Hilal Asyraf's Blog, page 102

July 15, 2013

Post Example 5

In semper molestie orci vel commodo. Donec quis massa ac purus commodo mattis. Suspendisse id diam convallis ligula placerat placerat ac nec dui. Nunc pellentesque velit ut erat eleifend in hendrerit risus adipiscing. Etiam arcu sem, porta et euismod sit amet, eleifend ut magna. Duis tincidunt elementum ligula et venenatis. Vivamus tristique condimentum ipsum quis pellentesque. Duis egestas eleifend fermentum. Etiam ultrices risus at diam rutrum congue. Pellentesque faucibus nulla ac odio sodales fringilla.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2013 00:24

July 14, 2013

Agama: Al-Quran Mengeluarkan Manusia dari Jerebu Dosa

the_holy_quran_by_umerr2000-d57xr6i


 Al-Quran -Petunjuk Sepanjang Jalan-


devianArt.com


Baru-baru ini bumi Malaysia tercinta ini diuji. Kepekatan jerebu telah mengakibatkan manusia jadi tidak keruan. Tidak bisa bekerja, belajar dan melakukan aktiviti luar dek kerana suasana persekitaran yang membimbangkan. Pelbagai pula ragam manusia yang mendepani ujian ini. Gembira. Sedih. Kecewa. Beraneka perasaan manusia normal yang terzahir dari jiwa.


Namun pernahkah kita terfikir jika jerebu itu berkabus dalam jiwa kita yang lahir akibat kemaksiatan yang dilakukan hingga membawa kita jauh dari rahmat tuhan, maka siapa atau apakah alternative yang boleh diusahakan agar hati itu kembali membawa sinaran?


Al-Quran. Ya, Al-Quran!


Al-Quran ibarat hujan yang turun membasahi bumi tatkala jerebu mengaburkan pandangan mata. Sebagaimana hujan memungkinkan manusia melihat persekitaran seperti sedia kala setelah jerebu menutupi penglihatan, lebih lagi al-Quran menerangi hidup manusia hingga ke akhirat sana dengan memandu mata hati mengenal tuhan.


Allah s.w.t berfirman:


 ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢


Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya) ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. [al-Baqarah: 2]


 


Al-Quran merangkumi kesempurnaan yang mutlak


Berdasarkan ayat yang pendek diatas, ia menjelaskan kepada manusia bahawa setiap sisi keagungan al-Quran. Bagaimana?


1.  Al-Quran datangnya dari Allah bukan dari manusia (Rasulullah)


ذَٰلِكَ الْكِتَابُ


Allah s.w.t menggunakan perkataan di atas yang membawa maksud (itulah kitab). Jika kita baca kebanyakan terjemahan, maka hasilnya seperti terjemahan di atas. Namun dalam bahasa Arab, boleh untuk digunakan isyarat bagi sesuatu perkara yang dekat pada diri manusia dengan menggantikan isyarat yang jauh yang ghaib.


Ia membawa maksud walaupun mushaf al-Quran itu ada dalam genggaman manusia sekarang ini, namun hakikatnya isinya datang dari alam ghaib (Allah). Oleh itu, isyarat kitab ini pada terjemahan adalah benar.


2.  Tiada sebarang keraguan


رَيْبَ


Dalam menggambarkan bahawa al-Quran itu tiada sebarang keraguan padanya, Allah tidak menggunakan perkataan syak (sama maksud dalam arab) untuk menyifatkan kesempurnaan al-Quran. Ulama’ tafsir menyebutkan bahawa perkataan syak itu hanyalah tidak merangkumi suatu yang tidak jelas tetapi raib (seperti di atas) membawa maksud yang lebih luas iaitu tidak boleh ditukar ganti dan tiada upaya manusia untuk menyelewengkannya.[i]


3.  Petunjuk kekal hingga ke akhir zaman


هُدًى


Disini perkataan huda didatangkan dalam bentuk kata nama yang menjelaskan bahawa ia bersifat umum. Bahkan kata nama tidak berkaitan dengan sebarang masa berlainan dengan kata kerja. Ia menggambarkan bahawa al-Quran sebenarnya sangat bersesuaian menjadi panduan bagi manusia sepanjang masa tidak terhad pada waktu yang tertentu.


Adapun perkataan tersebut (huda) juga didefinisikan dalam pelbagai takrifan iaitu petunjuk, ilham, peringatan dan sebagainya. Hakikatnya, jelas pada kita, sememangnya Al-Quran itu adalah panduan dalam setiap perkara dalam kehidupan manusia terutama mereka yang bertaqwa. Penghibur ketika berduka, bersyukur ketika gembira.[ii]


 


Ramadhan bulan Al-Quran


Allah memberi pengiktirafan bahawa bulan ramadhan merupakan bulan al-Quran. Bahkan jika kita cuba semak semula perkataan ramadhan hanya disebutkan sekali sahaja. Itupun ia amat berhubung kait dengan al-Quran seperti firman-Nya:


“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”  (Al-Baqarah: 185)


Justeru, ramadhan bukan sekadar bulan berpuasa, ibadah tarawaikh dan selainnya, ia juga bulan kelahiran al-Quran bahkan ia merupakan ‘hadiah hari lahir’ teragung bagi setiap insan. Bahkan disebutkan dalam tafsir Al-Hafiz Ibn Kathir bahawa ayat ini bukan sahaja berkaitan dengan Al-Quran bahkan suhuf IbrahimTaurat, dan juga Injil  turutditurunkan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan.


Mulianya ramadhan waktu petunjuk-petunjuk untuk umat tertentu (kitab samawi) dan petunjuk sekalian manusia (al-Quran) diturunkan.


Perkara yang perlu diingatkan semula berkenaan al-Quran adalah, jika kita mempunyai kemampuan maka jangan jadikan ia hanya sebagai bahan bacaan tetapi selangilah ia dengan sedikit perbahasan (tadabbur) supaya hati kita lebih dekat dengan apa yang cuba disampaikan oleh Allah. Jangan terburu-buru. Jika tidak mampu cukup sekadar perbaiki bacaan kerana hakikat pembacaan yang sempurna itu lebih penting kerana melibatkan solat seseorang itu diterima atau tidak.


Oleh itu, jika seseorang itu berpuasa ditambah pula dengan bacaan al-Quran, dia akan dapati dirinya semakin dekat dengan bantuan Allah. Hal ini kerana Allah sendiri memberi perakuan setelah menyeruh kita berpuasa dan menceritakan tentang kelebihan ramadhan yang diturunkan al-Quran, Allah berfirman:


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. [al-Baqarah:186]


 


Puasa mendidik nafsu, al-Quran juga begitu


Nafsu manusia ibarat air. Tidak boleh dipisahkan dari dalam diri manusia. Tinggal lagi kita perlu control dengan baik supaya ia mendatangkan bermanfaat. Air jika dalam kuantiti mencukupi bisa beri banyak manfaat pada manusia, tetapi dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kita lemas dan hanyut.


Puasa atau menahan diri dari lapar dan dahaga antara elemen penting untuk menundukkan nafsu. Walaubagaimanpun bukan puasa semata-mata, al-Quran juga berupaya mendidik nafsu kita. Ia memperkenalkan hakikat dari diri manusia (nafsu) kepada diri mereka sendiri sejauhmana kekuatannya atau kelemahannya.


Al-Quran juga memperkenalkan kita kepada Allah dan memberitahukan kewajipan kita terhadap-Nya serta ia juga berfungsi untuk menunjukkan kepada kita kepelbagaian sarana yang dapat menolong untuk memperjuangkan diri sendiri dan mencetuskan arus komitmen terhadap ketaatan kepada Allah dengan ikhlas dan jujur.


Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa (8)  Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10). [asy-syams: 7-10]


Dalam pada seseorang berjuang melawan hawa nafsunya, al-Quran bertindak memperkenalkan kepada manusia kondisi nafsu tersebut sama ada memilih baik atau buruk. Faktor manusia mengenal nafsunya sendiri amat dominan kerana dia mampu untuk mengawal daripada pujuk rela nafsunya kepada ketaatan kerana dia mengatahui bahawa nafsu itu hanya menyuruh sesuatu yang ada dalam diri manusia (hati) dan akan peroleh sama ada manfaat atau mudharat adalah batang tubuhnya melalui pilihannya sendiri.[iii]


Kesimpulan: Al-Quran Khabar pemusnah kebatilan


Syeikh Dr Solah Abdul Fatah Al-Khalidi, seorang ulama’ tafsir terkemuka Jordan ada sebut dalam muqaddimah kitabnya:


“Sesungguhnya ayat al-Quran mengandungi janji yang tertentu, janji kebaikan Allah kepada hamba-Nya yang benar-benar beriman, tentang kemenangan islam bakal tertegak dan merasuki bumi, hingga memperlihat kebenaran islam kepada semua agama, dan berdirinya yang haq ke atas yang batil serta musnahlah orang-orang kafir serta sekutunya.”[iv]


Hakikatnya al-Quran memberi jalan petunjuk kepada orang yang bertaqwa dan memberi berita buruk kepada yang ingkar perintah-Nya. Justeru, berkesempatan pada bulan Ramadhan yang juga merupakan bulan al-Quran ini, marilah sama-sama kita merebut peluang keemasan dan jutaan pahala dek kerana segala amalan dilipat kaliganda melalui pembacaan al-Quran sebagaimana hadis baginda s.a.w:


“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya adalah satu kebaikan, sedangkan kebaikan itu dilipatkan menjadi sepuluh kali. Aku tidak mengatakan alif, lam, mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”.


(HR At-Tirmidzi oleh ibn Mas’ud, hadis hasan sahih)


 





[i]  Tafsir Fathul Qadhir


 




[ii]  Islamweb.net


 




[iii]  Panduan Kembali kepada al-Quran, Dr Majdi Al-Hilali, m/s 179-180.


 




[iv] Janji al-Quran tentang Kejayaan Islam, Dr Solah Khalidi, m/s 8


…………………………………………………………………………………………………………………………………………..


Assalamu’alaikum.

Ramadhan Kareem!


Bagi anda yang ingin menambah bahan bacaan sepanjang Ramadhan, dengan cara mudah, menggunakan smartphone, iPad, Samsung Tab dan sebagainya, maka bolehlah segera mendapatkan eBook Semarak Ramadhan di http://langitilahi.com/store


Di dalamnya terdapat puluhan artikel berkisar berkenaan Ramadhan, merangkumi perkongsian, muhasabah, tazkirah, perkara berkait dengan kaifiyat dan fadhilat, seterusnya disertai juga dengan komik dan poster berkenaan Ramadhan.


Hanya RM10 sahaja!


Dapatkan segera di http://langitilahi.com/store


Warnakan Ramadhan anda dengan kefahaman.

Mari Menjadi Hamba!


*eBook ini berformart ePub.

Boleh dibuka dengan aplikasi Aldiko(boleh dapatkan secara percuma Apps ini di PlayStore untuk adroids)


1040060_598196276869326_341675401_o

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 14, 2013 08:36

July 12, 2013

Motivasi: Ramadhan – A Love Story

264972_478989525445249_1625215063_n


Saya memerlukan imaginasi anda sebentar:


- Bayangkan dalam minda anda individu yang paling anda cintai.

- Bayangkan sekiranya anda hanya boleh bertemu individu tersebut setahun sekali sahaja.

- Bayangkan sekiranya anda hanya mempunyai 30 hari sahaja bersama-sama individu tersebut.


Bagaimanakah perasaan anda apabila anda bertemu dengannya setelah setahun berpisah?


Para Sahabat amat mencintai Ramadhan. Dalam bulan-bulan yang mendahului Ramadhan, mereka akan mengira hari-hari yang berlalu dengan harapan dapat bertemu dengan Ramadhan. Setelah Ramadhan tiba, mereka menyambut bulan mulia itu seolah-olah menyambut kepulangan kekasih tercinta.


Mengapa? Mengapa para Sahabat mencintai Ramadhan sampai tahap itu?


Kerana dalam Ramadhan, mereka dapat berlari lebih pantas menuju Allah. Mereka tidak mencintai Ramadhan kerana Ramadhan. Mereka mencintai Ramadhan kerana Allah. Sebelum Ramadhan, mereka berlari menuju Allah dengan muatan yang berat – Syaitan.


Sekarang, Syaitan sudah tiada. Maka, mereka melihat ini sebagai satu peluang keemasan untuk mereka mendekati Allah.


Equation mereka mudah. Mereka cinta Allah = mereka cinta golongan yang cintakan Allah + mereka cinta apa-apa sahaja yang boleh mendekatkan mereka kepada Allah.


Kerana itu, mereka cintakan Ramadhan dan pertemuan dengan bulan mulia ini ialah satu detik yang dinanti-nantikan.


Semoga Allah masukkan kita dalam golongan yang cintakan Ramadhan. Ameen.


Bagaimanakah anda menghabiskan 30 hari bersama-samanya?


Setelah berpisah setahun, akhirnya kita bertemu!


Tetapi, pertemuan kita hanya sekejap sahaja – 30 hari. Bagi mereka yang hangat bercinta, 30 hari itu tidak mencukupi.


Suka atau tidak, itulah realitinya. Pertemuan kita sebentar sahaja. Persoalannya sekarang ialah bagaimanakah kita akan menghabiskan 30 hari itu?


Bagi yang hangat bercinta, sudah semestinya mereka akan bersama 24 jam; melekat ibarat gam gajah. Apa-apa sahaja yang boleh memisahkan mereka, akan mereka tepis ke tepi.


Ramadhan datang dengan barakah yang pelbagai – bulan diturunnya Quran, pahala berganda-ganda-ganda, ibadah dipermudahkan, mengubah tabiat dipermudahkan, solat terawih, melatih Taqwa, dan malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun).


Tetapi bagi mereka yang tidak mengambil kesempatan ini, bulan Ramadhan akan menjadi seperti bulan-bulan lain.


Ibarat orang yang masuk ke dalam gua yang dipenuhi dengan emas, tetapi keluar dengan gangsa sahaja.


Amatlah rugi orang seperti ini.


Semoga Allah tidak masukkan kita dalam golongan yang bazirkan Ramadhan. Ameen.


Bagaimanakah perasaan anda tatkala 30 hari itu sudah tamat?


Sekarang baru minggu pertama bulan Ramadhan, maka tarikh perpisahan kita dengannya kelihatan jauh.


Bagi yang hangat bercinta, tatkala hari pertama mereka bertemu, mereka sudah risau akan kedatangan hari di mana mereka akan berpisah.


Dalam kerisauan itu, rasa cinta bertambah. Kita akan lebih menghargai Ramadhan yang sedang bersama kita, kerana dia akan pergi tidak lama lagi. Apabila dia pergi, kita akan merinduinya. Sepertimana para Sahabat merinduinya.


Semoga Allah masukkan kita dalam golongan yang rindukan Ramadhan.


Konklusi


Beginilah mindset yang harus kita tetapkan dalam diri kita dan dalam diri keluarga kita di awal Ramadhan.


Jika mindset ini terpahat dalam minda, maka kita akan melihat setiap detik yang berlalu sebagai berharga dan tidak patut dibazirkan.


Bak kata Profesor Tariq Ramadan, “Our relationship with Allah is a love story.” Tiada bulan yang lebih istimewa untuk kita suburkan cinta kita kepada Allah daripada bulan Ramadhan.


Go on. Go write your love story. Make it special.


———-


Assalamu’alaikum.

Ramadhan Kareem!


Bagi anda yang ingin menambah bahan bacaan sepanjang Ramadhan, dengan cara mudah, menggunakan smartphone, iPad, Samsung Tab dan sebagainya, maka bolehlah segera mendapatkan eBook Semarak Ramadhan di http://langitilahi.com/store


Di dalamnya terdapat puluhan artikel berkisar berkenaan Ramadhan, merangkumi perkongsian, muhasabah, tazkirah, perkara berkait dengan kaifiyat dan fadhilat, seterusnya disertai juga dengan komik dan poster berkenaan Ramadhan.


Hanya RM10 sahaja!


Dapatkan segera di http://langitilahi.com/store


Warnakan Ramadhan anda dengan kefahaman.

Mari Menjadi Hamba!


*eBook ini berformart ePub.

Boleh dibuka dengan aplikasi Aldiko(boleh dapatkan secara percuma Apps ini di PlayStore untuk adroids)


1040060_598196276869326_341675401_o

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2013 12:43

Kehidupan: Kembali Kepada Kesedaran Islam 1.

426210_293102504089660_1200464433_n


Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh.


Rakan-rakan pembaca yang saya kasihi. Dengan kasih sayang dan izin daripada Allah SWT, kita meneruskan lagi pelayaran kita dalam bab yang seterusnya. Kembali Kepada Kesedaran Islam.


Menyedari tujuan kita diciptakan, siapa diri kita dan apakah makna muslim yang sebenar membuatkan pancaindera kita mula terjaga. Di sana, terdapat satu tarikan kesedaran yang cuba memacu kita ke arah perubahan.


Semestinya, perubahan yang kita pilih ialah untuk kembali kepada Islam secara menyeluruh.


Allah SWT berfirman:


“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) secara total; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.” Surah Al-Baqarah ayat 208.


 


Pendewaan Nilai Yang Melanggar Batasan Allah SWT


Hari ini adalah hari di mana dunia sudah terbuka. Sempadan negara tidak lagi memberikan makna kepada apa yang dinamakan sebagai maklumat. Maklumat menerobos kepada sesiapa sahaja yang bijak mengaksesnya. Internet adalah antara mediumnya.


Daripada situasi ini, penyebaran anasir bukan lagi disebabkan penjajahan atau ada orang luar negara datang ke negara kita melaksanakan dakyah. Ianya kini semudah membuka internet, dan anasir-anasir baru akan tersebar bermula dari rumah-rumah kita sendiri.


Jika anasir asing itu sesuatu yang baik, tidak mengapa.


Namun kita tahu bahawa dunia tanpa sempadan, bila namanya pun ‘tanpa sempadan’, jelas ianya tidak sekadar menyediakan anasir berunsurkan kebaikan. Tetapi juga kejahatan.


Gaya hidup yang jauh daripada nilai-nilai yang dianjurkan Islam, prinsip dan pegangan yang bercanggah dengan spirit yang dibawa oleh Islam, cara berpakaian yang mendedahkan aurat, pergaulan tanpa batas, kelucahan, pendapat-pendapat yang menyimpang dari nilai-nilai Islam yang sebenar, serta pelbagai lagi anasir-anasir buruk, mula tersebar meluas dan memerangkap masyarakat, sekaligus menjadikannya sebagai norma biasa dalam kehidupan kita hari ini.


Anasir-anasir buruk ini, kemudiannya diangkat dan didewa-dewakan. Mengenepikan nilai-nilai Islam yang membawa kepada rahmat. Sekaligus nilai-nilai yang melanggar batasan Allah SWT ini cuba dan terus berusaha memberikan cop-cop yang negatif kepada nilai-nilai Islam, seperti mundur, terkebelakang, terlalu mengongkong dan sebagainya.


Allah SWT berfirman:


“Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan.” Surah At-Taubah ayat 31.


Mujahid Sa’id Hawwa telah memberikan penjelasan  dalam kitabnya, Jundu Allah Thaqafatan Wa Akhlaqan, bahawa Imam Tarmizi meri¬wayatkan bahawa ‘Adi Bin Hatim at-Ta’i datang berjumpa Rasulullah S.A.W. sedang baginda membaca ayat tersebut. ‘Adi berkata kepada Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya Ahli-ahli kitab itu tidak pernah menyembah pendita-pendita mereka”. Maka Rasulullah S.A.W. berkata kepada ‘Adi: “Ya!, sesungguhnya mereka mengharamkan ke atas ahli Kitab sesuatu yang halal serta menghalalkan sesuatu yang haram dan mereka (Ahli Kitab) mematuhinya, maka itulah bentuk penyemba¬han kepada mereka (pendita-pendita) tersebut.”


Jelas menunjukkan bahawa pendewaan, penyembahan, itu tidak perlu berlaku kepada manusia dan entiti berbentuk ‘Tuhan’. Tetapi juga boleh berlaku dalam bentuk manusia kepada sukan, manusia kepada fesyen, manusia kepada pendapat-pendapat tertentu dan sebagainya. Menghambakan diri kita kepada unsur-unsur tersebut mengalahkan perhambaan diri kita kepada Allah SWT.


 


Mereka Yang Terang-Terangan Menentang, Dan Mereka Yang Sembunyi


Pembaca yang saya kasihi dan cintai,


Pendewaan kepada unsur-unsur yang menyimpang dari nilai Islam bukanlah berlaku dengan tiba-tiba. Ianya sebenarnya mempunyai pendukung-pendukungnya. Tinggalnya sama ada mereka ini menjelaskan diri mereka benar-benar menentang apa yang Allah SWT tetapkan, atau mereka ini berselindung di sebalik pelbagai nama yang menjadikan mereka ini tidak meragukan.


Bukanlah semua orang kafir merupakan pendukung kepada kerosakan ini. Hakikatnya wujud juga dari kalangan pendukung ini yang beragama Islam, kad pengenalannya ditulis ‘Islam’, tetapi mereka merupakan pendukung kepada pembawaan anasir-anasir buruk ini.


“Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) Yang mendakwa Bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran Yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) Yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh.” Surah An-Nisa’ ayat 60.


Kerana itu kita perlu melihat semula segenap tindak tanduk dan kefahaman kita, apakah kita sebenarnya sedang mendukung nilai-nilai Islam, atau sebenarnya kita menjadi penyebar kepada anasir-anasir yang menjauhkan manusia daripada Allah SWT?


Sepatutnya kita yang mengakui bahawa Allah adalah Tuhan kita, Rasulullah SAW ialah Rasul kita dan Islam adalah agama kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengangkat nilai-nilai Islam dalam segenap kehidupan kita.


Kerana itu bila kita lihat semula Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna di dalam Usul Pertama dari 20 Usul yang diketengahkannya, dia menyebut bahawa:


“Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh), mencakupi semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau pemerintah dan umat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahun dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan (fikrah). Akidah yang benar dan ibadat yang sah.”


Jelas apabila kita meneliti, Al-Banna meletakkan Aqidah yang benar dan Ibadat yang sah itu di belakang sekali bukan kerana ianya benda yang tidak penting. Tetapi dek kerana stereotaip manusia hari ini yang memandang Islam hanya sebagai perkara tersebut. Lantas diletakkannya tanahair dan negara, pemerintah dan ummat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman, kebendaan dan harta, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah di hadapan. Bukan bermakna itu semua perlu mendahului aqidah dan ibadat yang sah, tetapi adalah untuk menyatakan bahawa Islam itu mencakupi semua perkara tersebut.


Islam ialah sebuah cara hidup, bukan semata-mata sebuah agama.


Kita hendaklah menterjemahkan Islam itu pada segenap juzu’ kehidupan kita, tanpa ada satu detik pun yang kita rasakan – “Ini tak mengapa kalau tak ikut Islam di sini.”


 


Nilai Barat VS Nilai Timur VS Nilai Islam


Rakan-rakan pembaca yang saya kasihi.


Menyentuh berkenaan nilai, suka saya ingin menekankan betapa lama sudah di dalam pelbagai buku fikrah, kita meng’syaitan’kan apa yang kita namakan sebagai ‘nilai barat’. Nilai barat dianggap rosak, sumber jahiliyyah dan sebagainya.


Namun di dalam artikel ini, saya tidak menyatakan sedemikian. Saya meletakkan ‘Nilai Yang Melanggar Batasan Allah SWT’. Mengapa?


Kerana rakan-rakan pembaca, saya mahu kita berfikir, jika ‘Nilai Barat’ itu ialah rosak, sumber jahiliyyah, kemungkaran kepada Allah SWT dan sebagainya, maka apakah ‘Nilai Timur’ adalah sesuatu yang sinonim dengan Islam dan tiada yang bercanggahan dengan nilai Islam di dalamnya?


Ya. Akhirnya kita dapat melihat betapa tidak sepatutnya kita membuat ‘formula’ bahawa nilai barat ialah nilai yang rosak, dan nilai timur ialah nilai yang baik. Hakikatnnya, pada nilai barat dan nilai timur itu, kedua-duanya mempunyai nilai yang baik yang dianjurkan oleh Islam, dan wujud juga di dalamnya nilai yang bercanggah serta ditegah di dalam Islam.


Kita sepatutnya berhenti mengsyaitankan mana-mana nilai. Sepatutnya kita mula mengkaji pula nilai-nilai kemasyarakatan yang ada. Apa yang baik sepatutnya kita serapkan ke dalam kehidupan kita, apa yang buruk dan bercanggah dari nilai Islam, ialah apa yang akan kita tegah.


Dan kita sepatutnya menyedari saudara-saudari rakan pembaca yang saya kasihi, bahawa sikap sedemikian(tidak menghukum melulu, membakul sampahkan secara general sesuatu perkara dengan mudah) adalah sebahagian dari nilai murni yang Islam terapkan di dalam ajarannya.


“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – disebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Surah Al-Hujurat ayat 6.


Indahnya firman Allah SWT. ‘maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingi disebabkan kejahilan kamu mengenainya.


 


Penutup: Kembali Kepada Al-Quran dan Sunnah.


Pengakhirannya buat bab ini, sukalah saya mengajak kita kembali kepada apa yang dinamakan sebagai ‘petunjuk’ untuk orang-orang yang beriman, bertaqwa.


“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.” Surah Al-Baqarah ayat 2.


Itulah dia Al-Quran.


Daripada Abu Hurairah Abd al-Rahman ibn Sakhar radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: Apa yang aku larang kamu daripadanya, hendaklah engkau jauhkan diri daripadanya. Apa yang aku perintahkan kamu terhadapnya, maka hendaklah kamu lakukan ia dengan sepenuh kemampuan kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu, mereka menjadi binasa disebabkan oleh banyak persoalan mereka, serta khilaf perselisihan terhadap Nabi-nabi mereka” Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Itulah dia As-Sunnah.


Selari dengan firman Allah SWT:


“Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa Yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa Sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) Dengan jelas nyata.” Surah Al-Maidah ayat 92.


Maka rakan-rakan pembaca yang saya kasihi. Mari renjatkan diri kita dengan kesedaran ini. Santunilah Al-Quran di rumah kita, bacalah terjemahannya, dan peganglah kitab-kitab hadith sohih, dan dalamilah tafsirannya.


Sedarkan diri kita. Jadikan diri kita tahu.


Bukankah Agama ini datang dengan ayat pertamanya ialah “Iqra’”


Bukan alasan buat kita untuk sekadar ‘tidak tahu’.


Sekian dahulu untuk bab ini.


InsyaAllah bab ‘Kembali Kepada Kesedaran Islam’ ini akan saya sambung ke artikel yang seterusnya.


 


———————


Assalamu’alaikum.

Ramadhan Kareem!


Bagi anda yang ingin menambah bahan bacaan sepanjang Ramadhan, dengan cara mudah, menggunakan smartphone, iPad, Samsung Tab dan sebagainya, maka bolehlah segera mendapatkan eBook Semarak Ramadhan di http://langitilahi.com/store


Di dalamnya terdapat puluhan artikel berkisar berkenaan Ramadhan, merangkumi perkongsian, muhasabah, tazkirah, perkara berkait dengan kaifiyat dan fadhilat, seterusnya disertai juga dengan komik dan poster berkenaan Ramadhan.


Hanya RM10 sahaja!


Dapatkan segera di http://langitilahi.com/store


Warnakan Ramadhan anda dengan kefahaman.

Mari Menjadi Hamba!


*eBook ini berformart ePub.

Boleh dibuka dengan aplikasi Aldiko(boleh dapatkan secara percuma Apps ini di PlayStore untuk adroids)


 


1040060_598196276869326_341675401_o

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2013 01:38

July 10, 2013

Himmah : Ramadhan – Kilang Penyucian Jiwa Buat Insan

tazkiyatun-nafs2


~ Picture by yessytriana.wordpress.com


 


Ramadhan adalah kilang terbesar dalam setahun kehidupan mukmin yang Allah sediakan sebagai satu tempat penyucian jiwa. Kenapa kilang?


Kerana kilang adalah manifestasi kepada tempat pemprosesan dan begitulah Ramadhan kepada kita.


Ramadhan adalah tempat pemprosesan diri, tempat membersihkan jiwa, mengeluarkan kotoran-kotoran dosa dari hati kita dan membentuk diri kita yang lebih baik.


Allah mewajibkan puasa sebagai ibadah utama di dalamnya kerana itulah sumber utama yang membantu kejayaan proses ini. Jiwa yang bersih adalah jiwa yang dekat dengan Allah. Kebersihan jiwa dan kelurusan hubungan kita dengan Allah adalah sumber kekuatan dalam perjuangan untuk menegakkan Islam dalam kehidupan kita.


Jiwa yang bersih juga akan memberi kesan kepada kemurnian akhlak kita di dalam pergaulan kita dengan masyarakat.


 


Tidak Hanya Sekadar Mengikuti Program Ramadhan, Tetapi Serahkan Juga Hati Kita Untuk Diproses


Ada pelbagai program di dalam Ramadhan ketika ini.


Program yang saya maksudkan adalah program yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. melalui Al-Quran dan hadis.


Program-program seperti puasa, membaca Al-Quran, tadarus dan tadabbur, solat tarawikh, qiamullail, sahur, berbuka puasa, infaq dan sebagainya itu adalah pakej program yang disediakan untuk kita di dalam Ramadhan.


Namun, tidak cukup untuk kita sekadar memenuhi Ramadhan ini dengan hanya mengikuti atau melaksanakan program ini semata-mata. Yang lebih penting dan utama ketika kita melalui program-program sebegini, kita mestilah serahkan hati kita untuk diproses.


Ketika kita berpuasa, dalami makna puasa itu, kenapa kita berpuasa dan apa hasil yang kita harapkan untuk diri kita?


Ada ramai orang yang berpuasa, tetapi mulutnya masih tidak berhenti mengeji dan mengata orang. Ada ramai orang yang membaca dan berusaha menghabiskan Al-Quran di bulan Ramadhan ini, tetapi tidak berusaha menjaga ketepatan masanya datang ke sekolah atau ke tempat kerja.


Sebab itu, tidak cukup untuk kita sekadar mengikuti program-program itu semata-mata, tetapi ketika kita melalui program-program sedemikian, kita perlu serahkan hati kita sepenuhnya untuk diproses melalui program-program sedemikian.


Maka, Allah nyatakan hasil akhir kepada proses Ramadhan ini adalah ‘TAQWA’. Taqwa itu adalah buah yang terhasil daripada jiwa yang bersih dan benar hubungan keimanannya dengan Allah. Ia lahir daripada hati yang mengikuti program-program yang telah Allah galakkan kepada kita dalam Ramadhan ini dengan keadaan yang sedar.


Dia tahu, puasa yang dimaksudkan bukanlah sekadar puasa makan dan minum, tetapi juga puasa mulut daripada bercakap perkara yang tidak disukai Allah, puasa mata daripada melihat perkara-perkara yang haram, puasa telinga daripada mendengar perkara-perkara yang tidak baik, puasa anggota badan daripada melangkah atau melakukan apa yang tidak disukai Allah. Dia sedar bahawa puasa itu tidaklah hanya sekadar di siang hari. Kalau di siang hari ia harus berpuasa keseluruhan fizikal dan jiwanya, maka di waktu malam ia tetap perlu meneruskan puasa jiwanya daripada keinginan-keinginan yang menjatuhkan dirinya ke dalam kemurkaan Allah.


Dia sedar bahawa Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca dan dihabiskan, tetapi perlu berusaha untuk difahami dan didalami maknanya, kemudian berusaha diamalkan pula apa yang diperintahkan. Ketika Al-Quran menyampaikan perintah meninggalkan dosa dan membersihkan jiwa, maka ia berusaha melaksanakan hal itu. Ketika Al-Quran berbicara tentang ketinggian dan kemuliaan syurga, ia pun berusaha melipatgandakan kesungguhan dan keseriusannya dalam merancang kehidupannya demi mencapai kemuliaan itu.


Dia sedar bahawa infaq itu adalah ibadah harta yang sangat besar ganjarannya di dalam Ramadhan dan dengan infaq itu dapat menyucikan hartanya, serta membuatkan jiwanya selalu terbiasa untuk berkongsi kebaikan dengan manusia.


Dengan kesedaran-kesedaran inilah yang membuatkan jiwa kita terproses di samping kita mengikuti program-program yang tersedia di dalam Ramadhan ini. Barulah jiwa kita merasai nilai Rabbani (ketaatan dan kedekatan dengan Allah) yang ada di dalam setiap program ini.


Kelak, amal-amal yang kita lakukan ini mampu memberi bekal kekuatan kepada kita dalam perjuangan kita menyebarkan Islam. Menjadi bekal kekuatan kepada kita untuk istiqamah dalam perjalanan pulang menuju Allah. Menjadi bekal kekuatan kepada kita untuk meneruskan jihad dalam dakwah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran.


 


Pesan-Pesan Berguna Sebagai Sarana Penyucian Jiwa


Allah s.w.t. mengaitkan taqwa dengan penyucian jiwa di dalam Al-Quran :


“Maka Dia telah mengilhamkan jalan fujur dan taqwa. Sesungguhnya,beruntunglah orang yang menyucikannya dan rugilah orang yang mengotorinya.” [As-Syams : 8-10]


Kalau kita ingin mencapai taqwa, yang menjadi sumber perbekalan jiwa, yang menjadi neraca membedakan antara yang benar dan salah, yang menjadi sumber dibukakan pintu kemudahan dan rezeki kepada kita dalam banyak urusan, yang menjadi sumber kepada penyelesaian masalah kita, maka kita perlu berusaha melalui jalan pembersihan jiwa ini.


Ketika kita mengikuti program-program yang tersedia di dalam Ramadhan ini, tundukkan hati kita dan berilah peluang kepada hati kita untuk menangis dan merasai kekerdilannya di hadapan Allah. Inilah saat yang sangat berharga, saat-saat hati dikelilingi oleh suasana ibadah yang menghidupkan, saat-saat hati dijauhkan daripada anasir-anasir yang memudahkan dirinya terjerumus ke dalam perangkap hawa nafsu.


Berilah peluang kepada hati kita. Untuk itu, saya rasakan pesan-pesan Syeikhut Tarbiyah wa Tazkiyah, Syeikh Said Al-Hawwa dalam Mukhtasar Ihya’ Ulumuddin (Ringkasan Ihya’ Ulumuddin) adalah pesan yang sangat berguna untuk kita amalkan dalam proses pembersihan jiwa kita sepanjang melalui tarbiyah Ramadhan ini :


1) Tundukkan pandangan dan menahannya dari berkeliaran memandang perkara yang dicela dan dibenci oleh Allah


2) Menjaga lisan dari perbualan dusta, ghibah, mengeji, bercakap kasar, bertengkar dan berdebat yang tiada manfaatnya. Sibukkan diri dengan zikrullah dan bacaan Al-Quran.


3) Menahan pendengaran dari mendengar hal yang dibenci oleh Allah


4) Menahan anggota badan yang lain daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari hal yang dibenci oleh Allah, menahan perut dari pelbagai syubhat (keraguan) pada waktu berbuka.


5) Tidak memperbanyak makanan yang halal pada saat berbuka sampai penuh perutnya kerana penuhnya perut walaupun dengan makanan halal adalah sumber kepada nafsu syahwat.


6) Setelah ifthar (buka puasa), hendaklah hati kita tergantung antara khauf (takut) dan raja’ (harap), kerana kita sekali-kali tidak mengetahui apakah puasa kita diterima sehingga termasuk golongan muqarrabin (orang yang dekat dengan Allah) atau ditolak sehingga termasuk orang yang dimurkai.


 


Penutup : Perjalanan Kita Pendek, Rebut Bekal Berguna Dengan Segera Menyucikan Jiwa


Hidup kita pendek. Entah sekejap lagi, entah esok kita akan mati. Tidak tahu bila.


Maka, di perjalanan yang pendek ini, kutiplah bekal-bekal berguna di perjalanan pulang untuk kita bertemu dengan Allah s.w.t. nanti. Kita tidak tahu sampai bilakah kita masih diberi kesempatan untuk beramal dan kita tidak tahu amal manakah yang kita lakukan ini diterima oleh Allah s.w.t.


Sebab itu, rebutlah segera bekal-bekal berguna yang ada di dalam Ramadhan ini dengan segera menyucikan jiwa kita. Kita lalui tarbiyah Ramadhan ini dengan meningkatkan amal-amal kita melalui bacaan Al-Quran, qiamullail, Lailatul Qadr, infaq dan sebagainya ini, dalam masa yang sama kita berusaha meningkatkan kualitinya dengan meninggalkan dosa-dosa kita seperti akhlak yang buruk, tidak berdisiplin dalam kerja-kerja syarikat, malas untuk mengulangkaji pelajaran, suka mengeji dan memfitnah orang, bercakap kasar dan suka mencarut-marut, merokok dan sebagainya.


Sucikan jiwa kita daripada dosa agar hati kita bisa menyerap masuk tarbiyah Ramadhan daripada amal-amal yang telah kita tambah ini.


Kalau tidak, amal-amal ini hanya akan hangus begitu saja. Kita menambah amal-amal baik, tetapi tidak mengurangkan amal-amal mungkar dan dosa, maka ia gagal memberi kesan kepada perubahan diri kita.


Manfaatkanlah Ramadhan kali ini sebagai tempat pemprosesan jiwa kita. Jangan biarkan ia datang dan pergi begitu saja sementara kita hanya seronok melayan perut-perut kita yang kosong dengan kepelbagaian juadah di bazaar yang menggamit nafsu kita sewaktu perut kosong.


Kita prihatin kepada perut kosong sehingga sanggup menghabiskan ratusan ringgit hanya untuk sekali berbuka puasa, maka kenapa tidak kita prihatin kepada jiwa kita yang kosong sehingga menyebabkan kita sanggup menghabiskan banyak masa untuk melihat dan merawatnya?


Segeralah rebut bekal di Ramadhan ini !

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 10, 2013 23:42

Motivasi : Ramadhan – Momen Terindah Para Perindu Syurga

 


Berbekallah Ramadhan Taqwa


 


Picture by Ibnufuad Of LangitIlahi


Ramadhan al-Mubarak


Ganjaran lumayan bagi semua.


Taqwa sebaik-baik bekalan untuk perindu Syurga!


 


“Tahniah abang,” Ujar isteri saya sambil tersenyum dan mengucup tangan saya.


“ Tahniah kerana diberi peluang lagi oleh Allah SWT untuk merasai keindahan Ramadhan,” Sambungnya lagi.


Ramadhan tiba lagi.


Saat itu, saya bagaikan terdiam. Ya. Alangkah beruntungnya kita menjadi tetamu Ramadhan sekali lagi. Setahun sekali adalah kesempatan yang direncanakan oleh Allah SWT khusus kepada kita untuk melalui Ramadhan bagi mengutip sebanyak-banyakan kebaikan, keindahan dan kerahmatan untuk diri kita.


Oh ya. Ramai orang menyebut tentang Ramadhan.


Tetapi apakah sebenarnya Ramadhan bagi kita?


 


Ramadhan – Bagi Kita.


 


Tepuk dada dan soallah iman kita.


Jujur. Apakah makna dan erti Ramadhan bagi kita?


Adakah Ramadhan itu, adalah hari-hari yang dilalui tanpa makan dan minum lalu kita haus dan dahaga semata?


Adakah Ramadhan itu, kita mampu jimatkan duit poket dan tidak lagi boros membeli makanan jua?


Apakah Ramadhan itu, saat terbaik  untuk kita menguruskan badan agar kelihatan slim, tampil menarik dan bergaya?


Adakah Ramadhan bulan latihan untuk stay up di awal pagi sebagai persiapan exam yang mendatang dan test stamina diri dan minda?


Atau bagaimana?


Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


“ Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi tiada yang diperolehinya kecuali rasa lapar dan berapa banyak orang yang bersolat malam, tetapi tiada yang dia perolehi selain daripada rasa mengantuk!.”


( Hadis riwayat an-Nasai dan Ibnu Majah)


Soalan-soalan ini penting agar kita berada dalam zon kesedaran bahawa Ramadhan bukan hanya terbatas pada aspek-aspek luaran sebegini tetapi jauh lebih mendalam dan merentasi sudut pandangan manusia yang pelbagai dan beraneka.


Lantaran itu, sudut pandangan, dimensi serta paradigma kita tentang Ramadhan akan menjadi kita “seseorang” yang benar-benar menghargai kehadirannya atau sebaliknya.


 


Ramadhan – Bagi mereka.


Tidak disangkal lagi, Ramadhan adalah bulan yang benar-benar hidup bagi para perindu Syurga yang mengharapkan keredhaan dan Syurga Allah SWT.


Ya. Perindu Syurga. Siapakah mereka?


Hal ini telah dihidupkan sebuah contoh, role model dan qudwah oleh Rasulullah SAW , para sahabat serta golongan salafusoleh dalam menyantuni  ketibaan Ramadhan. Direkodkan dalam sirah, mereka adalah insan-insan yang sangat-sangat gembira lagi bahagia menyambut Ramadhan.


Dan, ada dikalangan mereka mempersiapkan diri, hati dan jiwa tiga bulan lebih awal sebelum Ramadhan tiba.


Bagi mereka – Ramadhan adalah penghulu segala bulan dan sangat berhajat jika setiap bulan adalah bulan Ramadhan!


Bukan sebulan tetapi 12 bulan adalah bulan Ramadhan!


Wow! Kenapa begitu sekali?


Kita semak paradigm, dimensi dan cara fikir mereka.


 


Apakah sudut pandang mereka terhadap Ramadhan?


Ramadhan adalah bulan kecintaan bagi mereka yang merindui Rabb mereka tanpa batas. Bulan yang benar-benar difokuskan untuk ibadah, membetulkan orientasi yang berteraskan duniawi kepada ukhrawi dan membersihkan manusia sebersih-bersihnya.


Ramadhan adalah madrasah kerohanian yang sangat intensif disediakan oleh Allah SWT untuk hamba-hambaNya duduk, tunduk dan fokus sepanjang hari semata-mata mencari keredhaan-Nya.


Ramadhan juga bagaikan sebuah universiti yang di dalamnya dilengkapi dengan silibus “pendidikan” yang sempurna dan menyeluruh bagi melahirkan graduan taqwa yang diredhai oleh Allah SWT.


Ramadhan juga diumpamakan seperti sebuah kilang mencetak manusia-manusia yang diproseskan secara khusus dengan “didikan keimanan” yang akhirnya akan melahirkan keperibadian mulia yang akan membawa cahaya kepada alam ini dengan akhlak islamiyah.


Ramadhan juga digambarkan seperti stesen rehat dan rawat (RnR). Sebuah pusat rawatan yang memberikan kerehatan jiwa dan merawat kerosakan-kerosakan jiwa manusia kesan pertempuran dengan tentera jahiliyah yang tidak pernah berputus asa menghancurkan tapak semaian iman di dalam jiwa manusia.


Bahkan, Ramadhan juga adalah pesta, temasya dan festivel kemuncak ubudiyah yang terhebat dalam sejarah hidup. Di bulan yang mulia ini, terasa sangat mudah untuk membuat kebaikan, badan begitu ringan untuk mengerjakan segala amal ibadah dan tidak kekok untuk menyebarkan kebenaran.


Inilah tanda keberkatan Ramadhan. Hal ini, hanya dirasai oleh insan-insan yang seluruh kehidupan mereka diserahkan hanya sanya kepada Allah SWT.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


“ Allah SWT mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa.”


( Hadis riwayat at-Tabrani)


Hati mereka bersih, jernih lagi putih. Lantaran itu, Ramadhan benar-benar dekat dengan mereka. Mereka inilah para perindu Syurga yang seluruh fokus dan passion mereka tertumpu untuk mengerjakan sebanyak mungkin amal soleh dan kebaikan.


Untuk apa? Untuk dipersembahkan di hadapan Allah SWT bagi memperolehi keredhaan-Nya!


Kita?


Kita mampu menjadi seperti mereka.


Bagaimana?


 


Titik mula – rasai keistimewaanya di awal pagi!


Berpagian di bulan Ramadhan sungguh istimewa. Ia adalah momen terindah dalam kehidupan ini. Suasananya hening, redup dan sangat tenang.


Udaranya segar dengan nafas-nafas para perindu Syurga yang tidak jemu berzikir, bertahmid dan memuji Allah SWT. Giat bertilawah dan mentadabur Al-Quran. Tekun dan khusyuk sujud menyembah Allah SWT, Rabbul Alamin.


Ia juga adalah hembusan harapan bagi para pendosa untuk mengukir sebuah cita-cita, hasrat dan impian untuk memulakan langkah untuk berubah.


Ia juga adalah gumpalan semangat dan kekuatan untuk para dai, pejuang dan pekerja ummat untuk mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk terus thabat serta kuat di jalan Allah SWT.


Harapan inilah yang akan menguatkan kita untuk menjadikan Ramadhan kali ini terbaik dan terindah. Masa yang berbaki masih banyak dan ruang-ruang yang ada masih banyak.


Masya-Allah!


Allah. Allah. Allah.


Mampukah kita persiakan lagi peluang keemasan ini?


 


Penutup : Benar-benar Perindu Syurga


Bagi “ahli kelab” perindu Syurga, setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah “emas” berharga. Lantaran itu mereka adalah manusia yang benar-benar sibuk di bulan yang mulia ini. Sibuk mereka sangat berfokus.


Firman Allah SWT yang bermaksud :


“ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, agar kamu menjadi orang yang bertaqwa.”


( Al-Baqarah 2 : 183)


 


Fokus mereka satu – taqwa. Itu piala utama. Perancangan, strategi, perlaksanaan, pelan tindakan dan pemantuan mereka kemas, rapi dan sistematik. Mereka serius, bersungguh-sungguh dan penuh tekad untuk merealisasikan fokus mereka ini.


Justeru, untuk menjadi seperti mereka – minda, jiwa dan seluruh anggota kita perlu bergerak gencar bagaikan perindu Syurga.


Amalan ahli Syurga diutamakan, dan segala fi’il buruk ahli neraka dikesampingkan jauh-jauh tanpa pandang walau sekelip mata!


 


———————


Assalamu’alaikum.

Ramadhan Kareem!


Bagi anda yang ingin menambah bahan bacaan sepanjang Ramadhan, dengan cara mudah, menggunakan smartphone, iPad, Samsung Tab dan sebagainya, maka bolehlah segera mendapatkan eBook Semarak Ramadhan di http://langitilahi.com/store


Di dalamnya terdapat puluhan artikel berkisar berkenaan Ramadhan, merangkumi perkongsian, muhasabah, tazkirah, perkara berkait dengan kaifiyat dan fadhilat, seterusnya disertai juga dengan komik dan poster berkenaan Ramadhan.


Hanya RM10 sahaja!


Dapatkan segera di http://langitilahi.com/store


Warnakan Ramadhan anda dengan kefahaman.

Mari Menjadi Hamba!


*eBook ini berformart ePub.

Boleh dibuka dengan aplikasi Aldiko(boleh dapatkan secara percuma Apps ini di PlayStore untuk adroids)


 


1040060_598196276869326_341675401_o

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 10, 2013 20:27

Umum: eBook Semarak Ramadhan di LangitIlahi Store!

1040060_598196276869326_341675401_o


Assalamu’alaikum.

Ramadhan Kareem!


Bagi anda yang ingin menambah bahan bacaan sepanjang Ramadhan, dengan cara mudah, menggunakan smartphone, iPad, Samsung Tab dan sebagainya, maka bolehlah segera mendapatkan eBook Semarak Ramadhan di http://langitilahi.com/store


Di dalamnya terdapat puluhan artikel berkisar berkenaan Ramadhan, merangkumi perkongsian, muhasabah, tazkirah, perkara berkait dengan kaifiyat dan fadhilat, seterusnya disertai juga dengan komik dan poster berkenaan Ramadhan.


Hanya RM10 sahaja!


Dapatkan segera di http://langitilahi.com/store


Warnakan Ramadhan anda dengan kefahaman.

Mari Menjadi Hamba!


*eBook ini berformart ePub.

Boleh dibuka dengan aplikasi Aldiko(boleh dapatkan secara percuma Apps ini di PlayStore untuk adroids)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 10, 2013 20:20

Kehidupan: Ramadhan dan Kasih Allah SWT kepada kita

RamadhanWebHQ


 


Ramadhan menyelimuti kita lagi.


Kita yang banyak dosa. Kita yaang selama ini menderhakaiNya. Kita yang menjalani hidup ini tanpa peduli kepadaNya. Kita yang selama ini tidak pernah kisah dengan perintahNya. Kita yang banyak melakukan apa yang dilarang olehNya.


Sedangkan pada Ramadhan ini Allah SWT membuka pengampunanNya seluas-luasnya. Allah menyediakan pahala yang berganda-ganda. Allah SWT menutup semua pintu neraka, merantai para syaitan durjana. Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu rahmatNya.


Dan kita yang berdosa ini mendapat peluang tersebut.


Apakah reaksi kita?



Ramadhan = Peluang Membersihkan Diri


Daripada Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya…” Hadith Riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi.


Abu Hurairah telah berkata bahawa Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : “Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.” Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai‟e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.


Allahuakbar.


Inilah dia peluangnya. Maha Suci Allah SWT, walaupun kita selama ini melupakanNya. Selama ini melalaikanNya. Dia tetap memberikan peluang demi peluang. Peluang hidup untuk bertaubat sudah satu hal. Diberikan pula melalui Ramadhan yang amat banyak peluang kebaikan dan gandaan pahala yang besar.


“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta‟ala berfirman (yang artinya) : Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” Hadith Riwayat Muslim.


Setiap amalan lain selain puasa kita mendapat ganjaran 10 – 700 kali lipat. Itulah ketetapan Allah SWT. Namun untuk amalan puasa, Allah tidak menyatakannya. Berapa kali lipat, berapa kali ganda, Allah tidak memberitahukannya. Hal ini kerana, puasa Allah khaskan untukNya, dan Dia ada perkiraan istimewa untuk puasa.


Maha suci Allah SWT. KasihNya Dia kepada kita.


Maka dari pihak kita pula, apa reaksi dan tindakan kita terhadap kasih sayang ini?


 


Jadilah Manusia Yang DicintaiNya


Manusia memang akan lalai. Memang akan alpa. Fitrahnya jelas pada namanya sendiri – Insan. Yang bermaksud – yang lupa. Memang manusia ini akan melakukan kesilapan. Memang dia akan melakukan kesalahan. Kerana imannya naik dan turun.


Namun itu semua bukan alasan. Allah SWT memahami, kerana itu Dia memberikan setiap manusia itu peluangnya. Dan bagi kita yang diberikan rezeki memasuki Ramadhan, telah sampai buat kita peluang kita.


Maka atas alasan apakah lagi kita mahu menyatakan: “Alah, Allah memang tak sayang aku, sebab tu Dia jadikan aku jahat.”


Jahat atau baik, Allah ilhamkan kedua-duanya kepada kita.


“Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.” Surah Asy-Syams ayat 8.


Seterusnya pilihan adalah di tangan kita.


“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” Surah Asy-Syams ayat 9-10.


Maka telah datang kepada kita Ramadhan, telah jelas betapa kasihnya Allah SWT kepada kita.


Apakah pula reaksi dan tindakan kita terhadap kasih sayang ini?


Allah SWT berfirman:


“Sesungguhnya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat, dan mereka yang membersihkan diri.” Surah Al-Baqarah ayat 222.


 


Penutup: Rebutlah. Jangan Berlagak.


Maka sepatutnya reaksi kita, seorang yang banyak dosa, banyak pula kealpaannya, merebut peluang-peluang yang ada di dalam Ramadhan ini.


Jangan kita salahkan Allah SWT atas kesilapan dan keingkaran kita. Sesungguhnya telah Allah berikan kita peluang, mengapa tidak kita berusaha keras menghargainya?


“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syuura ayat 30.


Justeru rebutlah Ramadhan ini wahai Pendosa.


Hargailah kasih sayang Tuhan kita. Allah SWT.


Jadilah hambaNya yang bersyukur, nescaya Dia akan menambah buat kita nikmat-nikmatNya.


Jangan sesekali kita kufur, kerana azabNya tidak terperi sakitnya.


“Dan ingatlah ketika Rabb kamu berfirman: Sekiranya kalian bersyukur, akan Aku tambahkan(nikmatku untukmu), dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab Aku amat pedih.” Surah Ibrahim ayat 7.


Allah telah mengasihi kita.


Maka kasihanilah diri kita sendiri, dan jauhkannya dari siksa api neraka.


Rebutlah Ramadhan ini. Perbaiki diri. Cuci diri. Menjadi manusia yang lebih baik lagi!


 


———————-


Assalamu’alaikum.

Ramadhan Kareem!


Bagi anda yang ingin menambah bahan bacaan sepanjang Ramadhan, dengan cara mudah, menggunakan smartphone, iPad, Samsung Tab dan sebagainya, maka bolehlah segera mendapatkan eBook Semarak Ramadhan di http://langitilahi.com/store


Di dalamnya terdapat puluhan artikel berkisar berkenaan Ramadhan, merangkumi perkongsian, muhasabah, tazkirah, perkara berkait dengan kaifiyat dan fadhilat, seterusnya disertai juga dengan komik dan poster berkenaan Ramadhan.


Hanya RM10 sahaja!


Dapatkan segera di http://langitilahi.com/store


Warnakan Ramadhan anda dengan kefahaman.

Mari Menjadi Hamba!


*eBook ini berformart ePub.

Boleh dibuka dengan aplikasi Aldiko(boleh dapatkan secara percuma Apps ini di PlayStore untuk adroids)


poster promo

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 10, 2013 08:14

July 9, 2013

Komik: Kerana 10x ganda!

m2 ramadhan copy


 Ramadhan Kareem pembaca2 Langit Ilahi.com!


Daripada Salman r.a ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah s.a.w pada hari terakhir bulan Syaaban dan baginda bersabda


“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, Allah jadikan padanya puasa satu kewajipan, dan berqiamullail (di malam hari) sebagai satu amalan sunat.”


“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebaikan (sunat), maka dia mendapat pahala melakukan amalan sunat tersebut seperti dia melakukan amalan wajib. Barangsiapa melakukan satu amalan wajib, maka dia mendapat pahala seperti dia melakukan 70x amalan wajib..”


Semoga kita; kami dan anda diberi kekuatan untuk memaksimakan amalan2 kita pada bulan Ramadhan ini untuk meraih rahmat, cinta dan kasih sayang Allah.


p/s: Kalau xboleh sedeqah dengan harta benda atau wang ringgit, jom sama2 kita sedeqahkan senyuman. :)


 


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2013 22:09

Poster: Ramadhan Kareem!

RamadhanWebHQ


Mari kita mulakan perjalanan kita menuju TAQWA!


“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (2:183)


Ramadhan Kareem,

daripada kami di LangitIlahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2013 04:02