Hilal Asyraf's Blog, page 194

September 5, 2009

Edisi Ramadhan: Semakin menyusut?

[image error]

penat kah kita dengan kasih sayang Allah?

Saya teringat satu ceramah Akhil Hayy semasa saya masih kecil dahulu.

Ceramahnya berkaitan dengan Ramadhan, pastinya akan menyelitkan kata-kata ini:

"Makin nak ke akhir Ramadhan, maka tiang pun lebih ramai dari orang"

Inilah fenomena yang biasanya terjadi dalam masyarakat kita di Malaysia, apabila Ramadhan semakin menyusut harinya.

Sekarang sudah hari yang ke-15. Separuh sudah Ramadhan.

Macam mana stamina anda dalam mengejar kebaikan-kebaikan di...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 05, 2009 03:35

Sinergi: Bab 3 - Cahaya dan Kegelapan

[image error]

cinta selamanya atas keimanan

Bab 3 pula memunculkan diri…

Jom baca!


Cahaya dan kegelapan

Suasana selepas subuh di masjid jami'ah agak tenang. Sekarang, masjid ini tidak lagi memasang penghawa dingin. Musim panas sudah berada di penghujung, dan musim sejuk tidak lama lagi akan datang. Keadaan sekarang sudah agak dingin.

Erman menggeliat. Menghilangkan saki baki mengantuk yang masih bergayut-gayut. Kemudian dia menolak tubuh Syafiq yang sudah hilang dalam lenanya sambil duduk.

"Weh, bangun. Jom...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 05, 2009 03:29

September 1, 2009

Motivasi: Sebenarnya ia lebih besar dari kekotoran

[image error]

siapa pandang berat akan dosanya?

Suka kotor?

Kalau rumah anda kotor, apa yang anda lakukan?

Selepas buang air besar atau air kecil(orang dulu-dulu panggil sungai besar, sungai kecil), apa yang anda buat pada kemaluan anda?

Kalau baju anda terpalit najis, apa yang anda lakukan?

Jawapannya hanya satu untuk semua situasi itu.

Cuci, bersihkan. Rata-rata tidak akan membiarkan dirinya lama dengan najis atau kekotoran. Kita akan cepat-cepat cuci. Sebab apa? Sebab kotor, jijik, sebab nanti tak sah solat

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 01, 2009 08:25

Edisi Ramadhan: Mengambil peluang.

[image error]

Ramadhan, bulan mempertingkatkan diri, menghadapi kehidupan

Apabila kita memasuki ruangan Ramadhan, secara tidak langsung, kita akan terasa betapa tubuh kita ini ringan untuk melakukan amal ibadah.

Perasan tak?

Tiba-tiba, dari nak baca sehari sehelai Al-Quran pun susah, kita jadi boleh pula habiskan 1 juzu' sehari. Malah ada yang habiskan berjuzu'-juzu' sehari. Dari solat fardhu pun kita buat sambil lewa, kita boleh pula berdiri solat Tarawih 8 rakaat lama-lama. Malah ada yang buat 20 rakaat. Dar

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 01, 2009 08:19

August 31, 2009

Pengalaman: Saya rindu Ramadhan di MATRI

[image error]

Inilah dia dataran MATRI, suasana begini hanya akan ditemui semasa Ramadhan...

Tiga hari lepas adalah hari Khamis.

Usamah Baderol Allam, sahabat saya berbisik: "Ini kalau di MATRI, iftar jama'ie sekarang"

Saya tersenyum. "ana tahu"

Walaupun saya berada di Jordan, dikelilingi sheikh-sheikh hebat, imam-imam yang mantap, serta masyarakat di sini menghidupkan Ramadhan bersungguh-sungguh tetapi tidak pula berlebih-lebihan, saya masih lagi rindu dengan Ramadhan-ramadhan yang saya lalui di MATRI.

Kerna

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 31, 2009 09:42

August 30, 2009

Semasa: Merdeka

[image error]

Merdeka kah kita?

"Merdeka pada saya adala bebas"

"Tidak dikongkong"

"Boleh buat keputusan sendiri"

"Tidak lagi dicontrol penjajah"

Boleh dengar macam-macam lagi orang kata fasal Merdeka. Boleh la tunggu di TV3 ke, TV1 atau mana-mana saluran televisyen yang ada di Malaysia. Mesti ada punya wartawan yang akan wawancara mana-mana rakyat Malaysia, untuk bertanyakan apa erti merdeka. Rata-rata, jawapannya macam itulah.

Mudahnya, saya setuju la dengan 'pengertian ringkas' kawan-kawan yang diwawancara

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 30, 2009 13:15

Protected: Pengalaman: 30 Ogos…

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Password:



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 30, 2009 04:48

Pengalaman: 30 Ogos…

[image error]

Hari ini hari dia...

30 Ogos.

Esok merdeka. Di blog dan website orang puyn, banyak post fasal merdeka. Pelbagai-bagai erti kemerdekaan dikupas. Dari segi patrioritiknya, dari segi Islamnya, ramai kupas. Alhamdulillah. Langit Ilahi akan kupas juga insyaAllah. Tunggu lah ya…

Tapi 30 Ogos ni, ada post istimewa yang perlu saya tuliskan di sini.

Post untuk ucap selamat hari lahir, kepada manusia yang tanpa dia, saya pun tak akan ada di atas dunia ini.

Selamat Hari Lahir Abah…

Namanya Abd Razak bin Kap

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 30, 2009 04:48

August 29, 2009

Sinergi - Cerita 2: Cinta-cinta itu

[image error]

Sinergi... satu ditambah satu menghasilkan tiga...

Alhamdulillah, akhirnya Sinergi bab 2 muncul…

Enjoy it!

Cerita 2:

Cinta-cinta itu

Bibir Irfan menggaris senyuman. Kemudian dia menggeleng kepala. Seakan teringat sesuatu yang melucukan.

"Apa tersenyum-senyum ni bro? Sampai geleng-geleng kepala" Asid menyapa. Dia agak hairan melihat Irfan tersenyum sendirian di ruang tamu.

"Macam mana praktikal? Seronok?" Irfan bertanya.

"Orang tanya dia, dia tanya orang pulak" Asid menggeleng kepala. Dia terus memba

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 29, 2009 09:52

August 28, 2009

Edisi Ramadhan: Apa yang telah kamu buat?

[image error]

Ramadhan, apakah yang telah kami lakukan kepada kamu?

Tadi saya menghadiri Solat Jumaat di Masjid Universiti. Dr Hawari dari Kuliah Usuluddin, seorang yang pakar dalam ilmu hadith bertugas memberikan khutbah hari ini.

"7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamb Allah, apakah yang telah kamu buat dalam Ramadhan ini?"

Ternyata, khutbah minggu ini, khutbah pertama dalam Ramadhan, adalah khutbah mengajak semua untuk bermuhasabah. Dr Hawari dengan penuh perasaan melontarkan beberapa per

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 28, 2009 12:36