Hilal Asyraf's Blog, page 191

October 9, 2009

Hari saya dituntut membuktikan kata

[image error]

mungkin Allah belum izin untuk ia bercahaya

Dulu, saya pernah kata pada seorang sahabat.

"Ana dengan enta, ana dengan enta sahaja. Adik enta, tak masuk dalam hubungan kita tahu? Ana sayang enta hanya kerana Allah sahaja"

Dulu, saya pernah kata pada seorang adik.

"Ana dengan enta, ana dengan enta sahaja. Kalau lah satu hari nanti ana jatuh hati pada kakak enta, kakak enta tu tak masuk dalam hubungan kita tahu? Ana sayang enta hanya kerana Allah sahaja"

Dulu, saya pernah kata pada seorang ibu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 09, 2009 06:06

October 8, 2009

Semasa: Gempa-gempaan itu…

[image error]

masa orang susah, jangan kita suka dengan kesusahan dia...

"Padan muka indonesia kena gempa. Tu la, nak sangat serang Malaysia. Kutuk-kutuk Malaysia lagi, kan Allah dah timpakan bala"

Seorang berkata. Saya diam.

"Ini semua sebenarnya teguran daripada Allah untuk semua. Ada kemungkinan gempa tu akan menganggu Malaysia juga"

"Hish, kau ni jangan mulut celupar boleh tak?"

Saya diam juga. Perbincangan panas. Ya, negara jiran kita, Indonesia ditimpa gempa bertalu-talu dengan skala yang agak...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 08, 2009 05:41

October 7, 2009

Motivasi: Hatimu itu, isilah.

[image error]

bahagia, jangan hangus...

Ada manusia terperangkap dalam kesepian. Ada manusia terperangkap dalam kesunyian. Ada manusia terperangkap dalam sendirian.

Dalam tiga situasi ini, manusia sering keresahan, kegelisahan, dan rasa tidak selamat. Dia rasa lemah, dan kelihatan seakan-akan segala sumber kekuatan sudah tertutup rapat. Ketika inilah manusia seakan-akan orang yang buta walaupun dia mampu melihat segalanya.

Justeru, apabila manusia mengadu kepada saya akan keresahannya, kesepiannya...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 07, 2009 06:24

October 6, 2009

Islam: Ar-Rasul Qudwatuna 3

[image error]

dia contoh utama, kekasih kita, yang lebih kita cinta dari diri kita

Pada post kali ini, kita sampai ke bab terakhir dalam Ar-Rasul Qudwatuna, Rasul sebagai contoh utama kita. Dua post yang lepas, pertamanya membahaskan perihal kenapa kita perlu mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh, dan bagaimana mencontohi Rasulullah SAW.

Dalam post kali ini, sebagai penutup kepada tajuk Ar-Rasul Qudwatuna, saya suka membawa pembaca melihat, betapa mencontohi Rasulullah SAW ini juga sebenarnya satu...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 06, 2009 06:33

October 4, 2009

Motivasi: Dinding itu, hancurkanlah.

[image error]

perubahan dunia, bermula dengan perubahan diri...

Ada orang mengadu pada saya. Dia dihantui masa silam. Katanya, dia hendak berubah. Tetapi tidak mampu kerana sering teringat akan keburukan-keburkan yang dilakukannya pada masa yang lepas. Lebih memburukkan keadaan, apabila melihat dia berubah, manusia-manusia di sekelilingnya mencemuh dah mengeluarkan ayat:

"Ala, dah jahat nak buat baik plak"

"Ingat aku nak ampunkan salah silap ko dulu?"

"jangan nak jadi malaikat la weh"

Dan macam-macam...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2009 09:57

October 3, 2009

Remaja Mulia - Permulaan: Aku Tinggalkan Kamu Dengan Allah

[image error]

membina sedari kecil. Pepatah melayu kata, melentur buluh biar dari rebungnya

Jadi, minggu ini sudah tiada lagi Sinergi. 31hb Oktober 2009 ini, Sinergi akan saya hantar kepada GISB. Sudah hampir siap Novel itu. Tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan serta sumbangan idea.

Bermula minggu ini, Novel lain pula mengambil alih. Buat masa ini, nama Novel ini adalah Remaja Mulia. Saya tulis untuk membina peribadi anak-anak darjah enam dan sekitar tingkatan satu dua...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 03, 2009 07:36

October 2, 2009

Pengalaman: Ammar Zulkifli datang singgah.

[image error]

kenangan tidak tinggal kenangan. Dalam kenangan ada semangat dna pengajaran

Kenal Ammar Zulkifli?

Mungkin kebanyakan kenal. Beliau adalah sahabat saya semenjak saya tingkatan satu lagi. Kami banyak bersama dan satu dalam organisasi Pengawas. Sering berbincang akan masalah sekolah sama-sama, dan juga masalah ummah. Ada beberapa kem yang saya hadiri dengan dia. Saya ada beberapa gambar dengan dia. Dan apabila kami menyambung keluar negara, saya masih berhubung dengan dia.

Namun, dia meninggal...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 02, 2009 07:20

September 30, 2009

Islam: Ar-Rasul Qudwatuna 2.

[image error]

inilah contoh kita, contoh yang sangat lengkap

Kita telah sampai ke bahagian kedua dalam bab Ar-Rasul Qudwatuna, ataupun Rasul sebagai contoh kita. Pada bab yang bahagian yang pertama, kita...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 30, 2009 10:42

September 29, 2009

Pengalaman: Saya masuk Berita Harian?

[image error]

Saya, yang tidak bergerak sendirian sebenarnya...

Internet saya rosak dari petang semalam.

Jadi saya terputus dari alam maya. Tidak tahu apa-apa yang berlaku di luar daerah Irbid, dan di luar kehidupan saya. Juga, saya tidak dapat post artikel di Langit Ilahi untuk pagi ini. Sampai la saya pergi kuliah pagi tadi pun, internet rumah masih tidak boleh digunakan.

Tiba-tiba ada sms daripada Ustaz Mahadzir, bekas warden saya di MATRI, menghantar ucapan tahniah. Katanya saya masuk Berita Harian di...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 29, 2009 09:49

September 28, 2009

Motivasi: Ukhuwwah dengan Allah

[image error]

cinta sebenar kita, hanya Dia. Dari situ berbuahnya cinta-cinta yang lain dalam keadaan bersih, ikhlas dan terjaga

Kita selalu sebut ukhuwwah dengan manusia. Kita ungkapkan sukma persahabatan dalam keadaan terindah dan tertinggi bahasanya. Apa-apa sahaja berkenaan dengan ukhuwwah membuatkan manusia gembira. Asas ukhuwwah adalah cinta. Dan asas cinta adalah keimanan. Itu membuatkan manusia senang sentiasa.

Asas cinta adalah keimanan. Maka mudahnya asas ukhuwwah juga sebenarnya adalah keimanan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 28, 2009 05:18