Hilal Asyraf's Blog, page 9
March 20, 2018
Munafik
“Munafik.”
Dia berpaling. Mencari suara yang seakan angin lalu itu. Tiada sesiapa. Dia meneruskan langkahnya. Semakin jauh lorong sunyi itu ditelusuri, semakin bingit suara manusia kedengaran. Jalan besar terbentang luas. Dia meneruskan langkah melewati lampu isyarat, tiang lampu dan lautan manusia yang berpusu-pusu menuju destinasi masing-masing. Kotaraya ini terlalu menyesakkan! Rimas dengan peluh likat yang meleleh perlahan di badannya, dia menolak sebuah pintu kaca. Angin penghawa dingin menyerbu mendinginkan tubuhnya yang hangat.
“Ya cik, nak makan apa?” seorang pelayan wanita tersenyum sambil tangannya bersedia untuk mengambil pesanan sebaik sahaja Aqilah melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“Ice lemon tea, please. That’s all.” Aqilah membalas senyuman pelayan itu. Dia kembali menatal skrin telefon bimbitnya.
“Munafik.”
Pantas kepala Aqilah berpusing mencari arah suara tersebut. Hari ini saja sudah dua kali dia mendengar bisikan itu. Dia melepaskan nafas berat.
‘Aku dah gila ke?’ fikir Aqilah. Kepalanya digelengkan beberapa kali sehingga terasa pening. Pelayan wanita yang manis tadi tiba membawa air yang dipesan. Aqilah mendongak sambil kedua tangannya memegang kepala.
“Terima kasih.” Matanya melilau ke seluruh kafe itu. Dekorasinya sederhana dengan menampilkan warna biru putih dan beberapa kata-kata hikmah di dinding.
‘Kehidupan adalah cerminan peribadi.’
Hembusan nafas berat dilepaskan.
***
Kain tudung ditarik perlahan.
“Eh, kau buat apa ni, Qilah?” Ina berasa pelik. Wajah Aqilah masih selamba.
“Biar labuh sikit tudung tu.”
“Allahu kau ni Qilah. Suka tau buat aku sentap.” Ina menarik muncung.
“Tegur sebab sayang. Bukannya aku maki kau pun. Aku diam je kan.” Aqilah tertawa melihat wajah masam Ina.
Ina kembali fokus menatal skrin telefon bimbitnya. Melayari laman Twitter lah tu, fikir Aqilah. Dia tidak mempedulikan Ina dan menumpukan sepenuh perhatian pada novel yang baru
dibelinya. Tiba-tiba, bahunya terasa dicuit.
“Kenapa?” Wajah Ina kelihatan ragu-ragu. Aqilah berasa pelik. Perlahan, Ina menghulurkan telefon bimbitnya. Masih kehairanan, Aqilah menyambutnya. Matanya terbeliak.
“Ke…kenapa? Ma…macam mana mereka boleh tu…tu..tulis macam ni?” terketar ketar suara Aqilah. Antara menahan tangis dan terkejut.
“Aku tak tahu, Qilah. Aku ternampak ‘tweet’ dia tadi. Tiba-tiba je kan? Setahu aku dia bukannya bercakap dengan kau pun. Kenal kau gitu gitu je. Ish aku pula rasa geram!” Ina mengenggam penumbuk. Aqilah masih dalam keadaan terkejut.
Dia membaca sekali lagi bait yang tertera di skrin telefon bimbit Ina.
‘Aku benci betullah dengan perempuan munafik yang bertudung labuh tapi bukan main gedik berbual dengan lelaki. Berdua-duaan pula tu! Buruk betul perangai. Dah gatal sangat nak berlaki agaknya. Munafik!’
Aqilah membaca komen-komen dibawah ‘tweet’ itu pula.
‘Cakap pasal siapa tu? Macam kenal je. Hihi.’
‘Alah, yang debat sana sini tu lah! Dia je perempuan bertudung labuh yang gila kuasa. Semua benda dia nak pegang!’
“Aku dah tak mampu nak tengok lagi, Ina.” Air mata bergenang di tubir mata.
***
“Kau nak tau tak? Haritu aku pergi KLCC, aku nampak si Zain tu bukan main syok jalan berdua dengan Wati.” suara si gadis bertudung hijau memecahkan kesunyian.
“Zain?? Bukan ke dia tu anak ustaz? Amboi, sekarang ni anak ustaz pun pandai dah bercinta ek.” gadis bertudung ungu dan berkacamata menyahut.
“Iman tak dapat diwarisi tapi sebelum ni tengok gaya macam si Zain tu mewarisi je kealiman bapak dia tu. Ni bila Wati muncul tiba-tiba terbang terus kopiah dia.” Di akhir ayat, kedua-dua gadis itu tertawa besar.
“Eh dahlah. Aku ada perbincangan untuk kelab debat kita ni. Aku pergi dulu tau. Bising pula nanti orang tu.” gadis bertudung hijau itu pamit. Dalam perjalanannya, dia ditahan oleh seorang lelaki. Amirul.
“Kau nak apa ni, Amirul? Aku dah lambatlah.”
“Takda apa. Aku cuma nak bagitahu kau sesuatu je supaya kau tak terus hidup dalam fitnah. Wati tu sebenarnya adik Zain tapi tak ramai orang tau pasal ni. Aku rasa kau pun tak tahu pasal ni. Tu je aku nak bagitahu. Assalamualaikum.”
Aqilah terpempan. Dalam diam, ada mata yang memerhati.
***
Aqilah kembali ke dunia nyata setelah Ina mencubit-cubit lengannya kerana terlalu lama
Aqilah kaku.
“Kau ni kenapa, Qilah? Risau aku!” Dahi Ina berkerut-kerut.
“Aku rasa ini adalah kifarah untuk aku.”
“Kenapa pula kau cakap macam tu?”
Aqilah menceritakan segala-galanya. Ina diam.
“Kau nak tau sesuatu tak? Aku selalu pandang tinggi kat kau. Jadi bila aku baca apa yang Adi tulis pasal kau tu aku sakit hati. Bagi aku kaulah sebaik baik manusia aku pernah berkawan. Tapi bila dengar cerita kau ni sedikit sebanyak goyah juga kepercayaan aku pada kau. Tapi kau jangan risau. Aku sedar kau pun manusia biasa. Kadang kau alpa juga.” Wajah Ina sedikit muram.
“Ina, aku minta maaf kalau aku menghancurkan harapan dan sangkaan kau terhadap aku. Aku memang tak sebaik yang disangka. Mungkin ini cara untuk Allah tegur aku. Teguran Tuhan tak semestinya dalam bentuk bunga ros yang harum semerbak. Boleh jadi ini ujian agar aku selalu ingat untuk cermin diri aku.”
“Tapi aku tetap rasa kau kawan aku yang paling baik.”
“Ya, aku kawan baik kau tapi aku bukan yang paling baik. Mungkin lepas ni aku kena lebih berhati-hati dalam berbicara dan juga dalam segala apa yang aku lakukan. Kalau aku tak boleh jaga mulut aku ni dari mengumpat dan memfitnah orang, orang lain pun boleh buat perkara yang sama kat aku.”
“Kehidupan ini adalah cerminan peribadi kita. Kalau peribadi kita elok, perkara-perkara yang terjadi sekitar kehidupan kita pun adalah perkara yang elok juga.” Ina membalas.
“Dahlah, kau jangan fikir sangatlah pasal tu eh? Tidur lagi seronok.” Ina menyambung ayatnya dan menghempaskan tubuhnya yang kurus ke atas katil.
“Oi, dah Asar ni. Tak elok tidur lepas Asar!” Aqilah membebel.
Dalam hati, Aqilah berasa lega. Sepantas itu Tuhan menurunkan ujiannya, sepantas itu juga
Tuhan menyampaikan ilham kepadanya untuk meneliti hikmah disebaliknya. Namun jauh di
sudut hati dia tahu, dia akan sentiasa teringat-ingat peristiwa ini.
***
“Munafik.”
Aqilah menarik nafas dalam-dalam dan berkata kepada dirinya sendiri.
“Aku bukan munafik. Not anymore. InsyaAllah.”
March 18, 2018
Jalan
Kita lahir, membesar, ditunjukkan jalan, kemudian memilih jalan yang ingin kita lalui. Kau dan aku pernah berjalan seiringan , saling menggenggam tangan ,berganding bahu. Kemudian tiba titik kedewasaan, kita terpisah, memilih jalan sendiri. Kau kekanan dan aku kekiri. Kini, takdir menentukan kita bertemu kembali di satu persimpangan.
“ Rizal !! berhenti,” Inspektor Amir menjerit sambil muncung Beretta 92 nya menghala kearah seorang lelaki dihadapan nya. Lelaki bernama Rizal itu berpusing sambil tersenyum. Namun submesingan HK MP5 nya masih tepat kearah kepala mangsanya. “Ahh, Amir sahabat lama. Setelah lebih 10 tahun kita terpisah, sepatut nya pertemuan semula kita agak nostalgik.saling berpeluk, bersalaman, air mata mengalir mungkin. Tapi kau cuba menembak aku? Cukup dramatik.” Kata Rizal sinis. “Lepaskan dia Rizal, serah diri saja. Kau masih memanggil aku sahabat, jadi dengar kata kata aku. Aku tidak mahu menembak sahabat ku sendiri” Inspektor Amir masih berusaha memujuk.
“Baiklah, kau boleh ambil dia,lagipun dia dah nak mati. Tapi kalau kau nak tangkap aku kau kena kejar aku dulu. Kita bermain kejar kejar, seperti zaman kita kecil dulu.” Kata Rizal sambil berlari kencang. “Maafkan aku Rizal” Inspektor Amir bermonolog halus sambil jarinya menekan picu pistol. Dumm , kemudian kedengaran bunyi sesuatu jatuh. Dia menggeleng, kesal kerana terpaksa mengambil tindakan drastik.
Beberapa hari kemudian, di Hospital Kuala Lumpur.
“Aku dimana? Kenapa kepala dan kaki aku berbalut? Aduh, sakit kepala aku.” Rizal membebel sambil memegang kepala dengan tangan kanan. Tangan kiri nya bergari pada besi katil. “Kau dah sedar? Bagus .” Inspektor Amir bersuara tiba tiba. “Dah berapa lama kau ada kat sini? Kenapa kepala dan kaki aku berbalut? “ Rizal menyoal. “Dari pagi tadi. Aku tembak kaki kau, kemudian kau jatuh terhantuk tepi longkang. Aku ingat kau dah mati. Sebelum kau disoal siasat secara rasmi, aku ingin berbicara dengan kau, sebagai seorang kawan.” Jelas Inspektor Amir. “ Tak guna punya kawan , aku ajak main kejar kejar kau tembak aku. Tanya apa saja jika benar kau masih menganggap aku sahabat.” Kata Rizal
“Kemana kau menghilang selama ini? Kenapa kau jadi pembunuh? siapa mereka sebenarnya?” inspektor Amir menembak tiga soalan sekali gus. “Kau masih ingat hari terakhir kita bertemu? Kau berkata hari ini kita berpisah , mengambil jalan sendiri setelah bertahun seiring sejalan. Melihat kau memilih jalan sendiri, memasuki pusat latihan polis, aku membuat keputusan mengembara mencari jalan ku. Kemudian aku menyertai syarikat khidmat pengawal peribadi. Ketika itu lah aku mula tersilap jalan. Aku menjadi pengawal peribadi seorang ahli perniagaan. Rupa rupa nya dia terlibat dalam pasaran gelap menjual senjata.
Suatu hari, ketika kali pertama aku mengikuti dan mengetahui kerja haramnya, lokasi urus niaga senjata nya diserbu pihak polis. Dia berjaya melarikan diri, tetapi aku gagal dan ditangkap. Ketika aku meringkuk dilokap, dia datang. Tetapi bukan untuk menjaminku, sebaliknya menyampaikan satu ancaman. Jika aku mendedahkan kegiatannya, seluruh anggota keluargaku akan dibunuh. Aku tidak mempunyai pilihan, melainkan menanggung akibat atas kesalahan yang tidak aku lakukan. Aku dipenjara lapan tahun atas kesalahan menyeludup dan menjual senjata haram. Lapan tahun aku meringkuk dalam tirai besi tanpa ada seorang pun melawat. Dalam tempoh itu juga aku ternanti nanti saat pembebasan agar aku dapat meminta ampun dari ibuku.
Apabila saat itu tiba, yang menyambutku apabila pulang ke kampung hanyalah puing puing runtuhan rumahku dahulu. Aku cuba mengorek maklumat daripada penduduk kampung. Rupa rupanya dia mengarahkan konco konconya membunuh ahli keluargaku ketika aku masih dipenjara. Kerana rasa dendam dan marah atas kezaliman itu, aku memilih jalan gelap.aku menjejak dan membunuh seorang demi seorang anggota kumpulannya. Ketika dendam itu hampir terbalas, aku bertekad itu akan menjadi pertumpahan darah terakhir. Namun kau menjadi batu penghalang ketika aku ingin mencabut nyawanya, beberapa hari lalu,” kata Rizal mengakhiri ceritanya.
Inspektor Amir mengeluh kecewa selepas mendengar cerita sahabatnya. Selepas bertahun mencari, pertemuan semula mereka hanya menjadi permulaan sebuah lagi perpisahan. Selepas seminggu disoal siasat, mahkamah memutuskan Rizal didapati bersalah atas kesalahan membunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Dia hanya tersenyum ketika hukuman itu dijatuhkan. Ketika dia dibawa pergi, Inspektor Amir menghantar sahabatnya dengan satu pesanan terakhir, “Ingat janji kita dahulu”.
20 tahun kemudian, di Terminal Pengangkutan Awam, Kuala Terengganu, seorang lelaki tua berjanggut putih menapak keluar dari perut bas.dia kelihatan sedikit bingung. “Ah, dua dekad lebih aku meninggalkan negeri ini, ternyata Terengganu sudah banyak berubah,” katanya perlahan. Dia melihat sebuah teksi berhenti menurunkan penumpang. Langkahnya diatur laju mendekati pemandu teksi itu. “Assalammualaikum orang muda,” salam kesejahteraan diucap sambil tangannya dihulur. Ucapan salam berbalas, huluran tangan tua itu bersambut. Pemandu itu memandangnya sambil tersenyum.
“Ya pakcik? Pakcik nak ke mana?” soalan itu dilontar lembut. “Bawa aku ke jalan yang lurus,” kata lelaki tua itu. Pemandu itu tersentak mendengar jawapan itu. “Eh bukan, maaf, pakcik teringat kan seseorang tadi.Boleh anak hantar pakcik ke alamat ini?” lelaki tua itu bertanya sambil menghulur sekeping kertas. Kerutan jelas kelihatan di muka pemandu tersebut. “Ini alamat lama ni, kawasan ini dah jadi bandar baru, dah tak ada kampung,” katanya menjelaskan pekara sebenar. Kekecewaan jelas terukir diwajah tua itu. Pemandu itu mengeluh kecil, menggeleng kepala, kemudian tersenyum kembali.
“Tak apa pakcik, kebetulan saya memang ada urusan dikawasan itu. Saya boleh bawa pakcik ronda ronda dahulu, mungkin pakcik boleh mengingati sesuatu. Oh ya, kita belum berkenalan. Nama saya Khalid, pakcik pula?” kata nya. “Alhamdulillah, terima kasih nak Khalid. Panggil saja pak Mat,” mereka mula berkenalan secara rasmi. Beg kecil dimasukkan kedalam bonet dan mereka mula bergerak pergi. “Pak Mat datang dari mana tadi? Nampak macam dari jauh saja,” Khalid bertanya, cuba mengorek maklumat. Pak Mat tersenyum sinis lalu menjawap selamba, “Pakcik dari Pokok Sena, Kedah. Baru keluar penjara,” Khalid tersentak kali kedua. Hampir saja dia menekan brek mengejut kerana terkejut.
Pelbagai andaian buruk menujah mindanya. Rasa takut mula meresapi hatinya. Pak Mat menyedari perubahan wajah dan bahasa tubuh anak muda itu. “Usah risau orang muda. Semuanya sudah pakcik tinggalkan disebalik tirai besi. Ketika pakcik seusia kamu, pakcik tersesat jalan akibat dendam dan hasutan syaitan. Namun, Alhamdulillah, syukur kepada Allah, tuhan yang Maha Penyayang, dua dekad di penjara memberi peluang untuk pakcik kembali ke jalan yang diredhai tuhan,” jelas pak Mat. Khalid menarik nafas lega, kemudian berishtifar perlahan, menyesali andaian buruknya tadi. Perjalanan diteruskan sambil mereka terus rancak bercerita kisah hidup masing masing.
Mereka mula memasuki daerah Dungun. Sampai di satu kawasan, pak Mat meminta Khalid membelok ke arah kiri. “20 tahun, masih ada yang kekal sama. Turunkan pakcik disini, nak Khalid,” katanya dengan suara sedikit bergetar. Kelihatan air jernih mula bertakung di tubir mata, menanti saat untuk menitis. Khalid hanya mengangguk, memahami situasi.
Teksi itu berhenti dihujung jambatan. Pintu dibuka, pak Mat menapak perlahan sambil meraut janggut putihnya. Dia menghulur tambang teksi dan memeluk Khalid erat. Ucapan terima kasih meluncur laju dari bibirnya. Ketika deruan teksi semakin menjauh, dia mendepakan tangan dan memejam mata. Barangkali meraikan pembebasan diri atau cuba menghayati suasana kampung halaman yang telah bertahun ditinggalkan. Ketika dia membuka mata, terlihat dimatanya susuk seorang lelaki dibawah sebatang pokok besar ditepi sungai. Dia tersenyum, seakan mengenali susuk itu. Langkahnya diatur laju mendekati pohon itu.
Ketika dia sampai disebelah lelaki itu, salam kesejahteraan dihulur. “Waalaikumsalam, selamat pulang sahabat. Bagaimana keadaan dirimu?” lelaki itu bertanya. “Alhamdulillah Amir. Aku bersyukur Allah S.W.T masih memberi kesempatan untuk aku terus hidup. Nampaknya kau menanti ku disini. Ternyata kau masih berpegang pada janji puluhan tahun dahulu,” kata pak Mat sambil tersenyum. “Ketika aku mendengar khabar kau bakal dibebaskan selepas mendapat pengampunan dari Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, aku meminta bantuan kenalanku menyiasat bila kau dibebaskan, lalu aku menunggu kau disini, berharap kau juga masih mengingati janji itu,” balas Amir.
“Ya, janji ketika kita mula mula berpisah haluan , membawa diri menyusur jalan masing masing, suatu hari kita bertemu kembali di sungai ini, dibawah teduhan pohon yang sama. Tak mungkin aku lupa janji itu. Kerana janji itu, aku bertahan di penjara. Kerana janji itu, aku berubah dan kembali ke jalan diredhai Allah, dan kerana janji itu juga, Alhamdulillah, aku berdiri disini,” kata pak Mat lagi. “Rizal, aku bersyukur doaku saban waktu agar kita dipertemukan kembali dimakbulkan oleh tuhan yang Maha Mendengar. Dengan izin tuhan, kau kembali kejalannya dan persahabatan kita terus teguh sepeti teguhnya pohon ini,” ucap Amir.
“ aku mohon usahlah memanggilku Rizal lagi. Rizal telah mati ditembak 20 tahun lampau. Panggil aku Mohammad, sempena nama junjungan besar rasul terakhir. Semoga aku teguh mengikuti ajaran nabi Muhammad S.A.W,” pinta pak Mat. “Baiklah, Mohammad. Sebentar lagi masuk waktu Magrib, marilah kita ke rumahku dahulu, bersihkan diri. Kita sama sama berjemaah di masjid nanti,” ajak Amir. Pak Mat atau Mohammad mengangguk perlahan sambil mereka berjalan seiringan menuju ke rumah,persis ketika mereka kecil dahulu.
“Terima kasih sahabat, kau muncul ketika aku tersesat jalan. Kita terpisah dahulu ketika aku terhukum atas khilaf diri. Kini kita kembali seiring sejalan menuju jalan tuhan yang Maha Esa,” Mohammad Rizal.
March 17, 2018
Kisah Si Penunggang Motosikal
“Semua murid sudah pulang ustaz?” Tanya abang Man, pengawal keselamatan sekolah.
“Ya, semua sudah pulang abang Man. Kalau begitu saya juga mahu minta diri dulu.” Balas Najmi.
“Baiklah, ustaz. Hati-hati menunggang motosikal. Nampak seperti hari hendak hujan ini.” Nasihat abang Man.
Setiap hari seorang guru akan ditugaskan untuk menunggu para pelajar dijemput ibu bapa selepas tamat sesi persekolahan. Hari ini giliran ustaz Najmi bertugas menunggu murid-murid sehingga mereka dijemput oleh ibu bapa, bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.
Najmi bergerak ke arah motosikalnya lalu cuba dihidupkan, namun tidak berjaya. Hampir 5 minit dia berusaha tetapi tetap tidak berjaya dihidupkan.
“Aduh, buat hal pula motosikal ini.” Najmi mengeluh. Setelah dicuba lagi, akhirnya motosikal berjaya dihidupkan. Namun, enjin berbunyi agak aneh. Luar daripada kebiasaan. Najmi tidak mempedulikan dan bergerak meninggalkan perkarangan sekolah.
Setelah bergerak hampir 500 meter,tiba-tiba motosikal tersentak-sentak seperti kehabisan minyak. Najmi mula risau. “tolonglah jangan jadi apa-apa. Jauh lagi nak sampai rumah.”
Kerisauan Najmi menjadi kenyataan. Enjin motosikalnya tiba-tiba mati. Percubaan untuk hidupkan semula motosikal dilakukan tetapi tidak berjaya. Najmi menuntun motosikal ke tempat yang lebih selamat dan satu panggilan telefon dibuat.
Kedengaran satu suara. “Harap maaf. Baki kredit anda tidak mencukupi. Sila tambah nilai sebelum membuat panggilan.”
“Aduh, kredit tidak cukup. Kenapa waktu begini kredit boleh tidak cukup.” Najmi menepuk dahi. Dia memarahi diri sendiri kerana terlupa untuk tambah nilai kredit telefon bimbitnya.
Najmi tiada pilihan lain selain daripada menolak motosikal untuk mencari bengkel membaiki motosikal. Dalam hati dia berdoa agar ada insan yang sudi membantu dirinya.
“Kenapa ini anak?” Seorang lelaki tua yang menunggang motosikal berhenti di sebelah Najmi.
“Motosikal saya rosak, pakcik.” Jawab Najmi. Lega hatinya apabila ada orang berhenti untuk berikan bantuan.
“oh ya ka? Kasihannya.”
“Dulu pakcik juga pernah mengalami situasi seperti ini. Masa itu pakcik mahu pulang ke rumah dari pekan. Jauh juga la pakcik tolak. Nasib baik selepas itu ada orang tolong pakcik. Pakcik ini sudah lah ada sakit lutut, kena tolak motosikal pula. Habis sakit-sakit kaki pakcik selepas itu.”
“Mula-mula pakcik ingat minyak habis, rupa-rupanya enjin rosak. Mahal juga kos baiki yang pakcik kena bayar. Nasib baik anak pakcik yang bayarkan.”
Panjang lelaki tua itu bercerita. Najmi mengiakan sahaja cerita lelaki tua itu sambil tersenyum.
“Baiklah anak. Hati-hati tolak motosikal. Pakcik pergi dulu.”
Lelaki tua itu terus berlalu pergi. Mata Najmi terkebil-kebil melihat lelaki tua itu pergi menjauhi dirinya. Mulutnya ternganga. Najmi kebingungan di situ. Otaknya cuba untuk memproses apa yang sedang berlaku.
“Pakcik itu hanya bertanya, bercerita dan pergi begitu sahaja.”
“Tanpa sebarang bantuan!”
Najmi bercakap seorang diri sambil menggaru-garu kepala yang ditutupi topi keledar. Dia bagai tidak percaya apa yang baru terjadi. Lelaki tua itu sekadar bertanya serta bercerita dan terus berlalu pergi. Langsung tidak menghulurkan bantuan.
Najmi cuba berbaik sangka, mungkin lelaki tua pergi dapatkan pertolongan. Namun, kelibat lelaki tua itu tidak lagi kelihatan selepas itu.
“Ada juga manusia seperti itu. Sekadar ingin tahu tetapi tiada bantuan yang diberikan. Dia tidak lihatkah langit sudah gelap. Barangkali akan hujan sekejap lagi.”
Najmi ketawa seorang diri sambil terus menolak motosikal. Jika ada orang yang melihat, sudah pasti Najmi dituduh gila kerana ketawa seorang diri.
Sejak kejadian dengan lelaki tua itu, tiada lagi kenderaan yang berhenti bertanya atau ingin beri pertolongan. Tiada yang ambil peduli. Semunya hanya bergerak melepasi dirinya sahaja.
Nasib baik jarak antara tempat motosikal mula rosak dengan pekan tidak begitu jauh. Lebih kurang 300 meter sahaja.
Sebaik sahaja tiba dia pekan itu, hujan turun dengan lebat. Najmi segera memakai baju hujan bagi mengelakkan diri kebasahan. Mujur baju hujan sentiasa ada dalam raga motosikalnya. Baju hujan merupakan perkara penting yang perlu ada pada setiap penunggang motosikal.
Terdapat sebuah bengkel membaiki motosikal di seberang jalan. Berdekatan dengan simpang tiga di pekan tersebut. Keadaan di pekan agak sibuk kerana menjadi tumpuan penduduk kampung di sekitar situ.
Lampu isyarat di simpang itu menunjukkan warna merah. Semua kenderaan yang berada di atas jalan di hadapannya perlu berhenti. Najmi mengambil kesempatan itu untuk melintas jalan. Najmi berhenti di tengah jalan. Atas garisan pemisah antara dua jalan berlainan arah.
Najmi gusar berdiri di tengah jalan seperti itu. perbuatan itu agak berbahaya. Namun, dia tidak dapat untuk melintas jalan. Ada kenderaan sedang bergerak dari arah kiri ke arah kanannya. Dia perlu menunggu waktu yang sesuai untuk melintas.
“Pinnn!”
Sebuah motosikal bergerak laju ke arah Najmi sambil membunyikan hon. Najmi terkejut tetapi tidak tahu membuat apa-apa. Dia terkesima melihat kehadiran motosikal itu. Dia tidak pasti dari mana motosikal itu datang. Padahal sebelum melintas tadi dia sudah melihat keadaan trafik. Setelah sesuai baru dia melintas.
“Hoi! Lintas tidak tengok kiri-kanan kah?” Pekik penunggang motosikal itu. Penunggang motosikal itu terus memecut pergi tanpa menghiraukan lampu isyarat merah itu.
Mujur penunggang itu sempat memberhentikan motosikal. Najmi bersyukur terselamat daripada kemalangan. Najmi yakin dia telah pastikan keadaan trafik selamat sebelum melintas jalan.
Penunggang motosikal itu yang salah kerana menunggang secara laju ketika kenderaan lain berhenti di lampu isyarat. Kadangkala kemalangan boleh berlaku atas kecuaian orang lain, walaupun kita sudah berhati-hati.
“Encik, tolong periksa motosikal saya. Tadi motosikal ini mati secara tiba-tiba.” Najmi memberitahu abang mekanik sebaik tiba di bengkel tersebut.
“Baik abang. Bagi saya setengah jam. Abang boleh tunggu di kedai makan sebelah bengkel ini.” Ujar mekanik tersebut.
Najmi pergi ke kedai makan itu. Tekaknya sudah kehausan dek menolak motosikal sejauh 300 meter. Tiba di kedai makan itu, Najmi disapa oleh lelaki tua tadi.
“Eh, ini anak yang motosikal rosak tadi kan?” Soal lelaki tua itu.
“Ya, saya lah orangnya pakcik.” Balas Najmi.
“Maafkan pakcik, anak. Pakcik pergi begitu sahaja tanpa membantu kau. Tadi pakcik tiba-tiba sakit perut.” Bersungguh lelaki tua itu memohon maaf.
“Tak mengapa pakcik. Saya faham. Lagi pun saya sudah dekat hendak sampai ke pekan ini.” Rasa bersalah menyelubungi diri Najmi kerana bersangka buruk terhadap lelaki tu itu sebentar tadi.
Mereka berdua berbual-bual sambil menunggu mekanik memeriksa motosikal Najmi. Setelah 20 minit, mekanik itu datang.
“Maaf abang. Motosikal abang rosak teruk. Abang perlu tinggalkan motosikal di sini untuk saya baiki. Esok abang boleh datang ambil.”
“Kalau begitu, saya akan hubungi kawan menjemput saya di sini.” Balas Najmi.
“Eh, pakcik boleh hantar kau.” Tiba-tiba lelaki tua itu mencelah.
“Tidak perlu susah-susah, pakcik.”
“Tidak mengapa. Pakcik boleh hantar. Tidak perlu susahkan kawan kau.” Lelaki tua itu bertegas.
Najmi terpaksa menurut kata lelaki tua itu. Tidak upaya dia untuk melawan cakap orang yang lebih tua. Akhirnya, dia dihantar pulang ke rumah oleh lelaki tua itu.
“Terima kasih pakcik.” Ucap Najmi sebaik sahaja tiba di hadapan perkarangan rumahnya.
“Eh, tidak cukup dengan terima kasih sahaja, anak. Minyak motosikal pakcik ini bukannya percuma.” Kata lelaki tua itu sambil tersengih-sengih.
Najmi menghulurkan RM10 kepada lelaki tua itu tanda terima kasih.
“Mana cukup ini. Sekurang-kurangnya bagilah RM50. He he.”
Najmi tidak berpuas hati. “Apa ini pakcik? Bukan jauh pun pakcik hantar saya. 6 KM sahaja.”
“Kau nak bagi atau tidak? Jangan sampai aku rosakkan lagi motosikal kau di bengkel itu.” Lelaki tua itu mengugut.
Tanpa banyak bicara, Najmi mengeluarkan lagi RM40 dan beri kepada lelaki tua itu. Dia tidak mahu ugutan lelaki tua itu menjadi kenyataan. Lelaki tua itu tersenyum apabila mendapat RM50 dan terus berlalu pergi.
“Tak guna punya orang tua. Ingatkan baik sangat. Dah tua-tua pun masih berperangai buruk.”
“Ya Allah, termaki orang pula. Ampunkan aku ya Allah.”
Najmi masuk ke rumah dengan perasaan geram. Bengang Najmi dengan perangai lelaki tua itu. Dia mengambil kesempatan ketika orang lain ditimpa kesusahan di tengah jalan.
March 16, 2018
Perkongsian Pengalaman: Kata-kata itu Doa
Kata-kata itu adalah sebuah doa.
Saya teringat akan sebuah peristiwa. Situasinya amat segar di ingatan.
Tahun: 2012, waktu: sekitar jam 5 petang. Kami dalam perjalanan pulang ke rumah dari melawat kakak ipar yang baru kembali setelah seminggu berumrah di Tanah Suci.
Perjalanan agak perlahan. Banyak kereta di jalan raya. Suasana di dalam kereta yang pada mulanya riuh dengan suara anak-anak, lama-kelamaan menjadi senyap. Masing-masing tersungkur lena. Mentari masih terik memancar. Silau mata dek sinarnya, saya memperbetulkan kedudukan windscreen.
“Kita nak pergi umrah juga ke?” tanya suami, tiba-tiba.
“Erm.. tak pasti la Bang,” jawab saya. Saya fikir ini adalah jawapan paling selamat yang keluar dari mulut seorang surirumah.
“Kita pergi Haji teruslah.” sambung suami.
“Saya setuju,” balas saya, teruja dan kemudian menyambung, “Kita pergi sebelum umur saya cecah 35 tahun, boleh?”
“Erk, 2 tahun untuk kumpul duit, tak sempat rasanya,” berkerut dahi suami mendengar permintaan saya itu.
“Jika begitu sebelum umur Abang mencecah 40 tahun lah,” cadang saya kembali.
“Insha Allah,” perlahan suara suami menjawab.
3 tahun kemudiannya, kami berdua berangkat menunaikan fardhu Haji dan Umrah. Tatkala saya berumur 36 tahun dan suami berumur 38 tahun. Alhamdullilah.. Perbualan kami itu ternyata didengari dan diaminkan oleh suara-suara yang tidak kedengaran – “Sebelum umur Abang mencecah 40 tahun.”
Antara harapan yang saya titipkan semasa menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu adalah keinginan untuk menghafal Al-Quran. Niat itu hadir, kerana saya rasa saya perlu mempersembahkan sesuatu kepada Allah swt. Dia telah terlalu baik kepada saya selama ini. Hampir apa yang saya mahu, malah hajat hati berbentuk keduniaan, Dia makbulkan. Sebagai tanda syukur atas segala kurniaNya, saya mahu menghafal Al-Quran.
Aidiladha tahun berikutnya menjelma. Setahun telah berlalu. Ternyata, ada harapan yang masih tinggal sebagai sebuah harapan. – impian untuk menghafal Al-Quran. Menerpa pertanyaan di benak hati, “Mabrurkah haji itu, jika apa yang dijanjikan di hadapan Kaabah bukan sahaja masih tidak ditunaikan, malah tiada usaha ke arah itu? Allahuakbar..”
Saya semak kembali impian untuk menghafal al-Quran. “Mesti ada usaha. Mesti ada ikhtiar. Bagaimana hendak dapatkan sagunya, jika ruyung tak dipecahkan,” tekad hati kecil saya. Al-Quran yang sering saya baca, saya renung.
“Tapi tebalnya ni. Boleh ke nak hafal?” muncul pula suatu bisikan melemahkan semangat.
Di suatu sudut, terdapat suara lain yang berbisik, “Sampai bila harus menunggu. Setahun telah berlalu. Berapa tahun lagi mahu pergi berlalu untuk saya mulakan langkah pertama..”
Ingat lah akan firman Nya,
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
(A-li’Imraan 3:133)
Ingat lah akan firman Nya,
Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka; Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka; Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka; Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.
(Al-Mu’minuun 23:59-61)
Dan ingat lah akan firman Nya,
..dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku”.
(Taha 20:84)
Kata kunci nya adalah Segera! Jangan nanti-nanti.
Saya capai Al-Quran tersebut dan selak lembaran demi lembaran. Lalu saya berkata pada diri, “Kena buang perasaan negatif itu. Harus yakin. Lakukan kerana Allah swt.” Al-Quran itu kemudiannya saya dakap erat, sambil terus berbisik sendirian, “Saya mahu ayat-ayat ini dekat di hati- terpahat dan terpateri. Ya Allah.. tolong..”
Kata-kata itu adalah sebuah doa. Namun perlu disulami usaha.
Strategi disusun. Program yang menawarkan kursus menghafal Al-Quran secara online untuk wanita dewasa, saya cari. Ketemu, namun, saya perlu menunggu. Ramai yang telah memohon, dan mereka juga sedang menunggu. “Rezeki itu ada inshaaAllah. Sementara itu, tahsin kan bacaan dan mantapkan tajwid,” bisik hati memujuk diri.
Alhamdulillah, setelah lebih 3 bulan menunggu, pada awal tahun 2017 saya diterima masuk ke program tersebut. Tawaran diterima dengan penuh kesyukuran. Sebuah perjalanan baru untuk ‘seumur hidup’ telah bermula.
Setahun telah berlalu. Bermula dengan hanya mempunyai 10 surah di dada, mashaAllah quwataillah billah, kini telah tersemat lebih dari 45 buah surah. Alhamdullillah. Perjalanan masih jauh dan panjang. Namun saya tekad. kaki akan tetap terus melangkah. Berbekalkan istighfar, saya berdoa agar terus istiqamah bersemangat untuk menambahkan storan dan yang paling utama adalah untuk mengulang bacaan hafalan. InshaaAllah.
Saya tanam hasrat untuk berjaya menghafal Al-Quran sebelum umur mencecah 45 tahun. Semoga Allah swt memberi kemudahan kepada saya dalam menempuh perjalanan ini. Ameen.
1 Bahagia Dari 1001 Bahagia
Aku Nurain, anak tunggal dan tinggal bersama ibu tunggal. Ibu ayah dah lama bercerai. Dahulu adakala aku rasa hidup ini kejam. Iyalah, yang selalu aku dapat rasa kecewa, rasa marah, sedih dan terluka.
Bayangkan sejak aku masih kecil, aku dah terbiasa dimarahi tanpa sebab. Bukan itu saja, aku dah terbiasa dipukul ayah sendiri. Aku sering menjadi tempat melepaskan amarah bila ibu ayah bergaduh. Aku dah terbiasa diabaikan semua keperluan aku dan aku uruskan semua sendiri.
Ya. Aku dari usia 7 tahun dah menjadi anak gadis yang kena berdikari. Jiran sekeliling sering tunjukkan simpati mereka dan mahu berikan bantuan kepada aku tapi aku menolak.
Bukan sebab aku ego tapi sebab aku dah boleh berdikari, aku dah kuat, aku tak perlukan semua itu. Untuk apa aku mengharapkan bantuan dari mereka jika penghujungnya mereka tetap mengutuk keluarga aku. Bantuan ikhlas kah begitu?
Sejak usia 7 tahun itu aku dah selalu sangat melihat ibu aku menangis kesedihan, membuatkan aku benci dengan lelaki. Iya, betul!
Jadi tak mustahillah di usia aku sekarang 26 tahun aku langsung tidak memikirkan soal kahwin, anak dan berkeluarga. Tidak pernah sekali aku fikirkan semua itu!
Aku sangat tahu rakan-rakan aku sedang memburu jodoh, sedang bahagia bersama suami, anak dan keluarga kecil mereka tapi apa aku peduli? Aku ada pilihan hidup aku sendiri. Aku tahu cara bahagia aku bagaimana.
………………………….
Petang itu aku ke pasar malam sejurus pulang dari ofis. Aku ni bukan suka sangat beli makanan di pasar malam tapi sebab ibu minta belikan makanan untuknya, aku langkahkan kaki ke sana.
Kenapa tak suka ke pasar malam?
Sebab aku tak suka tempat ramai orang macam tu dan paling utama sebab di pasar malam lah ayah pernah mengamuk dan bergaduh dengan ibu masa aku berusia 15 tahun. Itu antara kenangan sangat pahit dalam hidup aku. Ibu dimalukan disitu oleh suami sendiri. Apa kau rasa sebagai anak? Mesti marah kan.
Tapi kau tak ada kuasa dan daya untuk memarahi dan menghalang apa yang berlaku ketika itu. Itu sebab aku tak suka! Setiap kali aku ke pasar malam mesti terbayang-bayang kejadian tu. Huh.
Kalau nak ditulis kenangan hitam aku sepanjang aku mula masuk alam sekolah, terlalu banyak dan ia tak pernah luput dari ingatan.
Aku berjalan sepanjang jalan yang dipenuhi gerai-gerai. Mataku melilau mencari gerai yang ibu katakan padaku, Resipi Bonda. Ibu aku ni suka sangat nasi goreng tapi hanya di satu gerai ini saja dia boleh makan. Jenuh sungguh aku nak mencari.
Sambil berjalan tu aku cari jugalah makanan untuk aku sendiri. Dah dekat 15 minit aku ditenggelami dengan ramai manusia disitu.
‘Manalah gerai yang ibu cakap ni. Tak jumpa-jumpa pun! Aku balik kang baru tahu.’ Getus hatiku. Aku berhenti dan duduk di bahu jalan berdekatan tempat parkir motosikal. Dah penat sebenarnya.
Tanpa buang masa, jari aku pantas mendail nombor ibu.
“Ibu, along tak jumpa gerai tu. Dah 15 minit along kat sini. Beli makanan lain boleh tak?”
“Along cuba cari betul-betul. Ada je gerainya. Bonda cakap bonda meniaga hari ni.”
“Tapi masalahnya dah 3 kali along pusing tempat sama, tak juga jumpa.”
“Along, dah berputus asa ke?” Ibu perlahankan nada suara.
Dengar suara ibu macam tu dah cukup membuatkan aku rasa bersalah. “Baiklah ibu. Along cari sekali lagi.”
“Terima kasih along. Kalau tak jumpa juga, tak apa. Beli je apa-apa makanan. Nanti kita buka puasa sama-sama ya. Ibu tunggu di rumah.”
“Ya ibu. Assalamualaikum.” Panggilan ditamatkan.
Aku berdiri semula. ‘Nampaknya aku kena usaha lagi lah ni.’
Kali ini aku mulakan misi mencari nasi goreng kegemaran ibu dengan lafaz basmalah. Hehe. Aku mulakan langkah dengan harapan usaha terakhir ini membuahkan hasil lah.
Dari satu gerai ke satu gerai aku mula menapak dan mencari gerai ‘Resipi Bonda’. Dari jauh aku dah macam nampak kain rentang tertulis ‘Resipi Bonda’.
Aku semakin laju menghayunkan langkah kaki ke gerai itu. ‘Harap betullah itu kedainya.’
Semakin dekat semakin jelas tulisan pada kain rentang itu. Ramai orang mengerumi gerai tu, mesti sedap lah tu kan.
‘Yes! Akhirnya jumpa gerai Resipi Bonda!’ Aku mula beratur untuk menunggu giliran. Sekali lagi sabarku teruji disaat aku tengah berpuasa sunat ni.
…………………….
Lagi dua orang pelanggan ada di hadapan aku dan selepas itu giliran aku pula. Tak sabarnya sebab aku nak cepat balik rumah.
“Mak cik Ida, apa ni. Tadi saya order nasi goreng dan mee goreng basah, tapi kenapa lain yang saya dapat?” Seorang pelanggan wanita, tak bertudung, datang menerjah di hadapan aku. Terkebelakang aku dibuatnya. Nasib tak tergolek jatuh.
“Eh yeke dik. Adik dapat apa tu? Mari mak cik Ida tengok.”
“Saya dapat kuew tiaw kerang. Mak cik Ida ni nak berniaga, elok-eloklah. Lain kali dengar betul-betul apa pelanggan cakap. Saya dah lah jauh datang ni.” Balas wanita muda itu sambil menghulurkan beg plastik berisi dua bungkusan. Raut wajahnya jelas kelihatan marah.
Terpaksa mak cik Ida berhenti sekejap membungkus nasi pelanggan yang sedia ada di hadapannya. Semua memerhati kejadian itu.
“Biar mak cik Ida bungkus yang baru ya. Mak cik Ida minta maaf.”
“Tu ha yang bungkus tadi, orang OKU tu. Mak cik Ida buat apa nak ambil pekerja macam tu. Menyusahkan orang ada lah. Tak payahlah mak cik Ida. Dah tak ada selera saya nak makan. Bagi semula duit saya. Setel.” Jari telunjuk ditujukan ke arah seorang lelaki muda yang sedang duduk berdekatan kereta, di bahagian tepi gerai.
Terkejut aku dan pelanggan lain dengar kata-kata wanita yang tiada adab tu. Berani dia cakap macam tu. Astaghfirullah.
“Sekali lagi mak cik Ida minta maaf ya dik. Itu anak mak cik Ida. Dia bukan OKU cuma tak dapat melihat sebelah mata. Maafkan mak cik Ida. Tadi mak cik Ida pergi solat. Jadi dia yang tolong bungkuskan.” Lembut tutur kata mak cik Ida Ida, wajahnya ditundukkan tanda sebagai mohon maaf.
“Tak apalah. Bagi je balik duit saya RM10.”
Tanpa banyak soal mak cik Ida Ida mengambil wang not RM10 dan berikan kepada wanita itu. Dapat saja wang terus wanita itu berlalu pergi.
Beberapa pelanggan lain menggeleng-gelengkan kepala melihat tingkah wanita yang tidak menghormati orang tua. Kenapalah macam itu sekali sikapnya?
Mak cik Ida Ida kembali semula melayan pelanggannya. Wajahnya langsung tidak menunjukkan sedih. Aku sangat kagum sebab mak cik Ida Ida sangat bijak mengurus emosinya. Benda baru aku pelajari hari ini nampaknya.
5 minit kemudian, mak cik Ida Ida menegur aku.
“Anak kak Siti ya?” Tanya wanita itu sambil mengambil kertas bungkus nasi yang dah tersusun rapi dalam bakul kecil.
Aku hairan sekejap. “Ya saya.”
Mak cik Ida Ida tersenyum kat aku. Aku dapat agak mesti mak cik Ida ni kenal dengan mak aku, yelah mak aku kan pelanggan tetap kat situ.
“Beli nasi goreng untuk mak ke? Nak berapa bungkus?”
“Ya, nak satu bungkus je. Ibu cakap macam biasa.”
“Okay. Tunggu sekejap.”
Aku mengangguk dan menunggu dia siap membungkus nasi yang aku tempah. Sedang menunggu tu, aku terpandang akan sesuatu.
Di bahagian tepi gerai itu ada seorang lelaki dan perempuan kurang upaya. Kedua-duanya duduk di atas kerusi roda. Aku sangat yakin keduanya ada masalah penglihatan.
Even keadaan macam tu tangan mereka sedang melipat kertas pembungkus nasi. Aku perhatikan saja mereka dan melihat hasil kerja mereka.
‘MasyaAllah, kemasnya susunan dan lipatan tu.’ Aku mengagumi dalam hati. Tersusun elok saja kesemua kertas pembungkus itu diletakkan dalam bakul.
‘Betapa malunya aku. Hebat kuasa Allah ni, Dia memang berikan kekurangan kepada hamba-Nya, tapi digantikan dengan kelebihan lain.’
Bukan itu je. Aku pernah perhatikan seorang lelaki buta melintas jalan. Masa tu jalan memang sibuk dan kebetulan sewaktu kereta aku berhenti, lampu hijau untuk pejalan kaki menyala.
Lelaki itu berjalan melintas jalan raya dengan selamatnya. subhanaAllah, sejak itulah aku sangat yakin, Allah ni sangat baik, walaupun lelaki itu buta tapi dia ada ‘deria rasa’ lain yang Allah kasi menyebabkan diorang boleh berdikari, bergerak ke sana ke mari.
Tapi bagi aku, biarpun begitu bukan tiket untuk aku mengelak dari membantu mereka.
“Dik, nah nasinya.”
“Ehh.. maaf, maaf. Berapa ringgit?” Aku tersedar dari lamunan selepas mendengar suara mak cik Ida tadi.
“6 ringgit je. Jauh mengelamun dik.” Balas mak cik Ida tu sambil tersengih.
Aku terus mengeluarkan not hijau dan not biru dari beg dompet aku. Aku hanya membalas senyuman mak cik Ida tadi.
“Nanti sampaikan salam kat mak kamu ya.”
“InsyaAllah mak cik Ida.”
Aku terus berlalu dari gerai itu dan pulang ke rumah.
‘Fuh, banyak betul hikmah aku dapat even pergi pasar malam je.’
Inilah sebenarnya bahagia yang selalu aku dapat dalam hidup. Memang aku harus mencari bahagia lain seperti bahagia dalam perkahwinan, bahagia memiliki keluarga sendiri. Tapi dengan pengajaran yang Allah swt kurniakan kat aku setiap hari, ia dah cukup mendidik aku untuk bersyukur. Berkat syukur itulah hadirnya rasa bahagia.
Bahagia inilah yang telah menghapuskan segala perasaan negatif yang pernah tertanam dalam diriku.
Bagi aku bahagia tak semestinya dengan adanya wang ringgit, dengan perkahwinan, dengan hidup berpasangan, tapi bahagia itu hadir apabila melihat setiap kejadian dengan mata hati.
Ohya, aku bukan menolak sunnah Rasulullah saw atau takut dengan kisah silam keluarga. Cuma hati aku belum terbuka untuk memikirkan soal itu. Mungkin Allah swt nak aku jaga dan bahagiakan ibuku dahulu. Selamanya pun aku tak kisah sebab dengan melihat ibu tersenyum lebar pun dah lebih dari cukup untuk aku merasa bahagia. Dalam banyak-banyak kebahagiaan di dunia ini, membahagiakan orang tua itulah bahagia yang paling aku cinta.
March 15, 2018
Cerpen: Buah Pinggang
“Bagus ni kak. Cepat boleh kurus makan ni. Saya hari-hari makan ni la.”
Zumayra melihat gadis di hadapannya. Nampak ramping dan cantik.
“Makan secara istiqamah selama sebulan kak. Lepas tu baru akan nampak hasilnya.”
“Orang Islam kita yang hasilkan produk ni kak. Bila akak beli, maknanya akak tolong orang Islam kita juga.”
*****
“Eh, beli baru lagi? Berapa banyak produk Zu nak makan ni?
Nubhan menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak suka. Zumayra senyum sahaja. Sabarlah, selepas sebulan nanti, mesti Nubhan terkejut tengok Zu dah kurus macam sebelum kahwin. Hatinya berkata girang.
“Tolong beli barangan orang Islam kita, bang. Dapat pahala juga. Lagipun kasihan Zu tengok adik yang jual tu. Sanggup berdiri lama kat pasaraya untuk pasarkan produk ni.” Zumayra memberikan alasan.
*****
“Jom Zu, kita lari pusing-pusing taman pagi ni.”
Nubhan menyuarakan hasratnya sebaik sahaja pulang daripada solat Subuh berjemaah di masjid. Hujung minggu begini, Nubhan suka menghabiskan masa berlari-lari anak di sekitar kawasan perumahan mereka sambil menghirup udara pagi yang masih segar.
“Zu penatlah, bang. Nak sambung rehat lagi. Semalam banyak betul kerja pejabat yang Zu kena siapkan.”
Zumayra menguap. Telekung yang digunakan untuk solat Subuh tadi segera disangkut. Tubuhnya direbahkan di atas tilam empuk.
“Zu kata nak turunkan berat badan, kenalah rajin bersenam, Zu.”
Nubhan cuba memujuk. Namun Zumayra sudah pun memejamkan mata.
Tanpa bersenam pun Zumayra boleh turunkan berat badan. Produk yang sedang diamalkannya kini berfungsi untuk membakar segala lemak dalam tubuhnya meskipun ketika sedang tidur. Maka, untuk apa bersusah-payah bersenam lagi. Hati Zumayra berbisik yakin.
*****
“Sedapnya makan wafel aiskrim. Haritu Zu kata nak diet. Dah tak jadi ke?”
“Alah kak Jun ni, bukan selalu. Sekali-sekala apa salahnya.”
“Semalam pun kak Jun nampak Zu makan air batu campur siap dengan aiskrim tinggi bukan main.”
Zumayra kelihatan tidak selesa. Buat apalah kak Jun ni sibuk-sibuk perhatikan apa yang dia mahu makan. Kak Jun bukan tahu yang dia sedang amalkan produk yang boleh membakar segala kalori dan lemak dalam badan. Namun, rasa tidak puas hatinya dipendamkan sahaja. Kak Jun yang merangkap pegawai atasannya itu perlu dihormati.
“Zu, kak Jun bukan apa. Nak ingatkan saja. Kak Jun ni bila dah masuk umur 40-an dah kena kencing manis. Baru kak Jun ada kesedaran nak jaga makan. Zu ni baru 28 tahun, elok jaga awal-awal sebelum kena.”
*****
Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Zumayra sedang duduk di perhentian bas di hadapan wisma tempat dia bekerja sambil menunggu Nubhan datang menjemputnya pulang. Telefon pintarnya dikeluarkan. Zumayra membuka facebook.
Alangkah terkejutnya dia melihat namanya ditag oleh Nubhan Ahad semalam.
“Zumayra sayang, baca ni. Kalau nak turunkan berat badan perlu jaga makan dan rajin senaman.” -Nubhan
“Betul tu abang Nubhan. Kak Zu ni baru tiga tahun kahwin, badan dah naik macam tayar lori kena pam. Abang Nubhan juga yang kekal sado. Hahaha!” -Zakwan.
Jahat betul Zakwan ni! Hati Zumyra membara. Adik lelakinya yang seorang itu memang suka memerlinya.
“Jangan cakap macam tu Zek. Marah kakak kamu nanti.” -Nubhan.
“Biar dia marah, bang. Kalau tak tegur, tak tahu. Tahu-tahu, abang dah kahwin lain. Kahkahkah!”
Zumayra mengetap giginya menahan marah. Tak guna Zek!
“Pin! Pin!”
Bunyi hon kereta Honda Civic itu mematikan sebentar gelojak amarah Zumayra. Suaminya sudah tiba.
*****
“Sampai hati abang!”
“Eh, sampai-sampai rumah je dah marah. Zu kenapa? Daripada dalam kereta diam tak nak cakap dengan abang.”
“Malulah Zu abang tag Zu. Zek pula perli-perli Zu. Orang lain baca, malulah Zu.”
Nubhan melepaskan keluhan berat.
“Baiklah. Abang minta maaf. Nanti abang padam yang abang tag tu. Tapi yang penting Zu bacalah perkongsian daripada Dr. Rafidah. Doktor pakar buah pinggang tu.”
Zumayra hanya mengangguk. Namun, dalam hati dia malas untuk membacanya. Pasti pesanan agar makan makanan berkhasiat dan bersenam.
*****
“Zu dah cek doktor?”
“Cek doktor? Buat apa mak?”
Zumayra memandang ibunya dengan penuh tanda tanya. Zumayra sedang menggoreng cekodok pisang untuk juadah petang di rumah ibunya. Sebulan sekali, dia pasti akan pulang ke rumah ibunya dan juga mertua. Bulan ini giliran rumah ibu bapa Zumayra.
“Ya lah. Zu dah tiga tahun kahwin, belum ada apa-apa. Cubalah cek dengan doktor. Mana tahu ada apa-apa masalah ke? Mak bukan apa, teringin juga nak menimang cucu.”
“Anak tu rezeki Tuhan mak. Zu baru tiga tahun kahwin. Bulan lepas pun, masa Zu balik rumah mertua, ibu mertua Zu pesan jangan risau pasal anak ni. Nanti stres lagi susah.”
“Ya lah. Mertua kamu tu cucu dah berderet. Mak ni seorang pun belum ada lagi. Teringin juga. Eloklah cek doktor. Em, Zek tu pula tak kahwin-kahwin lagi.”
“Alah mak. Zek tu memang. Mulut cakap lepas, siapa yang nak.”
“Ha! Mengumpat je kerjanya!” Zakwan tiba-tiba muncul di dapur sambil menyergah kakaknya. Terkejut Zumayra.
“Astaghfirullah Zek! Terperanjat mak.” Ibunya menggeleng-gelengkan kepala.
“Mak, kak Zu ni makan tidur je kerjanya. Mana nak dapat anak. Badan gedabak macam ni.”
“Amboi sedap cakap. Zek tu, bila nak kahwin? Tak laku agaknya!” Zumayra pula membidas.
“Hahaha. Zek ni kan lelaki sado lagi kacak. Berderet tunggu Zek tahu. Zek je tak tahu nak pilih yang mana. Entah-entah Zek sekali kahwin dengan empat isteri terus. Hoho!”
Zumayra hanya mencebik. Kalau ikutkan hati, hendak saja dicilikan mulut Zek.
“Dah. Zek, pergi angkat dulang cekodok ni letak kat ruang makan. Panggil ayah dan abang Nubhan kamu makan. Nampak macam ralit bersembang kat kebun belakang rumah lagi.”
Ibunya meleraikan perang mulut anak-anaknya itu. Daripada kecil sampai sudah dewasa pun kalau bertemu dua beradik, pasti ada saja sesi berbalas bahasa. Tidak akan habis kalau dilayan.
*****
“Kenapa Zu nampak lesu saja ni? Dah makan ke belum ni?” Kak Jun menegur Zumayra yang kelihatan tidak bermaya.
“Entahlah kak Jun. Rasa tak ada selera nak makan.”
“Muka Zu pun akak nampak macam sembab semacam. Nanti ajak Nubhan bawa Zu ke klinik.”
Zumayra hanya mengangguk. Sudah beberapa minggu dia lesu dan hilang selera makan. Nubhan memang berkali-kali cuba memujuk Zumayra ke klinik. Namun, Zumayra enggan. Bagi Zumayra, ini satu petanda yang baik. Kurang selera makan bermakna akan berkurang juga berat badannya.
*****
“Uwek! Uwek!”
Nubhan mengurut perlahan-lahan belakang isterinya.
“Zu, jom kita ke hospital.”
Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Zumayra muntah-muntah. Air kencingnya juga berbuih-buih. Namun, baginya, ini hanyalah ‘healing crisis’. Satu proses penyembuhan. Satu proses pengeluaran toksik daripada badan.
“Zu penatlah, bang. Zu nak baring.”
Nubhan memapah isterinya ke katil. Zumayra terbaring kepenatan. Nafasnya tercungap-cungap. Wajahnya pula sudah pucat lesi.
Sudah hampir sebulan Zumayra begini. Awalnya, Nubhan menyangka Zumayra hamil. Namun, ujian kehamilan yang dibeli di farmasi menunjukkan Zumayra tidak pula hamil. Nubhan nekad. Dia bersiap seadanya. Dengan susah payah, Nubhan menggendong isterinya sampai ke tempat duduk belakang keretanya. Walaupun isterinya enggan, dia tidak mengendahkan. Bahagian kecemasan hospital menjadi tujuan pemanduannya kini.
*****
“Kerosakan buah pinggang isteri encik ni dah peringkat akhir encik.”
“Bacaan kreatinin tinggi. Dah 3000 ke atas ni. Kalau normal, tak melebihi 100!”
“Kami terpaksa buat dialisis secara kecemasan.”
“Isteri encik ada makan apa-apa produk tak?”
“Ini produk tak berdaftar encik. Bahaya!”
Kata-kata doktor masih terngiang-ngiang di telinga Nubhan. Sepatutnya daripada awal lagi dia perlu bertegas dengan Zumayra. Produk-produk yang berada di atas meja makan di rumahnya dilihat satu-persatu. Ikutkan hati, ingin sahaja dia mencampakkan terus kesemua produk itu ke dalam tong sampah. Namun, dia perlu lebih bijak.
*****
Gadis muda yang berada di hadapnnya tergamam. Orang ramai di sekitar mereka berdua ada yang menjerit, ada yang hanya memerhatikan dan ada pula yang sudah merakam menggunakan telefon pintar.
Produk yang dibalingnya di hadapan gadis itu sudah terburai isinya di atas lantai pasaraya.
“Isteri saya sekarang dalam wad hospital! Buah pinggang dah rosak! Produk yang dijual oleh gadis ini tak berdaftar! Minta tolong semua, jauhilah produk nak kurus nak cantik! Mengarut semua tu!”
Setelah selesai membuat pengumuman, Nubhan berlalu pergi. Sudah empat gerai menjual produk kurus dan cantik yang dijerkahnya hari ini. Mujur, Ini produk yang terakhir. Nubhan melepaskan nafas lega.
*****
“Gigih betul abang Nubhan muat naik segala gambar produk tu.”
Zakwan memandang Nubhan. Dia sedang menemani Nubhan di perkarangan hospital. Manakala, ibu dan ayahnya sedang menemani kakaknya di wad.
“Bukan setakat muat naik di facebook Zek. Abang dah laporkan ke pihak berwajib. Laporan polis buat, laporan dekat Pengguna pun abang buat.”
“Nanti Zek tolong tularkan semua tu.” Janji Zakwan sambil tangannya mencapai telefon pintarnya di dalam kocek seluar.
“Abang pun ada jerkah penjual-penjual produk yang Zu beli kat pasaraya. Harap mereka berhenti daripada terus jual produk macam tu.”
“Lah! Abang ke yang dalam video tu? Kawan Zek ada share video kata ada suami mengamuk kat pasaraya sebab isteri dah masuk hospital sebab makan produk kurus cantik ni. Zek tak tengok pun video tu. Tak sangka, abang rupanya. Fuh! Berani betul abang!”
“Mana ada mengamuk. Abang buat pengumuman saja. Baling produk tu depan penjual, sekadar gimik nak tarik perhatian orang ramai. Lagipun abang dah biasa cakap depan orang ramai.”
Zakwan tergelak kecil. Ya, abang iparnya Guru Penolong Kanan sekolah. Memang hampir setiap hari berucap di hadapan guru dan murid.
“Abang pun sekarang ikuti facebook Rafidah Abdullah, Fadh Zakaria dan beberapa orang doktor pakar buah pinggang. Alhamdulillah, para doktor banyak meluangkan masa untuk memberikan pendidikan kesihatan.”
“Sayangnya, kak Zu tak baca apa yang abang selalu kongsi. Nasi dah jadi bubur.” Zakwan mengeluh kesal.
“Jangan risau Zek. Abang janji akan terus berada di sisi Zumayra. Susah senang sama-sama.”
Zakwan mengangguk-angguk sambil tersenyum.
*****
“Maafkan Zu, bang.” Zumayra bersuara lirih.
Nubhan hanya tersenyum sambil mengusap ubun-ubun isterinya.
“Lepas ni Zu kena ucap terima kasih banyak-banyak pada abang sebab abang nak hadiahkan sesuatu yang sangat berharga untuk Zu.”
Zumayra terkelip-kelip memandang suaminya. Nubhan masih tersenyum. Nubhan mencapai tangan Zumayra lalu diletakkan di pinggang Nubhan. Kemudian diletakkan ke pinggang Zumayra pula.
“Pemindahan buah pinggang. Abang nak hadiahkan seketul untuk Zu.”
Nubhan menggenggam erat tangan Zumayra dan air mata Zumayra mengalir laju.
Motivasi Agama : 6 Bekalan untuk para pendakwah
Kualiti manusia yang berada pada abad kedua puluh satu ini seperti orang-orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Manusia hidup bergelumang dengan noda dan dosa. Dunia ini sangat indah seolah-olah menjadi milik manusia.
Oleh itu, hendaklah ada segolongan manusia yang sentiasa menegakkan seruan amar makruf nahi mungkar supaya manusia tidak terus tenggelam dalam kesesatan.
Jika di dalam sesebuah masyarakat itu ada sejumlah orang yang sentiasa menegakkan seruan amar makruf nahi mungkar, maka masyarakat tersebut akan mendapat perlindungan daripada Allah SWT.
“Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang di antara penduduknya masih ada orang-orang yang berbuat kebaikan.” Surah Hud 11 : 11.
Kepada para pendakwah sekalian.
Ingatlah bahawa dakwah bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Dakwah merupakan pekerjaan para rasul. Sudah pasti akan melalui pelbagai cabaran dan dugaan yang bakal menggugat keimanan kita. Jadi Allah SWT telah memberikan bekalan kepada para pendakwah untuk berjaya dalam gelanggang dakwah ini.
Bekalan 1 : Teguh hati
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya…” Surah al-Anfal 8 : 45.
Bekalan pertama yang perlu ada para pendakwah adalah hati yang teguh. Ayat ini menyeru kepada orang yang beriman supaya teguhkan hati dalam menghadapi orang-orang kafir terutamanya di medan perang.
Jika orang kafir yang berada pada posisi kebatilan pun tidak takut dengan peperangan, inikan pula orang yang beriman, orang yang berada pada posisi kebenaran sudah pasti perlu lebih teguh berbanding mereka yang berada dalam kebatilan.
Oleh itu, para pendakwah perlu berani bersuara dalam menegakkan kebenaran. Para pendakwah perlu elak daripada melakukan perkara yang boleh menjatuhkan reputasi mereka dengan diam membisu dalam hal-hal yang berkaitan dengan umat Islam.
Bekalan 2 : Selalu berzikir
“…dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” Surah al-Anfal 8 : 45.
Bekalan kedua yang perlu ada pada para pendakwah adalah banyak mengingati Allah SWT. Ayat ini menjelaskan kepada orang beriman supaya banyak mengingati Allah di medan perang.
Mereka perlu sentiasa ingat dengan janji-janji Allah yang akan beri kemenangan dan pertolongan kepada orang yang beriman.
Jika para pendakwah menjadikan Allah SWT sebagai pendampingnya, sudah pasti dia adalah manusia yang layak mendapat kemenangan dan pertolongan daripada Allah SWT. Ini menyebabkan para pendakwah akan rasa sentiasa bersama dengan Allah SWT.
Bekalan 3 : Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya…” Surah al-Anfal 8 : 46.
Bekalan ketiga yang perlu ada pada para pendakwah adalah taat pada perintah Allah SWT melalui al-Quran dan taat pada Rasul melalui sunah-Nya. Antaranya ialah perintah-perintah yang berkaitan dengan dakwah, penyampaian, tuntutan dan kaedah dakwah sama ada secara individu ataupun jemaah.
Selain itu juga, perlunya para pendakwah untuk taat kepada pemimpin yang adil dan baik. Kerana ketaatan ini juga merupakan ketaatan kepada Allah dan rasul.
Kesan daripada ketaatan inilah akan melahirkan persaudaraan iman dan bersatu hati dalam memerangi sesuatu kemungkaran. Sebabnya adalah Allah bersama mereka yang bergerak dalam jemaah.
Bekalan 4 : Tidak adanya perpecahan dan perselisihan
“…dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu…” Surah al-Anfal 8 : 46.
Perpecahan dan perselisihan merupakan satu penyakit yang sangat merbahaya dalam sesebuah jemaah. Oleh itu, para pendakwah perlu mengutamakan perintah Allah dan rasul berbanding pendapat peribadinya.
Kita umpamakan seperti ketaatan seorang makmum kepada imamnya dalam mengikuti segala gerak gerinya ketika solat jemaah. Namun, itu tidak menyebabkan kita tidak boleh mengemukakan sebarang pendapat.
Mengeluarkan pendapat itu merupakan satu hak yang dimiliki oleh setiap anggota organisasi. Namun keputusan tetap di tangan ketua organisasi. Jadi selagi mana pendapat tersebut tidak melanggar syarak, maka kita perlu taat kepada pemimpin bagi mengelakkan perpecahan dan perselisihan.
Bekalan 5 : Sabar
“…dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” Surah al-Anfal 8 : 46.
Sebagai seorang pendakwah yang hidup di zaman mencabar ini, sabar merupakan satu sifat mulia yang sangat kita perlukan. Kita perlu sabar dalam mengajak manusia taat kepada perintah Allah dan menjauhi segala larangannya.
Jika pendakwah seorang yang tidak sabar, pendakwah akan dihinggap perasaan putus asa serta malas terhadap orang yang didakwahnya. Baru sekali kita mengajak orang pergi ke masjid, kita sudah putus asa.
Oleh itu, dengan kesabaran ini akan membantu para pendakwah supaya dapat bertahan dan menang ke atas musuhnya.
Bekalan 6 : Ikhlas beramal kerana Allah
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.” Surah al-Anfal 8 : 47.
Bekalan yang terakhir untuk para pendakwah adalah berusaha bersungguh-sungguh supaya setiap amalan yang dilakukan adalah semata-mata kerana Allah SWT.
Para pendakwah perlu bekerja keras sehingga Allah mengurniakan keberkatan dalam amalan, membimbing dan memberi perlindungan kepada para pendakwah.
Dengan kata lain bahawa Allah SWT tidak akan menerima amalan hamba-Nya yang tidak dilakukan dengan benar dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.
Kesimpulan
Setiap orang yang beriman harus mengakui bahawa kita mempunyai tanggungjawab untuk melakukan dakwah. Iaitu dengan melakukan amar makruf nahi mungkar. Maksudnya ialah kita mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.
Jadi kita wajib menyiapkan diri kita untuk melaksanakan perintah Allah ini. Semoga 6 bekalan untuk para pendakwah ini dapat membantu kita dalam menjalankan tugas sebagai pendakwah.
Selain itu, kita juga perlu melaksanakan tugas ini dengan apa cara sekalipun. Kita boleh beri ceramah, menulis buku, menulis artikel, mengikut jemaah tabligh dan sebagainya.
Malah pada hari ini kita boleh menulis status di Facebook, Instagram dan Twitter yang mengajak kepada kebaikan.
Jika kita tidak mampu untuk menjadi ustaz yang memberi ceramah agama, jadilah pembaca yang memberi manfaat kepada orang lain dengan menyebarkannya – Dr. Abd Basit Abd Rahman.
March 14, 2018
Sibuk
Sibuk.
Menjadi fitrah dalam kehidupan setiap manusia. Kadang-kadang ada masa sibuk dan kadang-kadang ada masa lapang. Ada yang hari-harinya sentiasa sibuk. Tetapi, ada juga yang hari-harinya sentiasa lapang sehingga boleh sahaja tidur sepanjang hari. Bangun hanya untuk makan dan main alat permainan atau alat komunikasi.
Pada zaman yang membangun ini, kesibukan itu semakin meningkat dari masa ke semasa. Sibuk dengan kerjaya terutamanya. Kesibukan ini kadang-kadang kita terasa beban dengan kerja yang dilakukan. Tidak kira kerja dalam kerjaya mahupun dalam belajar dan agensi sekalipun.
Dalam kerjaya, terbeban dengan kerja-kerja yang menimbun diberi. Rasa tertekan dengan orang yang harus dia hadap dan berkomunikasi, tertekan dengan kerja yang tertangguh banyaknya dan lain-lain. Bagi pelajar, pastinya tertekan dengan pelajarannya yang kadang-kadang tidak faham, tertekan dengan orang di sekeliling dan dengan kerja sambilan yang dilakukan. Bagi agensi atau persatuan, tertekan dengan halnya yang tidak selesai-selesai.
Masing-masing ada cara sibuknya. Tidak menentu.
Tetapi perlu ingat, jangan sampai kesibukan ini lari daripada ibadah kepada Allah. Kerja-kerja yang dilakukan harus seiring dengan kehendak Allah. Seperti firman Allah dalam kitab-Nya:
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
“Aku tidak menciptakan manusia jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepada-Ku”
(Az-Dzariyat : 56)
Ayat yang pendek dan selalu digunapakai, tetapi mempunyai hakikat yang mendalam. Tanpa memahami hakikat ini, manusia tidak akan berjalan lurus dalam setiap langkah kehidupan dan membawa kepada kehidupan yang sia-sia.
Ayat yang pendek ini membuka kepada segala aspek kehidupan yang melazimi pelbagai konsep dan matlamat di bawah satu hakikat iaitu hakikat berubudiyah kepada Allah yang menjadi asas dalam sebuah kehidupan manusia.
Ubudiyah di sini bukan hanya tertumpu pada ibadah semata, tetapi mempunyai makna yang lebih luas dan ternyata ini merupakan tugas yang besar. Ayat ini berkaitrapat dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah iaitu:
وإذ قال ربك للملائكة إنى جاعل في الأرض خليفة
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi…”
(Al-Baqarah : 30)
Menghubungkan kedua-dua ayat ini, ternyatalah pengertian ibadah yang menjadi matlamat kewujudan insan dan tugas sebagai khalifah membawa pengertian yang luas. Bermakna, ubudiyah yang dimaksudkan bukan sahaja melakukan upacara ibadah, tetapi membawa setiap perkara yang dilakukan itu kepada ibadah kepada Allah.
Tugas sebagai khalifah yang melaksanakan segala urusannya kerana Allah itulah tugas yang besar. Jika kesibukan harian kita sentiasa dalam ibadah, pasti segala beban kerja kita akan terasa ringan jika melaksanakannya dengan taat kepada Allah. Ketika ini, barulah manusia sedar akan kewujudannya di muka bumi ini dan beerti dia benar-benar berkejar kepada Allah.
Mendalami hakikat ubudiyah ini sangat dititikberatkan kerana adalah asas kehidupan insan. Melakukan dengan ikhlas dan mengikut syariat itu yang utama dalam kerja-kerja yang dilakukan.
Semoga kita sentiasa ikhlas dalam setiap pekerjaan bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t.
March 13, 2018
Cerpen : Arti Kehilangan
Seorang gadis berjalan perlahan menapaki rerumputan hijau yang telah tertata rapi. Di tangannya tergenggam sebuket bunga mawar putih. Matanya menerawang menatap lingkungan di sekitarnya. Begitu damai dan tenang. Angin pun bergerak dengan sangat pelan. Tidak ada tanaman yang mencolok. Tanah lapang yang menggambarkan kedamaian, juga kesedihan.
“Assalamualaikum,” bisiknya hangat sambil meletakan buket mawar pada nisan di hadapannya. Suaranya jelas menggambarkan kesedihan.
“Bagaimana kabarmu? Aku merindukanmu,” kata Qisthi tertahan. Matanya menatap pilu pada nama Faruq yang terukir indah di batu nisan. Butiran bening menggenang di mata keabu-abuan miliknya.
“Ya Allah…!” teriak Qisthi disertai tangis yang tak mampu ia bendung. Air matanya terus mengalir deras melewati bukit pipi.
“Mengapa kau meninggalkanku secepat ini!?” teriaknya lagi.
Isaknya tak juga kunjung berhenti. Ingatannya mereka kembali waktu kebersamaannya dengan Faruq yang kini tak akan mungkin terulang kembali. Pandangannya tiba-tiba buyar, seketika Qisthi jatuh tak sadarkan diri di tanah.
____
Mata Qisthi membuka perlahan, ia mencoba menyesuaiakan dengan cahaya yang ada.
“Di mana aku?”
“Kau di rumahku,” ujar seorang wanita berkerudung putih yang berdiri di sampingnya sambil tersenyum.
Qisthi berusaha bangkit dari tidurnya, namun seketika ia merasa kepalanya berat.
“Jangan bangun dulu, kau belum benar-benar sehat. “ ujar wanita itu lagi.
“Siapa kau? Bagaimana aku bisa berada di sini?”
“Namaku Syifa, aku seorang dokter. Pagi tadi aku mendapatimu tak sadarkan diri di pemakaman. Maaf sebelumnya karena telah lancang membawamu ke sini. Aku hanya tidak tahu harus membawamu ke mana.” Jelas Syifa panjang lebar. Qisthi akhirnya mengingat apa yang telah terjadi padanya.
“Terima kasih. Oh ya, sekarang pukul berapa?”
“Sekarang pukul 08.00 malam. Kau belum makan seharian, sebaiknya kau makanlah dulu. Aku telah menyiapkannya untukmu,” jawab Syifa sambil menunjuk sebuah nampan yang berisi makanan.
”Terima kasih. Tapi aku harus pulang. Orang tuaku pasti sangat khawatir terhadapku.”
“Tidak. Untuk malam ini menginaplah di sini. “
Setelah berpikir, Qisthi pun mengiyakan perkataan Syifa. Setelah menyelesaikan makan malamnya, Qisthi kemudian berjalan di sekitar kolam yang berada tepat di samping kamarnya. Ia menyusuri tepian kolam sendiri. Air yang berada di tepian kolam membuat Qisthi hampir tercebur kedalam kolam kalau saja tangan seseorang tidak cepat-cepat menariknya. Tatapan keduanya bertemu.
Malam itu hujan mendadak turun dengan derasnya membasahi bumi. Bintang dan bulan ikut bersembunyi, menambah sepi. Tak ada kata, tak juga suara dari keduanya. Mereka seolah terhipnotis oleh rinai hujan.
“Ekhem…” suara deheman Syifa membuyarkan lamunan keduanya.
“Apa kalian ingin hujan-hujanan terus? Ayo masuk. Nanti kalian bisa sakit.” Ujarnya sambil menahan senyum.
Qisthi yang menyadari tangannya tengah digenggam seseorang tiba-tiba saja langsung menarik kembali tangannya dan segera masuk ke rumah. Pipinya memancarkan rona kemerahan. Tak jauh berbeda dengannya Arsil pun menunjukkan ekspresi yang sama.
“Aku kembali ke kamar saja, ya” ujarnya yang kemudian bergegas ke kamar.
Syifa hanya membalasnya dengan senyuman. Tak berapa lama, Arsil kemudian menanyakan tentang Qisthi kepada adiknya itu.
“Siapa dia?” Arsil terlihat penasaran.
“Namanya Qisthi, aku menemukannya tengah tak sadarkan diri ketika berziarah ke makam ayah dan ibu pagi tadi. Mas Arsil jangan macam-macam loh ya, dia itu tamuku.” Syifah mengakhiri ucapannya dengan cekikikan.
“Apaan sih, Dek. Ya tidak mungkin juga Kakak macam-macamin dia.” Balas Arsil sambil mencubit pipi saudarinya itu.
“Sudah, dari pada kamu mikirin yang tidak mungkin terjadi, mending kamu istirahat, gih.” Ujar Arsil lagi.
Syifa hanya mengangguk tanda setuju. Ia pun bergerak menuju kamarnya yang berada di lantai dua. Sementara di sisi lain. Qisthi tengah terduduk di sebuah sofa yang terletak di sudut kamar.
Tatapannya kosong, pikirannya hanya mengarah pada sosok Faruq.
“Seandainya kamu masih di sini,” ujarnya membatin.
Butiran air matanya menetes lagi. Kali ini sepertinya ia tak mau berhenti. perlahan kakinya mengarah ke arah jendela. dipandangi olehnya hamparan langit luas tanpa bintang. Hanya ada hitam yang teramat kelam.
____
Sinar mentari pagi yang mengintip lewat jendela, membawa kehangatan sendiri bagi Qisthi. Ia telah bangun sejak subuh tadi. Ia ingin segera kembali ke rumahnya.
“Assalamualaikum,” suara Syifa menyapa di balik pintu.
“Waalaikumsalam, sebentar Syif.” Jawab Qisthi sambil membenarkan jilbab yang tengah ia kenakan. Ia kemudian membuka pintu kamarnya.
“Eh, pagi-pagi udah rapi. Ayo kita sarapan bersama dulu.”
Qishi hanya mengikuti langkah Syifa menuju meja makan. Di sana terlihat Arsil sudah duduk sambil mengoleskan selai coklat ke rotinya. Matanya tiba-tiba saja tertumbuk pada sosok Qisthi yang menuju ke arahnya. Entah mengapa, saat melihat Qisthi irama jantung Arsil menjadi lebih cepat dari sebelumnya.
“Mata Mas bisa-bisa copot loh nanti, kalau keterusan mandangin Qisthi.” Canda Syifa.
Arsil mendadang salah tingkah mendapati candaan Syifa terhadapnya. Sedangkan Qisthi hanya tersenyum tertahan.
Selepas sarapan, Arsil lalu bergegas ke kantornya. Ia adalah seorang CEO di salah satu perusahaan ternama di Jakarta. Sebelum berangkat, ia lalu berpamitan pada Syifa.
“Aku berangkat dulu ya,” ujarnya.
“Hati-hati di jalan ya, Mas.” Balas Syifa.
Arsil lalu memandang Qisthi yang hanya memberinya senyuman. Tapi entah mengapa, Arsil merasa bahwa senyuman itu lebih baik untuknya hari ini.
Setelah Arsil berangkat, tak berselang lama Qisthi pun berpamitan pada Syifa. Tak lupa ia mengucapkan terima kasih pada Syifa dan memberikannya kartu namanya.
“Kapan-kapan main ke rumahku ya,” ujar Qisthi tulus.
“Insya Allah. Mas Arsil boleh aku ajak, kan?” tanya Syifa dengan senyum jahilnya.
Qisthi hanya tersenyum. Ia lalu pulang menggunakan taksi yang dipesannya secara online. Setelah kepulangan Qisthi, Syifa baru mengetahui bahwa Qisthi adalah salah seorang CEO pada salah satu perusahaan Wedding Organizer.
Hari berganti bulan menjadi tahun. Tak terasa, setahun telah berlalu semenjak kejadian itu. Sejak saat itu Qisthi dan Syifa menjadi kian akrab. Tak jarang keduanya bertemu untuk menghabiskan waktu bersama. Qisthi pun perlahan mampu melupakan Faruq seutuhnya.
“Ibu, ini ada beberapa berkas yang harus ibu tanda tangani.” Ujar Sekertaris Qisthi. Ia lalu meraih setumpuk berkas dan membukanya satu-persatu.
“Bagaimana jadwalku hari ini?” tangannya masih berkutat dengan berkas.
“Hari ini ibu dijadwalkan untuk meeting pada pukul sepuluh nanti.” Jawab sekertarisnya.
“Baiklah. Tolong persiapkan segalanya dengan baik.” Ujarnya lagi. Sekertarisnya pun meninggalkannya.
Setelah Qisthi menyelesaikan tugasnya. Ia pun memutuskan untuk beristirahat sambil menunggu di ruang pertemuan.
Ruang pertemuan itu ia rancang dengan suasana out door yang membuat siapa saja akan betah berlama-lama di sana.
Tak lama ia menunggu, sekertarisnya pun datang bersama seorang pemuda yang sepertinya tak asing di penglihatannya.
“Mas Arsil…” ujarnya begitu melihat pemuda itu.
“Qisthi? Wah… kebetulan sekali,” ada binar yang sulit diartikan tergambar pada wajah Arsil begitu ia menyadari bahwa yang menjadi rekan kerjanya kali ini adalah Qisthi.
“Mari Mas, silahkan duduk.” Ujar Qisthi kemudian. Setelah keduanya duduk, mereka lalu mulai membicarakan tentang pekerjaan.
“Baiklah, maafkan aku sebelumnya karena langsung memintamu sebagai CEO yang mengurusi hal ini. Tapi aku ingin pernikahan ini berjalan dengan sangat baik sehingga aku ingin kau sendiri yang mengerjakannya selaku CEO.” Ada rasa yang mengganjal yang timbul di hati Qisthi begitu ia mendengar penuturan Arsil.
“Pernikahan? Apa dia akan menikah?” ujarnya membatin. Namun profesionalitas tetap ia jaga seperti apapun kondisinya.
Pertemuan tersebut berlangsung cukup lama. Pernikahan itu akan dilaksanakan tepat sebulan dari sekarang. Segalanya segera mereka persiapkan. Mulai dari undangan sampai tempat dan tema pernikahan.
Tak terasa waktu berlalu, besok adalah hari pernikahan itu. Segalanya telah mereka persiapkan dengan baik. Namun tidak demikian dengan hati Qisthi. Hatinya sedang tak baik-baik saja. Saat sedang memikirkan acara pernikahan Arsil, tiba-tiba saja ponselnya bordering menampilkan sebuah nama.
Perasaannya campur aduk antara senang bercampur sedih sekaligus. Dengan segenap keberanian, ia lalu mengangkat panggilan tersebut.
“Assalamualaikum. Maaf ada apa, Mas?” tanya Qisthi to the point.
“Waalaikumsalam. Aku hanya ingin bertanya, bagaimana persiapan untuk besok? Aku ingin semuanya sempurna.”
“Apa mas tidak mempercayaiku? Semuanya sudah aku kerjakan sendiri.” Qisthi sedikit kesal.
“Baiklah. Satu lagi, aku akan menunggu kehadiranmu besok. Jangan sampai tidak hadir. Bye. Assalamualaikum.”
Belum sempat Qisthi menjawab, panggilan tersebut telah diputus sepihak oleh Arsil. Perasaan sedih mendominasi hatinya saat ini. Bagaimana mungkin ia bisa hadir dalam acara pernikahan itu? Memikirkannya saja sudah membuat hatinya bak ditusuk sembilu.
“Ada apa sebenarnya dengan hatiku?” Qisthi kembali membatin.
Keesokan harinya, dengan rasa bimbang dalam hati, dia memberanikan diri mengenakan sebuah gaun biru bercorak putih yang sangat cantik untuk menghadiri acara pernikahan Arsil. Namun ia mengutuk dirinya sendiri saat ia menyadari bahwa pernikahannya akan dimulai sebentar lagi.
Qisthi hadir sangat terlambat, ia baru tiba tepat saat kedua mempelai ingin melemparkan buket bunga mereka. Tanpa ia duga, ia berhasil menangkap buket bunga tersebut bersama seseorang.
“Mas Arsil? Apa yang Mas lakukan?” tanyanya saat menyadari bahwa yang berhasil menangkap buket bunga tersebut bersamanya adalah Arsil.
“Apa ada yang salah?” bukannya menjawab pertanyaan yang diajukan Qisthi, Arsil malah balik bertanya kepadanya.
“Sepertinya, kau dan Masku akan segera menyusul Mas Arsil dan Mbak Sarah.” Ujar Syifa tiba-tiba.
“Apa maksudmu? Bukannya Mas Arsil yang melangsungkan pernikahan hari ini? Sebenarnya ada apa ini?” Qisthi tak mengerti dengan apa yang terjadi.
“Sepertinya ada yang sudah salah paham, sebaiknya Mas saja yang menjelaskannya.” Ujar Syifa lagi.
Qisthi lalu berbalik pada Arsil, “Aku butuh penjelasan.”
“Baiklah. Seperti yang Syifa bilang, hari ini adalah hari pernikahan Arsil dan Sarah. Tapi bukan aku Arsilnya. Tapi sepupuku yang kebetulan memiliki nama yang sama denganku. Aku dimintai oleh Arsil untuk mengurusi segala yang berkaitan dengan pernikahannya. Aku tak menyangka pada akhirnya kau akan salah paham karenanya.” Qisthi menggaruk-garuk kepalanya yang tak gatal, ia berusaha menyembunyikan rasa malunya.
“Apa kau tak memeriksa nama dalam undangan yang kau buat? Di sana nama ‘Arsil Hakim’, sedangkan namaku adalah Muhammad Arsil Abdullah. Apa kau lupa dengan nama calon suamimu sendiri?” ujar Arsil melanjutkan.
Kedua alis Qisthi bertaut ketika mendengar kalimat terakhir yang diucapkan Arsil.
“Ca..calon suami?” ia sampai-sampai terbata mengucap kata.
”Jadi sebenarnya Mas Arsil telah lama menginginkanmu sebagai istrinya,” jawab Syifa mewakili. Qisthi hanya terdiam, ia tidak pernah menyangka scenario yang ditetapkan Allah untuknya akan membawanya pada kebahagiaan. Kehilangan yang pernah dia rsakan, diganti dengan berjuta kali bahagia.
“Benar, maaf karena tanpa persetujuanmu aku telah menemui kedua orang tuamu. Alhamdulillah, mereka telah menyetujuinya. Sekarang yang kutunggu tinggal jawabanmu.”
Qisthi menarik napas dalam, “Bismillahirrahmanirrahim. Aku menerimanya.”
Akhir dari majelis pernikahan tersebut menjadi haru. Siapa sangka kehilangan terkadang bisa saja merupakan jalan untuk membawa kita pada seseorang yang namanya telah disandingkan untuk kita di langit sana.
March 12, 2018
2 CARA UNTUK KEKALKAN POSITIF ANDA !
Setiap insan di atas muka bumi pasti mengharungi ujian. Ujian yang diberi oleh Allah adalah satu ketukan untuk kesedaran atas diri yang sering alpa dengan tanggungjawab dan amanah dari Allah. Perasan atau tidak, setiap kali kita dihujani ujian pasti langkah kita akan perlahan sebentar. Kita seolah-olah sedang mencari tapak lama yang dahulu memacu laju kita.
Tetapi, apa guna melihat kebelakang ? Usah toleh apa yang telah berlaku. Kita punyai matlamat dihadapan untuk ditujui. Sedar akan setiap ujian pasti ada kemanisan, setiap kemanisan pasti akan ada kepayahan dan di hujung kepayahan akan tersedia kejayaan. Apa yang penting redha Ilahi itu yangdi nanti.
Insan yang tiada masalah itu bermasalah. Rasulullah S.A.W insan yang maksum pun menghadapi ujian dengan jerih perih meredah bersama sama sahabat sehingga dunia dapat dilimpahi dengan Islam. Segalanya Rasulullah S.A.W dan sahabat lakukan kerana Allah.
Maka apakah indikator untuk kita kekalkan Positif bermula awalan hari hingga akhir hari kita ? Kerana aura positif insan insan yang hebat dapat membina diri dan memberi khidmat kepada orang lain.Benar, hanya dengan sifat positif kita mampu menyumbang perkara yang bermanfaat. Tanpa aura ini pasti seseorang itu akan berputus dengan rahmat Allah.
Langkah Pertama : Niat
Acap kali kita dengar mengenai niat. Setiap kali kita pergi mendengar kuliah, ceramah atau motivasi pasti di ulang ulang.
“Sesungguhnya amal perbuatan itu dinilai berdasarkan niat dan seseorang itu mendapat balasan sesuai dengan apa yang diniatkan “ [riwayat Bukhari & Muslim]
Niat adalah satu lintasan hati. Setiap niat yang terlintas pasti akan dinilai oleh Allah. Orang sekeliling tidak mampu mentafsir dan mengetahui. Maka ini adalah antara dia dengan Allah.
Niat yang baik akan menggerakkan diri ke arah kebaikan. Orang tua kata dari mata turun ke hati. Tetapi bagi kekalkan Positif, dari hati diturunkan kepada anggota badan. Di sinilah peranan akal dapat dizahirkan dengan pancaindera.
Kata Ibn Al-Mubarak (wafat 181 H )
“Boleh jadi amalan yang kecil itu menjadi besar kerana niat yang baik dan boleh jadi amalan yang besar itu menjadi kecil kerana niat yang salah”
Maka, jika ingin kekalkan Positif. Perbaharuilah niat. Bismillah jalan sahaja !
Langkah Kedua : Biar Sedikit Asalkan berterusan.
Aisyah radhiallahu ‘anha, Rasulullah S.A.W bersabda,
“ Lakukanlah amalan amalan sekadar yang kalian mampu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sehingga kalianlah yang akan bosan. Sesungguhnya amalan yang disukai Allah ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit “ [riwayat Al Bukhari & Muslim]
Tidak dinafikan, banyak perancangan kita untuk kekal Positif. Cuba kita senaraikan sekarang. Apakah perkara yang hendak kita lakukan agar diri kita terus kekal Positif.
Sila tulis. Paling kurang Minima 5 perkara positif yang anda ingin lakukan. Daripada 5 perkara tadi pilih 3 perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Setelah itu daripada 3 perkara tadi pilih satu sahaja yang kecil dan paling mudah hendak dilakukan.
Lakukanlah sekecil kecil perkara Positif. Tidak perlu fikir yang susah susah. Jika anda berharta sedekahlah walaupun sedikit, jika anda mempunyai ilmu berilah walaupun kecil. Jangan rasa rendah diri. Inilah yang dinamakan sebagai khidmat atau amal. Untuk dapat jiwa jiwa positif beramallah dengan perkara positif walaupun kecil. Tidak perlu fikirkan yang besar besar.
Apa yang penting niat dan berazam kemudian lakukanlah dengan berterusan walaupun kecil.