Hilal Asyraf's Blog, page 15

January 26, 2018

Tadabbur: Mencari perlindungan Allah

Dalam hidup ini jika kita ingin mencapai sesuatu perkara yang besar sudah pasti mempunyai halangan yang hebat untuk mendapatkannya. Jadi dalam agama Islam ini apakah perkara yang paling besar? Hidayah. Jadi senang kata nak dapat hidayah Allah ‘is not easy!’ Sebab itulah Allah meletakkan surah al-Fatihah di depan sekali kerana ia menceritakan tentang akidah. Apabila akidah kita sudah mantap, kita diuji teruk macam mana pun kita ada Allah SWT.


Contohnya seperti Nabi Ibrahim AS ketika baginda ingin dicampakkan ke dalam api, dia tidak memerlukan bantuan melainkan ‘hasbunallah wani’mal wakil’ (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung). Sebenarnya di saat kita ditimpa ujian, Allah SWT nak mengangkat darjat kita. Allah SWT nak lihat sama ada kita bergantung pada-Nya atau kita bergantung kepada makhluk lain.


Dalam surah al-Fatihah juga kita melafazkan “Hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan”, nak mintak tolong apa ini? Allah SWT memberikan jawapannya di dalam surah yang terakhir iaitu Surah al-Nas. Dalam perjalanan kita menuju Allah, kita akan diganggu oleh apa yang disebut di dalam Surah al-Falaq dan juga Surah al-Nas. Kedua-dua surah ini juga dikenali sebagai Muawwizatain. Namun kali ini kita ingin melihat Surah al-Nas supaya kita dapat melihat apa yang bersarang dalam diri kita. Kita kena kenal musuh supaya kita dapat mengalahkan dia.


Allah SWT mengajar kita supaya memohon pertolongan daripada musuh luaran dan juga dalaman. Surah ini adalah surah yang sangat penting kerana jika kita lihat pada hari ini kita semua menghadapi pelbagai ujian, dugaan dan segala bentuk fitnah yang menyebabkan kita kadang-kadang lari daripada landasan kita sebagai orang beriman.


Menurut beberapa pengkaji al-Quran surah ini tidak boleh dilihat secara bersendirian kerana ia perlu dibaca bersama Surah al-Falaq, Surah al-Ikhlas dan juga Surah al-Fatihah. Ini kerana surah-surah ini mempunyai kaitan yang sangat rapat. Dan apabila kita membaca surah ini, kita dapati setiap ayat itu mempunyai kaitan dengan diri kita.


 


Kenapa Perlu Minta Perlindungan Allah?


Pada awal Surah al-Nas mengapa Allah SWT perintahkan kita sebut ‘Qul’ (Katakanlah)? Allah SWT nak sedarkan yang kita ini merupakan makhluk yang lemah. Jadi  tujuannya adalah untuk kita mengaku kelemahan kita dan  membuang ego. Kita rasa kita hebat, tanpa Allah kita boleh berjaya. Kita rasa kita kebal, tanpa Allah kita akan selamat. Apabila kita sebut sahaja kalimah ‘Qul ‘Auzu’ kita telah merendahkan ego dan memohon perlindungan daripada Allah SWT.


Walaupun manusia merupakan makhluk yang paling mulia, Allah SWT ingin beritahu bahawa yang berhak untuk kita mohon pertolongan hanya Allah SWT. Walaupun ada di kalangan manusia yang menjadi raja, namun Allah SWT adalah raja manusia yang sebenarnya. Jadi Allah SWT adalah satu-satunya tempat perlindungan dan bukannya kepada raja-raja atau penguasa dari jenis kita sendiri.


Pertama kita nak lihat sumber perlindungan. Dalam surah ini ada 3 sumber perlindungan iaitu ‘Rabbun Naas’ (Pemelihara Manusia). ‘Malikun Naas’ (Penguasa Manusia). ‘Ilahun Naas’ (Tuhan Manusia). Maksudnya ialah walaupun Allah SWT menciptakan manusia untuk hidup di muka bumi ini, Allah SWT tidak akan biarkan manusia bersendirian. Allah SWT sedia membantu dan melindungi manusia.


Yang kedua, kita nak berlindung daripada apa? ‘Was-was al-Khannas’ (Bisikan yang selalu bersembunyi). Menurut al-Qurthubi, Yakni: “Dari kejahatan syaitan”. Iaitu: “Dari kejahatan makhluk yang suka mewas-waskan (membisikkan kejahatan). Adapun dinamakan khannas kerana ia sering bersembunyi. Perkataan khannas terdapat dalam firman Allah Ta`ala: “Oleh itu, aku bersumpah dengan al-Khannas (iaitu bintang-bintang)” [Surah at-Takwir 81: 15]. Disebutkan bintang dengan “al-Khunnas” kerana ia sering tersembunyi dan tidak terlihat (dengan jelas).” Ada pula yang berpendapat: “Makna khannas itu adalah mundur kerana ia selalu mundur tatkala seorang hamba berzikir kepada Allah.” Ada juga yang berpendapat: Perkataan khannas itu bermakna kembali kerana syaitan itu akan kembali ke dalam hati seorang hamba yang lalai dari mengingati Allah.”


Selain itu, dalam diri kita juga ada hawa nafsu. Hawa itu bermaksud keinginan. Nafs itu bermaksud diri. Bila digabungkan menjadi ‘keinginan diri’. Hawa nafsu ini kita boleh kawal atau tidak? Boleh. Sebab kita yang membuat keputusan. Apabila kita buat keputusan mengikut hawa nafsu dan bertentangan dengan wahyu kita akan mendapat dosa.


Sebenarnya tanpa kita sedari kita mempunyai penasihat atas setiap keputusan yang kita buat. Tidak kira sama ada baik atau jahat. Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud RA; Rasulullah SAW bersabda:


“Sesungguhnya syaitan memiliki bisikan dalam hati anak Adam dan malaikat pun memiliki bisikan. Adapun bisikan syaitan adalah menjanjikan keburukan dan mendustakan kebenaran. Adapun bisikan malaikat adalah menjanjikan kebaikan dan membenarkan yang haq. Sesiapa yang mendapat perkara seperti ini (bisikan malaikat) maka ketahuilah bahawa itu adalah berasal dari Allah dan hendaknya dia memuji Allah. Sesiapa mendapatinya yang lain (bisikan syaitan), hendaklah dia meminta perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan yang direjam .” Hadis Riwayat at-Tirmizi dan an-Nasaie.


Ini memberikan isyarat kepada kita supaya berhati-hati dengan bisikan dan pujuk rayu daripada syaitan. Syaitan yang selalu berdamping dengan manusia bernama Qarin. Qarin inilah akan sentiasa bersama kita setiap masa. Berkata ‘Abdullah bin Mas’ud RA: Rasulullah SAW bersabda:


“Tidak ada seorang pun dari kamu semua melainkan telah ditugaskan kepadanya satu qarin dari golongan jin dan satu qarin dari golongan malaikat. Para sahabat bertanya: “Apakah engkau juga begitu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Begitu juga aku, namun Allah telah menolongku atasnya (qarin dari golongan jin) sehingga ia masuk Islam. Maka, tidaklah ia (qarin tersebut) memerintahkan kecuali kepada kebaikan.” Hadis Riwayat Muslim.


Syaitan juga telah berazam dengan meminta tempoh kepada Allah supaya dapat menggoda manusia dari atas, bawah, kiri dan kanan sehingga ke Hari Kiamat. Apakah bentuk-bentuk was-was (Bisikan jahat syaitan)?


 


Pertama: Memperindah Segala Jenis Maksiat


Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hijr 15: 39,


“Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, sesungguhnya aku akan memperindahkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”


Contohnya Iblis telah menghasut Nabi Adam AS supaya memakan buah yang telah dilarang oleh Allah SWT. Iblis telah memberitahu kepada Adam bahawa jika ingin hidup kekal selama-lamanya dan mendapat kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap, makanlah buah ini. Maka terpedayalah Adam dan juga Hawa sehingga terbuka auratnya. Selain itu juga kisah Balqis dan pengikutnya yang menyembah matahari. Syaitan telah memperelokkan pada pandangan mereka daripada menyembah Allah SWT.


 


Kedua: Menakut-nakutkan Manusia Melakukan Kebaikan


Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah 2: 268,


“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan atau kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat kedekut dan sebagainya); sedangkan Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaan-Nya. Allah Maha Luas (limpah rahmat-Nya), lagi Maha Mengetahui.”


Ketika makan di luar, saya sering didatangi oleh peminta sedekah. Ada yang memang semata-mata minta sedekah, ada yang menjual tisu, keropok dan sebagainya. Jadi kadang-kadang syaitan bisik kepada kita, “Uish kacau je. Orang tengah makan sedap-sedap ini. Hilang selera nak makan.” Ataupun kucing datang nak mintak makanan. Kita akan cepat berkata, “Uish aku pun baru nak makan nih, kang kalau aku bagi tak kenyang aku.”


 


Ketiga: Menimbulkan Keraguan


Saya teringat tentang kisah Perang Badar. Pada masa itu tentera Islam hanya berjumlah 313 orang sahaja yang akan menentang 3000 orang Kafir Quraish. Ini bermakna seorang tentera Islam akan menghadapi 10 orang musuh sekaligus. Namun Rasulullah SAW  telah menjanjikan kemenangan kepada tentera Islam. Ketika perang, syaitan telah bisik kepada tentera Islam untuk meragui kemenangan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.


Allah SWT berfirman dalam Surah al-Anfal 8: 11,


“(Ingatlah) ketika kamu diselubungi rasa mengantuk sebagai satu (pemberian) ketenangan daripada Allah dan Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengannya serta menghapuskan daripada kamu gangguan syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan meneguhkan dengannya telapak kami (pendirian kamu di meda perjuangan).”


 


Keempat: Menjadikan Manusia Lupa Perkara Yang Baik


Hari ini kita dah rancang untuk baca al-Quran sebanyak dua muka surat, namun kita tangguhkan sekejap untuk selesaikan kerja. Kita anggap bila kerja dah selesai, barulah hati tenang untuk baca al-Quran. Begitulah hari demi hari kita berazam untuk baca al-Quran namun syaitan telah melupakan kita. Sedar tak sedar, sebulan sudah berlalu satu muka surat pun kita tidak baca.


Contoh lain seperti kisah Nabi Yusuf AS dalam Surah Yusuf 12: 42,


“Yusuf berkata kepada orang yang dia percaya akan dibebaskan antara mereka berdua, “Ceritakanlah perihalku kepada tuanmu.” Lalu dia telah dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itulah tinggallah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.”


Itulah antara contoh bisikan-bisikan syaitan yang sedaya-upaya menggoda manusia. Manusia kena sentiasa ingat bahawa tugas syaitan adalah untuk mengajak manusia masuk ke dalam neraka. Oleh itu, manusia perlu bersiap sedia melawan musuh yang sebenar agar tidak terperangkap dengan tipu daya syaitan yang penuh dengan helah. Malah dalam ayat terakhir surah ini memberitahu bahawa syaitan itu bukan sahaja dari kalangan jin, tetapi ada juga dari kalangan manusia ‘Minal jinnati wan naas’.


Apabila kita menghayati Surah al-Nas kita dapati Allah SWT ingin memberitahu kepada kita bahawa mintalah perlindungan kepada Allah SWT setiap masa dan keadaan. Ketika kita ingin menaiki kenderaan, makan, minum, beribadah, sebelum tidur, masuk tandas dan sebagainya. Sebab Allah SWT telah berjanji kepada syaitan bahawa dia dan tenteranya boleh buat apa sahaja yang mereka suka terhadap manusia, namun ingat  bahawa dia tidak akan mampu untuk mengalahkan hamba-hamba Allah yang beriman dan ikhlas.


Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ 17: 65,


“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (wahai Iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya). Cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).”


 


Penutup: Perintah Memohon Perlindungan Dengan Allah Daripada Syaitan


 Oleh itu, kita tidak akan mampu berhadapan dengan syaitan tanpa bantuan Allah SWT. Tidak kira sama ada kita ulama, ustaz ataupun bukan ustaz kita akan jatuh dalam tipu daya mereka. Ini kerana Iblis mempunyai pengalaman dan kepakaran yang telah Allah SWT anugerahkan kepada mereka.


Allah SWT berfirman dalam Surah Fussilat 41: 36,


“Jika engkau digoda oleh sesuatu godaan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah , sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”


‘Auzubillahi minasyaitan nirajiim’.


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.


Aku berlindung dengan Allah daripada manusia yang terlaknat.


 


 


 


 


 


 


 


 


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 26, 2018 23:32

January 25, 2018

Motivasi : Tadah Tanganmu & Pintalah!

Hidup ini tidak pernah lekang dengan masalah dan ujian. Semakin meningkat umur, semakin kita memandang ujian itu dengan pelbagai dimensi dan cara tersendiri. Ada yang melihat ianya sebagai satu beban yang sengaja Tuhan takdirkan untuknya. Ada juga yang memandang ujian itu sebagai satu musibah yang tidak adil bagi dirinya, sedang insan-insan lain hidup penuh girang tanpa ujian. Tidak dinafikan, ada juga yang merasakan ujian ini adalah satu peluang dan ruang bagi dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Malah, dalam ramai-ramai manusia yang dipilih untuk diuji, tetap ada yang merasakan, ujian ini adalah nikmat yang diberi Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Pokok pangkalnya, imanlah yang akan menentukan pandangan kita terhadap sesuatu musibah itu.


Musibah Untuk Bermuhasabah


Apabila Allah SWT menurunkan sesuatu ujian, ianya tidak lain tidak bukan untuk menguji keimanan seseorang. Bukankah dalam firmanNya, Allah ada menyebut begini,


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepadamu(ujian dan cabaran) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kemiskinan(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman serangan musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah). (Al-Baqarah:214)


Jika kita merasakan kita ini hamba yang mengimani kepada kekuasaan dan kebesaran Allah SWT, maka kita memang layak diuji. Kerana itulah syarat jika kita mengimpikan syurga yang penuh kenikmatan. Lihatlah para sahabat nabi terdahulu. Mereka diuji dengan bermacam-macam ujian. Ada satu ketika mereka dipulaukan, hendak menyebarkan agama yang penuh suci ini pun terpaksa bergadai harta, meninggalkan keluarga, malah hingga sanggup menggadai nyawa! Bukankah itu semua ujian bagi mereka? Tetapi mengapa mereka cukup tegar untuk meneruskan hidup? Kerana mereka cukup yakin, semua itu adalah ujian, dan syurga adalah galang gantinya.


Justeru, setiap kali kita ditimpa musibah, alihlah pandangan hati dan jiwa kita kepada Allah SWT. Mengapa kita diuji sedang orang lain tidak senasib seperti kita. Mungkin disaat itu, kita terlalu leka dengan dunia, dan akhirnya Allah beri ujian supaya kita sedar yang kita ini hamba yang memerlukanNya. Allah memilih kita untuk diuji kerana dia mahu kita sentiasa dekat denganNya, tidak terbuai dengan kelalaian dan lupa kepada Maha Pencipta.


Muhasabahlah sentiasa!


Pujuklah Hati


Benar, apabila kita ditimpa musibah, ianya akan meruntun sedih dan kadangkala sehingga mengalir air mata. Ujian kehilangan orang tersayang, kemusnahan harta benda, masalah itu dan masalah ini, semuanya adalah perkara yang kita pasti akan sedih dan merintih jika berlaku. Usahlah terlalu bersedih dan bimbang, pujuklah hati dan nurani kita untuk kembali kepada firman Allah SWT,


“Maha Suci Allah yang menguasai segala kerajaan. Dan dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.” (Al-Mulk:1-2)


Dalam ayat ini, Allah mengajak kepada hambaNya yang diuji untuk kembali kepadaNya. Sesiapa yang kembali meletakkan harapan kepada Allah dan bersungguh-sungguh meyakini kekuasaanNya, pasti Allah akan ganjari dengan nikmat yang lebih baik. Alangkah ruginya jika kita menjadi hamba yang diuji, tetapi akhirnya kita memilih untuk bermaksiat dan menjauh daripada Allah bagi menghilangkan pilu menghadapi ujian.


Pintalah Kepadaku


Tiada apa yang mampu kita lakukan apabila mula diuji, melainkan menadah tangan dan meminta-minta kepada Rabb yang Maha Mencipta.


Dan Tuhanmu berfirman:”Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Ghafir:60)


Percayalah, Allah sungguh merindui diri kita untuk merintih dan meminta-minta denganNya. Jadi mengapa perlu kita lari dan menyendiri malu untuk meminta? Berbuallah dengan Tuhan kita yang Maha Pengasih, cakaplah, dan luahkanlah apa jua yang membelenggu jiwa kita. Dengan izinNya, dia akan makbulkan dan aturkan segala yang terbaik untuk diri kita.


 


Asyraf Alpandi

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 25, 2018 16:10

January 21, 2018

Kenikmatan Yang Kita Hilang Dalam Solat

Barangkali antara sebab kemungkaran tidak dapat ditinggalkan daripada diri adalah kerana solat yang tidak berkualiti. Mungkin ramai di antara kita yang melakukan solat sehari semalam, tetapi ia hanya bagi memenuhi rutinan sebagai muslim.


Kita solat, tetapi hanya memenuhi keperluan gerakan fizikal, tetapi keperluan membangunkan iman dalam jiwa ketika solat tidak kita penuhi.


Kita solat, tetapi hanya memenuhi keperluan bacaan yang rukun dan sunat di lisan, tetapi mungkin kita terlupa meneliti sampainya kesan dari makna bacaan itu ke dalam jiwa-jiwa kita.


Berapa ramai orang yang solat, di hujung solatnya, baru tersedar sedang solat rupanya. Berapa ramai orang yang solat, di tengah-tengah solatnya, jauh dia mengembara ke tempat lain yang menjadi lebih indah untuk diingati ketika dalam solat.


Ada orang yang datang solat dengan hati masih mengingati itu ini. Ada orang yang datang solat dengan baru lepas merokok, mulutnya berbau, datang solat kemudiannya cuma berkumur.


Kita kehilangan kualiti pada solat kita. Iaitulah kualiti khusyuk.


 


Solat Yang Memberi Kesan


Kalau sekadar solat untuk penuhi rutin sebagai muslim, akal kita akan berfikir pendek sekadar itu saja tanpa memikirkan bagaimanakah sepatutnya solat yang menjadi perhatian besar di sisi Allah s.w.t. itu mampu mengesankan hidup kita.


Pasti, bila Allah s.w.t. fardhukan sesuatu kepada kita, ia bukan sia-sia melainkan ia datang dengan hikmah besar.


Maka di sinilah kita dapati Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:


“Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perkara keji dan mungkar.” [Al-Ankabut:45]


“Dan dirikanlah solat (wahai Muhammad, engkau dan ummatmu) pada dua bahagian siang dan waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebaikan (terutama solat itu) menghapuskan kejahatan.” [Hud: 114]


Inilah di antara hikmah solat yang sepatutnya kita lihat dalam diri kita, apakah ia telah terpenuhi. Ia sepatutnya jadi KPI yang perlu dicapai setelah kita keluar dari solat kita.


Kalau kita orang yang jenis mulut berbisa dan lisan suka mengata mengeji orang, maka keluar daripada solat, kita akan muhasabah diri kita semula, apakah kita berjaya membuang penyakit buruk itu daripada diri kita.


Kalau kita orang yang cuai dan tidak amanah dalam bekerja, kita keluar daripada solat, kita akan muhasabah apakah kita telah menjadi semakin lebih baik dan bertanggungjawab dalam melaksanakan pekerjaan kita.


Kalau kita orang yang merokok, kita keluar daripada solat, kita akan cuba untuk berhenti merokok kerana tahu ia termasuk perkara mungkar dan haram.


Namun, hal ini hanya boleh terpenuhi apabila kita memenuhi tuntutan firman Allah s.w.t. ini:


“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu orang-orang yang khusyuk di dalam solat mereka.” [Al-Mukminun: 1-2]


 


Keseriusan Para Salaf Terhadap Solat Mereka


Urwah ibn Zubair pernah ditimpa suatu penyakit yang mana penyakit itu memerlukan sebelah kakinya dipotong supaya penyakit itu tak tersebar ke bahagian tubuhnya yang lain. Maka, dimintanya untuk minum suatu minuman yang dapat membuatkan dirinya tidak sedar supaya tidak merasai kesakitan apabila kakinya dipotong.


Lalu, beliau menolak dan meminta supaya kakinya dipotong ketika dia sedang solat. Ini kerana, ketika beliau telah masuk ke dalam solatnya, beliau seakan-akan berada di alam lain terus, dan kebersamaan hatinya bukan lagi dengan dunia ini, bahkan dengan Allah azza wajalla.


Lihatlah bagaimana para salaf menjadikan solat sebagai rawatan dan kekuatan buat diri mereka.


Al-Junaid rahimahullah, ketika keberadaannya di Baghdad, beliau telah ditolak untuk menjadi imam dalam satu solat di masjid. Beliau menolak untuk menjadi imam pada asalnya, tetapi penduduk di situ tetap mahukan beliau menjadi imam.


Lalu, beliau tidak dapat menolak lagi dan majulah ke ruang imam untuk menjadi imam.


Seketika mahu memulakan tugasnya sebagai imam, lalu beliau pun mengucapkan sebagaimana biasanya para imam mengingatkan makmumnya :


“Istawuu rahimakumullah.”


“Luruskanlah semoga kamu dirahmati oleh Allah s.w.t.”


Usai mengucapkan itu, beliau pengsan.


Lalu, orang lain terpaksa menggantikan posisinya sebagai imam.


Apa yang berlaku kepada Al-Junaid? Kenapa beliau pengsan?


Para makmum yang selepas siap menunaikan solat itu, lalu ada yang berkerumun di sekitar Al-Junaid dan menyedarkannya. Apabila beliau telah terjaga, mereka pun bertanya, “Apa yang membuatkan engkau pengsan?”


Mungkin juga datang telahan di minda kita bahawa dia pengsan kerana tidak cukup makan, atau sakit atau tidak cukup rehat.


Tetapi, rupanya, beliau bercerita, “Ketika aku usai mengingatkan kalian, ‘Istawuuu rahimakumullah !’


“Luruskanlah semoga kamu dirahmati oleh Allah s.w.t.”


Aku seakan-akan terdengar ada yang berkata kepadaku : “Luruskanlah dirimu dengan Tuhanmu dahulu sebelum engkau menyuruh orang lain !”


Lihatlah bagaimana para salaf merasai benar kaitan iman dan solat.


 


Penutup: Membina Kembali Kualiti Khusyuk Dalam Solat


Kita perlu kembali memerhatikan dan memuhasabah kualiti khusyuk kita dalam solat serta membinanya semula.


Penuhi Sunnah-sunnah untuk solat sebagaimana yang telah kit lakukan sebelum ini. Lakukan solat mengikut fiqh solat yang telah kita pelajari. Namun, jangan lupa datangilah solat dengan hati yang penuh penyerahan kepada Allah.


Datang kepada Allah jangan bawa perkara mungkar. Ada yang datang dengan bau rokok di mulut. Bagaimana kita mahu beroleh kualiti khusyuk dengan solat yang sedemikian rupa? Kalau kita datang menghadap raja pun menjaga segala pakaian, tutur kata, bau-bauan kita, apakah dengan Allah kita buat lebih kurang sahaja?


Kemudian, berusahalah memahami bacaan-bacaan dalam solat kita. Jangan hanya tahu baca, tetapi tidak memahami makna. Sudah berbelas, berpuluh tahun solat, pun masih tak usaha untuk memahami bacaan dalam solat. Bersungguhkah kita untuk mencapai kualiti solat yang baik?


Yang terakhir, ingatlah bahawasanya solat itu bukan hanya tentang dalam solat. Tetapi solat itu dinilai bagaimana karakter dan akhlak kita di luar solat. Di situ ada sedikit penilaian atas kejayaan solat kita dalam mengesani diri kita.


Jika kita masih gagal mengubah diri kita, jangan salahkan kefardhuan solat. Tetapi salahkanlah kualiti solat yang kita laksanakan. Teruskan solat, perbaiki solat dan perbaiki diri kita.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 21, 2018 00:37

January 17, 2018

Esok Masih Ada

Kopi dihirup. Ibu jari masih leka scroll telefon pintar miliknya dan mata masih fokus tertancap di skrin 5 inci itu. Dia asyik dalam pembacaannya sehinggakan tidak terganggu sedikitpun dengan keriuhan di warung itu.


“Oi Mad, apa yang sibuk sangat tengok telefon tu? Meh lah sini sembang sembang, bercampur orang…” Seorang lelaki berusia 50-an menegur Mad, lelaki tua yang ralit dengan telefon bimbitnya. Mad mengangkat kepala. Senyum. Berlipat lipat kulit tua nya apabila tersenyum.


“Takpa, korang borak jelah dulu. Kejap lagi aku join.”


“Aik… Orang lain pun ada telefon juga. Tapi takdalah taksub sangat macam kau ni. Dah macam budak-budak baru dapat mainan.” sekali lagi lelaki yang bernama Musa itu menegur Mad. Kali ini Mad hanya membiarkan sahaja dan meletakkan fokusnya terhadap pembacaannya.


“Tak faham betullah aku Mad ni. Orang tua perangai tak macam orang tua. Apa benda tah yang sibuk sangat kat telefon tu. Tak campur orang dah. Datang warung tapi main telefon baik duduk rumah je. Betul tak?” Musa meminta sokongan daripada ahli mejanya yang mengangguk angguk setuju.


“Biarlah ke dia, Musa oiiii. Nanti ada masalah baru tau nak cari masyarakat.” Jusoh menghirup teh tariknya yang semakin dingin.


“Eh korang ni. Bercakap macam dia tu takda kat sini pula.” Adris menjeling Mad yang kelihatan masih leka dan langsung tidak mempedulikan keadaan sekeliling.


“Alah, bukan dia dengar pun. Kalau dia dengar sekalipun, baguslah. Cakap cakap ni kalau orang tu tak dengar, jadi mengumpat. Kalau dengar, jadi mengutuk. Kurang sikit dosa hahahaha.” Pecah ketawa satu meja yang dihuni oleh Musa, Adris, Jusoh dan Malim yang hanya mendengar dan ketawa bila perlu.


“Dalil mana korang dapat tu?” Tiba-tiba Mad mencelah sementara kepalanya masih lagi tertunduk. Terdiam satu meja yang tadinya riuh ketawa itu.


“Eh laaa dengar ke? Ingatkan fokus sangat kat telefon tu dah takda roh dah kat sini.. Tinggal jasad je hahahaha.” Sekali lagi kata-kata Musa menjadi punca ketawa di meja 21 itu. Mad, tanpa membalas apa apa, lantas berdiri dan meninggalkan kedai tersebut setelah meletakkan bayaran air kopinya di atas meja. ‘Esok masih ada. Aku datang lagi.’


***


Keesokan harinya, hari yang baru. Mad tiba di warung Pak Senin seawal jam 8.30 pagi. Setelah memesan air kopi dan roti banjir, beliau mengeluarkan telefon pintarnya dan mula menyambung talian wifi yang disediakan di warung itu. Tidak lama kemudian, muncul Musa, Adris dan Jusoh memenuhi meja 21 seperti biasa. Terjuih juih mulut mereka melihat Mad yang masih khayal dalam pelayaran internetnya.


“Aik Musa, senyap pula harini? Tak nak tegur aku ke?” Mad mengangkat kepala dan tersenyum kepada sekumpulan lelaki yang seusia dengannya sebelum menyambung pembacaannya.


“Malas aku. Eh Senin, mana suratkhabar harini?”


“Ada tu haa kat atas kaunter. Ambillah sendiri. Takkan nak berhantar juga. Macam tak biasa.”


“Kau ni, aku tanya sikit je. Menyindir pula.” Musa mengambil akhbar Sinaran Kota dan membuka lembaran demi lembaran. Terhenti di satu laman, Musa bersuara kuat.


“Apa ke bodohnya undang-undang kita ni? Hish… Tak faham betullah aku! Yang salah dibela, yang menjadi mangsa pula yang kena hukum. Mana keadilan?? Korupsi betul..” Adris dan Jusoh yang sedang leka bermain dam terhenti.


“Apa benda yang kau membebel ni, Musa? Kenapa?” Jusoh bertanya.


“Takdalah.. Korang tau tak ada rumah kena rompak, lepas tu, mangsa tu bunuh si perompak tu. Tapi si mangsa juga yang kena tahan dengan polis. Tak faham aku. Dia kan nak pertahankan diri?”


“Yeke? Tu lah.. Aku dah kata. Malaysia ni memang dah tak lama dah. Dari kerajaan, sampai ke kehakiman semua tak boleh pakai! Terang-terang orang tu kena rompak kot. Dahlah kena rompak, lepas tu kena tahan pula. Ish, stres aku!” berapi api kemarahan Jusoh terhadap sistem kehakiman Malaysia. Mad yang tumpang mendengar bangkit dan menghampiri meja 21.


“Assalamualaikum. Aku nak duduk sekali boleh?” serentak ketiga tiga pasang mata memandang Mad.


“Waalaikumussalam. Haaa boleh boleh. Duduklah. Bukan senang Mad nak join kita ni.” Adris mempersilakan Mad dengan ramah. Mad tersenyum lantas duduk.


“Maaflah aku tumpang dengar apa korang borakkan tadi. Menarik topiknya, sebab tu aku rasa nak tumpang menyibuk sekali. Hehehe.” Musa menjeling Mad sambil meneruskan pembacaannya. Beberapa saat selepas itu, dia melipat dua suratkhabar itu dan meletakkannya diatas meja.


“Hah, memandangkan kau yang tak pernah-pernah campur masyarakat sejak dapat telefon baru ni, aku nak tau lah juga pendapat kau. Kau baca ke tidak suratkhabar ni? Tahu ke perkembangan negara ni semua? Kau dengar dah kan apa aku cakap tadi? Kau setuju tak yang sistem kat Malaysia ni semua hancur. Dari kerajaan memimpin sampailah ke kehakiman.” Mad menarik nafas panjang dan kelihatan berfikir seketika sebelum meneruskan kata kata.


 


“Okey, memandangkan kau dah tanya pendapat aku, biar aku kongsikan. Kalau kau nak tau, undang-undang Malaysia ni dah hampir sempurna dah dari segi hukuman jenayahnya. Seksyen 103 Kanun Keseksaan ada kata untuk kesalahan merompak, pecah masuk rumah, mencuri haa semua tu kalau terjadi, kau boleh bunuh pesalah tu. Tapi seksyen 105 ada sedikit batasan lah. Antara perkara yang kita kena tengok adalah kita tak boleh sampai tahap membunuh perompak tu kalau dia dah berhenti menimbulkan ancaman terhadap nyawa kita atau ketakutan akan kematian serta merta atau cedera serta merta. Kalau dia buat juga, dia tak boleh guna seksyen 103 ni untuk pertahankan diri dia. Contohnya dalam kes rompakan yang kau baca tu. Aku dah baca dah kes tu. Perompak tu tak sempat nak buat apa pun. Dia sempat masuk rumah, ambil beberapa barang, dah nak keluar dari rumah tu tanpa mengapa apakan si tertuduh pun. Kejutkan pun tidak. Tapi si tertuduh tu terus tembak dengan senapang patah dia. Takda sebarang ugutan atau ancaman terhadap nyawa tapi tertuduh terus bunuh. Jadi sebab tu lah si tertuduh tu kena tahan.” Warung yang tadinya agak riuh kini sunyi sepi. Ada yang melopong mendengar penjelasan Mad yang jarang bersuara. Melihatkan suasana yang memberi perhatian penuh padanya, Mad menyambung lagi.


“Jadi kita tak boleh senang-senang nak kata sistem kehakiman kita ni tak adil lah, peguam tak hebat lah, hakim mabuk lah. Belajar dulu undang-undang kita ni. Baru boleh faham kenapa hakim tu buat keputusan macam tu. Jangan mudah sangat nak buat kesimpulan sendiri. Ada sebabnya kenapa hanya hakim yang boleh memutuskan seseorang tu bersalah atau tidak. Sebab dia ada ilmu tentang ni. Kita tak. Jangan hanya tahu nak bergosip, mengumpat orang sana sini. Baca juga benda benda berfaedah.”


Wajah Musa tak puas hati. Dia cuba menyembunyikan kekagumannya dengan kerutan.


“Eleh, jangan jangan kau memandai-mandai je! Mana kau tahu semua ni?” suara Musa kuat sekali menghangatkan suasana.


“Dengan membaca.”


“Aku pun baca juga suratkhabar. Tak pernah dengar pun pasal ni. Kau nak kelentong kami kan?” Musa masih tidak berpuas hati. Dengusannya semakin kuat.


“Aku baca dari internet. Aku baca berita dari internet. Jadi aku dah tahu dulu semua berita dan sebelum aku bercakap apa-apa, aku akan buat carian sendiri dulu. Baru aku boleh bercakap tentang perkara tu. Kalau aku takda input yang berguna, lebih baik aku diam. Sebab tu aku sibuk dengan telefon aku. Aku sibuk membaca perkara-perkara yang korang tak baca. Lagipun, aku malas nak mengumpat orang.”


“Alah Mad… Kita ni dah tua lah. Sibuk nak main telefon, main internet macam orang muda tu kenapa? Lebih baik kau mengaji.” Tiba tiba Jusoh memutar belit topik.


“Selagi kita ni belum mati, Soh, kita kena cari ilmu. Memanglah ilmu ni secara dasarnya tak nampak berguna untuk orang yang macam kita ni. Rumah dah kata pergi, kubur dah panggil mari. Tapi pencarian ilmu ni jangan pernah berhenti. Tuntutan dalam Islam antara yang utama adalah untuk menuntut ilmu. Bukannya kena pergi sekolah dan universiti je baru dikatakan menimba ilmu. Kalau kau duduk duduk, sambil sembang perkara yang baik dan berkongsi pengetahuan yang ada pun kira menuntut ilmu juga. Rajin rajinlah bergaul dengan buku dan bahan bacaan selain suratkhabar. Suratkhabar ni melaporkan keadaan semasa je. Tak cukup pemahaman kita tentang ilmu tu. Kena buat bacaan sendiri barulah kita faham. Betul tak, Deris?” Mad bertanya kepada Adris yang diam dan kelihatan berfikir. Tak lama kemudian, dia mengangguk angguk setuju.


“Lagipun, kalau nak kata lebih baik aku mengaji, korang ni mengaji ke? Sekurang kurangnya aku takdalah 24 jam kat sini. Tapi yelah, mungkin korang tadarus kat sini ke kan. Aku tak tahu. Eh dahlah, aku nak balik dulu. Hari pun dah makin tinggi ni. Assalamualaikum.”


***


“Eh harini ayah tak pergi warung ke?” Nani bertanya kepada Mad yang duduk leka sambil membaca buku Peribadi karya Hamka.


“Tak.. Malaslah. Nak rehat-rehat je kat rumah.”


“Eh, apa jadi dengan azam ayah haritu nak educate pakcik pakcik tu? Putus asa dah?”


“Hmm.”


“Ayah, ayah juga yang selalu ajar Nani kan supaya jangan putus asa dalam mengajak orang kepada kebaikan ni. Ayah kata nak tengok pakcik pakcik tu semua bersembang perkara yang baik baik kan. Ni kalau ayah duduk rumah je, putus asa, siapa nak tolong diaorang semua?”


“Kamu ni membebel macam mak kamu. Iya, nanti petang sikit lepas Asar ayah pergilah. Sekarang ayah nak rehat je dulu kat rumah.” Nani tersenyum dan masuk ke biliknya meninggalkan Mad sendiri di ruangtamu.


“Assalamualaikum, Mad oooo Mad!” seorang lelaki melaung laung di halaman rumah. Mad berkerut. Jarang orang bertandang ke rumahnya.


“Waalaikumussalam. Oh Deris. Hah kenapa ni? Tak pernah-pernah datang rumah aku.”


“Aku nak belajar dengan kau. Sejak dengar kau cerita pasal undang-undang haritu, aku kagumlah. Banyak juga kau tahu ek? Ingatkan kau sibuk dengan telefon tu kau buat apa lah.”


“Hah nak belajar dengan aku? Aku takdalah tahu banyak mana pun.. Baca sikit sikit tu bolehlah. Bekal ilmu. Mana boleh kongsi, aku kongsi. Ni kau tak lepak warung pula?”


“Malaslah aku. Kau ajar aku macam mana nak guna benda ni boleh?” Adris menghulurkan telefon pintar miliknya. Kelihatan baru, pasti jarang sekali digunakan.


“Boleh boleh.” Mad menunjukkan cara-cara melayari internet dan segala asas yang perlu diketahui. Dalam hati, Mad puas. Hari ini mungkin seorang. Esok lusa, mungkin lebih ramai lagi yang sedar kepentingan ilmu baru. Mad kembali bersemangat untuk menyebarkan kesedaran untuk terus menimba ilmu lagi lagi di kalangan warga emas yang kebiasaannya hanya membuang masa di kedai kopi.


 


‘Esok masih ada. Aku datang lagi.’

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 17, 2018 18:38

January 15, 2018

MAAF

“Maafkan mak, nak..”


Teresak-esak wanita tua itu memohon simpati. Anak lelakinya itu langsung tidak memandang wajah ibunya. Pintu MPVnya dibuka. Sebuah Vellfire berwarna merah hati. Dia terus memandu pergi tanpa mengendahkan esak tangis ibunya yang semakin lara.


*****


“Kau ni kenapa?”


Pagi yang indah itu terganggu dengan suara rakan sejawatnya, Kamal. Dia baru sahaja keluar dan hendak mengunci pintu pejabatnya. Tertera di pintu pejabatnya, Dr. Adam bin Suratman.


“Adam! Kau jangan buat tak dengar. Aku nampak semalam mak kau menangis merayu-rayu. Boleh kau buat tak tahu! Jangan jadi anak derhaka, Adam!”


Adam dan Kamal bertentang mata. Kamal dengan riak seriusnya. Manakala, Adam hanya bersahaja.


“Dr. Kamal yang saya hormati, maaf saya ada kelas.”


Adam berpaling dan terus bergegas pergi. Kamal hanya mampu memandang rakan sejawatnya itu dengan rasa tidak percaya.


“Pensyarah universiti apa macam ni? Dengan mak sendiri boleh buat macam tu! Umur dah 30, tapi perangai macam remaja bermasalah!”


Kamal menggeleng-gelengkan kepala sambil melepaskan satu keluhan berat. Dia membuka pintu pejabatnya yang terletak bersebelahan dengan Adam.


*****


“Dr., Dr! Dr. Adam!”


Makcik di kafeteria universiti memanggilnya. Dia yang baru sahaja menghabiskan makan tengah harinya dan ingin berlalu pergi, berpaling.


“Dr. Adam, belum berkahwin kan? Ni Mak Jah ada calon nak kenalkan. Dr. berminat tak?”


Makcik cafeteria yang dikenali dengan panggilan ‘Mak Jah’ itu tersenyum lebar sambil mengangkat keningnya dua kali.


“Maaf, Mak Jah. Saya tak berminat nak kahwin,” jawab Adam dan terus berlalu pergi.


Mak Jah hanya terlopong mendengarnya.


*****


“Lia dah tak tahan! Lia nak abang ceraikan Lia!”


Dahlia menjerit sekuat hati. Suaminya hanya duduk bersila memandang papan rumah usangnya.


“Lia dah jumpa lelaki lain yang mampu tanggung hidup Lia! Lia tak nak jadi isteri pengutip sampah! Lia derita hidup dengan abang! Lia tak pernah bahagia!”


Air mata lelakinya tumpah. Perit, pedih, sakit. Hatinya bagai ditusuk-tusuk sembilu.


“Mak..”


Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun tiba-tiba bersuara. Anak tunggal Dahlia dan suaminya.


“Mari ikut mak, sayang. Bapak kau tu tak guna.”


Dahlia ingin membawa anaknya itu pergi bersama. Namun, sebaik sahaja dia ingin meraih tangan anaknya, anaknya segera berlari memeluk suaminya.


“Mari ikut mak, sayang.”


Dahlia memandang anaknya. Dia cuba memujuk.


“Tak nak! Adam nak duduk dengan bapak!”


Dahlia berang. Segera dia pergi untuk mendapatkan anaknya itu secara paksa. Anaknya kuat memeluk belakang suaminya. Suaminya itu pula hanya tertunduk menangis tanpa berbuat apa-apa. Tiba-tiba, anaknya menggigit tangan Dahlia sekuat hati. Dahlia menjerit kesakitan. Pipi anaknya ditampar sebagai balasan.


“Anak tak guna! Besar nanti pun jadi pengutip sampah macam bapak kau!”


Dahlia menghamburkan kemarahannya lalu keluar meninggalkan anak dan suaminya yang masih duduk berpelukan sambil menangis teresak-esak.


*****


“Adam! Adam! Anak ibu!”


“Datin, Datin okey?”


Dahlia terkejut. Kelihatan pembantu rumahnya, seorang gadis muda sedang tunduk memandangnya dengan penuh kerisauan. Dahlia duduk bersandar di sofa empuk. Tertidur rupanya. Air mata yang membasahi pipinya segera dikesat dengan belakang tangan. Ah! Memori silam hadir dalam mimpinya. Pasti dia menjerit-jerit sehingga mengejutkan pembantu rumahnya.


“Tolong ambilkan saya jus oren.” Arah Dahlia.


“Baik, Datin!”


Dahlia hanya memandang pembantu rumahnya bergegas kembali ke dapur. Dahlia mengeluh panjang.


Cermin besar yang berada di dinding ruang tamu memantulkan imejnya. Rambutnya kelihatan kusut. Wajahnya pula kelihatan sembap. Matanya bengkak. Sudah berhari-hari dia tidak dapat tidur lena. Sejak kematian suaminya, Dato’ Jazlan, hidupnya menderita. Tidak! Bahkan sebelum kematian suaminya lagi Dahlia sudah menderita. Cuma kematian suaminya menambahkan penderitaan Dahlia. Semuanya berpunca daripada madu dan anak-anak tirinya. Madu dan anak-anak tirinya menderanya secara mental dan emosi. Mereka semakin berani sejak kematian Dato’ Jazlan. Dahlia menangis. Dia sudah tidak punya sesiapa. Dia tidak punya anak dengan Dato’ Jazlan. Kini, harapannya hanya pada anak tunggalnya, Adam.


*****


Di sepertiga malam yang hening itu, Adam bangun menunaikan solat Tahajjud. Selesai solat, dia menadah tangannya bagai seorang pengemis jalanan.


“Ya Allah, aku merayu pada-Mu ya Allah. Kurniakanlah aku kesabaran ya Allah. Aku tahu ramai yang mengejiku ya Allah. Ramai pula yang mengumpatku di belakangku ya Allah.”


Adam memejamkan matanya. Terbayang dia akan Mak Jah di cafeteria. Kata-kata Adam bahawa dia tidak berminat untuk berkahwin itu disalah erti. Heboh dijaja kisah penolakannya itu sehingga ada yang beranggapan bahawa dia seorang gay.


“Saksikanlah ya Allah, aku halalkan semua fitnah, umpatan dan kejian itu. Aku maafkan mereka ya Allah kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui apa yang telah terjadi dalam hidupku, sedangkan Engkau Maha Tahu. Sesungguhnya aku takut untuk berkahwin kerana takut jika diuji dengan seorang isteri yang seperti ibuku. Aku tidak sebaik dan sekuat bapaku yang sehingga akhir hayatnya sanggup memaafkan ibuku.”


Adam menangis teresak-esak.


“Ya Allah, aku sangat merindui bapaku. Bapaku pernah memohon aku memaafkan ibuku. Namun, sehingga kini aku masih belum mampu memaafkan ibuku. Maafkanlah aku ya Allah. Maafkan aku. Hatiku ini begitu penuh dengan benci terhadap ibuku itu ya Allah.”


Adam menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan-lahan. Air matanya laju mengalir membasahi pipi.


“Ya Allah kurniakanlah kepada jiwaku ini ketakwaan. Sucikanlah ia kerana hanya Engkaulah yang mampu menyucikannya. Engkaulah Penguasanya dan Pemiliknya…”


*****


“Kau pernah dengar kisah pasal Nabi Yusuf dan saudara-saudaranya?”


Kamal cuba menduga. Adam dipandangnya sambil tersenyum. Sebenarnya Kamal masih tidak percaya bahawa akan tiba hari di mana dia boleh berbual mesra bersama Adam, rakan sejawatnya yang misteri. Hari ini, Adam mengetuk pintu pejabatnya buat pertama kali. Datang memohon maaf sambil menceritakan sejarah silamnya yang kelam. Kini Kamal mengerti kenapa Adam berkelakuan pelik. Apa yang lebih mengkagumkan, Adam datang bertemunya hari ini untuk mencari cara untuk memaafkan dan merawat hatinya yang luka.


“Pernah dengar dan pernah baca. Saudara-saudara Nabi Yusuf sanggup berkomplot untuk membuang Nabi Yusuf ke dalam perigi buta waktu baginda masih kanak-kanak.”


“Ya. Dalam kisah ni ada tips hebat lagi praktikal bagaimana untuk memaafkan. Bukankah akhirnya saudara-saudara yang berkomplot itu datang dengan keadaan susah payah mengharapkan bantuan daripada manusia yang tanpa disangka-sangka oleh mereka adalah Yusuf. Yusuf malah memaafkan mereka dengan seikhlas hati. Apa tipsnya? Pertama, Yusuf menganggap mereka dalam keadaan jahil sebab itu sanggup buat perkara bodoh macam tu. Kedua, Yusuf menyandarkan kemaafan itu kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ketiga, Yusuf meletakkan kesalahan silam mereka itu kepada syaitan. Syaitanlah yang memisahkan dan merosakkan hubungan persaudaraan mereka.”


Adam tergamam. Tidak tahu apa yang hendak dikata. Hatinya berbisik perlahan:


‘Dulu mak jahil sebab tu sanggup tinggalkan suami soleh macam bapak. Dulu mak jahil sebab tu boleh terhasut oleh syaitan. Kalau aku maafkan mak, sesungguhnya Allah lagilah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Aku pun banyak dosa. Aku pun harap Allah maafkan aku. Lagipun semua salah mak tu sebab termakan hasutan syaitan. Kalau aku tak nak maafkan mak setelah mak menyesal, akulah pula yang termakan hasutan syaitan sebab syaitan memang suka merosakkan hubungan kekeluargaan.’


“Kau tengok dan hayatilah sendiri surah Yusuf, terutama ayat 88-100.” Kamal memecahkan sunyi sambil menghulurkan al-Qur’an terjemahan kepada Adam.


Adam mengambilnya sambil mengucapkan terima kasih. Dia membaca setiap bait-bait terjemahan ayat di dalam hati. Air matanya mengalir perlahan. Segala torehan luka hatinya yang parah itu bagai sedang tercantum sendiri. Benarlah, al-Qur’an itu penyembuh yang teramat mujarab.


*****


Dahlia menggigil ketakutan. Rambutnya ditarik kasar lalu dilempang kuat. Dahlia jatuh tersungkur sambil darah mengalir keluar daripada hidungnya.


“Perempuan tua tak guna! Cepat tulis surat ni atau kau nak aku patah-patahkan tulang kau dulu?”


Dahlia memandang wajah anak tirinya itu yang kini mencangkung sambil menarik rambutnya. Sekali lagi kertas itu dibaling ke mukanya.


Dahlia terketar-ketar memegang kertas itu. Surat pengakuan bunuh diri!


*****


“Bersedia?”


Kamal menepuk-nepuk bahu Adam. Kini mereka berada di hadapan sebuah banglo besar milik Datin Dahlia.


Pembantu rumah segera membukakan pintu pagar automatik. Adam dan Kamal disambut dengan ramah sebaik sahaja mereka berdua memperkenalkan diri masing-masing.


“Datin ada di biliknya di tingkat atas. Bilik yang besar sekali dengan pintu kayu berukir bunga ros. Jemputlah ke atas. Saya ke dapur dulu, nak siapkan makan malam.”


Adam dan Kamal mengucapkan terima kasih dan perlahan-lahan menaiki anak tangga. Pintu bilik yang dikatakan oleh pembantu rumah kelihatan tersergam indah di hadapan mata. Adam mengetuknya. Tiba-tiba, kedengaran suara nyaring menjerit kesakitan. Adam segera memulas tombol yang tidak berkunci.


“Mak?!”


Alangkah terkejutnya Adam melihat ibunya sedang tersungkur di atas permaidani. Rambutnya kusut masai. Hidungnya berdarah. Mukanya lebam dan bengkak-bengkak. Kelihatan tingkap bilik terbuka luas dengan pemandangan langit senja yang menguning. Pokok besar yang berada berhampiran tingkap bergoncang keras. Kamal segera menjenguk ke tingkap. Kelihatan seorang lelaki bertubuh sasa dengan berpakaian serba hitam sedang berlari. Lelaki itu bergerak lincah menghilangkan diri di sebalik tembok.


“Tolong mak, Adam!”


Adam merangkul tubuh ibunya yang lemah. Rasa kasihan belas menjalar ke seluruh urat nadinya. Ibunya menangis teresak-esak.


“Maafkan mak, Adam. Maafkan mak.. Bawa mak pergi dari sini. Mak nak duduk dengan Adam…”


Adam memeluk ibunya erat. Air matanya mengalir laju. Sungguh, dia sudah lupa apa rasanya memeluk ibu sendiri.


“Ya, mak. Adam maafkan dan Adam sungguh-sungguh minta maaf..”


Sebaik sahaja mengucapkan kata maaf, hati Adam bagai berbunga mekar. Walau air matanya sedang bercucuran, namun hatinya bagai dibasahi embun ketenangan. Benarlah, dengan memberikan kemaafaan, dirinya dapat merasai kemanisan yang tidak pernah dirasai sebelumnya…

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2018 08:02

Selipar, analogi sebuah kesetiaan

“ abang? Esok abang cuti kan? Jom pergi makan Abc dekat Mama Corner? Dah lama saya tak makan Abc. Lepas tu kita pergi jalan jalan kat bandar. Makan pizza, penkek, ayam Daebak dekat gerai kawan saya .” Nur Ain menerpa tiba tiba. Eusoff terperanjat, terangkat sedikit badannya. Akhbar di tangan jatuh, terselit dibawah sofa. Dia merenung wajah isteri tercinta tanpa sebarang emosi, sebelum tiba tiba tangan nya pantas menyepit hidung Nur Ain.


“ awak nak saya sakit jantung ya? Nak jantung saya tercabut. Awak ingat kalau tercabut boleh pasang balik dengan skru?” Eusoff membebel sambil tangannya belum melepaskan hidung isterinya. “ aduh , aduh, sakit. Saya bergurau jela. Tercabut la hidung saya nanti. Kalau tercabut tak boleh rivet dah ” Kata Nur Ain bercanda. Hidungnya dilepaskan, berbekas merah. Dia memuncungkan bibir tanda memprotes perlakuan suami nya. Eusoff hanya tertawa. Dia tunduk mengambil kembali akhbar dibawah sofa. Manakala Nur Ain mengambil tempat disisi suaminya.


“ yup, abang cuti esok. Memang abang rancang nak ke bandar esok. Nak pergi kedai kawan, ambil parang Gerber Gator. Amboi, tau makan je awak ya? Pantang ada peluang, nak pergi makan. Asal saya cuti awak ajak pergi makan, asal pergi jalan jalan awak tanya kat mana tempat makan sedap. Kata tahun ni nak diet. Tak jadi ke? “ Eusoff membebel lagi sambil memperli isterinya. “ tunda.” Kata Nur Ain ringkas sambil tersengih, cuba membuat riak wajah comel. “ tunjuk gigi arnab, ingat comel la tu? Yela yela, esok kita keluar selepas zohor. Kita pergi ambil parang dulu, lepas tu makan Abc kejap kat Tanjung Gadung. Kita balik rumah dulu, lepas maghrib kita keluar ke bandar.” Eusoff mengalah. Dia sentiasa tewas melihat riak wajah itu.


“ yayy, sayang abangg.” Nur Ain menjerit sambil melompat memeluk suaminya dari belakang. “ patah la tulang belakang abang nanti. Kak kedai tak ada jual ni.” Kata Eusoff bercanda. Namun isterinya tetap tidak meleraikan pelukan. “ tak berubah.” Desis nya didalam hati. Sememangnya isterinya tidak berubah walaupun perkahwinan  mereka menginjak usia dua tahun. Ketika perkenalan dan bercinta, nakalnya tidak ketara. Namun apabila akad nikah menghalalkan perhubungan mereka, nakal Nur Ain semakin menjadi jadi. Eusoff tidak kisah, kerana sifat itulah yang menjadi penghiburnya setiap kali pulang ke rumah setelah seharian bekerja.


Keesokan harinya


“ sayang? Mana selipar abang? Tak ada kat luar ni.” Eusoff melaung. Dia mencari cari selipar yang dipakai nya setiap hari namun tidak ketemu. Nur Ain muncul dari belakang sambil menghulur selipar itu. Eusoff menyambut dengan muka berkerut. “ kan abang pergi ke kebun sekejap lepas kita pulang dari Tanjung Gadung tengahari tadi. Kemudian abang masuk melalui pintu belakang. Selipar ni ada kat sana la. Lupa la tu. Muda muda dah nyanyuk.” Nur Ain memberitahu. Eusoff hanya tersenyum sambil mencuit pipi isterinya. Dia menarik tangan isterinya, mengajak memasuki kereta tanpa suara.


Di bandar, selepas makan ayam Daebak kegemaran Nur Ain di gerai rakan nya, Eusoff mengikut rentak isterinya. Berjalan jalan melihat pelbagai kedai dari kedai baju sehinggalah kedai barangan wanita. Sampai di depan Watson’s , Nur Ain menarik Eusoff masuk. Dia tersenyum melihat barang barang yang dipegang isterinya. “ nak beli?” dia bertanya. “tak apa lah . tak nak beli pun. Saja tengok tengok.” Kata Nur Ain sambil tersenyum. Dia mula berjalan keluar. Eusoff hanya mengikut, namun dia sudah merancang sesuatu dalam diam.mereka berjalan lagi, berpimpin tangan melihat suasana malam.


Sampai di hadapan kedai Bata yang menjual kasut dan selipar, giliran Eusoff menarik  isterinya masuk. Dia melihat lihat pelbagai rekabentuk selipar yang dijual. Sesekali mencuba pakai, memuji kecantikan dan ketahanan, namun tidak ada satu pun yang diambil. “ abang tak nak beli?” Nur Ain bertanya. Eusoff hanya menggeleng sambil tersenyum. Dia terus berjalan, mencuba beberapa pasang selipar lagi sebelum mengajak isterinya keluar. Nur Ain hairan, semenjak perkahwinan mereka, setiap kali mereka keluar berjalan jalan atau melancong, suaminya sering memasuki kedai yang menjual selipar namun tidak pernah membeli. Dia masih memakai selipar yang sama, selipar yang Nur Ain belikan sebulan selepas pernikahan mereka kerana selipar Eusoff terputus ketika mereka berlari di pantai. Beberapa kali dia bertanya namun jawapannya tetap sama. Eusoff hanya tersenyum.


“ jom.” Eusoff bersuara tiba tiba. “ jom kemana?” Nur Ain bertanya. “semalam cakap nak makan pizza, jom lah.” Balas Eusoff sambil jari menunjuk keatas. Terpapar papan tanda bertulis Pizza Hut’s. Rupa rupanya mereka sudah sampai di hadapan restoran pizza kesukaan Nur Ain. Ketika mereka melangkah masuk, kelihatan semua meja telah penuh. “ macam mana? Tak boleh makan kat sini, semua meja ada orang.” Soal Eusoff. “ hmm , bungkus je la.kita makan kat dataran, boleh tengok orang main kasut beroda.” Kata Nur Ain. Suaminya hanya mengangguk kecil. Mereka membeli dua pizza berbeza topping mengikut kesukaan masing masing.


Ketika di dataran, sambil membuka bungkusan pizza, Nur Ain cuba bertanya lagi. “ abang ? kenapa setiap kali kita keluar jalan jalan abang masuk kedai yang menjual selipar tapi tak pernah beli? Walaupun abang puji selipar cantik, rekabentuk menarik tapi sekadar puji , tak beli pun.” Eusoff tersenyum mendengar soalan itu. “ Nur, setiap sesuatu pasti ada rahsia disebaliknya. Begitu juga tentang selipar. Sampai masanya Nur akan tahu.” Kata Eusoff. Nur Ain hanya diam, jelas tidak puas hati kerana tidak mendapat jawapan sebenar. Dia menyuap pizza perlahan.


Sewaktu mereka hampir selesai menjamu selera, sekumpulan gadis berjalan berhampiran mereka sambil bergelak ketawa. Mata Eusoff menyoroti pergerakan mereka perlahan dan tanpa sedar, terpancul kata pujian. “ CANTIK.” Nur Ain yang melihat perlakuan suaminya berubah riak wajah. Sebaik sahaja mendengar kata pujian dari suaminya, tangan nya lekas mengetuk kepala Eusoff dengan kotak pizza lalu bertanya dengan suara kuat, “ HABIS TU SAYA TAK CANTIK??” Eusoff terperanjat, tergamam sebentar. Baru sahaja dia ingin bersuara, isterinya sudah berjalan laju menuju kereta dan pintu kereta dihempas kuat. Eusoff hanya melihat dengan mata yang tidak berkelip, tidak percaya dengan apa yang berlaku.


Beberapa pasangan melihat ke arah Eusoff sambil tersenyum. Dia mengeluh perlahan sambil mengemas bungkusan pizza, lalu pantas menuju ke arah kereta. Ketika dia memasuki kereta, Nur Ain hanya mendiamkan diri. Air mata kelihatan mengalir di pipi gebunya. Eusoff mencapai tisu lalu mengelap air mata itu. Tiada reaksi dari isterinya. Dia hanya mengeluh lagi lalu terus memandu kereta untuk pulang.


Sampai dirumah, Nur Ain terus memasuki bilik tidur tanpa sebarang kata. Eusoff bersandar pada bonet kereta, kesal atas ketelanjuran kata. Dia tidak menyangka Nur Ain akan merajuk dengan nya. Dia terfikir, mungkin kerana semenjak mereka berkahwin, berat badan isterinya sedikit meningkat, sekaligus mengubah fizikalnya.ketika dia terlanjur memuji wanita lain, mungkin terbit rasa cemburu dihati Nur Ain. Tiba tiba dia tersenyum memikirkan kemungkinan itu. Dia mula rasa mengantuk, lalu langkah kaki diatur memasuki rumah.


Pagi itu Nur Ain terlewat bangun. Dia melihat jam, sudah pukul 11 pagi. Dia memandang ke sebelah, suaminya telah tiada. Barangkali sudah ke pejabat. Yang ada Cuma satu kotak hadiah terletak cantik di atas bantal. Sekeping surat terselit dicelah ikatan reben. Tangannya pantas mencapai surat itu lalu dibuka dengan rasa aneh.


“ maaf kerana tanpa sedar melukakan hati Nur. Abang tahu Nur cemburu kerana abang memuji wanita lain. Nur pernah beberapa kali bertanya kenapa abang sering memasuki kedai selipar tapi tak pernah membeli selipar baru, sebaliknya masih setia memakai selipar pemberian Nur sebulan selepas pernikahan kita walaupun selipar itu sudah lusuh, tidak cantik. Abang hanya membaiki jika ada kerosakan. Sebenarnya selipar itu adalah simbol perhubungan kita. Sebagai mana abang sering melihat, memuji kecantikan  selipar lain, tapi abang masih setia memakai selipar itu, tidak terfikir membeli yang lain. Seperti itu jugalah rasa sayang abang terhadap Nur. Walaupun kadang kala abang memuji kecantikan perempuan lain, abang masih setia menyayangi Nur, tidak pernah terfikir mencari yang lain sekalipun Nur tidak lagi secantik dulu.


Seperti selipar, ramai orang mempunyai dua, tiga atau empat pasang selipar, namun abang tetap memakai selipar itu selagi boleh, tiada yang lain. Begitu juga isteri, ramai orang mempunyai dua tiga atau empat isteri namun bagi abang, Nur satu satu nya dihati tiada yang lain. Namun abang faham jika terdetik rasa ragu dihati Nur. Sememang nya rasa ragu itu sebahagian dari sifat manusia.


Semasa Nur membelek barangan didalam Watson’s, abang sedar sebenarnya Nur ingin membeli beberapa produk, tapi segan mahu memberitahu. abang tahu Nur teringin kembali cantik seperti dulu, dan abang juga ingin begitu. Jika abang boleh membaiki selipar itu, abang juga boleh berusaha mengembalikan kecantikan Nur yang dulu. Bukalah kotak hadiah itu, abang harap Nur suka dengan pemberian yang tidak seberapa itu.”


Tanpa sedar air mata mengalir perlahan dipipi gebunya. Terdetik rasa menyesal kerana meragui suaminya. Tangan Nur perlahan mencapai kotak hadiah lalu membukanya. Ketika dia melihat ke dalam, terpapar di layar matanya semua produk kecantikan yang dia ingini. Dari set produk penjagaan wajah Cetaphil, set solekan Simplysiti, sehinggalah krim pembakar lemak Mustajab dari Duniaherbs. Rupa rupanya Eusoff masih mengingati setiap produk yang dipegangnya ketika mereka berkunjung ke Watson’s. Senyuman kembali terukir diwajah nya. “ terima kasih abang.” Dia bermonolog sendiri.


Selipar, analogi sebuah kesetiaan.jika selipar itu tidak lagi cantik seperti saat kita membelinya, pudar warnanya, maka kembali kan kecantikan itu,selagi tidak mencapai penghujung hayatnya, begitu juga orang yang kita sayangi, jika dia tidak secantik saat kita menikahinya, maka berusahalah kembalikan kecantikan itu, sehingga sampai akhir waktunya, bukan “membeli” yang lain.


 


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2018 06:29

Busyra Hannan, anak syurga

Tangisan  bayi  7  tahun  lalu  seakan  masih  segar  di  ingatan  aku.  Pagi  yang  dingin  bertemankan  titisan  embun  yang  mendamaikan  suasana.  Kedengaran  laungan  iqamah  ke  telinga  seorang  ahli  keluarga  baharu  di  dalam  keluarga  aku.  Kalimah  syahadah  dibisikkan  tatkala  si  anak  menjengah  ke  dunia.  Kalimah  syahadah  juga  dibisikkan  tatkala  jasad  dan  nyawa  tidak  lagi  bersatu.  Namun,  dalam  kegembiraan  menyambut  kelahiran  insan  baharu,  terselit  kesedihan  atas  pemergian  seorang  insan  yang  bertarung  nyawa  asbab  hadirnya  si  anak  kecil.


“Tahniah,  anak  encik  dapat  diselamatkan.  Maafkan  kami, allah  lebih  sayangkan  isteri  encik.”


“Innalillahiwainnailaihiraajiun”


Sudah  tujuh  tahun  ibu  meninggalkan  kami  sekeluarga.  Tetapi  masih  terasa  pemergian  ibu  baru  sahaja  semalam.  Seakan  semalam  ibu  membelai  rambut  aku.  Bebelan  ibu  masih  terngiang  di  telinga  kecilku.  Suapan  lauk  kegemaran  aku  masih  terasa.  Aku  menangis  lagi.  aku  lepaskan  semua  kesedihan  aku  terhadap  ibu.  Kasih  sayangmu  hangat  terasa.


“Ibu,  Fiqa  rindu  ibu.  Kenapa  ibu  pergi  tinggalkan  Fiqa  dan  ayah?”


“Ibu  dah  tak  sayang  Fiqa  lagi?”


“Fiqa  rindu  ibu!”


Semakin  lama  semakin  aku  mengerti  bahawa  ibu  hanya  pinjaman  seketika.  Setiap  yang  bernyawa  itu  pasti  menemui  pengakhirannya.  Allah  Yang  Maha  Berkuasa  telah  mengaturkan  segalanya.  Namun,  kerinduan  aku  kepada  sebatang  tubuh  yang  bergelar  ibu  tidak  akan  pernah  padam  dan  luntur.  Aku  rindukan  ibu.


“Akak!”


Aku  tersentap  dari  lamunan  panjang.  Busyra  Hannan,  adik  perempuan  aku  memanggil  aku  berkali-kali.  Aku  sendiri  tidak  menyedari  panggilan  itu  pada  awalnya.


“Akak  tolonglah  Busyra,  Busyra  tak  pandai  nak  buka  televisyen  ni.”


“Susah  betul  nak  guna  benda  ni.”


Alat  kawalan  jauh  dihulurkan  kepada  Syafiqa.  Busyra  hanya  memerhatikan  tindak  tanduk  kakaknya  itu.  Mata  Busyra  terus  beralih  arah  apabila  rancangan  kegemarannya  itu  bersiaran  di  kaca  televisyen.  Busyra  hanyut  dalam  dunia  hiburan  di hadapanya  itu.


Tujuh  tahun  sudah  umur  Busyra  Hannan.  Sama  usia  pemergian  ibu  dan  kelahiran  anak  kecil  ini  di  dalam  keluarga  aku.  Aku  tidak  pernah  menyalahkan  dia  kerana  kematian  ibu.  Dia  berhak  untuk  lahir  ke  dunia.  Sejak  pemergian  ibu,  aku  mengambil  alih  tempat  ibu  membantu  ayah  yang  bekerja  mencari  rezeki.  Kadang-kadang  aku  tidak  mengerti  dengan  sikap  dan  perangai  Busyra  itu  sendiri.  Dia  seakan  tidak  normal  tetapi  fizikalnya  sama  sahaja  seperti  kanak-kanak  lain.  Tetapi  apabila  di  dalam  kelasnya,  dia  memang  agak  kebelakang.  Dia  tidak  mampu  mengikuti  sepenuhnya  pembelajaran  di  dalam  kelas.


Aku  selalu  memarahi  Busyra  kerana  dia  tidak  mampu  melakukan  perkara  yang  teramat  mudah.  Busyra  akan  bertanya  dan  terus  bertanya  apabila  dia  tidak  dapat  melakukan  sesuatu  perkara  itu  walaupun  mudah.


Dalam  aku  memarahi  diri  dia,  aku  kagum  dengan  kelebihan  yang  ada  pada  dirinya.  Busyra  suka  menghafal  dan  mudah  ingat.  Setiap  kali  dia  memerhatikan  aku  dan  ayah  berbual,  pasti  dia  dapat  menuturkan  semula.  Busyra  seorang  yang  suka  berpegang  pada  janji.  Andai  kata  aku  ingin  membelinya  ais  krim,  pasti  dia  akan  bertanya  sehingga  dia  dapat  apa  yang  aku  telah  janjikan  itu.


“Akak,  camna  nak  buka  nasi  lemak  ni?”


“Busyra  lapar.”


“Ya Allah!  Kau  buka  jelah.  Bukan  susah  pun.  Takkan  itu  pun  kau  tak  reti!”


Aku  terus  memarahi  Busyra  pada  pagi  itu.  Tetapi  dia  masih  kaku  di  tempat  duduknya.  Busyra  mengangkat  nasi  lemak  itu  dan  akhirnya  nasi  lemak  itu  jatuh  ke  lantai.  Dia  bangun  ingin  memakan  nasi  lemak  tadi.


“Busyra!  Kau  ni  dah  kenapa?”


Aku  mencubit  Busyra  dan  memarahi  anak  kecil  itu.  Dia  berlari  memasuki  biliknya.  Pintu  ditutup  rapat.


“Apa  Busyra  dah  buat?”


“Busyra  betul-betul  tak  pandai  buat.”


“Kenapa  Busyra  selalu  kena  pukul  dengan  kakak?”


Busyra  Hannan  menangis  di  dalam  biliknya.  Kedengaran  suara  Syafiqa  cuba  memujuk  adiknya  itu.  Tetapi  Busyra  tetap  tidak  mahu  keluar  dari  dalam  bilik.  Dia  bimbang  kan  dipukul  lagi  oleh  Syafiqa.  Busyra  tiba-tiba  menjerit  sekuatnya  dan  Syafiqa  kaget  mendengar  suara  adiknya  itu.  Syafiqa  hanya  keseorangan  di  rumah.  Ayahnya  tiada  kerana  pergi  ke  sekolah.  Syafiqa  terpaksa  memecahkan  pintu  bilik  adiknya  kerana  tidak  menemui  kunci  pendua.


Aku  meluru  dan  memeluk  Busyra  yang  seperti  dirasuk  sesuatu.  Pertama  kali  aku  melihat  Busyra  sebegini  rupa.  Setiap  kali  aku  memarahinya  pasti  dia  akan  membalas  tanpa  ada  rasa  riak  bersalah  dalam  dirinya.  Kali  ini  berbeza  dan  airmata  anak  kecil  ini  menangis  seperti  waktu  aku  mula-mula  kehilangan  tempat  bermanja.


“Busyra,  maafkan  akak  ye.  Jom  makan.  Busyra  kan  lapar.”


“Busyra  taknak  makan,  nanti  akak  pukul  Busyra  lagi.”


“Tak  sayang,  akak  tak  pukul  Busyra.  Jom  makan.  Akak  suapkan  Busyra  ya.”


Aku  memimpin  tangan  anak  kecil  itu.  Sepanjang  waktu  itu,  aku  hanya  memerhati  raut  wajahnya.  Persis  muka  ibu.  Mungkin  allah  gantikan  ibu  dengan  adikku  ini.


Ayah  aku  seorang  guru  di  sekolah  dan  Busyra  Hannan  juga  ditempatkan  di  sekolah  sama  agar  senang  dipantau.  Ayah  aku  selalu  berpesan  supaya  jangan  selalu  memarahi  adik  aku  itu.  Bantu  dia  apabila  dia  tidak  mampu  untuk  melakukan  sesuatu.  Kata  ayah,  Busyra  seorang  yang  istimewa  di  dalam  keluarga  aku.  Aku  juga  tidak  mengerti.  Dia  tiada  sesiapa  lagi  melainkan  aku  dan  ayah.  Busyra  Hannan  belum  sempat  merasakan  kasih  sayang  seorang  ibu.  Mungkin  sebab  itu  dia  terlalu  manja  dengan  aku  walaupun  aku  sering  memarahinya.


Suatu  hari,  aku  menemani  ayah  membawa  Busyra  Hannan  untuk  melakukan  ujian  pemeriksaan  kesihatan  seperti  biasa.  Sebelum  ini  doktor  pernah  memberitahu  bahawa  adik  aku  mempunyai  tanda-tanda  penyakit  yang  belum  dapat  dipastikan.  Hari  itu  aku  tidak  tahu  mengapa  hati  aku  sangat  berdebar.  Hati  aku  resah  dan  gelisah  memikirkan  adik  aku


“Fiqa,  selawat  dan  doa  banyak-banyak  untuk  adik  kamu.  Semoga  tiada  apa-apa  yang  berlaku.”


Setelah  beberapa  jam  menunggu,  akhirnya  nama  waris  pesakit  di  panggil  ke  bilik  doktor.  Aku  mengikut  ayah.  Aku  lihat  Busyra  masih  terbaring  di  katil  pesakit.  Ada  seorang  jururawat  sedang  memeriksanya.


“Encik  ni  ayah  dia  ke?”


“Ya  saya  dan  ini  kakak  dia.  Macam  mana  perkembangan  anak  saya  doctor?”


“Dia  sihat.  Alhamdulillah.”


“Alhamdulillah.  Syukur.”


“Cuma  saya  ingin  memberitahu  sesuatu  tentang  Busyra  Hannan.  Dia  sebenarnya…”


Jantung  aku  terasa  seperti  terhenti  seketika  apabila  mendengar  penerangan  doktor  tadi.  Rasa  bersalah  mula  menyelubungi  diri  aku.  Hati  aku  mula  sebak.  Sepanjang  perjalanan  aku  memandang  wajah  ayah.  Wajahnya  tenang  menerima  apa  yang  diterangkan  doktor.  Aku  tahu  jauh  di  sudut  hati  ayah  sangat  bimbang  tentang  anaknya.  Itulah  diri  seorang  ayah.  Dia  tidak  menzahirkan  dengan  perkataan  tetapi  perbuatan.


“Sebenarnya  Busyra  Hannan  seorang  penghidap  autism.”


Kata-kata  yang  keluar  daripada  mulut  doktor  itu  masih  terngiang-ngiang  di  benak  fikiran  aku.  Aku  cuba  untuk  tidak  percaya  kata-kata  itu.  Tapi  tanda-tanda  itu  memang  ada  pada  adik  aku.  Dia  bukanlah  autisme  yang  hiperaktif  seperti  sesetengah  penghidap  penyakit  ini.  Bukan  semua  penghidap  autisme  menyedari  symptom  ini  pada  awal  kelahiran,  malah  ada  yang  menyedari  saat  lewat  usianya  seperti  Busyra  Hanna.  Setiap  apa  yang  berlaku  untuk  keluarga  kami  ini  ada  hikmahnya.  Aku  akan  cuba  untuk  bantu  Busyra  Hannan.


“Busyra,  maafkan  kakak.  Kakak  tak  tahu  adik  sakit.”


“Kakak  minta  maaf  sebab  selalu  pukul  adik.”


Aku  duduk  di  tepi  katil  Busyra.  Memerhati  sahaja  raut  wajah  anak  kecil  ini.  Segala  apa  yang  berlaku  antara  aku  dan  Busyra  seakan  bermain  kembali  di  depan  mata.  Rasa  bersalah  sekali  lagi  menghantui  aku.   Aku  menangis  menatap  wajah  anak  syurga  ini.  Betul  kata  ayah  bahawa  Busyra  ini  seorang  yang  istimewa.  Aku  berjanji  akan  menjaga  Busyra  sampai  ajal  menjemput  aku.  Andai  aku  pergi  dulu,  semoga  akan  ada  orang  yang  sanggup  melindungi  dia.


Sejak  hari  itu  aku  mula  menyesali  atas  perbuatan  aku.  Sesungguhnya  berbuat  baik  sesama  saudara  itu  amatlah  dituntut.  Mungkin  nampak  biasa  sahaja  perbuatan  memarahi  dan  sebagainya.  Tetapi  untuk  golongan  yang  istimewa  seperti  mereka  ini  ada  kelainannya.  Emosi  dan  perasaan  mereka  perlu  di ambil  perhatian.  Mereka  perlukan  perhatian  yang  lebih  daripada  kita  semua  terutama  orang  terdekat.  Sokongan  dan  dorongan  untuk  menempuh  hari-hari  yang  mendatang  perlu  diberikan.


“Walaubagaimanapun  adik  akak,  akak  tetap  akan  jaga  sampai  bila-bila.”


“Maafkan  kakak  untuk  semua  perbuatan  kakak.”


Ayah  pernah  berpesan.  Anak  istimewa yang  lahirnya  ke  dunia  ini  adalah  amanah  dan  anugerah  daripada  Allah.  Sesungguhnya  kelahiran  mereka  bukanlah  suatu  beban  malah  jalan  untuk  kita  mendapatkan  ganjaran  dariNya.  Mereka  semua  adalah  pinjaman  sementara  dan  jagalah  anugerah  istimewa  ini  dengan  sebaiknya.  Jangan  dicaci  dan  dibenci.  Corakkan  mereka  dengan  warna-warna  yang  indah  agar  mereka  membesar  menjadi  anak  istimewa  yang  luar  biasa  untuk  ummah.  Moga  mereka  yang  punya  anak  syurga  ini  mendapat  ganjaran  yang  setimpal  di sisi  Allah  saat  memelihara  mereka  dengan  baik.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2018 05:42

Tanpa Kata

Alif Dirgantara begitulah nama seorang pemuda yang tengah duduk di pojok sebuah kafe kala hujan turun dengan begitu derasnya. Ia hanya menatap kosong kearah laut biru yang terhampar luas di depan kafe itu. Kesedihan tergambar jelas di wajah pemuda yang baru saja menyelesaikan pendidikan pasca sarjana ini. Kesedihan yang sepertinya telah begitu lama ia simpan sendiri.


“Kamu Alif, kan?” Pertanyaan itu langsung membuyarkan lamunan Alif. Dengan sangat baik ia tutupi keterkejutannya.


“Yes. I am.” Jawaban itu datar. Begitu datar hingga membuat suasana terkesan kaku.


“Aku Zahra, teman SMA kamu. Kamu ingat, kan?”


“Zahra?” Alif terlihat berpikir sejenak. “Kamu Zahra Masyrurah?”


“Yes. I am.” Jawab wanita itu dengan senyum manis yang terukir di wajahnya. Suasana mencair seketika.


Alif lalu meminta Zahra duduk di sebuah kursi kosong yang ada di seberangnya. Mereka lalu berbincang mengenai banyak hal terutama masa-masa sekolah.


“Eh, ngomong-ngomong kamu kok bisa ada di sini? Bukannya kamu kerja di luar negeri?” tanya Alif.


“Aku baru saja pindah ke sini sebulan yang lalu. Aku rindu tempat ini. Seperti apapun tempat lain, tetap lebih baik di kota sendiri. Apalagi suamiku sudah dipindah tugaskan di sini, aku harus ikut dong.” Jelas Zahra panjang.


“Eh iya, bagaimana kabar Dinda? Aku dengar kamu sempat mengantarnya saat hendak ke luar negeri dulu. Yang kutahu, kamu satu-satunya sahabat yang ia miliki”.


Pertanyaan itu membungkam Alif. Seketika ingatan masa lalunya muncul dan berebut untuk dikenang.


***


Seorang gadis tiba-tiba saja terjatuh pingsan di depan mata Alif. Ia melihat sekeliling, tak ada siapapun di lorong kelas itu. Tidak heran, sekarang masih pukul 06.15. para siswa pasti baru berangkat dari rumah mereka karena kelas baru akan di mulai pukul 07.00 nanti.


Dengan menguatkan diri sambil beristigfar dalam hati, Alif lalu mengangkat gadis itu dan membawanya menuju Unit Kesehatan Sekolah dan membaringkan gadis itu di atas sebuah kasur. Beruntung petugas kesehatan telah ada di sana. Gadis itu lalu diberi pertolongan pertama.


Setelah memastikan gadis itu ditangani oleh orang yang tepat, Alif lalu kembali ke kelas. Kini kelasnya mulai riuh dengan suara teman-temannya.


“Tumben ketua OSIS terlambat pagi ini.” Ganggu sahabat karibnya, Putra.


“Aku tidak terlambat. Apa kamu tidak lihat tasku sedari tadi sudah ada di atas meja?”


Putra lalu menghadap pada sebuah meja paling depan. Benar saja, sebuah tas yang ia tahu siapa pemiliknya telah ada di sana.


“Lantas kamu dari mana?”


“Aku dari UKS. Siswi XII MIA 1 ada yang pingsan tadi.”


Semua mata langsung tertuju pada Alif.


“Eh siapa yang pingsan?”

“Kamu yang bawa anak itu ke UKS, Lif?”

“Apa kamu mengangkatnya, Lif?”


Pertanyaan-pertanyaan itu langung menghujani Alif. Sekalipun bukan pesantren, namun hukum-hukum islam di sekolah itu begitu ditegakkan. Setiap siswa wajib mengenakan celana dan baju lengan panjang serta kopiah hitam. Sedang para siswi wajib berjilbab dan jilbab yang dignakanpun harus sesuai dengan apa yang diajarkan dalam islam.


Jadi tidak heran jika saat ini Alif dihujani pertanyaan seperti demikian. Selain sebagai OSIS, Alif juga terkenal karena patuh dengan semua hukum yang ada di sekolah. Ia bahkan tidak pernah menyentuh gadis apalagi sampai mengangkatnya seperti yang ia lakukan tadi.


“Aku tidak begitu mengenal siapa nama gadis itu, tapi yang aku tahu dia siswi kelas XII MIA 1. Lagi pula aku tidak sengaja mengangkatnya. Tadi belum ada seorangpun siswa yang datang. Aku tidak ingin dia kenapa-kenapa jadi aku angkat saja dia ke UKS.” jelas Alif pada teman-teman sekelasnya panjang lebar disambut dengan suara teman-temannya yang ber ‘oh’ ria.


“Gadis itu beruntung sekali karena kamu udah ada di sana, Lif. Aku tidak bisa membayangkan jika tidak ada siapapun yang melihat ia terkapar di lantai seperti itu.” Ujar Putra.


Alif hanya tersenyum menanggapi pernyataannya Putra yang menurutnya tak begitu penting.


“Ngomong-ngomong apa kalian sudah siap untuk ulangan hari ini?” tanya Alif.

Lagi-lagi teman-temannya terkejut dengan pernyataan Alif. Bahkan kali ini mereka tidak hanya menunjukkan ekspresi terkejut tetapi juga takut sekaligus.


“Ada ulangan ya, kenapa aku tiba-tiba pikun? Ya Allah aku belum belajar sama sekali!” ujar salah seorang dari mereka yang terlihat frustasi.


“Aku hanya bercanda!” Alif lalu tertawa keras.


“Dasar kamu Lif!”


“Maaf.. maaf.” Alif lalu berlari keluar kelas menghindari murka teman-temannya yang terlihat begitu kesal.


Di sisi lain seorang gadis baru saja sadarkan diri. Ia terlihat kebingungan. Kepalanya masih sakit. Dengan memaksakan diri ia mencoba duduk. Dilihatnya sebuah infus yang telah terpasang di pergelangan tangan kirinya.


“Syukurlah, kamu sudah sadarkan diri.” Ujar salah seorang pegawai kesehatan bernama Ayu.


“Aku di mana mbak?”


“Kamu di Unit Kesehatan Sekolah. Dua jam yang lalu kamu pingsan,”


“Dua jam?” Gadis itu membelalakkan matanya.


“Iya. Tadi Alif yang membawamu ke sini.” Sambung pegawai kesehatan itu melanjutkan kalimatnya.


“Alif?” saat ini Dinda semakin terkejut. Bagaimana bisa seorang Alif yang mengantarnya ke sana. Alif bahkan selalu menundukkan pandangannya jika berpapasan dengan para siswi.


“Iya Alif. Mbak juga terkejut. Tapi mbak pikir mungkin karena tadi masih sangat pagi dan tidak ada orang lain jadi dia membawamu kemari.”


“Kenapa kamu bisa pingsan seperti tadi?” tanya Ayu.


“Tadi kepalaku pusing, mbak.”


“Ya sudah. Sekarang kamu istirahat dulu, tidak usah ikuti pelajaran. Tadi mbak sudah memberi tahu wali kelasmu. Mbak tinggal dulu ya. Mbak masih punya pekerjaan”.


“Terima kasih, mbak” ucap Dinda tulus.

Setelah Ayu pergi, Dinda kembali menidurkan dirinya di atas kasur. Perlahan air matanya jatuh melihat jarum infus yang ada di tangannya itu. Ia menangis tanpa suara sampai ia tertidur lelap.


Sehari setelah kejadian itu, Dinda lalu memberanikan diri menemui Alif. Ia menguapkan terima kasih sebesar-besarnya juga meminta maaf kepada Alif karena telah merepotkannya.


Hari demi hari berlalu begitu cepat. Dinda dan Alif semakin hari semakin akrab. Ya. Dinda menjadi satu-satunya teman wanita yang dimiliki Alif. Namu tetap saja, Alif memperlakukan semua gadis sama, tidak terkecuali Dinda.

Hingga sampai pada hari perpisahan sekolah. Ia tanpa sengaja bertemu dengan Dinda di balkon kelas. Mereka lalu berbincang cukup panjang.


“Setelah lulus, kamu berencana kuliah di mana?” tanya Dinda.


“Alhamdulillah. Aku sudah lulus ujian masuk UI.”

“Alhamdulillah. Selamat ya.” Ucap Dinda dengan Sumringah.


“Bagaimana denganmu?”


“Aku belum tahu. Aku berencana akan pergi keluar negeri.”


“Oh ya? Alhamdulillah.”


“Alif.. apa aku boleh minta sesuatu?” tanya Dinda lagi. Ekspresinya berubah serius.


“Insya Allah. Tapi jika yang kau minta itu uang. Maaf saja tapi aku sunggu tidak punya saat ini.” Canda Alif.


“Tentu saja bukan itu.” Dinda memasang wajah kesal.


“Lalu, apa yang kamu inginkan?”


“Bisakah kamu mengantarku besok di bandara? Aku akan berangkat pukul 8 pagi.”


“Kamu berangkat besok? Apa tidak terlalu cepat?” Alif sedikit terkejut.


“Tentu saja tidak.”


“Insya Allah. Akan kuusahakan.”

Dinda lalu tersenyum. Sangat manis. Untuk pertama kalinya Alif melihat senyuman seperti itu. Selama ini ia tidak pernah melihat wanita lain tersenyum kecuali ibunya. Entah mengapa, hal tersebut membuat hatinya bahagia.


Dua puluh empat jam berlalu. Dinda telah sampai di bandara bersama kedua orang tuanya. Matanya tak bisa berhenti berkeliaran mencari sosok yang ia harapkan ada untuk mengantarnya. Ia lalu mendapati seseorang dengan kemeja hitam duduk di ruang tunggu. Alif sedang asik mengotak-atik handphone miliknya. Dinda lalu menghampiri Alif.


“Aku pikir kamu tidak datang.” Ujar Dinda yang sudah ada di depan Alif.

Alif lalu mengangkat wajahnya. Ia tersenyum tipis pada Dinda.


“15 menit lagi aku akan berangkat.”


Alif lalu menarik napas panjang. “Jaga dirimu baik-baik. Jangan sampai kamu pingsan lagi seperti saat itu.”


Dinda hanya membalasnya dengan senyuman. Ia lalu berpamitan pada Alif. Dengan sekuat hati ia berusaha untuk membendung air yang sebentar lagi mungkin jatuh melewati bukit pipinya. Pesawat yang ia naiki pun lepas landas bersamaan dengan jatuhnya air mata yang ia tahan.


Siang dan malam terasa lebih panjang bagi Alif. Hari perlahan berganti bulan. Tak terasa satu tahun sudah ia berpisah dengan Dinda. Namun tak satu pun kabar tentang Dinda yang ia dapatkan. Gadis itu seperti hilang ditelan bumi.

Suatu waktu saat ia akan berangkat ke kampus. Didapatinya sepucuk surat yang diletakkan di teras rumahnya. Nama Dinda tertera pada kolom pengirim surat. Ada sepercik kebahagiaan yang tiba-tiba saja muncul di hati Alif. Dibuka lalu dibacanya perlahan surat itu.


Air mata Alif jatuh seketika. Ia tak mapu berucap, hanya tangisan yang mewakili perasaannya saat ini.


Dear Alif,

Assalamualaikum.

Bagaimana kabarmu, Lif? Aku harap kamu selalu baik-baik saja.

Aku minta maaf jika kamu harus membaca surat ini. Karena saat kamu membacanya, itu berarti aku telah tertidur lelap, selamanya. Maaf karena aku tidak bisa menjaga diriku seperti apa yang pernah kamu pesankan dulu. Maaf karena aku tidak menurut padamu. Maaf karena aku telah membohongimu. Aku tidak pernah melanjutkan pendidikanku, yang kulakukan di luar hanyalah berobat. Tapi takdir berkata lain. Aku tahu semua telah menjadi kehendakNya. Aku sebagai hamba hanya mengikuti skenario yang telah Dia buat.


Terima kasih karena telah menemaniku di akhir hidupku ini. Terima kasih karena telah hadir di sisa-sisa umurku. Terima kasih karena kamu, aku bisa merasakan seperti apa memiliki seorang saudara. Terima kasih untuk semuanya, Alif. Aku menyayangimu.


Dinda Saputri


 


Tanpa kata, Dinda hadir begitu saja dalam hidup Alif. Namun kenangan singkat tentangnya tetap menemani Alif bahkan setelah bertahun-tahun berlalu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2018 05:33

Dakwah Sang Pendosa

Tiada puisi atau lagu yang dapat memahami isi hatiku

Akanku bongkar pada seluruh isi dunia itu, tiada lagi ragu

Bahawa sungguh persinggahan ini hanyalah menuju fana lagi pilu

Akhirat itu matlamat kita yang satu demi melakar masa depan yang bahagia selalu


***


Jari jemari Sumayyah berlari laju di atas papan kekunci. Bagaikan tiada penghujung, puisi itu terus menumpahkan segala isi hatinya. Berkecamuk, dirundung pilu.


 


Jiwanya memberontak. Jiwa kacau bak kata remaja kini – yang membuatkan hati Sumayyah galau. Sumayyah tekad untuk meneruskan perjuangan junjungan nabi ﷺ namun dirinya tidak sekuat baginda. Hati Sumayyah baran terhadap dirinya sendiri. Diri lemah yang sangat tidak boleh diharapkan.


 


Teringat Sumayyah akan ayat cinta yang ke 216 daripada Ilahi pada Surah Al-Baqarah bahawa tujuan Dia menciptakan manusia di muka bumi adalah untuk menjadi khalifah bagi sekalian ummah. Namun, apa yang dilakukan Sumayyah sehingga ke hari ini langsung tidak menyumbang kepada pembentukan sistem khilafah.


 


Sumayyah buntu. Sangat buntu. Satu-satunya cara bagi dia melepaskan segala kemarahan pada diri sendiri adalah dengan mengarang puisi. Terasa bagai pecahan jiwanya yang rapuh berada di sebalik setiap bait huruf. Sekali lagi peristiwa sebentar tadi menyelubungi fikirannya.


 


Para remaja yang berpeleseran di kafe, hilai tawa siswi di ruangan solat dalam masjid, pakaian golongan muslimah yang langsung tidak menampakkan ciri-ciri Islam yang sebenar, sistem silibus yang mewajibkan pelajarnya membuat persembahan dengan percampuran lelaki dan perempuan yang tidak terbatas, bercampur baur; semuanya mengganggu ketenteraman akal fikiran Sumayyah.


 


“Terlalu banyak kemungkaran!”, getus Sumayyah.


 


Niat ingin membeli makanan untuk berbuka puasa terbantut. Langkahnya dibelokkan menuju pulang ke asrama.


 


Kumat-kamit bibirnya berbicara sendirian dalam perjalanan pulang. Mengutarakan pelbagai persoalan tanpa jawapan.


Apakah ‘Biah Solehah’ yang dicanangkan di universiti ini hanyalah hiasan semata?


Atau sekadar menjadi kata-kata indah bagi melengkapkan frasa nama universiti yang diselitkan ‘Islam’ di tengah-tengah kalamnya?


Sistem tarbiyah yang diwajibkan kepada pelajar tidak langsung memberi impak yang baik, fikirnya. Seseorang perlu bangkit bagi menyelesaikan masalah ummah hari ini.


 


Namun siapa?


Sumayyah menarik diri daripada mempersoalkan diri sendiri.

Sekali lagi. Dia gentar.

Dia takut dirinya tidak lagi kuat seperti sebelumnya. Menjadi dirinya yang dahulu adalah sangat sukar bagi dirinya.


***


Hakikat sebenar perlu dibangkitkan. Dia bukan insan baik yang seratus peratus tiada dosa. Malah di antara 30 pelajar perempuan dalam jurusannya, Sumayyahlah yang paling teruk. Menyebarkan kebaikan dari isi Al-Quran kepada sekalian manusia namun tidak kepada dirinya sendiri. Seringkali dia menyedarkan dirinya, bahawa segala kejahilan dirinya perlu dibuang.


 


Namun, ibarat mencurah air ke daun keladi, hatinya sangat kebal akan dosa-dosa yang dilakukan. Hati ini terasa sangat hitam dan kelam. Mana mungkin hati sekeras ini boleh melembutkan hati-hati yang lain? Segala dosa lampau membuatkan Sumayyah gerun akan kehidupan dakwah yang sebenar. Dirinya diselubungi dengan dosanya sendiri. Diri baru menghadapi dosa yang lama. Apakah kesudahannya?


 


“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka, dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”


 


Ayat 135 daripada Surah Ali-‘Imran meruntun hati Sumayyah. Mengalir deras air mata keinsafan membasahi pipinya tatkala membaca kalimat suci dari Ilahi. Ayat itu seolah-olah memberi khabar gembira buat melupakan kisah silamnya, ayat itu juga adalah penguat semangat bagi dirinya untuk terus berjuang meneruskan sunnah terbesar Rasulullah ﷺ; iaitu dakwah.


 


Dirinya sangat maklum akan sifat Allah yang Maha Pengampun, namun jiwanya sering alpa akan nikmat keinsafan yang Allah berikan buat dirinya sebagai suatu petunjuk bahawa taubat setiap hamba selalu diterima.


 


Sumayyah menarik nafas lega. Tiada lagi ketakutan akan masa lampau, tiada lagi kegerunan membuat dakwah akibat dosa silam. Dia tekad ingin memperjuangkan segala apa yang salah disisi Islam. Dia kini bangkit untuk menyebarkan risalah agung Nabi Muhammad ﷺ. Ramai manusia di luar sana yang perlukan dakwah daripadanya. Saat dihimpunkan di Padang Mahsyar nanti, yang akan dipersalahkan adalah bukan si pembuat dosa, namun si hamba setia;


“Mengapa kamu tidak menunjukkan jalan yang benar buat si durjana?”


 


Na’uzubillahimindzalik.

Sumayyah benar-benar insaf, risau jika amalan dan taubatnya tidak diterima akibat mementingkan diri dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah; yang menyampaikan Islam pada semua.

Moga kita terlepas daripada disoal di akhirat kelak, doa Sumayyah – tulus.


***


Sumayyah memulakan langkahnya, bukan yang pertama, tapi yang pasti, langkah ini bukan yang terakhir. Langkah ini mungkin tidak akan memberi kesan yang besar terhadap orang sekelilingnya, tapi langkah ini bakal memberi kesan yang besar pada dirinya. Kerana berani membuka satu titik baru dalam kehidupannya di universiti ini.


 


Lembaran baru dibuka. Sumayyah mula menggerakkan penanya. Harapannya agar tulisan itu bakal menyentuh sekurang-kurangnya satu jiwa yang membaca. Dikarangnya beberapa status yang menggugah jiwa di media sosial, fikirnya ini adalah jalan yang paling lemah buat dirinya melepaskan diri dari disoal di akhirat kelak, namun, untuk melakukan metod dakwah yang lain adalah sukar bagi dirinya yang masih diruntun pilu, akibat terkenang dosa lalu.


 


Namun, Sumayyah nekad. Apa jua yang menggangu fikiranya akan dia tolak demi sebuah dakwah, walau dirinya penuh dengan dosa – walau dirinya seorang sang pendosa.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2018 04:31

CERPEN: SEKERAS-KERAS BATU, SEKUKUH-KUKUH BESI

“Assalamualaikum..! Oi mana semua orang ni..??”


 


Laung Saifuddin sekuat hati seraya melepaskan keluhan dek kepenatan berjalan tadi sambil memastikan pintu dikunci kembali sebaik mungkin. Setibanya di perkarangan rumah, kosong. Jam menunjukkan sudah pun 7.15 malam menandakan waktu Maghrib akan masuk beberapa minit lagi.  Sudahlah tinggal berseorangan waktu-waktu begini. Letih kerja pun masih bersisa lagi. Dia gegas masuk ke bilik yang dikongsi dengan seorang penghuni lagi. Terus saja dia ke bilik air dan mengambil wudhuk, lalu mengangkat takbir Maghrib.


 


Elok-elok saja dia memberi salam akhir, pintu bilik dikuak.


“Wehh Saiff, bila hang balik?!” Sarep menegur.


 


Kedengaran suara riuh rendah manusia bercanda dari ruang tamu. Apartment tiga bilik itu dihuninya sejak dua tahun lalu bersama empat lagi rakan serumah yang pada awalnya saling tidak mengenali antara satu sama lain melainkan Saiff dan Sarep yang sudah kenal awal ketika zaman praktikal tiga tahun lalu. Semua penghuni rumah itu punya kerjaya sendiri.


 


“Bila korang sampai?” Saif bertanya.


“Aku dengan Hassan baru je balik,” balas Sarep.


“Aku awal sikit je. Aizat je belum balik. Macam biasa laa” jawab Farid.


“Oh.. ni nak tanya, korang dah solat belum ni?? Kang habis waktu pulak..” Saiff menukar topik.


 


Lalu berubahlah wajah-wajah para jejaka itu, menjeling sambil merungut, “Dia mula dah….. Yelaa nak solat laa ni ustaz..”


Maka hilanglah mereka semua di sebalik kamar masing-masing. Hanya tinggal Hassan saja di ruang tamu. Tangannya laju menekat punat pada remote control televisyen. Berita jam lapan sedang bersiaran.


 


“Jangan risau, aku dah solat dah kat library tadi..hehe..” macam tahu-tahu saja Saiff mesti akan menyoalnya, pantas saja dia memberitahu sebelum sempat ditanya. Saiff tersengih sendirian.


“Cis, tahu-tahu aja..” seloroh Saiff.


 


Seseorang menekan loceng bertalu-talu. Hassan bingkas bangun melihat siapa yang datang. Sudah lah tak bagi salam.


“Laaaa kau ni.. Asal tak masuk sendiri.. Ish,” bebel Hassan pada Aizat yang terkial-kial di depan pintu.


Satu rumah, enam penghuni, seribu satu kerenah dan gelagat. Tapi ada satu rahsia tentang mereka, yang Saiffudin tidak pernah jangka.


 


*******


 


DUA HARI LALU


 


Hari ini cuma berlima saja mereka di rumah. Saiff tiada. Pulang ke kampung, bercuti menziarahi umi dan abinya. Anak sulung itu sebulan sekali sekurang-kurangnya, pasti pulang ke kampung.


Lepak santai depan televisyen, bosan juga. Nasib baik ada tayangan filem malam Sabtu. Walaupun cerita yang sama yang entah kali ke berapa ribu kali diulang tayang, layan saja lah.


 


Dalam kebosanan itu tiba-tiba bersuara si Aizat, “Rasa rileks sikit hari ni.”


“Asal pulak?” Farid menyampuk.


“Sebab pak ustaz takdak… hahahaha,” Sambung Lokman pula.


“Ooooohhhh..” serentak semuanya membalas sambil tersenyum kambing.


 


“Iye laaa, betul laa kan. Kalau Pak ustaz tu ada mesti korang rasa macam duduk asrama kan? Kan kan kan?” Aizat menambah lagi. Tak rasa bersalah langsung.


“Hmmmm ada laa jugak. Paling aku bengang kan, ada sekali tu aku tengah layan video kat phone, tetiba camne entah dia ada kat sebelah, pastu bisik kat aku, ‘ Jaga mata, malaikat catat kiri kanan,’ pergh potong stim kau tau,” Farid membuka cerita.


 


“Alah tu takdak apa lagi..,” Sarep pun tidak mahu ketinggalan, “Aku lagi laaa, hangpa taw laaa kan aku ni sekali sekala mesti kena ada ‘makanan’ aku. Pernah ada satu masa tu, aku punya selongkar laaa bawah katil aku cari mana laa pi Gudang Garam aku baru beli buat stock. Hangpa nak taw dak, dia pi buang. Sekodi tu woi.. Bengang aku.”


Suasana jadi bingit sebentar dengan gelak tawa yang lain  walaupun Sarep masih dengan wajahnya yang berkerut serius.


 


“Hang Lokman toksah gelak lebih. Macam laa hang tak pernah kena.. Haaaa,” geram pula Sarep diketawakan mereka berempat.


“Aah aku ingat lagi.. Tapi aku cool je macam selalu,” lirikan wajahnya seakan meminta penampar dari semua orang.


“Aku ingat lagi, masa tu hari apa entah, tengah aku sedap-sedap tido, elok mimpi indah tetiba rasa sejuk. Rupanya dia simbah muka aku dengan air sebab nak kejut aku subuh. Oi memang panas tahap gaban masa tu. Lagi panas bila si Aizat ni gelak-gelakkan je aku. Bukan nak kejut gitau Saiff datang nak simbah air,” matanya menjeling Aizat  yang sedang ketawa terkekek-kekek.


 


“Aku kira baik sikit laa dari korang kan.. Tak pernah kena kaw-kaw. Tapi selalu berdesing jugak bila dia perli-perli aku masa aku dok gayut dengan awek aku, ‘Hai Jat, ngan awek ke tu? Mak ko, ko dah call belum minggu ni?’. Bila awek aku dengar dari belah sana, terus dia taknak sembang dah. Haish.”


Dalam ramai-ramai, Hassan seorang saja yang dikatakan boleh masuk dengan Saiff. Barangkali kerana dia jenis yang tak banyak cakap, selalu buat hal sendiri.


 


“Aku dah tak mampu pendam laa.. kita kena buat sesuatu,” Sarep bersuara memecah keheningan bicara tadi. Yang lain mengangguk lalu mereka pun meneruskan agenda dan perbincangan sehingga larut malam.


 


********


 


Hari ini Saiff sampai lewat dari pejabat ke rumah bujang itu sesudah Maghrib. Sesungguhnya dia sangatlah tidak suka pulang waktu-waktu begini. Tapi apakan daya, terlalu banyak kerja menunggu. Sebelum pulang, sempat dia solat dahulu di sana. Tombol pintu dipulas perlahan-lahan, salam diberi penuh hormat. Jelas kelihatan wajahnya yang letih.


 


Tetapi salamnya disambut dingin, semua orang berkumpul di ruang tamu. Ada yang memandangnya serius, ada yang menundukkan wajah.


“Korang dah kenapa…?” Tuturnya perlahan. Rasa seperti seorang pesalah yang menunggu untuk dibicarakan.


“Cuba kau duduk sini kejap,” Aizat menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya.


“Kitorang ada benda sikit nak cakap dengan kau.”


“Kenapa ni… Aku ada buat salah ke..” Saiff mengikut arahan. Hatinya rasa tidak sedap. Dia beristighfar panjang, memohon dijauhkan dari sebarang kesusahan.


 


Dia memandang rakan-rakannya satu persatu. Lidahnya kelu. Tekaknya terasa kering.


“Ehemm..ok,” Sarep berdehem lalu menyambung.


“Macam ni laaa Saiff. Kami ni kan, sebenarnya dah tak tahan. Hang asyik nampak je apa salah kami suma. Pastu mula laaa hang bagi ceramah agama pung pang pung pang…” Sarep berusaha untuk tidak meninggikan suara.


 


Saiff melepaskan keluhan panjang.


“Sarep.. aku ni sebenarnya..” dia cuba menjelaskan keadaan tapi kata-katanya pantas dicantas Lokman pula.


“Dengar dulu. Kitorang belum habis cakap lagi,” Garang pula si Lokman.


“Hmmm.. ok ok.. Aku dengar,” Saiff terpaksa mengalah.


 


“Kau ingat tak kau pernah bakar rokok-rokok si Sarep? Kau ingat tak kau pernah simbah muka si Lokman sebab tak bangun subuh? Lagi satu, mulut kau tu bab perli-perli bila kitorang buat pape yang kau tak suka…perghhh menusuk bai.. tambah-tambah bila Aizat gayut dengan awek dia, bila Farid tengah layan phone dia.. ” Lokman tak teragak-agak untuk meluah rasa.


 


Saiff diam. Seolah-olah mengaku pada setiap pertuduhan yang dibacakan ke atasnya. Dia cuma mahu membetulkan mereka. Ah, mungkin saja caranya terlalu salah sehingga begini jadinya.


 


“Kau tak rasa kau melampau ke bro? Kitorang ni bukan budak kecik,” giliran Farid pula bercakap.


“Kitorang dah tak tahan laaa Saiff..” serius Farid berbicara. Tiba-tiba saja Hassan bangun, masuk ke bilik.


“Oi Hassan, nak pi mana??” Sarep menyergah.


“Dah laa.. Aku malas nak dengar.. korang teruskan laa,” Hassan cuba mengelak ‘perbicaraan’ itu. Menonong saja dia undur diri.


 


“Kitorang dah tak tahan bila kitorang layan kau macam apa je, kau still buat baik dengan kitorang Saiff. Asal kau ni tak serik-serik haa? Kitorang ignore kau macam mana pun, kau tetap layan kitorang macam biasa,” Farid sambung lagi. Begitu rupanya apa yang mereka rasa. Saiff yang dari tadi memandang lantai, mula mengangkat mukanya.


 


“Ingat tak masa hang hapuskan bekalan rokok aku? Pastu aku ignore hang nak dekat seminggu jugak. Aku ingat hang pun bengang dengan aku, tapi end up hang bayar balik dengan duit hang sendiri pastu hang pesan, duit ni tolong lah jangan buat beli rokok dah, tolong lah kesian dengan diri sendiri. Serious aku tertampar. Sebab hang sanggup bayar balik. Bukannya sikit. Sejak dari tu aku try stop Saiff.. Alhamdulillah aku dah kurang sangat sekarang,” Sarep pula berterus terang.


 


“Lepas tu kan Saiff, ingat tak lagi awek aku yang aku selalu gayut tu? Aku nak bagitau, kitorang dah putus. Lama-kelamaan, aku sendiri terfikir, aku anak lelaki,keutamaan aku family aku, tapi yang aku habiskan banyak duit kat dia, belanja sini sana sedangkan dengan family bukan main kedekut. Sekarang ni kitorang dah takde apa-apa sebab dia kata aku lebihkan family dari dia. Baru aku sedar…” Lokman memalingkan wajahnya ke tepi. Bukan mudah melupakan bekas cinta.


 


“Lagi satu, terima kasih Saiff sebab selalu tegur aku. Kau tak pernah pun kecoh-kecohkan apa aku buat, kau jaga aib aku baik-baik. Satu hari, aku bangun tidur mata aku takleh nak bukak. Sakit sangat-sangat. Rupanya aku lupa cabut contact lense sebelum tidur. Kau yang bawak aku gi klinik bagai. Kau ingatkan aku, bayangkan Allah tarik nikmat mata dan penglihatan masa aku tengah buat dosa, agak-agak macam mana rasanya. Terus aku menangis. Allah bagi peluang lagi untuk aku,” ada serak pada suara Farid.


 


Suasana hening lagi. Jam menunjukkan hampir 11.30 malam. Masing-masing masih belum makan tapi tak terasa lapar.


 


Akhirnya Aizat pula berkata-kata, “Dan Saiff, terima kasih sebab sabar dengan aku yang liat sangat nak solat. Kau tahu kan background family aku macam mana. Sosial, takda sesiapa pun paksa-paksa solat ke puasa ke. Tapi kau tak pernah give up ajak solat sama-sama dengan kau. Kegigihan kau yang tak putus asa dengan aku, buat aku rasa sia-sia kalau aku sendiri tak ubah cara hidup aku,” ada genangan air mata pada kelopak matanya tapi segera ditelan. Tak mahu mencalar ego lelaki.


 


Saiff memandang wajah mereka satu persatu. Ada sinar pada wajahnya. Sungguh Allah Maha Memberi hidayah. Yang menutup aibnya hanyalah Allah.


 


“Aku sayang korang. Aku takda sape-sape kat sini. Korang laa sahabat aku, saudara aku. Family aku jauh. Sebab tu aku tegur korang bila korang buat salah, aku taknak nanti Allah tanya apa aku buat bila nampak korang buat begitu begini, apa aku nak jawab? Tapi aku minta maaf sangat selalu buat korang sakit hati tak selesa dengan aku. Aku tak niat nak bajet baik, bajet alim, show off konon aku warak sangat. Aku cuma nak kita jadi baik sama-sama,” dua tahun perkenalan, ini kali pertama sesi hati ke hati. Saiff menutur bicara penuh emosi. Harap-harap selepas ini, tidaklah mereka berasa janggal sesama sendiri.


 


“Kitorang tahu Saiff,” entah datang dari mana dan bila, Hassan sudah pun berada di belakangnya. Kedua-dua tangannya menatang sebiji kek Indulgence bertatahkan kata-kata;


“SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE 29 SAIFF.


p/s: TERIMA KASIH JADI SAHABAT KITORANG. CEPAT-CEPATLAH KAWEN. KAU DAH TUA.”


 


Bulat mata Saiff memandang mereka semua yang kini tersenyum ke arahnya. Masing-masing mengucapakan selamat buat sahabat mereka itu yang masih dalam keadaan keliru. Allah, dia lupa esok adalah Hari Lahirnya. Semua ini gara-gara lima orang budak bertuah yang buat onar di malam hari.


 


“Maafkan aku Saif selalu tak bantu kau tegur kawan-kawan kita. Aku tak kuat macam kau, aku takut orang ungkit balik kelemahan-kelemahan aku, sebab tu aku diam. Tapi banyak aku belajar dari kau. Tunjuk ajar ku sifu!” Eh eh sempat pula si Hassan berjenaka.


 


“Terima kasih korang… aku… aku.. Tak tahu nak cakap apa..” dia masih terpana dengan apa yang terjadi.


“Dah takyah cakap pape, kita cool-cool aje okay. Yang pasti, baca doa makan cepat. Aku lapar ni. Lepas makan kita pi mamak. Cari nasik pataya. Fuhh..” tingkah Aizat yang memang selamba badak.


 


Maka kecohlah rumah bujang dengan suara mereka berenam yang bermacam ragam. Sungguh malam itu takkan dilupakan dalam hati masing-masing terutamanya Saiff.  Benarlah, hati manusia Allah yang pegang. Kita tak akan mampu menyentuhnya tanpa izinNya. Perubahan tidak akan berlaku hanya dengan sepetik jari. Ia memakan masa berhari-hari malah bertahun-tahun. Bersabarlah mendidik manusia, Allah pasti akan beri kebaikan suatu hari nanti. Sekeras-keras batu, akan berlekuk jua dihakis air. Sekukuh-kukuh besi, akan bengkok jua dilentur panasnya api.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2018 03:00