Hilal Asyraf's Blog, page 187
November 14, 2009
Remaja Mulia - Cerita 6: Allah Bersama Yang Benar
episod terakhir online...
Assalamu'alaikum,
Hari Sabtu datang lagi. Remaja Mulia Cerita 6 pun tiba.
Pengumuman untuk semua, ini adalah Remaja Mulia yang online-nya terakhir.
Mulai minggu hadapan, post karya pada hari sabtu akan berganti dengan cerpen-cerpen baru.
Enjoy bab terakhir online Remaja Mulia.
Hendak dapatkan yang penuh, sila beli di pasaran. Akan terbit tidak lama lagi insyaAllah.
Cerita 6 :
Allah Bersama Yang Benar
"Cikgu harap, semua pelajar dapat menyiapkan kerja rumah ini hari ini dan...
November 13, 2009
Perkongsian: Takutlah untuk tidur, menyesal lah ketika bangun
mari muhasabah sebelum dan selepas melelapkan mata...
Kita melalui hari-hari kita seperti biasa. Tidur, kemudian kita bangun untuk meneruskan hari-hari kita. Sudah berapa hari agaknya kita hidup di atas dunia ini? Kalaulah kita ini berumur 40 tahun, maka 40X365 hari = 14600 hari. Katalah kita tak pernah tidur siang, maka kita sudah 14600 kali tidur dan bangun.
Namun, dalam banyak kali kita bangun dan tidur ini, pernahkah anda rasa takut untuk tidur, dan menyesal pula ketika bangun?
Pernah...
November 12, 2009
Sirah: Dia Sang Tenang
Siapa yang berusaha mengenali baginda?
Semenjak saya berumur 7 tahun, saya mula mengenali apa itu Sirah Nabawiyah. Di Sekolah Rendah Islam Hidayah, saya belajar mata pelajaran Sirah. Sekolah itu, mempunyai mata pelajaran khas untuk Sirah, tidak sekadar cebisan dalam Pendidikan Islam.
Dalam banyak-banyak figur yang ada dalam Sirah Nabawiyah, saya paling tertarik dengan peribadi yang membentuk figur-figur lain dalam Sirah Nabawiyah. Itulah dia peribadi Rasulullah SAW.
Entah kenapa, tidak pernah...
November 11, 2009
Perkongsian: Meregang lapangkan hati
regang lapangkan hati kita...
Antara satu sikap yang sukar diamalkan oleh manusia adalah berlapang dada, bertolak ansur. Hal ini kerana, yang susah untuk manusia adalah berkorban. Berlapang dada...
November 10, 2009
Motivasi: Kisah seorang hamba Allah…
tiada yang sempurna melainkan Allah SWT
Kita manusia, apabila namanya manusia maka sifatnya adalah tidak sempurna. Tiada yang sempurna melainkan Allah SWT. Namun manusia ditegaskan untuk berusaha mencapai yang terbaik, mencapai sesempurna mungkin supaya dia boleh mencapai tertinggi dalam apa yang dia boleh capai sebagai manusia.
Apabila tidak sempurna, pasti ada lekukan-lekukan dalam hidup ini yang membuatkan manusia tergugah. Ujian, cabaran, halangan, yang datang dalam kehidupan insan adalah...
November 9, 2009
Perkongsian: Niqab…
perbetulkan niat, serius dalam beramal
Ramai orang tahu apa itu niqab. Bahasa popularnya dahulu adalah purdah. Antara bahasa yang kurang popular adalah cadar. Tapi saya memang tak pakai la perkataan cadar ni. Sebab cadar saya guna untuk kain yang menyelimuti katil. Tapi itu saya la ya. Saya selalu sebut niqab atau purdah sahaja.
Niqab ni, selepas saya baca dan kaji sikit, pengakhiran terhadap hukumnya ada dua. Yakni harus pakai, dan wajib pakai. Namun majoriti ulama' berada di pihak harus...
November 8, 2009
Motivasi: Angka kosong
kosong...
Sejuta angkasa kosong, ditambah sesama mereka, maka jawapannya adalah kosong. Sejuta angka kosong dibandingkan dengan satu sangka satu, maka satu angka satu lebih bernilai kerana jawapannya 1.
Sebab itu, kita perlu perhatikan diri kita, apakah kita ini hanya angka-angka kosong dalam kehidupan manusia, atau sebenarnya kita ini satu angka yang ada nilainya dalam kehidupan ini?
Ramai manusia tidak menyedari ke mana dirinya dibawa.
Sebab musuh-musuh Islam memang akan berusaha, untuk...
November 7, 2009
Remaja Mulia - Cerita 5: Mengejar Kematangan
tidak selamanya anak-anak
Ah… Hari sabtu datang…
Remaja Mulia bab 5 pun menjelang…
Mengejar matang, itu yang perlu untuk remaja kita…
Cerita 5 :
Mengejar Kematangan
"Tak nak pakcik teman?"
Abdul Haq menggeleng. "Tak perlu rasanya, sebab…"
"Assalamu'alaikum!" Satu laungan kedengaran.
Haji Makruf dan Abdul Haq memandang ke arah halaman sambil menjawab salam.
"Oh, pergi dengan Iskandar?" Haji Makruf melempar senyuman kepada Shah yang baru sahaja turun dari basikal.
Abdul Haq dan Shah sekarang semakin...
November 6, 2009
Pengalaman: MATRI oh MATRI, aku teringat
teringat
Musim sejuk telah menerjah Irbid. Permulaan musim sejuk tahun ini adalah hujan yang sangat lebat selama tiga hari. Di sini, apabila hujan, suhu akan turun mendadak, dan suasana akan menjadi teramat sejuk. Berbanding kebanyakan orang berlindung daripada hujan kerana rasa mencucuk, saya memilih sesuatu yang luar dari kebiasaan.
Saya membiarkan diri saya kuyup di tengah hujan yang amat sejuk itu.
Perbuatan yang sama sering saya lakukan di suatu tempat, utara Malaysia. Situasinya hampir...
November 5, 2009
Motivasi: Menghargaikan kehadiran
kita ini hadir, dijemput pilih oleh-Nya
Semalam saya belajar di dalam kelas Aqidah 1 yang disampaikan oleh Dr 'Ala Hilat.
Kami berbincang berkenaan dalil-dalil yang membuktikan kewujudan Allah SWT, dan betapa Allah SWT itu kewujudannya wajib dan Dia tidak bermula dengan tiada kepada ada, tetapi Dia memang tersedia ada. Saya tak mahu berbahas panjang dalam hal ini, sebab saya tahu anda akan pening. Kena ikut kuliah kalau betul-betul nak faham. Tapi yang penting, Allah itu wujud.
Dalam...


