Hilal Asyraf's Blog, page 21

July 10, 2017

Antara Teguran Terbuka, Troll & Bashing.

Antara Teguran Terbuka, Troll & Bashing


 


Hari ini tidak sama seperti 10 tahun yang lalu. Saya masih ingat, media sosial pada ketika itu tidak semaju dan sehangat hari ini. Ada beberapa media sosial yang popular ketika itu, seperti friendster & myspace.


Hari ini, media sosial tumbuh ibarat cendawan. Ditambah dengan teknologi telefon pintar, media sosial mengakar dalam kehidupan insan. Facebook, Twitter, Instagram, Tumblr, Reddit, pelbagai saluran dan medium untuk menyuarakan pendapat, pandangan, perkongsian, dan sebagainya.


Ini menjadikan masyarakat, atau ‘netizen’, bebas menyuarakan pendapat dan pandangan secara terbuka. Ada yang menggunakan kelebihan ini untuk membuat teguran secara terbuka, ada juga yang mengambil peluang ini sebagai medan ‘troll’(sindirian yang provokatif) atau ‘bashing’(hentaman, maki hamun, mengeji). Semua itu biasanya dilakukan di media sosial, secara terbuka untuk bacaan awam.


Ada golongan yang percaya bahawa, jika kita hendak mengkritik, memberikan teguran dan pandangan, sebaiknya di belakang-belakang, secara terus kepada orang yang kita hendak kritik atau berbeza pandangan itu, bukannya secara terang-terang di khalayak ramai.


Apakah benar?


Di mana letak duduk teguran terbuka, troll & bashing ini hakikatnya?


 


Satu Kategori?


Mungkin lebih mudah jika saya kategorikan ketiga-tiganya di dalam satu kategori. Semuanya ingin menegur sesuatu atau seseorang atau satu-satu situasi. Namun, ada yang memilih jalan berhemah dengan nada sopan, bahasa yang kemas tetapi tegas. Ini salah satu bentuk teguran terbuka. Ada pula yang melukis karikatur atau simbol, melawakkan atau menyindir orang, isu, keadaan yang hendak ditegur. Ada pula yang terus memaki hamun, melepaskan amarah atau dendam dengan kata-kata yang tidak sopan, mencarut dan sebagainya.


Dalam erti kata lain, semuanya merupakan sebuah teguran, atau sekurang-kurangnya, sang pelaku akan percaya ianya sebuah teguran.


 


Soalan Terpenting: Bolehkah Tegur Secara Terbuka?


Menegur secara terbuka sering dianggap sebagai mengaibkan. Penegur yang menegur secara terbuka biasa dianggap mahu menunjuk-nunjuk, mungkin mahu mencapai populariti segera, riya’ dan macam-macam persepsi yang lain.


Ini menjadikan, biasanya, apabila berlaku diskusi terbuka, perdebatan terbuka, akan ada pihak yang kurang senang dengan suasana tersebut dan memberikan teguran seperti: “Kan bagus kalau tegur belakang-belakang, tak pecah belahkan ummat?” Dan sebagainya.


Di sini kita sebenarnya perlu cakna.


Asas memberikan teguran sememangnya menegur secara langsung kepada si pembuat salah, dan tidak secara terbuka. Kerana Islam sangat menjaga kehormatan dan maruah seorang insan.


Contohnya, seorang manusia kita kenal sebagai seorang yang baik. Tidak pernah mempromosikan kemungkaran di dalam hidupnya. Tiba-tiba terkantoi dengan kita bahawa dia menonton video lucah di dalam biliknya.


Insan sebegini, dalam situasi sebegini, tidak sesekali patut kita buat teguran terbuka kepadanya di khalayak, di media sosial. Aibnya mesti kita tutup. Teguran kepadanya mestilah secara langsung dan terus.


Mengapa? Kerana dia menyembunyikan aibnya itu. Dia tak ajak kawan tengok sekali, dia tidak menganiaya orang lain dengan aktiviti tersebut, dia tidak pula promosikan aktivitinya itu untuk mempengaruhi lebih ramai orang menyokongnya atau turut serta, dia tidak dilihat berbangga-bangga dengan aktivitinya itu. Maka menjadi tugasan buat yang tahu, untuk membantu dia meninggalkan gejala buruk tersebut. Jika aibnya didedahkan, ini akan menambah rasa malu, membuatkan dirinya hilang rakan, memencilkan dirinya, hilang percaya kepadanya, sekaligus menyukarkan dirinya untuk berubah, dan kemungkinan menjerumus dirinya ke lembah kemungkaran yang lebih besar.


Namun, di dalam situasi yang lain, saya berikan contoh, seorang manusia yang terkenal sebagai penjual video porno, mempromosikan seks bebas, cuba pula nak merekrut orang untuk berzina atau menjual maruah, mengajak pula orang untuk bersama-sama dengannya, bukan sahaja melakukan, bahkan mempopularkan aktiviti terkutuk tersebut, dan jelas-jelas diwar-warkan aktivitinya sehingga kita pun mengetahuinya.


Orang sebegini, perlu diberikan teguran terbuka. Perlu dikritik. Perlu dinasihatkan secara umum. Perlu dijelaskan mengapa tindakannya salah, dan apa ancaman Allah SWT terhadap orang yang melakukan perbuatan seperti perbuatannya itu.


Mengapa perlu teguran terbuka? Kerana dia melakukan hal tersebut secara terbuka dan tindakannya itu mampu memberikan kesan negatif kepada masyarakat. Sama ada akan ada ahli masyarakat yang terpengaruh dan mahu mengikuti sama, atau setidak-tidaknya, membuatkan proses normalisasi dosa di tengah kehidupan masyarakat itu berlaku. Maka perlu ada yang bangkit membuat teguran terbuka, sekaligus memberikan kesedaran kepada masyarakat agar menjauhi perbuatan terkutuk tersebut.


Di sini jelas bahawa, teguran terbuka perlu kepada situasi-situasi tertentu.


Bukan setiap kesalahan perlu kepada teguran terbuka.


Namun ada masanya, teguran terbuka itu perlu.


Imam Ahmad rahimahullah: “Manusia memerlukan kesopanan dan kelembutan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara makruf, tanpa kekerasan melainkan lelaki yang menonjolkan dan terang-terangan melakukan kefasikan dan kerosakan maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan menzahirkan perbuatannya itu kerana seorang yang fasiq itu tidak mempunyai kehormatan dan dia tiada maruah.”


 


Menegur Dengan Bijaksana!


Kita sudah jelas bilakah boleh dilakukan teguran terbuka, dan bila pula tidak.


Kembali kita kepada teguran terbuka, troll & bashing.


Jadi apakah apabila boleh dilakukan teguran secara terbuka, maka boleh kita melakukan troll & bashing?


Di sinilah kita perlu kembali juga kepada prinsip Islam, dan biarlah Islam memandu tindakan kita. Allah SWT berfirman:


“Serulah ke jalan Tuhanmu, dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka menggunakan cara yang terbaik.” Surah An-Nahl ayat 125.


Apabila sesuatu itu perlu kepada teguran terbuka, maka gunakanlah cara yang bijaksana(hikmah). Hikmah di dalam ayat ini bukan bermaksud lemah lembut atau lembik seperti yang difahami kebanyakan orang. Hikmah bermaksud bijaksana, bermakna, si penegur tahu bila masanya perlu menggunakan laras bahasa lembut, dan bila masanya perlu menggunakan laras bahasa yang tegas.


Namun, sama ada lembut atau tegas, ianya berpaksikan kepada “Pengajaran yang baik”. Bermakna, setegas mana pun bahasa kita, kita takkan mencarut dan memaki hamun. Maka di sini, untuk bashing orang secara terbuka, terkeluar dari pilihan tindakan kita. Nak berlembut dan guna kaedah menyindir sampai nak troll orang, pelawakkan dia, ketawakan dia, membodohkan dia, tak kena juga sebab itu semua tidak termasuk pengajaran yang baik. Maka nak troll pun terkeluar juga.


Tegurlah dengan laras bahasa yang matang. Menunjukkan kesungguhan kita untuk menegakkan kebenaran, bukan untuk memuaskan hati sendiri. Tegur untuk mengajak manusia pulang kepada Allah, “Serulah ke jalan Tuhanmu”, bukan tegur untuk tunjuk diri kita ini hebat berkata-kata, kreatif fikirkan troll dan punchline menarik.


Jika sampai ke tahap kita perlu berdebat pun, Allah berpesan agar kita berbahas dengan cara yang terbaik. Begitu sekali Islam menerapkan kita prinsip-prinsipnya. Tidak ‘double standard’.


Sekiranya kita telah mengusahakan hal ini, dan orang masih mengata kita yang bukan-bukan, menuduh kita yang bukan-bukan hanya kerana kita melakukan teguran terbuka, maka serahkan mereka kepada Allah SWT.


Sesungguhnya Allah SWT Maha Tahu betapa kita berusaha untuk melakukan yang terbaik.


 


Penutup: Teguran Untuk Perubahan Ke Arah Kebaikan, Bukan Semakin Memburukkan


Akhirnya rakan-rakan yang saya muliakan, tujuan teguran ialah kasih sayang. Tujuan teguran ialah untuk mengajak orang yang ditegur, bersama-sama diri penegur, ke arah kebaikan. Menjadi yang lebih baik. Dari buruk kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik.


Sekiranya teguran sekadar untuk menjatuhkan, menghina, memuaskan hati kerana dapat maki orang, makin membuatkan orang rasa jelak dengan Islam, rasa jelek dengan akhlak dan sikap kita, maka pastinya ada masalah sama ada pada niat kita menegur, atau cara kita menegur.


Sesungguhnya manusia memerlukan teguran.


Kita ini insan, berasal dari perkataan nasia, bermaksud lupa.


Kerana itu Allah SWT berfirman:


“Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermakna bagi orang-orang yang beriman.” Surah Adz-Dzariyat ayat 55.


Jadikan budaya tegur menegur, sama ada secara terbuka atau secara belakang-belakang, sebagai wasilah pengutuhan ummat, bukan merobohkannya lagi.


Berikanlah teguran dengan adab dan sopan. Bukan disuruh berbahasa berbunga-bunga, nampak lemah gemalai. Bertegaslah bila perlu. Namun jauhilah carutan, makian, kejian, sindiran yang sengaja direka untuk mengguris jiwa.


Kita mampu mengubah suasana hari ini insyaAllah.


Muhasabah.


 


 

4 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 10, 2017 22:50

July 4, 2017

Refleksi Kisah Nabi Musa: Ketika Kita Tidak Punya Apa-apa Lagi (Madyan)

 


 


 


Ketika Musa sampai di Madyan setelah lapan hari berjalan kaki, tidak berkasut dan langsung tidak membawa bekalan makanan hingga dikatakan terpaksa makan daun-daun di jalanan, Musa berehat di bawah sepohon pokok. Dari kejauhan Musa melihat dua orang gadis sedang menahan kambing-kambing mereka supaya tidak mendekati telaga kerana ramai lelaki yang sedang berkerumun. Di situ hanya terlihat dua orang sahaja perempuan, selebihnya lelaki.


 


Taurat mencatatkan dua anak gadis itu ialah Zipora dan Lea. Ayah mereka bukan Nabi Syuaib kerana Nabi Syuaib hidup di zaman lain. Cuma namanya kebetulan sama dengan nama Nabi Syuaib. Situasi ini menggambarkan bahawa perempuan ditindas. Lelaki yang kuat sahaja mendahului untuk mengambil air dan memberi minuman kepada ternakan. Menariknya, kenapa Allah menceritakan perihal babak ini di dalam al-Quran? Apa kaitannya dengan umat akhir zaman iaitu kita?


 


Ini antara sebab kenapa saya mengatakan sebenarnya Islam mengangkat feminisme. Cuma feminisme yang Islam angkat ialah feminisme yang awal, yang tidak diseleweng dan ditambah-tambah. Hak kesamarataan lelaki dan perempuan Islam iktiraf itu. Islam mengangkat feminisme bertujuan keadilan. Bukan melebihkan mana-mana. Wacana keadilan ini menjadi prinsip agama. Ketika lelaki-lelaki ini mendahului, atas dasar mereka lebih kuat, itu sudah menyanggahi keadilan. Bukan soal siapa kuat dan lemah sepatutnya, tetapi “first come first serve”-lah.


 


Lihat istilah yang Allah gunakan iaitu تذودان yang bermaksud “sedang menahan” kambing-kambing mereka. Bererti kambing-kambing itu pasti sedang tidak sabar mahu minum. Bererti kambing-kambing ini sudah lama menahan dahaga. Bererti juga, sudah lamalah dua gadis ini menunggu giliran mereka yang sering dipotong oleh lelaki-lelaki atas justifikasi “kami lelaki”. Inilah  yang menyanggah keadilan. Namun, belum tentu kerana Musa tidak tahu perihal sebenar.


 


Musa bertanya, ما خطبكما “kenapa kamu berdua?”. Kenapa Musa bertanya? Meskipun sudah jelas di depan matanya dua orang gadis ini dianiaya, penjelasan tetap penjelasan. Mesti tahu apa yang terjadi di sebaliknya. Walaupun kita melihat orang sedang memperjuangkan hak, kita mesti tahu apa yang terjadi sampai begitu semangat mereka. Jangan membabi buta mengikut mereka atas nama “perjuangan hak asasi manusia”. Begitu juga dengan mana-mana organisasi yang katanya memperjuangkan hak. Perlu diperhalusi dan dijelaskan, hak apa dan apakah situasi sebenarnya. Cari sebab yang relevan dan dengan sebab itu kita bergantung.


 


Selepas itu, mari kita lihat apa penjelasan dua gadis ini dan kenapa Allah merakamnya? Mereka berkata, “kami tidak akan memberi minum kambing-kambing kami sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternakan mereka”, dan surprisingly, mereka menyambung, “dan bapa kami seorang yang sudah terlalu tua.” Allah menggunakan perkataan حتى yang bermaksud “sehingga”. Perkataan ini digunakan untuk menunjukkan tempohnya agak lama. Bererti memang selalunya mereka kena menunggu lama untuk sampai giliran mereka. Ia dikuatkan lagi dengan hukum tajwid dua rakaat panjang jika dibaca pada perkataan ini.


 


Kemudian, timbul pula persoalan, kenapa mereka terus menjawab soalan yang tidak ditanya Musa? Musa tidak tanya bagaimana ayah kalian berdua? Tetapi mereka memberitahu juga. Ini kerana mereka sudah agak, pasti tertimbul di kepala Musa juga kenapa perempuan yang mesti menternak, ia sungguh janggal. Hal ini memberitahu tentang kedudukan perempuan di zaman itu. Perempuan tidak berkarier dengan kerja-kerja berat pada zaman itu lagi. Melainkan ada sebab seperti tiada anak lelaki atau ayah yang sudah tua dan tidak larat berkerja. Itupun amatlah jarang. Sebab itu mereka terus memberitahu, “ayah kami sudah terlalu tua”.  Bertambah yakinlah Musa untuk membantu mereka. Justifikasi mereka sangat jelas. Pertama, mereka dianiaya dan dinafikan hak kerana mereka perempuan yang dikatakan “lemah”. Kedua, mereka diantara rakyat marhaen yang perlu menyara ayah yang tua dan uzur.


 


Saya yakin, sebenarnya mereka tidak lemah seperti dakwaan lelaki-lelaki itu. Jika mereka lemah, kenapa mereka boleh mengembala kambing? Saya tiada pengalaman mengembala kambing tetapi yang pasti, mengembala kambing bukan sesenang menulis catitan ini. Bermakna, persepsi pada perempuan sebagai “insan lemah” bukan hanya wujud pada zaman jahiliyyah dan zaman Nabi Muhammad SAW, tetapi ia warisan turun-temurun. Pada waktu itu sudah ada persepsi sebegini. Yang paling menarik, insan yang memperjuangkan hak keadilan bagi perempuan sudah ada pada zaman abad ke-12 Sebelum Masihi lagi.


 


Ya, bila bercerita tentang babak selepas ini, inilah yang paling menyedihkan bagi saya. Seorang lelaki yang berjalan selama lapan hari, tidak berkasut dan sedang dalam lapar dan dahaga tidak terkira masih memilih untuk membantu insan teraniaya, dan insan itu ialah perempuan pula. Tanpa menunggu lama, Musa terus membantu mereka. Perkataan فسقى menarik jika dikupas. Huruf “fa” bererti “maka” dan ia digunakan sebagai penerusan tanpa ragu-ragu. Bererti, Musa tidak tunggu lama sebaliknya terus menolong mereka. Kemudian Allah menggunakan perkataan ثم yang bererti “kemudian” dan perkataan ini digunakan untuk menunjukkan prosesnya lama. Bererti, bukan sekejap Musa membantu mereka. Musa memberi minuman kepada kambing-kambing mereka dalam tempoh yang agak lama. Bukan tolong lepas tangan. Tapi tolong sungguh-sungguh. Sehinggalah kambing-kambing itu kenyang.


 


Musa kembali ke tempat berteduh tadi. Lambat-lambat berjalan. Sebab itu perkataan تولّى dibaca dengan enam (atau lapan) harakat. Untuk menunjukkan betapa lemah longlainya Musa berjalan kembali ke tempat berteduh tadi. Tiada sedikitpun tenaga yang berbaki. Semuanya sudah habis digunakan. Ketika ini Musa berdoa, dengan sebuah doa yang sungguh bermakna, yang bermaksud, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian kebaikan (pertolongan) yang Engkau berikan kepadaku”. (Al-Qasas:24)


 


Musa memanggil Tuhan bukan dengan “Ya Allah”, tetapi “Rabbi” yang bermaksud pemelihara. Kerana Musa yakin, Allah akan memeliharanya dan telah memeliharanya sampai setakat ini. “Sesungguhnya aku” bermaksud sekarang Musa mahu bercakap tentang dirinya sahaja. Letih lelahnya dirinya. Musa meminta supaya Tuhan tumpu hanya kepada dirinya sahaja. Apa yang Musa minta cuma satu, turunkanlah apa-apa sahaja kebaikan untuk dirinya yang fakir (memerlukan). Lihat uslub doa ini, perkataan “faqir” berada di hujung doa. Musa tak berkata, “sesungguhnya aku ini fakir berilah aku apa-apa kebaikan” sebaliknya Musa berkata, “berikanlah kebaikan kerana aku fakir”. Musa dahulukan “tujuan” iaitu “sebarang kebaikan” (kalimah “khair”) barulah Musa mengadu. Ini menunjukkan sikap Musa bukan jenis meminta-minta dan merayu-rayu (meskipun boleh meminta-minta dengan Tuhan). Kita sering kata, “aku tak larat, tolonglah”. Kita tunjukkan kelemahan diri, baru minta. Berbeza dengan kita berkata, “Tolong, aku tak larat”. Kita utamakan pertolongan, dan “tak larat” sebagai unsur sokongan. Itulah Musa. Minta Allah tolong turunkan satu sahaja kebaikan, ia sudah cukup. Kerana hanya pada waktu ini Musa menggelarkan dirinya “fakir” iaitu yang memerlukan.


 


Sebelum ini jika diikutkan memang Musa “fakir”. Berjalan tanpa kasut. Makan sahaja apa yang ada. Dikejar lagi. Ditindas kerana lahir sebagai orang Bani Israel lagi. Suhu yang agak panas ketika berjalan. Itu sudah tentu ciri-ciri seorang yang memerlukan (fakir). Tetapi selagi kudrat ada, selagi itu Musa berusaha. Sehinggalah kudrat tiada, yang ada hanyalah sekujur tubuh yang lemah, ketika itu barulah Musa menggelar dirinya “fakir”.


 


Entahlah. Geleng kepala saya memikirkannya. Takjub. Mengujakan. Terima kasih Musa. Terima kasih kerana memberikan doa ini untukku, untuk kita.


 


Hafizul Faiz

3 Ogos 2015

Ibrah Musa 6: Ketika Kita Tidak Punya Apa-apa Lagi


 


 


 


 


 


 

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 04, 2017 09:52

July 1, 2017

BANGLA DAN ULAMA’ , HERO YANG DILUPAKAN ?

KISAH BANGLA .


Pada suatu hari , Alif Otak-otak ( bukan kembar Alif Satar ) telah pergi ke bangunan yang merupakan mercu tanda dan kebanggaan rakyat Malaysia . Bangunan Berkembar Petronas atau nama glamournya KLCC . Sebelum Alif sampai ke bangunan KLCC , dia lepak sekejap di taman perkarangan  KLCC . Tiba-tiba dia ternampak ramai orang mengerumuni beberapa orang berkulit agak gelap di sana . Alif segera ke sana untuk melihat siapa yang menarik perhatian orang ramai di sana .


“Artis kot …” fikir si Alif .


Tapi sesampainya Alif berdekatan, Alif terjerit kesukaan seperti monyet gembira melihat pisang diberikan percuma. Rupa-rupanya yang menarik perhatian orang ramai di taman KLCC itu adalah abang abang Bangla yang telah menjadi ‘hero’ kepada seni bina di Malaysia ini . Mereka adalah pujaan masyarakat sekarang .


Tak buang masa , Alif terus mencelah orang ramai dan mengajak abang-abang Bangla itu swafoto ( baca : selfie ) bersamanya . Lantas memuat turun ( baca : upload ) gambar swafotonya itu di laman sosial yang menjadi kegilaan orang ramai sekarang tak kira Gen Y atau Generasi RTM, Instagram . Dalam beberapa minit gambar tersebut telah mendapat ‘Like’ beribu-ribu. Dan berpuluh komen antaranya ..


“Wow Untung ah kau Alif” – @SalmanKhan, kawan Alif muka iras hero tamil cerita Kabali.


“K , Tak Ajak , Fine Kbye” – @NajmiRaver, budak baru nak up. Umur 13.


“Wow, cantik gambar kau, ada masa hangout kita shot sama-sama” – @TKDNXVXYZ, instafamous yang mempunyai feed gambar yang padu tone warna bak kata orang ramai .


“Visit my ig to find your best collection of shoes – @QueenAfiqah, online seller yang jual copy ori yang kaya dah sekarang.


Ecewah .. Maaf situasi di atas adalah rekaan semata-mata dan tidak pernah terjadi di alam realiti sekarang .


Zaman sekarang, tiada yang memandang mereka, pekerja asing terutama daripada Bangladesh ini. Malah ramai yang menghina . Mereka tak sedar yang mereka adalah saudara seagama dengan kita.


Zaman sekarang, semua orang ingin mengejar populariti . Mengejar sampai sanggup buat perkara yang mengaibkan bukan hanya diri mereka sendiri malah keluarga bahkan agama mereka sendiri !


Zaman sekarang, orang yang buat video yang bodoh-bodoh, yang tiada manfaat dan sebenarnya untuk menunjukkan kebodohan masing-masing bersepah di media sosial. Tetapi mereka inilah yang dijadikan idola anak muda sekarang .


Sob..sob ( suara tipikal nangis eh ? ) . Sedih rasanya .


Tiada yang memandang kepada mereka yang berusaha yang bekerja keras yang mencari sesuap nasi dan memberi nafkah kepada keluarga masing-masing di negara asal mereka . Mereka bukanlah HERO malah ZERO kepada pandangan kita . Kita pandang mereka dengan pandangan kosong . Anggap mereka sebagai tiada nilai dan tiada tempat dalam masyarakat kita.


Tapi jangan lupa mereka adalah HERO yang berjasa banyak pada negara kita walaupun mereka bukanlah anak jati negara negara kita ini . Nak tengok power diorang ? Tengok KLCC tu , hang boleh buat ? Dan nak tengok anak jati Malayisa ? Tengok yang sedang joget raver dekat taman KLCC tu !


KISAH ULAMA’


Pada suatu hari, Bustin Jieber ( nama asal dia Amran ) telah terkocoh-kocoh mencari kasut berjenama Supra yang dibelinya di pasar malam Chow Kit. Dibelinya dengan semua duit simpananya yang berjumlah RM44.50 semata-mata kerana untuk meniru gaya idolanya, Justin Bieber.


“Ummi, nampak tak kasut warna purple Amran?” Tanya Bustin Jieber kepada ibunya, Puan Rogayah orang Terengganu tulen.


“Mung nak gi mana ni, pakai jangok ( baca : bergaya ) sangat ni?” Tanya Puan Rogayah sambil membuka pintu almari kasut. “Ni , kasut mung dalam almari ni.”.


“Nak pergi interview lah ummi. Orang pakai smart-smart ni semua ada sebablah.” Tipu Amran, eh salah Bustin Jieber yang sudah siap menyarungkan kasut Supra pasar malamnya.


“Kapala hotok ( baca : otak ) mung pakai macam ini nak pergi interview. Ini bukan nak pergi interview tapi nak pergi mengurat ni. Mung nak menipu ummi kan Amrang !” tengking Puan Rogayah.


Kerana tidak tahan menahan bebelan yang seterusnya daripada ibunya, Bustin Jieber terus keluar daripada rumahnya menuju ke lokasi yang ingin dituju. Di tanganya ada borang untuk menyertai rancangan realiti nyanyian , EkstraBerlada yang menjadi rancangan hiburan lagho no 1 di Malaysia sekarang .


Sebelum masuk ke dewan audition rancangan tersebut, Bustin Jieber breakfast dahulu dekat kedai makan yang agak ramai pelangganya. Semasa makan, dia memerhatikan seorang lelaki yang berserban berjubah di hadapan mejanya.


Lelaki tersebut tidak makan tetapi hanya menyuap nasi kepada wanita yang berumur dalam 70-an. Tak lama kemudian, datang budak berkopiah meminta derma untuk penubuhan sebuah madrasah tahfiz. Tak cakap banyak, lelaki tersebut terus seluk poket jubahnya dan menderma kesemua duit yang berada dalam poketnya.


“Huh, acah baik lah pulak ustaz ni depan orang ramai”. Perli Bustin Jieber. Malah dia menghalau budak yang ingin minta derma itu.


Habis makan, Bustin Jieber tiba-tiba mengelabah mencari beg duitnya. Dia lupa yang beg duitnya tertinggal di rumah. Itulah derhaka sangat ke ibu dah kena balasan cash. Kelakuan Bustin telah menarik perhatian lelaki berserban berjubah itu.


Kerana rasa gelisah dia pergi ke tandas untuk membuang air . Kerana prinsip Bustin ialah “Buang air ibarat mengalirkan masalah” . Eh ?


Setelah beberapa minit di dalam tandas dia buat fikiran untuk berterus terang kepada tuan kedai makan itu. Mampus ah kena basuh pinggan pun, nanti aku dah jadi retis aku beli kedai ni terus huh …


“Hmm .. yang meja 18 tu berapa semua harganya eh ?” Bustin menanyakan kepada cashier dengan rasa sugul.


“Oh .. meja 18 tu semua sekali 15 ringgit sahaja tapi dah ada orang tolong bayar kepada encik.” Jawab cashier tersebut dengan senyuman yang manis gituh .


“Apa? Ada orang tolong bayar kepada saya? Siapa orang itu?”


“Hmm .. Ustaz Hadi yang tolong bayarkan kepada encik. Yang pakai jubah yang tolong suapkan makanan dekat ibu dia yang lumpuh itu tadi. Encik tak kenal ke Ustaz Hadi itu?”jawab cashier itu sambil menunjukkan ke arah Ustaz Hadi yang telah berada agak jauh daripada kedai makan itu.


“Oh ye ke? Alhamdulillah rezeki saya lah itu. Saya minta diri dulu ya, nak berterima kasih kepada ustaz tu.” Bustin Jieber pun berlari anak untuk mendapatkan Ustaz Hadi.


“Assalamualaikum ustaz. Hmm .. Ustaz Hadi kan? Terima kasih ustaz sebab tolong saya tadi.” Bustin membuka bicara setelah dekat dengan Ustaz Hadi.


“Eh .. Waalaikumusalam. Tiada masalah lah akhi, kita ni saudara seagama memang diperintahkan oleh Allah untuk saling tolong menolong. Asalkan tak langgar syarak je lah syarat dia.” Balas Ustaz Hadi.


“Dan saya nak minta maaf sebab ada bersangka buruk dekat ustaz masa ustaz suapkan makanan dekat ibu ustaz tadi. Ustaz nak pergi mana lepas ini?”.


“Oh .. tak apa akhi. Setiap manusia ada salahnya . Ana maafkan enta. Ana nak pergi  masjid Muaz Jabar sebab ada program QuranHour. Ana kena tazkirah program itu dekat masjid itu.”Jelas Ustaz Hadi. “Nak join tak ? Marilah program best ni. Ramai ustaz-ustaz dan ulama’ mari tau.”.


Bustin melihat borang penyertaan EkstraBerlada itu dan membuangnya ke dalam tong sampah disebelahnya. “OK, saya join. Bosan juga tak ada program hari ni. Hehe.” Jawab Bustin sambil tersengih macam kerang tak busuk.


“OK, jom let’s go. Hehe . By the way, nama enta apa?”


Uisshh hebat ustaz ini boleh speaking. “A.M.R.A.N. Amran Bin Jamal. Hehehe”.


. . . . . . .


Ulama’. Ulama’ adalah gelaran kepada orang yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam sesuatu bidang agama Islam. Jikalau beliau seorang pakar dalam ilmu Feqah maka dia ulama’ Feqah atau Fuqaha’ . Kalau dia pakar hadith beliau ulama hadith. Dan seumpamanya lagi ..


Ulama’juga adalah ‘HERO’ yang kadangnya tidak dipandang malah ada yang menghina dan lagi teruk yang sanggup memfitnah dan membunuh golongan ulama’ ini. Dan yang lebih sedih dan dasyat, yang melakukan perkara jahat ini semuanya daripada umat ISLAM SENDIRI !


Mereka yang hatinya kotor hatinya yang terpalit dengan dosa dosa yang telah menghitamkan jiwa mereka dengan pelbagai nikmat dunia hingga sanggup meghina golongan pewaris nabi ini. Malah membunuh pun ada !


Allah telah memilih mereka supaya membawa agama dan syariat. Mereka adalah golongan yang paling mengenali Allah. Tugas mereka adalah menunjukkan manusia jalan kepada Allah. Firman Allah:


“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: “Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” (Fusshilat: 33)


“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (Fathir: 28).


Allah telah melebihkan dan memuliakan para ulama’ dan meninggikan kedudukan dan darjat mereka. Allah telah menyatakan ada perbezaan antara ulama’ dan orang yang tidak mengetahui kerana kepentingan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki.


“Nescaya Allah akan meninggikan orang-o rang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.   (Al-Mujadalah: 11).


Janganlah sesekali kita menghina para ulama’ yang soleh dan warak menurut Auza’e: “Memerangi golongan ilmuan terutama yang terkenal termasuk ke dalam sebesar-besar dosa” dan berkata Ibn al-Athimin: “Memuliakan ulamak bermakna memuliakan syariat, kerana mereka adalah pembawanya. Menghina ulamak bermakna menghina syariat”.


 


BANGLA DAN ULAMA’ , HERO YANG DILUPAKAN ?


Mungkin akan ada orang yang baca artikel dan kisah di atas bertanya : “Apa persamaan pekerja Bangla dan Ulama’ . Dan kenapa mereka dinamakan HERO ?”.


Persemaannya mereka adalah dua golongan yang banyak berjasa kepada kita khususnya umat Islam di Malaysia ini. Pekerja buruh tak kira lah daripada Bangla atau negara lain mereka adalah HERO yang banyak membangunkan dan membina bangunan-bangunan atau kediaman yang kita lihat sekarang. Mostly mereka yang membina kan ? Mereka adalah HERO kepada masyarakat Malaysia. Jangan hina mereka, ucap terima kasih.


Ulama’ adalah HERO juga. Tanpa mereka mungkin sekarang kita terkapai kapai dalam pelbagai masalah feqah, kekeliruan hadith, cara bacaan Quran yang sohih, masalah faraid yang sangat pening, hukum nahu sorof yang memeningkan. Semuanya mereka kaji dan belajar lantas mengajar kita supaya memudahkan kita dalam paraktikkan Islam . Mereka adalah HERO bukan hanya kepada masyarakat Malaysia malah kepada semua umat Islam di dunia !


Perbezaanya ? Buruh Bangla bekerja untuk tauke mereka , Ulama’ bekerja untuk ALLAH dan ummah .


INFIRU !




NAZEF EDGOUCH .
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 01, 2017 20:38

June 17, 2017

Islam Sebagai “Rahmatan Lil Alamin”

 


Sering kita mendengar ungkapan bahawa Islam itu ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang membawa maksud, Islam itu sebagai rahmat bagi sekalian alam.


Ungkapan ‘Rahamatan Lil Alamin’ bukan ungkapan yang direka-reka dari logik akal sesiapa. Ianya disebut dengan jelas oleh Allah SWT di dalam firmanNya:


“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” Surah Al-Anbiya’ ayat 107.


Kita cuba hendak melihat dengan lebih dalam, apakah maksud kepada ‘Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam’ itu, supaya kita lebih memahami dengan jelas erti ungkapan tersebut, dan tidak meletakkannya di tempat yang silap.


 


Islam Sebagai Rahmat Kepada Sekalian Alam


Walaupun yang disebut oleh Allah SWT di dalam ayat 107 tersebut, ditujukan kepada Rasulullah SAW, tetapi hakikatnya ‘rahmatan lil alamin’ itu berbalik kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, bukan batang tubuhnya secara zat.


Ini diterangkan di dalam ayat sebelumnya, 106, apabila Allah SWT membicarakan perihal Al-Quran.


“Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang mengabdikan diri mereka.” Surah Al-Anbiya’ ayat 106.


Selepas itu barulah disebut berkenaan Rasulullah SAW diutus sebagai rahmat bagi sekalian alam. Bersama Rasulullah SAW itu, datangnya Al-Quran, datangnya sunnah nabawiyah, dalam erti kata lain, datang bersama Rasulullah SAW itu, Islam.


Kita tidak mengehadkan rahmat itu pada susuk tubuh Rasulullah SAW semata-mata, kerana selepas kewafatan Rasulullah SAW, apakah rahmat untuk sekalian alam akan terputus? Semestinya tidak. Islam terus berkembang & tersebar selepas kewafatan Rasulullah SAW. Maka rahmat yang tiba bersama Islam dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu, tidak sesekali tamat.


Kerana itu, kita menganggap bahawa ayat ini sebagai bukti, bahawasanya Islam merupakan rahmat kepada sekalian alam.


 


Apa Rahmatnya?


Apakah rahmatnya Islam yang cuba diberikan kepada sekalian alam itu?


Jika kita mendalami Islam, kita akan melihat bahawa Islam itu disusun sesuai bukan sahaja dengan keperluan manusia, tetapi juga turun memberikan rahmat untuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga alam ini umumnya.


Tika mana arab jahiliyyah merendah-rendahkan kaum wanita, Islam datang memberi rahmat kepada kaum wanita dengan mengangkat martabat mereka. Lelaki disaran untuk berlemah lembut terhadap mereka, adil kepada mereka, mempertahankan mereka, bahkan Al-Quran menerangkan bahawasanya lelaki dan wanita itu perlu saling memperkasa. Hingga satu surah didekasikan khusus buat mereka – Surah An-Nisa’. Satu penghormatan yang tidak diperolehi oleh wanita sebelum kehadiran Islam.


Islam merobohkan kasta antara fakir miskin dan mereka yang berada. Di dalam Islam difardhukan ibadah zakat, dianjurkan bersedekah, supaya golongan kurang bernasib baik ini mendapat sokongan untuk sama-sama bangkit menjadi ahli masyarakat yang berperanan. Bukan ditinggalkan terkontang-kanting begitu sahaja.


Islam mengangkat martabat anak-anak yatim, dan menggesa ummatnya berlaku adil dan baik kepada golongan tersebut. Islam bahkan menjaga mereka yang belum lagi lahir, dengan mengharamkan penzinaan, untuk menjaga nasab keturunan dan memperkasa institusi kekeluargaan, agar anak-anak yang lahir mendapat kasih sayang daripada ibu bapa, sebagaimana fitrahnya.


Islam menjaga tumbuh-tumbuhan dan haiwan juga. Ayat berikut merupakan salah satu buktinya:


“Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia) sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.” Surah Al-Baqarah ayat 205.


Dan kita semua maklum, di dalam penyembelihan binatang, Islam menetapkan tatacara yang jelas untuk tidak menyakiti dan menakut-nakutkan haiwan yang mahu disembelih. Antaranya, pisau yang digunakan mesti dipastikan tajam, dan pisau tersebut tidak boleh ditunjuk-tunjukkan pada haiwan yang mahu disembelih. Islam juga mewajibkan sembelihan perlu disembelih pada leher kerana itu antara jalan tercepat untuk memutuskan nyawa dari badan, lantas mengurangkan waktu kesakitan untuk Sang Haiwan.


Itu hanya beberapa juzu’ dari rahmat Islam kepada sekalian alam.


Apabila kita mendalami Islam, kita akan lebih sedar bahawa rahmat Islam itu lebih dari sekadar perkara-perkara tersebut. Sudah semestinya hendak membahaskan “Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin”, tidak akan cukup dengan satu artikel berdurasi 3 ke 4 muka surat. Artikel ini lebih bertujuan kepada memberikan gambaran secara umum.


Islam itu syumul dan mencakupi segenap hidup. Walaupun Islam berpusat kepada kehidupan insan, tetapi insan itu bersambung hidupnya dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan alam ini. Walaupun Islam itu untuk diaplikasikan oleh mereka yang mengaku Muslim, tetapi Muslim itu perlu bergaul dengan non-muslim, maka di sana ada juga rahmat, kebaikan, kelebihan yang diberikan Islam kepada non-Muslim.


Dalam erti kata lain, bermula daripada Muslim, Islam menyebarkan rahmatnya kepada sekalian alam, dengan nilai-nilainya yang dipraktikkan oleh seorang Muslim. Apatah lagi jika yang mempraktikkannya ialah masyarakat Muslim, negara Muslim.


 


Apakah Rahmat Ini Ada Untuk Orang Kafir?


Ini yang sering menjadi perdebatan. Apakah orang kafir juga mendapat rahmat Islam?


Ada yang bertegas menyatakan tidak. Mereka ini percaya, rahmat Islam hanya untuk orang Islam. Mereka berdalilkan bahawa non-muslim tidak layak menerima rahmat ini kerana mereka terang-terangan tidak beriman dengan Allah SWT.


Saya pula lebih kepada menyatakan rahmat itu ada untuk non-Muslim.


Apa bentuknya?


Islam melarang Muslim untuk mencela Tuhan orang bukan Islam.


“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” Surah Al-An’am ayat 108.


Untuk apa? Supaya tidak berlaku perbalahan dan persengketaan berlebih-lebihan sesama manusia.


Islam juga melarang kezaliman terhadap orang-orang kafir. Mereka mempunyai hak sebagai manusia. Namun hal hak ini panjang jika kita mahu bahaskan, kerana ianya punya fleksibiliti menurut tempat dan keadaan, serta terdapat beberapa perbincangan besar mengenainya. Apa pun, kita jelas dapat melihat kewujudan terminologi Kafir Dzimmi, Kafir Mu’ahad, Kafir Musta’man dan Kafir Harbi menunjukkan bahawa ada orang-orang kafir yang kita jagai haknya menurut kondisinya(Kafir Dzimmi, Kafir Mu’ahad dan Kafir Musta’man) manakala ada kafir yang kita perangi seperti Kafir Harbi.


Ada yang membahaskan bahawa terminologi tersebut tidak boleh lagi digunakan untuk situasi di Malaysia. Saya tidak mahu pergi kepada perbahasan tersebut, namun saya lihat secara asasnya, spirit terminologi-terminologi itu boleh digunakan, jikalah kita tidak mahu menggunakan terminologi yang sama.


Pokok pangkalnya, menzalimi Non-Muslim ialah haram di sisi Islam, selagi mana mereka tidak mengangkat senjata atau punya usaha-usaha yang jelas untuk memerangi Islam. Jadi masyarakat non-muslim di Malaysia contohnya, dibenarkan untuk duduk di negara ini dengan aman, tidak diganggu ibadah mereka, dan tidak dihalang mereka dari mencari rezeki dengan jalan yang baik, dan sebagainya, selagi mana mereka tidak memberikan ancaman kepada intergriti negara dan Islam itu sendiri.


Bahkan, apabila berlakunya peperangan sekalipun, Ummat Islam dilarang dari melampaui batas terhadap lawan mereka.


“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas” Surah Al-Baqarah ayat 190. Kerana itu, hatta di dalam peperangan, Islam menggariskan peraturan-peraturan ketat seperti tidak boleh membunuh mereka yang tidak terlibat dengan peperangan, wanita, orang tua, kanak-kanak, mereka yang mengunci diri mereka di dalam rumah ibadat, tidak dibenarkan memotong pokok dan tumbuhan sesuka hati, tidak dibenarkan merobohkan bangunan sesuka hati dan sebagainya.


Ini merupakan salah satu rahmat Islam kepada non-Muslim.


Kerana itu di dalam Al-Quran, jelas wujud ayat yang menyeru kepada kesatuan ummat manusia, tidak ekslusif kepada muslim semata-mata. Seperti yang termaktub dalam firman Allah SWT:


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” Surah Al-Hujurat ayat 13.


Untuk saya, itulah keindahan Islam.


D sisi hubungan sesama manusia, haiwan dan tumbuhan, Islam menjaganya dengan sangat rapi. Kerana itu saya sangat yakin, individu yang benar-benar jujur mengimplementasikan Islam di dalam hidupnya, dia ialah individu yang aman. Masyarakat yang benar-benar jujur mengimplementasikan Islam di dalam hidupnya, masyarakat itu masyarakat yang aman. Negara yang benar-benar jujur mengimplementasikan Islam di dalam hidupnya, negara itu akan menjadi negara yang aman dan makmur.


 


Namun Itu Tidak Bermakna Kita Bersambil Lewa


Namun jangan sesekali kita juga melupakan, bahawa ayat “Rahmatan Lil Alamin” itu dikelilingi dengan ayat-ayat yang menegaskan akan intergriti sebagai seorang Muslim.


Yakni ketegasan kita untuk berpegang dengan prinsip yang terpahat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Keimanan kepada Allah SWT dan ketundukan kepada peraturan-peraturanNya.


“Katakanlah: Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku? Sekiranya mereka berpaling ingkar maka katakanlah: Aku telah memberitahu kepada kamu (apa yang diwahyukan kepadaku) dengan keterangan yang jelas untuk kita bersama; dan aku tidak mengetahui sama ada (balasan buruk) yang dijanjikan kerana keingkaran kamu itu, sudah dekat atau masih jauh. Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati). Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang menambahkan azab kamu, dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang tertentu. Berkatalah(Muhammad): Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.” Surah Al-Anbiya’ ayat 108-112.


Dalam kita menyatakan bahawa mengimplementasian Islam itu akan memberikan rahmat kepada sekalian alam, hatta kepada non-Muslim, kita juga bertegas berpegang dengan keesaan Allah dan memisahkan diri kita dengan kepercayaan mereka. Bahkan menganggap bahawa Islam sebagai jalan hidup yang benar, peraturan-peraturannya ialah yang terbaik, dan Allah SWT ialah Tuhan kita dan kita tidak sesekali mensyirikkanNya.


Sesiapa yang sengaja memberikan ancaman, memberikan provokasi, melakukan aktiviti-aktiviti penghinaan kepada agama kita, maka di sana ada janji-janji Allah SWT yang jelas untuk golongan sedemikian rupa.


 


Kewujudan Golongan Yang Mengambil Kesempatan Di Atas Tema Rahmatan Lil Alamin


Mengangkat tema Islam Rahmatan Lil Alamin bukanlah bermakna kita akan menjadi lembik dengan tuntutan-tuntutan yang merepek dan jauh daripada ajaran Islam itu sendiri.


Sebagai contoh, provokasi terkini di Malaysia, Iftar Gay.


Tindakan itu selayaknya ditegur dan dikritik, kerana mencampurkan acara yang mulia, yang Rasullah SAW sabdakan sebagai salah satu dari dua kegembiraan orang yang berpuasa, dengan perbuatan yang jelas dimurkai Allah SWT, sehingga diabadikan di dalam Al-Quran akan balasan Allah SWT terhadap satu kaum Nabi Lut atas perbuatan jijik yang sama itu.


Mengangkat tema Islam Rahmatan Lil Alamin tidak membenarkan kita berdiam dari tindakan-tindakan jelek sebegini.


Mereka adalah antara pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada tema ini. Mereka bersembunyi di sebalik ‘ketinggian moral’, kononnya untuk saling mencintai dan membenci keganasan, namun pada masa yang sama sengaja melakukan provokasi, menyuntik kemarahan masyarakat di Malaysia, yang rata-rata Islam. Tujuan provokasi-provokasi sedemikian untuk apa?


Untuk menyemarak kekacauan yang kemudiannya mereka boleh ambil kesempatan dari kekacauan tersebut.


Golongan sebegini sering tafsiran mereka yang tersendiri terhadap Al-Quran untuk menghalalkan tindakan-tindakan mereka, yang jauh, sehingga mereka sendiri beranggapan dengan anggapan yang aneh-aneh, sebagai contoh: liwat itu boleh di dalam Islam, dengan syarat dilakukan penuh kasih sayang. Mereka menyatakan, yang homoseksualiti itu tidak mengapa di dalam Islam, kerana yang Allah hukum kaum Lut itu adalah kerana mereka melakukannya secara paksaan.


Mereka mengenepikan ayat-ayat Al-Quran yang sangat jelas akan hal ini.


“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.” Surah Al-A’raf ayat 80-82.


Bagaimana mereka mahu mentafsirkan ayat ini? Tujuan Nabi Lut diutuskan kepada kaum tersebut adalah kerana kaum tersebut merupakan pengamal liwat sesama jantina. Bukan kerana mereka memaksa liwat ke atas sesiapa.


Itu satu contoh golongan yang mahu mengambil kesempatan di dalam tema ‘Rahmatan Lil Alamin’ ini. Mereka fikir, Islam itu lembik, wewenang membiarkan intergritinya dirobek sesuka hati dengan tafsiran-tafsiran yang jauh, membelakangi garisan moral yang Islam telah tetapkan dengan jelas. Mereka suka mengambil juzu’-juzu’ Islam yang menyebelahi mereka(seperti Islam membenci keganasan, Islam itu rahmat), tetapi mereka akan membelakangi tuntutan Islam yang lain yang tidak selari dengan pendirian mereka(contoh: Solat, penutupan aurat).


 


Penutup: Islam Rahmatan Lil Alamin


Islam memang merupakan rahmat kepada sekalian alam. Islam bukan agama yang memenjara insan setakat di pagar masjid, tetapi benar-benar memandu insan untuk menjalani kehidupan sebagai manusia yang peka. Sensitif dengan kondisi manusia lain, juga kepada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Islam mengangkat keadilan, menentang kezaliman, membasmi kesalahan-kesalahan moral yang berlegar sekitar kehidupan insan.


Namun di dalam rahmatnya Islam itu, terselit ketegasan.


Ketegasan yang membuatkan Islam itu tidak boleh dirobek-robek prinsipnya, dibuat main ajarannya.


Dan untuk saya, ketegasan itu sendiri di satu sisi, ialah rahmat.


Bagaimana kita mahu berpayung di bawah satu sistem hidup yang lembik?


Islam tegas berprinsip, walau ada fleksibilitinya untuk masa dan keadaan tertentu.


Muhasabah.


 

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2017 04:43

June 15, 2017

RAMADHAN: ANTARA IBADAH DAN HADIAH

“Kesian kat kawan-kawan ni, mereka dok sedih. Ramadhan dah nak masuk tapi tak boleh puasa.” Begitu cerita isteri saya. Dan saya tahu, begitulah juga rungutan perempuan-perempuan di luar sana ketika memikirkan nasib terpaksa cuti di awal Ramadhan dan merasakan lagi malang bila terpaksa cuti hujung Ramadhan.


 


“Puasa mungkin tak dapat dah, tapi Ramadhan masih dapat,” balas saya pula.


 


“Aik. Macam mana tuh bang?” soalnya terus.


 


“Cuba lihat ayat 183 Surah al-Baqarah itu semula.” Dia pun membuka al-Quran segera menerusi aplikasi di telefon bimbit. [1]


 


“Ayat itu bercakap tentang puasa ke tentang Ramadhan?” soal saya. Dia masih meneliti ayat tersebut, membaca terjemahannya.


 


“Tentang puasa. Tapi kita kan memang berpuasa pada bulan Ramadhan? Apa yang bezanya?” tanyanya.


 


“Betul. Tapi kenapa Allah bercakap pula tentang bulan Ramadhan di ayat 185? Dua ayat selepasnya? Kenapa Allah tak cantumkan sahaja ayat tentang kewajipan berpuasa dan Ramadhan ini sekali?” Saya membuka persoalan.


 


“Firman Allah, …bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Permulaan ayat ini sangat penting untuk ditekuni. Allah hanya bercakap semata-mata tentang keistimewaan Ramadhan secara spesifik.” [2]


 


Suhu di Edinburgh mula meningkat. Tak perlu lagi kami pasang pemanas di rumah. Dan di petang-petang begini, enak sahaja duduk berbual sambil ditemani secangkir teh.


 


“Apabila Allah memisahkan ayat ini, bererti ia membawa mesej yang tersendiri. Berpuasa ialah ibadah. Tetapi Ramadhan bukan ibadah, sebaliknya hadiah. Berpuasa dan Ramadhan mempunyai makna berbeza, objektif berbeza, tetapi datang dalam satu tempoh yang sama.” Secawan teh dihirup penuh nikmat.


 


“Mereka mungkin tak dapat menunaikan ibadah, tetapi mereka masih layak untuk menerima hadiah… hadiah sebuah barakah.” Saya menyimpulkan dengan mudah.


 


“Tapi ayat ini juga selepas itu Allah bercakap tentang puasa,” pintasnya segera. Memang peka sekali orangnya.


 


“Betul. Mari kita lihat lagi ayat ini. Dalam ayat 184, Allah mengatakan bahawa barangsiapa yang tak dapat berpuasa atas sebab-sebab tertentu, mereka didenda. Dalam ayat 185 pula, setelah Allah bercakap tentang istimewanya bulan Ramadhan, Allah bercakap tentang pengecualian ini tetapi diakhiri dengan… “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.”  Isinya sama tapi jika dilihat konteksnya sangat berbeza. Ini bererti, ayat 185 bukan sahaja bercakap tentang penetapan hukuman puasa, tetapi makna di sebaliknya yang lebih mendominasi. Penetapan sudah selesai. Sekarang mari kita telusuri keindahan, keistimewaan dan kehebatannya… seolah-olah begitulah maksudnya.” Saya membebel lagi.


 


“Jadi, ayat 183 lebih kepada penetapan hukum. Ayat 185 pula lebih kepada hadiah di sebalik hukum, iaitu makna dan hikmah?” Dia menyimpulkan.


 


“Tepat,” balas saya.


 


“Walaupun kami orang perempuan ini tak boleh beribadah, tapi kami tetap mendapat hadiah, iaitu keistimewaan Ramadhan yang penuh barakah. Wah!” simpulnya mudah, tepat dan indah.


 


Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan 2017 ini buat semua yang membaca. Daripada saya Mohd. Hafizul Faiz Bin Hashim dan isteri Nur Dayana Binti Mohamed Ariffin.


 


 


[1] يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


 


Terjemahannya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (2:183)


 


[2] شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


 


Terjemahannya:  Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (2:185)


 


Boleh baca juga di www.hafizulfaiz.com

#ProjekRefleksiRamadan

#RamadanBulanCinta

#HafizulFaiz


 


 


 


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 15, 2017 02:03

DI MANAKAH SAKINAH DI DALAM HATI KITA?

Kita akan bertempur di dalam hidup ini, bukan dengan orang lain, tetapi kebanyakan masa kita akan bertempur dengan diri kita sendiri. Ada ‘diri’ di dalam diri kita yang tidak bersetuju dengan keputusan kita, ada juga ‘diri’ di dalam diri kita yang tidak mahu menyokong kita, malah ada yang asyik memusuhi kita.


 


Hidup ini berombak, bukan kerana goncangnya dunia kerana porak-perandanya manusia, tetapi kerana goncangnya perasaan kerana porak-perandanya jiwa. Ramai sekali orang yang dunia luarnya bergoncang dan porak-peranda, tetapi dunia perasaannya tenang dan bahagia. Dunia luar Nabi Ibrahim alaihissalam ialah api yang marak menyala, tetapi dunia perasaannya ialah sakinah semata-mata. Dunia luar Nabi Nuh alaihissalam ialah banjir yang menggila, tetapi dunia perasaannya hanyalah sakinah semata-mata. Dunia luar Nabi Musa ialah jutaan tentera mahu membunuhnya, tetapi dunia perasaannya hanyalah sakinah semata-mata. Dunia luar Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ialah tentera Quraisy yang mengejarnya, tetapi dunia perasaannya hanyalah sakinah semata-mata.


 


Apakah piala yang mahu kita dakapi melalui peperangan di medan perasaan kita ini? Kita bertempur dengan diri sendiri, dengan pelbagai sangka, duga, kemahuan, ketidakmahuan, tidak lain tidak bukan hanyalah satu; mahu merebut apa yang Nabi Ibrahim alaihissalam, Nabi Nuh alaihissalam, Nabi Musa alaihissalam dan tak lupa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam punya, iaitu sakinah — ketenangan yang hakiki.


 


Di dalam kitabnya yang tersohor, Madarij al-Salikin, al-Imam Ibn Qayyim (Meninggal 751H) menyebutkan suatu hal yang indah tentang nubari kita:


 


“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan menghadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan berdamping dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, dan menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, dan keikhlasan yang benar kepadaNya”.


 


Di dalam Tibb al-Qulub pula al-Imam Ibn Qayyim menyebut, “Sakinah itu ketenangan dan ketenteraman hati nurani. Asalnya dari hati nurani dan zahir kesannya pada anggota.”


 


Di dalam Surah at-Taubah ayat 40, Allah menceritakan bagaimana ‘sakinah’ ini Allah berikan khusus kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam sehingga sekiranya tidak ada bantuan daripada sesiapapun, Allah tetap ada bersamanya:


 


إِلّا تَنصُروهُ فَقَد نَصَرَهُ اللَّهُ إِذ أَخرَجَهُ الَّذينَ كَفَروا ثانِيَ اثنَينِ إِذ هُما فِي الغارِ إِذ يَقولُ لِصاحِبِهِ لا تَحزَن إِنَّ اللَّهَ مَعَنا ۖ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكينَتَهُ عَلَيهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنودٍ لَم تَرَوها وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذينَ كَفَرُوا السُّفلىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ العُليا ۗ وَاللَّهُ عَزيزٌ حَكيمٌ


 


“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan SAKINAH kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (9:40)


 


Tidak hanya Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, orang beriman juga Allah berikan sakinah ini. Di dalam Surah al-Fath ayat 4 Allah menyatakan:


 


هُوَ الَّذي أَنزَلَ السَّكينَةَ في قُلوبِ المُؤمِنينَ لِيَزدادوا إيمانًا مَعَ إيمانِهِم ۗ وَلِلَّهِ جُنودُ السَّماواتِ وَالأَرضِ ۚ وَكانَ اللَّهُ عَليمًا حَكيمًا


 


“Dialah yang menurunkan SAKINAH ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (48:4)


 


Ramadhan yang hadir buat kali ke seterusnya ini, sayugianya memberikan kita ruang untuk lebih kuat bertempur demi menggenggam sakinah yang sudah lama kita perlukan bagi menempuhi gelora dunia hari ini. Dengan bertanya, “Di manakah SAKINAH di dalam hati kita?” peperangan merebutnya sudah pun bermula.


 


Hafizul Faiz

Boleh baca juga di https://www.hafizulfaiz.co/single-pos...

#ProjekRefleksiRamadan

#RamadanBulanCinta

#JejakTarbiah

#HafizulFaiz


 


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 15, 2017 01:59

Ramadan bulan VIP

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 15, 2017 01:49

June 9, 2017

Wahai Hati Yang Diselubungi Kelalaian

Ramadhan datang dengan sentiasa memberikan isyarat bahawa Allah s.w.t. sentiasa tidak pernah putus asa terhadap hamba-Nya. Tidak pernah sekali.


Saban tahun, bukan sedikit hamba-Nya yang berdosa ini mengingkari arahan-Nya, melupakan-Nya, bermaksiat kepada-Nya, tetapi Dia tidak pernah jemu menjemput kita untuk bertamu lagi di dalam Ramadhan.


Sebutlah, berapa banyak maksiat dan kelalaian kita, pasti akan tak tertanding dengan betapa besarnya rahmat Allah, yang masih mahu memberikan Ramadhan untuk kita.


“Katakanlah : Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira.” [Yunus : 58]


 


Dunia Yang Melalaikan Kita


Telah berapa banyakkah hati kita telah ditakutkan oleh dunia dengan pelbagai macam perkara.


Kita takut kehilangan harta-harta, sehingga kita menghabiskan begitu banyak masa untuk berusaha mencapai perkara itu.


Kita takut kehilangan kedudukan dalam kerja, sehingga kita menghabiskan siang malam kita melakukan sehabis baik untuknya.


Kita takut kehilangan pelbagai macam bahagian dunia kita sehingga membuatkan kita selalu melupakan, melalaikan Allah dalam urusan hidup kita.


Maka, Ramadhan datang mahu mendidik kita agar kita kembalikan segala urusan hidup kita ini kepada Allah.


Bukan ketakutan kita kepada dunia yang paling besar. Bukan ketakutan dan kerisauan kita kepada harta atau kedudukan kita yang paling besar.


Yang paling kita risau dan takutkan adalah kehilangan hubungan dengan Allah s.w.t. Ketika kita hilang Allah s.w.t. dalam hidup kita, maka hilanglah segala macam nilai-nilai besar dalam segenap urusan hidup kita. Kita mungkin memiliki bahagian dunia, tetapi semakin menyimpang jauh dari akhirat.


Dunia kita tidak mampu menyampaikan kita kepada akhirat.


Sebab itu, Ramadhan mendidik kita untuk sentiasalah bersandar kepada Allah. Ikatlah hati kita dengan Allah di mana-mana kita berada dan pada masa bila jua. Sandarkanlah segala urusan dunia kita kepada Allah s.w.t. supaya kalau kita mencari bahagian kita daripadanya pun, kita tidak termasuk yang tergelincir sehingga melalaikan dan melupakan bahagian Allah dalam urusan hidup kita itu.


Ramadhan mendidik kita bahawa apabila kita memiliki Allah dalam hidup kita, kita memiliki segala-galanya, kita memiliki sesuatu yang lebih hebat dari dunia ini.


 


Ramadhan Memanggil Kita Pulang Dengan Kejujuran


Puasa adalah ibadah yang diketahui hanya antara kita dengan Allah. Kalau kita tidak berpuasa sekalipun, misalnya berada di rumah bersendirian,  kemudian minum atau makan dengan sengaja, hal itu tidaklah diketahui oleh manusia.


Tetapi Allah Maha Mengetahui. Sebab itu, kita mungkin boleh menipu manusia, tetapi kita tidak akan sekali-kali dapat menipu Allah yang Maha Melihat segala tindakan kita.


Itulah puasa Ramadhan. Ia menyediakan medan untuk kita pulang kepada Tuhan dengan penuh kejujuran. Kalau kita tidak dapat jujur dengan diri kita sendiri, untuk bertahan dari makan minum dan perkara yang membatalkan puasa di siang hari, yang tidak dilihat dan diketahui oleh sesiapa melainkan diri kita dengan Allah, bagaimanalah kita dapat jujur untuk kembali kepada Allah? Kalau kita tidak dapat jujur dengan diri kita sendiri, untuk menahan segala anggota tubuh kita dari melakukan dosa di siang hari yang mencacatkan kesempurnaan ibadah puasa kita, bagaimanalah mungkin kita dapat jujur untuk benar-benar pulang kepada Allah?


“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah s.w.t. diampunkan dosa-dosanya yang lepas.”


Dengan penuh keimanan adalah dengan penuh ketundukan, keikhlasan hati, serta bersungguh-sungguh memenuhinya dengan amal-amal kebaikan serta meninggalkan kemungkaran.


Dengan penuh keimanan adalah dengan penuh kemahuan, kejujuran dan amanah.


Kalau kita tidak mahu, maka tidaklah ada siapa yang membantu kita untuk pulang membersihkan diri kita di hadapan Tuhan.


Kalau kita tidak mahu, maka tidaklah ada siapa yang boleh menjadi perantara memudahkan urusan kita di hadapan Tuhan kelak.


Kejujuran akan membawa kita kepada menikmati manisnya iman ketika diampunkan segala dosa-dosa kita yang lepas.


Kejujuran akan membawa kita kepada mencapai “agar kamu bertaqwa.”


Kalau kita jujur untuk pulang kepada Allah s.w.t., kita tanpa tangguh lagi akan merebut segala detik masa yang ada di dalam Ramadhan ini untuk disibukkan dengan mengejar keampunan dan rahmat Allah serta membersihkan diri kita dari segala jahiliah dan kemungkaran yang masih banyak dalam diri.


Kalau kita jujur untuk pulang kepada Allah s.w.t., kita tanpa tangguh lagi akan meninggalkan saki-baki maksiat yang masih melekat kuat menjadi tabiat di dalam diri kita. Mengumpat, mencaci maki orang, bergosip, mengutuk, suka bergaduh, semua yang boleh mencacatkan ibadah dan peribadi kita, maka kita sucikan hati kita daripadanya.


 


Penutup : Para Pencinta Selain Allah, Bercukuplah


Bila lagi kalau bukan di Ramadhan ini? Apakah masih ada sesuatu yang lebih besar dari Allah s.w.t. untuk kita cintai dan sibukkan terutama di bulan yang berkah ini?


Apakah ada sesuatu yang lebih bernilai dari kita memiliki keakraban hubungan dengan Allah s.w.t. dalam hidup ini?


Bukankah Nabi-Nya s.a.w. telah pernah berpesan : “Jagalah Allah, Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kau dapati-Nya di depanmu.”


Maka, kenapa hati kita belum dapat meyakininya?


 “Wahai awanan kelalaian yang menyelubunyi hati, berlalulah.


Wahai iman dan taqwa yang terselindung bersinar-sinar, muncullah.


Wahai hati orang yang berpuasa, khusyuklah !


Wahai yang mendatangi Tuhannya di waktu tahajjud, bersujudlah dan rukuklah.


Wahai mata-mata yang berjaga penuh kesungguhan, janganlah engkau terlena.


Wahai dosa-dosa orang yang bertaubat, janganlah pernah engkau kembali.


Wahai lautan hawa nafsu, telanlah segala badai pengaruhmu.


Wahai keinginan para pencinta selain Allah, bercukup-cukuplah.”


—————————–


HR Bukhari


Al-Baqarah : 183


HR Tirmizi


Lathaiful Ma’arif, Ibn Rajab Al-Hanbali

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 09, 2017 20:40

June 3, 2017

Bersama Langit Ilahi Mengasah Potensi!

Alhamdulillah, hari ini ialah hari yang saya menggembirakan saya. Hari ini saya berpeluang bertemu dengan sekumpulan anak muda yang bersemangat untuk berkarya bersama Langit Ilahi.


Website Langit Ilahi kini telah kembali diaktifkan, dan sempena sedekad usia Langit Ilahi(semenjak 2007), saya dan rakan-rakan penggerak Langit Ilahi cuba untuk memberikan fokus yang lebih kepada sisi yang menjadi kekuatan Langit Ilahi. Yakni, menjadi medan kreativiti, ruang pengasahan bakat, dan kumpulan yang berusaha untuk saling lengkap melengkapi satu sama lain.


Kami ingin lebih berfokus, dengan melimitkan potensi penulisan(fiksyen atau non-fiksyen) dan lukisan komik.


Tidak lama sebelum hari ini, saya bertemu dengan adik Anwar Mohd Nor, yang mempunyai passion menggerakkan tim penulisnya sendiri. Saya mengajak beliau, bersama rakan-rakannya untuk bergabung dengan kami di Langit Ilahi dan alhamdulillah mendapat respon yang positif. Hari ini kami meluangkan masa dan bertemu, memberikan pengenalan lebih mendalam berkenaan Langit Ilahi, sejarahnya, operasinya, dan apa yang kita mahu capai dalam masa terdekat ini.


Bilangan anak-anak muda ini ialah seramai 30 orang. Sebahagian besarnya tidak dapat hadir hari ini kerana jauh, berada di luar negara, dan halangan-halangan lain.


Apa yang kami sediakan untuk mereka?


1. Website Langit Ilahi untuk berkarya.

2. Page FB Langit Ilahi untuk anda berkarya di FB.

3. Group FB untuk sama-sama berdiskusi, berbincang, sumbang saran sesama kita. Di dalam Group FB ini juga, kami akan buat pengisian pemantapan ilmu, dengan diskusi buku. Sasaran kita, 2 bulan sebuah buku. Santai-santai sahaja.

4. Kami akan anjurkan bengkel penulisan & lukisan komik sekurang-kurangnya setahun sekali, dikendalikan oleh pakar, untuk pemantapan mereka yang bersama Langit Ilahi.

5. Aktiviti membina ukhuwwah dan memperkasa jaringan sesama kami, seperti Family Day dan gathering, sekurang-kurangnya setahun sekali.


Adakah anda berminat juga untuk bersama dengan kami di Langit Ilahi? Punya minat mendalam dalam penulisan(fiksyen atau non-fiksyen), atau lukisan komik? Suka untuk menjadi manusia yang tidak mementingkan diri, sudi berkongsi bakat serta kelebihan, dan minat untuk saling memperkasa, menampung kelemahan bersama kami? Suka untuk menjadikan Langit Ilahi medan anda mengasah potensi?


Atau anda tak ada potensi besar dalam bidang lukisan dan penulisan, tetapi aktif di media sosial, dan suka atau punya cita-cita untuk menggerakkan media sosial dengan perkara yang bermanfaat? Kami boleh berikan anda fokus untuk menghidupkan Instagram dan Twitter Langit Ilahi.


Hubungi inbox FB Page saya ini dan nyatakan keberminatan anda. Kita akan berbincang lanjut insyaAllah.


Mari bersama kami di Langit Ilahi!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 03, 2017 08:06

June 2, 2017

#AbahsDiary: Ramadan and Breastfeeding

“Terima kasih Abang, kerana membantu Jihad menyusukan anak!”


Every Muslim, would long to feel the thrill of performing Ibadah during Ramadan.


The waking up for Sahur, the long hours of Quranic recitation and understanding its meanings word by word through lessons from Tafseer, the exhausting but blissful Qiam during Tarawih, the spiritual fear of God as we stand in Qiamullail alone, the friendship and free food as we celebrate Iftar at the Masjid, the giving of food to break the fast and the race for God’s forgiveness are all the adrenaline rush in Ramadan.


The whole month trains people to do good, to be generous, to be kind, to be forgiving, to understand and endure the suffering of others. To maximize the incitement and excitement of Ramadan, many have gone offline from social media.


But for breastfeeding mothers, their story might be a little different.


My Confession


I have a confession to make, in the pursuit of Ramadan in Ibadah, I am underperforming. Usually, in during Ramadan every year, I will allocate the month to rememorize the verses of the Quran I’ve memorized while learning new lessons from Tafseer.


But this year, since I have been blessed with a child, I can’t manage to do that as good as before. You see, I wish to feel the blood rushing in my veins as I perform Ibadah brilliantly but that doesn’t seem to be reachable.


My child comes first. I’ll tell you why.


I work from 9am to 4pm every day. I travel to work from home, via motorbike, as far as 130kms per day to and fro. Once I get back from work, I’m exhausted but still force myself to aid my wife in preparing the meals for Iftar while juggling between being in the kitchen and changing my son’s diapers or attending to his needs.


At night after Isya prayer, if I still have some strength left, I’ll go to the Masjid for Tarawih or do it with my wife or sleep it over.


That is my confession. I’m just tired, not that I’m lazy but I’m seriously drained out.

That is my story, what about my wife?


My wife works from 8.30am to 4.30pm every day. Her workplace isn’t as far as mine but she has to face another form of challenge, that is breastfeeding, working, taking care of the child, helping around the house.


The WHO and UNICEF recommends exclusive breastfeeding for up to 6 months and continued breastfeeding with complimentary foods for up to 2 years. [i]


Well, I don’t really know how to explain the benefits of breastfeeding, that is out of my league. But medical doctors recommend it so I leave that to them.


My son is 4 months old nearing 5 months, and we have decided to follow what WHO and UNICEF have underlined.


My wife works on a daily basis to help her husband, financially of course. And she has to go through the trouble of making stocks of milk while working using the breast pump we bought. At home, she nurses our son while helping me around the house, preparing food since I’m not a good cook.


I can’t imagine how exhausted she is.


At night after Isya’, sometimes I don’t have the heart to leave her alone taking care of the attention seeking baby.


I don’t know about other babies, but my boy drinks nearly 20oz per day and has a lot of stamina and don’t like to sleep. That adds up the exhaustion. So, I opt to be the Imam of Tarawih to my wife at home. At least she gets the chance to pray the congregational Tarawih.


Good thing scholars, one of them is Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, have come to an Ijtihad that for breastfeeding mothers, it is not compulsory to fast. [ii] But you have to redeem by fasting the numbers of days you missed or pay Fidyah.


Kudos to Mothers Out There


I want to express my thanks to my wife for her struggles during this Ramadan.

I completely know that she is like us Muslims, she wants to join Tadarrus, she wants to be a part of the Iftar at the Masjid with family and friends, she wants to perform Tarawih at the Masjid while listening to the wonderful voice of the Imam, she wants to join I’tikaf, Qiamullail, she wants to memorize verses of the Quran, she wants her Ramadan to be better than her previous Ramadan.


She can’t do all that as good as when she was single.


Because she has to put our son in front of her. Since bearing our son, she has never slept well. Her beauty sleep is often bothered by the cry of our son who wants to play in the middle of the night but still wake up to prepare Sahur for us to dine.


For all wives and mothers out there, do not give up on breastfeeding, do not give up on child bearing as the responsibility of taking care of your child in of itself, is a meaningful Ibadah during Ramadan.

What can husbands do? Support your wives and make life easy for them.


It takes a man to wash the dishes, to iron her clothes, to do the washing, to dry the clothes, to change diapers, to sweep the floor, to clean the toilet, to attend to the crying baby in the middle of the night and keep yourself from being mad at the clueless baby, and to do all that.


It takes a man to be a househousband.

Maybe that is the real definition of a gentleman?


[i] http://www.who.int/nutrition/topics/e...

[ii] http://www.qaradawi.net/new/Articles-... (Taken from Dr. MAZA’s Facebook page https://www.facebook.com/DrMAZA/posts...)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2017 11:30