Hilal Asyraf's Blog, page 183
December 24, 2009
Perkongsian: 2012, satu muhasabah yang baik.

2012 membuka juga hati, bila ayat-ayat Al-Quran timbul sepanjang menontonnya
Mungkin agak lambat saya memperkatakan perihal filem 2012 yang membicarakan perihal kehancuran dunia. Memandangkan, filem itu telah lama keluar dan dah lama orang tengok download, malah ada yang menontonnya di youtube.
Dalam sesi ini, saya tidak berminat berkongsi berkenaan 2012 adalah konspirasi freemason, illuminati, pemujaan dengan Dajjal, tarikh perlaksanaan projek freemason dan sebagainya, jauh sekali saya...
December 23, 2009
Diari+Pengumuman: Berganda atas saya.
me, myself and i. Not a lone warrior for sure..
Allah SWT amat baik. Dia masih lagi membenarkan saya hidup hari ini, walaupun saya bukanlah hamba-Nya yang terbaik. Saya menganggap, hari-hari yang Dia berikan kepada saya sebagai peluang, sebagai ruang, untuk saya bertaubat dari segala dosa, berusaha menjadi lebih baik dan menjadi hamba-Nya yang diredhai.
Karya saya yang pertama diterbitkan adalah Novel VT dan Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Terbit pada 17hb April 2009. Pejam celik...
Perkongsian: Bila Kamu Bising Perihal Krismas

Hari Krismas datang dan....
25hb Disember just around the corner. Itu antara yang saya nampak.
Tahun ini, 25hb Disember jatuh pada hari jumaat. Jadi tak ada apa-apa perbezaan. Sebab di Jordan, Jumaat memang cuti. Di Jordan tak ada sistem tunda cuti macam Malaysia. Yang kalau ada cuti jatuh hari ahad, cuti digalihkan pada hari Isnin. Jadi, ahli Urdun, boleh buat macam biasa aja la ya.
25 Disember amat sinonim dengan krismas. Disambut oleh orang Kristian sebagai hari kelahiran Nabi Isa AS. Maka...
December 21, 2009
Sahabat: Tengku Muhammad Fahmi, dia jiwa saya.
Tengku Muhammad Fahmi, sahabat saya yang tercinta
Saya pernah sebut fasal Tengku Muhammad Fahmi masa di era Blogspot dahulu. Saya buat satu post khas fasal dia. Saya juga ada ungkapkan selamat hari lahir pada dia di website ini pada bulan mac lalu.
Waktu ini, saya teringin menulis fasal dia. Sebab tadi saya baru sembang-sembang dengan dia. Entah kenapa, saya rasa rindu sangat dengan sahabat saya seorang ini. Walaupun selalu aja beryahoo messenger dengan dia. Anggaplah post ini dedikasi saya...
Perkongsian: Kibutsats, Israel dan kehidupan kita

Israel, mereka bersungguh-sungguh. Kita?
Satu hari, Dr 'Ala Hilat ada bercerita berkenaan Kibutsats. Pertama kali mendengarnya, membuatkan saya tertarik untuk mendengar apa yang hendak dia ceritakan.
Dia berkata:
"Kibutsats adalah salah satu sistem tarbiyah Israel, yang hakikatnya perlu kita perhatikan"
Kibutsats adalah bandar-bandar yang dibangunkan di sekitar sempadan Israel. Terdapat banyak kibutsats. Kibutsats akan dibangunkan apabila cukup 100 orang lelaki dan semuanya adalah tentera...
December 20, 2009
Motivasi: Saya diselaputi dosa, ingin keluar, tetapi…

Berusaha, jangan putus asa, hingga hujung nyawa
Satu perkara yang sering diajukan kepada saya adalah berknaa ingin keluar daripada lumpur dosa. Ya, ramai sebenarnya yang ingin berubah. Tetapi mereka tidak tahu apa yang mereka patut lakukan. Ada pula yang hatinya telah diketuk dengan kesedaran, tetapi dosa-dosanya yang banyak membuatkan dia merasakan dirinya tidak terampun.
Kita rasa diri kita kotor dengan dosa. Kita ingin keluar. Tetapi kita tidak tahu bagaimana.
Kita telah berusaha untuk...
December 19, 2009
Novel Sinergi: Prolog - Terbinanya Atas Keimanan
Siapakah yang membangunkan segalanya atas keimanan?
Assalamu'aalaikum,
Sabtu datang lagi. Kalau Sabtu aja, Langit Ilahi mestilah akan menyajikan karya hasil tangan saya untuk anda. Oleh kerana Sinergi baru telah siap, maka saya berhajat untuk menyiarkannya pada setiap hujung minggu mulai minggu ini. Untuk penyiaran Sinergi Online kali ini, saya akan siarkan banyak sedikit. Mungkin 15-17 episod.
So, kita ada 15-17 kali hari Sabtu yang bersama Sinergi.
Untuk makluman semua, Sinergi akan...
December 18, 2009
Perkongsian: Hijrah, ke mana kamu berhijrah wahai ummah?

apakah hijrah kita satu keseriusan? atau dengan tradisi kita menganggapnya satu permainan?
1431H. Macam-macam orang ucap, itu dan ini. Semuanya seputar azam baru di tahun yang baru. Berniat hendak mejadi lebih baik, berniat untuk mempertingkatkan diri.
Tetapi, semua ini hanya akan menjadi seperti debu sahaja, andai ia dilakukan semata-mata kerana melepasi sebuah tahun. 1 Muharram, 1001 azam baru muncul dan wujud. 1 Januari, sekali lagi 1001 azam baru muncul. Namun, apakah azam-azam ini...
December 16, 2009
Perkongsian: Tahun demi tahun berlalu…

tahun baru, apakah kita telah persiapkan perancangan untuknya?
Ah, sudah masuk tahun hijrah 1431.
Ramai orang kecoh sambut awal muharram. Adakah anda salah satu daripadanya? Saya yakin kebanyakan blog dan website juga sedang penuh dengan artikel berkenaan tahun baru Islam ini. Mungkin rakan-rakan di iLuvIslam pun giat membuat wallpaper-wallpaper menarik berkenaan 1 Muharram, hijrah.
Sudah berapa kali anda menyambut Ma'al Hijrah?
Kalau saya, sudah 20 kali – termasuk masa bayi –
Tahun demi...
December 15, 2009
Motivasi: Cabaran demi cabaran
hidup ini kembarnya ujian
Apa yang menjadikan kehidupan manusia itu satu kehidupan yang bermakna?
Kerana wujudnya cabaran.
Didatangkan oleh siapa cabaran itu?
Allah. Walaupun mungkin zahirnya kita lihat bahawa yang menganiayai kita adalah sahabat kita. Walaupun yang kita nampak memecah rumah kita adalah pencuri. Walaupun yang memukul kita adalah seorang pembuli. Walaupun yang menyakitkan kita adalah kerja yang bertimbun. Walaupun yang menyebalkan kita adalah trafik jalan raya. Walaupun itu...