Hilal Asyraf's Blog, page 8
April 5, 2018
Perkongsian Pengalaman: Maal Bukan Sekadar Harta
18 Mac 2018
6.00 petang
Maktok, Ibu dan aku sedang duduk bersantai di meja makan sambil menunggu waktu makan malam tiba. Maktok sedang khusyuk menaip sesuatu di telefon pintar Samsungnya. Satu demi satu huruf ditaip di atas skrin dengan jari telunjuknya. Kepalanya turut tertunduk sekali. Ibu pula sedang menanda kertas peperiksaan para pelajar tingkatan 5. Aku pula sedang membelek-belek buku Physiological Psychology dengan harapan untuk memahami isinya.
“Ha, esok awak nak pergi shopping dengan Na dan anak-anak pukul berapa?”, tanya Maktok kepada ibuku. Ha ialah nama panggilan untuk ibuku. Na pula merujuk kepada ibu saudaraku, adik Ibu.
“Mungkin dalam pukul 9.30 pagi nak keluar rumah Mak. Kedai-kedai dalam mall kan buka pukul 10 pagi.”
“Okay, kalau macam itu, Ha minta Na datang rumah Mak awal sikit ya esok. Kita sarapan sama-sama, lepas tu Mak nak sampaikan apa yang Mak dapat tentang Maal daripada kelas Ustaz Kariman”.
“Okay, boleh Mak. Nanti Ha beritahu Na,” jawab Ibu.
19 Mac 2018
7.00 pagi
Aku baru sahaja tamat wirid pagi dengan mata yang masih memujuk-mujuk untuk terus lelap. Pada saat aku keluar dari bilik tidurku di tingkat atas, hidungku menangkap aroma yang amat menyelerakan; bau cucur bawang yang digoreng oleh Bibik. Menyelerakan sekali.
Apabila aku turun ke tingkat bawah dan ke ruang makan, piring dan cawan sudah siap diletakkan di posisi masing-masing atas meja makan kayu tersebut. Ada 10 set semuanya. Begitulah rutin di rumah Maktok, persediaan waktu makannya pun terurus; perlu ada alas meja, pinggan dan cawan di tempat masing-masing. Aku hanya tolong ambil sos cili Thai yang ada di dalam peti sejuk memandangkan perkakas lain sudah tersedia.
8.30 pagi
Ibu saudaraku, Cik Na dan anak-anaknya akhirnya tiba juga.
“Hah, makan-makan dulu, nanti sesi perkongsian Maktok pula,” ujar Maktok.
Di hadapan meja makan Maktok, terdapat dua buah papan putih mini yang digantung di dinding. Dulu, dua buah papan putih tersebut digunakan untuk mengajar cucu-cucu dan rakan-rakan beliau bahasa Arab.
Maktok sudah pun siap menulis beberapa poin penting untuk sesi perkongsian beliau nanti di papan putih. Maktok dulu merupakan guru sekolah menengah, malah pengetua juga. Disebabkan itu, kerja-kerja harian beliau amat tersusun, produktif dan efisien. Aku yang masih muda ini pun kalah.
“ Okay Mak, nak mula terus ke makan dulu?”, tanya ibuku kepada Maktok. Aku dan cucu-cucu yang lain masih lagi rancak menikmati cucur bawang yang empuk. Ibu pula sepertinya resah memikirkan masa untuk bertolak ke pusat membeli-belah. Kalau bertolak lambat, ramai orang pula di pusat membeli belah nanti.
“Makan habis-habis dulu. Macam mana nak fokus kalau tengah makan?” kata Maktok.
9.00 pagi
Setelah semua sudah mula berhenti makan, Maktok pun memulakan perkongsian beliau.
“Bismillahirrahmanirrahim. Okay hari ni Maktok nak kongsikan apa yang Maktok dapat daripada pengajian kelas Ustaz Kariman kepada anak-anak dan cucu-cucu semua tentang Maal (مال).”
“مال itu apa, Mak?”, tanya Cik Na.
“Haa orang yang belajar bahasa Arab, apa maksud مال?,” tuju Maktok kepada aku dan cucu-cucunya yang lain yang ambil mata pelajaran bahasa Arab di sekolah.
“Harta, Maktok,” jawabku.
“Betul. Tapi sebenarnya مال ada maksud yang letih luas daripada itu. مال ialah sesuatu yang kita boleh ambil manfaat daripadanya dan mempunyai nilai. Maal bukan hanya duit, tapi apa sahaja yang mempunyai manfaat. Mungkin tidak bermanfaat kepada kita, tapi bermanfaat kepada orang lain.
Sebagai contoh, kotak kosong mungkin tidak bernilai pada kita, hanya sampah. Tetapi bagi orang lain, kotak itu ada nilai dan boleh dijual untuk mendapatkan sedikit wang.
Begitu juga dengan sisa makanan seharian kita seperti kulit-kulit buahan, bahagian sayur yang telah busuk, dan tulang ikan. Semua bahan itu mungkin tidak lagi bernilai pada kita. Namun, nutrien-nutrien yang masih berbaki dalam sisa makanan tadi masih lagi bermanfaat untuk pokok-pokok. Sisa makanan tu boleh dikisar dan diberikan kepada pokok sebagai baja. Jadi, hasil lagi banyak, pokok-pokok pun lagi sihat.”
“Apa lagi barang yang mungkin tak bermanfaat lagi untuk kita, tapi ada nilai untuk orang lain?,” soal Maktok lagi.
Semua cucu hanya diam.
“Haa Arif, apa dia?,” tuju Maktok kepada sepupuku.
“Umm baju?,” jawab Arif.
“Betul, baju pun boleh, yang dah tak muat tapi elok lagi. Nanti balik rumah, kalau ada baju-baju yang elok tapi taknak pakai dah, awak semua boleh bagi kat orang lain.”
Kemudian, Maktok menyambung lagi pengisiannya dengan menceritakan 4 ayat al-Quran yang menyebut tentang orang yang menyalah gunakan مال (71:21, 104:3, 111:2, 92: 11-18) dan 1 ayat al-Quran yang menceritakan orang yang memanfaatkan مال di jalan Allah.
“Okay sebenarnya مال yang kita ada sekarang ialah milik mutlak Allah. Kita, manusia ni hanya diberikan izin untuk menggunakannya.
Bila dihisab di akhirat nanti, kita akan ditanyakan dengan dua soalan yang berkaitan مال . Apa dia soalan tu?,” tanya Maktok sambik melihat wajah anak cucunya.
“Pertama, macam mana kita dapat harta. Kedua, macam mana kita belanjakan harta tu”, sambungku lagi.
“Betul. Untuk kita dapat manfaat dari مال, kita semua kena sentiasa bersihkan hati dan ingat balik bahawa Allah ialah al-Malik. Dia pemilik semua yang ada di langit dan bumi seperti yang Allah sebut dalam surah al- Baqarah. Sentiasa rawat hati kita dengan menyebut innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Jadi, itu sahaja yang Maktok nak kongsikan tentang مال. Maktok harap semua anak dan cucu Maktok dapat manfaatkan sepenuhnya مال yang Allah pinjamkan kepada kita sekeluarga. Ingatlah مال yang kita ada bukan sebenar-benarnya milik kita, tapi milik Allah. ”
“Insya Allah, Maktok,” jawab kami beramai-ramai.
“Tahu-tahu je Mak nak cerita pasal مال sebelum kami pergi shopping,”seloroh Cik Na diiringi dengan gelak tawa yang lain.
Lalu, kami pun segera bersiap untuk ke pusat membeli-belah dengan bekalan ilmu baru tentang مال.
—-
Aku kagum benar dengan nenek aku yang sudah berusia 77 tahun ini. Ruang makan boleh dijadikan kelas dan masa makan dijadikan waktu tazkirah. Walaupun kadang-kala jenuh juga mendengar tazkirah setiap kali makan, namun aku tahu aku seharusnya melebihkan syukur. Maaf lah aku bukan malaikat.
Segala butir kata Maktok tadi juga bukan sekadar lantunan kosong, tapi ilmu yang sudah dibumikan dalam kehidupan seharian.
Rumah Maktok sebenarnya menjadi pusat pengumpulan barang-barang terpakai dalam kalangan kelompok rakannya. Antara barang yang selalu didapati ialah baju, buku, perkakas dapur, beg, kasut dan banyak lagi. Kemudian, barang-barang tersebut akan disusun oleh Bibik dan diambil oleh Makcik Fauziah dan suaminya sekali seminggu. Kemudian, mereka akan menjual kembali barang-barang terpakai tersebut di suatu lokasi dengan harga yang murah. Segala keuntungan daripada jualan tersebut akan diberikan kepada golongan yang memerlukan.
Selain itu, berkenaan مال , Maktok juga akan sedaya-upaya mengurangkan sisa makanan di rumah setiap kali waktu makan. Segala kulit buah yang lembut, tulang ikan dan nasi yang sudah tidak elok akan dikumpul dan dikisar bersama dalam pengisar khas. Kemudian, bahan kisaran tersebut akan dijadikan sebagai baja organik kepada tanam-tanaman di sekitar kawasan rumah Maktok. Alhamdulillah, kerap juga kami nikmati hasil tanaman Maktok seperti buah naga, betik, pisang, ulam raja, daun pudina, kacang panjang dan banyak lagi.
Sebelum ini, aku fikir, dengan berjimat semasa berbelanja, aku sudah memenuhi kewajipan terhadap مال .Rupanya aku silap. Masih banyak lagi مال yang aku belum manfaatkan sepenuhnya.
April 4, 2018
DOA IFTITAH SI CILIK
Hari ini ajar doa iftitah. Mengajar kepada murid-murid prasekolah. Pendidikan Islam untuk prasekolah seminggu 2 kali. Satu sesi lamanya hanya 1 jam. Aku menggunakan carta ayat yang disediakan. Tulisannya besar dan jelas. Untuk 25 orang pelajar amat memadai. Sebelum membaca aku bertanya pelajaran yang lepas.
Pengajaran dan pembelajaran pun berlangsung.
“Ini ialah doa iftitah. Doa ini dibaca sebelum surah alfatihah ” kata aku.
“Siapa di rumah, mak ayah ada ajar doa iftitah ? ” tanya aku.
Itu belum lagi yang ibu bapa tidak solat langsung.Dari 25 orang hanya 3 orang yang angkat tangan. Selebihnya mendiam diri dan tidak tahu apa itu doa iftitah. Aku terdiam. Menangis sendiri dalam hati
Baiklah, aku membatangkan setiap kalimah dalam doa iftitah. Setiap kalimah yang aku sebut, aku pastikan jelas dan terang bacaan. Dengan harapan murid-murid dapat meniru cara bacaan. Murid boleh baca tak ? Jawapannya tidak langsung. Mereka zero huruf huruf hijaiyah. Maka dengan meniru bacaan dan mendengar sahaja kekuatan mereka.
Aku ulang ulang sehingga 3 atau 5 kali. Setelah itu minta mereka membaca bersama-sama. Permulaan bacaan kedengaran kuat. Lama kelamaan hujung ayat sayup-sayup kedengaran.
1 jam untuk ajar doa iftitah. Murid-murid ada 25 orang. Memang tidak akan dapat semua peroleh baca. Memang tidak. Aku melihat mereka dengan penuh kasihan dan sayang. Geram ? Jangan cakaplah. Ada yang bermain. Bacaan dalam solat mana boleh nak lagukan macam lagu Aiman Tino. Memang tidaklah. Bacaan ini perlu dibaca dengan tartil.
Muhasabah diri ini. Adakah aku terhijab dengan dosa dosa ? Mungkin. Kerana dosa-dosa aku maka anak murid aku menjadi mangsa. Tetapi tidak boleh lihat satu sudut sahaja.
Murid prasekolah berumur 5 hingga 6 tahun. Guru Pendidikan Islam hanya masuk seminggu 2 kali. Guru prasekolah tidak boleh ajar Pendidikan Islam. Inilah realitinya.
Wahai ibu bapa, apabila anak-anak anda dah boleh mengajuk cakap atau boleh bercakap maka ajarilah mereka kalimah-kalimah Allah. Bacaan dalam solat terutamanya. Sedih tidak terhingga seolah-olah kewajipan mendidik agama terutama solat adalah dipundak cikgu-cikgu. Jangan begitu. Kami mempunyai had kekangan masa.
Cadangan saya untuk ibu ayah mendidik anak agar dapat bacaan solat yang mudah ;
1. Solatlah dihadapan mereka atau zahirkan ibadah anda.
Bukan untuk menunjuk atau riya’ depan anak, tetapi ingin sampaikan mesej bahawa anda adalah seorang yang memberati tanggungjawab solat. Jika anda tidak solat bagaimana anak-anak hendak solat ?
2. Ajak anak-anak anda solat bersama.
Kebiasaan ibu ayah anda bagus dalam menjaga waktu solat. Tidak pernah tinggal akan solat. Bagus. Inilah contoh terbaik. Tetapi sayang anak-anak tidak solat. Solat diajar se awal usia 4 atau 5 tahun. Tatkala mereka telah pandai ajuk tingkah. Belikan mereka kopiah atau telekung sebagai semangat untuk mereka solat.
Pada usia ini tepat untuk ajar mereka solat. Tegas sedikit jika mereka enggan namun jangan rotan. Tetapi bila sampai umur 10 tahun tidak solat maka rotanlah demi mengajar. Jangan dah 10 tahun baru nak ajak. Bagi saya itu terlambat.
3. Semak bacaan solat
Bagi ibu bapa yang solat dan tidak pernah leka dalam solat ini satu kelebihan untuk anda. Semaklah bacaan anak anak anda. Pastikan bacaan mereka betul dan tepat. Kelemahan kepada ibu bapa yang tidak solat. Kasihan anak anak mereka. Mereka tidak mengerti erti ketaatan kerana ibu ayahnya tidak tunjuk contoh yang baik. Yang seksa adalah guru guru.
Pesanan saya sebagai guru Pendidikan Islam kepada ibu ayah. Kemenjadian murid bukan bermula dari sekolah tetapi berlaku dari rumah. Jika ibu bapa tidak ajar anak-anak solat. Anda pasti mereka akan solatkan JENAZAH ANDA ?
April 1, 2018
Aku Lebih Baik Daripadanya – Iblis
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah”. Surah al-A’raf 7 : 12.
Anda semua masih ingat dengan kisah satu makhluk Allah yang tidak mahu sujud kepada Adam pada satu ketika dahulu?
Apabila membaca sahaja ayat di atas sudah pasti kita dapat meneka apakah makhluk yang dimaksudkan. Ya betul! Makhluk tersebut adalah Iblis.
Para ulama semua setuju bahawa setelah Adam diciptakan dengan sempurna, Allah telah memerintahkan kepada para malaikat dan makhluk yang ada untuk sujud. Tetapi bukanlah sujud ibadah sebab tidak ada yang patut disembah melainkan Allah SWT.
Tujuan sujud adalah sebagai tanda penghormatan dan pemuliaan kepada Adam dan keturunannya.
Lalu para malaikat semua bersujud kecuali Iblis yang merupakan daripada bangsa jin. Jadi dalam ayat di atas Allah SWT telah tanya kepada Iblis, “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Lalu Iblis memberi alasan, “Aku lebih baik daripadanya”.
Iblis salah sangka
Menurut Dr. Wahbah Zuhaili dalam Tafsir al-Munir menyatakan bahawa Iblis menolak terhadap perintah Allah untuk sujud kepada Adam adalah kerana sombong. Dia menyangka bahawa dia lebih mulia daripada Adam kerana dia diciptakan daripada api sedangkan Adam dicipta daripada tanah.
Iblis menyangka bahawa api itu lebih mulia daripada tanah kerana api ringan dan boleh naik tinggi ke atas.
Api juga merupakan bahan yang boleh menyala.
Berbeza dengan tanah yang mempunyai ciri tetap, padam dan layu.
Jadi Iblis pun menganggap bahawa tidak mungkin dia akan mengagungkan sesuatu yang berada di bawahnya.
Sedangkan sangkaannya itu meleset jauh sekali. Sebenarnya tanah digambarkan di dalamnya sesuatu yang tenang dan diam, anggun dan santai, lembut, malu dan sabar.
Buktinya ialah Adam bertaubat, tawaduk dan merendahkan diri setelah melakukan dosa kepada Allah SWT. Manakala api pula merupakan alat menyeksa makhluk-makluk yang ingkar kepada Allah SWT.
Oleh itu, ini menjadi bukti bahawa sebenarnya tanah yang lebih mulia daripada api.
Manusia juga salah sangka
Pada hari ini juga ramai di kalangan kita yang salah sangka. Kita sangka bahawa apabila kita memiliki harta yang banyak, memegang jawatan besar, memiliki pengaruh yang ramai, menaiki kereta besar, duduk di rumah yang mewah dan sebagainya, maka kita akan merasa “Aku lebih baik daripadanya”.
Aku lebih baik daripada kawan aku sebab aku ada 5 buah bisnes. Kawan aku tu makan gaji sahaja.
Aku lebih baik daripada jiran sebelah sebab aku pakai kereta Honda. Jiran aku pakai kereta Myvi sahaja.
Aku lebih baik daripada kawan sebab aku mengajar sekolah menengah. Kawan aku tu mengajar kat sekolah rendah sahaja.
Aku lebih baik daripada orang lain sebab aku mempunyai anak yang bijak dan cantik. Orang lain itu anaknya dah la tak pandai, comot pulak tu.
Aku lebih baik daripada imam kat surau rumah aku itu, sebab aku belajar dengan ulama-ulama yang hebat kat luar negara. Imam surau tu belajar kat pondok sahaja.
Sebenarnya itu hanyalah sangkaan kita semata-mata. Adakah kita lupa bahawa segala yang ada pada diri kita ini merupakan kurniaan Allah SWT.
Adakah kita mahu mengikuti jejak langkah Iblis?
Bahaya sombong
Tidak masuk syurga seseorang yang di hatinya terdapat kesombongan sebesar buah zarah. HR. Bukhari.
Nabi berpesan kepada kita, sifat sombong yang ada dalam diri kita akan menyebabkan kita terhalang daripada masuk ke dalam syurga. Sebab sombong menjadikan kita orang yang tidak berakhlak mulia.
Sombong menjadikan kita orang yang mementingkan diri, tinggi diri, khianat, panas baran, dengki, tidak dapat menerima nasihat, suka merendah-rendahkan orang lain dan selalu bercakap tentang keburukan orang lain dan sebagainya.
Maka sia-sialah amalan kita selama ini. Sebab itu kita tidak boleh beramal secara semberono.
Jika kita perhtaikan sifat sombong ini tidak hanya berlaku kepada orang yang jahat sahaja. Malah sifat ini berlaku kepada semua orang sama ada baik atau jahat. Ukurannya ialah apabila kita rasa mempunyai kelebihan berbanding dengan orang lain.
Jika kita adalah orang yang berilmu, kita akan menganggap orang lain sebagai orang yang bodoh. Lalu kita menganggap bahawa pendapat kita sahaja yang betul, manakala pendapat orang lain semuanya salah.
Jika kita orang yang rajin pergi masjid, kita akan rasa kitalah orang yang paling alim di tempat kita. Jadi kita mengharap supaya orang lain akan memuliakan kita. Jika berjumpa kita mengharap supaya orang lain yang akan memulakan perbualan dahulu, yang akan memberi salam dahulu dan sebagainya.
Jika kita memiliki keturunan yang baik dan berada, kita akan rasa tidak selesa apabila ada orang yang cuba mendekatkan diri kerana menganggap orang itu tidak setaraf dengan keturunan kita.
3 bahagian sombong
Pertama, sombong kepada Allah SWT. Sejarah menunjukkan bahawa ada manusia yang berani mengaku sebagai tuhan seperti Raja Firaun, Raja Namrud dan sebagainya. Malah ini merupakan sombong yang paling buruk.
Kedua, sombong kepada para rasul. Mereka rasa diri merekalah yang layak untuk menjadi rasul kerana mempunyai kelebihan dari segi material. Sedangkan rasul-rasul yang dipilih oleh Allah ini hanyalah manusia biasa dan tidak memiliki apa-apa harta.
Ketiga, sombong kepada manusia. Mereka rasa diri mereka mulia dan menganggap orang lain itu hina, sentiasa mahu berada di atas orang lain, dan suka meremehkan dan merendahkan orang lain.
Kesimpulan
Sebenarnya sangkaan “Aku lebih baik daripadanya” merupakan satu penyakit hati yang perlu kita jauhi. Penyakit ini akan menyerang kepada orang yang mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu.
Firman Allah SWT:
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. Surah al-Alaq 96 : 6-7.
Oleh sebab itu antara perkara yang boleh kita lakukan bagi merawat penyakit ini adalah pertama, sentiasa muhasabah diri bahawa kelebihan yang kita dapat ini merupakan kurniaan Allah SWT. Kita cuba tadabbur sekiranya Allah menarik kembali nikmat-nikmat tersebut bagaimana?
Kedua, bergaul dengan orang-orang miskin kerana dapat membantu mendidik jiwa kita merasai kesusahan orang lain.
Ketiga, menziarahi orang sakit dan orang-orang yang terkena bencana. Mudah-mudahan perkara ini akan mendorong kita menyerah diri kepada Allah SWT dan mengamalkan sikap tawaduk.
Mantera Sihir
Mayat suami dan anaknya berlumuran darah. Mayzati ketakutan. Tubuhnya menggigil. Tiba-tiba dia mendengar suara mengilai yang amat mengerikan. Suara mengilai itu semakin kuat dan bacaan seperti mantera sihir pula bergema di sekeliling Mayzati. Mayzati berlari sekuat hati. Namun lariannya terasa semakin lama semakin perlahan. Sedangkan suara mengilai dan bacaan mantera semakin lama semakin kuat.
“Ya, Allah! Tolong aku ya, Allah!”
Mayzati terjaga daripada tidur. Dadanya berdegup kencang. Dahinya pula berkeringat. Dalam samar malam yang gelap, kelihatan suaminya masih tidur nyenyak. Mayzati tersenyum lega dalam keadaan masih tercungap-cungap. Mimpi ngeri itu sering menganggu tidurnya.
Mayzati meludah ke kirinya sebanyak tiga kali sambil memohon perlindungan Allah daripada syaitan terkutuk.
*****
“Kak May sihat?”
Pembantu rumahnya bertanya sambil menghidangkan sarapan pagi di atas meja makan.
“Alhamdulillah, akak sihat. Cuma mimpi buruk malam tadi.”
Mayzati suka membahasakan dirinya sebagai kakak kepada pembantu rumahnya. Rasa lebih mesra dan dekat.
“Jom makan sama.” Mayzati mempelawa.
“Baik, kak May.”
Mayzati tersenyum manis. Pembantu rumahnya ini masih agak muda dan kelihatan kekok. Baru mula bekerja di rumahnya seminggu. Itu pun kerana adik lelaki Mayzati yang meminta tolong. Katanya, adik isterinya sedang mencari kerja. Sudah lama tinggal di kampung dan ingin merasa kerja di bandar.
*****
“Zati selesa tak ada pembantu rumah ni?”
Mayzati memandang suaminya sambil tersenyum. Mereka berdua sedang makan malam bersama. Pertanyaan suaminya itu membuatkan dia berfikir.
“Entahlah, bang. Kalau boleh, memang Zati pun rasa tak perlu ada pembantu rumah. Tapi Zuhayr tu beria sangat minta dia kerja sini.” Suara Mayzati direndahkan.
Mayzati melihat sekilas ke bahagian dapur. Kelihatan pembantu rumahnya masih leka membuat kerjanya. Apabila suaminya ada, Mayzati tidak akan mempelawa pembantu rumahnya itu makan bersama. Mayzati mahu suaminya selesa berbual bersamanya tanpa ada orang ketiga.
“Abang bukan apa Zati, kalau boleh biarlah kita selesa. Bila ada orang luar ni, abang rasa lain. Zati pun memang suri rumah. Untuk apalah Zuhayr tu suruh dia kerja sini.” Suaminya mengeluh.
“Zati dah cakap dengan Zuhayr yang Zati tak perlukan pembantu rumah. Tapi itulah, Zuhayr kata nak buat teman Zati. Zati pun serba salah nak jawab macam mana dengan Zuhayr tu. Agaknya Zuhayr tengok Zati ni macam sunyi sebab anak kita tahun ni dah mula duduk asrama. Abang pun keluar kerja pagi, balik malam. Kalau abang rasa tak selesa, nanti abang cakaplah dengan Zuhayr sendiri.”
Suaminya hanya mengangguk setuju.
Tiba-tiba Mayzati mendapati pembantu rumahnya sedang mengintainya di celah-celah langsir pintu dapur. Namun, sebaik sahaja pembantu rumahnya sedar bahawa Mayzati sedang melihat ke arahnya, segera dia beredar dan menyambung kerjanya semula. Mayzati melepaskan keluhan berat. Dia tidak suka sikap pembantu rumahnya yang suka mencuri dengar perbualannya dan suami.
*****
“Wana, apa cerita sekolah?”
“Mama pun rindu Wana.”
Anaknya yang berumur 13 tahun itu kedengaran menangis teresak-esak.
“Ya, mama datang dengan papa tengok Wana nanti. Kita tunggu papa dapat cuti, ya. Sayang anak mama.”
Mayzati mengesat air mata yang mula membasahi pipinya. Dia tidak mahu Wana mendengarnya menangis.
“Kak May cakap dengan siapa tu?”
Pertanyaan pembantu rumahnya itu membuatkan Mayzati terperanjat.
“Kak May dah kata jangan curi dengar bila kak May bercakap!” Mayzati marah.
“Maaf, kak May. Saya nampak kak May menangis. Risau saya.” Pembantu rumahnya itu takut-takut melihatnya.
Mayzati memandang telefon pintar di tangannya dengan wajah sayu.
“Kak May cakap dengan anak kak May. Kasihan dia. Dia rindukan kak May.”
*****
“Abang, kasihan Wana, bang.” Mayzati memandang suaminya yang sedang bersiap untuk tidur.
“Kasihan apanya?” Tanya suaminya sambil menguap.
“Kasihanlah, Wana menangis masa Zati telefon dia tadi. Rindu katanya.”
“Zati janganlah manjakan Wana tu sangat. Kita baru je melawat dia bulan lepas.”
“Alah, abang ni! Bulan lepas tu 30 hari lalu. Lama tu. Jomlah, hujung minggu ni kita pergi lawat Wana, bang.” Mayzati memandang suaminya yang sudah memejamkan mata di sebelahnya.
“Abang ada kursus dari Jumaat sampai Ahad ni.” Suaminya menjawab sambil matanya sudah terpejam. Tidak lama kemudian, dengkuran halus mula kedengaran.
“Abang! Abang!” Mayzati memanggil sambil mencuit-cuit bahu suaminya itu. Namun, gagal. Suaminya sudah pun tidur lena.
Mayzati melepaskan keluhan berat. Kursus lagi! Perasaan Mayzati bercampur-baur. Marah, kesal, sedih dan kecewa. Dia menutup lampu meja dan turut melelapkan mata.
Malangnya, mimpi ngeri yang sama berulang lagi.
*****
“Tengah malam semalam saya dengar kak May menjerit. Kak May tak apa-apa ke?”
Pagi yang nyaman itu dikejutkan dengan soalan pembantu rumahnya.
Mayzati yang sedang membuat senaman ringan di halaman rumah berhenti dan memandang pembantu rumahnya dengan dahi yang berkerut. Melihatkan Mayzati tidak menjawab soalannya, pembantu rumahnya itu segera menyambung kerjanya menyiram pokok-pokok bunga di dalam pasu.
Mayzati memicit kepalanya yang mula berdenyut-denyut.
Sudahlah pening kepalanya memikirkan Wana yang kesedihan di asrama, di tambah pula pembantu rumahnya ini suka mengambil tahu urusan peribadinya. Mayzati benar-benar rasa bertambah sakit.
*****
“Eh, macam suara Zuhayr!”
Mayzati segera ke ruang tamu sebaik sahaja mendengar suara adiknya daripada televisyen. Kelihatan pembantu rumahnya sedang terpacak menonton siaran tersebut.
“Apa yang menarik, seperti yang dikongsikan oleh ustaz Hasrizal, kemurungan dan kesedihan melampau turut dialami oleh orang yang kuat imannya seperti Nabi Ya’qub. Kesedihan Nabi Ya’qub kerana kehilangan anak baginda iaitu Nabi Yusuf begitu mendalam sehingga menyebabkan kedua belah mata Nabi Ya’qub menjadi buta.”
“Jadi, doktor, adakah ini bermaksud bahawa kita tidak boleh mengatakan bahawa mereka yang depresi itu berpunca daripada iman yang lemah?” Pengacara di sebelah Zuhayr mencelah.
“Tepat sekali. Ini kerana kemurungan juga ialah salah satu bentuk ujian yang boleh menimpa sesiapa sahaja. Jika Nabi Ya’qub boleh menjadi buta kerana kesedihan, apatah lagi kita. Ada pesakit yang saya jumpa mengalami kemurungan sehingga hilang kewarasan. Bukan setakat hilang penglihatan.”
“Bahaya tu doktor. Mereka perlu dibantu dan dibawa ke hospital segera untuk mendapatkan rawatan.” Sekali lagi pengacara tersebut mencelah disertai dengan anggukan Zuhayr.
“Betul. Janganlah kita mengata mereka lemah iman, kurang amal dan sebagainya. Depresi perlukan bantuan pakar.”
Mayzati mengalihkan perhatiannya daripada kaca televisyen sebaik sahaja menyedari bahawa pembantu rumahnya sudah tiada di situ. Mayzati segera ke dapur untuk mencari. Kelihatan pembantu rumahnya sedang bercakap-cakap di telefon sambil menekupkan mulutnya seperti sedang berbisik-bisik. Sebaik sahaja pembantu rumahnya melihat Mayzati sedang berdiri di muka dapur, segera dimatikan panggilan telefon.
“Ya, kak May. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” Pembantu rumahnya tersenyum memandang Mayzati.
Entah mengapa, Mayzati dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan senyuman tersebut.
*****
Tengah malam ini benar-benar terasa sunyi. Suaminya tidak pulang kerana tidur di hotel tempat suaminya berkursus. Hati Mayzati rasa berdebar-debar entah mengapa. Dia cuba berbaring dan memejamkan mata. Namun, bayangan mimpi ngeri yang sering dialaminya itu menyebabkan dia segera bangkit.
“Baik turun bawah. Boleh borak-borak.” Mayzati mengambil keputusan untuk ke bawah. Pembantu rumahnya itu biasa tidur lewat. Jika dia bernasib baik, bolehlah dia mengajak pembantu rumahnya itu berbual-bual di ruang tamu atau di dapur.
Sebaik sahaja Mayzati menjejakkan kaki ke lantai bawah, dia mendengar sayup-sayup suara seperti orang menyanyi. Kelihatan hanya lampu dapur yang masih menyala. Pasti pembantu rumahnya itu masih di dapur.
Semakin dekat Mayzati menghampiri dapur, semakin jelas pula suara pembantu rumahnya itu. Namun, pembantu rumahnya itu bukan sedang menyanyi. Sebaliknya dia sedang membaca sesuatu daripada kertas. Sambil mengacau kuah sup, pembantu rumahnya itu menghembuskan bacaannya tadi ke dalam periuk.
Mata Mayzati membulat tidak percaya. Mayzati yakin, pembantu rumahnya itu sedang membaca mantera sihir!
*****
Nafas Mayzati turun naik. Dadanya berdegup kencang. Laju dia berlari meninggalkan dapur dan kembali ke bilik tidurnya di tingkat atas. Mayzati segera mengunci pintu. Dia yakin bahawa pembantu rumahnya langsung tidak perasan akan kehadirannya di dapur sebentar tadi.
Tangan Mayzati menggigil-gigil mengambil telefon pintarnya. Dia cuba menghubungi suaminya, namun tiada yang menjawab. Pasti suaminya itu sudah tidur mati. Mayzati menangis ketakutan. Dia cuba menghubungi adiknya Zuhayr pula.
“Assalamu’alaikum, kak May. Ada apa telefon malam-malam buta ni?”
Suara Zuhayr membuatkan hati Mayzati sedikit lega.
“Tolong kak May, Zuhayr! Kak May takut! Pembantu rumah kak May nak sihir kak May ni!”
Mayzati menangis teresak-esak.
“Sabar, kak May. Zuhayr tengah oncall lagi ni. Habis je oncall pagi-pagi esok, Zuhayr datang rumah kak May. Insya-Allah, Zuhayr janji.”
“Baik, kak May tunggu.”
Mayzati terpaksa bersabar. Dia tahu tugas adiknya sebagai seorang doktor di hospital. Mayzati segera ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Mayzati tahu, hanya Allah yang mampu melindunginya.
*****
“Makan, kak May.”
Pembantu rumahnya mempersilakan Mayzati bersarapan. Sup cendawan bersama roti bakar. Mayzati menelan air liurnya. Ketakutan yang dirasakan sepanjang malam semalam sudah sirna dengan terbitnya mentari pagi. Mayzati memandang wajah pembantu rumahnya itu dengan pandangan marah. Matanya yang bengkak kerana menangis dan tidak dapat tidur semalaman itu dijegilkan kepada pembantu rumahnya. Rasa takutnya semalam sudah bertukar ganti dengan amarah yang membara.
“Apa kau buat malam semalam hah?!”
Pembantu rumahnya memandang Mayzati dengan wajah yang pucat lesi.
“Kau ingat aku tak tahu?!”
Mayzati mengambil mangkuk yang berisi sup cendawan panas lalu dihempaskan ke lantai. Bunyi mangkuk pecah itu disertai dengan jeritan nyaring pembantu rumahnya. Mujur Mayzati masih waras. Kalau diikutkan rasa marahnya itu, ingin sahaja dia membaling sup cendawan panas yang sudah dibacakan mantera sihir itu ke muka pembantu rumahnya.
Pembantu rumahnya segera melarikan diri ke halaman rumahnya. Serentak dengan itu Mayzati membuka pintu pagar automatik menggunakan alat kawalan jauh. Mayzati tahu bahawa Zuhayr sudah tiba. Sekarang pembantu rumahnya itu tidak boleh lari lagi.
*****
Zuhayr dan isterinya, Nasuha keluar daripada kereta. Mereka memandang pintu pagar yang sedang terbuka perlahan-lahan.
Tiba-tiba muncul seorang gadis berlari ke arah mereka berdua.
“Tolong! Tolong, kak!” Gadis itu terus memeluk Nasuha erat.
Zuhayr memandang kakaknya yang berada di muka pintu rumah dengan penuh tanda tanya.
“Zuhayr!” Mayzati menjerit keriangan.
Zuhayr segera menghampiri kakaknya itu.
“Tu! Budak yang Zuhayr hantar untuk jadi pembantu rumah kak May tu! Berani dia cuba sihir kak May! Sekarang berlakon macam apa pula. Kak May ni yang patut minta tolong!”
Mayzati memandang pembantu rumahnya yang sedang menangis sambil dipujuk oleh adik iparnya, Nasuha. Entah-entah, Nasuha pun terlibat sama untuk menyihirnya. Adik-beradik sama sahaja. Mayzati memandang mereka berdua dengan penuh benci.
“Cuba kak May cerita pada Zuhayr apa yang kak May nampak.” Zuhayr berkata tenang sambil memimpin kakaknya itu duduk di atas sofa di halaman rumah.
“Tu! Budak tu tengah-tengah malam buta baca mantera sihir sambil masak. Ditiup-tiupnya masuk dalam periuk! Patutlah hampir tiap-tiap malam kak May mimpi ngeri!”
“Kak May, kak May salah faham. Saya tak baca mantera sihir kak May..” Pembantu rumahnya mula bersuara sambil menangis tersedu-sedu.
“Saya baca ayat Kursi dan zikir-zikir pendinding, kak May! Sebab saya selalu dengar kak May menjerit malam-malam. Lagipun abang Zuhayr yang bagi kertas zikir-zikir tu untuk saya amal dan bacakan untuk kak May.”
Mayzati terkebil-kebil memandang pembantu rumahnya itu. Ayat Kursi? Zikir pendinding? Bukan mantera sihir? Mayzati tertanya-tanya sendiri.
“Kak May, betul ke Zuhayr dengar kak May selalu cakap seorang diri?” Zuhayr memegang kedua belah bahu kakaknya itu. Mereka bertentang mata. Mayzati segera melarikan pandangannya. Tangan Zuhayr segera ditepis.
“Mana ada! Budak tu ke yang mengadu pada Zuhayr? Dia nak kata kak May ni gila ke?!” Mayzati berang.
“Zuhayr yang minta adik Nasuha perhatikan kak May. Zuhayr minta tolong dia perhatikan apa yang kak May buat dan laporkan pada Zuhayr. Zuhayr nampak tanda-tanda depresi pada kak May. Kak May, Zuhayr bawa kak May ke hospital ye. Kak May kena jumpa pakar..”
“Apa ni Zuhayr?! Kak May tak pernah cakap seorang diri! Bila masa kak May cakap seorang diri tu?!” Mayzati segera memotong kata-kata adiknya.
“Kak May selalu cakap seorang diri bila makan malam. Lepas tu, bila cakap guna telefon, kak May nangis sorang-sorang.” Pembantu rumahnya tiba-tiba mencelah.
“Tipu! Semua tu tipu! Kak May selalu cakap dengan suami kak May masa makan malam. Masa telefon tu kak May nangis sebab cakap dengan Wana! Wana rindu kak May!” Mayzati segera menafikan pertuduhan yang dibuat oleh pembantu rumahnya.
Sekali lagi Zuhayr memegang kedua belah bahu Mayzati. Kali ini lebih kejap dan kuat.
“Kak May, suami dan anak kak May dah mati tahun lepas! Kak May ingat tak?! Abang Izwan kemalangan jalan raya bersama Wana masa ambil Wana daripada asrama! Kak May sendiri tengok jenazah mereka berdua dengan Zuhayr. Kak May ingat tak?!”
Zuhayr menggoncangkan bahu kakaknya itu. Mayzati terpana. Perlahan-lahan, Mayzati teringat kembali jenazah suami dan anaknya yang berlumuran darah.
Mayzati mula ketawa perlahan-lahan. Ketawa Mayzati kemudiannya berubah menjadi hilai tawa yang mengerikan seperti yang selalu hadir dalam mimpinya sendiri.
Zuhayr segera memeluk kakaknya itu. Hilai tawa Mayzati bertukar menjadi tangis yang menyayat hati. Mayzati tahu, dia sering dibayangi imaginasi untuk sentiasa bersama suami dan anak kesayangannya. Walaupun hakikatnya, suami dan anaknya sudah hampir setahun berada di alam kubur.
“Jom, kak May. Kita ke hospital ye.” Lembut Zuhayr berbisik ke telinga kakaknya itu.
Mayzati mengangguk lemah sambil memeluk erat adiknya. Perlahan-lahan dia memandang pembantu rumahnya yang sudah datang menghampirinya bersama Nasuha.
“Maafkan kak May, Nawra.” Mayzati bersuara lirih.
Nawra dan Nasuha segera memeluk Mayzati. Mereka tahu, Mayzati memerlukan sokongan dan bantuan.
March 31, 2018
Cukup dengan Percaya
“Aku rasa aku tak jadi nak daftarlah,” Shah bersuara, memecahkan keheningan malam.
Jam dinding menunjukkan pukul dua pagi. Shah dan Wan masih segar terjaga, masing-masing tenggelam dalam kesibukan yang berbeza. Dua sekawan ini telah tinggal serumah sejak lima tahun dahulu, apabila mereka bercadang untuk melanjutkan pelajaran jauh dari kampung halaman mereka. Kedua-duanya anak yatim dari kecil lagi, dan dibesarkan di sebuah rumah anak yatim. Sejak umur mereka mencecah 11 tahun, mereka sudah berdikari untuk mencari pendapatan masing-masing, sehari demi sehari. Pengalaman berdikari dari kecil membuat mereka menjadi orang dewasa yang sangat bertanggungjawab dan matang.
“Eh, kenapa pula? Kau ini, janganlah semangat hangat-hangat tahi ayam,” Wan berhenti menaip di komputer ribanya dan menoleh ke arah Shah. “Kau ok tak? Apa yang terjadi?”
Shah menolak kepalanya ke belakang dan menutup mukanya dengan kedua telapak tangannya sambil mengambil nafas yang panjang.
“Aku rasa aku tak layaklah, Wan. Aku tahu ini satu peluang dalam seribu, tapi aku pun rasa mungkin belum tiba masanya aku ambil langkah ke hadapan,” Shah menyuarakan fikirannya. “Aku cuba lain kali ya? Sambil itu, aku boleh cari kerja di restoran-restoran terdekat, jadi tak bebankan kau sangat. Sekarang ini, hanya kau sahaja yang ada kerja tetap di antara kita berdua.”
Wan mengecilkan matanya dan menumpukan pandangannya ke Shah, seolah-olah menembak peluru dari matanya.
“Shah, kita sudah ulangi perbualan ini sebanyak 10 kali minggu ini. Ok sekejap, biar aku rekod apa yang aku nak cakap, jadi kalau sekali lagi kau cakap kau tak layak, aku mainkan rakaman ini untuk kau,” Wan berkata sambil menunjukkan tanggannya yang digenggam, seolah-olah hendak menumbuk Shah.
Shah tersenyum melihat gelagat teman karibnya. Dia menghela nafas yang panjang.
“Jangan risau lah. Lepas ini kau tak akan dengarkan lagi,” Shah berkata. “Pendaftaran tutup esok.”
Mendengarkan itu, Wan sejurus berlari ke meja Shah dan memeluk kepalanya. Dia melepaskan tumbukan kecil bertalu-talu di kepala Shah.
“Apa kau kata?! Esok pendaftaran tutup?! Kau jangan main-main, aku nak kau daftar sekarang juga!” Wan melepaskan geramnya dalam tumbukan mesra di kepala Shah.
Shah cuba mengelak dari Wan dan akhirnya berjaya. Kali ini, dia tertawa dengan reaksi Wan, sehingga dia perlu mengambil seminit dua untuk meleraikan tawanya.
Wan kembali ke tempat duduknya sambil menggelengkan kepalanya. Dia tahu Shah sangat layak untuk peluang ini. Shah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang. Beberapa bulan yang lalu, mereka terjumpa iklan biasiswa juruterbang yang menawarkan dua tahun di sebuah universiti yang terkemuka. Jika keputusan akademik itu memuaskan, biasiswa itu akan membenarkan pelajar itu untuk terus melanjutkan kerjaya juruterbang dengan sebuah syarikat besar dan maju. Semua ini tanpa bayaran, tetapi amat memerlukan kerja yang keras dan semangat yang jitu. Wan tahu Shah hanya gementar dan tidak yakin kerana mereka sebagai anak yatim sentiasa merasa bahawa semua orang lebih hebat dari mereka.
“Shah, kalau kau tak percaya diri kau sendiri, siapa lagi nak percaya dengan kau?” Wan menghadapkan tubuhnya ke arah Shah. “Kau perlu percaya pada diri sendiri. Sama macam percaya pada Tuhan – bila kau percaya ada Tuhan yang Satu, maka sampai bila-bila lah, inshaAllah, kau akan tidak percaya kepada apa pun selain Tuhan yang Maha Esa. Sama lah macam kau. Bila kau percaya kau boleh lakukan sesuatu, sampai bila-bila pun kau tak akan percaya yang kau tak boleh lakukan perkara itu. Kau tahu kau boleh, kau sangat percaya yang kau boleh, dan guess what – kau memang akan buktikan yang kau boleh! Apa benda yang buat kau ragu-ragu? Tepis semua itu! Itu hanya bisikan dari hati sebab kau takut, sebab ini kali pertama kau nak cuba. Kau banyak fikir tentang apa yang akan terjadi kalau kau gagal.”
Shah tekun mendengar nasihat dari sahabatnya. Dia memeluk tubuhnya sambil mengeluh.
“But so what kalau kau gagal? Kau rugi tak? Paling-paling merajuk dua tiga hari, lepas itu, ambil iktibar dan berusaha sekali lagi. Look, you have to allow yourself to grow. It doesn’t happen overnight. Kejayaan perlukan banyak pengorbanan, kerja keras, kesabaran, dan azam yang kuat! Kalau kau betul-betul nak berjaya, pastinya kau akan buat segala-gala yang kau mungkin terdaya untuk buat, sehingga kau capai kejayaan,” Wan meluahkan buah fikirannya. Dia cuba memberi perangsang kepada kawannya itu yang sangat memerlukannya.
Shah memandang lantai. Dia membisu, tidak tahu apa yang harus dikatakan kerana semua yang dikatakan Wan itu benar belaka. Dia memang kurang percaya pada diri sendiri.
“Dah itu senyap? Aku cakap panjang lebar, kau tengok lantai aja?” Wan sambung dengan nada menyakat.
Shah tersenyum. Dia mendongak melihat kawannya yang telah lama dianggap sebagai abang.
“Betul apa kau kata. Aku memang tak yakin. Tapi kalau tak cuba, kita tak tahu, kan? Mana tahu ini rezekiku,” Shah memberi respon. “Selepas Subuh nanti aku daftar ya? InshaAllah.”
Wan tersenyum lega. Dia bersyukur dapat menaikkan semangat Shah yang hampir hilang sebentar tadi. Dia kembali ke komputer ribanya dan menyambung kerjanya. Di sudut lain, Shah mula menghilang dalam lautan fikirannya sambil dia melihat luar tingkap, jauh ke langit gelap yang diterangi cahaya bulan.
________
“Wan, kau pernah dengar pepatah Inggeris tak?” Shah menarik siku Wan untuk mendapatkan perhatiannya. “Pepatahnya adalah, ‘cuba sedaya upaya untuk mencapai bulan, tetapi jika kau gagal, kau akan jatuh di antara bintang-bintang’. Aku rasa kalau aku jatuh, tak sempat rasa keajaiban bintang… Aku rasa aku terus tembus langit, jatuh balik ke bumi. Biar jatuh terus sedar diri yang aku tidak layak untuk capai bulan.”
“Merepek lah kau ni!” Wan menepis tangan Shah. Dia mengerut wajah sambil mendengar tawa Shah yang berdekah-dekah. “Dah sampai masa ini pun kau masih nak ragu-ragu! Come on Shah, believe in yourself!”
Shah mengeluh. Mereka berdua telah menaiki bas untuk ke universiti yang berhampiran, di mana keputusan untuk biasiswa itu akan diumumkan. Dua minggu telah berlalu sejak Shah mendaftarkan diri untuk biasiswa ini. Sejak itu, dia telah sabar menanti untuk mendengarkan keputusan biasiswanya. Akhirnya, hari itu sudah tiba.
“Ya, aku tahu. Aku gurau aja lah. Kau ini, serius sangat,” Shah berkata. “Aku berserah aja lah. Tuhan yang lebih tahu jika ini terbaik untuk aku.”
“InshaAllah, Shah,” Wan menepuk bahu Shah dengan perlahan. “Jom turun! Kita sudah sampai.”
Tiba di universiti itu, mereka mencari dewan yang telah ditetapkan untuk majlis tersebut. Disebabkan ia sebuah majlis tertutup, hanya para peserta biasiswa yang dibenarkan masuk. Wan mencari tempat duduk kosong di luar dewan sementara Shah mendaftarkan diri di meja penyambut tamu.
Pembukaan majlis yang mengambil masa 10 minit terasa bagai 10 jam untuk Shah. Dia gelisah dalam tempat duduknya dan hatinya berdebar. Dia mula berdoa dan berzikir untuk menenangkan dirinya.
Wan setia menunggu di luar dewan. Sambil menunggu, dia membaca buku yang telah dibawa bersama. Setelah kira-kira lapan muka surat, Wan berhenti dan menutup buku. Dia melihat jam tangannya.
“Lagi lama ke? Seram pula aku jadinya,” Wan berkata-kata seorang diri. Dia mula berdiri dan berjalan ulang-alik di koridor di luar dewan.
Setelah 10 minit, tiba-tiba dia ternampak kelibat Shah yang baru sahaja keluar dewan, bersama peserta-peserta yang lain. Dia terus berlari menuju arah sahabatnya itu. Mata Shah berliar-liar mencari Wan, dan apabila dia melihat Wan sedang menuju ke arahnya, dia juga berlari ke arah Wan.
“Ya Allah, Wan! Aku berjaya! I did it! Aku tak sangka!” Shah hampir-hampir menjerit dalam kegembiraan. Matanya berlinangan dengan air mata. Dia memeluk tubuh Wan sekuat hatinya.
“Alhamdulillah Shah! Tahniah! Kan aku dah kata, kau memang sangat layak untuk peluang ini!” Wan tersenyum lebar, dan airmata juga berlinangan di matanya. Dia sangat gembira untuk sahabatnya yang satu ini. “Aku bangga dengan kau, Shah!”
“Tadi dalam dewan, aku dah bersedia nak berserah dengan apa sahaja yang ditakdirkan untuk aku. Perasaanku berkecamuk sampai aku tak tahu dah nak rasa apa. Bila aku dengar nama aku, aku terus nak pekik nama kau!” Shah mula kongsikan perasaannya. Hatinya masih berdebar dek gementar yang dialaminya tadi.
“Kenapa pula? Kau nak panggil aku buat apa?” Wan bertanya dengan hairan.
“Sebab kau sangat percaya dengan aku sejak dulu lagi. Aku memang fikirkan kata-kata kau sepanjang masa aku dalam dewan,” Shah berseloroh.
Wan tersenyum kecil dan berkata, “Kau silap, Shah.”
“Apa pula aku silap?” Shah mengerut mukanya.
“Yang percaya dengan diri kau adalah kau sendiri. Kalau aku dan seluruh dunia ini percayakan kau, tapi kau tak percaya dengan diri kau sendiri, memang kau tak akan pernah jejak tempat ini hari ini,” Wan menjelaskan. “Tapi, disebabkan kau percaya dengan diri kau sendiri, tengok apa telah terjadi hari ini. Cukup, kan? Cukup dengan hanya percaya. Kadang-kadang kita hanya perlu percaya.”
Shah tersenyum. Mereka berdua mula menuju ke pintu keluar universiti itu. Untuk Wan, dia sedang menoreh langkah ke tempat makan yang terdekat untuk bersarapan pagi. Tetapi untuk Shah, setiap langkah yang diambil sejak detik itu merupakan langkah-langkah pertama di dalam bab yang baru dalam hidupnya.
March 30, 2018
Sedekah
“Bangun, bangun, gempa bumi,” Razif mendengar jeritan kuat menggegar telinganya. Serentak dengan itu katilnya bergoncang seakan bakal runtuh. Dia berguling mengikut refleks tubuh lalu jatuh ke sisi katil, kepala dahulu. Dia bangkit sambil memegang kepala yang terasa benjol sedikit. “Apa ni?sakit lah. Ingat kelakar ke?” dia membebel. Yusri rakan sebiliknya hanya ketawa kecil.
“Kan kita nak meronda pasar hari ini. Kau cakap semalam nak pergi pukul 9. Ni dah pukul 8 pagi,” Yusri mengingatkan sambil melempar sehelai tuala berwarna hijau pucuk pisang. “Semalam hujan lebat, sedap pula tidur sampai tak tersedar sudah lewat. Nasib baik kau kejutkan,”kata Razif sambil kakinya melangkah memasuki kamar mandi. Yusri tersenyum sinis sambil berkata “Dah sah terbabas solat subuh.”
Beberapa jam kemudian, di Pasar Besar Dungun, tempat dimana pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Kelihatan Razif berjalan dicelah celah keributan orang ramai berjual beli. Tangannya kelihatan menjinjit beberapa plastik besar barang barang dapur. Yusri pula berada beberapa meter dihadapan, sedang memilih buah buahan. “Lepas ini kita nak ke mana pula?” tanya Razif. Yusri kelihatan berfikir sebentar. “Saya nak Rockmelon dua biji, salak sekilo, belimbing sekilo. Lepas ni kita pergi bahagian ikan. Tapi kena hantar yang ini dulu ke kereta. Dah banyak ni,” balas Yusri setelah menyatakan pesanannya. Dia menunjukkan barang barang yang telah dibeli.
Ketika mereka memuatkan barangan kedalam but kereta, seorang lelaki menghampiri sambil menghulurkan tangan. “Seringgit bang?” pinta lelaki itu. Yusri menyeluk poketnya namun Razif menghalang. “Duit dah habis, beli barang banyak tadi,” katanya sambil menunjukkan barangan yang memenuhi separuh but kereta. Lelaki itu berlalu pergi tanpa sebarang ekspresi wajah. Dia bergerak menghampiri gerai sayuran. “Kenapa kau halang aku tadi?” soal Yusri sedikit kesal. Razif tersenyum lalu menjawap, “Tunggu sekejap, aku rasa ada orang akan jatuh tergolek hari ini”. Rakannya itu mengerutkan wajah tanda tidak faham. Razif menunding jarinya kearah lelaki tadi sambil bersandar dikereta.
“Hah, nak apa?” seorang penjual sayur bertanya apabila lelaki itu menghampiri gerainya. “Seringgit bang?” dia mengulang permintaan yang sama. “Boleh, datang dekat sikit,” kata penjual itu sambil menyeluk kotak berisi wang jualan. Sebaik sahaja lelaki tadi tiba disisinya, satu penampar padu pantas dilayang kearah pipinya. Dia jatuh tergolek hampir melanggar gerai sebelah. Satu tin minuman terkeluar dari beg plastik yang dibawanya, menumpahkan isi ke lantai pasar. “Kau nampak tin apa yang tergolek tu?” soal Razif. Yusri memicingkan mata, cuba melihat tin yang dimaksudkan. “CARLSBERG?” dia terkejut.
“Lagi sekali kau datang sini aku patahkan tengkuk kau. Tak ada kerja lain, mintak duit saja. Dapat duit beli arak, beli gam. Dah mabuk kencing, berak merata,” sang penjual menghamburkan kemarahan.orang ramai hanya melihat tanpa ada seorang pun membantu lelaki tadi. “Patutlah kau menghalang aku tadi, kaki mabuk rupanya,” omel Yusri. “. Dia memang setiap hari mengemis disini. Dapat duit dihabiskan dengan membeli arak, gam. Sebab tu orang disini enggan beri duit. Kebiasaannya orang luar yang menderma. Drama dah habis. Jom kita cari lauk,” kata Razif sambil menepuk bahu Yusri. Mereka bergerak pergi menyambung urusan yang tergendala sebentar.
Berdekatan sebuah kedai runcit kecil, mereka menemui dua orang pengemis, seorang warga asing, manakala yang kedua berwajah tempatan, duduk menadah bekas, sesekali merayu meminta wang dari orang ramai yang lalu lalang dihadapan mereka. Yusri mengeluarkan dua keping not lima ringgit dan membahagikan kepada mereka. Razif pula hanya menjeling sambil tersenyum sinis. Dia cuba memanggil Razif, namun rakannya itu hanya terus berjalan seakan tidak menyedari. Hatinya sedikit membengkak kerana memikirkan Razif kedekut untuk mengeluarkan sedikit duitnya, menderma kepada dua pengemis tadi. Dia bangun semula, berjalan membuntuti rakannya yang telah jauh dihadapan.
Ketika mereka bergerak melihat gerai gerai menjual hasil laut, pergerakan Razif terbejat. Dia melihat seseorang yang dikenalinya. Dia tersenyum lalu bergerak menghampiri. “Kakak nak tu, nak tu,” seorang kanak kanak merengek meminta sesuatu.jarinya menunding menunjuk atas meja. Wajah comelnya sedikit mencuka apabila permintaannya seakan tidak dilayan. Tangannya digawang gawangkan seakan ingin mencapai apa yang dimahukan. Razif tersenyum lalu bergerak menghampiri mereka, meninggalkan Yusri terus bergerak dihadapan.
“Maryam,” Razif menyeru perlahan. Kanak kanak itu lekas berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. “Abang Ajis,” Maryam berlari mendapatkan Razif sambil mendepakan tangan minta didukung. “Maryam nak apa tadi?” tanyanya. Si kecil itu hanya tersenyum lalu menunjukkan longgokan udang diatas meja jualan. “Abang, bungkus udang ni setengah kilo,” katanya kepada pekerja gerai. Dia mengangguk sambil tangannya pantas mengaut udang. “ 12 ringgit bang,” bungkusan udang dihulur dan duit bertukar tangan. “Maryam, apa ni? Kenapa minta dengan abang?” kakak si kecil bertanya dengan muka masam.
“Tak apalah Maria, sekali sekala layan budak nakal ni. Lagipun dah lama saya tak jumpa kamu berdua. Kebetulan kita bertemu disini tiada salahnya saya belanja. Awak berdua nampak sihat. Macam mana kerja?” Razif bertanya, cuba mengalih rasa marah Maria. “Kerja ok saja, tapi pertengahan bulan macam ni pelanggan kurang sikit,” keluhnya. “Biasalah, pertengahan bulan ni poket dah mula kering, barang barang pun semakin mahal sekarang,” balas Razif. Dia berpaling semula ke arah penjual tadi lalu memesan setengah kilo udang dan sekilo sotong untuk dibawa pulang. Tanpa dia sedar, gelagatnya diperhati oleh Yusri yang tersenyum sinis dari jauh.
“Maryam? Abang pergi dulu ya? Abang ada kerja lain nak dihabiskan,” kata Razif sambil menghulur Maryam kepada Maria. Dia tersenyum apabila si kecil itu seakan enggan berenggang dengannya. “Abang Ajis bila nak datang lagi?” dia bertanya separa merengek. Razif tersenyum lagi mendengar pertanyaan Maryam. Si kecil itu sememangnya amat manja dengan dirinya walaupun jarang bertemu. “Nanti kalau abang cuti abang datang lagi, Maryam jangan nakal nakal ya?” pesan Razif sementara tangannya pantas mencubit pipi kanak kanak itu. “Saya pergi dulu Maria, As’salamualaikum,” ucap nya. Dia berlalu pergi setelah salamnya bersambut.
Razif melihat Yusri tersenyum sambil mengangkat ibu jari kearahnya dari kejauhan. Dia mendepakan tangan tanda tidak faham. Rakannya itu hanya diam, bersandar pada tiang pasar, menanti dia mendekat. “Amboi, belanja awek kau ya? Tadi kita jumpa pengemis kau tak menderma, jumpa gadis cantik boleh pula kau belanja udang,” Yusri berkata sinis. Tiba tiba tawa Razif meledak, seakan lupa dimana mereka berada. “Kau marah kerana aku belikan mereka udang?” soalnya apabila tawanya mereda. “Aku tak kisah kau nak belanja mereka udang, ikan atau apa pun. Hatta beg Gucci, Prada sekalipun. Tapi mengapa kau kedekut nak keluarkan sedikit duit, bersedekah kepada pengemis tadi? Kau berjalan seolah olah mereka tak wujud,” bebel Yusri dengan nada marah.
Riak wajah Razif bertukar garang apabila mendengar bebelan rakannya.” Kau marah kerana itu? Kau mengatakan aku kedekut hanya kerana aku tidak menghulur wang kepada pengemis tadi? Adakah kau pasti pengemis tadi benar benar memerlukan? Atau sekadar individu pemalas yang ingin medapatkan wang dengan cara mudah? Mungkin juga mereka diperalat oleh sindiket tertentu? Kau tak tahu apa apa. Kau tidak kenal siapa mereka seperti mana aku. Maria dan Maryam, mereka senasib dengan ku,” marah Razif lalu berlalu pergi, tidak mempedulikan orang ramai yang melihat adegan drama realiti itu. Yusri terkedu, terkejut kerana tidak pernah melihat rakannya marah sebegitu. “Maryam? Maria? Siapa mereka? Mungkin mereka adalah gadis budak kecil tadi. Tapi apa maksudnya mereka senasib dengan Razif,” satu persoalan muncul di benaknya.
Perjalanan pulang dilingkari kesepian. Hanya radio kereta yang kedengaran memutarkan berita semasa. Ketika pemberita membacakan berita mengenai lambakan pengemis, Razif menguatkan suara radio. “Kerajaan masih berusaha mengatasi lambakan pengemis disekitar pasar besar dan pasar malam diseluruh negara. Lambakan pengemis terutama warga asing ini dikatakan berpunca daripada sindiket sindiket tertentu yang mengambil kesempatan diatas sifat pemurah rakyat negara ini,” kata pemberita itu. “Sebab itulah aku tidak suka menderma kepada pengemis. Sebahagian besar dari mereka hanya menjadi alat sindiket mengaut keuntungan, sebahagian lagi hanya individu yang malas bekerja,” omel Razif. Yusri hanya mengangguk. Dia mula faham.
Seminggu kemudian, “Bangun, membuta saja kerja kau ,” bebel Razif sambil melempar beberapa biji bantal kearah Yusri yang masih tidur walaupun matahari hampir tegak diatas kepala. “Rileks lah, aku cuti hari ni,” kata Yusri, masih enggan bangun. “Dah cukup tidur, dah macam beruang aku tengok,Ikut aku hari ni, kita pergi ke Kuala Terengganu, aku ada kerja kat sana, mandi cepat,” gesa Razif lagi. “Ya lah, tunggu sejam,” dia mengalah. Sementara itu, Razif menelefon seseorang. “As’salammualaikum kak Mar? Lagi tiga jam saya sampai. Sampaikan salam saya pada adik adik.”
Setelah hampir dua jam perjalanan, mereka sampai ke destinasi. Terpapar pada tembok pagar beberapa baris ayat berupa alamat. Asrama Anak Yatim Darul Falah, Kampung Padang Pak Su Man, Jalan Mak Kemas, Bukit Payung. “Rumah anak yatim? Kita buat apa kat sini?” soal Yusri terkejut. “Ya, rumah ini dibawah seliaan Persatuan Kebajikan Islam Terengganu. Kita datang buat amal. Aku memang selalu datang ke sini setiap kali ada masa terluang. Disini lah tempat aku sering bersedekah. Tidak sepatutnya aku menceritakan perihal sedekah itu kepada orang lain, kerana dibimbangi jatuh riak, tetapi oleh kerana kau pernah mempersoalkan kenapa aku kedekut bersedekah kepada pengemis, aku bawa kau ke sini,” jelas Razif.
Yusri menggangguk, mula memahami rakannya,rakannya itu bukanlah seorang yang kedekut, sebaliknya lebih suka bersedekah kepada anak yatim. Tiba tiba dia melihat kelibat seseorang yang pernah dilihatnya. “Bukankah itu kekasih kau tempoh hari?” soalnya kepada Razif sambil tangannya menunjuk ke satu arah. Razif lekas berpaling. “ya, itu Maria dan adiknya Maryam. Dia bukan kekasih aku. Dia salah seorang sukarelawan disini.Dia juga sama seperti aku dan penghuni disini, anak yatim. Jom, bantu aku angkat barang barang ini, bawa masuk kedalam,” jelas Razif lagi sambil membuka bonet kereta.
Ketika mereka menuju kedalam, Maryam berlari mendapat kan Razif dengan wajah tersenyum. “Yayyy, abang Ajis datang,” serunya riang, masih dengan pelatnya, memanggil nama Razif dengan ganti nama Ajis. Manakala Maria dan kak Mar hanya menanti didalam.
March 28, 2018
Be a Better ‘You’
Everyone must have had those moments of feeling energized or getting their spiritual souls enlivened. These could have happened after having a meetup with friends who would constantly remind us about Allah, or even after traveling to somewhere where we could escape our mind from the hustling routines for a while.
Somehow, we wish we could have lived in those happy moments forever without having to go through difficulties in our life. Little did we realize that those difficulties are the ones that made us stronger. It has taught us lessons so that we can still withstand trials after trials that stumbled upon us. Because we know, once we pledged our life to always do good deeds and devote ourselves to Allah, we can never run from being afflicted by tests. It is even narrated in the Quran;
“Do the people think that they will be left to say, “We believe” and they will not be tried?”
(Al-Ankabut: 2)
Whining about why Allah has chosen us to go through these tests would bring us nowhere. Instead, we can continue to gather much strength that we need to learn valuable lessons from these trials.
Definitions of ‘good Muslim’
Being a good Muslim is not as easy as it sounds. It requires a lot of persistence and of course, consistency. You cannot tell that you have already achieved that goal of becoming good Muslim after a few weeks. It is a lifetime struggle, and therefore it is crucial for us to constantly supplicate ourselves with motivation. Needless to say, the greatest motivation for us all is to step our feet into Jannah and live in it eternally.
How do you define a ‘good Muslim’ anyway?
The definition of ‘good’ itself differs from one person to another. One may think that ‘good’ means able to recite few pages of Quran every day, and for someone else, it could be waking up for Tahajjud prayer almost every morning. And so, everyone has their own definition of a ‘good Muslim’. Everyone has different capabilities because Allah has molded us different from each other. He knows what we are capable to do and when we would reach our limits. This too explains why different people are afflicted with different tests.
And for that reason, everyone might have their own definition of a ‘good Muslim’ because everyone was born with different potential. As long as we strive to do our good deeds to our maximum level, we are somehow trying our best to meet the definition.
Of course, to be a ‘good Muslim’ requires us to be determined and become sabr; patient. Because we could not always see the outcome from the good deeds we have done. The most vital is figuring out what deeds can we do in our daily routines that at the same time can please Allah, and how much effort we would be willing to put in it.
Giving up is an option
We may have encountered situations where our persistence, our loyalty towards the journey of submitting to Allah are tested. Some of us may have experienced loneliness and depression due to different trials happened in their lives such as loss of loved ones, lack of motivation, or even unsupportive environment that we were in. We may have felt those people around us did not trust us anymore.
For this reason, we just want to give up and stop doing good deeds as our faith in Allah has weakened.
But later we realized that those tests are temporary. It may have affected us emotionally but if we keep fighting the urge to keep dwelling our emotions in sorrow, we figure that we are able to get out from the situation and obtain some wisdom from it. We may have to experience it several times before we finally learned what Allah wants us to learn from that. And we would acknowledge that Allah has not given up on us although we may have felt unmotivated to continue doing His commands or decided to turn away from Him.
How wonderful is it knowing that He never fails to be there for us even though we choose to ignore Him?
In the end, it is inevitable to have such feelings of giving up and stop doing what we do. But it is up to us whether we want to let those feelings consume us, or just keep moving forward as these moments shall past.
Know that those negative feelings were not meant to break us, instead, it acts as a catalyst so that we can prepare better and stronger for any upcoming tribulations.
Compare yourself to none
Often time, the reason why these negative thoughts can easily overpower us is that we tend to compare ourselves with people around us. For instance, some of them might be extremely good in keeping constant of their devotions to Allah or there are some that are good at controlling bad tempers. If we keep doing this, we can never feel sufficient with things that we had accomplished.
How can ever we feel satisfied with ourselves?
Allah has made every single of His creation perfect, and again He knows what we are capable of. He is aware of whether we are pushing ourselves to the limit or we just simply doing as much as we desire. The effective comparison we should make is with our past self, that is whether we have increased our good deeds compared to the ones we did in a few years back.
Because we will never know how Allah will judge us. It might not be the same as the standards we are abiding with on this world. Allah has mentioned in the early of Surah Al-A’raf:
“And the weighing [of deeds] that Day will be the truth. So those whose scales are heavy – it is they who will be the successful. And those whose scales are light – they are the ones who will lose themselves for what injustice they were doing toward Our verses.” (Al-A’raf: 8-9)
There is so much wisdom portrayed by the verses that tell us about how the weighing of deeds is kept unknown. Hence, by keep comparing ourselves to others might just be a time waster.
Because in the end, we are only judged by our deeds.
At the first glance, it does sound intimidating after knowing that we would be constantly tested if we strive to become a better person every day. That is why Allah has narrated countless verses in the Quran about His promises and most importantly, the rewards He has prepared for us in Jannah. The rewards that only can be reaped its benefit by the truthful and steadfast people.
And of course, those who may have stumbled along the way but they did not give up and stood back stronger than before.
March 27, 2018
Hakikat Kebahagiaan yang Membawa ke Syurga-Nya
Kebahagiaan itu tidak datang dengan begitu sahaja. Tidak bertamu dengan bersahaja. Kebahagiaan juga bukan berbentuk materialistik yang dapat dipegang dan dirasai dengan sentuhan. Bukan juga bersifat realistik yang menunjukkan keadaan yang sebenar.
Ramai yang bahagia, tetapi derita jiwanya. Ramai yang derita, tetapi bahagia dalamannya. Ada juga yang bahagia dari kedua-duanya serta memantul kepada yang lain seperti pantulan cahaya ke cermin yang apabila dipancarkan ke cermin, akan memantul ke arah lain.
Kebahagiaan itu datangnya dari hati. Lazimnya, bahagia itu disama-ertikan dengan perasaan gembira. Umumnya, kegembiraan itu akan datang apabila mendapat sesuatu yang disukai dan dihajati. Ada yang bahagia apabila mendapat makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Ada juga yang bahagia apabila mendapat kejayaan dalam peperiksaan.
Ya, semestinya akan bahagia kerana itu keperluan dan kehendak bagi manusia.
Tetapi, itu tidaklah menjamin sepenuhnya membawa ke akhirat. Kebahagiaan yang sebenar itu adalah yang membawa kita ke akhirat iaitu syurga Allah. Hendaklah kita mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia.
Bagaimana?
Firman Allah s.w.t dalam kitab-Nya:
الذين آمنوا وعملوا الصالحات طوبى لهم وحسن مآب
“Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-bainya.”
(ar-Ra’d : 29)
Allah telah berkata dalam al-Quran bahawa orang yang beriman dan mengerjakan amal kebaikan akan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat sekaligus. Perkataan ‘Thuba’ itu beerti kebaikan dan kebahagiaan yang amat besar dan ‘husnu ma’ab’ itu beerti tempat kembali yang baik selepas mereka kembali kepada-Nya.
Orang yang tidak beriman, mungkin luarannya bahagia, tetapi jiwa mereka kosong. Adapun mereka menuntut mu’jizat dan kejadian-kejadian luar biasa, namun tidak merasa ketenteraman iman, tetaplah mereka berada dalam kegelisahan. Maka, beruntunglah mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh. Jika keperluan dan kehendak kita seperti yang dinyatakan di atas itu diniatkan dengan amal soleh, maka bahagia itu ada padanya dan membawa berkah dunia dan akhirat.
Oleh itu, lakukanlah setiap perkara dengan niat kerana Allah yang akan membawa kepada amal soleh. Ketenteraman jiwa dan kesenangan hati akan diperolehi jika kita hubungkan segalanya dengan Allah. Seperti yang dinyatakan pada ayat sebelum ayat yang dinyatakan di atas :
الذين آمنوا وتطمئن قلوبهم بذكر الله .ألا بذكر الله تطمئن القلوب
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’. Ketahuilah dengan zikrullah (mengingati Allah) itu , tenang tenteramlah hati mereka.”
(ar-Ra’d : 28)
Mereka merasa tenteram kerana hubungan mereka yang rapat dengan Allah, merasa mesra berada disamping-Nya dan merasa aman berada di bawah perlindungan-Nya. Mereka juga bersikap redha dengan ujian dan menerima segala yang ditentukan kepada mereka serta bersabar dalam menghadapinya.
Ketenteraman yang wujud di dalam hati orang beriman itu merupakan hakikat yang sangat mendalam dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata melainkan merasainya.
Orang-orang yang kembali atau bertaubat kepada Allah dan yang menikmati ketenteraman dan ketenangan kerana mengingati Allah dalam setiap amalnya, akan mendapat tempat kembali yang baik di sisi Allah s.w.t.
Marilah sama-sama kita menikmati kebahagiaan dengan ketenteraman dan kesenangan hati yang membawa kepada tempat kembali yang sebaiknya iaitu syurga Allah dengan melakukan amal soleh kerana Allah.
March 26, 2018
Bersedia Menggalas Tugas
“Uhuk, uhuk…’’
“Uhuk, uhuk…’’
“Eh dari tadi aku nampak kau batuk saja, boleh ke kau kendalikan program esok? Kalau tak boleh aku nak ganti dengan orang lain,’’ ujar Imran sambil gosok belakang badan kawanya itu.
“Ala… sikit saja ni. Nanti aku makan ubat, sembuhlah batuk ni,’’ balas Firas.
“Ah, kau biar betul. Batuk dari pagi, waktu solat Zuhur tadi sehinggalah sampai rumah kau ini, masih batuk-batuk.’’ Kata Imran yang mahukan kepastian betul-betul.
“Tak perlulah risau, aku dah cakap tadi kan, makan ubat baiklah, teruklah kau’’ bentah Firas.
“Kalau macam itu tak apa,’’ tutur Imran.
****
“Uhuks, uhuks…’’
Firas batuk lagi. Dia bangun dari tempat tidurnya, badan terasa lemah pagi itu. Dia berjalan menuju ke meja bulat untuk capai telefon bimbitnya. Buka aplikasi WhatsApp dan menaip mesej, lalu dihantar kepada Imran.
“Tut, tut.’’ Telefon Imran berdering.
Dia mematikan suiz saterika, lalu pergi mendapatkan telefon bimbitnya.
Kelihatan nama Firas di skrin itu,
“Aku harap Firas tak taip, dia tak dapat hadir.’’ Ucap Imran dengan ragu-ragu.
“Assalamualaikum Imran, batuk aku masih tak hilang lagi, dah makan ubat pun masih tak baik lagi. Maaf ya. Nanti aku hantar dekat kau skrip ucapan itu.. Sekali lagi, aku betul-betul minta maaf.’’ Emoticon sedih diberikan sebanyak mungkin.
“Masin pula mulut aku. Itulah aku dah cakap semalam, tak nak dengar, degil bin sombong. Nak juga cakapnya betul. Ini dah jadi satu malapetaka buat aku, akhirnya aku lah jadi bidang terjun. Seumur hidup, manalah aku pernah. ’’Berang Imran.
“Wasalam, nak buat macam mana. Nasihat tak mahu dengar. Semoga kau cepat sembuh.’’ Balas Imran sambil berikan emotikon sedih juga.
“Sekarang ini hang kena ubah persepsi Imran, katakan hang boleh lakukan. Ala skrip dah ada, senang saja. Ingat!, kita apa yang kita fikir. Kalau hang tak cuba, tak berlangsung lancar program ini. Rasa macam buang masa saja.’’ Monolog Imran.
Hati Imran mula rasa gemuruh, roti putih bersalut planta yang ibunya hidangkan di atas meja dapur tak dijamahnya. Hilang selera.
Terus digapainya kunci motor dan berlalu pergi ke tempat program.
****
“Huh… Alhamdulillah lega. Pecah juga tembuk aku bercakap di khalayak ramai.’’ Imran bermonolog.
Selesai habis program itu, para perwakilan pelajar duduk dalam bentuk bulatan di atas pentas.
“Lepas ini kita tak perlu panggil orang luar nak kendalikan program kolej, kita dah ada kau Imran.’’ Sapa seorang daripada mereka.
“Haha, insya-Allah,’’ balas Imran.
“Aku sokong cakap kau Amri, senang apabila kita yang buat program kita yang kendalikan sendiri. Tengoklah kalau panggil orang lain, last minute baru nak cancel. Apa-apa pun kau hebat Imran.
“Huhu, haza min fadli rabbi.’’ Jawab Imran. Kelihatan pipinya mula kemerah-merahan.
****
“Macam mana kau kendalikan program tadi? Berjalan lancar?” ujar Firas yang masih terbaring di katil.
“Alhamdulillah, berjalan lancar. Nasib baik budak-budak orientasi itu tak banyak ajukan soalan susah, kalau tak, mungkin aku terkucil dalam seluar.” Sahut Imran.
“Haha… macam tu pula. Kalau jadi, habislah nama kau. Apa-apa pun, terima kasihlah kau tolong aku. Kaulah sahabat dunia akhirat.”
“Baru sekarang nak panggil sahabat,” Ujar Imran.
“Haha, maaflah. Aku bukan apa, masa kau beri aku tugas kendalikan program, aku cuba optimis kerana aku tunggu-tunggu peluang macam ni.” kata Firas berseloroh.
“Tak apalah, hikmahnya aku sendiri dapat mencabar diri berada di hadapan orang ramai. Ini satu batu loncatan untuk aku terus berjaya dalam hidup.”
“Kau nak makan sup ayam tak? Aku masak.” Tanya Imran.
“Rajin kau hari ini.” soal Firas pula.
“Aku sebenarnya gembira dapat bercakap di hadapan orang. Rasa teruja nak pegang microfon lagi haha.”
“Oh… masak sedap-sedap ya.”
“Insya-Allah,” balas Imran sambil menuju ke dapur.
March 22, 2018
Motivasi : Tenang Bila Tiada, Syukur Bila Ada
Mengharungi hidup di dunia, terlalu banyak impian dan keinginan yang ingin kita gapai. Tidak kiralah, ianya berbentuk harta benda mahupun tidak. Malangnya, bukan kesemua mampu kita raih, kerana Tuhan lebih tahu apa yang kita perlukan. Justeru, ada manusia, apabila dia tidak mendapat apa yang diingini, kekecewaan menguasai diri, sehingga kadangkala mengundang rasa hasad dan iri hati.
Realiti : Nafsu Tidak Akan Pernah Puas
“Seandainya anak Adam diberi satu lembah yang penuh emas nescaya dia ingin lembah yang kedua, dan jika diberikan kepadanya dua lembah yang berisi emas, nescaya dia akan mencari lembah yang ketiga. Tidak akan puas perut anak adam kecuali disumbat dengan tanah, dan Allah Maha menerima taubat orang yang mahu bertaubat.” (Riwayat Bukhari)
Nah, Rasulullah SAW sendiri sudah nyatakan, jika kita diberi satu lembah yang dipenuhi emas sekalipun, ianya tidak akan mampu memuaskan hawa nafsu. Kita bagaimana? Ada manusia, apabila melihat orang lain memiliki rumah besar, dia juga inginkan sebegitu. Orang lain punya kereta lebih hebat, cantik dan mewah, dia juga mahukan benda yang sama.
Akhirnya, apabila Tuhan tidak mengizinkan untuk memperoleh apa yang dihajati itu, hati akan mula sakit. Sakit dalam erti kata lain, iri hati dan dengki dengan kemewahan orang lain. Sedang apa yang sudah ada padanya itu sudah cukup untuk keperluan hidupnya.
Natijahnya adalah kepada diri sendiri. Tidak tenang dan hilang sifat bersyukur dengan nikmat yang dimiliki.
Solusi : Pandanglah Kesusahan Orang Lain
Benar, kesenangan dan kekayaan harta adalah fitrah yang diingini setiap manusia. Namun begitu, apabila Allah SWT tidak memberi kesenangan sepertimana orang lain rasai, pasti ada hikmah di sebaliknya.
Allah SWT ada berfirman,
“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezkinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku”. (Al-Fajr: 15-16)
Sungguh, hati kita benar-benar mudah berbolak balik. Seperti firman Allah SWT di atas, jelas menunjukkan sikap manusia itu sendiri yang terlalu cepat menyalahkan Allah SWT apabila rezekinya terbatas. Oleh itu, untuk mengelak sikap sebegitu, cubalah lihat insan yang lebih memerlukan berbanding diri kita.
Mungkin hari ini kita menginginkan rumah yang cantik dan besar, tetapi pandanglah kepada keluarga yang berhujan, panas di bawah bumbung jambatan. Makannya pula dicatu, atau boleh jadi tidak makan berhari-hari.
Jika kita berasa cemburu melihat orang lain memakai kenderaan mewah, dan kita hanya ada kereta kecil dan sederhana, cubalah untuk melihat orang lain yang cuma mampu berbasikal mahupun berjalan kaki. Disaat kita mampu untuk berlindung daripada hujan dan panas untuk ke sana sini, mereka pula sebaliknya.
Penutup : Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada
Lihatlah pada diri kita sendiri. Bukankah apa yang Tuhan telah berikan sekarang ini, sudah cukup untuk kita meneruskan kehidupan kita. Walaupun mungkin dalam keadaan sedikit sukar mahupun sederhana. Tetapi, barangkali lebih baik berbanding orang lain.
Seorang mukmin, setiap nikmat yang Allah SWT berikan kepadanya akan dirasakan cukup dan baik untuknya. Apabila Allah uji dengan sedikit kesusahan, keadaan tidak seperti orang lain, dia tetap bersabar dan tenang.
Sabda Rasulullah SAW ;
“Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin. Seluruh perkara adalah kebaikan baginya. Yang demikian itu tidaklah dimiliki oleh seorangpun kecuali seorang mukmin. Jika mendapat nikmat, dia bersyukur, maka yg demikian itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kemudaratan/kesusahan, dia bersabar, maka yang demikian itu baik baginya.”(HR. Muslim)
Pandanglah selalu berapa banyak nikmat yang Allah SWT telah berikan kepada kita.
Bandingkan pula dengan kesusahan, kepayahan, keperitan hidup manusia lain yang ada di sekeliling kita.
Bersyukurlah dengan apa yang Allah SWT kurniakan.
Bila kita memiliki, kita gembira dan bersyukur.
Bila kita tidak dapat apa yang dihajati, jiwa tetap tenang dan sabar setiap masa.
Jadilah mukmin seperti itu!