Hilal Asyraf's Blog, page 7
April 22, 2018
Motivasi : Setiap Kesusahan Pasti Ada Kemudahan
Melalui fasa hidup di dunia, pasti ada banyak cabaran dan ujian. Tidak kiralah, ianya berbentuk cabaran bekerja, dakwah, kehilangan harta benda, tidak kurang juga menghadapi tomahan dan fitnah. Apabila berlakunya perkara sebegini, pasti ianya akan menggugat emosi dan menguji keimanan seseorang. Sehinggakan, ada jiwa yang meronta dan marah, di mana Tuhan ketika ini.
Melalui Saat Sukar
Mahu ataupun tidak, setiap manusia yang mengakui dirinya beriman kepada Allah SWT, dia perlu menerima setiap ujian yang menimpa. Bukankah Allah SWT telah berfirman :
“ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Al-Ankabut :2)
Justeru, apabila kita menghadapi masa-masa sukar dalam hidup, firman Allah di atas perlulah menjadi tali penguat setiap masa. Bukanlah dengan cara kita mengherdik dan menjerit seakan-akan marah kepada takdir dan ujian.
Ada manusia, apabila takdir tidak menyebelahi keinginannya, atau dia kehilangan sesuatu yang dihajatkannya, terus sahaja dia mengamuk, menghempas barang, menjerit sekuat hati dan sebagainya. Kepada siapa kemarahan itu dihemburkan? Tidakkah itu seakan-akan bentuk ekspresi tidak setuju dengan apa yang ditentukan oleh Allah SWT?
Solusi : Bertakwa & Bersabarlah
Sebagai manusia yang diciptakan. Sebagai hamba yang menetap dan memakai status ‘menumpang’ di bumi Allah SWT ini, memang wajib dan tiada pilihan bagi kita untuk bertakwa dan bersabar dengan ujian Allah SWT.
Kedua-dua elemen ini adalah seperti vaksin untuk sentiasa tenang dalam menghadapi detik sukar dalam hidup. Perhatikan dalam firman Allah SWT di bawah :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al Baqarah : 286 )
Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah pada firman Allah SWT ini. Betapa dalam beban yang kita tanggung pun sebenarnya terselit kasih sayang Allah SWT. Buktinya, Dia meletakkan sesuatu beban di bahu kita dengan bebanan yang sesuai dan berpadanan dengan diri kita.
Dalam satu lagi firman Allah SWT :
“Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali Imran : 120)
Oleh itu, bertakwa (takut dan mengharap hanya pada Allah) serta bersabar adalah perkara penting apabila melalui masa-masa sukar dalam hidup kita.
Penutup : Setiap Kesukaran Pasti Ada Kemudahan
Percayalah, setiap kesusahan yang kita alami, Allah SWT tidak akan membiarkan kita terkapai-kapai lemas dalam arus kesukaran itu. Sebab itu dalam surah AtTholaq ayat 7, Allah SWT berfirman :
“Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan”
Begitu juga dalam Surah Al Insyirah Ayat 5 hingga 6:
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan…”
“Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan…”
Justeru, hadapilah cabaran dalam hidup kita dengan menjadikan firman-firman Allah SWT ini sebagai penguat dalam diri.
Hidup sebagai hamba memang begini.
Pasti akan ada ketika kita menghadapi masa-masa yang sukar.
Tapi jika kita beriman, ingatlah berkali-kali.
Setiap kesukaran pasti ada kemudahan.
April 15, 2018
IDOLA MURID KITA : PERANAN IBU BAPA ?
“Siapa nama nabi kita ? ”
Krik..krik..krik
Aku ulang sebanyak 3 kali. Jawapan cacamerba dan ada yang senyap tidak menjawab. Menyampuk jangan dibilang. Sentiasa ada.
Inilah kisah murid-murid prasekolah aku. Bukan nak menghukum tetapi nak ajak pembaca memandang dari sudut ibu bapa.
“Nama nabi kita Muham….mad”
Aku membatangkan mereka sambung.
“Muhammad bin…………” aku gantungkan jawapan
“Bin….taib……” jawab anak-anak syurga ini.
Adoi…..tepuk dahi aku. Hampir-hampir keluar perkataan kepala…ho……
“Astaghfirullah…” dalam hati ku berbisik. Siapa yang terhijab ? Aku adakah mereka ?
Sebelum aku meneruskan, aku cuba alunkan sebuah lagu dari Aiman Tino. Berhenti separuh dan tanpa disuruh anak anak syurga ini sambung dengan serentak.
Dan aku pun mula mengajar. Tajuk ‘Makkah diserang Abrahah’
Tuan-tuan,Puan-puan
Ibu-ibu, ayah-ayah.
Inilah realiti anak-anak kita sekarang. Mereka sangat mudah mengingat dan menghafaz lirik-lirik lagu walaupun lirik itu dalam bahasa inggeris.
Mengapa jadi begini ? Kerana 24 jam kehidupan anak-anak kita mendengar lagu-lagu. Radio serta televisyen di rumah, dalam kereta, bas atau van senantiasa dengan muzik dan lagu.
Tidak salah dengar muzik dan lagu. Tetapi seimbangkanlah dengan menceritakan tentang sirah Rasulullah yang asas.
Sedih dan hiba. Anak-anak kita tidak kenal nama penuh Rasulullah,nama isteri Baginda, bapa, ibu, datuk dan bapa saudara. Apakah ini menjadi satu kebiasaan ?
Persoalannya adakah ibu bapa tidak titik beratkan kisah-kisah sirah Rasulullah atau ibu bapa memang tiada pengetahuan akannya ? Jika benar ini amat memalukan.
Saya kongsikan beberapa langkah untuk ibu bapa dapat menceritakan kisah-kisah sirah Rasulullah / Islami.
Apabila pergi Mall atau pasaraya, biasakan singgah ke Kedai buku seperti MPO, POPULAR atau lain-lain. Buat langkah ini seawal umur 2 atau 3 tahun. Tatkala anak anak ini pandai berjalan. Berikan gambaran bahawa pasaraya buku adalah tempat yang paling seronok.
Bawa anak anak dibahagian buku motivasi dan islamik. Yang menceritakan kisah-kisah sirah Rasulullah. Biarkan mereka membelek dan melihat.
Jadikan buku sirah Rasulullah sebagai hadiah hari hari istimewa anak anak.
Bacakan kisah-kisah Rasulullah ketika masa masa senggang atau tidur. Secara automatik dapat merapatkan diri dengan anak.
Ibu bapa perlu rajin tanya pada guru pendidikan islam prasekolah, apakah tajuk-tajuk yang telah diajar oleh anak-anak agar ibu bapa dapat mendidik anak-anak di rumah mengikut aras pemikiran.
Mudahkan ?
Benar…memang sangat-sangat mudah. Saya kongsikan ini semata mata mahu ibu bapa juga mengambil tanggung jawab mendidik dan mengasuh anak-anak di rumah terutama aspek pendidikan islam.
Janganlah lepaskan semua kepada guru guru di sekolah. Kerana guru guru juga mempunyai tugasan yang lain selain mengajar. Sekiranya ibu bapa dan guru dapat bekerjasama saya yakin anak-anak kita mampu menjadi insan yang hebat.
Konspirasi Membunuh Nabi Yusuf AS
(Ramai di antara mereka berkata): “Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna”. Surah Yusuf (12): 18.
Pendahuluan
Kita kena yakin bahawa setiap kisah yang diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran mempunyai mesej penting. Al-Quran bukan sahaja mahu menceritakan kisah ini hanya kepada Nabi Muhammad SAW, malah al-Quran juga mahu memberitahu kita semua pada hari ini bahawa bacalah kisah di dalam al-Quran kerana banyak ibrah yang akan kita dapat daripadanya.
Kali ini saya mahu membawa kisah “Konspirasi Membunuh Nabi Yusuf AS” yang melibatkan bapanya iaitu Nabi Yaakub AS, Nabi Yusuf AS dan juga adik beradik tirinya. Ini merupakan episod pertama daripada banyak episod tentang Nabi Yusuf AS.
Jika anda buka al-Quran, anda akan menemui kisah ini di dalam Surah Yusuf bermula daripada ayat 4 hingga ayat 18.
Konspirasi Bermula
Mereka adik-beradik tiri telah berbincang sesama mereka dan mempersoalkan kenapa bapanya (Nabi Yaakub AS) itu melebihkan layanan kepada Nabi Yusuf AS dan juga Bunyamin? Sedangkan mereka itu hanya dua orang sahaja berbanding kita (adik-beradik tiri) ini ramai.
Untuk pengetahuan anda Bunyamin merupakan adik beradik kandung Nabi Yusuf AS.
Mereka pun sepakat bahawa bapanya itu tidak adil. Lalu merancang satu konspirasi untuk membunuh Nabi Yusuf AS supaya bapanya itu memberi perhatian kepada mereka dan mereka berazam selepas itu mereka akan bertaubat.
Ibrah pertama : Adil Kepada Semua Anak
Dalam babak ini Allah SWT ingin mengajar kita bahawa sebagai seorang bapa kita perlu melayan semua anak kita dengan adil. Kita tidak menafikan bahawa dalam ramai-ramai anak kita itu ada yang kita ‘sayang lebih’ kepadanya.
Perasaan ‘sayang lebih’ itu terdetik berbanding dengan anak kita yang lain kerana anak yang sorang ini dia soleh, bijak, hensem dan lebih menonjol berbanding dengan anak kita yang lain.
Itulah fitrah manusia.
Namun, kita tetap tidak boleh menzahirkan ‘sayang lebih’ itu. Biarlah perasaan itu tersemat hanya di dalam hati kita. Contohnya jika anak pertama dapat baju baru, anak yang lain pun mesti dapat baju baru.
Begitulah seterusnya.
Namun di dalam kes ini, tidak dinyatakan secara jelas apakah perbuatan Nabi Yaakub AS yang ‘sayang lebih’ kepada Nabi Yusuf AS dan Bunyamin. Jadi ini hanyalah sangkaan yang datang daripada adik-beradik tirinya semata.
Ibrah Kedua : Taubat Yang Tidak Diterima
Dalam babak ini juga Allah ingin mengajar kita bahawa taubat bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat-buat. Taubat sebegini sudah pasti tidak akan diterima oleh Allah SWT seperti mana yang telah dirancang oleh adik-beradik tiri Nabi Yusuf AS.
Contohnya kita mahu merompak bank untuk menjadi kaya. Kemudian bila dah kaya kita taubatlah dan kita infakkanlah harta yang kita ada kepada orang yang memerlukan.
Taubat adalah satu kesedaran yang lahir daripada hati yang suci bersih setelah melakukan dosa.
Ibrah Ketiga : Hasad Dengki Menghancurkan
Perbuatan hasad dengki sangat bahaya. Hasad dengki ialah perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat kebaikan, kejayaan dan lain-lain.
Lihatlah kisah Iblis yang berjaya mengeluarkan Nabi Adam AS daripada Syurga kerana hasad. Begitu juga dengan kisah ini sehingga sanggup membunuh saudaranya sendiri.
Jangan ikut jejak Iblis dan juga adik-beradik tiri Nabi Yusuf AS.
Campak Ke Dalam Perigi
Namun salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa kita tidak perlu bunuh Nabi Yusuf AS, cukup sekadar kita buangnya ke dalam perigi yang dalam dan jauh daripada orang ramai.
Setelah mendapat keizinan daripada bapanya untuk membawa Nabi Yusuf AS bermain di luar, mereka pun menjalankan rancangan jahatnya.
Campak Nabi Yusuf AS ke dalam perigi.
Walaupun sebelum itu mendapat tentangan daripada bapanya kerana bimbang Nabi Yusuf AS akan dimakan oleh serigala. Namun mereka memberi jaminan kepada bapanya yang mereka akan jaga Nabi Yusuf AS dengan baik.
Tetapi Allah SWT telah memberi wahyu kepada Nabi Yusuf AS bahawa baginda tidak akan apa-apa. Baginda akan selamat kerana Allah akan selamatkan daripada ujian ini dan pada suatu hari nanti baginda akan menceritakan semula dosa yang mereka lakukan ini tanpa mereka sedari.
Ibrah Keempat : Orang Beriman Akan Dibantu oleh Allah SWT
Kepada orang yang beriman. Jangan takut dan bimbang sekiranya seseorang melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kita. Contohnya ada orang melakukan konspirasi untuk menjatuhkan kita di tempat kerja, merosakkan rumah tangga kita, atau memecah belahkan agama kita dan sebagainya.
Maka yakinlah dengan bantuan Allah SWT. Allah SWT tidak akan membiarkan orang yang taat dan patuh pada perintahnya dizalimi.
Pecah Tembelang
Mereka sangka rancangan mereka telah sempurna. Lalu mereka telah merancang untuk berjumpa dengan bapanya pada waktu malam bagi mengelak bapanya itu mengesan tentang konspirasi mereka.
Mereka telah berpura-pura menangis dan memberitahu kepada Nabi Yaakub AS bahawa Nabi Yusof AS telah dimakan serigala. Bagi mengukuhkan lagi hujah, mereka telah membawa sehelai baju yang berlumuran darah. Mereka berharap supaya bapanya mempercayai kata-kata mereka dan maafkan kesilapan mereka kerana tidak dapat menyelamatkan Nabi Yusuf AS.
Adakah Nabi Yaakub AS percaya? Tidak sama sekali.
Allah SWT menunjukkan kebenaran dengan memperlihatkan kepada Nabi Yaakub AS bahawa mereka membawa bukti yang palsu. Bagaimana baju yang berlumuran darah itu tidak ada sebarang koyak? Ini satu perkara yang mustahil.
Saya akan bersabar dengan sebaik-baik kesabaran atas apa yang telah kamu semua komplot sehingga Allah memberikan jalan keluar dengan pertolongan dan kelembutan-Nya – Nabi Yaakub AS.
Itulah ungkapan yang keluar daripada seorang nabi yang diutuskan oleh Allah dalam menghadapi kerenah anak-anaknya.
Ibrah Kelima : Jangan Percaya Bulat-bulat Apa Yang Anak Kata
Ibu bapa hari ini berbeza dengan ibu bapa dahulu. Hari ini jika cikgu kata anak kita bermasalah di sekolah, kita terus menafikan dan membela anak kita. Malah kita marah pula kepada cikgu kerana tidak pandai mendidik.
Sepatutnya kita siasat dahulu perkara yang berlaku. Kita bincang baik-baik dengan cikgu dan tanya juga kepada anak kita apa yang berlaku. Kemudian barulah kita membuat keputusan.
Contohilah Nabi Yaakub yang melihat apa yang didakwa oleh anak tirinya itu satu perkara yang tidak logik.
Kesimpulan
Cara sabar yang terbaik adalah sabar yang tidak diiringi oleh keluh kesah kerana kita percaya bahawa musibah yang berlaku datang daripada Allah SWT. Nabi Yaakub AS mengajar kita bahawa baginda tidak akan memiliki kesabaran yang tinggi tanpa bantuan Allah SWT.
Ya Allah! Bantulah kami sabar dalam melakukan ketaatan kepada kamu!
Perkongsian Pengalaman: “Perempuan ada air mani ke ustazah?”
“Ustazah, bagaimana kita nak bezakan air mazi dan air mani wanita?”
“Kalau keluar air mazi, kita kena mandi wajib tak?”
“Air mani lelaki dan air mani wanita ada beza tak?”
“Perempuan ada air mani ke ustazah?”
Hampir dalam setiap kelas Fiqh Wanita, apabila masuk sahaja bab ‘Sebab-sebab yang Mewajibkan Mandi’ dengan subtopik ‘Keluar air mani’, saya akan menerima soalan-soalan lebih kurang sama seperti di atas. Tidak kira oleh pelajar di surau, masjid, mahupun di universiti.
Mencari Jawapan
Untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan di atas, saya merujuk kepada pensyarah-pensyarah saya di universiti dan juga kepada doktor-doktor perubatan yang saya kenali.
Ada doktor yang berpendapat bahawa wanita hanya mengeluarkan air mazi dan wanita tiada air mani. Apabila saya menyebutkan hadith sahih daripada Ummu Sulaim berkenaan air mani, doktor-doktor yang saya temui mengaku bahawa mereka sendiri tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh air mani dalam hadith tersebut. Ini kerana istilah perubatan mungkin berbeza.
Hasil rujukan daripada para pensyarah saya dalam bidang pengajian al-Qur’an dan as-Sunnah mahupun Fiqh dan Usul-Fiqh pula, ada yang mengatakan air mani wanita keluar ketika berlaku klimaks bersama ovum. Namun, bukankah ovum hanya keluar sekali dalam satu kitaran haid? Bagaimana pula air mani boleh dikaitkan dengan pengeluaran ovum?
Keliru dan mahukan lebih kepastian, maka saya mencari sendiri kitab-kitab berbahasa Arab seperti Kitab al-Majmu’ oleh Imam al-Nawawi dan Kitab Fath al-Bari oleh Imam Ibn Hajar yang terkandung dalam ‘al-Maktabah al-Shamilah’. Hadith Ummu Sulaim di bawah menjadi kata kunci utama pencarian saya:
جَاءَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ امْرَأَةُ أَبِي طَلْحَةَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي مِنْ الْحَقِّ هَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ مِنْ غُسْلٍ إِذَا هِيَ احْتَلَمَتْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَمْ إِذَا رَأَتْ الْمَاء َ
“Ummu Sulaim, isteri Abi Talhah telah datang bertemu Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wasallam- lalu berkata: Wahai Rasulallah, sesungguhnya Allah tidak malu daripada kebenaran (Allah tidak menyuruh kita malu untuk bertanya demi mengetahui kebenaran). Adakah wajib ke atas wanita untuk mandi apabila dia bermimpi (mimpi berlaku jima’)? Maka sabda Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wasallam-: Ya, apabila dia melihat air (mani).” (Hadith Muttafaq ‘alaih – Hadith Sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim).
Berdasarkan carian tersebut, saya dapati terdapat dua pandangan utama berkenaan air mani wanita. Pertama, sebahagian ‘Ulama’ menganggap bahawa ada wanita yang mengeluarkan air mani dan ada pula yang tidak. Pandangan pertama ini disokong oleh kajian perubatan.
Kedua, air mani wanita keluar daripada faraj sebagaimana keluarnya darah haid dan nifas. Sayangnya, pandangan kedua ini bertentangan dengan sains perubatan.
Pakar Sakit Tuan dan Pakar Sakit Puan
Jawapan yang saya kira benar-benar menjawab persoalan di atas hanya berjaya ditemui setelah saya membaca buku “Wanita, Isteri dan Rahsia Seksual” karya Prof. Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi, seorang pakar Sakit Tuan dan konsultan Kesihatan Seksual dan Reproduktif. Begitu juga setelah meneliti perkongsian di facebook Imelda Balchin seorang Professor, konsultan dan pakar sakit puan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Daripada mereka berdua, saya mengetahui bahawa air mani wanita tidak keluar melalui faraj sebagaimana keluarnya darah haid atau nifas. Air mani wanita dihasilkan oleh kelenjar Skene atau sekarang lebih dikenali sebagai kelenjar Prostat wanita, lalu keluar melalui Urethra (lubang kencing). Air mani adalah jauh berbeza dengan air mazi. Ini kerana air mazi dihasilkan oleh kelenjar Bartholin untuk membasahi permukaan faraj ketika terdapat ransangan syahwat.
Sila perhatikan gambar di bawah seperti yang dikongsikan oleh Prof. Imelda Balchin dalam facebook beliau:
Jawapan
“Perempuan ada air mani ke ustazah?”
Ya, ada. Cuma tidak semua wanita mengalami ejakulasi air mani apabila klimaks atau dengan kata lain hanya sebahagian wanita mengeluarkan air mani apabila berlaku orgasma.
“Air mani lelaki dan air mani wanita ada beza tak?”
Ya, ada. Air mani lelaki mengandungi sperma. Manakala, air mani wanita hanya air mani yang dihasilkan oleh kelenjar Prostat wanita tanpa mengandungi sperma mahupun ovum.
“Ustazah, bagaimana kita nak bezakan air mazi dan air mani wanita?”
Kita mampu membezakan antara air mazi dan air mani apabila mengetahui tempat keluarnya yang berbeza. Air mani wanita keluar daripada lubang kencing apabila klimaks. Oleh itu, akan ada rasa seperti terkencing walaupun itu sebenarnya bukan air kencing. Inilah ejakulasi air mani oleh wanita.
“Macam mana pula, kalau bangun-bangun saja daripada tidur dah ada macam basah? Kita pula tak pasti tu air mazi ke air mani?”
Mudah. Apabila ada ketidakpastian, apabila ada saja rasa syak, maka saya cenderung kepada pendapat ‘ulama’ yang mengatakan ia adalah air mazi. Ini kerana, kebiasaannya, wanita mengeluarkan air mazi dan hanya sebahagian sahaja yang mampu mengeluarkan air mani.
“Kalau keluar air mazi, kita kena mandi wajib tak?”
Tidak perlu. Ini kerana air mazi membuatkan kita berhadath kecil sepertimana kencing dan berak. Perlu bersihkan kawasan najis, kemudian berwudu’ sahaja sebelum menunaikan solat.
Jadual di bawah diharap dapat memberikan tambahan jawapan kepada soalan-soalan yang diutarakan:
Soalan
Air Mazi
Air Mani
Daripada manakah ia terhasil?
Kelenjar Bartholin yang menghasilkan lendiran dan cairan dan cairan dan lendiran ini akan bertambah apabila ada ransangan syahwat.
Kelenjar Skene (nama lama) atau sekarang dikenali sebagai kelenjar Prostat wanita yang berada berhampiran Urethra atau lubang kencing.
Apakah warna dan baunya?
Cecair jernih seperti air liur.
Bau air mazi cenderung mengikut apa yang dimakan atau diminum. Jika wanita itu makan petai, maka air mazinya juga berbau petai dan begitulah seterusnya.
Cecair keruh, cerah dan kekuningan. Jika banyak akan menjadi putih pekat. Terdapat sedikit bau ‘ammonia’ dan kadangkala, mungkin sedikit air kencing akan terkeluar dan menyebabkan cecair yang terpancut berbau hancing.
Tanpa pencampuran air kencing, air mani wanita tidak memberikan bau yang ketara.
Apakah dikira hadath besar atau kecil?
Hadath kecil: Hanya perlu berwudhu’ untuk solat
Hadath besar: Perlu mandi wajib untuk solat
Adakah dikira najis atau tidak apabila terkena pakaian contohnya?
Najis mutawassitah (pertengahan).
Perlu dibasuh sehingga bersih.
Khilaf (Ada perbezaan pandangan)
Saya cenderung kepada pendapat yang mengatakan perlu dibasuh sehingga bersih.
Ini kerana, air mani biasanya akan tercampur dengan air mazi.
Adakah lelaki dan wanita mengalaminya?
Ya, dialami oleh lelaki dan wanita
Ya, dialami oleh lelaki dan wanita.
Namun, mengikut kajian, tidak semua wanita mampu mencapai ejakulasi dan mengeluarkan air mani ketika dalam keadaan klimaks (kemuncak), walaupun kebanyakan wanita mampu mencapai klimaks atau orgasma.
Adakah sama ciri-cirinya antara lelaki dan wanita
Ya, hampir sama. Cuma bau air mazi berbeza antara individu tidak kira lelaki atau wanita mengikut apa yang dimakan.
Contohnya, jika makan petai maka baunya akan seperti petai.
Ya, kedua-duanya ialah cecair yang dihasilkan oleh kelenjar Prostat.
Cuma air mani lelaki mengandungi sperma, manakala air mani wanita tidak mengandungi sperma.
Persoalan Lanjutan
“Ustazah, kalau wanita yang tak ada air mani tu, tak boleh mengandung ke?”
Baik, soalan yang bagus. Perlu dijelaskan sekali lagi bahawa air mani wanita tidak mengandungi ovum (benih wanita). Ovum dihasilkan oleh ovari dan tidak berkait dengan air mani. Oleh itu, sama ada wanita itu mampu mengeluarkan air mani (ejakulasi wanita) atau tidak, adalah tidak berkaitan dengan keupayaan seseorang wanita itu untuk mengandung atau tidak.
“Ustazah, macam mana nak dapatkan buku Prof. Ismail tu?”
“Mahal tak buku ni, ustazah?”
Sesungguhnya, saya sangat menggalakkan semua pembaca untuk mendapatkan buku “Wanita, Isteri dan Rahsia Seksual”, lebih-lebih lagi kepada yang bakal atau telah berkahwin. Cara mendapatkannya juga mudah. Saya mendapatkan buku ini di laman web Telaga Biru dengan harga RM 20 yang saya rasa sangat murah dengan tambahan kos pos yang saya sudah lupa berapa nilainya.
Begitu juga, saya menganjurkan para pembaca untuk ‘follow facebook’ Imelda Balchin dan para pembaca boleh melihat sendiri perkongsian-perkongsian beliau.
“Ustazah, kenapa ada doktor yang tidak tahu berkenaan air mani wanita?” Soalan yang lain pula mencelah.
Ya, memang ada sebahagian doktor yang tidak mengetahuinya. Adik saya sendiri seorang doktor perubatan dan tidak mengetahui berkenaan air mani wanita apabila saya bertanya kepadanya. Maka, saya tersenyum sendiri menginsafi bahawa saya juga sangat banyak yang tidak tahu berbanding tahu. Apa yang saya tahu berkenaan air mani wanita ini pun, sekadar merujuk kepada buku dan facebook.
Jika anda bertanya saya: “Ustazah, ustazah tahu tak pasal pembahagian harta pusaka?”
Saya pasti akan menjawab, tidak. Ya, saya tidak tahu kecuali yang sangat asas.
“Pasal zakat? Pasal kewangan Islam?”
Sama juga. Saya tidak tahu, kecuali hal-hal yang sangat asas.
Maka, soalan yang sama boleh ditanya: “Eh, kenapa ada ustazah yang tak tahu pasal harta pusaka, pasal zakat dan kewangan Islam?”
Jawapan yang sama, kerana kita banyak yang tidak tahu berbanding tahu.
Ya, sebagai manusia, kita semua sangat banyak kelemahan. Ilmu yang kita ada terlalu sedikit kerana kita akhirnya hanyalah insan yang faqir. Hanya Dia yang Maha Kaya lagi Maha Mengetahui. Oleh itu, kita saling memerlukan antara satu sama lain. Kita perlu saling melengkapi dan berkongsi apa yang kita tahu, sekadar yang kita mampu.
Maka, saya di sini, adalah sekadar berkongsi apa yang saya tahu, sekadar apa yang saya mampu. Insya-Allah, dalam perkongsian akan datang, saya akan kupas pula berkenaan air wadi dan keputihan. Mohon doa para pembaca dan semoga bermanfaat.
Perkongsian Pengalaman: Soalan yang Paling Kerap Ditanya oleh Wanita dalam bab Mandi Wajib
“Ustazah, bagaimana kita nak bezakan air mazi dan air mani wanita?”
“Kalau keluar air mazi, kita kena mandi wajib tak?”
“Air mani lelaki dan air mani wanita ada beza tak?”
“Perempuan ada air mani ke ustazah?”
Hampir dalam setiap kelas Fiqh Wanita, apabila masuk sahaja bab ‘Sebab-sebab yang Mewajibkan Mandi’ dengan subtopik ‘Keluar air mani’, saya akan menerima soalan-soalan lebih kurang sama seperti di atas. Tidak kira oleh pelajar di surau, masjid, mahupun di universiti.
Mencari Jawapan
Untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan di atas, saya merujuk kepada pensyarah-pensyarah saya di universiti dan juga kepada doktor-doktor perubatan yang saya kenali.
Ada doktor yang berpendapat bahawa wanita hanya mengeluarkan air mazi dan wanita tiada air mani. Apabila saya menyebutkan hadith sahih daripada Ummu Sulaim berkenaan air mani, doktor-doktor yang saya temui mengaku bahawa mereka sendiri tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh air mani dalam hadith tersebut. Ini kerana istilah perubatan mungkin berbeza.
Hasil rujukan daripada para pensyarah saya dalam bidang pengajian al-Qur’an dan as-Sunnah mahupun Fiqh dan Usul-Fiqh pula, ada yang mengatakan air mani wanita keluar ketika berlaku klimaks bersama ovum. Namun, bukankah ovum hanya keluar sekali dalam satu kitaran haid? Bagaimana pula air mani boleh dikaitkan dengan pengeluaran ovum?
Keliru dan mahukan lebih kepastian, maka saya mencari sendiri kitab-kitab berbahasa Arab seperti Kitab al-Majmu’ oleh Imam al-Nawawi dan Kitab Fath al-Bari oleh Imam Ibn Hajar yang terkandung dalam ‘al-Maktabah al-Shamilah’. Hadith Ummu Sulaim di bawah menjadi kata kunci utama pencarian saya:
جَاءَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ امْرَأَةُ أَبِي طَلْحَةَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي مِنْ الْحَقِّ هَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ مِنْ غُسْلٍ إِذَا هِيَ احْتَلَمَتْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَمْ إِذَا رَأَتْ الْمَاء َ
“Ummu Sulaim, isteri Abi Talhah telah datang bertemu Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wasallam- lalu berkata: Wahai Rasulallah, sesungguhnya Allah tidak malu daripada kebenaran (Allah tidak menyuruh kita malu untuk bertanya demi mengetahui kebenaran). Adakah wajib ke atas wanita untuk mandi apabila dia bermimpi (mimpi berlaku jima’)? Maka sabda Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wasallam-: Ya, apabila dia melihat air (mani).” (Hadith Muttafaq ‘alaih – Hadith Sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim).
Berdasarkan carian tersebut, saya dapati terdapat dua pandangan utama berkenaan air mani wanita. Pertama, sebahagian ‘Ulama’ menganggap bahawa ada wanita yang mengeluarkan air mani dan ada pula yang tidak. Pandangan pertama ini disokong oleh kajian perubatan.
Kedua, air mani wanita keluar daripada faraj sebagaimana keluarnya darah haid dan nifas. Sayangnya, pandangan kedua ini bertentangan dengan sains perubatan.
Pakar Sakit Tuan dan Pakar Sakit Puan
Jawapan yang saya kira benar-benar menjawab persoalan di atas hanya berjaya ditemui setelah saya membaca buku “Wanita, Isteri dan Rahsia Seksual” karya Prof. Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi, seorang pakar Sakit Tuan dan konsultan Kesihatan Seksual dan Reproduktif. Begitu juga setelah meneliti perkongsian di facebook Imelda Balchin seorang Professor, konsultan dan pakar sakit puan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Daripada mereka berdua, saya mengetahui bahawa air mani wanita tidak keluar melalui faraj sebagaimana keluarnya darah haid atau nifas. Air mani wanita dihasilkan oleh kelenjar Skene atau sekarang lebih dikenali sebagai kelenjar Prostat wanita, lalu keluar melalui Urethra (lubang kencing). Air mani adalah jauh berbeza dengan air mazi. Ini kerana air mazi dihasilkan oleh kelenjar Bartholin untuk membasahi permukaan faraj ketika terdapat ransangan syahwat.
Sila perhatikan gambar di bawah seperti yang dikongsikan oleh Prof. Imelda Balchin dalam facebook beliau:
Jawapan
“Perempuan ada air mani ke ustazah?”
Ya, ada. Cuma tidak semua wanita mengalami ejakulasi air mani apabila klimaks atau dengan kata lain hanya sebahagian wanita mengeluarkan air mani apabila berlaku orgasma.
“Air mani lelaki dan air mani wanita ada beza tak?”
Ya, ada. Air mani lelaki mengandungi sperma. Manakala, air mani wanita hanya air mani yang dihasilkan oleh kelenjar Prostat wanita tanpa mengandungi sperma mahupun ovum.
“Ustazah, bagaimana kita nak bezakan air mazi dan air mani wanita?”
Kita mampu membezakan antara air mazi dan air mani apabila mengetahui tempat keluarnya yang berbeza. Air mani wanita keluar daripada lubang kencing apabila klimaks. Oleh itu, akan ada rasa seperti terkencing walaupun itu sebenarnya bukan air kencing. Inilah ejakulasi air mani oleh wanita.
“Macam mana pula, kalau bangun-bangun saja daripada tidur dah ada macam basah? Kita pula tak pasti tu air mazi ke air mani?”
Mudah. Apabila ada ketidakpastian, apabila ada saja rasa syak, maka saya cenderung kepada pendapat ‘ulama’ yang mengatakan ia adalah air mazi. Ini kerana, kebiasaannya, wanita mengeluarkan air mazi dan hanya sebahagian sahaja yang mampu mengeluarkan air mani.
“Kalau keluar air mazi, kita kena mandi wajib tak?”
Tidak perlu. Ini kerana air mazi membuatkan kita berhadath kecil sepertimana kencing dan berak. Perlu bersihkan kawasan najis, kemudian berwudu’ sahaja sebelum menunaikan solat.
Jadual di bawah diharap dapat memberikan tambahan jawapan kepada soalan-soalan yang diutarakan:
Soalan
Air Mazi
Air Mani
Daripada manakah ia terhasil?
Kelenjar Bartholin yang menghasilkan lendiran dan cairan dan cairan dan lendiran ini akan bertambah apabila ada ransangan syahwat.
Kelenjar Skene (nama lama) atau sekarang dikenali sebagai kelenjar Prostat wanita yang berada berhampiran Urethra atau lubang kencing.
Apakah warna dan baunya?
Cecair jernih seperti air liur.
Bau air mazi cenderung mengikut apa yang dimakan atau diminum. Jika wanita itu makan petai, maka air mazinya juga berbau petai dan begitulah seterusnya.
Cecair keruh, cerah dan kekuningan. Jika banyak akan menjadi putih pekat. Terdapat sedikit bau ‘ammonia’ dan kadangkala, mungkin sedikit air kencing akan terkeluar dan menyebabkan cecair yang terpancut berbau hancing.
Tanpa pencampuran air kencing, air mani wanita tidak memberikan bau yang ketara.
Apakah dikira hadath besar atau kecil?
Hadath kecil: Hanya perlu berwudhu’ untuk solat
Hadath besar: Perlu mandi wajib untuk solat
Adakah dikira najis atau tidak apabila terkena pakaian contohnya?
Najis mutawassitah (pertengahan).
Perlu dibasuh sehingga bersih.
Khilaf (Ada perbezaan pandangan)
Saya cenderung kepada pendapat yang mengatakan perlu dibasuh sehingga bersih.
Ini kerana, air mani biasanya akan tercampur dengan air mazi.
Adakah lelaki dan wanita mengalaminya?
Ya, dialami oleh lelaki dan wanita
Ya, dialami oleh lelaki dan wanita.
Namun, mengikut kajian, tidak semua wanita mampu mencapai ejakulasi dan mengeluarkan air mani ketika dalam keadaan klimaks (kemuncak), walaupun kebanyakan wanita mampu mencapai klimaks atau orgasma.
Adakah sama ciri-cirinya antara lelaki dan wanita
Ya, hampir sama. Cuma bau air mazi berbeza antara individu tidak kira lelaki atau wanita mengikut apa yang dimakan.
Contohnya, jika makan petai maka baunya akan seperti petai.
Ya, kedua-duanya ialah cecair yang dihasilkan oleh kelenjar Prostat.
Cuma air mani lelaki mengandungi sperma, manakala air mani wanita tidak mengandungi sperma.
Persoalan Lanjutan
“Ustazah, kalau wanita yang tak ada air mani tu, tak boleh mengandung ke?”
Baik, soalan yang bagus. Perlu dijelaskan sekali lagi bahawa air mani wanita tidak mengandungi ovum (benih wanita). Ovum dihasilkan oleh ovari dan tidak berkait dengan air mani. Oleh itu, sama ada wanita itu mampu mengeluarkan air mani (ejakulasi wanita) atau tidak, adalah tidak berkaitan dengan keupayaan seseorang wanita itu untuk mengandung atau tidak.
“Ustazah, macam mana nak dapatkan buku Prof. Ismail tu?”
“Mahal tak buku ni, ustazah?”
Sesungguhnya, saya sangat menggalakkan semua pembaca untuk mendapatkan buku “Wanita, Isteri dan Rahsia Seksual”, lebih-lebih lagi kepada yang bakal atau telah berkahwin. Cara mendapatkannya juga mudah. Saya mendapatkan buku ini di laman web Telaga Biru dengan harga RM 20 yang saya rasa sangat murah dengan tambahan kos pos yang saya sudah lupa berapa nilainya.
Begitu juga, saya menganjurkan para pembaca untuk ‘follow facebook’ Imelda Balchin dan para pembaca boleh melihat sendiri perkongsian-perkongsian beliau.
“Ustazah, kenapa ada doktor yang tidak tahu berkenaan air mani wanita?” Soalan yang lain pula mencelah.
Ya, memang ada sebahagian doktor yang tidak mengetahuinya. Adik saya sendiri seorang doktor perubatan dan tidak mengetahui berkenaan air mani wanita apabila saya bertanya kepadanya. Maka, saya tersenyum sendiri menginsafi bahawa saya juga sangat banyak yang tidak tahu berbanding tahu. Apa yang saya tahu berkenaan air mani wanita ini pun, sekadar merujuk kepada buku dan facebook.
Jika anda bertanya saya: “Ustazah, ustazah tahu tak pasal pembahagian harta pusaka?”
Saya pasti akan menjawab, tidak. Ya, saya tidak tahu kecuali yang sangat asas.
“Pasal zakat? Pasal kewangan Islam?”
Sama juga. Saya tidak tahu, kecuali hal-hal yang sangat asas.
Maka, soalan yang sama boleh ditanya: “Eh, kenapa ada ustazah yang tak tahu pasal harta pusaka, pasal zakat dan kewangan Islam?”
Jawapan yang sama, kerana kita banyak yang tidak tahu berbanding tahu.
Ya, sebagai manusia, kita semua sangat banyak kelemahan. Ilmu yang kita ada terlalu sedikit kerana kita akhirnya hanyalah insan yang faqir. Hanya Dia yang Maha Kaya lagi Maha Mengetahui. Oleh itu, kita saling memerlukan antara satu sama lain. Kita perlu saling melengkapi dan berkongsi apa yang kita tahu, sekadar yang kita mampu.
Maka, saya di sini, adalah sekadar berkongsi apa yang saya tahu, sekadar apa yang saya mampu. Insya-Allah, dalam perkongsian akan datang, saya akan kupas pula berkenaan air wadi dan keputihan. Mohon doa para pembaca dan semoga bermanfaat.
April 14, 2018
English: Happiness in Giving
Nowadays, we are surrounded by people who are willing to give their time and sacrifice things that they own to contribute in making lives of the less fortunate people better. If not all, there are a lot of them that strive to do so.
People in higher authorities are putting their efforts to make the nations a better place to live by the masses. The volunteers are giving their time and money to help people who suffered from poverty. Through the acts of giving that these people did, it has spread kindness and also the inspiration for us to do the same thing.
Giving is a noble action that can be done by anyone. We can give various things such as money, time and even our knowledge. Also, giving has always been associated with the intention to make other people happy. But without realizing it, it provides happiness for the giver as well.
Giving does not decrease
We might feel scared thinking that if we give, we will be left with plenty in hand. We may feel reluctant to donate or spend our money to help unfortunate people because we might end up with very little to no amount in feeding our needs. We may think twice before giving our time helping people who seek our help because we thought we might not be able to use it for our personal means.
But in fact, the more we give, the more we will receive. It is because anything that is value in life only multiplies when it is given. If through the act of giving makes us feel you have lost something, then we might not have truly given it.
Because giving will give us glimpses of love, joy and other positive feelings that we desire to get in our lives. Without realizing it, each of us has been trying to give because we know giving allows us to get the kind of happiness that no one can ever steal from us. We might assume that permanent joy can result from giving away last bits of money that we have. However, quality overweighs quality because permanent happiness results when you give without expecting returns.
Quality over quantity
I remembered a friend of mine shared her Macroeconomics perspective towards why humans weigh too much on the quantitative side while making judgments in act of giving. Theoretically, the Marginal Propensity to Consume (MPC) describes how much proportion of your income you are willing to spend on your goods or services. To relate this to our context, MPC would determine how much proportion of your income you are willing to spend as a mean of performing good deeds.
Putting this into an example, in a fund collection for improvising a mosque’s facilities, a person with high income donated RM1,000 out of his salary of RM10,000 which brought out an MPC of 0.1. On the other hand, a low-income person with a salary of RM500 has spent RM100 for the donation. This resulted in an MPC of 0.5. From the results, it was obvious that the latter has higher MPC which implies higher proportion of money spent on that salary that he earned.
The wealthy person might become well-known amongst other people due to his huge donation. But however, the person with lower income has spent the higher proportion of his income for the donation. He could have struggled a lot more to donate such amount due to the financial constraint that he had faced.
Of course, we never know which one would be more blessed and accepted by Allah. The richer person could have felt more difficult to give away such amount because of his personal struggle to do charity. Although between RM1,000 and RM100 makes a huge difference, we cannot simply judge based on the quantity only. It is the quality that brings greater satisfaction for the giver.
We can perform our act of giving so many things such as giving our money or time, but giving our knowledge is one of the easiest action that we can do. Although the term ‘give’ is used, it actually brings a definition of sharing our knowledge. And thus, it does not lessen the amount of knowledge that we have at all.
Intention of giving
The thing that is going to be evaluated first when we give is the intention behind the giving itself. It primarily determines whether it is blessed and acceptable by Allah. The Prophet Muhammad S.A.W even narrated about the importance of the intent behind every action;
“(The value of) an action depends on the intention behind it. A person will be rewarded only for what he intended…” (Sahih Muslim)
With right intentions for every action that we commit, it can help transform those actions into a form of ‘ibadah’ for us. Currently, we live in the world that demands a lot of our time on studying, working and contributing to others’ lives. Therefore, it is important for us to make our actions, not just a means of obtaining ‘rizq’, but a part of our ‘ibadah’ as well. With this, we can portray our values of Islam that do not separate worldly matters from our daily actions as what the secular world proposes.
Beautiful words of an old Chinese proverb; “If you want happiness for an hour, take a nap. If you want happiness for a day, go fishing. If you want happiness for a year, inherit a fortune. If you want happiness for a lifetime, help somebody.”
People have different struggles to give especially giving away something that they love, something they wish to keep it forever with themselves.
But indeed, through the act of giving, we are also showing our gratitude towards everything Allah has provided us with. Because of His permission, we could gain so much from our competencies, our capabilities that are given by Him. And He has promised that,
“And [remember] when your Lord proclaimed, ‘If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe.’ “(Ibrahim:7)
Allah made His pledge to suffice our needs if we always feel grateful for His blessings. How to show that we are grateful? It is by giving what we have been blessed with to people around us. By sharing things that we own, it might help the receiver to find their happiness from it.
And truly, nothing is more meaningful than giving to make other people’s lives full of laughter and happiness.
April 7, 2018
Motivasi : Menadah Tangan Demi Kebahagiaan
Setiap tindakan kita, pasti akan ada natijahnya. Jika kita memilih untuk melakukan maksiat dan terus tenggelam dalam dosa, sedikit demi sedikit, ketenangan akan menjauh. Sebaliknya pula, andai jalan beramal dan mendekatkan diri kepada Allah SWT menjadi pilihan, perasaan sebaliknya pula kita akan rasai. Salah satunya adalah dengan, menadah tangan. Berdoa kepada Allah SWT.
Bahagia : Mengapa Doa?
Kerana berdoa adalah satu tindakan yang menunjukkan kita ini mengharapkan sesuatu. Lebih tepat lagi, ia menandakan kerikatan dan kepercayaan, bahawa kita punya Tuhan untuk mengharapkan sesuatu.
Sebagai contoh, seorang hamba yang sedar dirinya melakukan dosa mahupun maksiat, dia akan berdoa supaya Allah SWT mengampuni kesilapannya. Berharap agar dia dapat diberi peluang untuk kembali ke jalan yang benar. Bukankah dengan berdoa itu, menghapuskan kerisaunnya kepada azab dan kemurkaan Allah SWT atas perbuatannya tadi?
Begitu juga apabila mengharapkan sesuatu seperti ingin berjaya dalam pengajian mahupun perniagaan. Menginginkan cahaya mata, mahupun rezeki dan nikmat-nikmat yang lain, pastinya menadah tangan dan berdoa menjadi pilihan. Pilihan untuk menenangkan hati betapa Allah SWT ada dan akan kabulkan apa jua yang kita minta.
Allah SWT berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Al-Ghaafir :60)
Solusi : Berdoalah Ketika Susah Mahupun Senang
“Ingatlah kepada-Ku, Aku juga akan ingat kepada kalian. Dan bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kalian kufur.” (Al Baqarah:152)
Ayat di atas menunjukkan betapa kasihnya Allah SWT terhadap kita semua hamba-Nya. Justeru, untuk mengingati Allah SWT, salah satunya adalah dengan kita berdoa. Sudah menjadi satu keperluan bagi kita sebagai hamba-Nya untuk sentiasa berdoa dan berharap.
Dengan itu, Allah SWT akan sentiasa mengingati kita. Dia akan bersama dalam apa jua keadaan, baik susah mahupun senang. Rasulullah SAW ada bersabda :
“Ingatlah Allah ketika senang, maka Allah akan mengingat engkau ketika susah.” (HR. Hakim).
Justeru, apabila kita ditimpa musibah, ataupun terlanjur melakukan kesilapan, kembalilah dengan segera kepada Allah SWT. Begitu juga apabila diberikan nikmat kesenangan melimpah ruah, tadahlah tangan, berdoa supaya ditetapkan hati dalam keimanan dan dipagari daripada sifat sombong, kedekut dan tidak bersyukur.
Penutup : Berdoalah, bersihkan hati
Mukmin yang sering berdoa ini hatinya cukup kuat. Dalam erti kata lain, kuat pegangan, kepercayaan dan bergantung harap kepada Al-Haliq.
Hati mereka akan sentiasa tenang dan bahagia. Walau ditimpa musibah mahupun diberi nikmat yang melimpah.
Kerana akhirnya, semua itu dikembalikan kepada Allah SWT yang Maha Memberi nikmat dan ujian kepada hamba-Nya dalam setiap untaian doa.
Jiwa mereka bersih daripada sifat sombong kepada Allah SWT.
Hebatnya peribadi mukmin sebegini!
April 6, 2018
English: Through Absence, We Know the Value of Water
“We never know the worth of water, till the water is dry” – Thomas Fuller.
Were you around Selangor during the second week of March? Did you experience the water rationing that happened that time? A notice of water supply disruption was blasted two days earlier saying that certain areas in Selangor will experience absence of water due to some repair work at a water treatment plant from 7th March to 9th March. My parents, being proactive as usual started to store water in buckets for our basics sanitary needs and the plants at home. Two days went by, and the water was still not available. Luckily, water was still sufficient but we were using everything limitedly. Then four days went by, and still no sign of water. I gasped with horror. Somehow other places have started to receive their water supply. As for my house area, there was still no sign.
On the fifth day, our family’s water storage was left with only a few buckets. Barely enough to clean up and take bath leisurely for the whole family. I was seriously washing my face and brushing my teeth with only one pail of water per day to ensure I do not overuse the water. With half a bucket to take bath. Concurrently, the weather was unbearably hot. The weather that week was 33 degrees average and obviously I needed extra water to wash up. Who wouldn’t? I was going nuts. When will the water supply come back, I wondered? And that night, my neighbourhood was on uproar. It was the fifth night and still no water. And the water tanker finally came. My neighbours were becoming feisty to get the water from the water tanker. I joined the neighbours to get some water. Till the sixth day, still no sign of water. I was even bringing my four wheel drive to get more water from the tanker.
So which of the favors of your Lord would you deny? (Quran 55:67)
Water is definitely an essential entity for us to continue our lives. It is a favour granted by Allah for us to live comfortably. Imagine if there is no water to do our basic clean up, no water for cooking, and no water to produce our clothes. It will be disastrous. Currently, there are still millions of people that suffer from insufficient water supply, sanitation, and hygiene to live. With droughts that hit the poorest regions, it affects food security and economics. Did you know that one in four people are expected to be affected by severe water shortage by 2050? Here in Malaysia, we are taking things for granted. Malaysians are reported to use double the suggested United Nation daily water consumption which is at 165 liters. Instead, Malaysian uses extra 50,000 litres per person annually.
This is a serious matter for us to look at. Aren’t we wasting too much water thinking that it will forever be available for us? Even prophet Muhammad p.b.u.h would never waste water during ablution on a running river.
Abdullah ibn Amr reported: The Messenger of Allah, peace and blessings be upon him, passed by Sa’d while he was performing ablution. The Prophet said, “What is this extravagance?” Sa’d said, “Is there extravagance with water in ablution?” The Prophet said, “Yes, even if you were on the banks of a flowing river.” (Source: Sunan Ibn Mājah 425)
Moving forward towards sustainable clean water future, United Nations has made it as one of the sustainable development goal to ensure access of water to water is achievable to all. God has granted us with fresh water supply as an amanah for us to manage. Let’s be part of the goal and start saving water in your own way. Below are three simple tips for a kick start in water saving.
1. Use water prudently.
Instead of letting the water go to waste, start taking less shower time, turn off the tap while you are washing your teeth, and washing the plates. Also, fix any leaking pipes at home so the water can be conserved.
2. Shrink meat intake and eat your leftovers.
The meat and agriculture sector takes up almost 70% of the world water supply for production sake. Thus, reducing your meat consumption and finishing your plate clean will inevitably help the water saving process.
3. Apply water-saving device at home.
There are many water-saving devices we can use, but one I find interesting and cheap to be applied would be the thimble. It can reduce water consumption up to 87%. Penang would be the first state in Malaysia that requires water saving devices (tap fittings, shower fittings, toilet cisterns and urinals), to be installed in all new projects. Penangites can get it free at their nine customer care center at the following link: http://www.pba.com.my/?page_id=3193
Apart from that, do consider rain water harvesting system as it can help you use the water to water your plants and also wash your car without the need to turn on your pipes.
And We have sent down rain from the sky in a measured amount and settled it in the earth. And indeed, We are Able to take it away. (Quran 23:18)
In short, water is a blessings that we should be concern about. Resources are limited and the demands are increasing with the growing population. Playing your own part will enable the current water supply to be available in a longer term.
Save water,
As it won’t last forever,
Only through absence, we know the value of water.
April 5, 2018
Yang Utama
“Ziq, ada masa lapang tak petang ni? Jom pergi pasar malam.” ajak Roslan. Raziq menoleh sekilas kemudian menyambung mengemas begnya.
“Aku sibuk.”
Melihat Raziq yang agak kelam-kabut bersiap, Roslan bertanya. “Kau nak pergi mana ni?”
“Aku nak pergi rumah kawan aku. Aku tidur sana malam ni.”
“Oh, ada perbincangan ke?”
“Tak, aku dah lama janji dengan dia nak tidur rumah dia. Ada lah hal kitaorang. Kau tak perlu tau.” Raziq memakai jam tangan.
“Eleh sombong betul. Jangan lupa jalan nak balik rumah sendiri pula esok.” Roslan menyindir. Raziq tidak mengendahkannya dan menyarung kasut sukan berjenama Puma. Pintu ditutup perlahan. Roslan mengeluh kebosanan.
‘Nampaknya pergi pasar malam seorang diri lah aku hari ini.’ fikirnya. Malas ingin memanjangkan rasa kecil hati, Roslan menunaikan solat Asar dan bersedia untuk ke pasar malam.
***
“Ziq, jom teman aku pergi perpustakaan. Bosanlah belajar seorang diri. Nanti aku tertidur.” Wajah Roslan penuh dengan pengharapan. Bibirnya dicebikkan sedikit dan matanya yang sederhana besar sengaja dikerdipkan berkali-kali bagi memberi kesan comel. Raziq ketawa tapi kelihatan serba-salah.
“Err aku bukan tak nak teman kau, Lan. Tapi aku ada latihan ragbi petang ni. Maaf ya.” Raziq mengusutkan rambutnya tanda serba-salah. Roslan termangu di birai katil.
“Kenapa kau asyik sibuk je eh?”
“Nak buat macam mana. Aku aktif dalam semua benda kan. Terpaksalah korbankan sikit masa untuk perkara lain.”
“Contohnya masa dengan kawan baik kau sendiri?”
Raziq diam.
“Takpalah, aku pergi seorang diri je. Aku gerak dulu. Lambat sangat nanti perpustakaan pun tutup. Berlatih elok-elok.” Nada Roslan seperti berkecil hati.
“Lan, aku…..” belum sempat Raziq menghabiskan ayatnya, Roslan sudah pun menutup pintu dengan kasar.
‘Argh, serba salahnya rasa! Tapi aku memang ada latihan petang ni. Bukannya saja-saja cipta alasan. Tiba-tiba pula si Roslan ni tak nak faham jadual aku.’ Raziq bermonolog sendiri. Dia terbaring menelentang menghadap kipas siling yang laju berputar.
***
“Assalamualaikum Raziq. Lama betul abang tak nampak kamu. Sihat?” Fakhrul, naqib usrah Raziq dan Roslan datang menyapa Raziq yang sedang membetulkan rambutnya di cermin kereta salah seorang pelajar disitu.
“Eh abang Fakhrul. Waalaikumussalam. Sihat alhamdulillah. Abang sihat ke? Saya minta maaf sebab dah lama tak pergi usrah. Sibuk sikit.” Raziq mengusutkan kembali rambutnya. Apabila gelisah atau serba-salah, Raziq gemar mengusutkan rambutnya meskipun telah disisir rapi.
“Abang sihat alhamdulillah. Abang tiada masalah pun kamu tak dapat datang usrah. Yelah, masing-masing ada komitmen tersendiri kan. Cuma haritu Roslan ada bercerita dengan abang. Dia minta tolong abang cakapkan kat kamu. Dia kata kamu kebelakangan ni sibuk sangat-sangat sampaikan susah betul dia nak tengok batang hidung kamu. Betul ke?” Sambil berbicara, Fakhrul dan Raziq menyusun langkah menuju ke arah bangku kayu yang berhampiran.
“Roslan mengadu kat abang ke?” Fakhrul tersenyum.
“Bukan mengadu. Dia bimbang. Betul ke apa yang Lan cakapkan tu?”
“Betullah. Saya memang agak sibuk kebelakangan ni. Ada perlawanan ragbi bulan depan jadi setiap petang saya sibuk berlatih. Lagi satu, abang pun tahu kan saya ada jawatan di fakulti? Memang banyak masa saya dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti bukan akademik. Lan patutnya lebih memahami. Dia kawan baik saya.” Raziq meluahkan rasa kesalnya. Kenapa Roslan seakan tidak mengerti malah mengadu pada naqib usrah mereka pula?
“Raziq jangan marah pula pada Roslan. Dia berniat baik. Sibuk, sibuk juga Ziq, tapi keperluan akhirat kita pun kena isi juga. Resume kita mungkin penuh dengan pencapaian-pencapaian yang membanggakan. Tapi mampu ke semua tu memberi ilmu agama pada kita? Roslan bimbang kamu jauh dari jalan ini. Itu sahaja kerisauan dia.”
“Dia tak patut rasa macam tu. Saya ni kan kawan baik dia? Takkanlah dia tak percaya saya. Walaupun saya sibuk tapi tanggungjawab hakiki saya sebagai seorang Muslim saya tak pernah abaikan. Solat tetap saya tunaikan.” Raziq berasa tercabar. Fakhrul meletakkan tangannya di atas bahu Raziq, memberi ketenangan melalui sentuhan.
“Raziq pun tahu kan, menjadi seorang Muslim bukan hanya pada solatnya semata-mata? Usrah yang diadakan setiap minggu tu untuk menambahkan ilmu agama kita je, insya-Allah. Kita bakal jadi ketua keluarga. Tak cukup ceramah tiga bulan sekali yang kita hadiri tu. Jiwa kita perlu diisi setiap minggu. Roslan bimbang Raziq terlalu leka dengan aktiviti dunia.”
Raziq diam. Fakhrul menarik kembali tangannya dari bahu Raziq setelah menyedari kedinginan Raziq saat itu. Mungkin patut dibiar sendiri, fikir Fakhrul.
“Takpalah, Raziq fikir dulu ya apa yang abang katakan tadi. Jangan marah pada Roslan. Dia hanya ingin membantu sahaja. Dia seorang sahabat yang baik. Abang balik dulu. Kirim salam pada Roslan nanti. Assalamualaikum.”
***
Raziq menolak daun pintu dengan kasar. Wajahnya merah menahan marah. Roslan mendongak dari penulisannya di meja belajar.
“Kau ni kenapa, Ziq? Macam marah je? Bukalah pintu tu elok-elok.”
“Abang Fakhrul kirim salam pada kau.” Roslan menoleh.
“Eh, kau jumpa abang Fakhrul? Waalaika-waalaikumussalam. Sihat ke dia?”
“Dah, kau tak payah nak bersandiwara. Aku tau kau mengadu dengan dia kan tentang aku? Kau cakap apa pada dia? Aku sibuk dengan dunia sampai abaikan akhirat?” Dada Raziq berombak kencang.
“Aku tak cakap macam tu.” Roslan berdiri tenang sambil berpeluk tubuh dan bahunya bersandar di pintu almari.
“Kau jangan nak menipu, Lan. Abang Fakhrul sendiri kata kau suruh dia tegur aku. Apa semua ni? Aku ingat kita kawan?” suara Raziq mulai meninggi.
“Tak, kita bukan kawan. Kita sahabat, Ziq. Sahabat! Sebab tu aku minta tolong abang Fakhrul nasihat kau apa yang patut.”
“Kenapa kau tak cakap sendiri je? Kenapa nak libatkan abang Fakhrul? Lagi satu aku nak tanya. Kenapa cara kau cakap ni macam aku dah sesat je? Jangan melebih, Roslan!”
“Cuba kau ingat balik. Bila kali terakhir kau terima ajakan aku? Bila kali terakhir kau tunaikan janji kau dengan aku, abang Fakhrul dan sahabat usrah kita yang lain? Bila kali terakhir kau balik rumah dan jumpa mak bapak kau? Bila?!” Suara Roslan keras membalas pertanyaan Raziq dengan pertanyaan juga.
“Takkan sebab aku tak terima ajakan kau pergi pasar malam kau nak melampau sampai macam ni sekali, Lan? Matanglah sikit!” Raziq maju sedikit dan menampar pintu almari yang tadinya menjadi tempat bahu Roslan bersandar.
“Dah tiga kali berturut-turut kau batalkan janji kau dengan abang Fakhrul untuk pergi usrah. Padahal tarikh usrah tu dah tetap setiap hari Khamis pukul 9 malam! Bukannya kau tak tahu. Penting sangat ke kau pergi rumah kawan kau tu? Dimana prioriti kau sebenarnya? Kau dah ada komitmen setiap hari Khamis pukul 9 malam jadi sepatutnya kau kosongkan jadual kau pada waktu itu untuk usrah!”
“Kalau aku tak pergi usrah pun apa kena mengena dengan kau hah?! Kalau aku jauh pun aku susahkan kau ke?” Raziq seolah mencabar kesabaran Roslan dengan sengaja. Roslan memejamkan mata dan menarik nafas panjang. Mulutnya terkumat kamit mengulum istighfar.
“Ziq, aku sahabat kau kan?” Dengan tenang, Roslan bertanya. Suasana sepi seketika. Hanya bunyi bilah-bilah kipas usang berkejaran yang mengisi kesepian itu.
“Mestilah. Kau sahabat aku dunia akhirat.” Nada suara Raziq mendatar.
“Aku sayangkan kau. Sebab tu aku nak tegur kau. Kalau kau dah berjanji, tepati ia. Walau apa pun yang datang selepas kau berjanji, kau kena berpegang teguh dengan janji itu. Jangan pernah ubah rancangan kau semata-mata kerana rancangan lain yang datang kemudian. Tetapkan prioriti kau, sahabat. Jangan terlalu leka dengan kesibukan dunia sampai kau lupa jiwa kau dahagakan ilmu akhirat.” Raziq mengusutkan rambutnya.
“Aku bukan sengaja, Lan. Aku terlalu banyak komitmen dan aku fikir aku harus korbankan salah satu komitmen aku.”
“Dan kau memilih untuk korbankan usrah? Korbankan masa dengan sahabat kau?” Roslan memintas laju kata-kata Raziq.
“Bukan macam tu maksud aku. Aku minta maaf, Lan. Aku tak terfikir langsung apa yang aku lakukan akan memberi kesan pada ramai orang.”
“Tak, apa yang kau lakukan ini hanya akan memberi kesan pada kau sahaja. Kau ingat orang lain terkesan ke kalau kau malas pergi majlis ilmu? Kau ingat siapa yang akan terkena tempias sekiranya kau ponteng kelas sebab kau tidur lewat gara-gara perbincangan kelab? Semuanya akan kembali pada kau, Ziq. Bukan aku, bukan abang Fakhrul, bukan orang lain tapi kau. Aku tegur kau kerana aku sayangkan kau. Kau sahabat aku.” Mata Roslan bergenang. Dia sebak kerana rasa kasihnya pada Raziq amat tinggi. Inikah yang dikatakan cinta kerana Allah?
“Terima kasih Lan sebab tegur aku. Aku minta maaf kalau aku abaikan kau selama ni. Lepas ni aku cuba untuk tak mungkir janji. Kalau aku ponteng usrah atau kelas lagi, kau azankan je kat tepi telinga aku.”
Roslan tertawa sambil mengesat air mata. Raziq menghampirinya dan mereka berpelukan buat seketika. Cinta lillahi taala.
Negara Semut
“Tuanku yakin dengan keputusan yang dibuat?” Komander Niml; pegawai tertinggi angkatan tentera negara bersuara. Mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh permaisuri Entz; pemerintah negara Formitera.
“Ya, beta yakin dengan keputusan ini.” Balas permaisuri Entz.
Satu mesyuarat tergempar diadakan pada hari ini, dipengerusikan oleh permaisuri sendiri. Semua menteri kerajaan dan pegawai tertinggi angkatan tentera negara dipanggil menghadiri mesyuarat tersebut.
“Tapi keputusan ini tidak masuk akal, Tuanku.” Ketua menteri kerajaan bersuara. Dia yang dari awal tidak bersetuju dengan keputusan ini, dan sememangnya dia selalu tidak bersependapat dengan permaisuri. Kali ini dia lebih bertegas lagi dengan pendiriannya.
“Dengan situasi sekarang, tambahan lagi dengan sejarah hitam yang pernah terjadi kepada negara kita. Saya rasa ini bukan keputusan yang bijak.” Sambung ketua menteri.
“Sebagai pemerintah tertinggi dalam negara ini, beta tetap dengan keputusan beta. Seluruh rakyat harus patuh dengan arahan beta.” Permaisuri Entz tetap bertegas. Tiada yang mampu membantah arahan permaisuri walaupun arahan itu agak tidak masuk akal.
“Esok kumpulkan rakyat jelata. Beta akan umumkan keputusan mesyuarat ini.” Sambung permaisuri Entz.
***
Tanah lapang di hadapan istana permaisuri sesak dengan jutaan semut. Seluruh rakyat negara Formitera diperintahkan untuk berkumpul dengan kadar segera. Khabarnya ada berita yang akan disampaikan oleh permaisuri Entz.
Permaisuri Entz melangkah naik ke pentas yang disediakan. Seluruh rakyat yang hadir tunduk sebagi tanda penghormatan. Permaisuri Entz berdiri melihat seluruh rakyat dengan hati yang gusar. Dia yakin berita yang akan disampaikan bakal mendapat tentangan yang hebat.
“seperti yang diketahui, negara jiran kita iaitu Hymecida sedang dalam situasi peperangan. Oleh itu atas dasar kasih sayang dan persaudaraan, pintu sempadan akan dibuka untuk membenarkan rakyat Hymecida datang menyelamatkan diri ke negara kita.” Ucap permaisuri Entz.
“Beta harap rakyat semua dapat memberikan…” Belum sempat permaisuri Entz menghabiskan ucapannya, kedengaran jeritan suara-suara daripada rakyat.
“Tidak boleh.”
“Kami tidak setuju.”
“Permaisuri gila.”
“Permaisuri cuba bunuh kita semua.”
Suasana menjadi semakin tidak terkawal. Kebanyakan rakyat yang hadir tidak berpuas hati. Mereka menjerit menyuarakan bantahan terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh permaisuri.
Melihat situasi semakin menggila, komander Niml segera membawa permaisuri Entz masuk ke istana. Askar-askar yang bertugas pantas bertindak bagi menenangkan keadaan. Keadaan berjaya dikawal dengan baik. Akhirnya rakyat diperintah untuk pulang ke kediaman masing-masing.
***
Negara Formitera diduduki oleh kumpulan semut jenis Monomorium Pharaonis. Secara fizikal, semut jenis ini mempunyai pelbagai warna. Ada yang berwarna kuning dan juga perang.
Terdapat beberapa buah negara lain yang menjadi jiran kepada negara Formitera seperti negara Hymecida; didiami oleh semut jenis Tapinoma Melanocephalum, negara Megadhela; dihuni oleh semut jenis Pheidole Megacephala, dan negara Melanoma; diduduki oleh semut jenis Paratrechina Longicornis.
Setiap negara ini diduduki oleh satu jenis semut sahaja. Oleh itu, mereka ini sangat memusuhi semut-semut yang datang dari jenis yang berbeza.
30 tahun dahulu, berlaku peperangan yang dahsyat antara negara Formitera dan Hymecida. Peperangan ini berpunca daripada perebutan kawasan pencarian makanan, sekali gus akan menentukan had sempadan wilayah masing-masing.
Peperangan tersebut telah dimenangi oleh negara Hymecida. Akibat daripada peperangan itu telah mengorbankan hampir jutaan rakyat Formitera. Kisah hitam itu telah meninggalkan parut yang sukar diubati dalam diri rakyat negara Formitera. Sejak itu, rakyat Formitera terus berdendam terhadap negara Hymecida.
***
Dalam kegelapan malam, kedengaran suara bisikan antara dua ekor semut di dalam sebuah rumah.
“Mulai esok, kau sebarkan berita ini. Biar rakyat jadi bertambah marah.” Semut yang lebih tua itu bersuara.
“Baik tuan. Saya akan arahkan anak-anak buah saya untuk jalankan misi kita.” Balas semut yang lebih muda.
“Tapi ingat, sebarkan secara licik. Jangan sampai nama kita, terutama nama aku terdedah. Aku orang penting dalam negara ini.” Semut tua itu memberi amaran.
“Jangan risau tuan. Semuanya dalam kawalan saya.” Jawab semut muda sambil tersenyum lebar.
Dalam kerancakan mereka berdua menyusun rancangan terkutuk, ada telinga yang curi dengar perbualan mereka dari luar rumah.
***
“Betulkah permaisuri telah jual negara kita?” Seekor semut berpangkat makcik bertanyakan soalan kepada rakannya.
“Betul lah permaisuri telah jual negara kita. Sebab itu permaisuri berani untuk buka pintu sempadan kepada negara Hymecida.” Jawab rakan itu.
Kau tidak merasa aneh, selama ini bermusuh tetapi tiba-tiba berbaik hati untuk membantu?” Rakan semut berpangkat makcik itu kembali menyoal.
“Betul juga apa yang kau kata. Jahat betul permaisuri ini. Kita kena jatuhkan dia dengan cepat. Kalau tidak pasti musnah negara kita ini.” Ujar semut berpangkat makcik itu.
Berita tersebar dari satu mulut ke mulut yang lain. Dari satu rumah ke rumah yang lain. Dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Hampir keseluruhan pelosok negara Formitera mendapat tahu akan berita ini.
Berita ini bergerak laksana angin lalu. Menyapa ke setiap telinga rakyat jelata. Semua terkesima dengan apa yang didengari. Tidak peduli benar atau palsu. Tidak kisah siapa penyebarnya. Apa yang diterima ditelan bulat-bulat. Perintah Tuhan telah dilupakan agar memeriksa apa yang didengari.
***
Berita palsu yang tersebar telah menaikkan amarah rakyat. Percikan api kemarahan terus dimarakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Satu perhimpunan raksasa diadakan di hadapan istana Permaisuri Entz. Jutaan rakyat yang tidak berpuas hati datang menyuarakan bantahan.
“Batalkan keputusan permaisuri.”
“Permaisuri pengkhianat negara.”
“Pengkhianat harus dihukum bunuh.”
Pelbagai kata dan tohmahan dihamburkan kepada permaisuri Entz. Keadaan jadi semakin tidak terkawal. Askar-askar yang bertugas tidak lagi mampu mengawal asakan rakyat yang semakin menggila.
Permaisuri Entz memerhati dari jendela istana. Dia tidak sangka keadaan akan jadi seteruk ini. Dia sangka tempoh 30 tahun cukup untuk mengubati luka lama dalam diri rakyat negaranya. Rupanya luka lama itu masih berdarah. Kebencian rakyat terhadap negara Hymecida masih belum terpadam.
Tambahan pula, sekarang merupakan musim kemarau. Bekalan makanan sukar untuk diperolehi. Majoriti rakyat sedang mengalami masalah kebuluran dan ada yang telah terkorban. Luka lama diadun pula dengan masalah tekanan kekurangan keperluan hidup lalu ditambah rencah fitnah secukup rasa telah menghasilkan ledakan amarah yang dahsyat.
***
“Tuanku harus segera melarikan diri. Rakyat jadi semakin gila. Tuanku mungkin akan dibunuh.” Komander Niml memberi cadangan, melihat suasana yang semakin tidak terkawal.
“Kamu fikir dengan melarikan diri masalah ini akan selesai? Kamu fikir amarah rakyat akan terpadam apabila beta melarikan diri?” Permaisuri Entz berang dengan cadangan yang diberikan.
“Walau apa juga yang bakal terjadi, beta akan keluar dan berhadapan dengan rakyat. Biar pun beta akan terkorban. Beta telah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan dan beta harus bertanggungjawab.” Sambung permaisuri Entz.
***
Keadaan yang kacau bilau tadi tiba-tiba berhenti apabila semboyan dibunyikan. bunyi semboyan sangat kuat hingga mampu didengari di seluruh negara. Bunyi semboyan itu menandakan permaisuri Entz akan naik ke pentas untuk berucap. Rakyat berdiam diri apabila melihat permaisuri di atas pentas walaupun marah belum reda.
“Rakyat yang dikasihi sekalian. Beta sedar keputusan yang dibuat telah menaikkan kemarahan kalian. Beta akui akan kesilapan beta dalam membuat pertimbangan antara dua perkara besar.” Permaisuri Entz memulakan ucapan.
“Dalam usaha beta untuk membantu negara jiran, beta terlupa bahawa rakyat beta sendiri dalam kesulitan. Oleh itu, keputusan untuk membuka pintu sempadan bagi membantu negara Hymecida ditarik kembali demi menjaga kemaslahatan rakyat negara ini. Cara lain akan difikirkan untuk membantu negara Hymecida.” Sambung permaisuri Entz.
Rakyat yang hadir terdiam mendengar ucapan permaisuri Entz. Tiba-tiba satu suara memecah suasana sunyi itu.
“Permaisuri tipu. Kalian jangan percaya kata-kata permaisuri. Dia hanya bermuka-muka sahaja. Kalian tunggu apa lagi. Serang permaisuri sekarang.” Kata-kata itu datang daripada ketua menteri yang berada di tepi pentas.
Tercenggang rakyat mendengar kata-kata ketua menteri itu. semua terdiam tidak bergerak seperti masa tiba-tiba berhenti. Tiba-tiba seekor semut melompat naik ke atas pentas lalu berkata:
“Jangan percaya kata ketua menteri. Dia lah sebenarnya pengkhianat negara ini. Ketua menteri merupakan dalang dalam penyebaran fitnah terhadap permaisuri ini. Saya dengar sendiri perancangan dia beberapa hari yang lepas di rumah seorang anak buahnya.”
Kemarahan yang semakin reda itu kembali meledak. Namun kali ini kemarahan itu bukan lagi terhadap permaisuri tetapi terhadap ketua menteri itu.
Sedarlah mereka siapa sebenarnya dalang dalam penyebaran fitnah yang berleluasa ini. Mustahil permaisuri Entz akan menjual negara ini. Fitnah yang bertebaran telah menutup minda mereka daripada berfikiran rasional.
“Tangkap ketua menteri! Dialah pengkhianat yang sebenar.” Satu suara daripada rakyat yang hadir memecah kesunyian tadi. Ketua menteri terkesima dengan tindakan rakyat lalu dia melompat naik ke pentas. Ketua menteri meluru ke arah permaisuri yang tidak dijaga lalu memeluk dari belakang dan mengacukan senjata ke leher permaisuri.
“Jangan ada sesiapa yang berani datang dekat. Jika tidak aku akan bunuh permaisuri.” Ketua menteri memberi amaran.
Semua yang hadir cemas melihat nyawa permaisuri dalam bahaya. Tiada yang berani dekat takut ketua menteri akan mengotakan ancamannya itu. ketua menteri membawa permaisuri turun dari pentas untuk masuk ke istana dengan senjata masih di leher permaisuri. Tiada yang berani mendekat.
Tiba-tiba kedengaran satu bunyi tembakan lalu ketua menteri jatuh menyembah bumi. Jasad ketua menteri tidak bergerak lagi. Komander Niml segera mendapatkan permaisuri Entz yang hampir pengsan akibat ketakutan.
Ketua menteri telah ditembak mati oleh pasukan penembak hendap yang sentiasa bersiap siaga menjaga keselamatan permaisuri dari jauh.
Rakyat berkerumun di sekeliling mayat ketua menteri. Melihat dengan rasa yang bercampur baur, antara sedih dan marah. Sedih melihat ketua menteri mati dalam keadaan tragis dan dalam masa yang masa marah akan perbuatan penyebaran fitnahnya yang hampir menggugat keharmonian negara.
Peristiwa ini pasti akan dikenang dalam lipatan sejarah negara Formitera apabila ada rakyat yang mati ditembak akibat perbuatannya yang cuba memfitnah permaisuri dan mengkucar-kacirkan keharmonian negara.