Hilal Asyraf's Blog, page 188
November 5, 2009
Pengumuman: Mencari Pembaca Testimoni Novel Sinergi

sinergi: 1+1 jawapannya bukan dua, tetapi tiga.
Assalamu'alaikum.
Apa khabar semua pembaca dan pelawat di Langit Ilahi? Saban hari, yang datang ke website ini semakin ramai. Bermula bulan lepas, rating Langit Ilahi naik kepada 40,089 orang sebulan, dari sebelumnya, 30,281 orang. Sekarang, sekitar 2000 orang akan datang ke website Langit Ilahi sehari.
Alhamdulillah. Tiadalah apa yang lebih saya harapkan, selain kita semua ini sama-sama hadir ke sini untuk duduk dan bermuhasabah, kemudian...
November 4, 2009
Perkongsian: Kesihatan itu amanah

inilah dia Abdullah Mujahid, dua pupu saya..., doakan dia dan isterinya
(biasa ps kat akhir, kali ni nak letak kat awal)
Ps: Mujahid, atau kawan-kawan dia panggil Moja, merupakan Timbalan Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia(KARISMA). Dia juga merangkap dua pupu saya(ayah dia, abang isteri kepada pakcik saya). Dia dan isterinya Nihlah Johari disahkan H1N1 positif. Jadi sila doakan dia. Semalam mimpi jumpa dia. Buat saya fikir panjang pagi ini fasal kesihatan.
Kesihatan. Ramai yang tahu...
November 3, 2009
Motivasi: Bukan sebab kena, tapi sebab perlu
sistem Allah itu, kita perlukannya
Ada orang merasa malas dan letih untuk mengamalkan Islam.
Dia rasa penat. Katanya: "Islam ni susah. Itu kena buat, ini kena buat. Leceh"
Mungkin bukan seorang yang rasa begitu. Dan sememangnya, sebagai manusia yang penat dengan sesuatu yang berulang-ulang atau sesuatu yang berat perlu dilaksanakan, akan timbul dalam hatinya perasaan bosan. Akhirnya akan muncul pertanyaan: "Kenapa la aku kena buat begini, begitu?"
Saya pun banyak berfikir berkenaan hal ini...
November 2, 2009
Islam: Ke Arah Kesedaran Islam 3

Islam menjanjikan solusi
Post Islam ni dah tertangguh seminggu kerana saya mempunyai masalah pada minggu lepas. Namun semua susunan Allah SWT itu ada hikmah-Nya.
Saya telah meninggalkan post Ke Arah Kesedaran Islam 2 dengan persoalan: "Ummah yang bagaimana kita hendak bina?"
Kerana saya menyatakan bahawa kita mengajak manusia dan diri kita kembali kepada kesedaran Islam, adalah untuk membina ummah kita. Justeru, ummah yang bagaimana sebenarnya hendak kita bina?
Di dalam post kali ini, saya...
November 1, 2009
Motivasi: Mari Melabur Dengan….
melaburlah dengan Yang Tak Akan Rugi...
Memberi sememangnya makruf lebih sukar daripada menerima. Memberi, punya nilai pengorbanan di situ. Korban akan menyebabkan kita kekurangan sesuatu. Contoh ada dua orang, terkorban seorang, maka tinggal satu. Begitulah duit, kita ada RM1000, kita beri pada orang lain RM500, maka kita hanya tinggal RM500 dan bukan lagi RM1000.
Manusia, apabila memberi, dia akan teragak-agak kerana memikirkan kekurangan yang akan dia hadapi. Kekurangan ini, membuatkan...
October 31, 2009
Remaja Mulia - Cerita 4: Keberkatan Guru

keberkatan ilmu itu muncul dengan kerendahan hati
Datanglah hari sabtu, maka Remaja Mulia bab baru pun muncul.
Enjoy your reading. moga ada maknanya…
ps: kepada yang meminta Remaja Mulia dionlinekan lebih dari seminggu sekali, maka permintaan anda tidak dapat saya tunaikan atas sebab-sebab tertentu. Biar lambat, nanti rindu-rinduan.
Cerita 4 :
Keberkatan guru
Kelas Darjah Enam Makrifah sunyi sepi dari suara pelajar di dalamnya. Sekarang hanya kedengaran bunyi marker menyentuh papan putih...
October 30, 2009
Perkongsian: Baiklah dengan semua orang
jangan jadi prejudis pesimis
Baru-baru ini saya duduk-duduk dengan junior saya. Sengaja saya menziarahi rumah mereka. Memang antara kegemaran saya tahun ini adalah bertandang ke rumah junior.
Kami bersembang, dan akhirnya termasuk satu topik. Mereka bertanyakan berkenaan sekumpulan senior di Jordan ini yang mereka tidak berkenan akan sikap dan penampilan mereka. Saya tersengih. Memang, ada sekumpulan pelajar di Jordan ini yang agak tidak menyenangkan perawakannya jika dilihat dari jauh. Saya...
October 29, 2009
Perkongsian: Bersyukur
syukur itu dengan amal.. apakah kita bersyukur?
Syukur. Mudah kita sebut. Kadangkala, kita merasakan bahawa dengan mengucapkan kalimah "Alhamdulillah", maka sudah terlepaslah tanggungjawab syukur kita kepada Allah SWT. Kita rasa, selepas kita mengucap, mengulang-ulang kalimah "Alhamdulillah", maka kitalah hamba Allah yang telah bersyukur.
Namun, saya melihat syukur tidak semudah itu.
Jika syukur semudah itu, tidak perlulah Allah mengulang berkali-kali berkenaan mensyukuri nikmat yang telah...
October 28, 2009
Kembali bernafas

syukur atas segala nikmat...
Jadi, hari ini masih ada lagi untuk saya rupanya.
Terharu, sebab ada seorang makcik sms, dia buat solat hajat doa saya sembuh. Alhamdulillah.
Sakit kepala yang teramat sangat(mungkin migrain) plus sakit tulang belakang yang tak boleh tahan menyebabkan kepala saya tidak mampu menampung gaya pemikiran saya sebelum ini. Tak tahu la kenapa tiba-tiba boleh datang sakit-sakit macam ni. Mungkin ditambah pula bebanan dosa dan kesilapan pada Allah SWT, membuatkan sakit itu...
October 27, 2009
mohon doa

sedang kelemahan
Saya ada masalah sikit sejak semalam.
Jadi saya tidak boleh menulis buat sehari dua ni.
Doakan saya.
Kemungkinan esok baru ada perkongsian lagi antara kita.
Itu pun kalau esok ada untuk saya..