Hilal Asyraf's Blog, page 19

September 4, 2017

10 Langkah Bijak Kewangan. Tahu 5 Yang Pertama, Anda Selamat

Bergaji banyak belumlah tentu bermaksud anda kaya. Bergaji sedikit juga belumlah tentu bermaksud anda miskin. Tetapi, kalau anda tahu mengurus kewangan dengan baik, maka yang sedikit InsyaAllah diberkahi, yang banyak pula dicermati.


Bagaimana uruskan wang anda? 10 tips ini dapat membantu anda :


 


1)CATAT PERBELANJAAN ANDA SETIAP HARI


Ini untuk memudahkan anda keep track di mana duit anda paling banyak dihabiskan. Makanan? Tempat-tempat hipster? Astro? Rokok? Pakaian atau tudung baru? Kerap tukar gadjet baru?


Bila dah dapat keep track trend perbelanjaan setiap bulan, kita akan dapat mengesan dan menganalisis cara kita berbelanja. Jangan risau, kalau anda malas, anda boleh try download pelbagai apps untuk anda lakukan catatan ini dengan mudah.


Antaranya ada Money Lover, Spending Tracker dan lain-lain. Simple saja, setiap kali makan atau setiap kali keluarkan duit, anda buka apps tu, masukkan je terus. Tak sampai seminit dah siap.


 


2) ANALISIS LEBIHAN DUIT ANDA SETIAP BULAN


Ada duit lebih tak setiap bulan? Macam mana nak tahu?


Senang saja. Berapa pendapatan anda sebulan? Ambillah semua jenis pendapatan yang ada. Kalau anda ada satu sumber pendapatan saja, contohnya makan gaji, maka satu jenis pendapatan sajalah. Kalau ada sumber-sumber pendapatan lain macam hasil sewakan rumah, bisnes dan lain-lain, boleh masukkan sekali.


Ambil pendapatan bersih anda ini (pastikan dah ketepikan potongan-potongan seperti EPF, SOCSO dan lain-lain), dan tolak dengan perbelanjaan bulanan yang anda dah catat macam dalam nombor 1 tadi.


Kalau tak ada lebihan, anda mungkin ada masalah kewangan.


Kalau defisit, anda di tahap kritikal.


Kalau anda ada lebihan, itu sudah bagus. Cuma kena tengok berapa lebihan tersebut supaya boleh ditingkatkan.


 


3) FOKUS MENYIMPAN !


Cuba amalkan formula ini setiap bulan.


Income – Saving = Expense


Dapat gaji saja, simpan dulu sebahagian. Minimum adalah 10% dari gaji. Kalau dapat simpan 50% gaji, lebih bagus dan sangat digalakkan.


Kesilapan kita adalah bila kita berbelanja dahulu sampai habis, lebihan itulah (kalau ada), baru dijadikan simpanan. Kesannya, bila terjadi apa-apa, simpanan tak cukup untuk jadi backup.


Nak simpan di mana? Simpan je di Tabung Haji. Pelaburan bukan tempat menyimpan ye !


 


4) PENUHKAN TABUNGAN KECEMASAN DAHULU


Tabungan kecemasan atau emergency fund ini penting kalau jadi apa-apa pada anda, anda masih ada duit cash di tangan untuk digunakan.


Target supaya dicukupkan emergency fund itu minimum 3 bulan perbelanjaan. Kalau contohnya perbelanjaan bulanan RM2000. Rm 2000 X 3, kena ada RM6000 sebagai emergency fund paling minimum.


Sebaiknya adalah gunakan ukuran 3 bulan gaji. Contohnya gaji RM3000 X 3, anda perlukan RM9000 sebagai emergency fund.


3 bulan adalah minimum. Lebih baik adalah 6 bulan perbelanjaan atau pendapatan. Jika anda orang yang berbisnes sendiri, sangat disarankan untuk cukupkan 12 bulan punya perbelanjaan atau pendapatan dalam emergency fund.


Boleh letak di Tabung Haji juga emergency fund ini.


 


5) STRUKTUR SEMULA PERBELANJAAN JIKA TAK DAPAT MENYIMPAN


Kalau anda tak dapat menyimpan langsung, anda kena tengok semula perbelanjaan anda. Mana-mana yang terlebih hipster sangat perbelanjaan tu, boleh ditolak buang dan tak perlu diteruskan lagi.


Poket anda mungkin cepat botak sebab anda kikis poket anda pada perbelanjaan tak perlu atau kurang utama.


Spending pada perkara yang tak perlu macam Astro, rokok, kekerapan makan di kedai hipster, selalu tukar gadjet boleh dikurangkan.


Tak apa, tak mati pun kalau kurangkan perbelanjaan pada benda-benda macam ni. Bahkan lebih bagus untuk anda juga sebenarnya.



 


6) TAMBAH PENDAPATAN


Jika anda ada satu sumber pendapatan saja buat masa sekarang dan kadarnya adalah minimum, anda mungkin perlukan sumber pendapatan tambahan untuk membantu kewangan anda.


Ataupun anda mungkin perlu cari kerja baru yang dapat berikan gaji lebih baik untuk anda.


Tetapi ingat ya, carilah kerja yang halal dan cuba imbangkan juga kehidupan anda. Jangan sampai kehidupan terabai.


Cari rezeki, cari rezeki juga. Tetapi jangan lupa jaga hubungan dengan Tuhan dan manusia. Seimbangkan hidup.


 


7) JAUHI HUTANG JAHAT


Hutang jahat ini adalah hutang yang menyebabkan anda terpaksa keluarkan duit poket anda dan tak menjana pulangan untuk anda.


Contoh hutang jahat adalah hutang personal loan/financing. Hutang credit card kalau anda tak pandai guna. Hutang kereta.


Hutang rumah jika anda tidak pandai menguruskannya dan salah strategi dalam memilih rumah (jika anda beli rumah untuk disewakan).


Kad kredit memang ada manfaatnya seperti anda akan dapat ganjaran dalam bentuk point, cashback dan sebagainya. Tetapi kalau anda tidak ada kapasiti mengurus hutang dengan baik, pastikan anda tak terjebak dengan kad kredit. Kalau nak guna juga, pastikan lepas anda guna, anda terus bayar tanpa tangguh-tangguhkan.


Hutang PTPTN pula, selesaikan secepat mungkin. Semakin lama anda biar, semakin ia menghantui diri anda.


 


8) PILIH KAWAN YANG BETUL


Kalau gaji anda tak besar sangat dan kawan pula selalu ajak anda lepak kedai-kedai hipster, anda hati-hati sikit. Ajak kedai mamak setiap malam pun penyakit juga. Sama saja. Tambah lagi, lepas habis lepak, kawan minta pinjam duit atau sikit-sikit minta belanja.


Kalau setiap malam, dia minta pinjam, tak ke naya duit kita. Kawan, kawan juga. Tetapi kawan jenis hutang tak bayar ni, hati-hati sikit.


Untuk yang jenis macam ni, sebaiknya ada kesedaran sendiri untuk bayar makan minum sendiri kalau nak ajak lepak juga. Janganlah ambil kesempatan atas kebaikan kawan anda.


Nak lebih baik, bancuh saja air di rumah dan minum. Boleh customize sendiri, kurangkan gula, dan dapat jaga kesihatan.


 


9) PASTIKAN ANDA ADA PROTECTION


Mungkin bila ada duit banyak, dah boleh menyimpan, orang fikir nak melabur pula. Tetapi sebelum anda melabur, pastikan diri anda telah ada takaful.


Takaful lebih utama untuk anda sebelum anda masuk melabur. Kerana melabur perlukan masa untuk duit anda compounding. Tetapi takaful, apabila anda dah mula mencarum atau contribute, anda akan ada hak untuk dilindungi di bawah pakej amaun tertentu yang telah anda pilih.


Dalam takaful ini, anda boleh pilih mana satu nak diutamakan. Jika tempat kerja anda beri coverage untuk perubatan, maka mungkin kurang keutamaan bagi anda untuk ambil medical card buat masa ini.


Anda boleh ambil medical card. Saya tak kata salah. Tetapi lebih utama untuk anda ambil Family atau Life Takaful yang berperanan sebagai INCOME PROTECTION untuk anda. Income protection bermaksud kalau terjadi kematian (dengan izin Allah), atau anda lumpuh tak boleh bekerja, anda atau waris anda akan dapat sejumlah amaun yang InsyaAllah boleh membantu untuk survive dalam beberapa tahun.


 


10) KEMBANGKAN DUIT ANDA


Bila nak kembangkan duit, pastilah pelaburan tempatnya. Tetapi pelaburan ada banyak. Dan antara banyak-banyak pelaburan itu, pastikan anda jauhi pelaburan yang namanya scam atau MLM atau skim cepat kayap ni.


Jangan bulat mata sangat bila dengar geng scammers ni promot. Dia punya janji awal memang manis, tetapi bila tersontot, muka dia jangan harap kita dapat berjumpa lagi. Dia ke mana, duit kita ke mana.


Nak pelaburan yang berautoriti, masuklah antaranya :


– Unit Trust


– Saham


– Pelaburan Hartanah


– Emas


– Amanah Hartanah Bumiputra (AHB)


– ASB


– Term Deposit


– dan sebagainya yang diiktiraf kesahihannya oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti.


Pastikan anda tahu prinsip dan konsep pelaburan bila masuk melabur. Dapatkan detail maklumat pelaburan anda.


 


Inilah 10 Langkah Bijak Kewangan. Share post ini kepada rakan-rakan anda agar lebih ramai mendapat manfaat dan bijak mengurus wang !

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2017 03:58

September 3, 2017

2 Elemen Penting Dalam Pengurusan Kewangan

Aspek perancangan kewangan adalah aspek yang penting dalam hidup. Tidak kira anda bujang atau telah berkeluarga, tidak kira anda masih seorang pelajar ataupun seorang yang telah bekerja, tidak kira anda bekerja makan gaji atau bekerja sendiri, tidak kira anda lelaki atau perempuan, perancangan kewangan memainkan peranan penting kerana ia membantu anda merancang hidup yang lebih stabil.


Benar, kita tidak nafikan, bahawa memang hidup ada turun naik, kadangkala ujian datang, tetapi Allah s.w.t. juga menyuruh kita berusaha sebaik mungkin dalam hidup kita dan tidak bertawakkal secara membuta tuli sahaja.


Anda ada gaji besar atau kecil, kalau anda dapat menguruskan kewangan dengan baik, kecil InsyaAllah mencukupi dan diberkati. Kalau yang bergaji besar pun tidak melampau dan berlebihan sampai tak kenal batasan.


 


Apa Sebenarnya Perancangan Kewangan?


Perancangan kewangan ini sebenarnya telah lama diilhamkan oleh Al-Quran. Bukan main-main ni. Anda boleh buka sendiri Al-Quran dan cuba baca surah Yusuf.


Nah, dalam surah Yusuf ini, anda akan bertemu tentang kisah 7 tahun subur dan 7 tahun kemarau. Peristiwa ini bermula apabila Raja Mesir ketika itu meminta mencari seseorang yang dapat mentafsir mimpinya dan akhirnya Nabi Yusuf a.s. telah mentafsirkan mimpi tersebut.


Bahkan, baginda a.s. telah meminta agar dirinya dilantik sebagai penjaga khazanah kekayaan Mesir kerana baginda tahu dan faham bagaimana sepatutnya menghadapi 7 tahun subur dan 7 tahun kemarau itu.


Renungi ayat 46-48 dari surah Yusuf ini :


(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”.


Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.


Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).”


Kalau kita merenung makna perkataan Nabi Yusuf a.s. ini, kita pasti dapat memperolehi sedikit idea tentang perancangan kewangan.


Perancangan kewangan adalah perancangan yang menyeluruh tentang kewangan dalam kehidupan. Ia bukan hanya soal ambil takaful tak ambil takaful, ada buat pelaburan atau tak, ataupun soal mengurus hutang semata-mata. Tidak hanya semata-mata itu.


Ia menyeluruh mencakupi semua perkara yang kita gunakan duit dalam hidup kita. Mungkin ramai yang nampak tidak begitu penting hal ini.


Tetapi jangan main-main hal ini. Antara kesannya adalah kita boleh lihat bagaimana laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia pada 2016 di mana lebih kurang 97,215 kes bangkrap dicatatkan sejak 2012 hingga 2016.


Justeru, penting kita didik tentang bijak mengurus kewangan ini dalam diri kita, kalangan ahli keluarga kita dan juga masyarakat.


Post kali ini akan menyentuh tentang 2 elemen paling asas dalam pengurusan kewangan iaitu :


1) Menganalisis Aliran Tunai


2) Menganalisis Nilai Asset Bersih (NetWorth)


Anda jangan risau. Kita akan pergi satu demi satu secara berperingkat. Kenapa 2 elemen ini penting? Kerana segala perancangan kewangan kita nanti akan berpusat dan berbalik kepada 2 elemen ini.


 


(1) Menganalisis Aliran Tunai (Cash Flow)


Aliran tunai ini adalah perkara yang sangat asas dalam penggunaan kewangan. Apa benda itu aliran tunai? Aliran tunai itu adalah :


Pendapatan – Perbelanjaan = Lebihan Cash Flow (surplus)


Pendapatan itu adalah semua jenis pendapatan anda.


Kalau anda jenis bekerja makan gaji, maka gaji anda adalah pendapatan anda dicampur dengan semua bonus, elaun.


Kalau anda orang yang bekerja sendiri atau berbisnes, maka hasil bisnes anda itu adalah pendapatan anda.


Kalau anda ada buat pelaburan dan dapat dividen/keuntungan atau dapat pendapatan hasil sewakan rumah, maka itu adalah pendapatan.


Jadi, senang cerita, pendapatan anda boleh dikategori seperti berikut :


a. Pendapatan Aktif


b. Pendapatan Sampingan


c. Pendapatan Pasif


Anda boleh buat kiraan dalam bentuk bulanan dan juga bentuk tahunan. Mudah saja. Apa saja pendapatan anda, anda kalikan dengan 12 bulan.


Misalnya pendapatan anda bulanan secara total adalah RM4000.


RM 4000 X 12 bulan = RM 48,000

Apa pula perbelanjaan? Perbelanjaan adalah apa juga duit yang anda gunakan dan keluarkan. Sama ada anda keluarkan untuk bayar rumah anda, bayar kenderaan anda, makan minum, bil elektrik, bil air, interent, sumbangan ibu bapa, bayar caruman takaful dan lain-lain.


Kira secara bulanan dan kemudian anda darabkan juga dengan 12 bulan.


Misalnya, perbelanjaan anda secara total dalam sebulan adalah RM3000. Jadi,


RM 3000 X 12 = RM36,000

Untuk mengetahui berapa lebihan cash flow anda, anda hanya perlu ambil Total Pendapatan Tahunan anda iaitu sebanyak RM 48,000 tadi kemudian tolak RM 36,000 yang mewakili Total Perbelanjaan Tahunan anda.


RM 48,000 – RM 36, 000 = RM 12, 000

Kiraan ini hanya secara kasar. Anda boleh buat analisis aliran tunai anda sendiri mengikut rekod perbelanjaan anda. Anda boleh lihat sama ada anda mempunyai aliran tunai positif atau aliran tunai negatif. Aliran tunai positif adalah anda mempunyai lebih cash flow setiap bulan. Aliran tunai negatif pula adalah anda defisit, yakni perbelanjaan anda selalu melebihi pendapatan anda.


Kalau berlaku aliran tunai negatif, anda perlu merawat segera pengurusan kewangan anda. Kalau yang sudah ada aliran tunai positif, perlu juga dilihat berapa banyakkah lebihan itu? Dan kalau kita ada matlamat yang jelas untuk mencapai bebas kewangan, adakah aliran tunai sekarang dapat membantu kita mencapai matlamat kita itu?


Ok. Anda faham setakat ini? Sebahagian orang memberikan formula lain dalam membantu kita menguruskan kewangan dengan lebih cermat, iaitulah dengan menggunakan formula ini :


Pendapatan – Simpanan = Perbelanjaan

Formula di atas ini mungkin dapat membantu mereka yang kurang dapat mendisiplinkan diri mereka dalam menyimpan. Iaitu setelah anda dapat segala pendapatan anda, anda tolak beberapa peratus siap-siap untuk simpanan. Selebihnya itu digunakan untuk dibelanjakan.


Berapa peratus yang ideal untuk menyimpan? Di mana tempat menyimpan yang sesuai? Ok. Ini akan dibincangkan dalam post akan datang.


Untuk membantu anda melakukan analisis aliran tunai anda, anda boleh menggunakan jadual contoh di bawah :


Jadual A






Pendapatan



Bulanan (RM)
Tahunan (RM)


1) Pendapatan Aktif

– Gaji


– Bonus


– Elaun




2) Pendapatan Sampingan


– Bisnes




3) Pendapatan Pasif


– Sewa


– Dividen/keuntungan pelaburan




Total





Jadual B





Perbelanjaan
Bulanan (RM)
Tahunan (RM)


Sewa/Instalment rumah




Kenderaan




Makanan




Bil-bil














Total





Anda boleh tambahkan sendiri perbelanjaan-perbelanjaan anda yang lain. Setelah dapat total untuk kedua-dua Jadual A dan Jadual B, anda cuma perlu ambil Jadual A – Jadual B.


Ok, saya tahu anda malas nak isi jadual-jadual ini. Bukan anda saja, saya pun sama. Haha. Sebab itu, saya cadangkan anda gunakan semaksimum mungkin faedah Phone anda yang canggih itu untuk download salah satu daripada aplikasi berikut :


1) Money Lover


2) Spending Tracker


3) DIY 360



Anda boleh try salah satu daripada aplikasi ini. Sangat mudah. Saya telah mencuba Money Lover dan saya rasa ramai yang telah menggunakannya. Sangat menarik dan senang kerana setiap kali perbelanjaan, saya hanya perlu keluarkan Phone dan catat terus perbelanjaan itu dalam Apps Money Lover itu. Yang menariknya, tak sampai seminit pun !


Dengan anda lakukan hal itu, anda boleh track di mana kebocoran aliran tunai anda berlaku dan juga dapat memuhasabah semula trend perbelanjaan anda.


 


(2) Nilai Asset Bersih (Networth)


Nilai asset bersih adalah untuk mengetahui adakah anda mempunyai asset lebih banyak ataupun liabiliti yang lebih besar? Apa itu asset? Apa itu liabiliti?



Asset itu mudahnya adalah sesuatu yang ada nilai ekonomi padanya, yang mana boleh memberikan manfaat kepada kita di masa hadapan. Contoh asset ini macam hartanah, rumah kita, cash yang ada pada kita, emas, pelaburan kita dalam unit trust, saham & AHB, saving yang kita ada dalam bank & tabung haji.


Liabiliti pula adalah komitmen yang menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan wang untuknya sama ada bayar rumah yang kita beli yang belum habis, bayar kenderaan, personal financing/loan, hutang kad kredit, hutang melalui easypayment sama ada EON Credit, Court Mammoth dan lain-lain.


Nak tahu asset kita lebih banyak dari liabiliti atau sebaliknya, mudah saja.


Asset – Liabiliti = Networth

Kenapa penting nak tahu asset ada banyak lagi atau liabiliti? Supaya kita tahu keadaan kewangan kita sedang berada dalam keadaan sihat atau sebaliknya.


Lagi banyak asset kita ada, lebih baik. Kerana asset ini kita dapat cairkannya dan tukarkannya ke dalam bentuk cash sekiranya kita memerlukannya. Tetapi liabiliti kalau terlalu banyak, ia akan membebankan kita kerana kita yang terpaksa mengeluarkan duit untuknya.


Jadi, jangan banyakkan sangat liability anda. Jika anda faham konsep asas Networth ini, anda akan faham apa yang sepatutnya diutamakan dalam perancangan kewangan dan apa yang patut dikemudiankan.


Anda boleh gunakan jadual di bawah untuk membantu anda buat listing Asset dan Liabiliti anda.





Asset
Nilai dalam RM
Liability
Nilai dalam RM


Saving Account

Personal Financing



Tabung Haji

Hutang kad Kredit



ASB Loan

Kereta



Unit Trust

ASB Loan



Rumah

Rumah





PTPTN




Kesilapan sebahagian besar orang adalah memiliki liabiliti terlalu banyak dengan mengambil financing/loan untuk kereta dan juga personal financing/loan, tetapi tidak membina portfolio asset sendiri, akhirnya duit banyak dihabiskan untuk membayar liabiliti.


 


Penutup : Gagal Merancang, Merancang Kegagalan


Mungkin sesetengah orang tidak terlibat dengan hutang. Alhamdulillah, bagus. Cuma tidak terlibat dengan hutang tidaklah bermaksud kewangan anda sudah sihat.


Kalau anda ada matlamat besar untuk dicapai dalam kewangan untuk hidup anda, seperti nak mencapai pelan persaraan yang baik dan seawal mungkin, atau nak menyediakan pelan pendidikan untuk anak-anak, ataupun nak beli rumah, maka anda perlukan perancangan kewangan.


Merancanglah walau sekaya apapun anda.


Gagal merancang bermaksud anda sedang merancang kegagalan untuk diri anda.


Jangan rasa malu buat perancangan kewangan kerana ia adalah sunnah yang mulia dari Nabi Yusuf a.s. Rasa lebih malu kalau hidup kita nanti terkesan kerana perancangan kewangan yang tidak baik.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 03, 2017 21:12

August 30, 2017

Accountability

Accountability.


A state where

Justifications of your actions are expected

Judgements of your decisions are required

And justice towards everyone is demanded

Even when no one is watching.


Everyone should know

That they are always held accountable

With the fact of the existence of the hereafter

Where no one

Can defend you,

Or back you up,

Or help you out.

Not even yourself.


It’s very easy to keep our actions good,

And nice,

Where everyone’s around

And have their eyes on us.


But how about the opposite?

A state where there’s just you and yourself,

With no one witnessing,

Where you’ve locked all doors,

And closed all windows,

Alone.


Will you still… keep your actions good and nice?




This poem was inspired by the movie “Bad Genius”, where a brainy girl made money out of her intelligence. How does it relate? Well, I believe that if she has a high awareness of her accountability, she won’t do such business. It doesn’t matter whether she got caught or not, because being accountable, others don’t matter. However, it is important to note that the state of accountability does not only work in examinations. It includes everything that we do in our lives.


Furthermore, us as Muslims, (or just anyone who believes in judgment), should realize this even more. Maybe it helps a lot knowing that Our Creator is All-Seeing and All-Knowing, so that we will feel that we are always being supervised, like a CCTV. I’ll end this article with two verses from the Holy Quran. Thanks for investing your time on reading this, hopefully, it’s a good investment.



On the day when every soul will be confronted with all the good it has done, and all the evil it has done, it will wish there were a great distance between it and its evil. But Allah cautions you (to fear) Him. And Allah is full of kindness to those that serve Him.


-Chapter 3, Verse 30


Every soul will taste of death. And ye will be paid on the Day of Resurrection only that which ye have fairly earned. Whoso is removed from the Fire and is made to enter paradise, he indeed is triumphant. The life of this world is but comfort of illusion.


-Chapter 3, Verse 185


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 30, 2017 10:47

Hamba dan Keterbatasan

Di waktu kecil, saya adalah antara insan yang suka berimpian. Tatkala saya melihat langit malam di hiasi taburan bintang, akan terdetik di hati saya untuk menjadi seorang ahli astronomi. Begitu juga ketika saya menemani Atuk di hospital, saya mulai memasang niat untuk menjadi seorang ahli perubatan. Di sekolah, melihat kegigihan guru-guru mendidik anak bangsa, saya bisikkan pada diri bahawa suatu hari nanti saya juga akan bergelar seorang guru.


Saya memang kuat bercita-cita. Pesan abah, tidak salah untuk melakar mimpi asal usaha juga setimpal dengan apa yang diimpikan. Saya pegang teguh pada pesan abah yang satu itu.


Sehinggalah saya menginjak dewasa, saya mula merasakan bahawa tidak semua yang pernah diimpikan suatu masa dahulu akan bertukar realiti. Paling kurang, satu atau dua sahaja dari bermacam impian dan cita saya yang akan menjadi kenyataan. Dan selebihnya, saya cuma niatkan satu, agar apapun yang saya lakukan kelak akan mengundang manfaat untuk orang sekeliling


Kerana itu fitrah manusia, yang punya batas dalam beberapa hal.


Dalam suatu ceramah yang pernah saya hadiri, saya sangat tertarik dengan perkongsian seorang ustaz yang kurang lebihnya seperti ini,


“ Keterbatasan akan selalu meletak manusia pada tempat yang sebetulnya. Kemampuan kita tidak memungkinkan kita untuk memiliki segalanya di dunia ini melainkan semuanya itu dimiliki Tuhan”


Soal keterbatasan adalah ibarat tembok yang dimiliki setiap dari kita yang bernyawa. Kudrat mahupun kemampuan yang terberi tetap tidak akan mampu melepasi garis keterbatasan yang dibuat Tuhan.



“Kita semua hidup dengan aneka keterbatasan”- Deassy M Destiani



Tidak sengaja Tuhan wujudkan kelemahan yang satu ini untuk hambanya. Tidak lain untuk mengajar manusia, bahawa kita cumalah sekadar hamba yang hidup bertuhan. Dan supaya nanti hati kita akan sering terdidik, walau mungkin kita merasakan punya segalanya di dunia ini, tetap akan ada hal yang sering membatasi. Untuk mengingatkan kita bahawa kekuatan, kekayaan harta, kesihatan, pengetahuan dan segalanya hanyalah berpunca dari ehsan dan rahmat Tuhan yang memberi.


Keterbatasan yang dimiliki setiap dari kita juga merupakan senjata yang paling ampuh untuk menundukkan angkuh dan ego manusiawi. Lewat keterbatasan diri, kita akan sedar bahawa menjadi manusia itu tugasnya adalah untuk memperhambakan diri buat sang pencipta. Kita tidak punya daya melainkan yang terpinjam dari Tuhan semata-mata. Kerana kita hamba yang masih  lemah dalam teguhnya, akan selalu mencari segenap kekuatan dari sang pemilik segalanya. Lantas menjadikan kita seorang hamba yang akan selalu bergantung harap pada Tuhan.



Tanpa sedar ,perlahan-lahan jiwa kita akan terasuh lembut, bahawa keterbatasan akhirnya akan mengikat teguh tali pengharapan seorang mahkluk dengan penciptanya. Dari situ kita akan mulai belajar menghargai dan mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan meskipun dari sekecil-kecil hal.


Saya yakin sungguh, tidak akan ada satu pun aturan yang dibuat Tuhan itu melainkan ianya bertujuan untuk mendidik manusia dan bukannya untuk suatu yang sia-sia. Menerusi kelebihan mahupun kekurangan yang terpamer, akan selalu ada hikmah yang perlu dicari gali.



(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka ( al-Imran 192 )



Lewat keterbatasan  makhluk, saya menemukan suatu pengajaran penting, bahawa keterbatasan itu tidak pernah menempatkan kita di suatu tempat yang hina, bahkan dengannya akan membuatkan kita merasa lebih dekat dengan Tuhan. Kerana soal keterbatasan adalah sesuatu yang harus selalu diamati, untuk kita selamanya menzahir rasa syukur dan menghargai segala nikmat yang dikurnia Tuhan. Atau paling tidak, akan menyentak sedar diri kita tentang hakikat sebenar seorang hamba yang hidup bertuhan.



Yang paling nampak pada diri manusia adalah kelemahannya, maka barang siapa melihat kelemahan dirinya sendiri, ia akan menggapai keseimbangan terhadap perintah Allah- Imam Syafi’e



Dari suatu kelemahan, kita akan belajar untuk mencari sebuah kekuatan…….

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 30, 2017 02:51

August 26, 2017

Hilang

Aku khuatir akan keadaan imanku,

Kerana apa?

Aku bersaksi bahawa Muhammad itu rasulNya,

Akan tetapi aku tidak mengikutinya,

Nafsuku memberontak melawan perintahnya,

Bahkan berasa gembira

Apabila aku melakukan dosa,

Katakanlah apakah imanku sudah hilang?


Aku bimbang akan situasi imanku,

Di dalam masjid aku bicara hal dunia,

Apabila marah caci maki sudah biasa,

Aku mengutuk rakanku dengan selamba,

Kata-kataku sangat bebas tiada pembela,

Katakanlah apakah imanku sudah hilang?


Aku risau akan keadaan imanku,

Tiada pernah ku kisahkan saudara seagama

Yang berada di Palestin dan Syria,

Hal aku hal aku,hal mereka hal mereka,

Ku tak pernah mendoakan keamanan mereka,

Katakanlah apakah imanku sudah hilang?


Tolong jawab soalanku ini,

Apakah imanku sudah hilang?

Adakah cara mengatasi masalahku ini?

Apakah dosaku masih boleh diampuni?

Kongsilah denganku jawapannya,

Agar aku tidak menemui tuhanku,

Dalam keadaan tiada iman

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 26, 2017 08:29

2 Karakter Abah Pada Nabi Yaaqub A.S.

 


Ada beberapa karakter kebapaan diceritakan di dalam Al-Quran. Misalnya karakter Nabi Yaaqub a.s., karakter Nabi Ibrahim a.s., karakter Nabi Zakaria a.s., karakter Aazar, karakter ayah kepada 2 orang pemudi dan lain-lain.


Semua karakter ini kalau dikaji dan didetailkan, boleh memberi manfaat dan panduan dalam ilmu parenting.


Untuk post kali ini, saya akan kongsikan berkaitan dengan karakter kebapaan pada Nabi Yaaqub a.s. Saya bukanlah orang yang pandai untuk bercakap tentang bagaimana seorang bapa sepatutnya berkarakter. Apa yang saya kongsikan ini adalah inspirasi yang saya dapat dari pengisian oleh Ust Nouman Ali Khan.


Saya berkongsi hal ini kerana sangat risau melihat institusi kebapaan pada hari ini yang keruntuhan nilai dan moral. Justeru, saya rasa perkongsian ini sangat signifikan untuk kita semua.


 


Karakter 1 : Ayah Menjadi Tempat Pengaduan Anaknya


Kisah ini bermula dengan si anak, iaitu Nabi Yusuf a.s. yang mula berkata dan mengadu kepada bapanya, Nabi Yaaqub a.s.


“(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.” [Yusuf : 4]


Kita boleh lihat di sini bahawa Nabi Yaaqub a.s. sebagai seorang bapa, benar-benar menjadi tempat rujukan dan pengaduan anaknya. Tidak diceritakan hal itu kepada orang lain dahulu, tetapi pengaduan itu pergi kepada ayahnya dulu.


Itu memberikan petanda yang besar di mana, Nabi Yaaqub a.s. benar-benar telah menanam kepercayaan dalam diri Yusuf a.s. terhadap dirinya sebagai seorang bapa.


Inilah yang kita kehilangan pada hari ini. Bapa tidak mampu menjadi tempat pengaduan atau tempat rujukan masalah, bahkan sebahagian bapa lebih teruk dan celaka, bagaikan haruan makan anak sendiri. Antara kebimbangan kita pada hari ini adalah sebahagian bapa bukan saja menghilangkan rasa hormat dan percaya anak kepadanya, tetapi juga telah menggelapkan masa depan anaknya sendiri.


Lihatlah pedoman Nabi Yaaqub a.s. ini, bagaimana baginda menjadi kepercayaan Nabi Yusuf a.s. untuk datang mengadu tentang mimpi. Mimpi sahaja. Tetapi itupun diadukan kepada ayahnya kerana Nabi Yusuf a.s. sebagai seorang yang masih budak remaja tahu baginda boleh percaya kepada ayahnya. Pastilah kepercayaan ini tidak datang secara percuma begitu sahaja melainkan Nabi Yaaqub a.s. telah melakukan usaha di pihaknya sendiri sebagai seorang bapa.


Hari ini, bukan setakat mimpi, anak-anak buat bukan-bukan di luar, jangan harap akan diketahui ayahnya sebab sebahagian ayah pun tidak lagi mengambil berat soal hidup anaknya.


 


Karakter 2 : Ayah Yang Menyambut Aduan Anaknya Dan Tidak Memperlekeh


Bayangkan pada ketika itu, Nabi Yusuf a.s. hanyalah seorang budak remaja mungkin, lebih muda tentunya dari abang-abangnya yang 10 itu. Datang kepada Nabi Yaaqub a.s. kemudian mengadukan mimpi.


Mimpi. Ingat perkataan ini. Mimpi.


Kalau anak-anak kita yang datang kepada kita cerita tentang mimpi dia, ataupun cerita tentang cita-cita dia, ataupun cerita tentang apa yang dia buat di sekolah, macam mana kita layannya?


Adakah kita biarkan je, buat-buat dengar ataupun kita betul-betul sambut ceritanya itu?


Tengok karakter kebapaan Nabi Yaaqub a.s. dalam hal ini.


Apa responnya kepada pengaduan Nabi Yusuf a.s. tentang mimpinya itu?


“Bapanya berkata : Wahai anakku, janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir, mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.” [Yusuf : 5]


Di sini, Nabi Yaaqub tak kata kepada Nabi Yusuf, tak ada apalah mimpi tu. Mainan syaitan je tu. Mimpi je tu. Tapi Nabi Yaaqub mengambil serius hal itu.


Bukanlah maksudnya kita nak agar setiap ayah ambil serius setiap mimpi anaknya. Tidak. Tetapi beri perhatian pada apa yang si anak boleh jadi di masa hadapan dan sambut jika dia menceritakan tentang cita-citanya.


Nabi Yaaqub benar-benar dengar pengaduan Nabi Yusuf a.s. tentang mimpinya itu, bukan buat-buat dengar. Sebab itu, baginda boleh memberikan respon demikian.


Dan yang menariknya dalam respon tersebut, lihat bagaimana baginda cuba melindungi anaknya sendiri daripada makar atau rancangan jahat saudara-saudaranya sendiri. Beginilah seorang ayah harus menjadi, iaitu menjadi pelindung kepada anak-anaknya dari kejahatan, bukan ayah yang tukang aniaya dan buat jahat pada anak.


Di samping cuba melindungi anaknya Yusuf a.s. itu, baginda Yaaqub a.s. tidak pula menyalahkan anaknya itu seratus-peratus. Di sini perkataan ‘yakidu’ yang  digunakan oleh Nabi Yaaqub membawa maksud ‘menjalankan rancangan jahat’ digunakan dalam bentuk kata kerja yang membawa maksud, itu bukan sifat kekal yang ada dalam diri adik-beradiknya yang 10 itu, sebaliknya yang menjadikan mereka terdorong boleh melakukan hal itu adalah kerana “sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.”


Baginda Yaaqub a.s. meletakkan kesalahan itu pada syaitan yang menghasut dan tidaklah mengatakan 10 adik-beradik itu memang jahat. Tidak. Ini sebenarnya memberi maksud siginifkan bahawa dalam kejahatan yang dilakukan oleh 10 adik-beradik itupun, Nabi Yaaqub a.s. tetap bersikap rahmah dengan tidak mengatakan mereka adalah punca kejahatan dan sebenarnya memberikan ruang untuk mereka itu kembali bertaubat serta memperbaiki diri.


Lain maksudnya kalau memang dah dilabel anak itu sebagai jahat, maka memang seakan-akan kita telah menutup pintu untuk dia kembali dan berubah.


 


Penutup : Menjadi Ayah Sebenar-benar Ayah


Mungkin seorang ayah tidaklah semestinya dapat memenuhi semua keperluan material anaknya, tetapi sekurang-kurangnya ayah dapat mengisi jiwa anaknya dengan kepercayaan dan hormat kepadanya, serta menjadi pelindung untuk anaknya sendiri.


Nilai asas ini barangkali banyak kehilangan dalam institusi kekeluargaan kita hari ini. Apabila ayah yang diharapkan akhirnya yang ‘makan’ dan rosakkan anak sendiri, apabila ayah yang diharapkan melindungi dan membimbing anak sendiri gagal melaksanakan fungsinya, maka banyak perkara perlu direvisit semula dalam institusi kekeluargaan.


Bukan saja nilai agama, tetapi nilai kemanusiaan itu sendiri telah rosak. Bagaimana tergamak seorang bapa boleh terfikir untuk rogol anaknya sendiri? Apakah jenis bapa itu?


Semoga para abah, bapa dan ayah, kita semua dapat mendidik diri menjadi sebenar-benar bapa.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 26, 2017 07:50

August 18, 2017

Kita Tidur Dalam Kelalaian

Apa yang kita isi di waktu malam kita?


Kalau tidak dengan televisyen, mungkin dengan game, movie atau habiskan masa di depan media sosial.


Tidaklah salah untuk berehat seketika dengan hiburan sedemikian.


Namun, berapa banyak masa kita selalu habiskan di situ sehingga malam kita isi sepenuhnya dengan hal-hal sedemikian dan selepas itu, kita pun tidur.


Dan pada kebanyakan masa pula, kita disibukkan dengan semua itu sehingga kita sanggup tidur lewat demi memenuhi tuntutan hiburan itu. Akhirnya, ia memberi kesan kepada solat Subuh kita. Solat Subuh yang merupakan antara garis penting pemisah antara iman dan kemunafikan itu tidak dapat kita peliharanya dengan baik dalam hidup kita sedangkan Subuh termasuk dalam solat fardhu.


 


Adakah Malam Hanya Untuk Tidur?


Memang benar, Allah ciptakan malam sebagai ‘pakaian’ yang dapat membuatkan kita rasa hilang penat, dapatkan kerehatan dan meraih semula tenaga sebagai bekal menghadapi hari esok.


Allah s.w.t. berfirman :


“Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi).” [An-Naba: 10]


Namun, bukan hanya semata-mata kerehatan tubuh dan tenaga fizikal yang kita dambakan dari kerehatan di waktu malam.


Terlebih penting daripada itu, adalah kita meraih kekuatan dan stamina iman dan jiwa kita semula daripada malam. Sebab itu, di awal dakwah Nabi s.a.w., Allah s.w.t. memerintahkan agar Nabi s.a.w. dan ummat Islam wajib bangun beribadah di malam hari ataupun disebut sebagai qiyamullail.


“Bangunlah (untuk solat) pada waktu malam selain dari sedikit masa (untuk rehat).” [Al-Muzzammil : 2]


Kenapa Allah s.w.t. perintahkan mereka bangun pada waktu begitu untuk beribadah dan jangan hanya diisi dengan tidur?


“Sebenarnya solat dan ibadat malam itu lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.” [Al-Muzzammil: 6]


 


Bagaimana Salafussoleh Mengisi Malam Mereka


Para salafussoleh sangat mengerti hal ini. Justeru, kita lihat bagaimana mereka begitu mengambil berat hal ini. Mereka tidak biarkan malam dihabiskan dengan kelalaian sebaliknya mereka isi dengan amal ketaatan kepada Allah.


Tidak ada masalah. Kita boleh dapatkan kerehatan, tetapi biarlah dengan cara yang syara’ dan bermanfaat untuk kita.


Dengari apa yang Abdullah bin Ahmad, anak kepada Imam Ahmad, sebutkan tentang tentang Imam Ahmad. Riwayat ini tercatat dalam Siyar A’lam An-Nubala’ bahawasanya:


قال عبد الله بن أحمد: كان أبي يقرأ كل يوم سبعا، وكان ينام نومة خفيفة بعد العشاء، ثم يقوم إلى الصباح يصلي ويدعو


“Ayahku setiap hari akan membaca dan dia akan tidur dengan tidur yang ringan selepas Isya’, kemudian beliau akan berjaga sehingga Subuh, dan mengisinya dengan solat dan berdoa.” [Siyar A’lam An-Nubala 11: 214]


Di dalam satu kisah lain, tercatat dalam Az-Zuhd karya Imam Ahmad bahawasanya Hazm mendengar Al-Hasan bin Abi Al-Hasan berkata : Uthman bin Abi Al-As berkahwin dengan salah seorang balunya Umar bin Al-Khattab.


حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ، حَدَّثَنِي أبِي، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ، حَدَّثَنِي أبِي، حَدَّثَنَا مُوسَى، حَدَّثَنَا حَزْمٌ قَالَ سَمِعْتُ الْحَسَنَ بْنَ أَبِي الْحَسَنِ يَقُولُ: تَزَوَّجَ عُثْمَانُ بْنُ أَبِي الْعَاصِ امْرَأَةً مِنْ نِسَاءِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، فَقَالَ: ” وَاللَّهِ، مَا نَكَحْتُهَا رَغْبَةً فِي مَالٍ وَلَا وَلَدٍ، وَلَكِنِّي أَحْبَبْتُ أَنْ تُخْبِرَنِي عَنْ لَيْلِ عُمَرَ فَسَأَلْتُهَا، فَقَالَ: كَيْفَ كَانَ صَلَاةُ عُمَرَ بِاللَّيْلِ؟ قَالَتْ: كَانَ يُصَلِّي صَلَاةَ الْعِشَاءِ، ثُمَّ يَأْمُرُنَا أَنْ نَضَعَ عِنْدَ رَأْسِهِ تَوْرًا فِيهِ مَاءٌ فَيَتَعَارُّ مِنَ اللَّيْلِ فَيَضَعُ يَدَهُ فِي الْمَاءِ فَيَمْسَحُ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ ثُمَّ يَذْكُرُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَتَّى يُغْفِيَ ثُمَّ يَتَعَارُّ حَتَّى تَأْتِيَ السَّاعَةُ الَّتِي يَقُومُ فِيهَا ”


Lalu dia berkata: “Demi Allah, tidak aku nikahinya kerana inginkan harta atau anak, tetapi kerana aku mahu sangat dia memberitahu kepadaku bagaimanakah malamnya si Umar.”


Maka ditanyakan pada balu Umar itu, “Bagaimanakah solat Umar di waktu malam?”


“Beliau akan solat Isya’, kemudian akan menyuruh kami letak di hujung kepalanya bekas berisi air. Dia akan menggerakkan badannya dan bercakap-cakap di sepanjang malam, kemudian dia akan letakkan tangannya di dalam air, kemudian menyapu mukanya dan tangannya dengan air itu, lalu berzikir kepada Allah azza wajalla sehinggalah dia tertidur ringan. Kemudian dia menggerak-gerakkan lagi badannya sehinggalah sampai ke waktu yang dia sepatutnya bangun.”


Padanlah ummat menjadi begitu hebat ketika itu kerana pemimpin mereka pada ketika itu benar-benar orang yang terpandu jiwa dan akalnya.


 


Penutup : Jangan Kau Habiskan Malam Dengan Kelalaian


Malam memang masanya untuk kita mencari kerehatan.


Tetapi malam juga adalah waktu terbaik mencari bekal kekuatan jiwa.


Jangan kita habiskannya dengan kelalaian.


Menghabiskan dengan game.


Menghabiskan dengan movie semata.


Menghabiskan dengan drama semata.


Ambillah sebahagian di waktu malam untuk kita melakukan sesuatu yang bermanfaat dan memberikan faedah kepada masa hadapan kita.


Isi malam, sebahagiannya dengan membaca. Jika berkemampuan, bangun di tengah malam lakukan ibadah qiamullail. Jika tidak itupun, jangan kau biarkan Subuh kau berlalu dengan sia-sia kerana dirimu yang terbiasa bangun pagi lambat dan tidak memelihara Subuh.


Kalau kelalaian adalah faktor kita bangun lambat untuk Subuh, maka sewajarnya kita bermuhasabah diri dan memperbaiki.


Semoga malam menjadi pesta ibadah dan kedekatan hubungan kita dengan Allah, bukan pesta maksiat atau kelalaian.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 18, 2017 04:10

Perjuangan : Dari sekecil-kecil hal

Pesan ibu ,



“ Terkadang hidayah atau peringatan dari Tuhan itu hadir lewat sebuah pertemuan “



Dan untuk kesekian kali, aku temukan lagi sebuah pengajaran yang cukup bermakna. Kali ini , menerusi pertemuan aku dengan sosok seorang ibu tua, mak cik Ida.


*******



Mak Cik Ida adalah antara anak murid yang sudi bergurukan seorang anak muda yang masih mentah seperti ku. Dia memberikan sepenuh kepercayaan kepadaku untuk membantunya memperbetulkan bacaan al-quran. Meskipun usianya telah mencecah separuh abad, namun semangatnya dalam menuntut ilmu  al-quran bahkan tidak pernah sedikitpun layu.


Aku kagum.


“ Minta maaf sangat ustaz, mak cik lewat hari ni. Tadi mak cik cuba cari cermin mata mak cik, tapi tak jumpa “.


 


“Eh takpe mak cik. Kalau macam tu kita tangguh bacaan kita. Kesian pulak mak cik nanti “


 


“ Takpe ustaz, insyallah. Nanti waktu ngaji tu, Allah bantu mak cik.. Kalau kita tangguh bacaan, bila lagi mak cik nak semak bacaan mak cik “. Tukas Mak Cik ringkas bersama senyuman yang terukir pada ulas bibirnya


 


Sekali lagi aku tergamam mendengar respon dari Mak Cik Ida


Mak Cik Ida memulakan bacaan. Gigih dia menatap satu persatu kalimah yang terdapat pada surah Al-Kahfi. Terkadang, sering juga dia tertukar sebutan huruf dek batas penglihatannya. Namun dia masih  tetap meneruskan bacaan.


 


“ Subhanallah” getus hati kecilku.


 


Kegigihan dari seorang ibu Tua yang tidak pernah henti meneruskan perjuangannya. Dan mungkin sahaja, untuk seorang Mak Cik Ida, perjuangannya adalah di medan ilmu. Perjuangannya menentang rasa ketertewasan yang mungkin hadir lewat ujian kecil yang menimpanya. Dan dia memilih untuk tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk terus bermalas-malasan. Bahkan dia tetap gigih untuk melunaskan segala tanggungjawabnya dan akhirnya dia berhasil menamatkan bacaan surah tersebut dengan baik.


Ternyata melalui kisah kegigihan mak cik ida membuatkan aku sedar, bahawa yang disebut  tentang perjuangan itu tidak sekadar kita mengangkat senjata di medan pertarungan.Yang tidak semestinya melibatkan pertumpahan darah antara kita. Perjuangan adalah soal kita menentang segala apapun yang melumpuhkan, demi mengecapi sebuah pengakhiran yang diimpikan. Membina tembok yang menepis segala getir yang yang mampu meranapkan sebuah impian.


“Perjuangan adalah jembatan menuju impian, hanya dengan berjuanglah kita sampai pada mimpi kita.” – anonymous


Dan seperti kita seorang manusia, setiapnya punya perjuangan di medan masing-masing. Aku dan kalian punya perkara yang harus segera dituntaskan.


Meskipun perjuangan kita mungkin sahaja dilihat berbeza mengikut medan-medan yang kita tempuhi.


Seperti,


Seorang dokor yang berjuang menyelamatkan pesakitnya.


Seperti,


Seorang guru yang berjuang mendidik anak bangsanya


Seperti,


Seorang penulis yang berjuang menyebar kebaikan lewat kata kakunya.


Dan mereka-mereka yang sedang berjuang di medan masing-masing


Perjuangan itu ternyata bermula dari sekecil-kecil hal yang kita kerjakan. Dan dari itu kita akan mulai sedar soal tanggungjawab. Yang akhirnya menjadikan kita seorang manusia yang tidak sekadar sambil lewa dalam apapun hal yang kita lakukan.


Kesedaran soal tanggungjawab adalah senjata yang paling ampuh menentang segala sikap yang merobohkan !


Seperti mak cik Ida yang setia di medan ilmunya. Yang mungkin sahaja itu adalah perjuangan  yang terbesar buat seorang Mak Cik Ida untuk terus dan selamanya mencari kebaikan dan peningkatan dalam hidupnya.


Dan untuk kita seorang manusia bahkan seorang hamba yang hidup bertuhan, paling tidak perjuangan kita pasti seiring. Untuk selamanya berjuang merebut redha Illahi.


Semoga aku dan kalian diberikan kekuatan, untuk terus teguh di medan masing-masing. Bersungguhlah dalam setiap perjuangan yang kita sedang atau bakal tempuhi.


Bukankah kita semuanya mengimpi untuk meraih syurga yang tertinggi ?


Semoga kekal kuat semuanya. Moga Allah meredhai setiap perjuangan yang kita kerjakan.


“ Keterbatasan tak ubahnya situasi yang dibuat Tuhan untuk membuat kita lebih berjuang. Jika berhasil melewati keterbatasan itu, buah perjuangan yang kita dapatkan akan lebih berkesan.”   


-Hanum Salsabiela Rais, Bulan Terbelah di Langit Amerika-

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 18, 2017 00:10

August 16, 2017

Apakah Ada Allah Dalam Hati Anak Generasi Kita?

Mendidik anak-anak untuk mencintai Allah s.w.t., taat kepada Allah s.w.t. adalah tanggungjawab ibu bapa.


Kita simpati melihat sebahagian anak-anak yang tidak mendapatkan hak ini dalam keluarga mereka.


Lantas sebahagiannya yang meskipun membesar dalam keluarga bernama Muslim, tetapi tidak kenal Allah.


Agama hanya dikenali ketika nikah, solat raya dan kematian.


Banyak masalah timbul bila hati tidak kenal Allah. Bila hidup tidak ada Allah, banyak urusan menjadi caca merba dan tidak jelas tujuan.


 


Mencontohi Doa Nabi Ibrahim a.s.


Di dalam Al-Quran, ada banyak tempat Allah sebutkan tentang doa Nabi Ibrahim a.s. untuk zuriatnya. Ini sangat unik kerana konsistensinya Nabi Ibrahim a.s. dengan doanya untuk zuriatnya ini ada di pelbagai tempat dalam Al-Quran.


Misalnya, di dalam surah Al-Baqarah, disebutkan bahawa baginda berdoa meminta agar menjadikan dirinya dan anaknya orang yang berserah diri kepada-Nya. Baginda juga berdoa meminta agar diutus seorang Rasul dari kalangan generasinya yang dapat mengajarkan dan membimbing manusia.


“Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang –orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu da jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu. Dan tunjukkanlah kepada kami shariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Mengetahui.


Wahai Tuhan kami, utuskanlah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman-Mu dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab (Al-Quran) serta hikmah kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” [Al-Baqarah ; 128-129]


Di dalam surah Ibrahim pula misalnya baginda berdoa dengan menyatakan:


“Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat, keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” [Ibrahim: 40]


Jelas daripada doa-doa Nabi Ibrahim a.s. ini akan kerisauannya terhadap anak generasinya tentang adakah mereka akan tetap terus menyembah Allah selepas ketiadaannya.


 


Umar Abdul Aziz Di Saat Kematiannya


Umar Abdul Aziz adalah antara khalifah di era pemerintahan Umayyah. Namun, beliau memiliki karakter yang luar biasa dibandingkan dengan khalifah sebelum mahupun selepasnya. Sampai-sampai beliau diberi gelar termasuk dalam Khulafa’ Ar-Rasyidin dan beliau adalah yang kelima selepas Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali radhiallahu ‘anhum.


Sangat soleh. Berilmu. Warak dan takutkan Allah s.w.t.


Pemimpin yang hebat dan adil.


Di saat kematiannya, disebutkan kepadanya, “Engkau akan tinggalkan 12 orang anak engkau ini, apakah tidak engkau mahu wasiatkan sesuatu kepada mereka, sesungguhnya mereka ini faqir.”


Ini memang aneh. Seorang khalifah kepada kawasan empayar Islam yang besar, namun anak-anaknya hidup dalam kemiskinan. Jauh sekali kalau kita perhatikan bagaimana seorang bapa yang menjadi pemimpin negara hari ini, anak-anak pasti mendapatkan saham kekayaan dari kedudukan bapanya itu.


Tercatat dalam Al-Bidayah wan Nihayah karya Ibn Kathir akan situasi ketika beliau ditanya tentang apakah yang ditinggalkannya kepada anak-anaknya ini, beliau lantas menjawab, “Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran) dan Dia jualah yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan.” [Al-A’raf : 196]


Katanya lagi, “Demi Allah, tidak akan aku berikan hak kepada mereka. Mereka ini akan jadi sama ada antara dua; sama ada menjadi orang soleh, maka Allahlah yang akan menguruskan orang-orang soleh, adapun sekiranya dia menjadi orang yang tidak baik, aku tidaklah mahu termasuk orang yang membantunya untuk meneruskan kefasiqannya.”


Dan Umar memanggil kesemua anaknya dan berpesan dengan pesanan yang sama.


Sehinggalah dicatat oleh Ibn Kathir lagi, bahawa selepas kewafatan Saidina Umar Abdul Aziz, dikatakan sebahagian anaknya memiliki 80 kuda yang mereka gunakannya di jalan Allah.


Sesungguhnya Umar telah benar-benar meninggalkan anak-anaknya ‘diuruskan’ oleh Allah s.w.t.


Bila Allah yang mengurus, maka pastilah ia akan menjadi sebaik-baik pengurusan.


 


Penutup : Didik Anak-anak Kenal Allah dan Akhirat


Banyak anak tak kenal Tuhan. Tak solat. Tak boleh baca Al-Quran. Setiap hari dijamu dengan televisyen dan movie.


Sebahagian ibu bapa pula hanya pentingkan tuisyen untuk pastikan kecemerlangan anak-anak dalam akademik, tetapi tidak prihatin memahamkan dirinya dan keluarganya tentang Islam yang menjadi cara hidupnya.


Ingatlah, yang doa anak yang soleh itu termasuk dalam 3 perkara yang disebut oleh Nabi, yang akan tetap kekal selepas kematian ibu ayah.


Untuk mendapatkan anak yang soleh, ia bermula dari pendidikan dari ibu bapa dalam mengenalkan anak-anaknya kepada Allah, dalam menanam perasaan cinta, takut dan harap kepada Allah.


Kenal Allah bukan hanya setakat pandai baca Al-Quran. Pandai baca Al-Quran belumlah tentu kenal Allah. Kenal pada Allah s.w.t. adalah dengan menambat hatinya dengan iman dan yakin kepada Allah s.w.t., dengan mengimani segala keagungan-Nya, kekuasaan-Nya dan kebesaran-Nya.


Kenal pada Allah s.w.t. adalah dengan mendidik anak-anak agar mementingkan neraca Allah di dalam hidup.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 16, 2017 16:41

August 15, 2017

Our Ultimate Goal

Do you remember the Disney movie – Alice in Wonderland? One fine day, she went into the dark woods and came across a cat on top of the tree at a junction. She asked the cat: “Which way should I go?” The cat asked her: “Where do you want to go?” Alice answered: “I want to go somewhere”. Then the cat replied: “You are free to choose any route and it will bring you somewhere.”


 


So, what does Alice have to do with us in the reality? Often, we are blinded with the mirage of life. We see the material as the key to happiness. We seek pleasure from what we perceive as our needs. Chasing the worldly life like there’s no tomorrow. Wanting to achieve what others have and going green with envy with what they have. Realise it or not, we have chained ourselves to the world. Becoming a slave to the world. Overlooking our real role as a human and a slave to our God.


 


What really went wrong? Why have we let ourselves gone astray? The main justification would be when we separate our daily routine and religion. We lost the sense of achieving our ultimate goal – to go to Jannah. We rush for success. We crave for validation from others. We worry too much about what we can’t control. Forgetting that if we prioritise Allah in everything, everything will go well. Surah An-Nahl verse 64 beautifully explains the revelation of Quran should act as our guide.


 


And we have not revealed to you the Book, [O Muhammad], except for you to make clear to them that wherein they have differed and as guidance and mercy for a people who believe. [64]


 


The fact that the world is temporary and Jannah is eternal should be rooted in our hearts. No doubt, we will get disoriented with our road map to heaven if we are not guided to seek the One. Despite our differences in circumstances and environment we are in, I believe that each of us has the responsibility to bring Islam to a higher level.


 


Seek knowledge in order to know Allah. Revive our reading habits. Refine our thinking behaviours. Use the Quran as our guidance. Relearn the history of Islam. Allah has left trails of knowledge for us to discover Him. We should never be vexed with different beliefs people hold. Each one of us has our own values. And for us Muslims, our values lie in obeying the Islamic teaching. Stay firm with our religion and never let other people impose their values on you. Dr Azizan Baharuddin, Director-General of Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM) once said:


“Bear in mind that every second we count. Each second we spend on – will definitely be held accountable. As we breathe, there is God. Make religion useful for yourself and not keep it hanging dustily in the cupboard.”


 


Fasten your pace. Allah awaits us. Make an effort to reach our ultimate goal – JANNAH.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 15, 2017 19:48