Hilal Asyraf's Blog, page 104

July 3, 2013

Umum: LangitIlahi Community

Logo LI-Community



jika anda ingin terus merasai kehangatan ukhuwwah, pengisian fikrah, program-program santai yang bermanfaat, marilah mendaftar sebagai ahli Kelab LangitIlahi Community.


Pendaftaran akan dibuka minggu hadapan, secara online dihttp://langitilahi.com/community


Yurannya hanya RM30 SETAHUN.


Keistimewaan yang bakal diperolehi:


1 – Discount 10% ketika membeli apa-apa barang pun di LangitIlahi Store.


2 – Discount 20% dari harga yuran jika mengikuti program yang dianjurkan oleh LangitIlahi Consultancy.


3 – Berpeluang mengikuti pengisian online khas untuk ahli LICommunity di FB Grup LICommunity(grup tertutup, ahli sahaja).


4 – Berpeluang menyertai program Training of Trainers(ToT) untuk menaikkan taraf anda dari ahli biasa kepada ‘ahli aktif’, dan dengan itu anda menjadi Fasilitator LangitIlahi, yang semestinya berpeluang menjadi fasilitator program-program anjuran LangitIlahi.


5 – Berpeluang bersama LangitIlahi Community menjalankan program berbentuk community dan charity.


Jangan lepaskan peluang!

Sertai kami.

Minggu hadapan insyaAllah pendaftaran akan dibuka.


Mari Menjadi Hamba!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 03, 2013 17:49

Komik: Raikan Ramadhan!

m1 puasa copy


Sambil2 kemas rumah untuk sambut Ramadhan kali ini, apa kata kita perbanyakkan doa untuk meraih belas ehsan Allah agar Dia memberi sekali lagi peluang kepada kita untuk sampai ke bulan yg penuh dengan kasih sayang Allah ini. Antara doa yg boleh dipanjatkan adalah:


” Ya Allah, selamatkanlah aku untuk menghadapi Ramadhan,


selamatkanlah Ramadhan itu untukku,


dan selamatkanlah Ramadhan itu daripada perbuatan maksiatku,


sehingga ibadahku diterima..”


[HR at-Tabrani & ad-Dailami]


Moga kita termasuk dalam org yg berjumpa Ramadhan dgn persediaan yg rapi ^^

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 03, 2013 02:45

Kehidupan: Apakah Ramadhan Kali Ini Akan Terbazir?

Poster---Its-Coming


 


Bagaimanakah persediaan kita terhadap Ramadhan kali ini?


Apa yang telah kita siapkan untuk menghadapi Ramadhan yang mulia ini?


Ramadhan, sebuah hadiah besar daripada Allah SWT kepada hamba-hambaNya, yang Allah SWT Maha Tahu bahawa manusia ini lemah dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupannya. Maka dihadiahkan Ramadhan, sebagai medan latihan untuk 11 bulan selepasnya, juga sebagai medan mengumpul banyak kebaikan buat akhirat sana.


Ramadhan bertindak menjadi penyelamat kita, untuk kehidupan di dunia, dan akhirat.


Tetapi apakah kita menghargainya?



Ramnadhan-Ramadhan yang lalu.


Sudah berapa Ramadhan kah kita lalui?


Jika saya kala menulis artikel ini berumur 24 tahun, maka sepanjang kehidupan saya sekurang-kurangnya saya telah melalui Ramadhan sebanyak 23 kali. Katalah saya mula faham berkenaan tuntutan Ramadhan ini kala saya berumur 13 tahun, maka saya telah melalui Ramadhan 10 kali dalam keadaan sedar.


Apatah lagi rakan-rakan pembaca yang jauh lebih berusia daripada saya. Pasti sudah lebih banyak Ramadhan telah dilalui berbanding saya.


Maka apa yang telah kita lakukan kepada Ramadhan-Ramadhan itu? Puluhan, belasan, berkali-kali Ramadhan datang menyapa kehidupan kita dan kita diberikan rezeki untuk melaluinya, apakah kesannya Ramadhan-Ramadhan itu pada diri kita? Apa peningkatan yang telah kita berjaya lakukan saban tahun?


Atau kita sama sahaja seperti tidak pernah melalui Ramadhan pun?


Muhasabah.


Persoalannya, maka apakah Ramadhan kali ini juga sama?


Apakah ianya akan terbazir, dan nanti kala telah tamat Ramadhan, kita masih seakan-akan seperti orang yang tidak pernah melaluinya?


 


Doa Rasulullah SAW Kepada Yang Membazirkan Ramadhan


Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:


Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.


Lalu baginda menjawab:


“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.”


Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)


Maka dapatkah kita membayangkan kedasyatan apakah yang sedang menanti para pembazir Ramadhan?


Jibril AS mendoakan kecelakaan ke atas kita dan diaminkan pula oleh Rasulullah SAW, di atas mimbar baginda yang mulia, pada hari Jumaat yang mulia. Allahuakbar.


Melihat Ramadhan-Ramadhan yang lalu, yang telah terbazir itu, kemudian membaca hadith ini, mampu membuatkan kita terduduk!


 


Maka apakah Ramadhan kali ini akan sama?


Ramadhan belum sampai. Tetapi manusia-manusia yang cinta kepadanya sepatutnya sudah mula membau keharuman Ramadhan. Jiwa-jiwa yang hidup sepatutnya rasa teruja dengan gembira kerana semakin menghampirinya. Hati-hati yang cinta kepadaNya akan sentiasa berdoa bermati-matian untuk didatangkan Ramadhan di dalam kehidupannya.


“Allahumma ballighnaa Ramadhaan. Allahumma ballighnaa Ramadhan. Allahumma ballighnaa Ramadhan.” Didoakan sepenuh jiwa. Moga dimakbulkan doa itu buat kita semua.


Anak-anak muda remaja zaman IT galak share segala poster, doa, juga fadhilat berkenaan Ramadhan.


Namun bagaimanakah rancangan kita terhadap Ramadhan?


Apakah kita ada strategi untuk mengaut segala apa yang Allah janjikan untuk hamba-hambaNya di dalam Ramadhan? Atau kita akan masuk ke dalam Ramadhan ini secara sembrono seperti tahun-tahun yang lepas, kemudian keluar daripadanya seakan-akan tidak pernah melaluinya?


Sepatutnya muhasabah terhadap hadith tadi telah merenjat jiwa kita.


Lantas, tidak sepatutnya Ramadhan kali ini kita masuk ke dalamnya dalam keadaan sambil lewa.


 


Penutup: Marilah Bersedia


Marilah kita sematkan azam. Jika Allah SWT sampaikan kita kepada Ramadhan kali ini, maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh menempuhi Ramadhan sebaik mungkin.


Maka bermulalah kita bersedia dari sekarang.


Aturkan jadual. Bahagikan masa. Pastikan kita mampu mendidik diri kita semaksima mungkin di dalam bulan tarbiyah yang Allah SWT hadiahkan ini.


Jangan menjadi hamba yang tidak bersyukur.


Ingatlah pesan dan amaran Allah SWT:


“Dan ingatlah ketika Rabb kamu berkata: Sekiranya kamu bersyukur, maka akan Aku tambah(nikmatmu), dan sekiranya kamu kufur, ingatlah sesungguhnya azab Aku amat pedih.” Surah Ibrahim ayat 7.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 03, 2013 01:36

July 2, 2013

Poster: Ready to Renew?

7daystoramadhan_web


Sudahkah anda bersedia untuk menjadi manusia yang baru?


Seminggu sebelum Ramadhan; ayuh gencarkan persediaan kita!


اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 02, 2013 21:52

Umum: Seputar Konvensyen Remaja TeenACE 2013

Alhamdulillah, pada 30hb Jun 2013, Konvensyen Remaja TeenACE 2013 yang berlangsung di Dewan Kristal, TM Convention Centre, Bangsar,  telah melabuhkan tirainya.


Dengan kehadiran peserta sekitar 1000 orang, datang dari seluruh pelusuk Malaysia, bahkan ada yang hadir dari Brunei dan Sarawak. Walaupun ini merupakan kali pertama LangitIlahi mengadakan program berbentuk Konvensyen dengan kehadiran peserta sebegini ramai, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izin Allah SWT. Kerja keras Team penggerak TeenACE, krew-krew Secretariat dan para volunteers, telah melancarkan urusan program ini dari awal sehingga akhir.


Konvensyen TeenACE 2013 yang berlangsung selama 2 hari 1 malam pada 29hb Jun – 30hb Jun 2013 padat dengan pelbagai pengisian menarik dan mengujakan peserta.


Bermula dengan ucaptama – Pemuda Harapan Ummah – oleh Hilal Asyraf, peserta dihangatkan dengan penyampaian bertenaga oleh Amin Idris dalam tajuk – Magnet Orang Yang Berjaya.


Ustaz Hasrizal Jamil kemudiannya mengambil pentas dengan slotnya – Pemuda Kahfi Era Salafussoleh – memberikan pandangan sebenar terhadap keremajaan dan kepemudaan kepada para peserta.


Slot seterusnya direnjat dengan forum Remaja Berjati Diri Peneraju Komuniti yang digerakkan oleh 4 ikon yang tidak asing lagi – Aishah Syakirah, Adibah Awang, Anwar Hadi dan Imam Muda Asyraf.


Pada malamnya, peserta dihidangkan dengan alunan bacaan Al-Quran daripada Fatih Seferagic, ikon Al-Quran berdarah Bosnia, yang didatangkan khas untuk para peserta. Disekalikan dengan persembahan Nasyid Rabbani dan puisi daripada Ameen Misran of LangitIlahi.


Pada waktu yang sama juga, telah dilancarkan Kelab rasmi LangitIlahi bernama – LangitIlahi Community. Kelab yang akan menjadi wadah untuk para peserta TeenACE meneruskan penerimaan fikrah, proses tarbiyah, selepas TeenACE 2013. Dan ianya juga terbuka kepada semua orang, tidak terhad kepada peserta TeenACE sahaja.


Hari kedua dimulakan oleh BroHamzah of LangitIlahi dengan penyampaian bertajuk “Remaja: Baiki Diri, Seru Insan”. Ianya banyak menghentak para peserta akan kepekaan mereka terhadap kehidupan mereka. Hentakan ini diteruskan oleh ikon muda LangitIlahi – Afdholul Rahman of LangitIlahi, yang membawakan tajuk: Remaja Bangkitlah Dari Lena.


Slot penyampaian terakhir, ditutup dengan penyampaian bersahaja tetapi penuh makna oleh Zul Fikri Zamir dari Teach For The Needs, yang membawakan tajuk hangat: “Sekolah bukan penjara, Universiti Bukan Kilang.”, yang banyak membuka mata para peserta akan harga ilmu, dan pentingnya memandaikan masyarakat.


Seterusnya slot resolusi, dikendalikan oleh 4 ikon LangitIlahi – Ameen Misran, Qawiem Khairi, Azhar Hilmi, dan Uzair Izham of LangitIlahi – dalam bentuk forum santai.


Konvensyen Remaja TeenACE 2013 ditamatkan dengan ucapan penutup daripada Pengarah Program Numan Afifi bin Saadan, kemudiannya disempurnakan dengan ucapan bersemangat oleh Hilal Asyraf.


Tiadalah harapan kami di LangitIlahi melainkan agar para peserta Konvensyen Remaja TeenACE mendapat mutiara-mutiara berharga untuk dibawa sepanjang kehidupan mereka. Bukan sebagai halwa telinga semata-mata, tetapi juga menjadi benih-benih yang bakal mengubah kehidupan mereka.


Kita memandang tinggi kepada orang muda. Kerana pada orang muda ada potensi yang tidak terhingga.


Tetapi kepada orang-orang muda jugalah pilihannya. Sama ada hendak menggunakan kepemudaan mereka ke arah kebaikan, atau ke arah keburukan.


Kami di LangitIlahi sekadar mampu mengadakan program, dan mendoakan yang terbaik.


Semoga Allah rahmati TeenACE 2013 ini, dan memberikan kekuatan buat kami untuk mengadakan lagi program sebegini pada tahun akan datang.


 


Mari Menjadi Hamba!


 


1002760_684445504905059_728186861_n


Barisan Team LangitIlahi, Secretariat TeenACE dan Volunteers.



[image error]












 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 02, 2013 12:07

June 28, 2013

June 27, 2013

Kehidupan: Siapakah Kita Yang Sebenarnya?

5DM30800-16-14


Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh.


Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan buat diri saya dan pembaca, untuk mengharungi kehidupan ini sebagai hambaNya, sebagai khalifah di atas muka bumi ini untuk menegakkan kalimahNya. InsyaAllah.


                Siapakah kita yang sebenarnya?


                Hidup penuh dengan persoalan, dan kita kadang bertanya soalan tersebut untuk mencari identiti diri kita. Ramai juga cuba menjawabnya dengan akal semata-mata. Tetapi kita telah melewati beberapa persoalan pada artikel sebelum ini.


                Jelas dan nyata kita hendak bermula dari satu konlusi – Kita ialah hamba Allah SWT.


                Namun apakah semudah itu jawapannya dalam mendefinasikan siapakah diri kita?



Keimanan Menjawab


Sebagai manusia yang menyatakan keimanan kepada Allah SWT, jelas kita akan kembalikan persoalan-persoalan kita kepada Tuan Punya Kehidupan – Allah SWT.


                Kita melihat betapa manusia ialah makhluk yang diberikan kemuliaan besar oleh Allah SWT.  Kita bukan semata-mata seperti haiwan, kita dikurniakan akal dan diberikan pilihan. Malaikat pun disuruh sujud kepada kita. Langit dan bumi ini sekaliannya tercipta untuk kenikmatan buat manusia. Kita dimuliakan semulia-mulianya dengan diiktiraf sebagai sebaik-baik kejadian.


“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” Surah At-Tin ayat 4.


                Maka kita hakikatnya mulia. Adalah amat tidak pantas untuk kita membazirkan kemuliaan ini, merendahkan taraf kita  dengan perkara yang boleh merosakkan imej yang baik pada diri. Kemaksiatan, keingkaran kepada Allah SWT, akhlak yang buruk, yang semuanya merendahkan kemuliaan yang wujud pada diri kita.


                Kita sebenarnya mulia, maka mengapa memilih merendahkan taraf diri kita?


“Wahai manusia! apakah Yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah? Tuhan Yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan Yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan Dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja Yang dikehendakiNya, ia menyusun kejadianmu.” Surah Al-Infitor ayat 6-8.


                Allah SWT juga memuliakan kita dengan menurunkan Al-Quran sebagai panduan, diberikan kepada kita pilihan untuk melakukan kebaikan atau keburukan, sebagai tanda penghormatan kepada akal yang diciptakanNya.


                Tidaklah ayat pertama Al-Quran kala diturunkan ialah “Wahai manusia, berimanlah!”


                Tetapi Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran dengan arahan agar kita membaca, jelas untuk menjentik akal kita agar mencari ilmu, moga kita beriman dalam kefahaman bukannya beriman dengan semata-mata perasaan. Ini jelas sebuah kemuliaan. Kita tidak dilihat sebagai robot oleh Allah SWT. Kita dimuliakan, diyakini bahawa kita mampu membuat pilihan yang terbaik.


“Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk)” Surah Al-‘Alaq ayat 1.


                Maka apakah respon kita, bila kita mengetahui akan kebenaran berkenaan diri kita?



Kita Yang Akan Dibangkitkan Semula


Rakan-rakan yang dikasihi,


                Kita juga akan dibangkitkan semula. Kita akan berdiri di hadapan Allah SWT membawa setiap detik kehidupan kita untuk dipersembahkan kepadaNya. Ia juga sebahagian definisi akan siapakah sebenarnya kita. Yakni merupakan sepenuhnya milik Allah SWT. Datang daripada Allah, balik kepada Allah, dan hidupnya perlu di bawah petunjuk Allah SWT.


“dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi Segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan Dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan Sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan Yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat)”  Surah Al-Ankabut ayat 64.


                Sungguh di samping kemuliaan yang Allah berikan, kita juga mempunyai kelemahan-kelemahan, dan antara yang pasti ialah kematian. Kemudian kita akan dibangkitkan, mempersembahkan amalan. Jelas menjadikan dunia yang kita hidup hari ini sebagai sebuah peluang untuk menjadi yang diredhaiNya. Dunia ini hanyalah kesenangan yang menipu daya, yang cuba untuk mengabui kita dari destinasi sebenar kita, tujuan kita diciptakan.


                Dan itulah ujian kita.


                Menjadi tanggungjawab kita, untuk menyedari, dan menarik keluar diri kita dari kealpaan.  Perlulah  kita menyedari siapa diri kita yang sebenarnya. Manusia yang mulia pada asalnya. Terciptanya di syurga. Dikurniakan akal untuk membuat pilihan. Maka mengapa kita tidak menghargainya? Mengapa kita membiarkan diri kita terus tertipu wahai rakan-rakan pembaca?


                Nanti kala dibangkitkan semula di hadapan Allah SWT, bagaimanakah kita akan menceritakan kepadaNya akan sikap kita terhadap kemuliaan yang telah diberikanNya?



Penutup: Menghargai Kejadian Kita


Mengapa ya wahai rakan-rakan pembaca, kita sering sahaja merasakan bahawa kita bukan sesiapa, lantas kita habiskan segenap hidup kita dengan perkara yang sia-sia?


                Kita hakikatnya ialah makhluk Allah yang mulia, yang hebat, diberikan tanggungjawab besar untuk mentadbir bumi ini.


                Maka mengapa ya kita suka mengisi kehidupan kita dengan perkara yang sia-sia?


                Mengapa tidak, selepas kita bermuhasabah sebentar ini, dan kemudian melihat kehidupan kita semula, seterusnya bertindak mula menyusun pengisiannya agar memenuhi kemuliaan yang ditakdirkan buat kita?


                Tidakkah kita melihat bahawa Allah memuliakan kita semenjak kita mula diciptakan, kemudian Allah jualah yang sentiasa memotivasikan kita agar terus memuliakan diri kita dengan kebaikan-kebaikan?


                Tidakkah kita membaca firman-firman Allah SWT:


“Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya) dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga ‘Adn. itulah kemenangan Yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman. Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang.” Surah As-Sof ayat 10-14.


                Marilah kita sahut seruan kemuliaan ini!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 27, 2013 22:15

June 26, 2013

Kehidupan: Mengapa Kita Diciptakan?

264972_478989525445249_1625215063_n


 


Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh.


Rakan-rakan yang saya hormati, sesungguhnya kadang apabila kita melalui kehidupan ini, kita dihujani dengan pelbagai pertanyaan kepada diri.


Siapakah aku?


Mengapa aku diciptakan sebegini?


Untuk apa aku diciptakan?


Persoalan-persoalan yang menjurus kepada mencari sebuah matlamat. Sebuah garisan tamat. Yang jawapannya akan membuatkan kita jelas bagaimana hendak mengisi kehidupan ini. Apabila persoalan-persoalan ini tidak selesai, jiwa ini terasa gundah, dan serba salah. Terasa kosong.


Ianya tidak akan disedari, sehinggalah sesuatu yang besar dan kuat menghentam kehidupan kita. Kala itu barulah kita mengetahui betapa rapuhnya kehidupan kita yang kosong, dan mula tertanya-tanya persoalan yang dibangkitkan tadi.



Tiga persoalan utama


Cuba untuk menenangkan keresahan, mari kita cuba kembali kepada tiga persoalan yang saya kira masyhur. Saya memandang bahawa tiga persoalan ini merupakan persoalan-persoalan paling asas dalam kehidupan kita.


1 – Dari mana aku datang?


2 – Mengapa aku didatangkan?


3 – Ke mana aku akan pergi?


 


Secara ringkas, tiga soalan ini telah merangkumi awal, semasa, dan pengakhiran kita.


Ya, adakah kita pernah bertanya kepada diri kita akan tiga persoalan ini?


 


Persoalan pertama – Dari mana aku datang?


Sebagai seorang manusia, soalan ini semestinya kita ajukan kepada Tuhan. Kerana kita mestilah meyakini bahawa ada Tuhan yang menciptakan kita. Kerana jika hendak difikirkan, sungguh tidak logik dunia yang sebegini hebat lagi teratur sistemnya, tercipta sendiri secara  tiba-tiba tanpa tidak sengaja.


Maka Tuhan yang diyakini oleh orang Islam ialah Allah SWT. Walaupun kita tidak boleh berbicara secara dua hala dengan Allah SWT sekarang ini, tetapi telah Allah SWT menurunkan Al-Quran untuk menjawab persoalan-persoalan penting dalam kehidupan kita.


Lihatlah jawapan Allah SWT akan penciptaan kita:


             “ Wahai sekelian manusia, jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari kiamat, sesungguhnya Kami (Allah) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian  daripada air mani, dari  air mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak sampai kamu menjadi  orang dewasa. Di antara kamu ada yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan   hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui“  Surah Al Hajj ayat 5.


Begitu detail. Begitu teratur susunannya. Dan ayat  ini turun lebih 1400 tahun lampau, kala tiada teknologi X-ray, turunnya di tengah kaum Arab yang mundur dari segi ketamadunan dan teknologi, turunnya pula kepada Muhammad Rasulullah SAW yang ummi(buta huruf).


Maka persoalan pertama terjawab – sesungguhnya kita datang daripada Allah SWT.


Allah SWT  menciptakan kita!


 


Persoalan kedua – Mengapa aku didatangkan?


Baiklah, kita diciptakan oleh Allah SWT. Maka mengapa Dia menciptakan kita? Untuk apa?


Persoalan ini adalah kunci kepada pengisian hidup kita. Tanpa memahami dengan jelas persoalan ini, kita mungkin akan mengisi kehidupan kita dengan perkara yang tidak bermakna dan sia-sia.



            “Tidak  Aku (Allah) ciptakan jin  dan  manusia, melainkan untuk mereka mengabdikan diri(kepada Aku)” Surah Adz Dzariyaat ayat 56.



Ya, kita diciptakan ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Jawapan ini nampak ringkas. Dan kadangkala mendatangkan persoalan yang pelbagai lagi seperti – “Apakah hidup ini adalah untuk diri dipenjarakan di dalam Masjid?”


“Apakah orang Islam ini kena hanya baca Al-Quran, Solat dan Zikir?”


“Tak boleh kerja jadi jurutera atau pergi belajar sains kalau macam itu?”


Di sini adalah kesilapan ramai orang dalam melihat dalil-dalil Al-Quran. Kerana hendaklah Al-Quran itu dilihat secara menyeluruh sebenarnya. Maka jangan sesekali lupa bahawa antara tujuan kita diciptakan juga ialah untuk menjadi khalifah, pemimpin, pentadbir di atas muka bumi ini.


Perhatikan firman Allah SWT:


             “Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku ingin menciptakan untuk bumi ini khalifah. Maka mereka berkata: Apakah Engkau ingin menciptakan untuk bumi itu mereka yang akan membuat kerosakan di atasnya dan menumpahkan darah, sedangkan kami ini bertasbih memujiMu dan mensucikanMu? (Allah menjawab:) Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang tidak kalian ketahui.” Surah Al-Baqarah ayat 30.


Bertitik tolak dari ayat ini, kita akan berjaya menjawab mengapa kita diciptakan.


Ianya bukan permainan. Bukan juga sebuah kesia-siaan.


Ianya ialah tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menjadi pemimpin berjiwa hamba. Maka menjadi pemimpin itu pastinya memerlukan ilmu-ilmunya juga. Maka tidaklah boleh kita nyatakan bahawa ilmu seperti Sains, atau perkara seperti politik, sukan, ekonomi dan sebagainya bukan sebahagian daripada Islam dan menceburinya bukan ibadah. Tidak boleh. Kerana jika kita buta ilmu-ilmu yang sebahagian konservatif gelarkan sebagai ‘keduniaan’ itu, kita tidak akan mampu memenuhi tuntutan menjadi pemimpin, yang Allah SWT nyatakan kala hendak mencipta kita.


Tetapi hendaklah juga wahai rakan-rakan, penting untuk kita sedari bahawa bukanlah pemimpin ini bermaksud kita mesti menjadi menteri, pegang jawatan dan sebagainya. Cukuplah kita melihat perkara ini bermula dengan memimpin diri sendiri dan keluarga.


Memimpin ke arah menjadi hamba, memenuhi tujuan yang dinyatakan di dalam Surah Adz-Dzariyyat ayat 56 tadi.


Nah, bukankah kini hidup kita sudah punya tujuan?


Ianya adalah untuk memimpin diri agar menjadi seorang hamba Ilahi sejati!


 


Persoalan ketiga – Ke mana aku akan pergi?


Maka akhir sekali, kita tiba kepada persoalan yang kadang membingungkan. Kerana kita bertanyakannya kala kita masih hidup. Kala masa masih ada buat kita. Kala nyawa masih melingkari jasad kita. Justeru sukar untuk kita cuba menyelami perkara yang masih belum terjadi. Yakni ke mana akhirnya kita ini? Ke mana kita akan pergi di dalam kehidupan ini? Apakah penghujung, destinasi, kehidupan kita ini?


Kepada Allah SWT jualah wahai rakan-rakan pembaca, kita pulangkan persoalan ini.


         “ Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan  kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali.“ Surah An Najm ayat 42 – 44.


Kita akan pulang itu juga kepada Allah SWT. Dia yang menciptakan kita, kepadaNya kita kembali. Kembali pula bukan untuk sekadar menjadi debu, tetapi adalah untuk dihitung. Dinilai segala tindakan dan amalan kita di atas muka bumi.


Sesuai dengan firmanNya yang menjelaskan kepada kita akan realiti ini.


         “Barangsiapa yang melakukan walau sebesar zarah perbuatan baik, maka dia akan dihitung. Dan barangsiapa yang melakukan walau sebesar zarah perbuatan jahat, dia juga akan dihitung.” Surah Al-Zalzalah ayat 7-8.


Pernah ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013, yang berlangsung di PWTC, seorang adik bertemu dengan saya dan bertanya: “Abang Hilal, apakah maknanya hidup?”


Saya menjawab: “Ianya adalah peluang untuk kita ke syurga Allah SWT.”


Justeru titik kematian adalah apa yang kita perlu berikan perhatian. Jangan dipandang sambil lewa wahai rakan-rakan. Telah berlalu sebelum kita orang-orang yang lain, tidak dapat kita hendak nafikan bahawa kematian akan berlaku untuk mengakhiri kehidupan kita.


Tinggal, selepas kematian itu belum lagi kita saksikan apa yang terjadi. Namun Allah SWT, Tuhan kita menyatakan bahawa kita akan kembali kepadaNya, akan dihitung dan dinilai.


Justeru apabila soalan ketiga ini telah terjawab, kita sedar tidak dapat tidak kita perlu memenuhi tanggungjawab kita dalam sub topik sebelum ini – Mengapa Aku Didatangkan? – agar kembalinya kita kepada Pencipta kita, kembali dalam keadaan yang baik dan dialu-alukan.


 


Penutup: Penyusunan Hidup Sebagai Permulaan Sedar


Rakan-rakan pembaca yang saya kasihi,


Sampai kita pada penutup bab ini. Tidak perlu rakan-rakan tergesa-gesa untuk membaca pula helaian-helaian yang lain yang terdapat di website ini. Cukup sekadar kita bersama-sama rehatkan diri dan melihat semula kehidupan kita.


Kita memeriksa semula, memperdalami tiga persoalan yang baru kita bincangkan tadi, dan melihat  kembali kepada diri.


Apa yang sedang kita lakukan sekarang ini?


Jikalah kita disengat sedar, bahawa kita perlu lakukan sesuatu, kehidupan kita ini perlu diisi, maka saya menyarankan kepada diri saya juga rakan-rakan pembaca agar mula menyusun kehidupan.


Kita telah diciptakan. Tetapi kita belum lagi dipanggil pergi. Jika tidak masakan anda berpeluang membaca coretan ini. Maka yang ada pada kita sekarang ialah peluang untuk memenuhi tujuan penciptaan kita. Menjadi pemimpin yang berjiwa hamba.


Maka susunlah kehidupan kita untuk memenuhi tujuan itu. Mula dengan pembinaan diri. Mula dengan membuang dosa-dosa yang mampu dibuang. Mula dengan menambah amal-amal kebaikan yang mampu ditambah. Kita mula melihat kehidupan kita ini bertujuan, berdestinasi, yang mana kita tidak boleh lagi membazirkan masa kita leka dan alpa sendiri.


Bergeraklah tanda sedar.


Sesungguhnya tidak cukup sekadar rasa menyesal akan kekosongan hidup kita, akan tidak bersemangatnya kita dalam menghadapi kehidupan ini.


Bangkitlah dengan tindakan, untuk menjadi yang lebih baik lagi.


Bersama-sama, saya dan anda, insyaAllah.


Sekian untuk bab ini. Semoga anda dirahmati Allah SWT.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 26, 2013 09:13

June 20, 2013

Father and Son

 



“Like father like son”

Picture by ~SAMLIM of deviantart.com

(Link)


I gently opened my eyes in the cold breeze that morning. It was about 12.30.The thin layer tent was surely water-proof but not cool-proof. Spending the night in the woods was surely a breezy experience. There I lay in the tent as the gentle wind embraced me. The beautiful sound of the river stream made me more close to my CREATOR. My father sat beside me smiling at his second son.


“You are awake,” my father smiled.


“I fell asleep dad.” I said.


“You did my son.”


“Why were you not sleeping dad?” I asked my father after seeing him wide awake.


My father grinned “To make you safe”.


My dad was actually on guard that night, to ensure our safety in the unpredictable life in the woods.


“Dad, I had a dream, a strange one” I said to my father.


My father rose and sat beside me. Then he wrapped his warm arms on my body, he knew that I was cold.


“Do you want to tell me about it son?”


 ”It was so real dad. I was in a pitch black room. I had thoughts, unclean thoughts. So I ran and ran. Then I saw missiles, bombs falling from the sky and little kids, even younger than I getting killed and maimed. The world was in a bad state. Millions were poor dad, not even with enough food to eat.


There were homeless people in a state of destitute. I kept on running till I saw huge storms and hurricanes and all types of disasters happening. I ran again and went passed those entire catastrophes. As I ran, people were fighting all the time – over land, possessions, oil and money. Rainforests were dying dad and animals of all types were in danger and the earth was actually heating up!


And I dreamt of growing up and I was having happy times and sad times. And I lived a life dad. I did! I had a wife and kids and it was crazy fast you know. Everything went on so quickly. And I felt so terrified. First, I felt terrified, then I felt scared, a moment later I felt joy and so many times I felt helpless. And a lot of the time I felt so lonely.


Worst of all dad, I didn’t know where you were. I kind of knew you were there somewhere and I kept calling out for you. In fact sometimes I gave up hope and told myself that you didn’t exist at all. But deep down I had a feeling you were somewhere. As I grew older I stopped searching for you out there and started looking within myself. Which was strange really but I kind of felt you were a part of me just as I was a part of you. All of that I saw and experienced while I was running all the way!”


My father looked at me with love in his wise eyes. “That’s some dream son!”


“How long was I asleep dad?” I asked, my eyes were wide open.


“Mmmmmm perhaps 30 minutes… not more than that,” he said looking at his watch he bought from Mecca.


“Wow! All of that in 30 minutes?” I was surprised “Dad, that was my first strange dream.”


“That is life son.”


“Dad…”


“Yes my son?”


“Did you know I was dreaming?”


“Why yes, of course.”


“So why did you say it was life then?”


“My son, life seems to be so long, but we feel it so short…” He stopped a split of a second “because life is a short journey… Like the dream you just had.”


“In the bad parts of my dream, did you know I was suffering?”


“I saw you struggling in pain…”


“You could have awakened me up dad?”


“I could, but I didn’t. You would have awakened from the start. It would have been a little frightening for you that way. In life, you have to learn how to endure a little pain for you to understand life yourself. You gently came out of the dream yourself.”


He continued “Everybody has a choice in life, because this life is all about making choices…Maybe…”


“Dad…”


“Yes my son.”


“Maybe what dad?”


“Maybe you’ll change the world? Maybe you have the potential to change what is inside your dream? Maybe you’re the next Salahuddin Al-Ayubi? Muhammad Al-Fateh?”


When he said that, I remembered the stories of Salahuddin Al-Ayubi who liberated Palestine, Muhammad Al-Fateh who freed Constantinople at the age of 21. Am I their successor? Do I have the potential to be?


“Maybe dad… I don’t know…I’ll try my best”


“Dad…”


“Yes my son.”


“I love–“before I could finish my words my father cut in “Ha…Here is something I want to share” while he took out a book of hadith compiled by Al-Bukhari from his back-pack.


“It’s about the interpretation of dreams” he added then he started to read.


Narrated Abu Salama:


I used to see a dream which would make me sick till I heard Abu Qatada saying, “I too, used to see a dream which would make me sick till I heard the Prophet saying, “A good dream is from Allah, so if anyone of you saw a dream which he liked, he should not tell it to anybody except to the one whom he loves, and if he saw a dream which he disliked, then he should seek refuge with Allah from its evil and from the evil of Satan, and spit three times (on his left) and should not tell it to anybody, for it will not harm him. ” [1]


“What do you think of your dream? Do you dislike it or not?” my father asked.


“Hmmmm… Well I kind of like it dad although it was a bit scary but I’m not so sure if that dream was from Allah or not” I said.


“Inshaallah it was from Allah, did you take ablution before sleeping?” my father asked again.


“Yeah I did… I did dad, but I didn’t do Witr before sleeping [2], I forgot.”


“Dad…”


“Yes my son”


“You know why I told you this dream?”


“…except to the one whom he loves… Because I love you” I said while hugging my dad.


His warm arms wrapped me. “I know, my child. I love you too. We are one family.”


“Son, do you know what is F.A.M.I.L.Y.?” While he played my hair.


“Of course I know dad: Father And Mother I Love You…”


“Son…” he took out a very beautiful and well designed book mark from his book of hadith. It was size of half a B5 paper. “I’ve got something for you…” he handed me that book mark.


“Jazakallah Khair abi” I read what is written on that book mark by heart:


Narrated Al-Bara’ bin ‘Azib:


When Allah’s Apostle went to bed, he used to sleep on his right side and then say, “All-ahumma aslamtu nafsi ilaika, wa wajjahtu wajhi ilaika, wa fauwadtu Amri ilaika, wa alja’tu zahri ilaika, raghbatan wa rahbatan ilaika. La Malja’a wa la manja minka illa ilaika. Amantu bikitabika al-ladhi anzalta wa nabiyyika al-ladhi arsalta! Allah’s Apostle said, “Whoever recites these words (before going to bed) and dies the same night, he will die on the Islamic religion (as a Muslim)”[3]


“If you die tonight son, there’s no reason for me to be sad”


I smiled. He will be sad if I passed away, even the slightest feel of sadness.


“Dad, I want to go out and take ablution” I asked permission from my father. The river bank was not far from our tent, about ten meters away.


So I went out of our tent, the cool breeze is no longer freezing me, maybe because I’ve been awake for some time, my body temperature has stabilized in the cold environment.


The air by the river was crisp and clean. Sounds of frogs croaking and crickets screeching could be heard. I followed their Zikr by saying Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillah, wallahuakbar.


I took ablution. The cold streaming water made me livelier. After finished taking ablution, I inhaled all the fresh air I could. Mashallah, thank you Allah for this fresh air!


I went back to our tent. My father still not asleep, busy reading his book of hadith under the dimmed burning fire outside our tent. He didn’t realize my presence.


“Where is the Qiblah again dad?” I asked my dad.


Innalillah!” My father was surprised.


“You shocked me… It’s is over there son” pointing on one direction in the woods.


After I finished performing solah Witr, I felt a little bit drowsy.


“Will you wake me up for Subuh dad?”


“Will do son. Have some beauty sleep”


I closed my eyes once again and hoped for another wonderful dream.


 





[1] Bukhari. Book 9. Volume 87. Hadith 115




[2] Narrated by Abu Huraira: My friend (the Prophet) advised me to do three things and I shall not leave them till I die,   these are: To fast three days every month, to offer the Duha prayer, and to offer Witr before sleeping (Bukhari. Book 2. Volume 21. Hadith 274).




[3] Bukhari. Book 8. Volume 75. Hadith 327 “Ya Allah, aku tundukkan diriku pada-Mu, dan aku hadapkan wajahku pada-Mu, dan aku serahkan segala urusanku pada-Mu, dan aku datangkan belakangku kepada-Mu, keinginan dan kekaguman hanya pada-Mu, tiada perlindungan selain engkau, aku beriman dengan kitab-Mu yang telah engkau turunkan dan rasul-rasul-Mu yang telah engkau utuskan”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2013 02:12

June 19, 2013

Motivasi : Inspirasi Diri – Tips 10 Saat

 


tingkatkanmotivasidiri


 


Motivasi -


Kita perlukan ia, sebagai pemangkin, booster dan inspirasi diri.


Jadikan ia vitamin jiwa, hati dan dalaman diri!


 


Setiap hari kita bangun daripada tidur. Kita bakal tempuhi hari yang baru. Saat-saat yang baru. Masa-masa yang baru. Detik-detik yang baru dan tentunya pelbagai pengalaman serta sejarah-sejarah baru bakal dilakarkan dalam hidup kita.


Itulah kehidupan kita.


Umumnya, manusia ada dua kategori dan jenisnya :


Pertama, manusia yang mempunyai fokus dalam hidup. – Hidup mereka sangat bersemangat, ada tenaga, fokus dalam beramal, tahu tujuan hidup dan sentiasa menginspirasikan insan-insan lain.


Kedua, manusia yang teraba-raba mencari tujuan hidup. – Jujurnya, mereka kelam tanpa punca. Hidup penuh dengan stress, tention dan mengejar-ngejar sesuatu tanpa penghujung. Mereka gigih mencari perhatian kerana hilang segala harapan.


Soal diri.


Kita manusia yang mana? Apa yang kita lakukan, gerakan dan janakan dalam hidup? Lantaran itu, untuk memberikan yang terbaik dalam hidup – selalunya manusia yang normal perlukan motivasi, inspirasi, booster , dorongan serta galakan dalam setiap gerak kerja serta tindakan harian mereka.


Pinjamkan saya satu minit anda untuk membaca, merenungi dan merefleksi soalan-soalan di bawah sebagai perkongsian hari ini. Setiap satunya  hanya 10 saat sahaja.


Baca setiap satunya, lalu fokuskan kepada soalan dan jawapannya.


Baiklah, tenangkan hati. Berikan masa anda.


Senyum. Ceria dan Mulakan!


 


#Tips 1


Bagaimana meraih tenang, bahagia dan damai sentiasa?


Puncanya :


Jelas matlamat hidupnya

Nyata tujuan hidupnya

Sentiasa fokus dalam hidupnya


 


#Tips 2


Hendak bertenaga, bersemangat, cerah ceria selalu?


Puncanya :


Selalu membuat amal soleh

Sentiasa senyum

Berfikiran positif serta lapang dada


 


#Tips 3


Macamana hendak kekal termotivasi, terinspirasi dan enjoy our passion?


Puncanya :


Membaca Al-Quran penuh khusyuk, tadabur dan amal

Solat awal waktu, khusyuk, sempurna dan berjemaah

Fokus terhadap kerja, impian dan cita-cita hidup


 


#Tips 4


Kenapa jiwa kita kekosongan, kegersangan dan kekontangan?


Sebabnya :


Tiada matlamat hidup.

Tiada tujuan hidup.

Tiada fokus dalam hidup.


 


#Tips 5


Apa sebab hidup kita tertekan, terhimpit dan sangat-sangat stress?


Sebabnya :


Bergelumang dengan dosa.

Suka dengan noda-noda maksiat.

Lalai, hanyut dan leka dengan “buaian” dunia.


 


#Tips 6


Kenapa kita selalu keras hati, ego tiada kesudahan dan air mata membeku?


Sebabnya :


Sukar memaafkan orang lain

Rasa diri hebat

Tiada kerendahan hati


 


Penutup : Ubah Paradigma, Cara Fikir dan Cara Hidup


 


Firman Allah SWT yang bermaksud :


“ Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”


( Surah Ar-Rad’u 13 : 11)


Sebenarnya, kini ramai manusia yang semakin sedar akan diri, nasib dan masa hadapan mereka. Mereka telah mengimbas masa-masa berlalu mereka yang lepas-lepas, yang telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Mereka telah mensia-siakan hampir separuh usia untuk sesuatu yang rapuh, tiada tujuan dan tidak memberikan apa-apa manfaat.


Lalu, dengan keazaman dan sebuah tekad yang luhur – mereka merubah kehidupan mereka. Sehingga ada yang berubah 360 darjah tanpa sebarang penyesalan. Ya. Tekad.


Mereka ubah cara mereka berfikir, cara memandang kehidupan, cara serta gaya hidup yang dikehendaki, selari dan sejajar dengan kehendak Sang Pencipta. Lalu, hijrah mereka itu memberikan sinar serta harapan baru untuk detik-detik kehidupan mereka.


Kata akarnya :- Hijrah!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 19, 2013 20:06