Hilal Asyraf's Blog, page 13
February 5, 2018
BASIKAL KE SEKOLAH- SIK, KEDAH
Tahun 2018, Langitilahi Komuniti telah memulakan langkah dengan menyertai dan bersama- sama menganjurkan satu lagi kerjasama program komuniti di daerah Sik, Kedah. Langitilahi.com bersama Ehsan Care, Yayasan Kasih Tauhid dan Komuniti ‘facebook’ Shah Alam Residents (Shah Alam Residents) telah bekerjasama melaksanakan sebuah program komuniti yang berkonsepkan pro- aktif bagi mencari, mendekati dan menyentuh masyarakat yang memerlukan secara lebih dekat. Rentetan daripada respon, maklumat serta data yang telah diperoleh, justeru kami telah memilih komuniti yang memerlukan di sekitar daerah Sik, Kedah sebagai destinasi pertama program Basikal Ke Sekolah pada tahun ini.
Objektif utama program ini adalah untuk menyantuni golongan- golongan yang memerlukan di sekitar daerah Sik selain menyalurkan bantuan berupa keperluan pengangkutan ke sekolah, memberikan kemudahan rawatan perubatan rumah ke rumah bagi pesakit- pesakit yang melarat dan kurang upaya. Disamping mengagihkan sumbangan barang- barang keperluan harian seperti beras, gula, milo dan lain- lain selain pakaian- pakaian terpakai. Justeru, tarikh 3 Februari 2018 telah di pilih bagi menjayakan Jelajah pertama program ‘ Basikal Ke Sekolah’ ini.
JUMAAT, 2 FEBRUARI 2018
Pasukan relawan komuniti maya Langitilahi.com (Langitilahi Komuniti) terdiri daripada Dr Azrul Yunus, Cik Nadzirah dan Cik Hartini telah memulakan perjalanan ke Sik pada lewat petang Jumaat setelah persiapan ubat- ubatan dan peralatan perubatan telah siap di sediakan. Perjalanan panjang kami turut di sertai oleh Cik Hafidzah wakil Perpustakaan Shah Alam. Perjalanan selama 5 jam ini berjalan dengan lancar dan kami semua selamat tiba di D’Puncak Beris Lake Resort pada awal paginya.
SABTU, 3 FEBRUARI 2018
Pagi itu kami bangun awal. Usai subuh, kami bersiap awal untuk menyaksikan keindahan terbit matahari di sekitar Tasik Beris yang sangat mengujakan. Pemandangan tasik sungguh indah, hijau hutan yang damai sambil menghirup udara dingin pagi yang segar. Panorama pagi yang indah ini secara tidak lansung menaikkan semangat kami untuk melaksanakan khidmat masyarakat pada hari ini di samping meningkatkan rasa syukur kami kepada Yang Maha Bijaksana. Seawalnya, ketua program, En Hisham Misripin, relawan- relawan daripada Ehsan Care dan Shah Alam Residents telah tiba awal pada hari sebelumnya.
Setibanya Cikgu Rashid, pengelola tempatan untuk agihan sumbangan kepada komuniti Sik di penginapan relawan, kami telah di bawa ke sebuah warung kecil di pekan kecil untuk sarapan pagi. Usai, sarapan, taklimat ringkas telah di berikan oleh Cikgu Rashid berkenaan perjalanan program pada hari itu dan sesi suai kenal ringkas sesama relawan- relawan yang terlibat. Kami juga beruntung dengan tibanya sumbangan basikal tambahan daripada penyumbang- penyumbang di Perak yang di bawa oleh Abang Rosli Din dan isteri pada pagi itu.
Secara amnya, agihan basikal kepada komuniti yang memerlukan ini di bahagikan kepada 4 lokasi. Destinasi pertama ialah di sekitar mukim Galau. Sebanyak 12 basikal serta sumbangan barangan keperluan harian telah diedarkan. Pada masa yang sama, pasukan perubatan daripada Langitilahi Komuniti melaksanakan lawatan rumah ke rumah.
Usai destinasi pertama, seterusnya kami bergerak meneruskan agihan ke beberapa mukim yang lain di samping pasukan perubatan Langitilahi Komuniti melaksanakan tugasan pemeriksaan kesihatan dan rawatan kepada pesakit- pesakit terlantar daripada rumah ke rumah. Rata- rata komuniti Sik ini terdiri daripada golongan- golongan masyarakat berusia yang tinggal di rumah yang kecil yang terdiri daripada 2 hingga 3 generasi bersama. Ada yang melarat dan tidak berkesempatan mendapatkan rawatan perubatan di fasiliti perubatan terdekat di sebabkan kekangan kenderaan dan kemudahan jaringan jalan raya jauh ke kawasan rumah. Rentetan itu, terdapat banyak komuniti setempat yang mempunyai masalah seperti darah tinggi dan kecing manis tidak terkawal tidak di rawat di sebabkan kekangan di atas. Malahan, terdapat beberapa warga emas yang kelumpuhan akibat kemalangan, angina ahmar, kecederaan tulang belakang mahupun anak- anak yang mengalami masalah berkaitan kecacatan otak tidak dapat di bawa ke fasiliti perubatan berhampiran bagi tujuan fisioterapi.
Untungnya, program rawatan perubatan rumah ke rumah ini turut di sertai oleh adik Sofea yang berkebolehan menghiburkan anak- anak Sik dengan pelbagai helah silap mata. Rata- rata anak- anak Sik yang menyaksikan persembahan silap mata itu seronok dan riang dengan persembahan tersebut.
Pada pukul 2 petang, para relawan sebentar bagi menikmati hidangan masakan kampung yang lazat; ada gulai nangka, gulai daging batang pisang, asam pedas batang keladi, ikan perkasam goreng, ulam- ulaman dan sambal belacan. Di samping itu, kami juga di hidangkan dengan kuih kasui, karipap dana apam jawa yang enak. Menikmati masakan kampung yang lazat menyebabkan kami lupa sebentar tentang penat lelah kami melaksanakan program- program pelbagai pada paginya.
Usai makan tengahari, agihan basikal terakhir dilaksanakan kepada anak- anak Sik yang terpilih selain agihan barang- barang keperluan harian. Pada masa yang sama, pasukan perubatan Langitilahi Komuniti menyambung tugasan pemeriksaan kesihatan kepada kumpulan warga emas yang hadir pada majlis petang itu. Dalam kemeriahan perjalanan program tersebut, kami di kejutkan dengan satu insiden di mana seorang wanita awal 30-an di khabarkan pengsan di rumah. Tanpa lengah, kami menuju ke rumah pesakit tersebut. Hasil pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah, kami mendapati pesakit mengalami hipoglisemia atau kurang kandungan gula dalam darah di samping dehidrasi dek kerana cuaca terik dan bahang di samping kesibukan pesakit tersebut menguruskan kerja- kerja rumah dan memasak. Setelah memberikan rawatan sebaiknya, pesakit mulai pulih dan stabil.
Kira- kira pukul 4 petang program berakhir. Para relawan berkumpul dan telah di bawa oleh Cikgu Rashid untuk menghilangkan lelah seharian bekerja di Cen Cendol Pulut Jeniang. Tekak yang kering di dinginkan dengan ais kisar daripada cendol pulut pada petang yang membahang sungguh menyegarkan.
Setiba di kawasan penginapan, kami mengambil peluang menghabiskan masa menikmati ciptaan Allah yang sangat indah di pesisir Tasik Beris. Angin yang bertiup sungguh damai. Pada petang itu juga, kami telah di bawa oleh Cikgu Rashid mengelilingi kawasan tasik. Kami tidak melepaskan peluang merakamkan keindahan sekitar Tasik Beris ini ke dalam lensa kamera di samping tidak melepaskan peluang mensyukuri panorama indah ini walau sesaat.
Malamnya, para relawan yang keletihan telah di bawa ke warung berdekatan untuk menikmati makan malam ringkas. Usai makan malam, sesi ‘post- morterm’ di laksanakan bagi melihat, menganalisa dan memperbaiki segala kekurangan di sepanjang program berlansung. Malam itu, kami tidur nyenyak disulami nyanyian unggas dalam dingin malam yang nyaman.
AHAD, 4 FEBRUARI 2018
Pagi itu, sekali lagi kami bangun awal. Untungnya, sambil menikmati damai pagi di sekitar Tasik Beris, kami di datangi dengan sekumpulan itik yang comel; berjalan dan berenang di permukaan tasik. Pada masa yang sama, kami tidak melepaskan peluang bermain- main dengan sang merak yang cantik serta kuda yang jinak.
Setelah bersiap dan berkemas, kami semua ‘check out’ daripada penginapan, dan menuju ke warung berdekatan bagi menikmati sarapan akhir di bumi Sik. Sarapan ringkas dan mengenyangkan. Selepas itu, para relawan beramah- mesra buat kali terakhir sebelum masing- masing berpisah pulang ke destinasi masing- masing.
Secara amnya, program ini merupakan program kecil dan ringkas tetapi dekat dengan masyarakat setempat. Sedikit sumbangan yang di agihkan hasil sumbangan warga Malaysia yang prihatin telah dapat kami sampaikan disamping menyantuni masyarakat yang kurang berupaya daripada rumah ke rumah. Kami mengharapkan usaha ringkas ini mendapat rahmat dan kasih Allah di samping mendapatkan sokongan penuh masyarakat prihatin Malaysia amnya, dan komuniti Langitilahi.com khasnya.
Inshaallah, program Kayuhan Ke Sekolah akan menemui golongan yang memerlukan di daerah Kota Bahru, Kelantan pula selepas ini dan kami menjemput anda untuk menyertai kami sebagai relawan pasukan Langitilahi Komuniti. Kami meraikan anda yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kepakaran dalam bidang masing- masing dan dalam pada masa yang sama berminat untuk menyumbang bakti kepada program- program kemasyarakatan seperti ini. Pastinya, kelebihan yang anda ada ini boleh disalurkan dan memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan di luar sana. Adakah anda bersedia?
January 31, 2018
cerpen : manusia dan pilihan
Dalam hidup, sentiasa ada saat dimana kita harus memilih.sama ada berpegang pada tradisi atau menerima kemodenan. Melepaskan apa yang dimiiki untuk mendapat yang lain, atau melepaskan apa yang mendatang untuk terus berpegang pada yang telah ada. Pilihan itu lah yang berlegar legar di kotak fikiran Hakimi saat ini. Dia tidak tahu sama ada harus menerima atau menolak tawaran itu.
Beberapa hari lalu, selepas dia pulang dari kerja, ibunya mengkhabarkan bahawa persatuan bekas askar melayu menawarkan untuk membina sebuah rumah baru bagi keluarga mereka. mendengar berita itu, dia merasa gembira kerana rumah yang mereka duduki sekarang sudah agak uzur. Banyak bahagian yang reput dan dimakan anai anai. Tambahan pula, setiap kali hari raya Aidilfitri , rumah mereka agak sempit untuk memuatkan jumlah anggota keluarga yang semakin ramai. Mempunyai rumah kedua menyediakan ruang yang lebih selesa untuk adik beradik berkumpul.
Tetapi ada harga yang harus dibayar untuk memiliki rumah itu. Pokok buah buahan dan getah yang ada di tepi rumah mereka harus ditebang untuk tapak rumah. Hakimi merasa sedih kerana pohon pohon itu adalah tradisi keluarga. Sudah menjadi amalan sejak dua generasi lalu setiap kali pokok bacang dan ciku itu berbuah, hanya ciku kadangkala dijual, manakala bacang disedekahkan kepada sesiapa saja yang datang. Tambahan pula, pohon bacang sudah jarang ditemui pada masa kini. Jika pohon itu ditebang, tradisi keluarga akan hilang kerana mereka tidak sempat menyimpan benih. Manakala pohon getah itu sudah menjadi lokasi budak budak kampung bermain setiap kali musim getah berbuah.
tengahari itu, ketika dia termenung bertongkat dagu, kedengaran bunyi bising ekzos motorsikal. Dia tersenyum, sudah mengetahui siapa yang datang. “ assalamualakum”. Kedengaran seseorang melontar ucapan salam. Afeez , rakan baiknya dari kecil kelihatan mengintai sedikit. “ waalaikumsalam”. Dia menjawap salam sambil menjenguk keluar tingkap. “ apa yang kau menungkan tu? Nampak jauh benar. Teringat kat buah hati ke?” usik Afeez. “ buah hati apa nya. Buah getah ni ada la. Aku lastik kau dengan buah getah ni baru tahu, berbuah kat dahi. Nanti la aku cerita. Ada apa kau datang ni? Biasanya payah nak nampak batang hidung.” Balas hakimi. “hahaha, gurau saja la. Biasa la masing masing dah kerja. Aku nak ajak kau hantar rim motor aku ke kedai Yong. Dia nak tengok rim tu.” Kata Afeez. “ ooo, boleh saja, tapi kena tunggu ayah aku balik dulu, tak ada orang kat rumah ni.” Hakimi menyatakan persetujuan. Afeez hanya mengangguk.
Hari sudah beranjak petang, mereka berdua singgah sebentar di sebuah kedai makan selepas menghantar rim motorsikal, menikmati ABC sambil dihembus angin pantai Teluk Lipat. “ apa yang kau menungkan tadi? Nampak rungsing saja. Ada masalah ke?” Afeez menembak soalan, memecah suasana bisu antara mereka. “ tak ada lah masalah sangat . Cuma hal rumah saja.” Kata Hakimi ringkas. Kemudian dia mula bercerita perihal tawaran pembinaan rumah baru oleh persatuan bekas askar dan pohon buah buahan yang terpaksa ditebang jika tawaran itu diterima.
“ hahaha, itu saja ke? Aku ingat kau hilang kekasih sebab kekasih kau nak kawin dengan anak datuk. Rupa rupanya pasal rumah dengan pokok tiga empat batang.” Kata Afeez sambil ketawa lanjut. “ hahaha, apa la kau ni. Aku mana ada kekasih. Barang tak laku. Hahaha.” Balas Hakimi dalam nada bergurau. Tiba tiba Afeez mengeluar kan segenggam penuh syiling dari beg pinggangnya kemudian mengeluarkan pula beberapa not rm50 dari dompetnya. Hakimi terpaku melihat perlakuan sahabat baiknya. “ kau biar betul? Tak kan kau nak bayar bil makan dengan syiling? Not rm50 tiga empat keping tu untuk apa pula?” dia bertanya dengan pandangan curiga.
“ cuba kau genggam semua syiling tu.” Pinta Afeez. Hakimi hanya mengangguk sambil tangannya cuba menggenggam timbunan kecil syiling. Dia gagal menggenggam semua syiling itu. Beberapa kali dia mencuba, namun pasti ada syiling yang terjatuh tiap kali dia mencuba. Afeez hanya tersenyum melihat kerutan diwajah rakan nya. “ cuba kau genggam not rm50 itu pula tanpa melepaskan syiling” pinta Afeez sekali lagi. Hakimi cuba melakukan seperti dipinta. Namun, sekali lagi dia gagal. Dia hanya mampu menyepit sedikit sekeping not rm50 dengan hujung jarinya. Senyum sinis tersungging di bibirnya. dia memandang Afeez dengan raut wajah tidak puas hati, seakan meminta penjelasan.
Afeez tersenyum, seakan memahami. Namun tiada penjelasan yang diberi. Sebaliknya dia melontar permintaan baru. “sekarang lepaskan sebahagian syiling, kemudian cuba genggam not rm50 tu sekali lagi”. Kali ini, Hakimi berjaya menggenggam semua not rm50. Dia tersenyum, seakan berbangga dengan kejayaan kecilnya. “ yang terakhir,sekarang lepaskan semua syiling, cuba genggam semua not rm50 itu” kata Afeez. Hakimi hanya tersenyum, seolah yakin dia mampu melakukannya. Namun begitu, dia gagal melakukannya. Angin tiba tiba bertiup, menerbangkan semua not rm50 ke bawah meja sebelah. Afeez lekas bangkit mengutip kembali wang yang jatuh.
“ ok, cuba kau jelaskan relevan semua yang aku lakukan tadi. Kau nak permainkan aku? Atau ada sesuatu ?” Hakimi melontar soalan sebaik sahaja Afeez kembali melabuhkan punggung nya ke kerusi. “ setiap sesuatu pasti ada yang tersirat disebaliknya. Kau tidak melihat makna disebalik permintaan aku tadi?” tanya Afeez kembali. “ aku merasakan ada sesuatu tetapi tidak pasti apa. Seolah melihat bayangan tetapi tidak tahu bayangan apakah itu.” Jawap Hakimi.
“ kita sebagai manusia , perlu sentiasa membuat pilihan. Kita tidak boleh memiliki semuanya. Untuk mendapat sesuatu yang lebih baik, kadang kala kita harus memilih untuk melepaskan sebahagian daripada apa yang telah kita miliki. Untuk mendapat yang terbaik, kita harus melepaskan semua yang kita telah ada. Seperti mana ketika kau cuba menggenggam semua syiling, kau tidak boleh melakukan nya. Pasti ada sedikit yang terjatuh. Kemudian kau cuba menggenggam not rm50, kau tidak boleh melakukannya kecuali selepas kau memilih untuk melepaskan sebahagian daripada syiling.
Selepas kau melepaskan semua syiling, barulah kau merasa yakin untuk mendapatkan semua not rm50.” Terang Afeez sambil tersenyum. Hakimi menganguk perlahan kemudian berkata, “ tetapi aku gagal mendapatkan semua not itu.” “ itu kerana, kadang kala kita merasa sangat yakin akan mendapat apa yang kita mahukan, tetapi takdir Allah SWT menyatakan ia terlepas dari milikan kita. Kita sebagai hamba hanya mampu merancang dan berusaha. Tetapi penentuannya tetap di tangan Allah SWT. Mungkin kita merasa telah membuat pilihan yang tepat, melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik, tetapi gagal mendapatkan nya, kerana Allah SWT ingin mengurniakan yang terbaik buat kita. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.” Kata Afeez.
“ hmm, benar kata kau. Tapi apa pula kaitan nya dengan situasi aku sekarang?” Hakimi bertanya lagi. Ternyata dia masih belum dapat mencerna apa yang Afeez cuba sampaikan. Afeez mengeluh sedikit, kemudian menyambung penerangan nya. “ situasi kau sekarang sama seperti permintaan ku tadi. Kau harus lepaskan sebahagian syiling untuk mendapatkan not rm50. Seperti situasi kau sekarang, aku merasa kan kau harus lepaskan saja sebahagian pohon buah buahan itu untuk mendapat rumah kedua. Itu lebih baik untuk keluarga kau. Pohon pohon itu mungkin sebahagian daripada kenangan dan tradisi keluarga kau, tetapi Allah SWT telah mentakdirkan kau harus memilih untuk melepaskan nya kerana Dia ingin mengurniakan sesuatu yang lebih baik, iaitu ruang yang lebih selesa untuk keluarga kau berkumpul. Pohon pohon itu ibarat syiling, rumah itu seperti not rm50.”
Hakimi kelihatan mengangguk beberapa kali. Barangkali dia sudah mulai faham. “ terima kasih atas nasihat itu sahabat.” Kata Hakimi sambil mengangkat ibu jari. “ sama sama. Aku hanya berkongsi pendapat. Lagi pula, itu hanya soal kecil, pilihan yang mudah. Jika kita gagal membuat pilihan mudah seperti ini, bagaimana kita ingin memilih dalam soal paling utama?” soal Afeez. Dahi Hakimi kelihatan berkerut sedikit. “ maksudnya?” dia tidak mengerti.
“ kita sering sukar membuat pilihan pilihan mudah dalam hidup. Lalu bagaimana pula kita ingin membuat pilihan utama, antara dunia dan akhirat? Sedangkan dunia itu sangat kecil nilainya dibanding nikmat akhirat iaitu syurga. Ibarat syiling satu sen dan timbunan not rm100.” Kata Afeez sambil bangkit menuju kaunter untuk membayar bil makanan mereka. Hakimi pula termangu di meja memikirkan kata kata Afeez. Sememangnya dia tidak pernah memikirkan soal itu.
Manifestasi sebuah Dendam
Cerpen: Manifestasi sebuah Dendam
Tudung Aliesya menari-nari ke kiri dan ke kanan dek disapa bayu malam yang agak kuat. Aliesya tersenyum sambil memejamkan mata bagi menikmati kesedapan bayu yang membelai itu. Setiap pukulan bagaikan menghambat segala tekanan dan kegusaran hati yang membelenggu jiwanya sejak beberapa minggu lalu. Tangannya diregangkan ke hadapan bagi melonggarkan urat-urat dan otot-otot yang sudah mula mengeras akibat terlalu lama duduk di kedai mamak. Kepalanya didongakkan ke dada langit yang kosong, mencari kelibat bintang yang tersembunyi di sebalik tabir cahaya lampu kota yang masih benderang. Tiada.
Dia kemudian menjenguk muka jam yang melilit pergelangan tangan kanannya. Tepat 1 pagi. Suasana sekeliling masih riuh rendah. Keriuhan dan kemergelapan cahaya sekeliling membuatkan perembesan hormon melatonin Aliesya terbantut. Matanya masih segar walaupun pada waktu ini di rumah biasanya dia sudah hanyut ke tengah lautan mimpi. Dia memerhatikan sebuah restoran eksklusif di seberang jalan. Lampu fluorescent yang dipasang pada tiang dan bumbung restoran tersebut memancarkan suasana romantik. Tangannya laju mencatit hasil pemerhatian di dalam sebuah buku kecil. Tiba-tiba kerusinya tergoncang akibat dilanggar dari belakang oleh seseorang. Dia berpaling ke belakang dan kepalanya automatik terdongak bagi melihat wajah pelakunya.
“Urp, maaf dik. Tak nampak tadi.” Sesusuk tubuh yang menawan persis model Adriana Lima mengangkat tangan kepada Aliesya sebagai tanda memohon maaf. Walaupun wajahnya jelita dan mampu memikat mata yang memandang, suaranya agak kegarauan. Buah halkum juga kelihatan tertonjol di lehernya. Langkahnya terhuyung-hayang. Tangan kanannya tidak henti-henti menahan mukus yang mencair laju keluar dari hidung dengan menggunakan tisu. Aliesya hanya terkebil-kebil sambil memandang pemilik tubuh itu menarik kerusi di sebelah tempat duduknya.
“Boleh saya duduk sini?” soal manusia yang memiliki kedua-dua personaliti lelaki dan perempuan tersebut setelah melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Aliesya.
“Duduklah.” Aliesya membalas ringkas sambil menghadiahkan senyuman ringkas sebelum dia kembali menghadap buku nota kecil di hadapannya.
“Uekkk…” belum sempat Aliesya meneruskan catatannya, bunyi muntah seseorang telah mengalihkan perhatiannya. Kepalanya dialihkan ke arah sumber bunyi itu.
“Erk..encik, eh cik? Erp..apa aku nak panggil ni..ermm okay tak ni ?” Tanpa menghiraukan kekeliruan tentang kata nama yang sesuai digunakan, soalan itu terus terpancul dari bibir Aliesya setelah melihat pemuda berpakaian wanita di sebelahnya tadi memuntahkan cecair berwarna putih.
Soalannya tidak terbalas. Sebaliknya, pemuda itu terbongkok-bongkok sambil memicit perutnya. Tubuhnya terjatuh dari kerusi. Dadanya kelihatan berombak-ombak menahan rentak nafas yang semakin laju. Bersama dengan muntah, air liur juga banyak meleleh keluar dari mulut pemuda itu. Orang ramai di sekeliling terpaku melihat segala yang berlaku. Tangan Aliesya mula menggeletar. Dia cuba menenangkan diri lantas menaip 999 bagi mendapatkan bantuan.
Aliesya hanya terkaku memandang tubuh pemuda yang sudah tidak bergerak itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Setelah 10 minit berlalu, ambulans tiba. Seorang staf paramedik memeriksa nafas dan denyut jantung pemuda itu kemudian dia hanya menggelengkan kepala kepada rakan yang melutut bersetentang dengannya. Unit Forensik PDRM yang tiba lebih awal sudah bersedia untuk memeriksa mayat mangsa.
“Tolong!!!” Aliesya dan semua orang yang berada di situ dikejutkan dengan suatu jeritan. Kelihatan seorang wanita Cina yang berjarak lebih kurang 30 meter dari tempat kejadian melambai-lambaikan tangannya bagi menarik perhatian kami. Dia kemudiannya menunjukkan tubuh seorang wanita yang telah terbaring di permukaan kaki lima dengan tubuhnya tergoncang-goncang akibat getaran.
“Apakah…?” hanya itu yang mampu terluah oleh Aliesya.
***
Dummm!!!
Aliesya terjaga dari tidur. Kepalanya masih terasa pening akibat ketidakcukupan tidur. Tapak tangannya ditelangkupkan ke dahi.
“Ah, dah mula panas.” DIa mengeluh kepada dirinya sendiri.
“Assalamualaikum,” Taufiq menegur sahabatnya yang masih tidak bermaya.
“Waalaikummussalam..”Aliesya hanya menjawab perlahan. Tubuhnya terasa teramat letih.
“Selamat pagi Aliesya!” Suresh pula menegur Aliesya dengan wajah penuh keceriaan.
Melihatkan wajah Suresh yang ceria itu membuatkan senyuman Aliesya terukir sendiri tanpa perlu dipaksa.
“Selamat pagi..” tetapi dia menjawab teguran Suresh tetap masih dengan nada lemah.
“Macam mana dengan keputusan autopsi pagi tadi Taufiq?” soal Aliesya sambil memalingkan tubuhnya menghadap Taufiq di meja belakang.
“Perkara yang paling ketara, bacaan Arsenik pada rambut mereka tinggi.” Taufiq menjawab ringkas sambil jari-jemarinya laju menari di papan kunci komputer.
“Keracunan akut Arsenik?” soal Aliesya ringkas.
Taufiq hanya menggangguk.
Kruakkkkkk…
Suresh, Taufiq dan Aliesya dengan serentak berpaling ke arah bunyi tersebut. Pintu pejabat mereka dibuka. Kelihatan dua batang tubuh yang tinggi dan sasa mula melangkah memasuki pejabat mereka.
“Assalamualaikum..” seorang lelaki yang berwajah sedikit kejawaan memberi salam dengan intonasi yang serius.
“Waalaikummussalam..” jawab Taufiq.
“Selamat pagi..” tegur seorang lagi lelaki Cina yang agak berumur dengan beberapa helai uban yang terpancar dari celahan rambutnya seiring dengan senyuman yang menyejukkan hati setiap mata yang memandang.
“Bagaimana kes pagi tadi Tuan?” soal Aliesya. Dia ingin menyelesaikan kes itu secepat mungkin kerana dia sudah tidak sabar lagi untuk berehat.
“Jumlah semua mangsa lebih kurang 80 orang. Yang mati dah mencecah 50 orang. Unit pantologi forensik suspek semua diracuni Arsenik.” Suresh, Taufiq dan Aliesya terkaku. 50 bukanlah suatu jumlah yang sedikit. Aliesya tidak sangka bilangannya boleh mencapai sebegitu banyak.
“Saya yakin dan percaya itu Arsenik. Tapi dari mana puncanya? Biasanya Arsenik yang boleh membawa maut ini berasal dari air.” Kata-kata Aliesya terhenti di situ.
“Kalau betul dari air suatu bencana besar bakal menimpa.” Sambung Sarjan Chong pula.
“Sarjan, kita perlu hubungi Jabatan Bekalan Air KL untuk putuskan bekalan air sementara waktu.” Gesa Inspektor Khairul.
“Saya hubungi sekarang Tuan. Saya akan hubungi Jabatan Kimia sekali ye?” walaupun Sarjan Chong tahu apa yang perlu dilakukan, dia tetap perlu meminta kebenaran daripada bosnya. Kerana sebarang perkara yang bakal berlaku nanti bosnya yang bakal dipertanggungjawabkan.
“Tak perlu hubungi Jabatan Kimia. Kita ada orang Kimia kita sendiri.” Ujar Inspektor Khairul tegas sambil merenung ke arah Aliesya. Aliesya yang sedar akan renungan tajam itu memalingkan wajahnya ke muka komputer yang terbentang di atas meja.
“Cup, cup, cup!” tiba-tiba Suresh bersuara. Semua mata yang ada di situ tertumpu kepada Suresh.
“Erk, bukan kau di Bukit Bintang juga ke semalam hingga pagi tadi Aliesya? Badan kau ok ke? Kau tak rasa apa-apa yang lain macam?” sekali Suresh membuka mulut, pasti bertalu-talu soalan yang ditembak.
Mata Aliesya membulat.
“Badan aku insyaAllah baik saja. Tak ada rasa apa-apa lain macam pun. Cuma letih sebab tak cukup tidur je.”
“Kau ada minum atau makan apa-apa di sana tak?” soal Inspektor Khairul pula.
“Ada.” Aliesya menjawab ringkas sambil memikirkan sesuatu.
“Mungkin puncanya bukan air. Kalau air sekalipun mungkin hanya di suatu tempat yang spesifik.” Suresh melontarkan hipotesisnya.
“Macam mana pun, kita minta putuskan bekalan air dulu sementara waktu untuk kawasan sekitar KL sebagai langkah keselamatan.” Pinta Inspektor Khairul.
“Minta maaf, saya minta diri dan pergi dulu ya Tuan.” Aliesya pula meminta lalu bingkas bangun dan berjalan laju meninggalkan ruang pejabat berserta isinya itu. Semua yang berada di situ menghantar pemergian Aliesya itu dengan pandangan mata yang tidak berkerdip.
***
“Assalamualaikum Tuan. Saya nak minta tolong Tuan periksa senarai latar belakang pekerja Restoran Cremeo termasuk sekali pekerja yang baru berhenti kerja.” Pinta Aliesya dari hujung talian tanpa memulakan dengan sebarang mukaddimah.
“Waalaikummussalam. Untuk apa?” soal Inspektor Khairul ringkas.
“Saya jumpa bungkusan gula yang dicampur dengan Arsenik. Ini bukti kuat kes ini adalah perbuatan khianat.” Aliesya menyuarakan hipotesisnya.
“Baik, kejap. Kalau begitu…Arsenik…” Jari Inspektor Khairul laju mengklik tetikus. Dibukanya data semua yang terlibat dan mempunyai kaitan dengan kes itu dari bank data. “Ha, ada seorang suspek yang berpotensi. Iqbal. Graduan jurusan Kimia. Penganggur. Baru berhenti kelmarin. Kemasukan duit dalam akaun juga mencurigakan. Saya dah hantar data Iqbal melalui emel. Cuba periksa. Saya dan Sarjan Chong akan cari dia sekarang.” Inspektor Khairul memaklumkan segala maklumat yang menjadi perhatiannya.
“Baik, Tuan. Terima kasih.” Balas Aliesya.
“Kamu balik pejabat dan lengkapkan laporan Kimia siasatan.” Inspektor Khairul memebri arahan agar laporan itu sentiasa tersedia sekiranya dipanggil mesyuarat bila-bila masa.
“Baik Tuan.” Aliesya terus menyahut arahan Inspektor Khairul ringkas. Dia sebenarnya sudah muak dengan arahan yang sama bagi setiap kali siasatan berlangsung.
***
“Apa bukti yang Tuan ada untuk tuduh saya yang buat?” soal Iqbal. Keseriusan wajah para penyoal yang berada di situ langsung tidak menggetarkan jiwanya.
“Kami ada bungkusan campuran gula dan Arsenik.” Ujar Inspektor Khairul.
“Ada ke bukti bahawa saya yang sediakan bungkusan itu?” soal Iqbal kembali dengan nada sinis.
“Kami tiada bukti.” Inspektor Khairul berterusan menjawab ringkas.
“Saya tahu Tuan mengesyaki saya sebab saya mempunyai motif. Tetapi motif tanpa bukti tidak cukupkan untuk jatuhkan hukuman ke atas saya?” soal Iqbal kembali dengan senyuman yang agak menyakitkan hati mata yang memandang.
“Kebenaran itu, cepat atau lambat, pasti terbongkar Iqbal. Lebih baik kamu ceritakan hal sebenar sekarang.” Suresh membidas kata-kata Iqbal dengan nada yang tegas.
“Kalau begitu, polis cari sendiri sampai dapat.” Ujar Iqbal pula dengan nada tegas.
“Kamu tak sedar ke? Orang yang kamu bunuh itu ada antaranya adalah anak kepada seseorang, ibu seseorang, isteri seseorang, bapa seseorang. Setiap daripada mereka ada insan tersayang yang menanti kepulangan mereka di rumah.” Inspektor Khairul cuba mencari titik sensitif di hati Iqbal.
“Dah sampai ajalnya pun kan? Saya hanyalah sebagai asbab.” Dengan selamba ayat itu meluncur laju dari mulut Iqbal.
Inspektor Khairul menggenggam penumbuknya. Hampir sahaja dia menumbuk wajah yang lupa kekerdilan diri itu tetapi sempat ditarik Suresh.
“Kenapa Tuan Polis tak nak cakap ada di antara mereka yang menghabiskan malamnya dengan judi. Apabila kekeringan duit, mereka memeras ugut orang-orang yang kelihatan lemah di mata mereka. Ada di antara mereka penipu. Siangnya sibuk bekerja mengejar golongan tua di kampung dengan tawaran pekerjaan berpendapatan lumayan. Mereka memperbodohkan dan memaksa golongan lemah untuk bekerja dengan mereka. Tanpa sedar keluarga si lemah menjadi taruhan.” Iqbal menggenggam penumbuknya. Kolam matanya kelihatan mula berair dengan hidung yang mengembang menahan marah.
“Kamu ada rahsiakan sesuatu Iqbal? Apa yang berlaku?” soal Suresh.
Iqbal hanya mendiamkan diri. Dia merasakan itu tindakan yang terbaik buat dirinya ketika ini. Hanya jarinya semakin aktif mengkopek permukaan bawah meja.
“Bagaimana pula dengan yang mengupah kamu? Siapa mereka?” soal Suresh lagi. Inspektor Khairul hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan tingkah laku Iqbal.
Tuttt..tuttt…tuttt…
“Assalamualaikum,” Inspektor Khairul menjawab telefonnya setelah melihat nama Aliesya. Dia pasti ada maklumat baru yang ingin disampaikan.
“Waalaikummussalam Tuan. Kami dah jumpa sarung tangan getah yang ada banyak DNA Iqbal dan sisa Arsenik di tapak pelupusan sampah. Bersama dengan itu kami juga temui sudu plastik yang dibeli Iqbal di kedai berdekatan rumahnya untuk mengisi Arsenik.” Aliesya menyampaikan maklumatnya secepat mungkin dengan ringkas dan padat.
“Baik, terima kasih.” Balas Inspektor Khairul lantas menutup telefon bimbitnya.
Inspektor Khairul merenung Iqbal. Mata Iqbal bergerak-gerak ke kiri dan kanan setelah mendengar isi perbualan itu.
“Kami dah ada bukti Iqbal. Tiada apa yang perlu disembunyikan lagi. Takkan kamu nak biarkan mereka hidup bahagia sedangkan kamu meringkuk dalam penjara? Mereka lebih layak dipersalahkan. Siapakah mereka yang mengupah kamu itu Iqbal? Sekarang keluarga kamu mungkin dalam bahaya dan di bawah pemantauan mereka Iqbal.” Inspektor Khairul bersuara.
“Saya tak kenal. Ketika saya tertekan dengan orang sekeliling yang hanya mempergunakan saya, saya terima sepucuk surat terselit di bakul motosikal saya. Pengirim surat itu tahu segalanya tentang saya dan dia tawarkan ganjaran lumayan dengan hanya lakukan apa yang dia suruh. Itu sahaja. Dan kerja yang dia beri kepada saya mudah. Hanya perlu campurkan Arsenik ke dalam paket gula yang telah dibuka sebelum berhenti kerja dari restoran itu. Sejujurnya, ketika itu, saya hanya nampak duit dan dendam.” Dalam kekeliruan akhirnya Iqbal meluahkan segala yang terbuku.
“Gunakan masa yang ada ini sebaik mungkin Iqbal. Pohonlah kemaafan kepada mereka yang telah kamu sakiti. Ingatlah, dunia ini hanya sementara. Segala yang kamu lakukan sekarang adalah saham untuk akhirat sana. Esok lusa kita tak tahu apa yang berlaku. Jadi nikmatilah setiap detik yang berlalu dengan keinsafan. Mulakan hidupmu yang baru.” Inspektor Khairul hanya mampu memberikan nasihat ringkas sebelum berlalu pergi bersama Suresh meninggalkan bilik soal siasat itu.
Cerpen : Seberkas tentangmu
Hembusan angin menerpa jilbab yang Shofia kenakan. Ia begitu betah menatap lautan yang ada di hadapannya. Laut itu seolah memberi jawaban atas pertanyaan-pertanyaan yang ia ajukan. Percikan air laut yang mengenai kaus kakinya tak lagi ia perdulikan.
Siapa Aku?
Apa yang telah terjadi padaku lima tahun terakhir ini?
Mengapa aku sama sekali tidak bisa mengingatnya?
Pertanyaan itu memenuhi pikiran Shofia. sudah setahun lebih ia kehilangan sebagian ingatannya. Ingatan yang mungkin tidak seharusnya ia lupakan. Ia hanya mampu mengingat sebatas masa SMA. Entah sudah berapa banyak orang yang telah ia temui setelah itu, namun ia harus melupakan semuanya begitu saja.
Matahari yang perlahan hilang dari pandangannya mengisyaratkan ia untuk pulang ke rumah. Dengan perlahan ia melaju meninggalkan pantai itu menggunakan Sky, sepeda motor berwarna biru yang selalu menemaninya kemana-mana.
Sesampainya di rumah, ia langsung disambut dengan pelukan yang dilayangkan oleh ibunya. Wanita paruh baya itu kelihatan begitu khawatir terhadap Shofia.
“Kamu kemana saja, nak?” tanyanya yang masih mengenakan mukenah. Sepertinya ia baru selesai menunaikan sholat magrib.
“Aku dari pantai bu,” jawab Sofia berusaha meredakan kekhawatiran ibunya. “Aku sholat dulu ya, bu. Nanti keburu isya lagi.” Sofia lalu meninggalkan ibunya dan langsung menuju kamar untuk menunaikan kewajibannya.
***
Aku hanya ingin melihat, seperti apa takdir bekerja. Akankah ia mempertemukan kita lagi kelak dan seperti apa ia mempermalukan waktu juga jarak yang telah memisahkan kita. Seperti katamu, kelak kita akan bertemu, terlepas dari apakah kamu memang seseorang yang ditakdirkan menjadi masa depanku, atau kau memang pantas menjadi masa lalu.
Shofia bangun dengan peluh yang bercucuran membasahi wajahnya. Lagi-lagi ia memimpikan hal yang sama. Tentang seorang pria yang entah mengapa memilih untuk meninggalkannya.
“Are you okay?” tanya seseorang yang sekarang tengah duduk di sebuah sofa panjang yang ada di kamar Shofia.
“Yes. I am.” Sepertinya Shofia tidak terkejut sama sekali dengan kehadiran Haura di kamarnya sepagi ini.
Haura adalah satu-satunya sahabat yang dimiliki Shofia. Haura adalah seorang desainer baju muslimah. Pekerjaanya yang tidak terikat waktu membuatnya bisa menyempatkan diri untuk berolahraga dan kemudian mengunjungi Shofia setiap hari. Tidak mengherankan jika ia telah berada di kamar Shofia pada pukul lima dini hari seperti saat ini.
“Aku ingin sholat dulu, kamu jangan kemana-mana ya. Ada yang ingin aku ceritakan.”
Haura hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Shofia kemudian bergegas menunaikan sholat subuh dengan khusuk. Tak butuh waktu lama, Shofia telah selesai dengan kewajibannya dan langsung merapikan kembali mukenah yang tadi ia gunakan.
Ia langsung mendudukkan diri di samping Haura. “Jadi apa yang ingin kamu tanyakan?” tanya Haura to the point.
“Maaf kalau aku baru bisa menceritakan hal ini padamu sekarang. Sebenarnya semenjak ingatanku hilang aku sering memimpikan seseorang. Aku tak tahu pasti siapa orang itu. Yang aku tahu dia seorang pria. Dan setiap kali aku memimpikannya, dia selalu mengatakan sesuatu.”
“Sesuatu? Apa itu?” tanya Haura dengan kedua alis yang bertaut.
“Kau tahu, karena aku begitu sering memimpikan orang ituaku bahkan menghafal kata demi kata yang ia ucapkan. Ia lalu kata demi kata yang ia dengar di mimpinya. Apa menurutmu hal ini tidak aneh?”
“Menurutku hal itu biasa saja. pria itu mungkin adalah salah satu bagian dari ingatanmu yang hilang. Dan mungkin dia adalah salah satu sosok yang seharusnya tidak kamu lupakan.” Jawab Haura enteng.
“Apa menurutmu ada seseorang yang mencintaiku? Atau mungkin yang aku cintai?”
“Aku tak begitu yakin. Seingatku dari awal kita bertemu sampai saat ini kamu tidak pernah menceritakan nama seorang pria sekalipun. Apa kamu lupa saat kita masih SMA, aku mengenalkanmu dengan senior kita dan kamu langsung mengacuhkannya. Jujur aku masih saja merasa besalah padanya.”
Shofia tiba-tiba saja terbahak mendengar penuturan Haura. Ia mengingat kembali seperti apa juteknya seorang Shofia Diandra jika berurusan dengan makhluk bernama laki-laki.
“Apa kau tahu seperti apa rupa laki-laki itu?” tanya Haura di sela tawa sahabatnya. Shofia langsung terdiam. Ia seperti mencoba untuk mengingat seperti apa sosok yang sering ia temui dalam mimpinya.
“Dia tampan, alisnya yang lebat menambah kesan tegas bada wajahnya. Tetapi wajah itu begitu teduh. Seperti aku sedang berada di bawah pohon yang rindang. Apa jangan-jangan dia seorang malaikat?”
Alis Haura langsung bertautan begitu mendengar kalimat terakhir yang dilontarkan sahabatnya. “Sudahlah, hentikan fantasimu yang berlebihan. Mana mungkin kau menemui seorang malaikat?”
Shofia hanya menyegir kuda. Benar kata sahabatnya, mana mungkin ia menemui seorang malaikat yang berkata hal semacam itu kepadanya. Itu benar-benar tidak masuk akal.
“Dari pada kau menghayal yang tidak-tidak, bagaimana kalau kita bersepeda? Sudah lama sekali kita tida bersepeda bersama ke pantai. Bukankah itu tempat favoritmu?”
Tanpa pikir panjang, Shofia langsung menyetujui usul sahabatnya. Keduanya langsung bergegas menuju garasi untuk mengambil sepeda. Sepasang sahabat itu mengayuh sepeda mereka dengan lembut. Keduanya mencoba menikmati sejuknya udara pagi dengan kicau burung yang seolah tengah bernyanyi.
Tak butuh waktu lama, mereka langsung di sambut oleh hembusan angin begitu sampai ke tepian pantai. Tidak banyak orang di sana. pantai itu biasanya baru akan ramai ketika petang. Di sana akan banyak pedagaang kaki lima yang menjajalkan berbagai makanan dan suvenir.
Ia menatap ke arah laut biru. Merasa diperhatikan ia lalu mengalihkan pandangannya kearah barat. Seorang pria tengah berdiri di sana. ia menatap pri itu lama, seperti pernah bertemu dengannya di suatu tempat.
Perlahan, kakinya melangkah menuju pria itu, pria itupun tak bergerak seincipun dari tempatnya. Menyadari sahabatnya tengah berjalan sendiri, Haura lalu mengikuti langkah Shofia. perlahan tapi pasti, Shofia terus berjalan tanpa memperdulikan Haura yang memanggilnya dari belakang.
“Kau…”
Shofia tak mampu menyelesaikan kalimatnya. Ia langsung jatuh tak sadarkan diri melihat sosok yang berdiri di hadapannya saat ini. Haura yang melihat itu sontak berlari menuju Shofia. Dengan segera ia membawa Shofia pada sebuah rumah sakit. Ia sangat khawatir apabila terjadi sesuatu yang buruk pada sahabatnya.
Lima jam berlalu semenjak Haura membawa Shofia ke rumah sakit, namun Shofia belum juga sadarkan diri. Ibunya hanya menangis memandang wajah anak semata wayangnya itu kembali terbaring lemah dengan infus yang tertancap di tangannya.
“Shofia.. bangun, nak.”
Kalimat itu berkali-kali diucapkan oleh wanita paruh baya itu. Haura tak kuasa melihat pemandangan di hadapannya. Ia lalu berpamitan untuk keluar. Ia tak berhenti menyalahkan dirinya sendiri. Berkat gagasannya, Shofia terbaring di rumah sakit saat ini.
“Dokter.. dokter.. cepat kemari!”
Suara ibu Shofia mengentikan lamunan Haura. Ia langsung bergegas kembali ke kamar di mana Shofia dirawat. Seorang dokter terlihat sudah ada di sana sedang memeriksa keadaan Shofia. Gadis itu tengah menyebut-nyebut sebuah nama dalam tidurnya.
“Siapa itu Yusuf? Sepertinya dia sosok yang begitu berharga bagi pasien. Apa bisa kalian membawanya ke sini? Mungkin dengan begitu pasien akan segera menyadarkan diri.”
Setelah mendengar penuturan dokter, entah mengapa Haura menangkap perubahan yang sangat drastis pada ekspresi wajah ibu Shofia. Wanita paruh baya itu seperti menyembunyikan sesuatu. Begitu dokter berpamitan keluar. Wanita itu lalu menyerahkan kertas dengan sebuah alamat yang tertulis di atasnya.
“Tolong bawa Yusuf ke sini. Tolong beri tahu dia mengenai kondisi Shofia.”
Haura sedikit bingung, namun ia tetap menganbil sepotong kertas itu. Ia lalu membacanya dengan seksama. Beruntung dia tahu di mana tepatnya alamat itu. Ia lalu bergegas ke sana secepat yang ia bisa.
Sepertinya keberuntungan belum berpihak padanya. Hanya ada rumah kosong di sana. sepertinya penghuninya sedang keluar.
“Bagaimana ini? Di mana sebenarnya dia? Ayo Haura berpikir! Apa mungkin?”
Haura lalu membalik arah mobilnya. Ia langsung menuju ke arah pantai tempat Shofia jatuh tak sadarkan diri. Dicarinya sosok yang beberapa jam lalu ia temui. Tetap saja, hasilnya nihil. Ia tak menemukan siapa-siapa di sana.
Dengan kecewa ia memutuskan untuk kembali ke rumah sakit. Namun begitu ia berbalik, ia bertubrukan dengan seseorang.
“Maaf. Aku tak sengaja.” Ujarnya kalut.
Matanya langsung membelalak begitu melihat sosok yang ada di hadapannya saat ini.
“Yusuf?”
Pria itu lalu tersenyum ramah kepadanya. Haura lalu menceritakan kondisi Shofia. keduanya langsung bergegas menuju rumah sakit. Begitu sampai di sana Haura lalu membawa Yusuf ke ruangan anggrek, tempat Shofia dirawat.
Air mata Yusuf tak bisa terbendung begitu melihat Shofia. Ia lalu meraih jemari Shofia yang dingin, dengan lirih ia memanggil nama gadis itu, berharap ia cepat menyadarkan diri. Benar saja tak butuh waktu lama, mata Shofia perlahan terbuka.
“Yusuf?” panggil Shofia lirih.
“Iya. Ini aku.”
“Jangan pergi lagi, kumohon.”
“Tidak akan.” Jawab Yusuf dengan senyum yang merekah di wajahnya.
“Apa hanya aku di sini yang tak paham dengan apa yang terjadi?” Haura tiba-tiba saja menyela perbincangan Shofia dan Yusuf. Ibu Shofia lalu menariknya keluar.
“Ada apa, bu?” tanya Haura begitu mereka sampai ke taman belakang rumah sakit.
“Bukannya kamu ingin mengetahui apa yang terjadi?”
“Tentu”.
Ibu Shofia menarik nafasnya, “Lima tahu lalu saat kalian telah lulus SMA, Shofia bertemu dengan Yusuf. Saat itu kamu sudah berada di luar negeri. Itu mengapa kamu tidak mengenali Yusuf. Shofia juga hanya menceitakan mengenai Yusuf pada ibu.”
“Yusuf adalah anak seorang petani yang merantau ke sini. Shofia adalah satu-satunya anak ibu. Ibu tak ingin dia sampai salah memilih pasangan hidup. Ibu juga telah berpikir untuk menjodohkannya dengan anak dari seorang konglomerat. Tapi tetap saja, ibu bukan Tuhan yang mampu mengubah perasaan seseorang, sekalipun itu adalah perasaan anak ibu sendiri. Ibu bahkan pernah meminta Yusuf untuk meninggalkan Shofia dan ia melakukannya. Itu semua karena ibu mengancam akan menyuruh orang menyakiti kedua orang tuanya. Sampai setahun yang lalu, Shofia mengalami kecelakaan. Ia tidak fokus mengendarai mobilnya, karena mengingat Yusuf. Itu semua ulah ibu sehingga anak ibu sampai kehilangan ingatannya.”
“Ibu sempat senang saat dokter mengatakan bahwa Shofia kehilangan sebagian ingatannya. Ibu mengira dia akan kehilangan cintanya terhadap Yusuf. Tapi ternyata cinta itu masih ada di hatinya. ibu menyesal memisahkan mereka. Ibu tidak akan melakukannya untuk kedua kalinya. Cukup sudah ibu membuat Shofia menderita. Shofia berhak bahagia dengan orang yang dicintainya.”
Setelah menceritakan semuanya, wanita paruh baya itu terisak sejadi-jadinya. Ia begitu menyesal dengan apa yang telah terjadi. Sudah cukup baginya membuat anak semata wayangnya itu terluka. Sekarang hanya kebahagiaan Shofia yang ia inginkan.
“Percayalah bu, aku akan membahagiakannya. Aku akan membahagiakan Shofia.” Ujar Yusuf yang datang bersama Shofia yang terduduk di kursi roda.
“Aku sekarang, bukan hanya sekedar anak petani lagi. Karena anak ibu, aku bisa seperti ini. Dia gadis luar biasa yang pernah kutemui. Aku berjanji, aku tidak akan meninggalkannya lagi, aku tidak akan mengecewakannya.”
Senyum mereka merekah bersama. Kesabaran selalu berbuah manis seperti biasa. Semanis akhir cerita mereka.
Motivasi: Manfaatkan Kelebihanmu
Masih terngiang-ngiang di mindaku akan satu soalan yang pernah diutarakan oleh penceramah di satu majlis ilmu yang pernah aku hadiri. “Apa kelebihan yang ada pada diri kamu yang kamu boleh manfaatkan untuk menyumbang kepada masyarakat sekeliling kamu?”
Pada saat itu, aku sejujurnya tidak mengambil serius akan soalan tersebut. Mungkin kerana statusku masih lagi seorang pelajar, jadi aku tidak rasa ini penting buatku di saat ini. Ataupun mungkin fikiranku masih lagi dipenuhi dengan angan-angan untuk memberi manfaat kepada diri sendiri dahulu, jadi aku tidak terlalu kisah tentang usaha ingin memberi manfaat kepada orang di sekelilingku.
Tetapi, mungkin tujuan utama untuk kita semua hidup di muka bumi Allah ini bukanlah memuaskan diri sendiri semata-mata. Setiap manusia mempunyai kelebihan, ataupun ‘logam’ tersendiri yang boleh mereka lentur dan gunakan untuk melakukan sesuatu yang dapat membantu orang-orang yang memerlukan. ‘Logam’ ini bukanlah hanya digunakan untuk diri sendiri semata, dan bukan sahaja untuk disimpan, bahkan Allah mengurniakan ‘logam’ ini kepada hamba-hambaNya supaya mereka dapat mengasah dan memanfaatkannya.
Apa yang membezakan kita sebagai orang yang memahami Islam dengan orang-orang lain yang belum diberi kefahaman adalah mereka akan menggunakan ‘logam’ yang mereka ada dengan sebaiknya ke arah jalan memartabatkan Islam. Mungkin sahaja seseorang itu sudah mengenalpasti ‘logam’ yang dia ada namun tidak digunakan ke arah tujuan kebaikan itu sendiri.
Oleh sebab itulah, pentingnya untuk seseorang itu memahami perlunya untuk memanfaatkan kelebihan yang dimiliki ke arah jalan yang sebaiknya. Kerana semoga dengan usahanya itu, akan dikira juga sebagai saham di akhirat kelak. Sepertimana yang disebutkan dalam satu ayat al-Quran;
“Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.” Al-Isra: 19
Hal sebegini juga sudah terbukti melalui kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. Jika direnungkan kembali, apakah sebab kita masih lagi mampu mengingati kisah-kisah tentang sahabat-sahabat Rasulullah sehingga kini? Di antara begitu ramai sahabat pada zaman Rasulullah, masih ada segelintir yang telah dibukukan kisah-kisahnya dan masih lagi dibaca oleh umat pada zaman kini. Apa yang membezakan segelintir sahabat-sahabat tersebut?
Apakah yang ada pada para sahabat tersebut? Hal ini adalah kerana, sahabat-sahabat Rasulullah ini mempunyai kelebihan yang bernilai, yakni kelebihan yang tidak sama antara satu sama lain. Itulah yang membezakan mereka, sehinggakan daripada kisah-kisah mereka sahaja, kita dapat memperoleh pelbagai pengajaran untuk kita manfaatkan dalam kehidupan kita. Malah kita masih lagi mampu membaca kisah-kisah mereka yang tidak hilang ditelan zaman.
Jika dilihat pada salah seorang sahabat terhebat iaitu Mus’ab bin Umair, beliau merupakan seorang rupawan yang tidak luntur semangatnya setelah menerima Islam walaupun terpaksa meninggalkan hidup lama yang penuh dengan kemewahan dan kesenangan dunia.
Malah, semangat yang ditonjolkan Mus’ab membolehkan beliau dipilih sendiri oleh Rasulullah untuk dihantar ke Madinah untuk menyebarkan Islam. Walaupun ramai lagi sahabat-sahabat yang tidak kurangnya hebatnya, namun Mus’ab juga dipilih baginda. Karakter yang ada pada Mus’ab inilah membolehkan kita masih lagi mengingatinya sebagai sahabat Rasulullah yang sangat hebat.
Seorang sahabat Rasulullah yang lain iaitu Umar al-Khattab yang kita semua mengenali beliau melalui kisah-kisahnya sebagai Amirul Mukminin yang tegas dan digeruni. Sebelum Umar menerima Islam, beliau sudah dominan dengan sifatnya yang tegas itu. Namun, ketegasan tersebut telah digunakan ke arah jalan kejahatan yakni dalam usaha untuk menjatuhkan Islam yang disampaikan oleh Rasulullah. Tetapi setelah Umar menerima Islam, sifat tersebut masih tersemat dalam dirinya, dan digunakan untuk menimbulkan perasaan gentar di dalam hati musuh-musuh Islam pula.
Kisah-kisah ini jelas memberi pengajaran bahawa kita perlu berusaha menggunakan kelebihan yang ada pada diri kita dan semaksimum yang mungkin untuk memberi manfaat kepada orang di sekeliling kita. Mungkin sahaja ada segelintir daripada kita tidak yakin, rasa tidak mampu untuk gunakan kelebihan-kelebihan yang dia ada. Namun begitu, percayalah bahawa apabila kita mula hidup untuk orang lain dan bukan sekadar untuk kepentingan diri kita, dengan izin Allah kita bakal kecapi nikmat yang tidak ternilai. Islam menggalakkan umatnya untuk sentiasa memberi, dan apa jua kelebihan yang dikurniakanNya kepada kita perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Kerana kita semua pasti ingin menjadi individu-individu Islam yang berbakti, persis sahabat-sahabat Rasulullah yang terkenal dengan kisah menggunakan kelebihan yang mereka ada untuk berjuang di jalan Allah.
January 30, 2018
English Article: Be Like the Fishes in the Ocean
Whenever we see that people having a relationship, we get triggered and we too wants to start a boyfriend-girlfriend relationship. Whenever we see it is normal to shake hands among our non-mahram (marriageable kin), we also tend to just say it’s okay to shake hands. Whenever a new fashion comes out, we deliberately buy it to be on par with other. Just because covering aurah according to Islamic principles seems hard when people are showing off peculiar fashion to try on.
Going with the flow seems normal and easier. Isn’t? But practicing the right thing is too troublesome. I still remembered those days when I was in my degree life where I would be active in societies where I will be the only one with long hijab. People used to think it will be a big hindrance to socialise with my long hijab flowing. But hey, it is not at all. It is my identity and I should act accordingly. I always had the idea of showing the world that Muslims too can perform in any aspect. And I know I can, alhamdulillah.
Let me ask you a few questions to ruminate the thoughts of a young Muslim among the diverse culture in Malaysia. How far has Islam penetrated our daily routine so far? Do we really practice is or just take a gist of it and put it where is necessary. For instance, we should pray five times a day but it is okay to be inconsiderate with the non-Muslims. Aren’t we suppose to show the beauty of Islam to others with our akhlak? I believe the more we mix with other people provided we are abiding the Islamic principles, we will be a better Muslim. With the diversity of people in societies, unfortunately some people prefers to stay in their own clique and not mix with those that do not really practice Islam. In the end they remain lost in the fog of ignorance.
If we flip the pages of the holy Quran, the more we dive in for understanding we shall see that Allah has presented to us it is the guide we can follow and we will be rewarded. If only we do not complicate how we see Islam and how we practice it, only then are we able to see the simplicity of Islam. But bear in mind, Islam may be simple but we should never take it lightly. There are many inconsistent messages which are against Islamic teachings out there but we must know what is right and do not normalise what seems usual. It should be ingrained as our principle.
“Then is it other than Allah I should seek as judge while it is He who has revealed to you the Book explained in detail?” And those to whom we [previously] gave the Scripture know that it is sent down from your Lord in truth, so never be among the doubters. [Surah Al-An’am (6) verse 114]
Indeed, this Qur’an guides to that which is most suitable and gives good tidings to the believers who do righteous deeds that they will have a great reward. [Surah Isra (17) verse 9]
Remember the story when prophet revealed Islam to his close relatives and friends? Accepting Islam was something alien. What more to practice it. Only few had courage to follow our prophet. Many resisted the “new religion” which was contradicting to what they have been following for generations. But prophet p.b.u.h persevered the hard times and eventually now Islam is known worldwide. Even until his last breath, our prophet mentioned “My Ummah! My Ummah!” His Ummah were always one of his priorities. With that, Islam sustained and made record in world history by making up one fifth of the world’s population. If our prophet did not persevered through the hard time, would we be able to taste the Islam we have today? Yet, what have we done so for to acknowledge his love?
Doing what is right takes strength. Knowing that you are fighting the flow like the salmon moving up the river is not easy. Practicing Islam when others is not. It is always the strongest people that can do this. Just know that this will be worthwhile. Everything you do for the sake of Allah will be rewarded surely. It may be hard now but we can make it better by showing others how we, practice Islam.
In conclusion, as much as the title may sound funny, I am not literally asking you to swim into the ocean and become a fish. Saying that means, even in the salty condition of the sea, the fish do not turn salty. Put aside the fact that there are salted fish – but only that it is preserved in a manner. What I’m trying to justify is that do not get influenced with the surroundings – negatively. But if it is positive – be the salted fish. Putting it simply that we should practice Islam despite the circumstances we have now. Delving it with our local context and apply it.
YOU can be the change we want to see.
Be the Islamic agent to inspire others in practicing Islam.
Be like the fishes in the ocean.
Jatuh Yang Membangkitkan
Kesedihan mahupun kekecewaan tidak akan pernah terpisah dari seseorang yang namanya manusia. Kekecewaan yang terkait dengan kejatuhan, seringkali menjadikan manusia lemah dalam teguhnya.
Pesan ibu yang kurang lebihnya seperti ini,
“ Untuk menjadi manusia yang berani, tidak harus gentar untuk jatuh “
Pada awalnya saya sendiri tidak begitu memahami tentang apa yang ibu perihalkan. Waktu itu saya beranggapan bahawa kejatuhan hanyalah sebuah tembok yang tercipta hanya untuk membatasi sebuah pengharapan. Tidak ada untungnya untuk “jatuh” !
Sehinggalah saya menginjak dewasa, perlahan-lahan pesan ibu yang dulunya kabur semakin terlihat ertinya. Kefahaman yang saya temukan lewat perjalanan hidup yang telah terpinjam lamanya dari Tuhan.
Kekecewaan lewat kejatuhan seringkali menyisakan kita dengan parut kesedihan. Saya sendiri juga pernah mengalami beberapa kali episod kejatuhan di dalam hidup. Yang tidak perlu saya nyatakan satu persatu. Paling tidak setiap dari kita, pasti pernah melaluinya.
Dari sekecil-kecil hal hingga kepada perkara yang lebih rumit.
Sewaktu kecil, saya seringkali berharap agar saya segera menginjak dewasa. Punya pekerjaan, keluarga dan hidup aman di mahligai indah. Saya mengimpikan sebuah jalan cerita kehidupan yang bebas dari perkara-perkara yang merobohkan. Begitu saya meningkat dewasa, saya merasakan bahawa kehidupan di alam kanak-kanak adalah jauh lebih baik. Tidak langsung terikat dengan tanggungjawab. Yang hidupnya sentiasa bebas melakar mimpi tanpa perlu memikirkan perihal-perihal lain. Kehidupannya sentiasa bebas dari perkara-perkara yang menyesakkan.
Kerana saya lupa, bahawa kehidupan adalah suatu proses untuk mendewasakan kita. Suatu perjalanan panjang yang Tuhan ciptakan supaya kita lebih mengenal akan pencipta kita. Ujian yang Tuhan datangkan dalam kehidupan lewat sebuah kejatuhan tidak lain hanyalah untuk mendidik manusia agar selamanya berpaut pada tali kebergantungan yang dibuat Tuhan. Paling tidak untuk menyentak sedar diri kita, bahawa kita cumalah sekadar hamba yang masih lemah dalam teguhnya.
Kerana itu tidak ada salahnya untuk jatuh terlebih dahulu. Lewat kejatuhan, kita akan mulai mengenal kehidupan yang sebetulnya. Belajar membezakan antara kaca dan permata. Mengukuh teguh pendirian yang dahulunya rapuh sehingga kita tidak lagi menjadi manusia yang hidupnya seperti lalang, mudah ditiup angin ke kiri dan ke kanan. Sehinggalah kita berani untuk keluar dari kepompong kesedihan dan bebas melakar mimpi dengan berani.
“Kejatuhan bukanlah awal dari kesedihanmu, tapi awal bagi kebangkitanmu. Jangan pernah biarkan kesedihan dan kedukaan memasuki dirimu “. Zainuddin, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Menjadi seorang manusia harus berani menentang sakitnya sebuah kejatuhan. Membalut luka kekecewaan dan menyarung diri dengan pakaian keberanian untuk terus memula langkah dalam kehidupan. Seperti kita di waktu dulu, yang perlahan-lahan belajar untuk bertatih. Jatuh, dan bangkit semula. Memulakan langkah kembali lalu jatuh dan bangun lagi, sehinggalah kedua kaki kita benar-benar teguh sehingga mampu menapaki kehidupan yang sejauh ini.
Kerana ujian lewat sebuah kejatuhan adalah antara tanda dan bukti bahawa kasih dan rahmat Tuhan itu masih belum terhenti. Tuhan sebenarnya ingin mendidik manusia untuk selamanya menjadi hamba yang berserah kepadanya. Kerana di akhir nanti, kehidupan akan selalu meninggalkan manusia dengan dua pilihan, memilih untuk terus mentaati atau selamanya mengkingkari.
January 29, 2018
Cerpen : Bisikan doa
Selesai menunaikan Solat Tahajjud, lamunan Arini menembusi sejadah usangnya. Dia kini mencari kekuatan untuk melepaskan seorang insan yang bertakhta hampir lima tahun di hati. Dia menadah tangan meluahkan segala yang terbuku.
‘Ya Allah, sudah empat kali aku putus tunang. Apakah memang tidak ada lelaki yang soleh untukku di dunia ini? Datangkanlah dia dari arah manapun. Peliharalah aku dari kekecewaan, wahai Allah yang Maha Mengerti.’
Air matanya menitis entah buat kali ke berapa. Seorang demi seorang wajah tunangnya menjengah dalam memori dan dia masih belum mampu menghapuskan ingatan itu walau sedikit. Setiap dari mereka punya cerita dan kisah yang berbeza.
___
Usai kelas jam 10 pagi, Arini bergegas ke surau. Waktu rehat tiga puluh minit dimanfaatkan untuk menunaikan Solat Dhuha. Tekaknya hilang selera untuk menjamah sebarang makanan. Dia perlukan waktu untuk bersendiri. Tiba-tiba, ‘ting’. Bunyi telefon bimbitnya menerima mesej. Ada nombor yang tidak dikenali.
“Assalamualaikum. Maaf ganggu. Ini Ukhti Arini kan?”
“Waalaikumussalam. Maaf juga, ini siapa ye?”
“Ana Azzam, batch Al-Fateh”
Jantung Arini berdenyut kencang. Dia bingung atas urusan apa lelaki ini menghubunginya. Batch Al-Fateh adalah senior di Maahad Tahfiz Al-Furqan. Ketika itu, Arini semester pertama dan mereka semester terakhir. Kemudian, mereka tamat pengajian terlebih dahulu. Dia tidak pernah berurusan dengan batch ini, apatah lagi lelaki bernama Azzam. Di Maahad, mereka membahasakan saya sebagai ‘ana’, manakala ‘Akhi’ dan ‘Ukhti’ adalah panggilan untuk lelaki dan perempuan.
“Oh pelajar Maahad. Ye ana Arini”
“Macam ni Ukhti. Ana terus terang je lah ye. Ana minta nombor Ukhti dari kenalan ana batch sama dengan Ukhti. Ana minta dua tahun lepas dan minta tolong dia sampaikan hajat ana untuk pinang Ukhti. Tapi nombor dia hilang lepas ana habis Maahad. Selepas fikir beberapa kali, ana nak tanya Ukhti sendiri. Maaf kalau cara tak kena. Ana tak berhajat tahu jawapan Ukhti lagi sekarang ni, sebab Ukhti pun belum kenal ana. Kalau Ukhti belum berpunya, boleh Ukhti beri nombor seseorang yang boleh jadi pengantara antara kita. Tapi kalau Ukhti sudah berpunya, ana rasa tak perlulah.”
Dia terkedu. Ditampar pipinya berkali-kali, bimbang apa yang terlihat di mata adalah mimpi semata-mata. Ternyata tidak. Serta merta, Arini bersujud dan menangis semahu-mahunya.
‘Ya Allah… berikan aku petunjukMu. Siapakah dia? Dari manakah dia?’
___
“Abang, dah baca mesej dari anak kita?”. Berseri-seri wajah Makcik Khadijah bak cahaya bulan di malam hari.
“Dah. Abang rasa ada baiknya kita tanya ustaz dia. Kita selidik siapa budak ni.”
“Oh bagus juga tu. Tapi tak perlu beritahu anak kitalah ye. Baru sangat dia putus tunang. Simpati juga saya kat dia”
“Betul. Lepas dapat info dari ustaz, kita berlakon jadi pengantara. Ok kan, sayang?”
Makcik Khadijah mengangguk laju. Menarik pula misi menyelidik bakal menantu kali ini. Dia geleng kepala memikirkan anaknya. Apa pula jalan cerita yang Tuhan takdirkan untuknya.
___
Setelah seminggu,
“Assalamualaikum. Ukhti, ana mohon maaf jika cara ana sebelum ini terburu-buru dan terlalu tiba-tiba. Tapi ana memang betul-betul serius untuk melamar Ukhti. Ana pun pelik kenapa ana tunggu selama ini untuk orang yang tak pernah ana kenal. Kalau Ukhti belum berpunya, ana takkan putus asa untuk tunggu Ukhti. Ana harap Ukhti beri peluang untuk ana kenal mak ayah Ukhti bila balik Malaysia nanti. Tinggi cita-cita ana ni, tapi ana belum tahu pun Ukhti sudah berpunya atau belum. Ana harap Ukhti tak kisah untuk beritahu ana status Ukhti. Ana tak berniat ganggu Ukhti dan tak mahu Ukhti pening pun dengan kehadiran ana yang tiba-tiba ni. Hanya cara ini sahaja ana boleh sampaikan isi hati ana. Nak bagi ayat bunga-bunga, ana tak pandai. Kalau hanya doa tapi tiada usaha, tak dapat kan? Anggaplah ini usaha permulaan untuk ana dapatkan Ukhti. Wassalam.”
Sekali lagi, matanya membulat melihat keseriusan lelaki misteri ini. Jari jemarinya sejuk dan pucat. Dia tiada kekuatan untuk membalas walau sepatah kata. Denyut jantungnya laju bak angin taufan. Mesej yang panjang itu kekal bertanda biru. Dia segera menelefon ibu.
“Ibu, kenapa ayah tak hubungi dia? Kesianlah dia tunggu jawapan sampai berhari-hari. Arini takut meletakkan harapan, ibu. Cukuplah yang lepas mengajar Arini. Arini serah urusan ini kepada ibu ayah”
“Iya Arini. Kamu jangan risau. Tak perlu balas apa-apa. Pandailah ibu ayah nak buat apa”
Arini menghela nafas lega. Fikirannya sedikit terganggu beberapa hari ini. Kerapkali dia ditegur rakan sebilik akan dahinya yang berkerut. Namun, dia memilih untuk berahsia.
___
Sabtu, 2 petang. Masa yang telah disepakati oleh Azzam, ibu bapanya dan keluarga Arini untuk bertemu. Hari pertama dia balik dari Mesir dan membawa kedua ibu bapanya untuk menyunting bunga yang telah lama mekar di hati. Tekadnya bulat. Bukan sedikit wanita yang dia perlu tepis demi menanti sekuntum bunga. Hari ini dia akan leraikan segala persoalan yang bergelut di jiwa. ‘Kuatkan hatiku ya Allah!’
Ketika kereta putih Honda City meluncur laju, Azzam memulakan bicaranya.
“Mak ayah, terima kasih kerana percaya pilihan Azzam. Kali pertama, Azzam nampak Arini di masjid, hati Azzam kuat bersuara memberitahu dialah orangnya. Mak ayah doa yang baik-baik ye. Baru-baru ini, mak dia ada maklumkan yang Arini baru putus tunang…”
Belum sempat dia menghabiskan ayat, air muka ayahnya berubah. Dahinya berkerut.
“Putus tunang? Sebab kamu? Eh, ayah dan mak ni ada maruah lagi tahu tak? Kamu dahlah baru balik Mesir, macam ni kamu balas untuk mak ayah?”
Azzam menjeling ayahnya di sebelah. Wajahnya memerah. Dia menelan air liur, lalu menegakkan posisi kedudukannya.
“Bukan begitu ayah. Dia sudah putus tunang sebelum Azzam luahkan hasrat lagi”
“Kalau bukan sebab kamu, habistu sebab apa? Ayah malulah nak tunjuk muka kalau macam ni. Kita balik rumah jelah. Kamu tahu kan berapa tahun dah kamu belum jejak kaki di rumah? Betul tak mak?”
Melihat ibunya menggangguk-angguk, Azzam membisu. Dia berbelah bahagi untuk meneruskan kata-kata. Meskipun dia tahu bukan dirinya punca Arini putus tunang, dia hilang bicara. Antara wanita yang diingini atau ibu bapanya? Hasratnya pulang cuma ingin gembirakan mereka berdua. Lain pula jadinya. Kelajuan kereta diperlahankan, lalu memasuki kawasan Petronas.
“Ayah nak isi minyak. Azzam telefon keluarga mereka, beritahu yang kita tak jadi datang!”
Sebagai anak yang baik, Azzam akur. Dia menghubungi Pakcik Sujud yang menjadi pengantara antara dia dan keluarga Arini.
“Assalamualaikum Pakcik. Azzam ni. Kami tak jadi datang. Ada masalah sikit. Boleh pakcik sampaikan permohonan maaf saya buat ibu bapa Arini?”, sedaya upaya Azzam menjaga tutur kata. Dia bimbang ada hati yang terluka.
“Waalaikumussalam.” Sekilas mata Pakcik Sujud melirik kepada makanan yang terhidang atas meja. ‘Siapa nak makan makanan banyak-banyak ni? Rumah juga cantik dikemas, dah siap terima tetamu’
“Erm kenapa tak jadi, nak? Pakciklah bapa Arini”
“Eh pakcik? Pakcik bapa Arini? Selama ini saya berhubung dengan bapa Arini?”
“Ye nak. Hahaha. Terkejut kamu ye?”
Hati Azzam dilanda debaran, satu per satu dia menjelaskan situasinya. Bapa Arini berbincang seketika dengan isteri.
“Beginilah, pakcik cadang kamu datang je sini. Kami akan cerita perkara sebenar. Sekarang ini, tak perlu risau nak meminang atau merisik, kita jernihkan dulu apa yang keruh. Boleh macam tu?”
Azzam melihat riak wajah ibunya yang sejak tadi turut sama mendengar perbualannya. Suara di telefon bimbit itu sengaja dikuatkan. Sebaik ibunya mengukir senyuman, segera dia menjawab.“Boleh pakcik”
_____
Di ruang tamu rumah Arini, hanya lima orang manusia sedang saling berkenalan dan berdiskusi. Arini tiada. Dia ragu untuk memunculkan diri. Kenyataan Azzam tempoh hari menimbulkan tanda tanya.
‘Bagaimana lelaki itu yakin bahawa akulah perempuan yang dia lihat dua tahun lalu? Asal usulku tidak tahu. Ibuku dan ayahku tidak kenal. Hanya kerana doa dia sanggup pulang dari Mesir? Mahu jadikan isteri pula tu. Aneh. Kalau aku keluar dari bilik, tiba-tiba aku bukan perempuan tu, macam mana?’
Kedengaran riuh rendah suara ketawa dari ruang tamu sampai ke biliknya. Sudah menghampiri sejam mereka beramah mesra. Dia merapati pintu. Ada geseran kaki yang sedang menghampiri. Ibunya menolak daun pintu.
“Arini. Jom ke ruang tamu. Mak Azzam nak tengok kamu”
Matanya membelalak. Berkali-kali dia menggeleng tidak mahu. Akhirnya, ibunya merapati dan mengusap belakangnya lembut.
“Bismillah Arini. Ibu Azzam hanya mahu melihat. Kita tidak tahu apa yang di depan. Ibu selalu mendoakan yang terbaik untukmu. Hafiz Al-Quran tu datang rumah kita. Ustaz lagi”
Dengan langkah yang perlahan, Arini menuju ke ruang tamu. Jantung yang tenang berubah kencang. Pipinya mula kemerah-merahan. Di sebalik perasaan yang sukar diungkapkan, dia bermonolog dengan Tuhan.
‘Ya Allah, jika Engkau tahu bahawa dia baik untukku, agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku, maka tentukanlah ia untukku dan mudahkanlah ia untukku, kemudian berkatilah untukku padanya. Ya Allah, jika Engkau tahu bahawa dia buruk untukku, agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya, dan tentukanlah untukku kebaikan di mana sahaja ia berada, kemudian jadikanlah aku redha dengannya’
Jam 6.30 petang, perbincangan selesai. Mereka sepakat untuk menjaga hubungan baik meskipun tiada ikatan kekeluargaan. Jika ada rezeki, berjumpa lagi. Jika sebaliknya, di akhiratlah bertemu semula.
_____
Dua minggu berlalu begitu pantas. Selesai menjadi penceramah jemputan, Pakcik Sujud singgah di Masjid Muadzam Shah sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Dia ingin Solat Mahgrib sekaligus menyegarkan badan yang mula keletihan. Tiga jam lebih membawa kereta agak mencabar baginya yang sudah masuk usia senja. Sebaik kakinya melangkah ke ruang solat, telinganya menangkap suara yang seakan-akan dia kenali.
‘Beruntungnya Arini jika bersuamikan Azzam. Tak sangka pula dia imam di sini. Baru saja tiga hari lepas, jumpa remaja yang menceritakan kebaikannya. Tua dan muda, semua menyukainya. Aku pun tidak sehebat dia. Mungkin inilah jawapan yang Tuhan tunjukkan’
“Azzam!”, laung Pakcik Sujud seusai solat.
Segera wajah lelaki yang dimaksudkan itu berpaling kepadanya.
“Pakcik? Macam mana pakcik boleh ada di sini? Ya Allah, saya malu. Pakcik sihat?”
“Alhamdulillah sihat, Zam. Tak perlu malulah dengan pakcik. Kebetulan pakcik singgah masjid ni. Tak tahu pula kamu imam di sini” Pakcik Sujud menepuk-nepuk bahu Azzam. Dia mula mengakui kebaikan yang ada pada Azzam.
“Hehe, imam baru pakcik. Banyak lagi saya perlu belajar. Pakcik datang dengan siapa?” Azzam menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Hahaha. Kamu jangan takutlah. Pakcik datang seorang je. Tak sangka boleh jumpa kamu. Kuat betul jodoh kita ya?”
“Jodoh?” Tanpa diduga, air muka Azzam berubah. Rahsia Tuhan yang membawa dirinya banyak bermunajat dan memperbaiki diri. Ada sesuatu yang ingin diperkatakan kepada Pakcik Sujud, namun terlalu berat untuk disampaikan. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, Pakcik Sujud datang tepat pada waktunya.
“Pakcik… saya…” Azzam menundukkan mata yang baru saja bertentangan. Air matanya bertakung lalu tumpah dari kelopaknya. Dia menyeka dengan belakang tangan kiri, sambil tangan kanannya menyeluk saku. Ada surat yang baru siap ditulis petang tadi.
Suasana menjadi hening. Pakcik Sujud membiarkan Azzam mengambil waktu untuk tenang semula. Dia hanya memerhati raut kesedihan di wajah Azzam. Adakah air mata itu berkaitan puterinya atau masalah peribadi Azzam pun dia tidak pasti.
“Pakcik, ini surat yang saya tulis untuk Arini. Saya tidak tahu bila lagi boleh berjumpa orang sebaik pakcik. Saya seperti tidak percaya secepat ini Allah datangkan pakcik. Terima kasih pakcik atas segalanya. Mohon maaf salah silap saya”
Giliran dia pula terkedu. Aura kesedihan serta merta menyelubungi sebaik surat itu berpindah tangan. “Boleh pakcik baca?”
“Silakan pakcik”
___
“Assalamualaikum wbt Ukhti Arini yang dihormati. Pertamanya, terima kasih kerana beri peluang ana mengenali ibu bapa Ukhti. Melalui Ukhti, ana percaya hebatnya kuasa doa. Dua tahun lamanya ana berdoa, sesingkat ini pula perkenalan kita. Ibu ana sudah punya calon untuk ana sebelum ana pulang ke Malaysia lagi. Perempuan itu anak yatim piatu yang kenal rapat dengan ibu. Ana mohon maaf kerana ana harus memuliakan ibu meskipun hati ana belum mantap menerima sesiapa. Ana percaya Allah sedang mempersiapkan takdir terbaik buat kita. Sekali lagi, mohon maaf atas segalanya. Semoga Allah merahmati kehidupan Ukhti sekeluarga sampai bila-bila.
Yang benar,
Azzam.”
Arini menutup surat itu sambil tersenyum. Dia belajar suatu yang cukup besar daripada peristiwa ini.
“Ayah, doa itu kuasa. Alhamdulillah, lelaki yang kelima pula pergi dari hidup Arini. Ayah tahu, sehari sebelum datangnya Azzam, Arini yang merayu pada Allah agar menghadirkan lelaki dari arah manapun. Dia benar-benar datang, ayah. Dari Mesir”
“Oh jadi, Arini sudah menduga pinangan ini?”
“Arini tidak menyangka sesegera itu Allah kabulkan.” Dia menggeleng kepala diikuti oleh ketawa kecilnya.
“Allah Maha Mendengar, ayah. Arini bersyukur, hati ini mampu redha atas apa yang berlaku. Jika kerana izinNya dia datang, pasti keranaNya juga dia pergi. Takdir itu mudah difahami apabila ianya berlaku tepat dengan kehendak kita. Namun yang menjadi sukar untuk diterima adalah apabila ianya tidak menyebelahi kita.”
“Betul Arini. Arini dan dia berdoa, bukti pergantungan padaNya. Kita semua berusaha, tanda kita bukan hamba yang pasrah semata-mata. Subhanallah. Mencari hikmah di setiap kejadian yang menimpa itu kadang-kadang tidak terlihat oleh hati yang berputus asa. Hikmah hanya dapat dilihat oleh orang yang pasrah terhadap percaturan takdir Allah. Pada masa yang sama, dia sentiasa berusaha untuk mencari ibrah serta kekuatan di sebalik apa yang sedang dan telah berlaku.”
“Hebatlah anak ibu. Selepas ini, doa itu biarlah spesifik. Nanti orang Bangladesh pula datang”. Kedengaran suara Makcik Khadijah dari dapur. Dia membawa sedulang cawan bersama teko air kopi untuk diminum bersama di beranda rumah.
“Orang Bangladesh kacak kan, ayah?” Arini tersengih-sengih.
“Eh, tak serik lagi?” Serentak Pakcik Sujud dan isterinya bertanya. Ketawa tiga beranak itu di malam hari. Kedua-duanya terhibur dengan gurauan puteri mereka. Jiwa Arini kini lebih bahagia. Dia percaya Allah mendengar rintihannya.
Kucing dan Kasih
Sebelum ini, aku tidak mengerti.
“Apakah hubungan emosi antara manusia dan kucing? Wujudkah? Kenapa sampai ada orang yang menangis beriya-iya apabila kucing mereka mati atau hilang? Bukankah kucing hanya haiwan yang tak berakal?”
Bukankah kucing ialah haiwan yang berbau? Dulu semasa kami sekeluarga menetap di rumah teres, kucing-kucing liar sering kali muntah dan membuang najisnya di lantai jubin garaj rumah kami. Busuk dan meloyakan. Agaknya peristiwa itu menjadi antara penyebab aku bukanlah penggemar kucing.
Namun begitu, 10 tahun selepas itu, keadaan mulai berubah semasa cuti semester tahun lepas dan aku terpaksa menyesuaikan diri.
Semuanya bermula dengan kedatangan seekor anak kucing kecil berwarna hitam ke rumah kami. Tubuh kurusnya comot dengan debu dan pasir. Cebisan daun dan batang rumput kering juga kelihatan melekat di celah bulu-bulu hitamnya. Anak kucing itu kelihatan sangat tidak terurus.
Adik bongsuku menamakannya Blacky. Ketika itu, Blacky yang kerdil itu merantau sendirian dan kelihatan terpinga-pinga. Anak kucing itu mengiau-ngiau dengan penuh galak dan nyaring di luar tingkap mungkin kerana Blacky terhidu bau makanan dari dalam rumah. Aneh dan sayu. Anak kucing sekecil itu biasanya mempunyai emak yang menjaganya dengan penuh perlindungan. Namun, tidak buat Blacky. Anak kucing itu terpaksa berdikari dengan meminta-minta makanan daripada manusia asing.
Orang yang pertama sekali memberikannya makanan ialah Ayah. Ayah merasa kasihan melihatnya mengiau-ngiau di luar tingkap rumah, lalu memberikan seketul ayam goreng kepadanya. Sejak itu, anak kucing itu selalu datang ke rumah kami untuk meminta makanan.
Pada hari seterusnya, Blacky datang lagi tetapi kali ini dengan seekor lagi anak kucing yang agak besar sedikit daripadanya yang berwarna putih dan jingga. Namanya Kitty. Lega rasanya apabila lihat mereka bersama. Sekurang-kurangnya Blacky tidak lagi bersendirian.
Nampaknya persahabatan antara dua ekor kucing itu semakin erat. Blacky dan Kitty sudah ibarat belangkas; selalu berdua ke mana-mana. Di mana ada Kitty, di situ ada Blacky. Kitty umpama abang dan kawan baik Blacky yang paling setia. Mereka selalu bermain bersama-sama; bergesel-gesel, bergaduh manja dan berkejar-kejaran dengan bahagia di celah-celah pokok.
Tidak lama selepas itu, Blacky dan Kitty menjadi sebahagian keluarga baru kami. Adik bongsuku malah menyediakan rumah, katil dan selimut untuk dua ekor kucing itu. Ajaibnya, kedua-dua kucing itu memang tidur dalam rumahnya. Kitty dan Blacky juga rajin menemani aku ketika aku menyelesaikan kerja-kerja di kawasan rumah seperti menyidai baju dan menyapu halaman rumah. Mereka akan mengekoriku dan bermain-main di kawasan berdekatan aku.
Ayah pula mempunyai tambahan dua lagi ‘anak’ yang perlu dijaga makan minumnya. Kami sekeluarga mulai membeli pelet makanan kucing dan mengumpulkan sisa makanan kami untuk diberikan kepada kucing. Hari paling mewah buat Blacky dan Kitty semestinya hari Jumaat apabila Ibu dan Ayah pulang dari pasar. Ibu akan merebus bahagian leher, organ dalaman dan kulit ayam khas untuk kucing. Apabila bahagian-bahagian ayam yang sudah direbus diletakkan di dalam mangkuk-mangkuk di luar rumah, sekejap sahaja sudah licin isinya.
Apabila cuti semester hampir tamat, aku pun meninggalkan rumah dan menuju ke kampus.
“Pasti Kitty dan Blacky lebih besar apabila aku pulang semasa cuti semester akan datang,” ujarku dalam hati.
PERBUALAN PAGI JUMAAT
Lima bulan kemudian, akhirnya aku pulang semula ke rumah untuk cuti semester. Sememangnya Kitty sudah semakin besar. Kitty bukan lagi anak kucing, tapi kucing ‘remaja’. Badannya sudah semakin tegap laksana kucing jantan dewasa. Tapi aku tidak perasan pula kelibat Blacky.
Pada pagi Jumaat pertama aku menghabiskan masa di rumah, kami sekeluarga sedang menikmati sarapan pagi di dapur apabila Ibu mula membuka cerita. Aku sedang menikmati pulut ‘nyor’ iaitu nasi pulut yang dimakan bersama kelapa parut dan ikan kering.
“Auni, hari itu ada tragedi lagi,” kata Ibu.
“Tragedi? Jangan cakap tragedi kucing lagi,” balasku. Sememangnya sebelum ini, sudah ada tragedi yang melibatkan kematian dua ekor anak kucing.
“Umm, perasan tak siapa yang selalu tiada sekarang?,” tanya Ibu.
“Blacky?”
“Betul!”
“Jangan cakap Blacky dah mati?!”
“Iya, Blacky dah tiada.”
“Serius ah?”
“Ya betul lah, serius ni.”
Entah bagaimana, emosi aku bergelojak sehingga aku harus berhenti sekejap daripada makan pulut kelapa dan keluar dari dapur. Tanpa diduga dan dapat dikawal, air mata aku mula berlinangan laju.
“Aik tak sampai klimaks lagi dah menangis,” sampuk adikku yang ketiga. Dia pun kehairanan kerana kakaknya ini orangnya agak keras, bukannya senang-senang sahaja emosinya terusik.
“Dah-dah bagi Auni tu habis makan dulu,” kata Ayah.
Perasaan aku bercampur-baur. Sedih kerana Blacky sudah mati tetapi pada masa yang sama ketawa kerana cuba menyedapkan hati. Maka, tawa dan tangisan aku berselang-seli .
“Kenapa pula aku menangis beriya-iya sangat? Aku bukanlah peminat fanatik kucing pun. Apabila kucing menggesel-gesel di betisku pun, aku akan jarakkan diri. Tambahan pula, aku memang jenis susah untuk menangis,”ujar aku dalam hati sambil menyeka air mata dengan tisu.
“Kak Auni, jangan lah menangis, nanti Adik sedih juga,” ujar adikku yang bongsu, lantas memelukku.
Setelah aku bertenang, Ibu pun sambung bercerita.
“Begini, pada satu hari itu, Ibu perasan Blacky tidak seaktif dulu. Blacky nampak lemah dan tak bermaya. Bulunya yang dulu berkilat juga nampak kusam. Hari demi hari, Ibu dan Ayah dah nampak Blacky makin nazak. Tiada pula cakar atau luka di badan Blacky. Ayah syak dia sakit dalaman.
Kemudian, suatu petang, semasa kami baru pulang dari sekolah, Adik ternampak Blacky terbaring di garaj depan. Terlentang dan sudah tidak bergerak. Blacky sudah tidak bernyawa ketika itu.
Lewat petang itu, Ayah menguburkan Blacky di tanah di kawasan belakang rumah,” cerita Ibu panjang lebar.
Aku menghabiskan sarapan dengan banyak berdiam. Setelah kejadian itu, aku banyak berfikir.
REFLEKSI
Pertama, aku rasa terharu dan kagum dengan kuasa Allah. Melalui kebaikan manusia yang begitu kecil iaitu memberikan makanan kepada haiwan, keadaan haiwan boleh berubah dengan drastik. Masih terbayang di ingatanku ketika Blacky mula-mula datang dulu. Comot, kurus dan tidak terurus. Namun, sejak Blacky mula diberikan makanan secara konsisten dan mempunyai teman sepermainan, Alhamdulillah Blacky semakin aktif bermain. Badannya menjadi lebih berisi, bulu hitamnya mulai bersinar dan ekornya mulai kembang. Tidak aku sangka Blacky boleh menjadi secantik itu.
Kedua, berbuat baik kepada haiwan dapat mengukuhkan rasa tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Aku boleh merasakan sipi-sipi peranan sebagai khalifah itu apabila kucing-kucing menunggu-nunggu aku untuk memberikan makanan kepada mereka. Terasa diriku penting dan bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan kucing. Mungkin anda yang rasa hidup anda tidak bermakna, boleh cuba untuk memelihara kucing. Perbuatan memelihara kucing boleh mengembalikan rasa ‘Aku ada peranan di bumi ini’ dalam diri anda. Tak salah kan mencuba?
Ketiga, aku tidak menyangka yang kucing ialah satu daripada tanda kasih Allah kepada manusia. Bagaimana ? Alangkah ajaibnya apabila kehadiran seekor kucing dapat menghilangkan sebahagian kesedihan dan kesunyian di hati manusia melalui rupanya yang comel dan perlakuannya yang manja. Seperti dalam kes keluargaku, kucing-kucing ini datamg secara tiba-tiba. Bukanlah kami yang mencarinya, tetapi Allah yang mengilhamkan mereka untuk menuju ke rumah kami. Alhamdulillah kini, komuniti kucing di kawasan rumah kami semakin meriah dengan kehadiran lima lagi kucing lain; Jack Sparrow, Juju, Black, Lion dan lain-lain.
Wujudnya seekor kucing sebagai penghibur hati dan peneman ialah suatu nikmat yang patut dihargai. Ingatlah, sepantas mana Allah boleh kurniakan nikmat, sepantas itu juga lah Allah boleh menariknya kembali. Hargai ‘Blacky’ anda selagi ada.
Semoga anda juga boleh mempelajari erti kasih melalui berbakti kepada haiwan.
Perkongsian Pengalaman : Lemas yang membangkitkan
Sembang-sembang tarbawi bersama cikgu-cikgu memang seronok. Lagi-lagi tengah malam hingga jam tiga ke empat pagi. Apa yang disembangkan itu? Mahu tahu, sepanjang malam itu berbincang tentang bagaimana mahu kukuhkan tarbiyah di sekolah dan jalankan dakwah sahaja. Tiada topik lain yang bercampur. Bersengkang mata sahaja sambil duduk cicah biskut di tempat makan kem. Ha, kem ini adalah kem kepimpinan pelajar tingkatan enam yang bertempat di Kem Trong, Perak.
Oleh kerana shif masak kumpulan saya pagi ini, terus ke dapur selepas sesi sembang semakin surut. Awal jam empat pagi sudah sedia untuk masak. Bahan-bahan dibasuh dan dipotong dahulu. Alhamdulillah, tiga orang daripada rakan sembang tadi adalah dari kumpulan saya juga. Ada juga peneman di dapur sediakan bahan. Jam lima, semua ahli kumpulan saya sudah bersedia untuk masak kerana memang dibincangkan semalam untuk hadir masak awal sebab selepas subuh dijadualkan ada slot ceramah pagi. Pasti tidak mahu terlepas dari slot yang bernilai itu.
Kami sekumpulan mula menggoreng bihun untuk lebih kurang 70 orang makan. Siap memasak, mengerling mata ke arah periuk-periuk masakan semalam untuk dibasuh. Apabila dibuka periuk nasi, ternyata masih banyak nasi yang belum habis semalamnya. Apa lagi, digoreng pula nasi itu. Meriahnya apabila cikgu-cikgu juga menyampuk sembang dan masak bersama awal-awal pagi ini. Solat subuh tidak lupa. Kami berganti-ganti untuk solat subuh sambil memasak dua jenis masakan ini.
Lama juga berada di dapur. Jam 6.45 pagi baru selesai semuanya, memasak dan mencuci segala alatan dapur yang digunakan serta mengemas dapur. Berpeluh-peluh memasak, pastinya ingin sejukkan badan. Bukan setakat peluh memasak, tetapi sempat lagi berkejar dengan anak kecil yang berusia 10 tahun itu. Ada pula sungai di tepi tempat kem ini. Saya dan seorang rakan lagi senyap-senyap pergi turun sungai kerana memang merancang dari semalam lagi untuk turun sungai selepas masak. Lagi-lagi berjenis pantang nampak sungai dan seangkatannya. Memang tidak tahan jasad. Tetapi, sekejap sahaja. Sekadar ingin lepaskan keinginan dan mandi secara lebih pantas daripada mandi di bilik mandi.
Terus bergegas ke dewan utama untuk slot ceramah pagi yang bertajuk Baitul Muslim. Sambil bergegas, berkejar lagi dengan si kecil itu hingga hadapan dewan. Suka sungguh kacau saya. Berpeluh semula badan. Berkibas-kibas tudung dalam dewan sambil mendengar ceramah. Masih berbaki sejam untuk slot ini kerana tentatifnya hingga jam lapan. Sungguh, semua slot yang disampaikan di kem ini, amat menyentuh jiwa dan rasa berkobar-kobar hati.
Selepas slot, kami semua turun ke tempat makan untuk sarapan sebelum bergerak ke tentatif seterusnya iaitu trekking. Nampaknya, semua berselera makan. Alhamdulillah. Rezeki daripada Allah untuk kami.
Berkumpul semua pelajar, berbaris mengikut kumpulan. Sebelum bergerak untuk perjalanan yang panjang dan lebih mencabar, regangkan dahulu otot-otot supaya tidak kaku anggota dan lancar perjalanan. Bukan setakat senaman memanaskan badan biasa, tetapi pergerakan taici juga dibuat. Seronok dapat belajar pergerakan itu kerana lebih rasa regangannya.
Sudah semua anggota diregangkan, kami pun bergerak berjalan masuk melalui jalan tar yang disediakan. Agak mencabar jalannya yang mencuram. Perlu lebih tolak diri sendiri naik ke atas jalan yang mendaki itu. Sepanjang berjalan, pengisian rohani tidak dilupakan. Berhenti seketika di perjalanan sebelum sampai ke destinasi, mendengar taujihat murabbi (guru). Kali kedua berhenti, diberi pula penerangan tentang keselamatan di dalam hutan. Banyak perkara yang dikongsikan kepada kami. Kami juga dapat merasai air dari batang pokok. Tidak ingat nama pokoknya. Manis dan segar airnya.
Selepas itu, kami bergerak turun melalui jalan tangga yang agak kecil dan mencuram anak tangganya. Semua turun dengan berhati-hati. Dari jauh, sudah kedengaran air sungai mengalir deras. Tidak sabar rasanya melihat keindahannya. Seperti mahu lari sahaja menurun anak tangga itu. Tetapi, apakan daya, perlu memerhati setiap langkah agar tidak tergelincir jatuh.
Sampai sahaja ke destinasi sebenar, rupanya bunyi air sungai tadi adalah air terjun. Subhanallah, sungguh indah ciptaan-Nya. Berpinar-pinar mata tidak berkedip melihat keindahan dan suasana flora dan fauna ini. Ditinggalkan segala barang-barang yang ada di bahagian atas dan terus meluru masuk ke sungai. Sebelum kaki mencecah air, diingatkan bahawa air sungai ini agak dalam dan boleh tenggelam jika tidak pandai berenang. Alhamdulillah, saya boleh berenang.
Seorang demi seorang melangkah masuk. Mula dengan rakan saya dan diteruskan dengan saya. Batu di situ agak licin. Masuk sahaja dari batu itu, terus air dalam. Jika mahu naik semula agak susah kerana batunya yang licin. Jadi, saya ambil langkah untuk terus berenang masuk setelah turun sahaja dari batu itu.
Tiba-tiba, rakan saya yang awal turun tadi, tidak dapat kawal dirinya kerana mungkin terkejut sebab tidak sampai kakinya ke dasar. Lemas. Saya yang berada berdekatan, memutuskan sendiri untuk meyelamatkan beliau kerana ada juga belajar cara selamatkan orang yang lemas. Tetapi, ternyata saya juga turut lemas kerana beliau mungkin mula rasa cemas dan menolak kepala saya masuk ke dalam air. Tenggelam timbul berselang-seli sahaja kami berdua di tengah sungai itu kerana saling menolak.
Bibir basah terkumat-kamit berzikir, tidak henti berdoa. Rakan-rakan yang lain cuba untuk menolong dengan mencapai tangan ke tangan berantai dari atas lagi. Kami ditarik. Tetapi, terputus pula setengah dari rantaian tangan itu dan semuanya tergelincir masuk ke sungai. Sekarang, enam orang sudah di dalam air. Tetapi tidak ke tengah. Hanya di tepi. Berpegangan tangan dalam bulatan sementara seorang demi seorang ditarik naik.
Sudah empat orang yang baru turun itu selamat dinaikkan, kami berdua ditolak kembali ke tengah kerana arus menolak perlahan-lahan mungkin. Tenggelam timbul kembali. Saya berfikir untuk berenang sahaja sendirian ke batu yang berada di tengah sungai. Tetapi, ditarik pula oleh rakan saya. Bila sampai ke batu tengah sungai yang seorang cikgu lelaki berada di situ, mahu naik, ditolak pula supaya kami naik sebelah batu turun itu. Kami masih tidak boleh kawal diri. Tercungap-cungap. Sudah seperti nyawa-nyawa ikan.
Akhirnya, Cikgu di batu tengah itu menarik kami menggunakan kayu dan tarik naik ke atas batu dengan mencapai tangan sahaja kerana batu yang agak tinggi dan licin menyebabkan kami susah untuk naik sendiri. Kerana terpaksa, Cikgu lakukan. Alhamdulillah, kami berdua selamat dari tenggelam lemas.
Mata merah, hidung berair, mulut bergetar, badan menggigil kesejukan. Jiwa terusik syukur tidak terhingga kerana masih dikurniakan nikmat kehidupan setelah merasai sedikit dari sakitnya saat kematian. Alangkah berbunganya taman di hati ini dengan kasih sayang yang Allah curahkan. Ujian ini Allah berikan untuk saya muhasabah kembali dan lebih mengingati Allah serta sentiasa bersyukur atas rahmat kurniaan-Nya. Ya Allah, hindarilah kami dari lemas dan hanyut dalam keindahan dunia yang menipu.
Setelah itu, rakanku tadi sudah serik untuk turun mandi sungai. Saya, meneruskan aktiviti sungai sambil menikmati alam ciptaan-Nya yang tersangatlah nikmat. Bergelongsor dari atas batu air terjun hingga ke bawah sungai dan mula berenang. Berulang-ulang melakukan aksi itu bersama sahabat-sahabatku yang lainnya.
Tamat waktu aktiviti mandi sungai, kami semua bertolak pulang ke tempat kem sendiri-sendiri sahaja memandangkan sudah tahu jalan yang hanya mngikut jalan tar sahaja. Diberi masa untuk bersihkan diri dan rehat. Saya turun lagi sungai di tempat kem itu setelah sampai dari perjalanan trekking tadi. Seronok mandi sungai. Lebih segar dan tenang.
Jam tiga petang, saya terus masuk dapur membantu Cikgu memasak untuk jamuan hari raya yang akan diadakan pada malamnya sementara tempoh raya sebulan tidak habis lagi. Tidak pernah lagi saya dengar orang buat jamuan raya di kem. Unik sungguh. Ketika ini hanya empat orang sahaja yang tolong memasak kerana yang lain semua rehatkan diri setelah letih bertapak tadi. Sementara memasak, durian juga menjadi santapan. Ketika ini juga musim buah menjadi. Begitu banyak nikmat Allah berikan.
Selepas siap memasak seluruhnya pada jam lima petang, saya turun lagi ke sungai kerana masih tidak boleh lepas dengan segarnya air sungai itu. Bukan selalu dapat ke sungai di waktu sekolah. Peluang ini tidak dapat aku lepaskan. Apatah lagi, jika bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Lebih nikmat beraktiviti bersama. Malamnya, meriah jamuan hari raya bersama.
Sehari ini sahaja saya mandi sungai empat kali dan satu daripadanya menjadi kenangan manis dan pedoman bagiku kerana di situlah Allah mendidik kita untuk sentiasa mengingati mati kerana mati itu tidak mengenal masa dan tempat. Pengalaman ini membawa pengajaran kepada diri dan lainnya supaya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu dalam menjalani kehidupan ini. Sentiasalah memohon diberi pertolongan dan kekuatan daripada Allah yang menciptakan kita. Sesungguhnya, Allah pasti mendengar setiap rintihan hamba-Nya yang benar-benar meminta. Pastinya, kenangan ini tidak dapat saya lupakan.
“Hanya kepada-Nya kami meyembah dan hanya kepada-Nya kami memohon pertolongan.” (al-Fatihah: 5)


