangnya Al-Quran itu adalah panduan dalam setiap perkara dalam kehidupan manusia terutama mereka yang bertaqwa. Penghibur ketika berduka, bersyukur ketika gembira.[ii]


 


Ramadhan bulan Al-Quran


Allah memberi pengiktirafan bahawa bulan ramadhan merupakan bulan al-Quran. Bahkan jika kita cuba semak semula perkataan ramadhan hanya disebutkan sekali sahaja. Itupun ia amat berhubung kait dengan al-Quran seperti firman-Nya:


“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”  (Al-Baqarah: 185)


Justeru, ramadhan bukan sekadar bulan berpuasa, ibadah tarawaikh dan selainnya, ia juga bulan kelahiran al-Quran bahkan ia merupakan ‘hadiah hari lahir’ teragung bagi setiap insan. Bahkan disebutkan dalam tafsir Al-Hafiz Ibn Kathir bahawa ayat ini bukan sahaja berkaitan dengan Al-Quran bahkan suhuf IbrahimTaurat, dan juga Injil  turutditurunkan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan.


Mulianya ramadhan waktu petunjuk-petunjuk untuk umat tertentu (kitab samawi) dan petunjuk sekalian manusia (al-Quran) diturunkan.


Perkara yang perlu diingatkan semula berkenaan al-Quran adalah, jika kita mempunyai kemampuan maka jangan jadikan ia hanya sebagai bahan bacaan tetapi selangilah ia dengan sedikit perbahasan (tadabbur) supaya hati kita lebih dekat dengan apa yang cuba disampaikan oleh Allah. Jangan terburu-buru. Jika tidak mampu cukup sekadar perbaiki bacaan kerana hakikat pembacaan yang sempurna itu lebih penting kerana melibatkan solat seseorang itu diterima atau tidak.


Oleh itu, jika seseorang itu berpuasa ditambah pula dengan bacaan al-Quran, dia akan dapati dirinya semakin dekat dengan bantuan Allah. Hal ini kerana Allah sendiri memberi perakuan setelah menyeruh kita berpuasa dan menceritakan tentang kelebihan ramadhan yang diturunkan al-Quran, Allah berfirman:


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. [al-Baqarah:186]


 


Puasa mendidik nafsu, al-Quran juga begitu


Nafsu manusia ibarat air. Tidak boleh dipisahkan dari dalam diri manusia. Tinggal lagi kita perlucontrol dengan baik supaya ia mendatangkan bermanfaat. Air jika dalam kuantiti mencukupi bisa beri banyak manfaat pada manusia, tetapi dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kita lemas dan hanyut.


Puasa atau menahan diri dari lapar dan dahaga antara elemen penting untuk menundukkan nafsu. Walaubagaimanpun bukan puasa semata-mata, al-Quran juga berupaya mendidik nafsu kita. Ia memperkenalkan hakikat dari diri manusia (nafsu) kepada diri mereka sendiri sejauhmana kekuatannya atau kelemahannya.


Al-Quran juga memperkenalkan kita kepada Allah dan memberitahukan kewajipan kita terhadap-Nya serta ia juga berfungsi untuk menunjukkan kepada kita kepelbagaian sarana yang dapat menolong untuk memperjuangkan diri sendiri dan mencetuskan arus komitmen terhadap ketaatan kepada Allah dengan ikhlas dan jujur.


Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa (8)  Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10). [asy-syams: 7-10]


Dalam pada seseorang berjuang melawan hawa nafsunya, al-Quran bertindak memperkenalkan kepada manusia kondisi nafsu tersebut sama ada memilih baik atau buruk. Faktor manusia mengenal nafsunya sendiri amat dominan kerana dia mampu untuk mengawal daripada pujuk rela nafsunya kepada ketaatan kerana dia mengatahui bahawa nafsu itu hanya menyuruh sesuatu yang ada dalam diri manusia (hati) dan akan peroleh sama ada manfaat atau mudharat adalah batang tubuhnya melalui pilihannya sendiri.[iii]


Kesimpulan: Al-Quran Khabar pemusnah kebatilan


Syeikh Dr Solah Abdul Fatah Al-Khalidi, seorang ulama’ tafsir terkemuka Jordan ada sebut dalam muqaddimah kitabnya:


“Sesungguhnya ayat al-Quran mengandungi janji yang tertentu, janji kebaikan Allah kepada hamba-Nya yang benar-benar beriman, tentang kemenangan islam bakal tertegak dan merasuki bumi, hingga memperlihat kebenaran islam kepada semua agama, dan berdirinya yang haq ke atas yang batil serta musnahlah orang-orang kafir serta sekutunya.”[iv]


Hakikatnya al-Quran memberi jalan petunjuk kepada orang yang bertaqwa dan memberi berita buruk kepada yang ingkar perintah-Nya. Justeru, berkesempatan pada bulan Ramadhan yang juga merupakan bulan al-Quran ini, marilah sama-sama kita merebut peluang keemasan dan jutaan pahala dek kerana segala amalan dilipat kaliganda melalui pembacaan al-Quran sebagaimana hadis baginda s.a.w:


“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya adalah satu kebaikan, sedangkan kebaikan itu dilipatkan menjadi sepuluh kali. Aku tidak mengatakan alif, lam, mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”.


(HR At-Tirmidzi oleh ibn Mas’ud, hadis hasan sahih)


 





[i]  Tafsir Fathul Qadhir


 




[ii]  Islamweb.net


 




[iii]  Panduan Kembali kepada al-Quran, Dr Majdi Al-Hilali, m/s 179-180.


 




[iv] Janji al-Quran tentang Kejayaan Islam, Dr Solah Khalidi, m/s 8

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2013 22:18

Post Example 6

In sagittis, nisl sit amet posuere eleifend, neque nunc tristique eros, ac ultrices mauris nunc sit amet neque. Nulla a felis id purus hendrerit vulputate. Praesent sed magna eget lectus tempor aliquet. In hac habitasse platea dictumst. Vestibulum vel tellus et justo scelerisque blandit. Aliquam volutpat nisi euismod massa placerat at tincidunt enim cursus. Morbi risus enim, tempus a auctor at, eleifend eget sapien. Mauris id dolor et mi suscipit tincidunt eu vitae erat. Mauris eu feugiat augue. Pellentesque dictum orci risus.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2013 22:06

English Column: Smile a Mile!


“Like mother, like daughter”

My grandmother (left) and my mother (right)

Picture by Masterpiecestudios (Muttaqee Misran) of flickr.com

Image courtesy of link 


Ramadan is a month of smiles.


By smiling I mean, a genuine-classic-radiant turning up corners of the mouth not the fake smiley emoticons or Facebook stickers that disguise one’s real feelings through cosmetics (try this sentence in one breath).


Talking about smiles, when I was a kid, back then when I was still cute little boy, I had a grandmother, she passed away 3 years ago in 2010. (Wait, three years ago I was 21 – not so cute).


My grandma, Saemah binti Urip – which my family calls her with the cultural Javanese calling for a female grandparent “Atok” – was a woman full of smiles. Well every grandmother loves to smile but one of the things that make her special to me is that, I never knew she didn’t have teeth!


She has been using a set of false teeth to eat and speak. I knew this only because my mom told me sometime after she passed away. The false teeth are with my aunty as a memorial of her existence.


The prophet, as described by Jarir ibn Abdullah al-Bajali mentioned in the book “Enjoy Your Life!” by Dr. Muhammad al-‘Areifi is also a man full of smiles. He said that the “Rasulullah s.a.w has never seen me except for when is smiling.”


Actually, the real issue to be put forward here isn’t just about the facial expression of “smiling”, people suffering from mental illness know how to smile without any reason, but it’s more on how we manage our feelings to be able to stay calm, stay strong and solve whatever problem there is at hand.


Stay calm even though you missed your Sahur today, don’t go bonkers.


Stay calm, stay strong even though your company has a lot of debts to pay and find a solution.


Stay calm even though your head is bald thinking on how to raise RM30k in a year for your wedding next year. Slowly find possible ways to reach the target.


Ramadan is the perfect time to accustom yourself with smiling. Despite the lethargy, the hunger and the thirst of fasting, carve that smile on your face!


…………………………………………………………………………………………………………………………………………..


Assalamu’alaikum.

Ramadhan Kareem!


Bagi anda yang ingin menambah bahan bacaan sepanjang Ramadhan, dengan cara mudah, menggunakan smartphone, iPad, Samsung Tab dan sebagainya, maka bolehlah segera mendapatkan eBook Semarak Ramadhan di http://langitilahi.com/store


Di dalamnya terdapat puluhan artikel berkisar berkenaan Ramadhan, merangkumi perkongsian, muhasabah, tazkirah, perkara berkait dengan kaifiyat dan fadhilat, seterusnya disertai juga dengan komik dan poster berkenaan Ramadhan.


Hanya RM10 sahaja!


Dapatkan segera di http://langitilahi.com/store


Warnakan Ramadhan anda dengan kefahaman.

Mari Menjadi Hamba!


*eBook ini berformart ePub.

Boleh dibuka dengan aplikasi Aldiko(boleh dapatkan secara percuma Apps ini di PlayStore untuk adroids)


1040060_598196276869326_341675401_o

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2013 21:45

Fotografi: Sehari sejuzuk Kalam


| Jendela hostel begpackers | Sala Sette Santi | Florence, Itali |

( Sony Alpha Nex-5N | f9 | 1/25 |ISO1000 )


Beristirahat di bumi ini seketika memberi ruang untuk menyelak helaian Mushaf, memerhati, menikmati dan merasai indahnya Kalam.


Di bumi di mana-mana pun,

Di timur atau di barat,

Biar setiap yang dijejak itu menjadi saksi;


“Dia pernah mengulang di sini.”


 


Ramadan 6 sudah. Barangkali 6 juzuk sudah tamat dikhatam. Atau mungkin lebih.

Kita pula bagaimana?


Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.

Sehari sejuzuk Kalam lama-lama cinta tertanam.


 


 !أقرأ باسم ربك الذي خلق

Ramadan Kareem! 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2013 01:46

Post Example 4

Integer adipiscing tortor ut mauris faucibus eget laoreet mi auctor. Nunc massa nulla, sollicitudin eu viverra non, eleifend eu neque. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut gravida venenatis arcu, eget sollicitudin dui scelerisque in. Nullam bibendum sodales justo, ut blandit neque dapibus ac. Duis vitae lacus nibh. Duis ut mattis velit. Aenean non nunc lorem. Aenean tempor sagittis mattis. Nam malesuada justo iaculis arcu ultricies placerat. Cras sagittis congue pellentesque. Curabitur mi nulla, varius eu laoreet et, placerat ac nunc.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2013 00:24