Hilal Asyraf's Blog, page 179

January 22, 2010

Pengumuman: Saya ke Mesir


Ke Mesir menaiki kapal terbang

Ke Mesir menaiki kapal terbang


Assalamu'alaikum,


Mulai hari ini, hingga 30hb Januari, saya akan ke Mesir untuk bertemu sahabat-sahabat saya.


Justeru, Langit Ilahi akan saya tinggalkan sementara.


Jika Allah memberikan saya panjang umur, maka saya akan kembali untuk mengendalikannya.


Saya kira, 8 hari ini adalah baik untuk pembaca-pembaca semua merivisi penulisan-penulisan yang belakang.


Moga maknanya masih wujud untuk kita kucup.


Semoga Allah jaga kita semua.


Saya sayang kamu kerana Allah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 22, 2010 09:28

Sirah: Itulah dia Rasulullah SAW

Cinta Rasul... MasyaAllah

Cinta Rasul... MasyaAllah

Tiada peribadi yang lebih indah daripada baginda Rasulullah SAW. Saya merasa amat rendah hati apabila hendak menceritakan susuk tubuh yang mulia ini. Namun saya kira, apa salahnya saya kongsikan perasaan saya terhadap baginda dengan kamu semua.

Rasulullah SAW inspirasi saya. Baginda adalah manusia yang saya segan dengannya. Baginda adalah insan yang bila sirahnya dibentangkan di hadapan saya, saya bergetar. Baginda adalah yang saya amat sayang. Walaupun saya tidak...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 22, 2010 06:16

Cerpen: Agoni

Cerpen Agoni. Cerpen yang baru direka sebentar tadi. Denga selambanya saya memelayukan peerkataan Agony kepada Agoni. Agoni bermaksud kesakitan. Cerita ini berkenaan hubungan anak dengan ibu bapa.

Tiba-tiba dapat idea plak.

Cerita ini tiada kena mengena dengan hidup dan mati.

Enjoy it.

Gelap. Sepi. Sunyi. Sejuk.

Aku kembali pada situasi ini. Apakah hidupku tidak berjumpa dengan perubahan yang kucari?

Adakah memang aku ditakdirkan untuk hidup dalam kepahitan, dan pergi dalam agoni yang...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 22, 2010 04:53

January 21, 2010

Motivasi: Tenanglah tenang, ia kan datang.

Jangan rasa sedih. Allah ada.

Jangan rasa sedih. Allah ada. ~ picture by MissMistery of Deviant Art

Pernah rasa ditinggalkan? Pernah rasa tertekan sehingga kadangkala terasa seperti terkorban? Pernah rasa sempit sehingga menyesakkan? Gagal dalam sesuatu perkara kemudian tenggelam dalam kekecewaan? Diuji hebat sehingga rasa kesesakan?

Kita rasa seakan sendirian. Tiada siapa mahu mendengar cerita kita. Kita rasa tiada bantuan. Tiada siapa mahu menghulurkan tangan. Lebih buruk lagi, sehingga satu tahap, kekecewaan kita...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 21, 2010 06:03

January 20, 2010

Motivasi: Dua mata.

Dua mata, kita melihat dengannya.

Dua mata, kita melihat dengannya. ~ picture by HMsa of Deviant Art


Allah mengurniakan semua manusia dengan dua mata. Mata adalah antara nikmat jasadiah yang terbesar, juga merupakan lubang dugaan yang paling hebat bagi insan. Dengan mata manusia mampu melihat, sekaligus menjana akalnya untuk berfikir pelbagai perkara. Namun dengan mata juga manusia mudah bermaksiat, dan akhirnya dari apa yang dilihat, akalnya berfikir pelbagai perkara yang merosakkan.

Di samping dua mata yang Allah SWT...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 20, 2010 08:30

January 18, 2010

Perkongsian: Doa tanpa usaha, tak ada makna.

Doa, doa, doa. Jangan lupa usahanya.

Doa, doa, doa. Jangan lupa usahanya. ~ picture by silver dragon of deviant art

Satu hari, di dalam kelas, Dr 'Ala Hilat, pensyarah Aqidah saya ada berbicara berkenaan keadaan ummat Islam dan yahudi. Dia bercakap perihal kemenangan dalam peperangan di akhir zaman ini. Dan di dalam kata-katanya, dia berkata:

"Doa tanpa usaha, tidak akan memberikan apa-apa faedah"

Dia menyentuh perihal ummat Islam yang sering berdoa itu dan ini, tetapi tidak bergerak ke arah apa yang didoakan mereka. Berdoa...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 18, 2010 06:29

January 17, 2010

Diari: Saya sayang mereka. Terima kasih.

[image error]

Semoga Allah redha umur ini. Allah, kurniakan aku taat.

16 Januari telah berlalu. Allah memberikan saya hari lahir terindah sekali dalam hidup saya. Walaupun tanpa keluarga, saya macam tidak kekurangan apa-apa pun. Walaupun tidak berada di MATRI, saya tetap tidak merasa apa yang merendahkan pun. Malah, saya rasa tertambah lapang, dan rasa lebih diperkuatkan.

Terima kasih kepada yang telah menyerikan Hari Lahir saya di Jordan ini.

Saya rasa terharu sangat, dan amat menghargai mereka.

Post ini...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 17, 2010 05:21

January 16, 2010

Novel Sinergi: Cerita 4 - Kami Ada

[image error]

Sinergi kita, paksinya keimanan kepada-Nya

Hampir terlupa bahawa hari ini adalah Sabtu.

Maafkan atas kelewatannya.

Ini Sinergi memunculkan dirinya.

Cerita 4: Kami ada.

Enjoy.

Cerita 4

Kami ada

Saat kau gelap

Kanku bukakan cahaya

Saat kau tenggelam

Aku adalah pelampungmu yang terpercaya

Kerana keimanan itu

Adalah dasar hubungan kita

Maka aku tidak peduli apa

Melainkan memenuhi tanggungjawabku kepada-Nya


"Rindu rendang ibu masak la" Asid bercakap sambil berbaring di atas sofa. Irfan yang berada di tepi...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 16, 2010 14:38

Diari: Selamat Hari Lahir Wahai Diri

[image error]

Tersenyum senang. Sedang makan di Popeye

16 Januari 2010. Usia saya meningkat. Kalau 20 adalah pintu gerbang kepada puluhan, maka 21 adalah isi kepada dunia puluhan.

Saya ucapkan Selamat Hari Lahir kepada diri saya sendiri. Sudah 21 tahun rupanya. Rasa sebentar sahaja masa berlalu. Masih saya ingat diri-diri saya yang lama tanpa melupakan mereka walau sekejap pun.

Dan Allah mengurniakan saya perjalanan hari lahir yang terindah pernah saya lalui sepanjang hidup saya.

Pastinya, 16 Januari 2010...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 16, 2010 02:22

January 15, 2010

Puisi: Titian Hidup Hamba

[image error]

Tanggungjawab terus berganda, terus hidup sebagai hamba-Nya

Titian Hidup Hamba


Terciptanya diri

dari waktu azali tak diketahui

bersumpah di hadapan robbi

untuk menjadi hamba yang mentaati


Kini usia demi usia

sudah meningkat umur hamba

meninggalkan jejak di atas bumi Robbnya

namun apakah punya makna?


Hidup,

hanya bermakna bila dikira

Mati,

hanya bernilai bila berjaya


Titian hidup hamba

dilalui dengan penuh pancaroba

Selepas satu, satu lagi datang menerpa

peningkatan umur hanya muhasabah jiwa

menilai...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2010 17:46