Hilal Asyraf's Blog, page 197
August 13, 2009
Islam: Bau itu semakin kuat
Dia datang!
Teringat lagi ketika berada pada hari-hari terakhir bulan itu, pada tahun lalu.
"Allah, sampai ke aku pada tahun akan datang, untuk merasai bulan ini lagi?"
Pada bulan itu, rasa keinsafan hadir, amal dilakukan dengan bersungguh-sungguh, peluang diambil sepenuhnya. Namun bila keluar, kita diserang, dikikis, ditampar oleh anasir-anasir yang menjauhkan kita daripada Allah SWT. Akhirnya, kita terluka, penuh dengan kecederaan dalam hati dan jiwa kita.
Malu. Kerna terasa seperti diri ini m
August 12, 2009
Motivasi: Jadilah macam air yang mengalir
[image error]
terus mengalir, walau ada halangan-halangan...
Saya tidak bercakap berkenaan air yang bertakung. Perbezaan air yang mengalir dengan air yang bertakung ada banyak. Antaranya adalah pergerakan, dan kuantiti. Kuantiti air yang mengalir akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa, manakala air yang bertakung kadangkala bertambah, dan kadangkala berkurang.
Air yang mengalir sentiasa bergerak, manakala air bertakung statik pada satu tempat.
Saya ingin anda melihat kepada makhluk Allah bernama air yang
August 11, 2009
Melebarkan sayap, terbang lebih tinggi…
melebarkan sayap, terbang lebih tinggi
Alhamdulillah…
Mungkin kalimah itu adalah kalimah yang terbaik, menggambarkan segala rasa saya apabila berjaya menghabiskan semester musim panas, atau soifi semalam. Semalam, 11/08/09, berakhirlah tahun satu bagi saya.
Alhamdulillah.
Jujurnya, saya mengucapkan terima kasih kepada segala sokongan dan tembakan-tembakan doa kalian.
Sekarang, sudah tiba masanya, untuk saya melebarkan sayap, terbang lebih tinggi.
Setahun sudah.
Itulah yang dua tiga kali saya ulan
August 2, 2009
Berehat dan pembaharuan.
InsyaAllah, kita akan terbang lebih tinggi nanti
Saya sudah mula terlalu sibuk. Minggu ini adalah minggu terakhir pembelajaran pada musim soifi(musim panas). Peperiksaan final sudah melambai-lambai.
Justeru, saya fikir, saya ingin mengambil rehat dari menulis blog sekitar seminggu. Bermula 03/08/09 – 11/08/09.
InsyaAllah Langit Ilahi akan mula mempunyai entry baru pada 12/08/09.
Bila Langit Ilahi mula aktif semula nanti, akan ada pembaharuan.
Apakah pembaharuan itu?
Saya terfikir untuk menggerak
August 1, 2009
Semasa susah
susah, insyaAllah selepasnya ada kesenangan
Setiap kita akan melalui waktu sukar. Sememangnya kita ini bukanlah manusia sempurna yang tidak mempunyai masalah. Guru saya pernah berkata,
" yang tiada masalah, maka dia bukan manusia"
Jadi suka atau tidak, mahu atau tidak, kita sebagai manusia yang berada di bawah aturan ALLAH ini akan menghadapi ujian dan cabaran, mehnah dan tribulasi. Kesukaran dan kesusahan pastinya akan wujud di dalam kehidupan kita.
Setiap kali kesusahan tiba, kita akan terasa s
July 31, 2009
Malulah kau dengan Nuh.
dalam pertarungan hidup kita ini, apakah wajar ada putus asa?
Manusia diserang putus asa, rasa penat, rasa malas saban waktu. Itu memang lumrah sebagai manusia yang mempunyai limitasi. Tetapi selalunya, kita belum lagi melanggar garisan 'kepenatan' kita, kita sudah tersungkur keletihan, putus asa dalam berusaha dan sebagainya.
Justeru, saya ingin kita sama-sama memandang kepada manusia yang berumur 1000 tahun lebih, dan telah berdakwah sekitar 950 tahun lamanya. Dan dia tidak merungut, jauh sekali
July 30, 2009
Yang menghargai dan tak menghargai
kawan-kawan yang ada di sekeliling kita atau jauh, sesiapa yang kita kenali, hargai lah mereka
Hari ini saya teringat akan satu khutbah yang dibacakan oleh khatib Solat Jumaat di Masjid Universiti Yarmouk. Khutbah ini, adalah khutbah lama. Saya dengar ketika awal-awal saya datang ke Jordan.
Dia berbicara tentang Silaturrahim.
Ada sesuatu yang menarik dan lain dari lain dalam khutbah khatib itu.
Pemahaman berkenaan ukhuwwah, dari satu sisi yang jarang kita lihat.
Kenapa saya tulis berkenaan ukhuww
Relasi akhirnya…
Muka depan cover Relasi, yang saya buat sendiri dahulu...
Bagi yang mengikuti saya dari zaman blogspot, sudah pasti akan mengetahui berkenaan Relasi.
Ya, Novel Relasi adalah novel sulung saya. Lebih tepat lagi, novel Relasi adalah karya sulung saya dalam arena penulisan ini. Saya telah menulisnya pada awal tahun 2007. Namun, atas sebab-sebab tertentu, novel ini lewat sungguh diterbitkan.
Namun, penyusunan Allah SWT itu amat cantik sebenarnya. Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak L
July 29, 2009
Saya teringat kepada perempuan-perempuan itu…
Perempuan-perempuan yang dilupakan...
Hari ini saya teringat kepada beberapa orang perempuan.
Hem…
Siapakah yang saya teringat itu?
Perempuan-perempuan ini, ada yang saya kenal masa tadika. Ada pula yang saya kenal masa sekolah rendah. Ada pula yang saya kenal masa sekolah menengah.
Apabila saya dewasa, saya berusaha memeriksa latar belakang perempuan-perempuan ini, dan mengkaji kehidupan mereka. Mudah cerita, saya suka dengan perempuan-perempuan ini sebenarnya. Pada saya, mereka amat bermakna da
July 28, 2009
Yang dikatakan jahiliyyah
jahiliyyah ini, hanya Islam sahaja jalan penyelesaiannya...
Selalu dengar perkataan jahiliyyah?
Mudahnya, memandangkan bahasa arabnya pun jahiliyyah, maka kita yang menggunakan bahasa melayu ini akan melihat perkataan 'jahil' sebagai maknanya. Maka, kita takrifkan jahiliyyah itu sebagai bodoh, tidak tahu, tidak maju, dan sebagainya.
Sebab tu bila ada yang menyatakan bahawa, masyarakat hari ini terperangkap dalam suasana jahiliyyah, ramai orang menafikannya.
"Eh, mana ada. Dunia sekarang dah maju,