Hilal Asyraf's Blog, page 186

November 24, 2009

Motivasi: Melihat masa hadapan

melihat masa hadapan

melihat masa hadapan

Masa kecil, saya suka baca Doraemon. Antara yang ada pada Doraemon adalah mesin masa hadapan. Dari situ, saya sering tertanya-tanya apa masa hadapan saya. Pertanyaan itu saya bawa, hinggalah saya dewasa.

Dan konsep masa hadapan saya berubah mengikut tumbesaran saya. Sampai satu tahap, akhirnya saya sedar bahawa, masa hadapan itu dicorak oleh tangan kita sendiri. Masa hadapan kita, diadun dengan keadaan kita hari ini.

Dan kita tidak boleh mengharapkan keajaiban berlaku...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 24, 2009 09:01

November 23, 2009

Perkongsian: Dalam Haji itu

apa yang tersembunyi di dalamnya?

apa yang tersembunyi di dalamnya?

Raya Korban yang semakin mendekat ini, kita kenali dengan beberapa nama. Ada nama Aidil Adha, ada nama Hari Raya Korban, dan antara nama popularnya lagi adalah Hari Raya Haji. Semuanya adalah nama untuk hari yang sama, yakni 10 Zulhijjah.

Bagi saya yang pernah menjejakkan kaki ke tanah haram, melihat baitullah dan beribadah di tanah suci itu memang menjadi kerinduan. Terasa aman diri dan tenang hati di sana. Cuma tahun ini, saya tidak diizinkan Allah untuk...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 23, 2009 14:52

November 22, 2009

Motivasi: Antara kita dan mereka

ini binatang mengorbankan diri, kita?

ini binatang mengorbankan diri, kita?

Wah, raya korban dah dekat. Saya pula semakin sibuk. Orang jemput untuk melakukan sesuatu buat hari raya korban di Jordan ini. Saya tak sabar menanti hari melapah. Boleh turun ramai-ramai dan melakukan kerja sama-sama. Di Jordan, kadangkala melapah makan masa dua hari kerana banyaknya binatang yang dikorbankan di sini.

Tapi saya tidak mahu cerita raya korban jordan panjang-panjang di sini. Itu kita cerita bila dah raya nanti. Dalam kesibukan nak raya ni...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 22, 2009 11:18

November 21, 2009

Cerpen: Wahai ummah, aku memanggil-manggil kamu

[image error]

kamu tinggalkan kami yang berjuang, sedangkan pada kamu ada tanggungjawab

Assalamu'alaikum.

Sebagaimana yang dijanjikan, mulai minggu ini saya akan sajikan anda dengan cerpen-cerpen baru saya. Setiap hari sabtu, satu cerpen.

Enjoy!



Rasulullah SAW bersabda:

"Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana semut menggerumuni makanan"

Sahabat-sahabat bertanya:

"Apakah kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?"

Rasulullah SAW menjawab:

"Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi hanya seperti buih di...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 21, 2009 05:52

November 20, 2009

Perkongsian: Pendek

tidak akan menyerah

tidak akan menyerah

Hari ini, saya post agak lewat.

Saya fikir banyak perkara semalam. Hari ini saya sakit kepala. Saya ni, dua penyakit je saya tak boleh tahan, pertama sakit perut masuk angin, kedua sakit kepala. Selain dua penyakit ni, saya boleh tahan semua.

Saya pening sampai tak tahu nak post apa hari ini.

Mungkin saya boleh kongsikan beberapa perkataan pendek yang saya suka ulang untuk happy-happykan diri saya. Ya la, saya ni manusia juga. Ada masa terjatuh sungkur juga. Dan saya tidak...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 20, 2009 08:37

November 19, 2009

Promosi: Remaja Mulia sedang dicetak!

[image error]

Cover depan Remaja Mulia

Bagi yang mengikuti website Langit Ilahi, setiap hari sabtu, mereka akan disajikan dengan cebisan karya saya. Yang terbaru, Remaja Mulia. Sudah sekitar 7 minggu, Remaja Mulia disiarkan secara online di website ini. Sambutannya juga amat menggalakkan.

Kini, untuk pengetahuan semua, saya mengumumkan bahawa Remaja Mulia sedang dicetak di kilang percetakan.

Gambar di atas merupakan cover Remaja Mulia yang sebenar.

Ada beberapa perkara saya ingin kongsikan dengan pembaca...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 19, 2009 06:28

November 18, 2009

Perkongsian: Bang, saya dah berhenti couple, tapi…

cinta kita, atas apa kita membinanya?

cinta kita, atas apa kita membinanya?

Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.

Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 18, 2009 07:16

November 17, 2009

Motivasi: Sahabat, jangan bersedih

[image error]

sahabat, aku bersamamu walau mendung

Pandangan orang soleh-soleh, kebanyakannya akan bertukar negatif kepada mereka yang berbuat dosa. Amatlah sedikit, orang yang faham agama untuk bertoleransi dan bersabar kepada mereka yang berdosa. Jika tidak menghambur kata-kata nista, paling kurang pun mereka akan menyisihkan sesiapa yang berdosa dalam kehidupan.

Memang, dosa itu jijik. Memang, ingkar kepada Allah itu lebih busuk dari najis. Namun, perumpamaan jijik dan najis itu, hanya untuk diri kita...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 17, 2009 05:42

November 16, 2009

Semasa: Palestina, kayu ukur kita

rutin hari-hari

rutin hari-hari


Hari demi hari berlalu, tanah suci ketiga ummat Islam ini terus-terusan berdarah. Entah apa dosanya, ditinggalkan keseorangan walaupun ia salah sebuah tempat penting di dalam Islam.

Kehangatan boikot, kepanasan demonstrasi, semuanya sudah surut. Itu semua bermusim. Tetapi Israel menyerang tanah bernama Palestin tanpa musim-musim tertentu. Tinggal mendapat perhatian atau tidak sahaja. Pejuang-pejuang mujahidin mempertahankan tanah suci itu juga tanpa musim, hari-harian ada...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 16, 2009 06:50

November 15, 2009

Perkongsian: Kata cinta…

cinta.. macam-macam orang kata.. tahukah betapa mahalnya ia?

cinta.. macam-macam orang kata.. tahukah betapa mahalnya ia?

Baru-baru ini saya dijemput menjadi ahli panel forum, berkenaan mahasiswa di Permai. Memang agak mengejutkan dipilih menjadi ahli foum. Panelis lain semuanya hebat-hebat belaka. Abang Aizat Amiruddin pelajar tahun lima, Abang Aiman Rosli seorang abang besar yang sudah berkahwin, dan kakak Mardiyah seorang pelajar master. Saya?

Saya hanya pelajar tahun dua yang tiada apa-apa. Di tengah forum, saya jadi tunggang langgang. Tersepit di...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 15, 2009 11:21